tugasan kumpulan

6
KONSEP PERMAINAN Bertujuan untuk memberi keseronokan dan kepuasan disamping sebagai pengenalan kepada permainan-permainan utama. MATLAMAT Berperanan sebagai satu saluran untuk mempraktikkan integrasi dan toleransi bagi membina sifat-sifat kerjasama dan semangat kesukanan disamping menggalakkan murid-murid berfikir, menyelesaikan masalah dan berkreatif. OBJEKTIF 1. Pengajaran bertujuan penguasaan kemahiran dan teknik bersukan yang akhirnya akan membentuk ke arah penguasaan kemahiran sukan tertentu. 2. Pengajaran kemahiran dan teknik merupakan faktor kedua penting dalam membentuk kesedaran terhadap taktik melalui eksplorasi dalam prinsip permainan. 3. Kesedaran bahawa majoriti murid-murid tidak mempunyai kapasiti untuk menjadi pemain berkemahiran tinggi, tetapi mereka berkapasiti untuk menguasai sebahagian kemahiran untuk bermain pada tahap yang menyeronokkan. 4. Keseronokan dalam bermain tertakluk kepada keputusan yang dibuat atas kesedaran terhadap taktik. (Thorpe and Bunker, 1882 )

Upload: cva-raj

Post on 30-Sep-2015

231 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

MAB

TRANSCRIPT

KONSEP PERMAINAN

Bertujuan untuk memberi keseronokan dan kepuasan disamping sebagai pengenalan kepada permainan-permainan utama.

MATLAMAT

Berperanan sebagai satu saluran untuk mempraktikkan integrasi dan toleransi bagi membina sifat-sifat kerjasama dan semangat kesukanan disamping menggalakkan murid-murid berfikir, menyelesaikan masalah dan berkreatif.

OBJEKTIF

1. Pengajaran bertujuan penguasaan kemahiran dan teknik bersukan yang akhirnya akan membentuk ke arah penguasaan kemahiran sukan tertentu.

2. Pengajaran kemahiran dan teknik merupakan faktor kedua penting dalam membentuk kesedaran terhadap taktik melalui eksplorasi dalam prinsip permainan.

3. Kesedaran bahawa majoriti murid-murid tidak mempunyai kapasiti untuk menjadi pemain berkemahiran tinggi, tetapi mereka berkapasiti untuk menguasai sebahagian kemahiran untuk bermain pada tahap yang menyeronokkan.

4. Keseronokan dalam bermain tertakluk kepada keputusan yang dibuat atas kesedaran terhadap taktik. (Thorpe and Bunker, 1882 ) 5. Tugas guru adalah untuk mencipta situasi supaya murid-murid dapat membina kemahiran yang diperlukan untuk melakukannya dalam situasi permainan. Penguasaan kemahiran dapat dilihat pada konteks keupayaan murid dan situasi permainan terserlah melalui permainan.

6. Fokus utama dalam pendekatan mengajar permainan adalah kesedaran taktikal dan membuat keputusan selain dari membina kemahiran dan teknik.

7. Memberi peluang kepada semua murid selain dari mengukur keupayaan fizikal, berperanan utama dalam permainan, sayugia menjana jati diri ( self-esteem ) dan keperluan diri ( personal fulfillment ).

8. Murid-murid digalakkan bermain pada tahap keupayaan taktikal masing-masing memastikan tahap kejayaan dan keseronokkan untuk semua..

RODA IMPIAN

Kami menggunakan roda impian ini sebagai bahan bantu mengajar untukbagi murid-murid bermasalah ini.Dalan permainan roda impian di mana ia mengandungi suku kata dan gambar dengan mengadakan sesi mengeja kv+kv secara berulang sebagai peneguhan.

PELAKSNAAAN TEKNIK RODA IMPIAN

Langkah 1- Latih tubi menyebut dan mengeja sukukata kv- Murid menulis sukukata kv yang disebut oleh guru.

Langkah 2- Murid memadankan sukukata pertama dan sukukata kedua membentuk perkataan kv + kv berdasarkan gambar pada roda impian.- Latihan mengeja dan menyebut perkataan yang telah dihasilkan.

Langkah 3- Sukukata pertama telah diberikan. Murid mencari dan memadankan suku kata yang kedua berdasarkan gambar pada roda impian.- Latih tubi mengeja dan menyebut perkataan kv + kv yang telah dilengkapkan.- Latihan iaitu melengkapkan ejaan berdasarkan gambar menggunakan kad-kad suku kata kv pada roda impian.- Latihan bertulis iaitu melengkapkan ejaan dengan menulis sukukata tertinggal berdasarkan gambar. Langkah 4- Sukukata kedua telah diberi, murid mencari dan memadankan sukukata yang pertama berdasarkan gambar pada roda impian.- Latih tubi mengeja dan menyebut perkataan yang telah dilengkapkan.- Latihan melengkapkan ejaan berdasarkan gambar menggunakan kad-kad sukukata kv pada roda impian.- Latihan bertulis iaitu melengkapkan ejaan dengan menulis sukukata tertinggal berdasarkan gambar.

Langkah 5- Murid mengisi tempat kosong dengan ejaan yang betul berdasarkan gambar.

bo__

ki__ ku__ ro__

gu___