tugasan minggu 3 - kajian rintiss

4
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS OLEH : MOHD KHAFIZ BIN KARIM NO. MATRIK : M20141000632 TAJUK : KAJIAN RINTIS DEFINASI -Kajian rintis hendaklah dijalankan terhadap instrument yang telah dibina - Merupakan fasa terakhir tinjauan sebelum pengumpulan data bermula Tujuan Kajian Rintis -menguji tempoh yang diperlukan untuk menjawab soalselidik -menyemak semua item dan arahan dengan jelas -menggugurkan item-item yang tidak menghasilkan data yang diperlukan Matlamat Kajian Rintis -mencari masalah dalam soal selidik termasuk soalan yang lemah, - arahan yang tidak lengkap - item yang sukar dijawab. Perkara-perkara yang diambil kira dalam melaksanakan kajian rintis: - Responden mewakili sample sebenar kajian - Jumlah Responden tidak ditentukan dengan tepat. Dicadangkan sekurang-kurangnya 25 orang lebih baik antara 50-75 orang - Data Kajian rintis digunakan untuk menentukan kebolehpercayaan instrument

Upload: mohdkhafiz

Post on 10-Nov-2015

229 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISOLEH : MOHD KHAFIZ BIN KARIMNO. MATRIK: M20141000632TAJUK : KAJIAN RINTIS DEFINASI-Kajian rintis hendaklah dijalankan terhadap instrument yang telah dibina- Merupakan fasa terakhir tinjauan sebelum pengumpulan data bermula Tujuan Kajian Rintis-menguji tempoh yang diperlukan untuk menjawab soalselidik-menyemak semua item dan arahan dengan jelas-menggugurkan item-item yang tidak menghasilkan data yang diperlukan Matlamat Kajian Rintis-mencari masalah dalam soal selidik termasuk soalan yang lemah,- arahan yang tidak lengkap - item yang sukar dijawab. Perkara-perkara yang diambil kira dalam melaksanakan kajian rintis:- Responden mewakili sample sebenar kajian- Jumlah Responden tidak ditentukan dengan tepat. Dicadangkan sekurang-kurangnya 25 orang lebih baik antara 50-75 orang- Data Kajian rintis digunakan untuk menentukan kebolehpercayaan instrument- Untuk ujian baharu, lakukan dua kali kajian rintis Soalan-soalan yang boleh dikemukakan kepada responden kajian rintis termasuk:-Berapa lamakan anda perlukan untuk menjawab soalselidik?- Adakah arahan jelas?- Adakah terdapat item-item yang kabur? Jika ada nyatakan item mana dan kenapa?- Adakah terdapat mana-mana item anda tidak ingin menjawab?- Pada pandangan anda, adakah terdapat topik utama yang ditinggalkan?- Adakah keseluruhan (layout) soalselidik jelas dan menarik?- Adakah komen-komen lain yang anda ingin kemukakan? Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

-Setelah Kajian rintis dijalankan, ujian kebolehpercayaan hendaklah dilaksanakan keatas instrument yang dibina. Kebolehpercayaan Instrumen bermaksud bahawa alat yang digunakan itu mampu member jawapan yang konsisten. Jika alat itu mengukur seseorang dalam dua masa yang berlainan, maka jawapan yang didapati adalah sama. Kebolehpercayaan di sini merujuk kepada kebolehpercayaan item-item stability instrument. Konsistensi dalaman pula merujuk kepada kebolehpercayaan item-item dalam sesuatu instrument mengukur sesuatu konstrak yang sama. Kaedah menguji kebolehpercayaan adalah berikut.

Kaedah menguji kebolehpercayaan dari segi stability-Test-retest iaitumentadbirkan ujian dua kali (biasanya tempoh masa antara ujian kali pertamadan kedua ialah 2 minggu) kepada sempel yang sama gunakan pekali korelasi untuk melihat sejauh manakah terdapat kolerasi yang tinggi. Kolerasi yang tinggi bermakna stability yang tinggi .

Kaedah menguji kebolegpercayaan dalaman- Ujian Cronbach Alpa. Berdasarkan keputusan ujian Cronbach Alpa, pertimbangan hendaklah dibuat terhadap item-item instrument iaitu sama ada untuk :

Mengekalkan Item

Mengekalkan item dengan sedikit perubahan

Mengekalkan item dengan membuat banyak perubahan

Menggugurkan itemKesahan UjianSoalan ujian mestilah relevan dan menguji apa yang hendak diuji. Soalan juga mestilah seimbang dari segi bilangan berdasarkan tajuk dan sub-tajuk kandungan yang diajar. Justeru, soalan yang dibina mestilah menepati objektif dan kandungan sesuatu kursus.Kesahan merujuk kepada sejauh mana ujian mengukur apa yang hendak diukur. Sebagai contoh, jika pensyarah memberi satu ujian kepada pelajar bagi menentukan tahap kefahaman membaca berasaskan petikan rencana, ujian tersebut mestilah dengan sebenarnya mengukur kefahaman membaca. Isu kesahan boleh dilihat daripada tiga aspek iaitu kesahan kandungan, kesahan gagasan dan kesahan berkaitan criteria

KEBOLEHPERCAYAAN UJIANKebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan ujian dalam mengukur apa yang hendak diukur. Ujian yang mengukur sesuatu gagasan dengan skor yang tekal dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Sebaliknya, ujian yang menghasilkan skor yang berubah-ubah mempunyai kebolehpercayaan yang rendah. Sesuatu ujian yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi tidak semestinya sah. Bagaimanapun, sesuatu ujian yang sah biasanya boleh dipercayai. Jika faktor-faktor lain serupa, sesuatu ujian yang mempunyai pekali kebolehpercayaan yang tinggi perlu dipilih kerana ujian tersebut mempunyai ketekalan pemeringkatan individu dalam kumpulannya.Kebolehpercayaan ujian dipengaruhi oleh faktor yang tidak sistematik. Faktor tidak sistematik adalah faktor yang menghasilkan perubahan atau variasi yang tidak dijangka yang dikenali sebagai perubahan rawak. Ujian yang mengukur dengan pincang sesuatu konsep boleh menghasilkan perubahan rawak. Ujian yang mengandungi arahan, soalan, butiran dan pernyataan yang tidak jelas dan mengelirukan juga boleh menghasilkan perubahan tidak sistematik.