9 fakta pernafasan dalam nyanyian

Download 9 Fakta Pernafasan Dalam Nyanyian

Post on 13-Dec-2014

162 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

9 Fakta Pernafasan Dalam Nyanyian/Mengaji http://zarulumbrella.com/9-faktapernafasan-dalam-nyanyianmengaji/Posted on 19/08/2011 | 1 Comment

1.Pernafasan?Kenapa ianya penting?Ini adalah kerana tanpa pernafasan tidak akan ada udara dan bila tiada udara kita tidak akan boleh mengeluarkan suara dan bunyi takkan keluar dan tidak akan adalah nyanyian 2.Pernafasan adalah sangat penting dalam nyanyian, dan ianya adalah perkara yang pertama yang akan diajar oleh kebanyakan guru-guru vocal 3.Apa yang kebanyakan kita tak tahu adalah yang pernafasan ini sebenarnya adalah proses yang amat semulajadi, dan semestinya adalah amat senang sekali untuk mahirkan diri kita dengan kawalan suara yang betul dalam menyanyi.Memahami cara pernafasan untuk nyanyian akan menjadi tool yang berguna bagi mencapai tahap cemerlang dalam asas pernafasan untuk menyanyi!

4.Penyanyi perlu belajar bagaimana hendak mengetahui tentang pernafasan mereka pada semua masa kerana ia memberi kesan kepada nada dan kualiti suara, kemampuan untuk mencapai julat pic yang diperlukan dan kemahiran mengawal not untuk tempoh masa yang lama. Mempelajari teknik penting ini memberikan alat yang betul bagi seorang penyanyi untuk melahirkan kemampuan diri mereka sebaiknya. 5.Pernafasan yang betul dilakukan daripada diafragma. Perhatikan pernafasan seorang bayi, kelihatan perutnya yang naik dan turun apabila bernafas ini adalah cara yang betul. Ia dilakukan tanpa menggerakkan bahu anda dan dada anda harus sangat minimum pergerakannya. Amalkan cara tersebut dengan mengimbangi bahu anda dan menumpukan pada pergerakan perut anda ke dalam dan ke luar. 6.Seluruh pernafasan sama ada secara sedar atau tidak sedar adalah dilakukan menerusi diafragma. Udara tidak boleh bergerak melalui paru-paru tanpa yang bantuan dari diafragma 7.Diafragma adalah otot berbentuk-kubah terletak melintang dibahagian bawah tulang selangka , untuk menggunakannya anda perlu mengisi dinding abdomen dengan udara. Apabila kita tidak menggunakan otot ini dengan keupayaan sepenuhnya, ia menghalang suara daripada menghasilkan gelembung yang perlu untuk menghasilkan resonan yang sewajarnya.. 8.Untuk makluman anda,kita tak boleh nak mengawal otot diafragma kita apabila kita bernafas.Ianya bergerak secara semulajadi dan anda tidak boleh nak kawal pergerakannya supaya ianya menguncup atau mengembang seperti yanang boleh kita lakukan keatas otot yg lain seperti trisep dan bisep.Apa yang boleh anda buat hanyalah menarik dan menghembuskan nafas dan ini menyebabkan ianya menguncup dan mengembang secara otomatik.. 9.Anda boleh mula belajar teknik pernafasan yang betul dengan mengamalkan senaman mudah ini:Mulakan dengan berbaring dan meletakkan sebuah buku besar di bahagian tengah abdomen anda. Sebagaimana anda menarik nafas, jika dilakukan dengan betul, anda sepatutnya melihat buku tersebut naik. Tahan untuk tiga saat sebelum dilepaskan; kemudiannya dihembus keluar dengan perlahan-lahan, perhatikan yang buku turun mengikut abdomen anda

http://muhammadfaizmahayudin.blogspot.com/2012/04/teknik-teknik-vokal-panduanguru.html

TEKNIK-TEKNIK VOKAL (PANDUAN GURU)

KERANGKA TAJUK-TAJUK

KANDUNGAN ISI

1.1 POSTUR ASAS DALAM NYANYIAN

Teknik

vokal

merangkumi tentang

pengetahuan

pedagogi vokal yang berkait dengan anatomi tubuh semasa penghasilan suara. Ianya menjelaskan tindakbalas tubuh di bahagian vokal yang menyebabkan terhasilnya suara dan kawalan-kawalan bahagian tubuh tertentu yang diperlukan seseorang dalam meningkatkan mutu nyanyian. Dalam mendapatkan hasil terbaik dalam nyanyian, kedudukan badan atau postur dalam nyayian perlu dititik beratkan. Postur yang baik bermaksud menggunakan badan dalam keadaan seimbang supaya otot-otot pernafasan

dapat bekerja dengan mudah serta membantu penyanyi mengeluarkan suara yang diingini tanpa ada sebarang halangan fizikal. Bagi penyanyi yang sudah mahir, mungkin sebarang posisi tidak menjadi gangguan kepada mereka. Tetapi bagi mereka yang melalui proses pembelajaran, menyanyi dengan postur yang betul merupakan langkah yang terbaik. Antara postur asas semasa menyanyi terdiri daripada postur berdiri dan postur duduk. Secara konvensionalnya, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika menyanyi dalam keadaan postur berdiri dan postur duduk adalah seperti berikut: 1.1.1 POSTUR BERDIRI Kaki dibuka sedikit dengan satu kaki di dihala sedikit kehadapan. Berat badan perlu diimbangkan di hadapan tapak kaki dan bukan ditumit. Lutut perlu dilonggarkan sedikit (tidak dikunci) bagi mengelak ketegangan. Pinggang sedikit kehadapan tanpa menonggekkan bahagian punggung. Bahagian abdomen perlu rata, keras dan dalam keadaan selesa. Bahagian dada dibuka seperti mendabik dada. Bahagian bahu ditolak ke belakang iaitu tidak membongkok. Lengan dalam keadaan selesa bergerak, sekiranya memegang skor lagu, elakkan terlalu tinggi yang akan menyebabkan muka terlindung atau terlalu rendah yang akan menyebabkan penyanyi menunduk ketika menyanyi. Di bahagian kepala, dagu perlu selari dengan lantai iaitu tidak mendongak ke atas atau menunduk.

Rajah 1 : Postur berdiri

Berdiri tgak dengan kaki renggang sedikit. Badan diimbangkan di kedua belah kaki dan seluruh anggota badan dalam keadaan selesa. Tangan diletakkan di sisi badan. Dada hendaklah kehadapan dengan bahu ke belakang. Kepala haruslah ditegakkan dan pandang lurus kehadapan.

1.1.2 POSTUR DUDUK Kaki hendaklah dibuka dengan satu kaki dihala sedikit kehadapan. Jangan sila panggung semasa menyanyi. Tapak kaki diletakkan rata di atas lantai pada posisi yang seimbang agar boleh menyokong keseluruhan badan semasa duduk Pinggang sedikit kehadapan tanpa menonggekkan bahagian punggung. Bahagian abdomen perlu rata, keras dan dalam keadaan selesa. Bahagian dada dibuka seperti mendabik dada. Bahagian bahu ditolak ke belakang iaitu tidak membongkok. Lengan dalam keadaan selesa bergerak, sekiranya memegang skor lagu, elakkan terlalu tinggi yang akan menyebabkan muka terlindung atau terlalu rendah yang akan menyebabkan penyanyi menunduk ketika menyanyi. Tangan boleh diletakkan di atas peha sambil bergerak selesa. Di bahagian kepala, dagu perlu selari dengan lantai iaitu tidak mendongak ke atas atau menunduk.

Rajah 2 : Postur duduk

Duduk tegak dan kaki direnggangkan sedikit. Pastikan kedua belah tapak kaki di lantai dalam keadaan selesa. Tangan diletakkan diatas paha. Kerusi hanya duduk 1/3 bahagian kerusi dan jangan bersandar. Dada juga hendaklah kehadapan dengan bahu kebelakang dan elakkan dari mengangkat bahu. Kepala mestilah sentiasa tegak dan pandang lurus kehadapan. Kesimpulannya asas postur yang betul membuatkan nyanyian menjadi lebih mudah dilakukan. Ia akan menyediakan mekanisme fizikal bertindak balas dengan konsep mental tanpa sebarang gangguan. Ia juga membuatkan semua proses berjalan secara bersambung-sambung tanpa halangan. Postur yang betul membolehkan seseorang menyampaikan suara dengan baik sekaligus menyanyi dengan lebih baik. Postur yang baik perlu seimbang, bergaya dan ringkas. kefahaman terhadap pengawalan postur ini amat penting dalam membantu penyanyi mengeluarkan suara dengan lebih bebas tanpa sekatan.

1.1.3 Latihan Fizikal Bagi Mendapatkan Postur Yang Baik A. i. ii. Berdiri Berdiri tegak dan badan tidak boleh bongkok. Tangan dinaikkan ke paras bahu. Bengkokkan tangan sedikit dan turunkannya secara perlahan-lahan. Ulang beberapa kali. B. i. ii. Duduk Duduk ke hadapan. Tangan pada paha. Dengan perlahan-lahan, tarik nafas yang dalam dan perhatikan bahagian tulang rusuk anda mengembang.

Layari Internet

Aktiviti 1.2 Anda dikehendaki melayari internet dan mendapatkan maklumat tambahan berkaitan postur dalam nyanyian.

1.2 KAEDAH PERNAFASAN DALAM NYANYIAN Penggunaan teknik suara yang betul menghubungkan konsep fikiran kepada perasaan dan mengaitkan pula dengan tindak balas fizikal. Salah satu teknik vokal yang perlu dititikberatkan dalam nyanyian ialah pernafasan. Semasa bernafas, oksigen akan masuk ke dalam ruang paru-paru. Bahagian otot yang membantu proses pernafasan terdiri dari otot diafragma, otot ini merupakan satu bahagian otot besar berbentuk-kubah terletak melintang dibahagian bawah tulang selangka iaitu di bawah bahagian paru-paru. Apabila otot diafragma menurun, bahagian pinggang akan mengembang. Tekanan udara yang berada di dalam badan kita akan menjadi rendah, dengan itu membuatkan udara atau oksigen disedut ke dalam paru-paru atau disebut respirasi. Apabila otot diafragma menaik, tekanan udara yang terdapat di dalam badan akan menjadi tinggi dan ini menyebabkan udara keluar semula, atau dihembus iaitu disebut ekspirasi. Pernafasan yang betul ketika menyanyi adalah dengan menggunakan otot diafragma. Perhatikan pernafasan seorang bayi, kelihatan perutnya yang naik dan turun apabila bernafas ini adalah cara yang betul. Ia dilakukan tanpa menggerakkan bahu anda dan dada anda harus sangat minimum pergerakannya. Amalkan cara tersebut dengan mengimbangi bahu anda dan menumpukan pada pergerakan perut anda ke dalam dan ke luar.

Rajah 3: Proses respirasi dan ekspirasi di bahagian paru-paru manusia 1.2.1 Senaman bagi Otot Diafragma Salah satu kesalahan yang ramai orang lakukan ketika menyanyi adalah dengan menahan nafas ketika menyanyi. Sedangkan yang sepatutnya anda perlu melepaskan atau membiarkan saja nafas anda mengalir seperti biasa, jika tidak anda akan merasakan kesukaran untuk mencapai note tinggi dalam nyanyian anda. Anda boleh mula belajar teknik pernafasan yang betul dengan mengamalkan senaman mudah ini: Mulakan dengan berbaring dan meletakkan sebuah buku besar di bahagian tengah abdomen anda. Sebagaimana anda menarik nafas, jika dilakukan dengan betul, anda sepatutnya melihat buku tersebut naik. Tahan untuk tiga saat sebelum dilepaskan; kemudiannya dihembus keluar dengan perlahan-lahan, perhatikan yang buku turun mengikut abdomen anda