tugasan kadazan

9
Latar Belakang Kepercayaan Etnik Kadazandusun Daripada perspektif naratif lisan (mitos dan legenda) orang Kadazandusun bukun berasal dari tempat lain, sebagaimana yang dinyatakan oleh saintis sosial dan sejarawan. Kinoringan dan isterinya telah mencipta alam semesta di Sabah dengan tanda-tanda alam seperti Gunung Kinabalu sebagai pusat bumi, dan Pulau Mantanani untuk bertugas mengimbangi keadaan bentuk muka bumi yang tidak cukup berat. Pasangan tuhan mereka telah mencipta manusia pertama di bumi Sabah dan bukannya di tempat lain. Semua legenda penghijrahan Kadazandusun didapati turut menonjolkan persepsi masa nenek moyang Kadazandusun, bahawa semua suku dan subsuku Kadazandusun yang ada di Sabah pada masa kini, sama ada berasal dari tempat yang dikenali sebagai Nunuk Ragang, Kampung Inai, Tuaran atau Kuala Penyu (Dusun Tatana). Dengan kata lain, buku ini menonjolkan persepsi masa silam orang Kadazandusun, bahawa nenek moyang mereka tidak lain dan tidak bukan ialah manusia yang dipercayai mereka itu pada asalnya berasal dari bumi Sabah. Kajian ini juga mendapati bahawa sistem kepercayaan orang Kadazandusun pada masa silam bukan bercirikan paganisme atau animisme tetapi politeisme. Sebelum ini, pengkaji sistem kepercayaan Kadazandusun melabelkan nenek moyang Kadazandusun sebagai pagan atau animis. Berdasarkan interpretasi daripada teks mitos didapati orang Kadazandusun masa silam telah mempercayai tentang dewa-dewi yang berhierarki. Dengan kata lain, nenek moyang orang Kadzandusun bukunnya tidak beragama (pagan), atau hanya percaya pada semangat (animis) semata-mata. Sistem kepercayaan politeisme Kadazandusun seperti ini mempunyai ciri-ciri yang mirip kepada sistem kepercayaan politeisme bangsa bertamadun lain seperti orang Yunani, Cina dan Hindu. Dengan itu, boleh dikatakan orang Kadazandusun juga merupakan satu rumpun bertamadun, yang mempunyai sistem kepercayaan politeisme yang tersendiri. Kepercayaan Masyarakat Kadazandusun

Upload: zaki-mohammad

Post on 26-Jul-2015

265 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

tugasan ilmiah

TRANSCRIPT

Page 1: tugasan kadazan

Latar Belakang Kepercayaan Etnik Kadazandusun

Daripada perspektif naratif lisan (mitos dan legenda) orang Kadazandusun bukun

berasal dari tempat lain, sebagaimana yang dinyatakan oleh saintis sosial dan

sejarawan. Kinoringan dan isterinya telah mencipta alam semesta di Sabah dengan

tanda-tanda alam seperti Gunung Kinabalu sebagai pusat bumi, dan Pulau Mantanani

untuk bertugas mengimbangi keadaan bentuk muka bumi yang tidak cukup berat. 

Pasangan tuhan mereka telah mencipta manusia pertama di bumi Sabah dan bukannya

di tempat lain. Semua legenda penghijrahan Kadazandusun didapati turut menonjolkan

persepsi masa nenek moyang Kadazandusun, bahawa semua suku dan subsuku

Kadazandusun yang ada di Sabah pada masa kini, sama ada berasal dari tempat yang

dikenali sebagai Nunuk Ragang, Kampung Inai, Tuaran atau Kuala Penyu (Dusun

Tatana). Dengan kata lain, buku ini menonjolkan persepsi masa silam orang

Kadazandusun, bahawa nenek moyang mereka tidak lain dan tidak bukan ialah

manusia yang dipercayai mereka itu pada asalnya berasal dari bumi Sabah. 

Kajian ini juga mendapati bahawa sistem kepercayaan orang Kadazandusun pada

masa silam bukan bercirikan paganisme atau animisme tetapi politeisme. Sebelum ini,

pengkaji sistem kepercayaan Kadazandusun melabelkan nenek moyang

Kadazandusun sebagai pagan atau animis. Berdasarkan interpretasi daripada teks

mitos didapati orang Kadazandusun masa silam telah mempercayai tentang dewa-dewi

yang berhierarki. Dengan kata lain, nenek moyang orang Kadzandusun bukunnya tidak

beragama (pagan), atau hanya percaya pada semangat (animis) semata-mata. 

Sistem kepercayaan politeisme Kadazandusun seperti ini mempunyai ciri-ciri yang mirip

kepada sistem kepercayaan politeisme bangsa bertamadun lain seperti orang Yunani,

Cina dan Hindu. Dengan itu, boleh dikatakan orang Kadazandusun juga merupakan

satu rumpun bertamadun, yang mempunyai sistem kepercayaan politeisme yang

tersendiri. 

Page 2: tugasan kadazan

Kepercayaan Masyarakat Kadazandusun

Pada awalnya,masyarakat Kadazandusun di Sabah mengamalkan kepercayaan

animisme. kepercayaan ini diwarisi berasaskan fahaman dan adat "pagan" kaum. Bagi

masyarakat Kadazandusun, Tuhan ialah "Kinorohingan" yang bersemayam di dunia

lain.

Mengikut kepercayaan kaum Kadazandusun, Kinorohingan merupakan tuhan di mana

mereka meminta sesuatu seperti keselamatan dan perlindungan dari sebarang

penyakit. Kinorohingan juga dapat menghalang pengaruh kuasa ghaib seperti "Roogon"

atau syaitan. Masyarakat Kadazandusun mempercayai bahawa roh orang mati akan

pergi ke Gunung Kinabalu dan apabila tiba masanya roh itu akan pergi ke syurga atau

neraka.

Setiap tahun selepas menuai padi, masyarakat Kadazandusun mengadakan upacara

"Magavau" iaitu upacara kesyukuran bagi menghormati semangat padi. Upacara ini

dijalankan oleh "Bobohizan" atau ketua bomoh dengan membaca mentera. Namun

demikian,pada hari ini semakin ramai masyarakat Kadazandusun yang telah memeluk

agama Kristian dan agama Islam.

Humabot

Upacara Humabot ialah adat suku kaum Kadazandusun yang diamalkan oleh nenek

moyang suku kaum ini apabila mendirikan rumah baru. Sebuah keluarga suku kaum ini

yang akan mendirikan rumah akan meminta Bobohizan untuk menjampi tanah tapak

rumah itu ddirikan. Bobohizan memasukkan benda-benda seperti garam, butang baju

dan kayu sapad ke liang tanah tempat tiang dipacakkan. Selepas itu Bobohizan akan

merenjis air disekitar kawasan tapak rumah sambil membaca mantera, ini bertujuan

untuk menghalau roh-roh jahat yang berkeliaran di tapak rumah tersebut yang

dipercayai akan mendatangkan malapetaka ataupun dalam bahasa Kadazandusun

''kopizo''. Tiang akan dipacakkan jika tuan rumah termimpi baik, tetapi jika sebaliknya,

maka tapak tiang akan dialihkan sedikit dari tapak asal.

Apabila rumah sudah didirikan, Bobohizan akan dipanggil lagi dan kali ini upacara

''momodu'' atau memandikan rumah akan dijalankan. Bobohizan akan membaca

Page 3: tugasan kadazan

mantera sambil kaum lelaki akan menyalakan apai pada bambu yang hujungnya

dibungkus dengan getah (sikalap) dan membawa obor ini mengililingi rangka-rangka

atap rumah sambil bertempik sorak atau ''memangkis''. Ini bertujuan untuk menghalau

roh-roh jahat pembawa malapetaka. Upacara ini biasanya disambut dengan keramaian

dan para jemputan akan dihidangkan dengan jamuan. Tuan rumah juga akan

memjemput ketua keluarga yang mempunyai ramai anak yang semua masih ''hidup'', ke

rumahnya dan meminta ketua keluarga itu baring sebentar pada alas tidur tuan rumah.

Ini dipercayai bertujuan untuk menjemput rezeki yang berpanjangan kepada keluarga

tuan rumah itu.

Sebulan selepas tuan rumah tinggal di rumah itu maka upacara ''momohontog sisit''

iaitu upacara menghormati tiang rumah akan diadakan ianya merupakan acara

keramaian seperti magagung(memukul gong), sumazau dan makan besar.

Setahun selepas tuan rumah tinggal di rumah baru itu, upacara magavau akan

diadakan untuk memuja semangat rumah. Seminggu selepas magavau diadakan

upacara Humabot pula menyusul, upacara ini juga adalah upacara menghormati

rumahdan ianya disambut dengan meriah sekali. Tapai akan disediakan untuk menjamu

jemputan yang datang. Dalam upacara itu Bobohizan akan menjampi nasi untuk

membuat tapai kemudian meletakkanya diatas daun simpur. Air perahan nasi tapai itu

akan diminum dan nasinya pula dilontarkan ke dalam ketawai besar (bekas menyimpan

padi), ini adalah untuk memberi makan kepada semangat padi ''bambazon'' makan.

Kaum lelaki juga akan melontarkan nasi tapai pada daun simpur itu ke dalam ketawai

sambil bertempik sorak (memangkis) . Acara ini berterusan sehingga kesemua nas

tapai yang diletakkan atas daun simpur itu habis.

Upacara Humabot diadakan setiap selang satu tahun selepas ia diadakan dan lima

tahun selepas rumah itu dihumi. Upacara ini juga merupakan upacara keramaian iaitu

makan besar dimana seekor kerbau akan ditumbangkan sebagai korban.

Nenek moyang suku kaum ini mempercayai bahawa sekiranya upacara-upacara

menghormati rumah baru ini tidak dilakukan maka malapetaka pasti akan menimpa

keluarga yang tinggal dirumah baru itu, penyakit akan berleluasa, perkara-perkara ganjil

Page 4: tugasan kadazan

dan mengerikan akan terjadi dirumah itu seperti beratus-ratus ekor tabuan (potizukon)

akan mengelilingi rumah atau biawak akan tiba-tiba muncul dirumah baru itu.

Mitos dan Lagenda Nunuk Ragang

Diceritakan orang bahawa, pada zaman dahulu kononnya ada sepohon pokok kayu ara

yang besar dan luar biasa keadaannya tumbuh dekat dengan sebuah danau yang

dalam. Danau itu letaknya dekat dengan tempat yang sekarang ini bernama Kampung

Tampias di daerah Lubuk Sugut, Sandakan. Pokok kayu ara yang disebutkan tadi,

keseluruhannya berwarna merah, termasuk daunnya. Dalam bahasa orang-orang

Dusun atau Kadazan pokok kayu ara itu disebutnya 'Nunuk Ragang'. 'Nunuk' bererti

pokok kayu ara dan 'ragang' bererti merah.

Kebudayaan Kaum Kadazandusun

Pesta Menuai (Pesta Keamatan)

Pesta Kaamatan (Menuai) disambut oleh Kadazandusun sebagai meraikan tuaian baik,

tetapi Pesta Kaamatan juga disambut oleh semua kaum lain Sabah. Pesta Kaamatan

disambut sepanjang bulan Mei walaupun perayaan ini hanya pada 30 dan 31 Mei.

Kemuncak perayaan Kaamatan adalah peraduan ratu cantik atau unduk ngadau, tarian

tradisi, dan upucara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan "ketua pendita"

Pesta Kaamatan bagi kaum Kadazan juga dikenali sebagai 'Tadau Ka'amatan' dalam

bahasa Kadazandusun.

Kadazan percaya kepada makhluk halus dan dipercayai terdapat lima makhluk halus:

Kinoringan(Ketua makhluk halus & Pencipta), Rusod(semangat semua benda hidup

kecuali manusia), Koududuwo (semangat manusia), Tombiruo (semangat orang yang

telah meninggal), dan Rogon (semangat jahat).

Menurut kepercayaan Kadazan, semangat padi merupakan Kinoingan (Kinorohingan

dalam dialek Dusun) yang dikenali sebagaiBambaazon, disembah sebagai pencipta

dan berkuasa sumber kepada kewujudan. Semangat padi Bambaazon dimuliakan

Page 5: tugasan kadazan

pada pokok padi, beras, dan nasi. Ramai yang mempercayai bahawa "Tanpa padi,

tiada kehidupan."

Ketika pesta Kaamatan, penduduk Sabah mengenakan pakaian tradisi mereka dan

bersuka-ria. Selain menari Sumazau dengan alat muzik tradisi, tapai (arak beras)

dihidangkan sebagai minuman istimewa. Penduduk Sabah akan menyapa sesama

mereka dengan ucapan 'Kopivosian Tadau Ka'amatan' atau 'Selamat Hari Menuai'.

 Makanan tradisional kaum Kadazan-Dusun

Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazan-Dusun

ialah Hinava, Noonsom, Pinaasakan, Bosou, Tuhau, Sup Kinoring Bakas (tidak halal)

dan Sup Manuk Lihing. Makanan-makanan ini dapat disediakan dengan pelbagai cara

mengikut kebiasaan amalan tradisi kaum Kadazan-Dusun.

Hinava Ginapan

Makanan tradisional Kadasandusun penampang ini diperbuat daripada ikan segar yang

diperap dengan garam dan jus limau nipis. Makanan ini mementingkan kesegaran serta

kebersihan untuk mencapai keenakannya. makanan tradisi juga yang terkenal ialah

'sambal' atau 'jeruk' atau lebih dikenali sebagai BOSOU atau TONSOM. Kebiasaannya,

bosou ini dikenali sebagai 'tinamba'...oleh sekitar penduduk ranau. Bosou ini adalah

daripada daging mentah, kebiasaannya ikan sungai atau hasil buruan. Daging atau ikan

mentah ini diperam dengan nasi putih, garam, dan buah dinikmati kepayang sebagai

pengawet, dan disimpan di dalam bekas (biasanya daripada tajau kecil) dan ditutup

rapat selama seminggu atau sehingga betul-betul telah masak sebelum dapat dimakan.

Asasnya, masakan kaum dusun ini adalah makanan yang direbus sahaja. Kebanyakan

masyarakat Dusun menggemari sayur-sayuran segar sebagai hidangan yang dinikmati

bersama nasi putih.

Tarian Tradisi

Tarian Sumazau merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang terkenal di

seluruh Malaysia. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti mengucap

kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan untuk

Page 6: tugasan kadazan

menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit. Juga melaluinya ibu-

bapa/keluarga dapat menonton dan memilih bakal menantu yang berpotensi.

Irama Sumazau adalah perlahan. Alat alat pengiring tarian adalah set gong dan

gendang. Pasangan penari berhadapan dan menggerak-gerakkan kaki berlangkah

kecil, sementara tumit kaki diangkat-turunkan mengikut irama. Ketika menari tangan

dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya Sumazau

ditarikan semasa hari keramaian majlis jamuan Pesta Kaamatan.

Pakaian Kadazan Dusun

Masyarakat Kadazan atau orang dusun merupakan penduduk majoriti Sabah.

Perhiasan dan sulaman pada pakaian tradisi Kadazan adalah sederhana berbeza

dengan etnik lain.

Pakaian kaum lelaki seperti Gaung (Baju lengan panjang), Souva (Seluar panjang hitam

dengan ikat pinggang berwarna biru indigo), Kaking atau toogot (Bengkung pinggang

hitam), Siga (Penutup kepala), Tupi’ sinikat (Topi bulat).

Pakaian kaum wanita terdapat 3 jenis :-

Sinuangga’ baju blaus pendek dan leher berbetuk U dipakai oleh wanita muda.

Sinompukung Blaus dengan lengan ¾ dan tidak mempunyai sulaman dipakai oleh

wanita pertengahan.

Kihongon Blaus dengan lengan panjang, dipakai oleh wanita tua dan spesialis ritual

Aksesori yang dipakai seperti Himpogot (Tali pinggang), Titimbak (Pin rambut), Hamai

(Rantai leher), Simbong (Subang), Paun Kerongsang 

Kadazan-dusun terkenal dengan kaum yang mempunyai banyak sub-etnik yang kaya

dengan budaya mereka sendiri. Oleh itu, setiap kaum dalam kadazan-dusun

mempunyai perbezaannya pakaian tradisionalnya yang tersendiri. Contohnya pakaian

tradisi bagi etnik dusun bundu di Ranau dan Liwan di Tambunan adalah berbeza

dengan pakaian tradisi bagi etnik Lotud di Tuaran dan juga Kimaragang di Kota

Page 7: tugasan kadazan

Marudu. Setiap etnik dalam kaum kadazan-dusun ini mempunyai keunikannya yang

tersendiri.

Pakaian ini biasanya dipakai dimusim perayaan seperti pesta kaamatan dan juga

upacara khas seperti perkahwinan. Kebiasaannya para gadis dari kaum Kadazandusun

akan memperagakan jenis pakaian tradisi ini apabila adanya pertandingan unduk

ngadau kaamatan di peringkat negeri Sabah. Antara perbezaan pakaian suku kaum

kadazan-dusun ialah seperti berikut:

Suku kaum rungus kudat

Kaum rungus merupakan kaum kadazan dusun yang tinggal di kawasan kudat. Kaum

ini mempunyai perbezaan cirri-ciri pakaian mereka antaranya ciri-ciri pakaian tradisi

kaum rungus di kudat ialah mempunyai blaus berwarna hitam bercorak yang dipakai

aras dada ke pinggang dipanggil ‘Banat Tondu’. Terdapat juga sarong yang dipanggil

‘tapi rinugading’ selalunyadi pakai hingga paras lutut sahaja. Kain hitam yang berukuran

lebar 28-30 sm pula akan disarungkan keleher hingga ke bahu dan berjuntai ke lengan

dan terbentuklah pakaian berlengan. Baju kemeja berlengan pendek atau panjang

hanya dikhususkan untuk golongan lelaki sahaja terdapat juga ‘siga’ untuk

mengemaskan pakaian tersebut.

Selain itu, barangan kemas pula menjadi pelengkap pakaian tradisional kaum

kudat,contohnya pemakaian rantai leher atau dipanggil ‘sanadang’ yang diperbuat

daripada kulit kerang atau ‘kima’ berwarna putih berkilauan dan tulang haiwan.

Terdapat juga sanggul atau dipanggil ‘titimbok’ oleh masyarakat rungus yang

dipakaikan kepada pemakai pakaian tersebut. Berabun dan Giring pula merupakan

barang kemas antic yang diperbuat daripadalogam emas berbentuk loceng turut

melengkapkan pemakaian tersebut. Pemakaian barang kemas adalah satu kemestian

bagi kaum dalam kadazan dusun,termasuk dengan kaum papar juga kerana mereka

mengenakan barang kemas terhadap pakaian yang dipakai oleh mereka.

Suku Kaum Kadazan Dusun Penampang

Page 8: tugasan kadazan

Merupakan kaum utama dalam kaum kadazan dusun.suku kaum ini tinggal di kawasan

penampang di pantai barat sabah. Suku kaum kadazan penampang juga mempunyai

ciri-ciri pakaian tradisi mereka yang tersendiri menjadikan mereka salah satu daripada

suku kaum yang unik dalam kaum kadazan dusun.Antara cirri pakaian tradisional

mereka ialah mempunyai blaus tidak berlengan yang berwarna hitam atau baldu untuk

kaum wanita mereka dipanggil ‘sinuangga’. Blaus berlengan pendek,berwarna hitam

atau ‘baldu’ pula dikhususkan untuk wanita pertengahan umur atau

‘sinompukung’,manakala blaus berlengan pula digunakan oleh wanita golongan tua

terutama ‘bobohizan’(kinoigan), untuk golongan lelaki pula kemeja berwarna hitam

baldu dan berlengan panjang akan dipakai dan pemakaian siga yang mempunyai

pelbagai pelbagai corak yang tersendiri. Pemakaian biasanya akan dihiasi dengan

‘renda’ atau siling utama keemasan pelbagai corak.

Kadazan Dusun Papar

Merupakan satu daripada kaum dalam masyarakat kadazan dusun dan ciri-ciri pakaian

tradisi masyarakat ini ialah memakai blaus baldu hitam berlengan panjang ataupun

dipanggil ‘siya’ oleh penduduk tempatan. Pemakaian baju di dalam yang berwarna putih

atau ‘blaus putih’ pula perlu dilakukan untuk menampakkan perbezaan pakaian kaum

ini. Kaum papar juga memakai sarung atau dipanggil ‘gonob’ berbeza dengan kaum

rungus.terdapat juga pemakaian siga khas untuk kaum lelaki dan pemakaian baju

kemeja baldu hitam berlengan panjang. Bagi kaum wanita ‘siung’ digunakan untuk

menentukan jenis pemakaian contohnya pemakaian berlulu binatang (burung) yang

berwarna untuk wanita bujang dan pemakaian berbunga-bungaan untuk golongan

wanita yang sudah berkahwin.

Perhiasan pakaian bagi kaum papar terdiri daripada butang berwarna keemasan

‘kubamban’ sebanyak lapan pasang didada dan ‘siling’ dan labuci yang dijahit di lengan

blaus juga terdapat tenunan yang dipanggil ‘rinanakit’ bercorak cetusan bintang dijahit

secara menegak dan melintang pada sarong (gonop)

Bahasa Pengantar Masyarakat Kadazan Dusun

Page 9: tugasan kadazan

Bahasa kadazan dusun ialah satu daripada 50 atau lebih bahasa dan lebih daripada 80

dielet di sabah. Bahasa kadazan dusun dituturkan oleh kebanyakan populasi di Sabah

terutamanya di kawasan pendalaman Kota Kinabalu,Penampang,Ranau,Keningau dan

Tambunan.walaupun kadazan dusun terdiri daripada pelbagai kaum yang disatukan

tetapi bahasa pengantar yang digunakan oleh kaum-kaum ini adalah sama dan hanya

mempunyai sedikit perbezaan seperti bahasa melayu an bahasa Indonesia.Bahasa ini

digunakan oleh kaum kadazan dusun dalam melakukan aktiviti harian seperti

bertani,berdagang,berniaga, dan lain-lain.

Contoh:

Aku dalam bahasa kadazan dusun disebut oku.

Alat-Alat Muzik dan Instrumen

Permainan muzik tradisional amat penting dalam masyarakat sesuatu kaum.Matlamat

utama penciptaan muzik adalah untuk melambangkan identiti sesuatu kaum yang

tersendiri dan sebagai alat bagi mengukuhkan perpaduan. Kebanyakan alatan muzik di

Sabah diperbuat daripada bahan-bahan asli yang diambil daripada sumber

semulajadi.Sebagai contoh,tongkungan,turali,seruling,sompotan dan totunggak

diperbuat daripada buluh.Alat-alat lain seperti gambus,kompang ,dan gendang

diperbuat daripada kulit kambing.Gong dan kulintangan pula diperbuat daripada kayu

lembut dan menyerupai gitar panjang bertali tiga yang diperbuat daripada giman,

sejenis gentian pokok palma.

Alat-alat muzik ini dapat dikelaskan kepada tiga bahagian

iaituKordofon,Erofon, dan Idofon.Tongkungan, gambus, sundatan atau gagayan

dikelaskan dalam Kordofon.Manakala seruling,turali atau tuahi, bungkau dan sompotan

pula dikelaskan dalam Erofon serta tetunggak , gong, kulintangan membranofon iaitu

kompang , gendang atau tontog dikelaskan dalam Idofon. Antara alatan muzik yang

sering digunakan oleh masyarakat Kadazandusun ialah gong, bungkau, dan

sompotan.Gong merupakan tulang belakang dalam kebanyakan arena muzik dan

digunakan dalam hampir kesemua upacara sosial masyarakat Kadazandusun.

Page 10: tugasan kadazan