tugasan kumpulan juran

8
1.0 Pengenalan Pembangunan dalam bidang pendidikan yang dilaksanakan oleh kerajaan bersama-sama dengan masyarakat adalah salah satu cita-cita yang sangat mulia dan luhur. Dalam usaha tersebut, masyarakat dan pihak kerajaan harus berganding bahu dalam usaha mencerdaskan seluruh rakyat negara kita dengan pendidikan formal atau bukan formal sama ada melalui sekolah mahupun luar sekolah. Usaha mulia ini diharapkan dapat membantu rakyat negara kita agar dapat menikmati pendidikan sebagai keperluan utama masyarakat. Dengan demikian, institusi pendidikan perlu dinaiktaraf melalui langkah- langkah seperti inovasi-inovasi pendidikan secara profesional dengan pengurusan yang handal, sehingga institusi pendidikan tersebut berkembang maju. Pada zaman globalisasi ini, perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi (iptek) yang semakin canggih memberi kesan pada hampir semua sistem kehidupan umat manusia di muka bumi dewasa ini. Institusi pendidikan sebagai organisasi merupakan salah satu sistem yang tidak asing lagi kesan daripada kemajuan tersebut. Kewujudan TQM yang digunakan dalam dunia perniagaan memberi hasil yang sangat signifikan, sehingga TQM mempunyai daya tarikan tersendiri yang boleh diaplikasikan di institusi atau organisasi yang lain, baik dalam bidang politik, sosial dan dalam dunia pendidikan. Begitu banyak tokoh-tokoh yang membuat rumusan TQM bagi meningkatkan kualiti dalam pelbagai bidang termasuk di dalamnya pendidikan. Salah satu tokoh TQM yang terkenal adalah Josep M. Juran. Dia adalah salah tokoh yang mempelopori TQM yang berasal dari Amerika Syarikat. 2.0 Latar Belakang

Upload: sharmilaa-selvam

Post on 28-Jan-2016

247 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Juran

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Kumpulan Juran

1.0 Pengenalan

Pembangunan dalam bidang pendidikan yang dilaksanakan oleh kerajaan bersama-

sama dengan masyarakat adalah salah satu cita-cita yang sangat mulia dan luhur. Dalam

usaha tersebut, masyarakat dan pihak kerajaan harus berganding bahu dalam usaha

mencerdaskan seluruh rakyat negara kita dengan pendidikan formal atau bukan formal

sama ada melalui sekolah mahupun luar sekolah. Usaha mulia ini diharapkan dapat

membantu rakyat negara kita agar dapat menikmati pendidikan sebagai keperluan utama

masyarakat.

Dengan demikian, institusi pendidikan perlu dinaiktaraf melalui langkah-langkah seperti

inovasi-inovasi pendidikan secara profesional dengan pengurusan yang handal, sehingga

institusi pendidikan tersebut berkembang maju.

Pada zaman globalisasi ini, perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi (iptek) yang

semakin canggih memberi kesan pada hampir semua sistem kehidupan umat manusia di

muka bumi dewasa ini. Institusi pendidikan sebagai organisasi merupakan salah satu sistem

yang tidak asing lagi kesan daripada kemajuan tersebut.

Kewujudan TQM yang digunakan dalam dunia perniagaan memberi hasil yang sangat

signifikan, sehingga TQM mempunyai daya tarikan tersendiri yang boleh diaplikasikan di

institusi atau organisasi yang lain, baik dalam bidang politik, sosial dan dalam dunia

pendidikan.

Begitu banyak tokoh-tokoh yang membuat rumusan TQM bagi meningkatkan kualiti

dalam pelbagai bidang termasuk di dalamnya pendidikan. Salah satu tokoh TQM yang

terkenal adalah Josep M. Juran. Dia adalah salah tokoh yang mempelopori TQM yang

berasal dari Amerika Syarikat.

Page 2: Tugasan Kumpulan Juran

2.0 Latar Belakang

  Joseph Juran dilahirkan pada 1904 di Romania. Beliau berpindah ke Amerika

selepas 5 tahun. Pada tahun 1924, beliau memperolehi Ijazah Kejuruteraan Elektrik dan

PhD. Pada tahun 1981, Juran dianugerahkan oleh negara Jepun dengan pingat "The

Second Medal" seperti yang diperolehi oleh Deming pada tahun 1960. Juran seterusnya

memberi sumbangan kepada Jepun dengan memiliki lebih maklumat berkenaan dengan

kualiti berbanding dengan negara yang lain.

Beliau juga mengeluarkan satu siri videotapes yang berjudui, "Juran on Quality"

melalui Juran Institute di Wilton, Amerika Syarikat. Pada tahun 1954, Beliau telah

mengarang sebuah buku klasik yang berjudul "Quality Control Handbook" . Buku tersebut

masih digunakan sebagi rujukan utama yang standard oleh pengurus-pengurus kualiti pada

masa kini.

Pada awal tahun 1928, Juran juga menulis sebuah risalah "Statistical Methods

Applied to Manufacturing Problems". Selepas peperangan, beliau telah terkenal sebagai ahli

teori bagi bidang statistik dan kejuruteraan perindustrian.

Selain itu, Juran telah dipelawa oleh Kesatuan Jurutera dan Saintis Jepun (JUSE)

untuk memberi pengajaran dan ceramah kepada mereka tentang tanggungjawab pihak

pengurusan dalam meningkatkan kualiti. Daripada pencapaian dan sumbangan yang telah

dibuat, Juran mendapat suatu pujian yang besar daripada tokoh kualiti, Deming dengan

katanya, " His masterful teaching gave Japanese management new insight into

management's responsibility for improvement of quality and produktivity".

Jepun sering dikenalikan sebagai negara yang berkualiti tinggi dan maju di seluruh

dunia. Rupa-rupanya pada awal-awal tahun, mereka telah dilatih secara ektensif dalam

Page 3: Tugasan Kumpulan Juran

kaedah statistik. Mereka memahami peranan pengurusan amat penting dalam kualiti. Oleh

itu, orang Jepun mementingkan kualiti dalam produk malahan kehidupan mereka.

  Joseph M.Juran banyak memberi sumbangan dalam bidang pengurusan kualiti

dalam kerja lebih daripada 70 tahun secara aktif dan tidak pernah berputus asa.  Buku

beliau, " The Quality Control Handbook"  telah memberi panduan yang amat berguna

kepada masyarakat terutamanya pihak pengurusan kualiti sebagai rujukan klasik kepada

standard kualiti.

Beliau boleh dikatakan sebagai tokoh kepada orang Jepun pada masa kini

disebabkan beliau telah merevolusikan falsafah dalam pengurusan kualiti dan dengan

usahanya telah membantu ekonomi Jepun menjadi pemimpin industri pada masa kini.  Di

samping itu, Dr. Juran merupakan tokoh yang pertama menggabungkan aspek manusia

dalam pengurusan kualiti yang dirujuk sebagai Total Quality Management di mana manusia

merupakan aspek yang paling penting untuk menentukan standard kualiti.

  Dr Juran telah mengutarakan 10 langkah untuk dijadikan panduan kepada pengurus

kualiti supaya mencapai matlamat. Langkah- langkah ini adalah ditujukan ke arah

pembaikan kualiti. Oleh itu, pencapaian kualiti bukan sahaja suatu benda yang abstrak dan

susah untuk mencapai.

  Joseph M.Juran dipilih sebagai tokoh yang hebat atas sumbangan yang telah dibuat

kepada masyarakat dan beliau amat dikagumi dalam masyarakat sekarang terutamanya

dalam pengurusan kualiti. Kualiti merupakan suatu pengukuran prestasi bagi setiap

organisasi. Dengan memahami falsafah Juran, kami percayai bahawa manusia adalah lahir

dengan kecenderungan untuk bekerja secara inovatif dan kreatif.

Page 4: Tugasan Kumpulan Juran

3.0 Falsafah Juran

Rajah 1

Kualiti merujuk kepada ciri sesuatu produk di mana ia dapat memenuhi kehendak

pengguna dan kepuasan pengguna. Kualiti juga boleh dikatakan sebagai sesuatu yang

bebas daripada kekurangan atau kesilapan.

Menurut Juran, beliau percaya bahawa sesebuah organisasi dapat mengendalikan

langkah ke arah kualiti. Ini dapat dibuktikan dalam Trilogi Juran. Dalam trilogi Juran, ia telah

mengenalpasti 3 aspek yang perlu diarahkan kepada pencapaian kualiti dalam sesebuah

organisasi. Antaranya ialah perancangan kewangan menjadi perancangan kualiti,

pengawalan kewangan menjadi kawalan kualiti serta pembaikan kewangan menjadi

pembaikan kualiti.

3.1 Perancangan Kualiti

Perancangan Kualiti

Quality Planning

KawalanKualiti

Quality Control

Penambahbaikan KualitiQuality

Improvement

TRILOGIKUALITI

Page 5: Tugasan Kumpulan Juran

Menurut Juran, sebelum melaksanakan perancangan, pengurus perlulah mengetahui jurang

kualiti yang akan wujud dan cuba mengurangkan jurang tersebut. Jurang kualiti terdiri

daripada :

Jurang kefahaman (understanding gap) – merujuk kepada kepekaan atau

ketidakpekaan terhadap keperluan pelanggan,

Jurang rekabentuk (design gap) – merujuk kepada kegagalan menghasilkan produk

yang memenuhi permintaan pelanggan,

Jurang proses – merujuk kepada produk yang dihasilkan tidak sepadan dengan apa

yang telah direkabentuk, dan

Jurang operasi dimana is merujuk kepada proses operasi dan kawalan akan

menghasilkan kekurangan.

   Setelah memahami jurang-jurang yang mungkin akan berlaku, pengurus organisasi boleh

mula melakukan perancangan. Terdapat beberapa langkah ke arah perancangan iaitu :

a)      Melaksanakan projek

-         Pengurus perlu mengenalpasti apakah projek yang hendak dilaksanakan dan

seterusnya pengurus haruslah menetapkan matlamat kualiti dengan jelas serta memilih

kumpulan kualiti bagi melaksanakan langkah seterusnya.

b)   Mengenalpasti pelanggan

-     Terdapat dua jenis pelanggan dalam sesebuah organisasi iaitu pelanggan luaran

dimana ia boleh didapati dari luar organisasi dan pelanggan dalaman dimana ia boleh

didapati dalam organisasi.

c)    Menemui keperluan pelanggan

-   Pengurus boleh menemui keperluan pelanggan dengan cara mengumpul maklumat

berkaitan dengan keperluan pelanggan, menganalisis dan memberi keutamaan kepada

keperluan pelanggan serta mengenalpasti unit pengukuran dan sensors bagi setiap

keperluan pelanggan.

d)    Membangunkan produk

  -   Setelah memahami keperluan pelanggan dengan sepenuhnya, pengurus boleh mula

mereka bentuk produk yang mana ia dapat memenuhi keperluan pelanggan dengan

optimum.

e)    Membangunkan proses

Page 6: Tugasan Kumpulan Juran

-       Ia merujuk kepada satu set aktiviti yang membantu pekerja operasi mencapai matlamat

kualiti produk. Antaranya ialah mengkaji semula matlamat produk, mengenalpasti keadaan

operasi, mengumpul maklumat terhadap alternatif proses, memilih ciri-ciri proses dan

matlamat dan sebagainya.

 f)   Membangunkan kawalan operasi

-     Pengurus boleh menjalankan kawalan terhadap operasi supaya produk atau

perkhidmatan yang ditawarkan adalah bebas daripada kesilapan dengan cara

mengenalpasti kaedah kawalan yang hendak dijalankan, melaksanakan pengauditan,

melaksanakan pelan kawalan sendiri (self-control) dan penyemakan sendiri (self-inspection)

dan sebagainya.

3.2 Kawalan Kualiti

Kawalan kualiti adalah satu proses pengurusan umum bagi memastikan operasi berjalan

lancar dan mengelakkan perubahan yang akan merugikan organisasi. Terdapat 4 jenis

kawalan kualiti yang boleh dilakukan oleh pengurus, iaitu :

a) Kawalan Setup

-  Tujuan kawalan ini adalah membolehkan pengurus membuat keputusan sama ada hendak

memulakan proses tersebut atau tidak. Proses kawalan ini termasuklah countdown dimana

ia menyenaraikan semua langkah yang harus dilakukan supaya proses adalah dalam

keadaan sedia , penilaian dimana ia membolehkan pengurus menilai sama ada ia

mencapai matlamat organisasi, pengesahan dimana ia membolehkan pengurus mengesah

sama ada kriteria telah dicapai atau tidak.

b) Kawalan Running

-  Kawalan jenis ini boleh dilakukan semasa operasi sedang dijalankan. Tujuan kawalan ini

adalah membolehkan pengurus membuat keputusan sama ada proses harus diteruskan

atau dihentikan.

c) Kawalan Produk

-   Kawalan jenis ini dilakukan setelah sebahagian produk telah dihasilkan. Tujuan kawalan

ini adalah membolehkan pengurus menentukan sama ada produk tersebut sepadan dengan

standard kualiti  produk yang telah ditetapkan pada awalnya.

d) Kawalan kemudahan

Page 7: Tugasan Kumpulan Juran

-    Pengurus boleh menjalankan kawalan ini ke atas semua peralatan yang digunakan oleh

organisasi mereka. Tindakan ini dapat memastikan semua peralatan adalah dalam keadaan

yang baik dan selamat digunakan.

Dr Juran sangat hebat kerana beliau adalah profesional dalam bidang kualiti di

seluruh dunia. Selain itu, beliau juga merupakan orang yang pertama yang cuba mengira

kos kualiti bagi setiap produk yang dihasilkan atau perkhidmatan yang diberikan. Bagi

menjayakan kualiti dalam organisasi, beliau menekankan 3 perkara penting iaitu: komitmen

dan tindakan dari pengurusan atasan, latihan dalam pengurusan kualiti menyeluruh serta

pembaikan kualiti pada kadar berterusan.

3.3 Penambahbaikan Kualiti

Penambahbaikan kualiti merupakan suatu proses di mana mekanisme yang sudah

mapan dipertahankan sehingga kualiti dapat dicapai secara berterusan. Ini meliputi

peruntukan sumber-sumber, perlantikan pekerja untuk menyelesaikan projek kualiti, melatih

para pekerja yang terlibat dalam projek mutu dan pada umumnya menetapkan suatu struktur

kekal untuk mengejar kualiti dan mempertahankan apa yang telah dicapai sebelum ini.

Langkah-langkah penambahbaikan terdiri daripada :

mengenalpasti projek pembaikan (improvement)

membina infrastruktur yang mencukupi

membentuk pasukan

melakukan latihan - latihan yang relevan

diagnosis sebab - akibat ( boleh memakai diagram Fishbone - Ishikawa )

mengenalpasti cara mengelakkan perulangan masalah

menentukan cara mencapai target sasaran