tugasan kemahiran nyanyian

Upload: haziq-iqbal

Post on 09-Jan-2016

174 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

faktor faktor perkembangan nyanyian bagi seorang penyanyi

TRANSCRIPT

1.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN SEORANG PENYANYI

Menyanyi merupakan satu cara yang mudah untuk meluahkan perasaan seseorang. Secara tidak langsung,aktiviti menyanyi memenuhi keperluan untuk menyalurkan perasaan dan fikiran. Bermula dari zaman dahulu lagi, menyanyi menjadi medium untuk melahirkan perasaan dan berkongsi pengalaman seseorang. Dalam nyanyian mesti ada lagu dan lagu adalah alat komunikasi yang hebat terutama bagi kanak-kanak (Phillips,1990).

Dalam satu nyanyian yang bagus, terdapat unsur-unsur yang mempengaruhi perkembangan nyanyian tersebut. Antaranya ialah perkembangan fizikal, minda dan budaya, kemahiran asas dalam nyanyian, dan latihan vokal yang berterusan. Unsur-unsur ini menjadi faktor dalam perkembangan nyanyian seseorang. Menyanyi sememangnya Nampak mudah namun sebenarnya ia adalah satu kemahiran yang kompleks kerana ia memerlukan masa untuk membentuk respon kedua-dua koordinasi psikologikal dan motor dalam menghasilkan vokal yang bagus dan terbaik.

1.1 FAKTOR PERKEMBANGAN FIZIKAL

Faktor yang pertama adalah perkembangan fizikal. Secara umumnya, suara manusia ini adalah berbeza mengikut umurnya, saiz badannya serta beberapa aspek yang lain. Contoh yang paling mudah untuk dilihat adalah antara kanak-kanak dan orang dewasa. Picnya akan berbeza mengikut usia. Renj dan suara adalah salah satu aspek dalam faktor fizikal. Renj merangkumi not yang tertinggi kepada not yang terendah dalam sesuatu suara. Renj suara adalah berbeza mengikut individu yang berbeza. Sebagai contohnya, kanak-kanak perempuan dan lelaki mempunyai suara yang berbeza. Antara satu sama lain dan kanak-kanak juga mempunyai pic suara yang berbeza dengan remaja atau golongan dewasa. Berdasarkan banyak buku teks D atas, C tengah ke A merupakan purata vokal yang lazimnya sesuai digunakan oleh golongan kanak-kanak dalam aktiviti nyanyian. Selain itu, fizikal juga merangkumi bentuk dan saiz tekak. Contohnya, seseorang yang mempunyai mulut yang besar dan tekak yang luas cenderung untuk menghasilkan suara yang besar atau suara jenis bes. Berbeza pula dengan seseorang yang mempunyai tekak yang kecil dan mulut yang kecil. Mereka cenderung untuk menghasilkan suara yang tinggi dan lazimnya golongan wanita yang mempunyai jenis suara sebegini. 1.2 FAKTOR PERKEMBANGAN MINDA DAN BUDAYAFaktor perkembangan minda dan budaya turut mempengaruhi perkembangan seseorang penyanyi. Minda dan emosi amat berkait rapat antara satu sama lain kerana emosi sebenarnya dikawal oleh minda. Seseorang penyanyi itu perlulah sentiasa berfikiran positif dan mempunyai ketenangan semasa menyanyi. Hal ini bertujuan untuk menyampaikan lagu yang bersesuai mengikut mud . contohnya, bagi lagu yang berunsur sedih, mud seseorang penyanyi juga harus dalam keadaan sedih ataupun sayu bagi menjiwai lagu tersebut manakala bagi lagu rancak mud mestilah dalam keadaan gembira dan rancak. Terdapat tiga komponen asas dalam minda manusia iaitu daya taakulan, kehendak dan komponen emotif. Dan emosi ini adalah emotif. Antara komponen emotif adalah kegembiraan, kesedihan, ketakutan dan kemarahan. Oleh itu, penyanyi haruslah tahu untuk menjiwai sesebuah lagu mengikut genre lagu supaya dapat menyampaikan lagu dengan sempurna. Dari segi perkembangan budaya pula, terdapat pelbagai jenis muzik daripada latar belakang budaya yang berbeza. Contohnya, jika di Malaysia terdapat muzik tradisional seperti ghazal dan asli. Jadi, seseorang penyanyi akan mempunyai jenis lagu yang sesuai dengan vokal mereka. Contohnya, Siti Nurhaliza amat sinonim dengan muzik bercorak Melayu Asli dan kumpulan-kumpulan rock yang mengikut cara teknik nyanyian dan lenggok suara muzik rock. . 1.3 FAKTOR KEMAHIRAN ASAS DALAM NYANYIAN

Dalam nyanyian, faktor yang paling penting sebenarnya adalah kemahiran asas dalam nyanyian. Hal ini dikatakan demikian kerana sekiranya kemahiran asas ini tidak dicapai oleh seseorang penyanyi, maka lontaran vokal yang disampaikan tidak memenuhi citarasa diri sendiri terutamanya. Oleh yang demikian, untuk mendapatkan nyanyian yang baik, seseorang perlulah mempunyai dan mengikuti aspek-aspek nyanyian. Antaranya ialah postur, pernafasan,sebutan dan ton, bentuk mulut dan latihan vokal serta jenis suara. Sekiranya penyanyi itu memenuhi aspek-aspek tersebut, maka nyanyian yang dihasilkan akan menjadi bagus.

Untuk postur, terdapat dua jenis postur yang boleh dinyatakan iaitu postur berdiri dan postur duduk. Untuk postur berdiri, terdapat perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam menyanyi sekiranya penyanyi itu selesa atau membuat persembahan dalam keadaan berdiri iaitu berdiri tegak dengan keadaan kaki direnggangkan sedikit. Hal ini bertujuan untuk mengimbangi badan penyanyi itu sendiri manakala lutut haruslah dilonggarkan iaitu berada dalam keadaan rileks. Badan pula mesti dalam keadaan lurus dengan dada dinaikkan dan tangan berada di sisi. Ini merupakan keadaan berdiri bagi seseorang penyanyi yang menjadi salah satu aspek dalam faktor kemahiran asas dalam nyanyian. Postur duduk pula harus merangkumi aspek berikut iaitu bahagian badan hingga kepada dalam keadaan sama juga seperti postur berdiri tetapi badan haruslah tidak bersandar pada kerusi ataupun apa sahaja yang boleh disandar oleh seseorang penyanyi itu. Hal ini bertujuan untuk mengeluarkan vokal yang jelas dan sempurna. Bahagian punggung pula haruslah berada di tengah-tengah tempat duduk contohnya kerusi. Seterusnya, kaki harus diletakkan di atas lantai dan tangan berada di atas paha. namun begitu, postur bukanlah pengganti kepada bakat nyanyian. Ianya hanya satu cara untuk meningkatkan kawalan serta memberi satu keadaan yang baik untuk mendapatkan suara yang bagus.

POSTUR DUDUKPOSTUR BERDIRI

Dari segi pernafasan pula, ia juga merupakan salah satu daripada aspek yang penting dalam kemahiran asas nyanyian. Pernafasan yang terkawal adalah asas kepada nyanyian yang baik. Namun, tidak semua orang mengamalkan cara pernafasan yang betul. Oleh itu, teknik kawalan pernafasan yang betul perlu diketahui oleh seseorang penyanyi itu. Dengan teknik pernafasan yang betul, seseorang dapat menghasilkan ton yang berkualiti,sebutan yang jelas dan intonasi yang baik dalam nyanyian. Organ utama yang terlibat semasa nyanyian adalah otot-otot bahagian abdomen khususnya diafragma. Diafragma akan mengembang semasa menarik nafas dan kembali ke normal semasa menghembus nafas. Jadi, proses pernafasan ini perlu dikawal supaya hasil nyanyian adalah yang terbaik. Seseorang itu akan dapat mengawal pernafasan dengan bagus sekiranya menjalani latihan yang baik dan sistematik. Contohnya, dalam aktiviti nyanyian, mulut dan kerongkong perlu dibuka dengan luas untuk laluan udara yang banyak bagi menghasilkan ton yang lebih resonan.

Seterusnya adalah sebutan dan ton. Dalam nyanyian, sebutan bunyi vokal dan konsonan haruslah paling jelas. Oleh itu, untuk menghasilkan pengeluaran sebutan yang jelas, ciri-ciri seperti berikut adalah penting iaitu tenaga, pembentukan alat vokal iaitu bibir dan lidah, kekuatan bunyi dan harkat iaitu panjang dan pendek sesuatu frasa. Bentuk mulut yang betulakan menghasilkan sebutan, kualiti ton, dan intonasi iaitu ketepatan pic yang sempurna. Bunyi konsonan padal awal dan akhir perkataan perlulah jelas supaya pendengar dapat mendengar dengan jelas dan nyanyian akan menjadi baik. Seseorang yang menginginkan sebutan yang baik perlulah menjalani latihan yang kerap dan merujuk kepada guru muzik atau penyanyi profesional. Nyanyian yang baik juga memerlukan ton yang baik oleh seseorang penyanyi. Menurut muzik klasikal barat, ton yang baik adalah bunyi suara yang penuh , jelas dan boleh didengar oleh pendengar. Kemahiran pengawalan organ vokal seperti rahang dan lidah dapat mempengaruhi penghasilan ton yang baik.

Bentuk mulut yang betul serta latihan vokal yang berterusan juga merupakan aspek dalam kemahiran asas nyanyian. Bentuk mulut yang betul akan menghasilkan sebutan yang baik,kualiti ton dan intonasi yang baik. Contohnya untuk sebutan yang berbunyi Uh mulut haruslah muncung kehadapan dan sebutan aa mulut mesti dibuka dengan luas.

Jenis suara turut menjadi aspek dalam asas kemahiran nyanyian. Secara umumnya dalam nyanyian, terdapat tiga jenis suara iaitu suara kepala, suara tengah dan suara dada. Suara kepala aialah suara yang dirasai dikeluarkan dari ruang di kepala. Suara tengah pula adalah istilah untuk suara yang dirasai dikeluarkan dari paras hidung ke kerongkong manakala suara bawah bermaksud suara yang dirasai dikeluarkan dari ruang dada. Suara ini dapat dirasai apabila meletakkan tangan di dada pada nyanyian pic yang rendah. Getaran dada akan dapat dirasai pada tangan.

1.4 FAKTOR LATIHAN VOKAL YANG BERTERUSAN

Latihan vokal yang berterusan juga penting dalam mempengaruhi perkembangan seorang penyanyi. Untuk mendapat latihan yang betul, seorang penyanyi sepatutnya mempunyai tenaga pengajar yang sendiri untuk memantau peningkatan nyanyian. Latihan berterusan sehingga mengabaikan kesihatan diri juga perlu dielakkan. Hal ini kerana boleh mencederakan tekak yang mampu menghasilkan suara yang sumbang. Oleh itu, seorang penyanyi seharusnya membuat latihan yang berterusan mengikut jadual dan keadaan yang sesuai. Latihan vokal adalah direka untuk memperkembangkan bakat dalam gaya suara(Carol J.Krueger,2010). Oleh itu , latihan vokal yang berterusan akan meningkatkan perbendaharaan kata seseorang dan gaya suara. Dari segi sebutan vokal, seseorang itu mempunyai kebolehan untuk menyebut atau menyanyi suku kata dan perkataan dengan jelas serta penggunaan resonan yang sesuai. Terdapat dua jenis resonan iaitu resonan tinggi dan resonan rendah. Resonan tinggi adalah resonan pada ruang hidung dan kepala yang mana mempunyai ton yang lebih riang. Resonan rendah pula resonan pada tekak dan ruang mulut di mana memberi sokongan kepada suara.

2.0 LANGKAH-LANGKAH MEMPERKEMBANGKAN KEMAHIRAN, KEBOLEHAN DAN PENCAPAIAN NYANYIAN

Menyanyi adalah satu cara istimewa dalam penggunaan suara. Namun, berapa ramaikah yang mengetahui langkah-langkah dalam meningkatkan nyanyian terhadap diri sendiri?

MEMANASKAN BADAN

Sebarang bentuk senaman boleh dilakukan. Contohnya membuat pemanasan suara sebelum menyanyi seperti mendengungkan bunyi sebelum menyanyi. Selain itu, memanaskan suara dengan membuat latihan mengikut tangga nada solfa iaitu Do,Re,Mi,Fa,So,La,Ti,Do. Aktiviti lain seperti humming, hissing juga membantu dalam memanaskan suara. Aktiviti warm-up ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Antaranya adalah dapat menarik perhatian dan memberi fokus, mewujudkan kesediaan dari segi fizikal sebelum memulakan nyanyian. Selain itu ia memberi peluang untuk menyediakan suara untuk nyanyian serta meningkatkan kemahiran pengawalan dan pengurusan pernafasan dan ton suara yang bertenaga.

BERTENANG

Semasa menyanyi, bertenang adalah amat penting bagi seseorang. Sekiranya cemas semasa menyanyi, ia akan menyebabkan kelemahan dalam resonan dan dalam nada suara seseorang. Bagi saya, bertenang juga mustahak untuk tidak keterlaluan apabila cuba untuk mencapai not yang di luar dari kemampuan seseorang. Apabila seseorang itu keterlaluan, ia tidak akan membantu seseorang untuk mencapai not tersebut, malah menyebabkan vokal yang dilontarkan tidak menjadi dan sumbang.

PERNAFASAN

Langkah yang seterusnya untuk memperkembangkan kemahiran, kebolehan dan pencapaian nyanyian untuk diri sendiri adalah pernafasan yang betul. Pernafasan adalah penting untuk nyanyian yang bagus. Suara nyanyian kita dihasilkan daripada udara, jadi sekiranya cara pernafasan adalah salah maka suara nyanyian juga akan terjejas. Pernafasan yang betul adalah pernafasan yang dilakukan daripada diafragma. Pernafasan yang betul adalah menggunakan perut iaitu tidak menggerakkan bahu dan pergerakan dada adalah minimum. Jadi, untuk meningkatkan kemahiran dalam nyanyian, adalah perlu untuk mengamalkan pernafasan tersebut dengan mengimbangi bahu dan menumpukan pada pergerakan perut ke dalam dan keluar.

MEMPUNYAI IDOLA

Bagi saya, sekiranya seseorang mahu pemberkembangkan lagi nyanyiannya, mereka perlu mempunyai seorang idola yang boleh dijadikan contoh. Kita boleh memberi perhatian kepada cara mereka menyanyi,gaya menyanyi yang mereka ada, jenis muzik yang digunakan dan juga kita boleh mencari maklumat berkaitan cara-cara yang idola kita gunakan untuk meningkatkan kemahiran nyanyian. Idola yang dipilih tidak sepestinya penyanyi yang mesti mempunyai pelbagai anugerah. Hanya sekadar yang bersesuaian dengan vokal kita. Kita boleh gabungkan perkara ini ke dalam nyanyian secara peribadi dan ia boleh menjadi satu alat pembelajaran yang boleh membantu memperkembangkan kebolehan nyanyian.

MENIMBA PENGALAMAN

Menimba pengalaman juga penting dalam memperkembangkan kemahiran nyanyian individu. Contohnya, kita boleh mencuba nasib untuk ke uji bakat nyanyian seperti Akademi Fantasia. Melalui komen yang diberi oleh juri-juri boleh dijadikan panduan untuk meningkatkan nyanyian kita. Selain itu kita dapat mengetahui tahap keberanian kita untuk berdepan dengan khalayak ramai. Bukan sahaja boleh mencuba nasib ke uji bakat, kita juga boleh mendapatkan kerja yang berkaitan dengan bidang nyanyian. Kerja ini boleh dijadikan kerja sepenuh masa ataupun hanya kerja sampingan. Contohnya, menyanyi di kenduri kahwin,menyertai koir di pejabat. Mendapatkan kerja menyanyi secara sampingan di restoran ataupun kelab malam juga boleh dilakukan untuk mengembangkan kebolehan nyanyian kerana bakat perlu diasah. Sukardi (Sunaryo,2004) menyatakan bahawa bakat merupakan satu kualiti yang dimiliki oleh seseorang yang memungkinkan dirinya dapat berkembang di masa akan datang. Dengan adanya pengalaman, kita akan dapat menyesuaikan diri menyanyi di khalayak penonton dan mengurangkan perasaan cemas. MENGETAHUI KEMAHIRAN ASAS

Seseorang itu juga harus mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang asas dalam nyanyian. Aspek yang terdapat dalam kemahiran asas ialah postur, pernafasan, sebutan dan ton, bentuk mulut dan latihan dan akhirnya jenis suara. Kesemua aspek ini harus dicapai oleh seseorang untuk meningkatkan kemahiran nyanyian. Dalam nyanyian, tubuh badan merupakan agen yang penting. Postur pula terbahagi kepada dua iaitu postur berdiri dan duduk. Pernafasan juga penting dalam nyanyian kerana ia merupakan asas dalam nyanyian yang baik. Dalam nyanyian yang baik, mulut dan kerongkong perlu dibuka luas untuk laluan udara yang banyak bagi menghasilkan bunyi yang bagus. Sebutan dan ton pula perlulah jelas supaya kita sendiri boleh mendengar dengan baik dan apatah lagi penonton. Akhirnya, latihan vokal haruslah dilakukan dengan kerap dan berterusan.

MENJAGA KESIHATAN DIRI

Kesihatan juga perlulah dijaga dalam menyanyi. Contohnya, kita perlulah minum air kosong dengan kerap iaitu sekurang-kurangnya lapan gelas sehari (Dr.Suroso, ) Hal ini bertujuan untuk mengekalkan kelembapan tekak dan mengelakkan kecederaan dalaman pada bahagian tekak. Dengan ini, seorang penyanyi boleh menjalankan latihan secara normal dengan penjagaan tekak yang baik. Minum air yang sejuk adalah tidak digalakkan dan adalah digalakkan untuk minum air suam atau air kosong biasa. Selain minum air kosong dengan kerap, kita juga perlulah mempunyai tidur yang mencukupi untuk mendapatkan tenaga yang mencukupi. Janganlah pula menjalani latihan vokal sehingga mengabaikan waktu tidur kerana ini akan mengganggu fokus dan suara seorang penyanyi.

MENGGUNAKAN KEMUDAHAN TEKNOLOGI

Pada masa kini terdapat banyak gajet yang dapat membantu dalam meningkatkan kemahiran nyanyian seseorang. Contoh nya perakam suara. Sekarang, perakam suara terdapat pada setiap telefon pintar. Jadi, kita boleh menggunakan aplikasi perakam suara ini untuk merakam nyanyian dan mendenarnya balik untuk mencari kesalahan dalam nyanyian. Seterusnya, kita dapat memperbaiki nyanyian . dengan menggunakan kemudahan internet, seseorang boleh mencari dan menonton video yang berkaitan dengan bidang nyanyian seperti tutorial untuk menyanyi, video kedudukan yang betul semasa menyanyi dan video nyanyian dalam solfa. Semua ini boleh diakses dengan menggunakan tekmologi yang ada pada masa sekarang. Teknologi ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam mengembangkan kemahiran nyanyian seseorang tidak kira penyanyi ataupun orang biasa.

MENDAPATKAN PENGAJAR ATAU JURULATIH

Konsep belajar yang berkesan adalah mempunyai pengajar dan pelajar kerana ia saling melengkapi. Seseorang itu boleh mengambil ilmu daripada jurulatih mengenai pembelajaran suara yang profesional untuk membantu meningkatkan nyanyian. Namun tidak semua mampu untuk mengupah tenaga pengajar. Itu bukanlah satu masalah yang besar kerana kita boleh menonton video daripada aplikasi video seperti Youtube untuk mencari video tutorial yang melibatkan nyanyian kerana sekarang merupakan zaman dunia tanpa sempadan.

REFLEKSI

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya telah dapat menyiapkan tugasan Kemahiran Nyanyian pada masa yang ditetapkan. Tugasan ini memang Nampak mudah pada zahirnya, tetapi bagi saya tugasan ini adalah sukar kerana ia merupakan tugasan yang melibatkan nyanyian di mana saya bukanlah seorang yang berlatar belakangkan dalam bidang nyanyian. Namun, saya bersyukur kerana saya dapat menyiapkan tugasan ini dan berjaya mencari sumber rujukan di Perpustakaan Zaaba. Bagi saya mencari rujukan adalah masalah utama dalam menyelesaikan tugasan ini.

Pensyarah subjek ini iaitu Encik Raja Sulaiman bin Raja Kamil telah memberikan tugasan ini kepada saya dan beliau telah banyak menerangkan cara pelaksanaannya dan menerangkan perkara-perkara yang harus disertakan dalam tugasan saya ini. Jadi, saya tidak mempunyai banyak masalah dalam menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya turut bertanya kepada rakan-rakan sekelas dan juga rakan-rakan daripada batch lain sekiranya saya mempunyai kemusykilan dalam melaksanakan tugasan ini. Mereka memberi respon yang positif kepada saya. Kami sekelas turut melakukan perbincangan walaupun markah dikira secara individu agar tugasan ini akan berjalan dengan lancar.

Tugasan pertama mengarahkan saya untuk menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan seorang penyanyi dan saya perlu menghasilkan satu langkah atau rancangan untuk memperkembangkan kemahiran dan kebolehan nyanyian diri sendiri. Jadi, berdasarkan tugasan pertama iaitu mengenai faktor yang mempengaruhi perkembangan nyanyian,saya telah dapat menyatakan beberapa faktor iaitu perkembangan fizikal,perkembangan minda dan budaya, kemahiran asas dalam nyanyian dan juga latihan vokal yang berterusan. Saya juga dapat menerangkan prinsip-prinsip asas dalam kemahiran nyanyian iaitu postur, pernafasan, sebutan dan ton, bentuk mulut yang betul dan juga jenis suara. Kesemua aspek ini menjadi faktor yang mempengaruhi perkembangan seorang penyanyi.

Dalam melaksanakan tugasan ini terdapat beberapa cabaran dan masalah yang saya terpaksa hadapi. Antaranya ialah, kekurangan sumber rujukan. Bagi saya, saya rujukan yang saya telah perolehi adalah tidak mencukupi kerana kebanyakannya adalah sumber daripada internet dan hanya beberapa sumber dari buku ilmiah. Namun, saya dapat mengatasinya dengan mencari sumber daripada internet yang boleh dipercayai kesahihannya. Selain itu,pada mulanya saya turut menghadapi masalah iaitu kurang memahami format penulisan yang betul namun ianya dapat diatasi setelah saya bertanyakan kepada tuan pensyarah dan juga rakan-rakan.

Seterusnya, saya telah berjaya melaksanakan tugasan yang seterusnya iaitu menghasilkan satu langkah atau rancangan untuk memperkembangkan kemahiran dan kebolehan nyanyian diri sendiri. Ada diantara langkah yang dinyatakan adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri seperti menonton video daripada internet. Apa yang saya telah pelajari daripada tugasan ini adalah kemahiran aural dan nyanyian semerta melalui pelbagai latihan pendengaran. Saya juga dapat mengaplikasikan teknik-teknik vokal dan nyanyian secara berharmoni dalam pelbagai repertoir pada akhir kursus ini. Bukan itu sahaja, saya dapat belajar mengenai langkah-langkah yang betul dalam mengembangkan nyanyian. Contohnya postur semasa menyanyi yang mana kita semua tidak begitu menfokuskan hal ini kerana menganggapnya perkara yang remeh. Teknik pernafasan yang betul juga saya telah pelajari hasil daripada tugasan ini.

Oleh itu, saya amat berharap agar sayan dapat melaksanakan tugasan saya yang akan datang dengan lebih berkualiti dan lebih baik. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang telah membantu menyiapkan tugasan ini.

10