muzik dan nyanyian (group)

25
Pengenalan Muzik boleh menghilangkan perasaan yang tertekan, ketakutan, kekeliruan, kurangnya konsep kendiri dan sebagainya. Program Pendidikan Muzik yang baik boleh dikaitkan dengan pembelajaran kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran dengan mencapai perkara yang terkandung dalam setiap pembelajaran. Perkara-perkara tersebut adalah kemahiran mengetahui, kemahiran berfikir, kemahiran melaksana dan kemahiran untuk mencipta. Ini akan menjadikan seseorang yang mempunyai semua kemahiran ini lebih kreatif, inovatif, berpengetahuan dan intelektual. (Rozaimah Mohamed : 1997 ) Muzik terapi merupakan satu bidang profesional yang menggunakan muzik untuk pemulihan, pemeliharaan, dan peningkatan taraf kesihatan mental dan fizikal. Perubahan dari segi kognitif, sosial, dan emosi dapat dicapai dengan teknik-teknik muzik tertentu. Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dimana getaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap berbeza.Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda kita. Seki ranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan. Menurut Blair, Jones & Simpson (1991), murid yang lembam memerlukan bantuan untuk mencari bahan yang agak mudah dan 1

Upload: halizan-ishak

Post on 08-Feb-2016

145 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

Page 1: Muzik Dan Nyanyian (Group)

Pengenalan

Muzik boleh menghilangkan perasaan yang tertekan, ketakutan, kekeliruan, kurangnya

konsep kendiri dan sebagainya. Program Pendidikan Muzik yang baik boleh dikaitkan

dengan pembelajaran kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran dengan mencapai

perkara yang terkandung dalam setiap pembelajaran. Perkara-perkara tersebut adalah

kemahiran mengetahui, kemahiran berfikir, kemahiran melaksana dan kemahiran untuk

mencipta. Ini akan menjadikan seseorang yang mempunyai semua kemahiran ini lebih

kreatif, inovatif, berpengetahuan dan intelektual. (Rozaimah Mohamed : 1997 )

Muzik terapi merupakan satu bidang profesional yang menggunakan muzik untuk

pemulihan, pemeliharaan, dan peningkatan taraf kesihatan mental dan fizikal.

Perubahan dari segi kognitif, sosial, dan emosi dapat dicapai dengan teknik-teknik

muzik tertentu.

Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dimana getaran tenaga bunyi

bergetar pada tahap-tahap berbeza.Tenaga yang serupa juga wujud dalam

tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar

seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai

ubat yang memulihkan.

Menurut Blair, Jones & Simpson (1991), murid yang lembam memerlukan bantuan

untuk mencari bahan yang agak mudah dan menyeronokkan supaya kemahiran

membaca bertambah pada kadar yang biasa baginya. Banyak kajian lepas telah

dikendalikan untuk menguji keberkesanan muzik terhadap perkembangan mental

kanak-kanak.

Menurut dapatan kajian yang dijalankan oleh Elisabeth (2005), keberhasilan

pembelajaran bahasa sangat dipengaruhi oleh kemampuan seorang guru dalam

melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan menyenangkan

kanak-kanak. Seseorang kanak-kanak dikatakan suka menyanyi dan bergerak.

Justeru, lagu dan aktiviti pergerakan adalah salah satu pendekatan yang efektif dalam

1

Page 2: Muzik Dan Nyanyian (Group)

pembelajaran bahasa. Kanak-kanak menjadi lebih senang dan mudah memahami

melalui aktiviti nyanyian.

Definisi terapi

Definisi terapi mengikut kamus perubatan Mosby (2001) ialah rawatan pemulihan ke

atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu

kecederaan bertujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal.

Definisi terapi dalam konteks pendidikan ialah kaedah untuk membantu seseorang

murid untuk bergerak balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran.

Definisi muzik dan nyanyian

Menurut Dr. Sharol Lai Sujak (2008), terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan

moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk

pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan tarak kesihatan mental dan fizikal.

Menurut Campbell 1995, Muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada aspek

pendengaran atau aural. Oleh yang demikian, muzik boleh diperkenalkan kepada

bayi dan kanak-kanak pra sekolah dalam bentuk elemen bunyi.

Definisi Terapi muzik oleh The American Music Therapy Association (Peters, 2000)

ialah ‘a planned, goal-directed process of interaction and intervention, based on

assessment and evaluation of individual clients’ specific needs, strengths, and

weaknesses, in which music or music-based experiences (e.g; singing, playing

musical instruments, moving or listening to music, creating or discussing songs and

music) are specifically prescribed to be used by specially trained personnel (music

therapists or those they train and supervise) to influence positive changes in an

individual’s condition, skills, thoughts, feelings or behaviors”

Ada kajian menunjukkan bahawa muzik klasik karya Mozart boleh diguna untuk

mengurangkan penderitaan pesakit dan meredakan tekanan.* Terapi muzik boleh

2

Page 3: Muzik Dan Nyanyian (Group)

digunakan dalam rawatan pesakit yang mengalami trauma, gangguan emosi, terencat

akal, ketegangan, penyakit kanser, juga AIDS.Sumber: Berita Harian, 19 Mac 2008.

Konsep

Apakah itu muzik dan nyanyian ? Sebenarnya kedua perkara ini tidak sama. Muzik ialah

seni bunyi dan nyanyian ialah seni suara iaitu secara mudah muzik ialah bunyi-bunyian

yang menghiburkan dan terhasil dari alatan atau dari satu komponan yang diatur

menghasilkan irama yang merdu.

Muzik terhasil apabila rangkaian bunyi yang diorganisasikan dengan betul. Ia bukan

sahaja meliputi setiap muzik yang telah diciptakan manusia seperti nyanyian rakyat,

simfoni, alatan muzik, vokal, elektronik, rock, balada dan sebagainya tetapi ia juga

meliputi aktiviti seperti menyanyi, mendengar, menganalisis dan mencipta. Muzik terdiri

dari notasi-notasi muzik mengikut nilainya. Muzik bukan hanya mengandungi

komponen-komponen muzik seperti melodi dan irama yang ditetapkan, malah ianya

juga boleh dikatkan dengan pelbagai kaedah samada bahasa, matematik dan sosial. 

Nyanyian pula ialah dari seni suara manusia yang keluar dari mulut dengan mempunyai

pengertian dan kata-kata seperti sajak, syair atau lagu yang membawa mesej tertentu

disamping dipersembahkan dengan mengawal irama suara dan nada tinggi rendah

supaya menghasilkan tidak hanya lagu itu dinyanyikan untuk menyampaikan

maksudnya sebaliknya juga turut mengutamakan kesedapan dan kemerduan

penyampaian sesuatu lagu itu.

Nyanyian dapat membantu kanak-kanak memperkembangkan perbendaharaan kata

dan pemahaman bahasa. Ini adalah kerana secara semulajadinya, nyanyian adalah

multimodal dimana ia merangsang mata, telinga dan otot yang seiring dengan minda.

Kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan dalam satu sensori, masih dapat terlibat

dalam muzik menggunakan deria-deria lain.

3

Page 4: Muzik Dan Nyanyian (Group)

Kesimpulannya pengajaran dan pembelajaran serta pengalaman muzik dan nyanyian

perlu dipelbagaikan. Kepelbagaian ini termasuklah memberi peluang kepada murid-

murid mengambil bahagian dan kemahiran mendengar. Melalui muzik dan nyanyian

murid-murid pendidikan khas dapat keseronokkan, luahan perasaan, keseimbangan

emosi, konsep diri yang positif, menghargai seni muzik dan kemahiran muzik.

Sejarah Terapi MuzikLagu dan irama tidak dapat dipisahkan. Begitulah juga dengan manusia dan muzik.

Nyanyian dan muzik boleh mengubah sikap ke arah pencapaian peradaban yang

bererti di samping mempunyai kekuasaan tersendiri hingga boleh menukar emosi

menjadi terharu, sedih, pilu dan menangis. Ini menunjukkan bahawa nyanyian dan

muzik sangat rapat hubungannya dengan jiwa manusia. Oleh itu, kesenian ini perlu

dikawal dan diberi perhatian supaya tidak merosakkan jiwa dan moral manusia. Islam

dari segi falsafahnya menyatakan nyanyian dan muzik haruslah bertujuan ke

arah pembentukan peribadi dan sebagai tali penghubung ke arah taqwa kepada Allah.

Islam tidak mengizinkan nyanyian dan muzik yang melalaikan manusia dari kewajiban

terhadap Allah. Seni yang merosakkan adalah seni sesat yang hukumnya haram dan

patut dijauhi.

Negara Arab selatan merupakan antara negara yang tertua yang mana di dalamnya

masih lagi bergema sebahagian daripada kebudayaan-kebudayaan lama. Muzik dan

puisi berkembang walaupun tiada penulis-penulis yang menulis tentang perkembangan

ini secara khusus dan terperinci. Al-Isfahani mengatakan bahawa raja Tubba’ yang

terakhir iaitu ‘Als ibn Zaid merupakan orang pertama yang menyanyi di Yaman. Lagu-

lagu sebelum Islam di Yaman muncul pada abad ke 19 iaitu ketika zaman Al-Mas’udi

yang banyak terpengaruh dengan petikan-petikan puisi ibn Khurdadhbih. Rakyat

Yaman pada ketika itu diperkenalkan dengan dua jenis muzik iaitu Himyari dan Hanafi.

Muzik Himyari merupakan muzik yang berbentuk klasik. Antara alat muzik yang

digunakan adalah kebanyakannya berasal dari selatan Arab. Antaranya ialah seperti

mi’zaf dan kus (dram kawah). Sehingga kini, orang-orang Arab di Hijaz mengakui

bahawa muzik Arab yang terbaik dan sebenar ialah berasal dari Yaman kerana

Hadrami Mintrels seorang artis terkenal yang juga berasal dari Yaman. Di ‘Ukaz iaitu

4

Page 5: Muzik Dan Nyanyian (Group)

salah sebuah negeri di Hijaz, ramai penyajak dan seniman yang mengembara ke

seluruh pelusuk semenanjung Arab untuk mencari ilmu pengetahuan dalam bidang

kesenian. Dalam masa yang sama terdapat bacaan dan nyanyian daripada mu’allaqat

yang terkenal. Pada zaman Bani ‘Amaliq, seniwati-seniwati legenda telah dipanggil

semula bagi memeriahkan lagi bidang kesenian pada ketika itu. Ahli muzik dari Al-Hijaz

didapati berkebolehan dalam pelbagai bidang. Antara alat muzik yang digunakan

adalah seperti mizhar, mi’zafa (alat muzik bertali), qussaba (seruling), mizmar dan duff

(rebana).

Kepentingan Terapi Muzik dan NyanyianBagi sesetengah individu terapi muzik merupakan sesuatu yang kurang menyenangkan

tetapi ia sebenarnya berguna untuk meredakan tekanan akibat kekangan waktu kerja,

tersepit dalam pergolakan hidup berumahtangga, tekanan hidup atau stres

menghadapi peperiksaan. Ia adalah alternatif rawatan moden dan satu bidang

profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan

peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal.

Perubahan dari segi kognitif, sosial dan emosi mampu dicapai melalui teknik muzik

tertentu. Pakar terapi muzik terlatih yang ada di seluruh dunia seramai 6,000 hingga

10,000 telah bersedia memberi perkhidmatan kepada masyarakat terutamanya yang

menghadapi trauma, gangguan emosi, terencat akal, ketegangan, penyakit kanser, juga

AIDS. Muzik bukan sekadar hiburan tetapi turut mempunyai peranan penting dalam

kehidupan mengikut sejarah kebudayaan Islam. Al-Farabi telah menghasilkan sebuah

buku dan teori mengenai muzik dan ia dijadikan rujukan Barat sehingga sekarang.

Begitu juga barisan ulama termasuk Dr Yusuf al-Qaradawi dikatakan pernah

mengaitkan muzik dengan naluri dan perasaan seseorang sehingga membentuk bakat,

perasaan dan keperibadian. Antara matlamat utama terapi muzik ini adalah untuk

memulihkan kekuatan fizikal, menyediakan pesakit dalam keadaan bersedia

menanggung kesakitan akibat rawatan, memberi sokongan emosi kepada pesakit dan

keluarga, serta memberi peluang kepada mereka meredakan ketegangan perasaan dan

fikiran.

5

Page 6: Muzik Dan Nyanyian (Group)

Kanak-kanak berkeperluan khas merupakan kanak-kanak yang mempunyai pelbagai

kekuatan dan kelemahan yang ada bersama mereka. Sebagai seorang guru,

kita seharusnya memikirkan bahawa mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai

strategi dan seterusnya kreatif dalam pengajaran bagi membantu kanak-kanak ini

melalui pembelajaran mereka serta menjalani kehidupan secara optimum. Pengajaran

dan pembelajaran kanak-kanak ini perlu menggunakan kepelbagaian teknik

yang bersesuaian berserta penggunaan sumber dengan mengambil kira kemahiran

yang ada dan perlu mereka capai (Yasmin, 2000;Khatijah & Yasmin 2006). Ini

bertujuan mendidik dan membantu kanak-kanak ini melalui perkembangan mental,

kestabilan emosi, integrasi sosial dan kemahiran motor mereka.

Kanak-kanak berkeperluan khas mempunyai masalah tingkah laku, masalah

pengamatan, masalah motor, sosialisasi dan masalah emosi. Bagi membantu kanak-

kanak ini mencapai potensi yang maksimum sesuai dengan keupayaan mereka, antara

yang boleh dijalankan oleh guru-guru ialah terapi muzik. Di antara kepentingan terapi

Muzik dan Nyanyian bagi murid-murid pendidikan khas ialah dapat meningkatkan

kemahiran berkomunikasi. Melalui muzik ini mereka akan meransang pertuturan

mereka dengan berlatih bercakap mengikut lirik-lirik lagu yang disediakan. Secara tidak

langsung mereka akan dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Selain daripada

itu, melalui terapi muzik ini mereka akan dapat meningkatkan kemahiran berkaitan

dengan akademik, kognitif dan vokasional. Melalui terapi muzik ini juga mereka dapat

meningkatkan kemahiran melibatkan psikomotor, kemahiran bersosial dan emosi.

Muzik adalah sesuatu yang menghiburkan. Mereka akan dapat meningkatkan

keyakinan diri, luahan emosi dan interaksi sosial melalui terapi muzik ini. Dengan

bimbingan guru mereka akan lebih berkeyakinan dan berinteraksi sosial sesama

mereka dan masyarakat sekitar. Secara keseluruhannya, guru-guru perlu didedahkan

kepada pelbagai aktiviti terapi bagi memantapkan penyampaian pengajaran

dan pembelajaran murid-murid berkeperluan khas. Aktiviti-aktiviti terapi boleh dijalankan

di sekolah atau di luar premis sekolah secara kumpulan atau individu

bagi meningkatkan keupayaan kognitif, efektif, psikomotor dan sosial kanak-kanak

berkeperluan khas.

6

Page 7: Muzik Dan Nyanyian (Group)

Peralatan Terapi Muzik

Peralatan muzik di dalam artikel ini dibahagikan kepada 3 iatu alat muzik tradisional,alat muzik moden

dan alat muzik alternatif.

Skop maklumat alat muzik tradisional ini amatlah terbatas, ianya masih terdapat

masa kini dan terus diterima pakai oleh bangsa di Malaysia. Secara amnya selain

daripada digunakan untuk menghasilkan berbagai jenis muzik, alat alat

muzik ini merupakan bahan estetika yang penting dalam masyarakat. Ia

digunakan sebagai alat penyebar maklumat, lambang budaya bangsa, alat ritual

yang dapat menghubungkan manusia dengan alam luar biasa(magis) selain dari

fungsi utama sebagai alat hiburan.

Terdapat lima kategori Alat Muzik Tradisional

Alat muzik kordofon

Alat-alat muzik kordofon ialah alat-alat yang mengeluarkan bunyi kerana adanya

getaran pada tali yang ditegangkan. Alat-alat muzik rebab, sape dan lain-lain tergolong

dalam kategori ini.

7

Page 8: Muzik Dan Nyanyian (Group)

Alat muzik membranofon

Dalam kategori ini digolongkan alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui kulit

atau membrane yang ditegang dan dipalu.Berbagai jenis alat gendang dan rebana

Melayu tergolong dalam kategori membranofon. Kebiasaannya digunakan di dalam

menghasilkan lagu-lagu rakyat.

Alat muzik erofon

Erofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara. Dalam

masyarakat pribumi Malaysia,terdapat beberapa jenis alat muzik erofon seperti serunai,

seruling, nafiri, seruling hidung dan lain lain yang sejenis.

8

Page 9: Muzik Dan Nyanyian (Group)

Alat muzik Idiofon

Idiofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui tindakbalas pada

rangka badan yang bergema. Contoh alat muzik idiofon pribumi Malaysia ialah

kumpulan gong dan jenis-jenisnya. Dalam kategori idiofon terdapat alat-alat muzik

'metallophone', yang diperbuat daripada logam gangsa seperti saron dan gendir dalam

ensemble gamelan

Alat muzik Erofon

Erofon bebas adalah suatu alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara

dengan car meniupnya, penjenisan alat adalah berbeza dari erofon. Ianya diperbuat

dari pelbagai bentuk yang berbeza dan diperbuat dari bahan yang bersifat sementara

seperti daun-daun kayu, daun kelapa dan sebagainya. Penghasilan bunyi tidak

mengikut kod muzik yang ditetapkan dan bukan untuk tujuan dipermainkan bersama

alat muzik yang lain.

Alat- Alat Muzik Moden

Alat- alat muzik moden adalah alat yang dibuat atau dimodifikasi untuk tujuan

menghasilkan muzik. Alat-alat muzik terdiri daripada empat jenis iaitu;

1) Alat muzik tiup- bunyinya dihasilkan oleh peniupan,

9

Page 10: Muzik Dan Nyanyian (Group)

Saksofon Trombon Klarinet

2) Alat muzik bertali- menghasilkan bunyi melalui pemetikan,

Gitar Biola

3) Alat muzik tekan- menghasilkan bunyi melalui penekanan,

.

Papan kekunci Midi Piano

4) Alat muzik perkusi- menghasilkan bunyi melalui pemukulan

Drum Bass drum

10

Page 11: Muzik Dan Nyanyian (Group)

Alat muzik alternatif

Alat-alat muzik alternatif merupakan alat yang direkacipta dari bahan- bahan terbuang

yang diibaratkan sebagai sampah dan tidak berguna mampu mengeluarkan alunan

muzik yang indah . Baldi lama, tong sampah yang pecah, botol kaca, kuali buruk, bekas

hiasan plastik yang kemik dan botol air mineral biasanya dilonggokkan di luar kediaman

atau kedai untuk dikutip oleh pengumpul bahan terbuang atau kitar semula. Tetapi

percayakah anda bahawa bahan terbuang yang diibaratkan sebagai sampah dan tidak

berguna ini mampu mengeluarkan alunan muzik yang indah didengari halwa telinga.

Alat muzik alternatif juga boleh direka dari tumbuhan sepertialat muzik diatas telah

dicipta oleh En Rahim yang dinamakan “KELUN".Inilah alat muzik ketuk yang saya

namakan KELUN yang berasal dari gabungan perkataan ketuk beralun.

Cara PelaksanaanSebelum memulakan aktiviti muzik dan nyanyian guru pendidikan khas perlu

menyediakan perancangan awal yang rapi yang menarik minat,memenuhi ruang dan

11

Page 12: Muzik Dan Nyanyian (Group)

masa yang mencapai objektif pengajaran juga menekankan penggunaan alatan atau

sebaliknya. Di antara cara pelaksanaan aktiviti yang boleh digunakan ialah :

Memperkenalkan peralatan muzik

Murid diperkenalkan peralatan muzik yang terdiri dari peralatan tradisonal melayu dan

muzik barat. Peralatan muzik tradisional melayu boleh dikategorikan dalam alat muzik

yang digesek,dipalu,ditiup dan digoncang. manakala muzik barat pula alat muzik

perkusi tidak berpic,tiup dan bras juga bertali.

Guru mendemonstrasi alat muzik

Guru sebagai fasilitator dan pemudahcara berperanan mendemonstrasi cara

mengunakan peralatan samada diketuk,ditup atau dipalu kepada murid. Guru perlu

menunjukkan satu persatu peralatan tersebut. Murid diberi peluang mencuba

menggunkan peralatan selepas guru menunjukcara.

Aktiviti warming up yang sesuai

Murid digalakkan membuat warming up ringkas dan selamat sebelum melakukan aktiviti

antaranya mengangangkat tangan ke atas, rengangan jari-jari tangan sekiranya guru

merancang mengadakan latihan kompang .

Teknik bermain dengan betul

Murid perlu ditunjukkan teknik bermain alat yang muzik dengan betul untuk

mengelakkan kerosakan pada alatan. teknik memegang alat muzik dan menggunakan

alatan samada di palu,dipetik atau ditiup.

Postur badan yang betul

Murid juga perlu diterangkan kedudukan postur badan yang betul semasa memegang

peralatan untuk menggelakan ketidakselesaan kepada murid.

Membunyikan pola/corak ritma

Guru mendemostransi corak/pola ritma yang sesuai dan menarik.

12

Page 13: Muzik Dan Nyanyian (Group)

Memainkan pola/corak ritma

Selepas guru menunjukkan corak/pola ritma, murid belajar memainkan alat muzik

dengan bimbingan guru.

Bermain mengikut giliran

Murid diingatkan supaya bermain alat muzik secara bergilir-gilir. Mereka perlu bersabar

menunggu giliran dan jangan berebut-rebut.

Membuat gerakan yang sesuai

Murid digalakkan membuat gerakan yang sesuai mengikut alunan muzik yang

dimainkan supaya mereka berasa gembira seronok dan belajar menghayati muzik di

samping dapat meluahkan perasaan sambil tersenyum,ketawa dan sebagainya.

Masalah dalam perlaksanaan.

Dalam kehidupan seharian, semua orang terdedah dengan bunyi-bunyian irama dan

lagu, samada ianya untuk menghilangkan rasa bosan, menjadi hobi atau sudah menjadi

tabiat manusia sejak kecil lagi. Kalau di negara kita ini , program realiti mana yang

tidak mendapat sambutan, berduyun-duyun yang akan mengisi borang untuk menyertai

program realiti yang berasaskan hiburan iaitu muzik dan nyanyian. Sudah pasti ada

banyak sebab yang mendorong keinginan mereka untuk menyertainya

Muzik boleh didefinisikan sebagai kumpulan nada yang dihasilkan oleh gabungan

bunyi-bunyian daripada alat-alat yang disusun serta mengandungi irama dan harmoni.

Muzik merentasi sempadan negara, bangsa dan budaya. Muzik sebagai satu wahana

komunikasi mampu mengumpulkan pendengar daripada pelbagai bangsa, budaya,

agama dan negara. Nyanyian dan muzik mampu menukar tingkah-laku seseorang iaitu

ia mampu menukar emosi seseorang menjadi tenang, pilu, hiba, menangis, bermotivasi

13

Page 14: Muzik Dan Nyanyian (Group)

atau ke tahap yang tidak boleh dikawal akhlaknya. Ianya mempunyai kaitan yang rapat

dengan jiwa seseorang

Mendengar muzik boleh merawat seketika jiwa dan seterusnya mampu memberi tenaga

kepada si pendengar. Namun demikian, tidak lah ia boleh dibuat secara berlebih-

lebihan kerana di sebalik kebaikan tersebut muzik dan nyanyian juga menimbulkan

masalah dan kemungkinan akan menimbulkan situasi yang tidak baik .

Apabila dikaji secara teliti niat dan tujuan sesuatu muzik atau nyanyian dibuat akan

menimbulkan masalah dan kesan sesuatu muzik atau nyanyian itu kepada

pendengarnya.Ianya dari segi isi Kandungan lagu atau nyanyian tersebut, cara

perlakuan dan pelaksanaan muzik atau nyanyian itu .Begitu juga keadaan waktu muzik

atau nyanyian itu dilaksanakan.

Pokok utama yang menjadi masalah apabila terapi muzik dan nyanyian ini dilaksanakan

ialah perkara yang diterangkan di atas menjadi sebab dan punca halal atau haramnya

kepada terapi muzik dan nyanyian tersebut.

Berdasarkan kajian para ulamak dan hasil telitian menurut hujah dan dalil yang

diperbahaskan sekian lama oleh fuqaha Islam beberapa perkara di bawahs menjadi

sebab dan punca halal atau haramnya muzik dan nyanyian.

Niat dan Tujuan sesuatu muzik dan nyanyian itu dibuat.

Sesuatu matlamat atau tujuan itu menjadi pokok dan urusan penting serta penentuan

penerimaan atau penolakannya. Muzik atau nyanyian tidak terkecuali dari perlu diteliti

menurut tujuan dan matlamat dilakukannya.

Di sebut dalam hadith baginda salallahualaihiwasalam yang diriwayatkan dari Umar ibn

Khatab ra :

نوى ما امريء لكل وانما بالنيات االعمال انما

14

Page 15: Muzik Dan Nyanyian (Group)

“ Sesungguhnya setiap amal itu dengan niat, dan bagi amalnya (balasan pada amalnya)

dengan apa yang diniatkan” (Hadith Sahih, Muttafaqun Alaih –Disepakati oleh Bukhari

no. 41 & Muslim no.158).

Sesuatu perbuatan itu tidaklah sia-sia dilakukan melainkan pasti wujud tujuan dan

matlamat. Dalam soal muzik dan nyanyian maka ia terbahagi kepada dua keadaan :

a) Tanpa mempunyai tujuan dan niat b) Mempunyai tujuan dan niat

Muzik atau nyanyian yang dilakukan tanpa tujuan dan niat, seperti perbuatan secara

fitrah dan semulajadi atau kebiasaan manusia seperti nyanyian kegembiraan dan

semangat atau nyanyian kesedihan maka hal ini tidaklah menjadi pertikaian kecuali

dalam beberapa keadaan yang menjadikan ia haram seperti memainkan muzik dan

nyanyian kesedihan ketika kematian.Maka oleh itu ianya tidak dibolehkan menjadi

terapi kepada individu walupun murid berkeperluan khas.

Demikianlah dengan nyanyian dan muzik, maka hukum nyanyian dan muzik itu

ditentukan dengan melihat kepada kesannya kepada umat Islam apakah ia membawa

kebaikan dan kerosakan.

Kadar keburukan muzik dan nyanyian dinilaikan berdasar kepada akibat kesan buruk

yang dibawa olehnya Dalam hal ini maka para fuqaha, melihat kesan nyanyian dan

muzik yang buruk kepada hati dan jiwa manusia disebabkan hati merupakan perkara

asas dalam kehidupan dan jiwa manusia selain dari nyawa dan akal.

Hati ibarat jiwa dan nyawa manakala akal ialah keilmuan dari hasil pengalaman yang

menentukan baik dan buruk namun sekalipun hebat akal manusia ia tetap tidak

sepenting peranan hati.

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Ketahuilah bahwa dalam tubuh ini

terdapat segumpal daging. Jika ia baik maka baiklah seluruh tubuh ini. Dan sebaliknya

apabila ia rosak maka rosaklah pula seluruh tubuh ini.” (HR. Bukhari 1/126 dan 4/290-Al

Fath, Muslim 1599 dari Nu’man bin Basyir radliyallahu 'anhuma).

15

Page 16: Muzik Dan Nyanyian (Group)

Melihat kepada hadith di atas, bahawa hati itu penting dan menjadi asas kebaikan dan

kejahatan manusia, dalam soal penentuan hukum muzik dan nyanyian maka sejauh

manakah muzik dan nyanyian itu mempengaruhi hati manusia dan apakah kepada

kebaikan dan keburukan maka di situlah letaknya bahawa muzik dan nyanyian juga

menimbulkan masalah dan keburukan kepada pendengarnya.

Nyanyian dan Muzik sebagai masalah alat yang melalaikan

Para ulama banyak yang mengharamkan lagu dan nyanyian apabila mereka menemui

ia melalaikan dan melekakan manusia.Hujah ini ialah benar dan tidak dapat di tolak.

Iaitu sekiranya di dapati nyanyian itu atau sesuatu muzik itu melalaikan dan

mempengaruhi minda dan jiwa seseorang misalnya menjadi lebih ekstrim dan buruk

atau mempengaruhi peribadinya kepada kejahatan maka

nyanyian dan muzik itu tidak syak lagi ialah haram.

Seperti dalam terapi snoezelen, penggunaan muzik yang bersifat heavy metal sewaktu

terapi ini dilakukan kepada kanak-kanak untuk memberi stimulasi atau rangsangan

pada kesemua pancaindera mereka sasaran tersebut tidak akan berjaya jika muzik

yang digunakan bersifat keras dan mempunyai nada muzik yang mengganggu jiwa.Ini

akan menimbulkan kesan negatif kepada murid pendidikan khas.

Secara kesimpulan apabila bebicara berkaitan dengan agama maka jika sesuatu muzik

dan lagu itu melalaikan maka hukumnya ialah haram dan berdosa kerana sesuatu yang

melalaikan itu bererti melupakan manusia dari tanggungjawabnya sebagai hamba dan

kewajipan syariat

Namun hakikat realitinya hari ini semua muzik membawa keburukan dan kelalaian dan

kefasikan dan kerosakan. Sehingga seorang penyanyi boleh merosakkan pelbagai

generasi dengan hanya bermodal satu atau dua buah lagu sahaja.

Isi Kandungan nyanyian atau muzik tersebut

16

Page 17: Muzik Dan Nyanyian (Group)

Di antara penyebab dan punca pengharaman dan penghalalan sesuatu perkara seperti

muzik dan nyanyian ini ialah isi kandungannya yang perlu diteliti apakah ia mengisi

kebaikan atau kejahatan.

Cara perlakuan dan pelaksanaan muzik atau nyanyian itu

Perlakuan dan pelaksanaan muzik atau nyanyian itu juga menentukan apakah ia halal

atau haram ataupun tidak sesuai untuk dilaksanakan dalam sesi terapi. Ini kerana jika

sesuatu nyanyian itu dinyanyikan dengan merentak-rentak badan sambil berjoget dan

mengerakkan badan maka hukumnya ialah haram. Demikian juga jika dinyanyikan

sambil berjoget dan menimbulkan ransangan seksual syahwat maka juga haram.Begitu

jugalah jika ianya dinyanyikan dan dilaksanakan kepada murid pendidikan khas tanpa

kawalan ianya juga menimbulkan masalah kerana jika tanpa kawalan akan berlaku

perebutan antara sesama murid untuk mendengar atau memegang alat muzik

tersebut.Ini akan menimbulkan suasana yang tanpa kawalan dan menjadikan murid

tidak berdisiplin.

Keadaan waktu muzik atau nyanyian itu dilakukan

Keadaan dan masa perlakuan muzik dan nyanyian itu juga menjadi ukuran kerana

dibolehkan nyanyian itu secara syariat pada waktu khas seperti waktu perkahwinan

dengan tidak melampaui batas dan melanggar hukum syarak tetapi jika disebaliknya

iaitu dilaksanakan dengan berlebihan dan melanggar syariat dan batas – batas

masyarakat maka ianya tidak berjaya menjadi sesi terapi kepada murid pendidikan

khas.

Selain daripada itu penggunaan alat muzik seperti dram , genderang ataupun piano,

biola, dan mandolin maka jika pada sesi terapi dijalankan alat-alat tersebut mestilah

mencukupi dengan bilangan murid kerana jika bilangan tidak cukup maka masalah

akan timbul kepada murid ,di mana berlaku perebutan pemilikan alatan tersebut.

17

Page 18: Muzik Dan Nyanyian (Group)

CadanganKanak-kanak berkeperluan khas merupakan kanak-kanak yang mempunyai pelbagai

kekuatan dan kelemahan yang ada bersama mereka. Sebagai pendidik, guru-guru

seharusnya memikirkan bahawa mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai

strategi dan seterusnya kreatif dalam pengajaran bagi membantu kanak-kanak ini

melalui pembelajaran mereka serta menjalani kehidupan secara optimum .

Pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak ini perlu menggunakan kepelbagaian

teknik yang bersesuaian. Ini bertujuan mendidik dan membantu kanak-kanak ini

melalui perkembangan mental, kestabilan emosi, integrasi sosial dan kemahiran

motor mereka.

Oleh itu dalam menangani masalah muzik dan nyanyian dalam terapi murid

berkeperluan khas Terdapat beberapa langkah yang perlu diberi perhatian semasa

mengajar murid bermasalah pembelajaran bemain alat muzik.

Antaranya alatan dan bilangan alat muzik mestilah mencukupi dengan bilangan

murid.Sesi terapi yang dijalankan oleh guru mestilah mempunyai tenaga guru yang

lebih untuk mengawasi murid berkeperluan sewaktu sesi dijalankan .

Sesi terapi yang dijalankan mestilah terancang di mana guru mesti memperkenalkan

peralatan muzik dengan guru membuat demonstrasi terlebih dahulu.Aktiviti warming

up yang sesuai serta teknik bermain yang betul perlu ada kepada setiap guru.Bermain

alat muzik tersebut perlu mengikut giliran serta membuat pergerakan yang sesuai

secara keseluruhan.Ini bermakna guru mestilah mahir dan pakar dalam menggunakan

alat muzik dan dalam bidang nyanyian.

Dari segi pemilihan lagu sebaiknya gunalah muzik yang sedap dii alunan

teliga.Perdedengarkan bunyi-bunyi alam seperti unggas, air terjun dan pantai sebagai

18

Page 19: Muzik Dan Nyanyian (Group)

contohnya.Ini berupaya mencetuskan respons fisiologikal dalam badan pendengar,

seterusnya menyeimbangkan fungsi tubuh badan kembali kepada normal

PenutupKanak-kanak berkeperluan khas yang datang kesekolah kadang-kadang mempunyai

masalah tingkah laku, masalah pengamatan, masalah motor, sosialisasi dan masalah

emosi.Bagi membantu kanak-kanak ini mencapai potensi yang maksimum sesuai

dengan keupayaan mereka, antara yang boleh dijalankan oleh guru-guru ialah terapi

muzik dan nyanyian.

Dalam konteks Pendidikan Khas, terapi merupakan kaedah bagi membantu individu

yang mempunyai pelbagai keperluan khas yang melibatkan kognitif, emosi, sosial dan

psikomotor mencapai perkembangan secara maksimum dan digunakan dalam

pengajaran dan pembelajaran.

Terapi Muzik dan nyanyian mempunyai keupayaan tersendiri dalam mempengaruhi

bahagian-bahagian otak tertentu. Dalam terapi ini, muzik bertindak dengan

mempengaruhi bahagian otak yang mengawal emosi, seterusnya mengurangkan

ketegangan dan meningkatkan ketenangan.

Muzik dan pergerakan adalah elemen penting yang perlu ada dalam aktiviti dan

program murid bekerluan khas.Pembelajaran dan pengajaran serta pengalaman muzik

dan nyanyian perlu dipelbagaikan. Kepelbagaian ini termasuklah memberi peluang

kepada kanak-kanak mengambil bahagian dan kemahiran mendengar.

Melalui muzik, kanak-kanak dapat keseronokkan, luahan perasaan, keseimbangan

emosi, konsep diri yang positif, menghargai seni muzik dan kemahiran muzik. Selain

daripada muzik , nyanyian juga adalah satu cara bukan lisan dalam mengetahui dan

membolehkan murid-murid menyatakan idea tanpa mengira keupayaan lisan mereka.

Pada masa yang sama, nyanyian dapat membantu kanak-kanak memperkembangkan

perbendaharaan kata dan pemahaman bahasa. Ini adalah kerana secara

19

Page 20: Muzik Dan Nyanyian (Group)

semulajadinya, nyanyian adalah multimodal, dimana ia merangsang mata, telinga dan

otot yang seiring dengan minda. Kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan dalam

satu sensori, masih boleh terlibat dalam muzik dengan

menggunakan deria lain

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran nyanyian di kelas bermasalah

pembelajaran, nyanyian pada kebiasaannya adalah dihasilkan dan dipelajari dalam

kumpulan dan juga secara individu. Ini adalah lebih tepat untuk program terapi muzik .

Nyanyian sebagai satu seni yang kronologikal, dimana ia adalah dipelajari mengikut

urutan serta mencabar minda untuk mengenalpasti bentuk dan merentasi masa, yang

mana merupakan satu kemahiran yang kerap diperlukan untuk perkembangan kanak-

kanak yang menghadapi masalah ingatan dan masalah lain.

Melalui pendekatan terapi nyanyian juga didapati bahawa murid mempunyai ingatan

yang lebih baik terhadap bunyi sebutan suku kata, di mana murid dapat menyebut

dengan tepat sesetengah suku kata. Dalam mempelajari mana-mana bahasa

pertuturan, faktor kebolehan mendengar menghalang seseorang itu mengajuk atau

meniru bunyi-bunyi sesuatu bahasa yang dipelajari.

Ramai daripada kalangan kita tidak dapat bertutur dalam bahasa yang tidak pernah kita

dengar kerana tidak pernah mendengar bunyi bahasa berkenaan. Oleh itu kaedah

Oral-Auditory adalah terapi sangat berkesan untuk kanak-kanak bermasalah

pendengaran mempelajari bahasa dengan lebih berjaya melalui interaksi yang

berterusan dan konsisten dengan bantuan dan sokongan persekitaran ahli keluarga

selain daripada murid bermasalah pembelajaran.

20