tugasan mei 2009

5
1 FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBPE4303: ASAS ANATOMI DAN FISIOLOGI SEMESTER MEI 2009 TUGASAN (35%) ARAHAN 1. Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada keupayaan anda menghuraikan persoalan yang diberikan dengan disokong oleh hujah-hujah dan bahan-bahan bukti yang tepat dan relevan. 2. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan font “Times New Roman” saiz 12 dilangkau baris 1.5 pada kertas bersaiz A4. 3. Serahkan tugasan anda kepada tutor sebelum / pada Tutorial ke 4. 4. Tugasan ini terhad kepada 10-12 muka surat sahaja. 5. Tugasan ini menyumbang sebanyak 35% kepada gred akhir kursus. 6. Plagiarisme dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Markah sifar (0) akan diberikan kepada pelajar yang menyerahkan tugasan yang diplagiat.

Upload: roszita-tamyiz

Post on 20-Oct-2015

17 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ed

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Mei 2009

1

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBPE4303: ASAS ANATOMI DAN FISIOLOGI

SEMESTER MEI 2009

TUGASAN (35%)

ARAHAN 1. Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada keupayaan anda menghuraikan persoalan

yang diberikan dengan disokong oleh hujah-hujah dan bahan-bahan bukti yang tepat dan

relevan.

2. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan font “Times New Roman” saiz 12

dilangkau baris 1.5 pada kertas bersaiz A4.

3. Serahkan tugasan anda kepada tutor sebelum / pada Tutorial ke 4.

4. Tugasan ini terhad kepada 10-12 muka surat sahaja.

5. Tugasan ini menyumbang sebanyak 35% kepada gred akhir kursus.

6. Plagiarisme dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Markah sifar (0) akan

diberikan kepada pelajar yang menyerahkan tugasan yang diplagiat.

Page 2: Tugasan Mei 2009

2

SOALAN TUGASAN

Anda sedang mengikuti kursus Asas Anatomi dan Fisiologi di Institut Pendidikan Guru

Malaysia. Bagi memenuhi keperluan kursus ini, anda dikehendaki menganjurkan satu pameran

di makmal sains berkaitan dengan Anatomi dan Fisiologi Tubuh Badan Manusia. Berdasarkan

pameran yang akan diadakan, anda hendaklah membuat pencarian maklumat dari pelbagai

sumber berkaitan dengan struktur anatomi dan proses fisiologi bagi sistem- sistem yang terdapat

pada tubuh badan manusia sebagai persediaan bagi memberi penerangan semasa pameran

tersebut. Pencarian anda juga haruslah merangkumi organisasi sel dan penyakit-penyakit yang

berkaitan dengan ganguan fisiologi sistem-sistem tersebut.

Anda perlu menerangkan hasil pencarian maklumat berkaitan tersebut menggunakan MS

PowerPoint semasa pameran tersebut. Persembahan tersebut merangkumi kreativiti anda

menggunakan elemen ICT seperti pautan internet, ‘hyperlink’ dgn fail tertentu, gambar

berkaitan, video dan lagu yang bersesuaian (jika perlu) serta penggunaan saiz tulisan, animasi,

warna yang sesuai, ‘background’ dan keberkesanan format penyampaian dalam merangsang

pemahaman audien.

Soalan 1

Berdasarkan pencarian maklumat yang telah anda lakukan, persembahkannya kepada audien

menggunakan MS Power Point perkara-perkara berikut:

(a) Lampirkan satu gambar rajah berlabel yang menunjukkan struktur anatomi tubuh badan

manusia pada pandangan hadapan. Terangkan maksud anatomi dan fisiologi tubuh badan

manusia serta kepentingan pengetahuan dalam bidang tersebut khususnya kepada kerjaya

anda sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

(5 markah)

(b) Dengan bantuan gambar rajah berlabel, terangkan tentang LIMA struktur anatomi

bahagian-bahagian yang terdapat pada tubuh badan manusia.

(10 markah)

Page 3: Tugasan Mei 2009

3

(c) Semasa pameran anda juga dikehendaki menerangkan tentang organisasi sel tubuh badan

manusia. Dengan bantuan carta alir, terangkan proses organisasi sel tubuh badan

manusia.

(2 markah)

(d) Penyakit yang dialami oleh tubuh badan manusia adalah disebabkan oleh gangguan

proses homeostasis. Terangkan maksud homeostasis dan bagaimana proses homeostasis

dapat mencegah seseorang yang normal dari mendapat penyakit diabetes mellitus atau

kencing manis. Penerangan anda hendaklah merangkumi aspek anatomi dan fisiologi

sistem yang terlibat iaitu sistem endokrina.

(5 markah)

(e) Dengan berbantukan carta alir, huraikan proses peredaran darah pulmonari dan sistemik

yang berlaku dalam tubuh badan manusia serta terangkan bagaimana senaman dapat

membantu meningkatkan kadar peredaran darah serta mencegah penyakit jantung

koronari dan hipertensi.

(7 markah)

(f) Kesekatan salur respiratori boleh menyebabkan gangguan proses respirasi iaitu kejadian

asthma. Terangkan mekanisma respirasi iaitu inspirasi dan ekspirasi dengan merujuk

kepada laluan udara melalui struktur anatomi salur respiratori serta jelaskan bagaimana

kesekatan salur respiratori menyebabkan kejadian asthma.

(6 markah)

[Jumlah: 35 markah]

Page 4: Tugasan Mei 2009

4

PANDUAN UNTUK PELAJAR

1. Tugasan anda perlu dibuat dalam 10-12 mukasurat laporan dan perlu merangkumi aspek-

aspek berikut:

• Satu kefahaman yang jelas mengenai definisi struktur anatomi dan proses fisiologi

tubuh badan manusia.

• Anda juga hendaklah memahami bahagian-bahagian yang terdapat pada tubuh

badan manusia dari segi struktur anatomi luaran.

• Pengetahuan dan kefahaman tentang bagaimana sel-sel disusun mengikut aras

tertentu dalam organisasi sel bagi membentuk sesuatu organisma perlu anda

tekankan dan merupakan asas bagi anda memahami sistem tubuh badan manusia.

• Kefahaman tentang struktur anatomi dan proses fisiologi bagi setiap sistem dalam

tubuh badan adalah sangat penting.

• Anda juga digalakkan membuat pembacaan dan pencarian maklumat berkaitan

dengan homeostasis dan gangguan fisiologi yang menyebabkan penyakit kepada

sistem-sistem yang terdapat pada tubuh badan manusia.

2. Setiap penerangan dan huraian berkaitan dengan sesuatu fakta yang ingin anda nyatakan

sepatutnya disokong dengan carta alir atau gambarajah berlabel supaya penerangan anda

jelas.

3. Anda juga perlu menghasilkan sebuah persembahan multimedia atau digital yang boleh

memudahkan pemahaman audien berkaitan struktur anatomi dan proses fisiologi bagi

sistem- sistem yang terdapat pada tubuh badan manusia. Dalam merangsang minat

audien, anda boleh memasukkan gambar, video atau sekadar aktiviti yang sesuai

menerusi slaid yang dihasilkan. Persembahkan kepada tutor slaid anda semasa sesi

tutorial ke-4. Persembahan tersebut mestilah dipersembahkan sepanjang 10 - 12 slaid dan

diserahkan kepada tutor dalam bentuk CD/disket dan hardcopy selepas persembahan

dalam kelas dijalankan.

4. Untuk menjawab soalan, anda perlu merujuk kepada modul, membuat pencarian sumber

internet yang boleh dipercayai, dan merujuk kepada buku-buku anatomi dan fisiologi.

Page 5: Tugasan Mei 2009

5

5. Penjelasan berdasarkan contoh-contoh tertentu digalakkan.

6. Sila nyatakan sumber rujukan anda.

7. Perlu berbincang dengan tutor tentang cara menulis bibliografi yang betul.

PANDUAN UNTUK TUTOR:

1. Tutor adalah diminta agar dapat membantu para pelajar dalam hal yang berkaitan

penyediaan penulisan tugasan dan juga tentang teknik menulis rujukan buku, dan laman

web yang betul.

2. Mencadangkan format yang sesuai iaitu font ‘Times New Roman’ saiz 12 dilangkau baris

1.5 pada kertas bersaiz A4

3. Pastikan pelajar memahami dengan baik struktur anatomi dan proses-proses fisiologi

yang berlaku dalam tubuh badan manusia.

4. Pelajar perlu merujuk kepada sumber internet dalam tugasan terutamanya berkaitan

dengan homeostasis dan proses fisiologi yang berlaku dalam tubuh badan manusia.

5. Penerangan pelajar haruslah disokong dengan gambarajah berlabel atau carta alir. dan

contoh-contoh yang diberi oleh pelajar boleh pelbagai.

6. Pelajar perlu menunjukkan kematangan, daya analatikal dan penaakulan yang tinggi

dalam tugasan.

7. Penjelasan mengenai konsep-konsep anatomi dan fisiologi perlu tepat.