tugasan kump_dasar awam

17
GMGA2023 – DASAR AWAM TAJUK : MASALAH SOSIAL DI KALANGAN REMAJA DI MALAYSIA 1.0 PENDAHULUAN Menurut Friederich (dalam Anderson, 1995) mengutarakan beberapa definisi dasar awam iaitu dasar merupakan tindakan yang dicadangkan oleh individu, kumpulan atau kerajaan dalam satu-satu persekitaran. Persekitaran ini akan menyediakan halangan-halangan dan peluang-peluang. Selain itu, dasar yang dicadangkan itu mampu memanfaatkan persekitaran yang ada dan secara tidak lansung ia dilihat sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat dan merealisasikan objektif yang telah ditetapkan. Dengan kata lain, dasar yang diwujudkan oleh pihak kerajaan adalah bertujuan untuk menjaga kebajikan rakyatnya. Walau bagaimanapun, semakin meningkatnya proses pemodenan dan perindustrian sesebuah negara itu, maka semakin banyak persoalan masyarakat yang timbul. Hal ini dapat dilihat apabila beberapa masalah sosial di Malaysia kini seringkali dikaitkan dengan proses pembangunan dan transformasi sosial yang mendadak. Proses perbandaran dan perindustrian yang berlaku sejak 1

Upload: ct-kawaii

Post on 16-Feb-2016

56 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

GMGA2023

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Kump_dasar Awam

GMGA2023 – DASAR AWAM

TAJUK : MASALAH SOSIAL DI KALANGAN REMAJA DI MALAYSIA

1.0 PENDAHULUAN

Menurut Friederich (dalam Anderson, 1995) mengutarakan beberapa definisi dasar awam

iaitu dasar merupakan tindakan yang dicadangkan oleh individu, kumpulan atau kerajaan dalam

satu-satu persekitaran. Persekitaran ini akan menyediakan halangan-halangan dan peluang-

peluang. Selain itu, dasar yang dicadangkan itu mampu memanfaatkan persekitaran yang ada dan

secara tidak lansung ia dilihat sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat dan merealisasikan

objektif yang telah ditetapkan. Dengan kata lain, dasar yang diwujudkan oleh pihak kerajaan

adalah bertujuan untuk menjaga kebajikan rakyatnya.

Walau bagaimanapun, semakin meningkatnya proses pemodenan dan perindustrian

sesebuah negara itu, maka semakin banyak persoalan masyarakat yang timbul. Hal ini dapat

dilihat apabila beberapa masalah sosial di Malaysia kini seringkali dikaitkan dengan proses

pembangunan dan transformasi sosial yang mendadak. Proses perbandaran dan perindustrian

yang berlaku sejak kemerdekaan khususnya selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB)

bukan sahaja telah merancakkan proses pembangunan negara, malah turut mengakibatkan

berlakunya krisis nilai dan keterasingan sosial di kalangan sesetengah golongan masyarakat

khususnya remaja dan golongan muda.

Dasar awam merupakan segala keputusan yang dilakukan oleh kerajaan untuk

membangunkan Negara dan menjaga kebajikan rakyatnya. Dasar mempunyai bentuknya yang

tersendiri dan boleh dikategorikan kepada beberapa jenis bergantung kepada jenis tindakan yang

dilakukan oleh sesebuah kerajaan. Dasar Sosial Negara (DSN) memberi hala tuju kepada

1

Page 2: Tugasan Kump_dasar Awam

GMGA2023 – DASAR AWAM

perancangan dan pelaksanaan program pembangunan sosial negara dan menjadi satu strategi

utama kerajaan untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang maju dan mampan.

2.0 ISU DIBINCANGKAN DAN CADANGAN MENGATASI MASALAH SOSIAL

REMAJA

Secara umumnya, masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota

masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur

ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara. Di Malaysia, remaja

merangkumi lebih daripada separuh keseluruhan penduduknya. Oleh kerana bilangannya yang

ramai, maka masalah berkaitan dengan golongan ini adalah tinggi.

Isu-isu sosial yang sering berlaku adalah disebabkan oleh pelbagai faktor seperti status

sosioekonomi yang secara relatif rendah selain ketidakupayaan sesetengah anggota masyarakat

itu untuk memenuhi tuntutan umum masyarakat berhubung status, kejayaan, pekerjaan yang baik

dan pemilikan barang konsumer.

Menurut Ausubel (1960), antara kemahiran yang terbentuk pada peringkat remaja adalah

memproses maklumat, berkawan dan bersosial serta menyelesaikan masalah. Masalah akan

timbul dalam diri remaja apabila mereka keliru dengan peranan dan tanggungjawab diri, sering

merasa diri disalahertikan dan dipersalahkan, merasa diri dilayan secara tidak adil, kesunyian,

sukar memahami emosi dan susah membuat keputusan, tambahan pula remaja sekarang terdedah

dengan pelbagai perkara di sekeliling mereka. Bahan bacaan, televisyen, wayang, internet, rakan,

keluarga serta persekitaran masyarakat adalah antara yang banyak memainkan peranan dalam

2

Page 3: Tugasan Kump_dasar Awam

GMGA2023 – DASAR AWAM

pembentukan peribadi seseorang itu. Pemasalahan inilah menyebabkan lahirnya pesonaliti

negatif dalam diri mereka.

Justeru itu, hampir setiap hari masyarakat didedahkan dengan bermacam-macam laporan

media tentang pelbagai masalah sosial yang membabitkan golongan remaja khususnya jenayah

seperti rogol, pembuangan bayi, ragut, pecah rumah, penagihan dadah, perlumbaan haram atau

mat rempit, seks luar nikah dan sebagainya.

Masalah sosial di kalangan remaja di Malaysia sering dikaitkan dengan beberapa faktor

iaitu konflik remaja dengan ibu bapa, kasih sayang, kebebasan, tanggungjawab, rakan sebaya,

serta emosi dan tingkah laku. Konflik-konflik yang dihadapi oleh remaja ini merupakan

sebahagian daripada pengalaman yang akan membentuk identiti remaja tersebut.

2.1 KONFLIK REMAJA DENGAN IBU BAPA

Konflik di antara remaja dengan ibu bapa sering berlaku apabila luahan perasaan

daripada remaja kepada ibu bapa bercanggah dari segi nilai, sikap dan tingkah laku. Suasana ini

wujud disebabkan ada jurang generasi di antara kedua-dua pihak yang mana ibu bapa tidak

menerima pandangan anak mereka ini kerana tanggapan bahawa mereka dahulu merasai asam

garam dalam kehidupan. Ini menyebabkan anak-anak mereka berpendapat ibu bapa terlalu

mengongkong dan tidak memahami kehendak mereka.

Kebanyakan ibu bapa hari ini berpendapat pencapaian atau taraf pendidikan merupakan

satu faktor penentu yang akan menjamin sosioekonomi anak-anak mereka. Hal ini mendorong

sesetengah ibu bapa menetapkan matlamat yang terlalu tinggi dan menuntut anak mereka

menghabiskan masa dengan belajar. Harapan yang tinggi dalam pendidikan akan memberi

3

Page 4: Tugasan Kump_dasar Awam

GMGA2023 – DASAR AWAM

tekanan yang melampau kepada golongan remaja. Hal ini menyebabkan remaja akan mengalami

perasaan tertekan dalam  proses pembelajaran di sekolah. Remaja akan meluahkan perasaan

tidak puas hati kepada ibu bapa dengan melakukan kesalahan disiplin seperti membuli,

gengsterisme, meniru dalam peperiksaan dan sebagainya dengan harapan ibu bapa dapat

memahami perasaan dan kehendak mereka sendiri.

Cara mengatasi masalah ini haruslah memerlukan kerjasama diantara guru, ibu bapa dan

golongan remaja itu sendiri. Peranan guru merupakan peranan yang penting dalam membimbing

personality melalaui pembelajaran di dalam bilik darjah.  Dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran seperti dalam mata perlajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral, remaja

dapat mengetahuai cara-cara menjalin hubungan yang lebih rapat dengan  ibu bapa dan

bagaimana cara yang betul dalam meluahkan perasaan dan pendapat mereka.

Selain itu, guru juga haruslah bersedia menjalinkan hubungan dengan keluarga remaja

untuk berkongsi mengenali tingkah laku remaja tersebut. Kemampuan guru berkomunukasi

dengan ibu bapa dapat membantu remaja melauhkan perasaan dan pendapat  mereka dalam

memilih kerjaya mereka sendiri agar ibu bapa mengetahuai anak mereka mempunyai kemahiran

dalam sesuatu bidang yang lain. Disamping itu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah

memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru

perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima

teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif.

4

Page 5: Tugasan Kump_dasar Awam

GMGA2023 – DASAR AWAM

2.2 KONFLIK KASIH SAYANG

Dikasihi oleh seseorang mampu memberikan kesan berputik kepada seseorang individu.

Menurut Lefrancois (1999), kasih sayang membawa kepada kesan positif jika diperteguhkan dan

disokong. Namun begitu, kasih sayang yang berlebihan boleh membawa kesan sampingan yang

negatif. Di peringkat remaja, konflik kasih sayang akan wujud apabila mereka merasakan bahawa diri

mereka terasing, sendiri dan tidak dikasihi. Golongan remaja akan mula mencari altenatif  lain

sekiranya mereka tidak mendapat kasih sayang daripada ibu bapa dan keluarga.

Antara konflik yang timbul  di sekolah ialah dengan memusnahkan harta benda sekolah,

menconteng dinding sekolah, ponteng sekolah dan sebagainya. Remaja yang kurang kasih sayang

akan mencari jalan untuk menarik perhatian guru dan rakan-rakan agar fokus akan beralih kepada

mereka. Golongan remaja yang melakukan kesalahan disiplin di sekolah mejoritinya hanyalah untuk

mendapatkan perhatian daripada orang disekelilingnya. Oleh yang demikian, guru haruslah peka

dengan keaadaan pelajar sebelum memulakan proses pembelajaran. Selain itu, guru juga haruslah

bersikap adil dalam menjatuhkan hukuman. Peranan sekolah dalam memupuk kasih sayang seperti

mengadakan  program ‘mentor mentee’ di antara guru dan  pelajar. Tujuan program ini diadakan

membolehkan guru dapat berkongsi masalah dengan pelajar tersebut serta guru tersebut cuba untuk

menyelesaikan masalah mereka. Mengadakan Hari Keluarga juga boleh mengeratkan silaturahim

diantara ibu bapa dan guru.

2.3 KONFLIK KEBEBASAN

Remaja sering merasakan bahawa diri mereka terkongkong dan pergerakan mereka

terbatas. Hal ini kerana maklumat yang mereka peroleh banyak mendedahkan mereka kepada

5

Page 6: Tugasan Kump_dasar Awam

GMGA2023 – DASAR AWAM

sesutau yang baharu dan menyeronokkan, tetapi mereka tidak dapat  melakukan perkara-perkara

tersebut disebabkan oleh kawalan daripada ibu bapa. Oleh itu, peranan sekolah amat penting

dalam memandu remaja dalam mencari kebebasan yang betul tanpa dipengaruhi unsur-unsur

negatif. Guru juga boleh berkongsi pandangan dengan pelajar dalam mencari kaedah yang sesuai

bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran mendapat ouput dan input di akhir

pembelajaran.

Pelajar juga bebas memilih aktiviti  yang diminati dengan memasuki  kelab, persatuan

atau badan beruniform. Dengan adanya semua ini,pelajar akan banyak meluangkan masa dan

pelajar akan berasa bebas melakukan aktiviti dengan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

2.4 KONFLIK TANGGUNGJAWAB

Konflik tanggungjawab wujud apabila ibu bapa yang biasanya menguruskan hal ehwal

rumah tangga cuba mengawal tingkah laku anak mereka dalam tugasan harian .Bagi

remaja ,dominasi keluarga terhadap peranan yang seharusnya dimainkan oleh mereka banyak

menimbulkan kecelaruan. Perasaan ini timbul kerana pada tahap ini remaja lebih inginkan

kepada kebebasan, sedangkan kelurga memerlukan mereka lebih bertanggungjawab dalam

urusan harian. Ada dikalangan remaja terpaksa ponteng ke sekolah untuk membantu ibu bapa

mencari pendapatan keluarga. Mereka beranggapan pelajaran tidak penting yang paling penting

adalah menolong ibu bapa mereka.

Pemikiran remaja adalah berbentuk  abstrak. Oleh itu, para remaja menggangap apa-apa

yang difikirkan dan dilakukan oleh mereka adalah betul. Sikap beginilah para remaja menjadi

terbatas dan sempit. Antara konflik tanggungjawab sering berlaku di sekolah seperti tidak

6

Page 7: Tugasan Kump_dasar Awam

GMGA2023 – DASAR AWAM

menyiapkan tugasan yang diberikan, berhenti atau ponteng untuk menolong ibubapa mencari

rezeki dan sebagainya .

Cara untuk menyelesaikan masalah konflik tanggungjawab seperti mengadakan Program

Jati Diri yang mana program in bertujuan menerangkan tanggungjawab yang harus dipikul oleh

remaja agar mereka tidak disalah ertikan maksud tanggungjawab. Guru memainkan peranan

yang penting dalam membetulkan pemikiran mereka bahawa pendidikan boleh mengubah masa

hadapan. Demikian itu, guru haruslah mengambil tahu hal ehwal kebajikan pelajar agar mereka

tidak terasa disisih dan dapat belajar bersama-sama dengan pelajar yang lain. Kaunseling di

peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program

ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman

dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.

2.5 KONFLIK RAKAN SEBAYA

Rakan sebaya merupakan orang yang sering mempengaruhi kehidupan para

remaja.Sebagaimana yang diketahui, remaja lebih gemar menghabiskan masa lapang mereka

bersama rakan-rakan.  Sering kali terjadi pertentangan antara nilai yang dibawa oleh rakan

sebaya dengan ibu bapa. Apabila pertentangan ini wujud, hubungan ibu bapa dengan remaja

akan semakin renggang. Kebiasaannya remaja lebih akur kepada kelompok rakan sebaya

berbanding ibu bapa. Hal ini berlaku kerana mereka inginkan pengiktirafan bagi tingkah laku

yang dilakukan. Antara masalah disiplin disebabkan pengaruh rakan sebaya adalah seperti

merokok, ponteng sekolah, mencuri, mengambil dadah dan pil khayal, menonton video lucah dan

sebagainya.

7

Page 8: Tugasan Kump_dasar Awam

GMGA2023 – DASAR AWAM

Antara langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah konflik ini dengan

memperbanyakkan aktiviti yang menyeronokkan seperti mengadakan pertandingan  sukan,

mengadakan lawatan, serta menubuhkan Kelab Ekspedisi bagi remaja yang suka aktiviti

mencabar. Dengan adanya aktiviti seperti ini mereka dapat bergaul dan bersosial dengan rakan

sebaya dalam aktiviti yang berfaedah dan tanpa disedari mereka diperhatikan oleh guru. Ibu bapa

juga memainkan peranan penting iaitu mengetahui siapa rakan anak mereka, latar belakang rakan

anak mereka dan mengambil tahu  dan mengawasi segala aktiviti mereka di luar rumah agar

mereka tidak membuat perkara yang tidak diingini.

2.6 KONFLIK EMOSI DAN TINGKAH LAKU

Pada tahap ini,emosi individu dikatakan sensitif  berbanding sebelumnya. Emosi mereka juga

sering terganggu akibat daripada perubahan-perubahan yang berlaku pada tubuh badan dan limpahan

hormon yang agak ketara. Justeru itu, ibu bapa sering beranggapan tempoh ini sebagai tempoh

berbahaya. Manakala golongan remaja pula berpendapat bahawa golongan tua sebagai ketat dan

mereka sebagai tenang. Perbezaan pendapat ini seterusnya menghasilkan konflik emosi serta tingkah

laku bagi remaja.

Sekolah merupakan tapak asas bagi memperkembangkan tingkah laku positif. Oleh itu, guru

perlu membuat pelbagai pendekatan semasa mengajar. Strategi menangani masalah emosi dan

tingkah laku melibatkan kemahiran emosi, sosial dan perlakuan fizikal. Antara strategi yang

dimainkan oleh guru adalah yang pertama ialah guru perlu sensitif memerhatikan perbezaan emosi

remaja. Bagi guru yang peka, mereka dapat meramalkan bentuk emosi seseorang remaja, Kebolehan

meramal emosi juga dikenali sebagai kemahiran pengajaran melalui air muka.

8

Page 9: Tugasan Kump_dasar Awam

GMGA2023 – DASAR AWAM

Seterusnnya dengan mengadakan pendekatan aktiviti memupuk tingkah laku positif seperti

melibatkan remaja dalam aktiviti kumpulan komperatif yang mana bertujuan mereka dapat

berbincang dan mengeluarkan pendapat masing-masing. Memberikan motivasi kepada remaja untuk

melibatkan diri dalam aktiviti  dan menyelaraskan program pembangunan dan pengembangan

kegiatan pendidikan luar dan pasukan pakaian seragam agar aktiviti ini dapat mengembangkan minda

remaja.

3.0 PANDANGAN MENGENAI ISU DIBINCANGKAN

Sebenarnya terdapat beberapa pihak yang perlu bertanggungjawab tentang masalah sosial

golongan remaja ini termasuklah golongan remaja itu sendiri, para guru, ibubapa, masyarakat

serta kerajaan. Segalanya bermula dengan institusi kekeluargaan yang mana peranan ibubapa

yang mencorakkan kehidupan anak-anak mereka seperti kata pepatah ‘anak-anak dilahirkan

bagai kain putih’. Oleh itu amat penting bagi ibubapa melengkapkan diri dengan ilmu

keibubapaan supaya dapat membesar dan mendidik anak dengan lebih sempurna.

Sifat berdisiplin, akhlak yang mulia, budi yang pekerti serta patuh kepada ajaran agama

semuanya perlu di semai dari rumah lagi dan seterusnya dipupuk di peringkat sekolah dan di

semarakkan oleh masyarakat. Ibubapa sendiri perlulah menjadi teladan yang terbaik kepada

anak-anak. Sekolah dan masyarakat juga perlu sama-sama mewujudkan suasana yang positif

kepada perkembangan jati diri para remaja.

Kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran pula perlu membuat satu kajian yang

menyeluruh berkenaan dengan sistem pendidikan dan peraturan sekolah yang sedia ada. Ketika

ini sistem sekolah lebih menjurus kepada kecemerlangan akademik tetapi kurang ke arah

9

Page 10: Tugasan Kump_dasar Awam

GMGA2023 – DASAR AWAM

kecemerlangan sahsiah. Ini dapat dilihat masalah disiplin dan moral juga ketara di sekolah-

sekolah berasrama penuh walaupun mereka yang belajar di situ terdiri daripada mereka yang

terpilih. Jelaslah masalah disiplin pelajar ini akan hanya dapat dibendung jika semua pihak yang

terbabit memainkan peranan masing-masing.

10

Page 11: Tugasan Kump_dasar Awam

GMGA2023 – DASAR AWAM

4.0 KESIMPULAN

11

Page 12: Tugasan Kump_dasar Awam

GMGA2023 – DASAR AWAM

5.0 RUJUKAN

Ahmad Atory Hussain, Malike Brahim, Nur Syakiran Akmal Ismail dan Zalinah Ahmad.

(2005) Siri Modul Kendiri PJJ Dasar Awam. Universiti Utara Malaysia : Pusat

Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE).

Sabitha Marican. (1977). Dasar awam di Malaysia : Isu dan konsep. Kuala Lumpur : Utusan

Publications & Distributors Sdn. Bhd.

12