pakaian istiadat masyarakat kadazan dari penampang

17
Pakaian istiadat masyarakat Kadazan dari Penampang. Lelakinya memakai baju gaung, seluar souva, bengkung toogot dan pakain kepala yang disebut siga. Wanita memakai baju pendek sinuangga, kain labuh tetapi dan selendang batik dilengkapi tali pinggang himpogot. Baju tradisional suku kaum Kadazan daerah Papar. Baju fabrik baldu hitam berhias renda kuning keemasan. Lelaki memakai pakaian kepala sigal dari kain destar dan wanita memakai siung dari anyaman buluh halus bermotifkan geometrik etnik Sabah. Perhiasan diri gelang tangan dan tali pinggang syiling perak. Baju Melayu yang biasa di pakai di Malaysia dan negara serantau biasanya terbahagi kepada dua, iaitu baju Melayu potongan Teluk Belanga dan potongan Cekak Musang. Baju Melayu Teluk belanga biasanya lebih terkenal di selatan Malaysia sementara potongan Cekak Musang di kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut, potongan Cekak Musang berbentuk seperti leher baju India hanya bahagian penutup atau rumah butangnya bertindan. Sementara potongan Teluk Belanga pula bahagian lehernya hanya di jahit secara sulaman. Terdapat berbagai bentuk sulaman yang dipadankan seperti Mata Lalat, Tulang Belut dan sebagainya.

Upload: shantipa

Post on 21-Jun-2015

607 views

Category:

Education


2 download

DESCRIPTION

Pakaian istiadat masyarakat

TRANSCRIPT

Page 1: Pakaian istiadat masyarakat kadazan dari penampang

Pakaian istiadat masyarakat Kadazan dari Penampang. Lelakinya memakai baju gaung, seluar souva, bengkung toogot dan pakain kepala yang disebut siga. Wanita memakai baju pendek sinuangga, kain labuh tetapi dan selendang batik dilengkapi tali pinggang himpogot.

Baju tradisional suku kaum Kadazan daerah Papar. Baju fabrik baldu hitam berhias renda kuning keemasan. Lelaki memakai pakaian kepala sigal dari kain destar dan wanita memakai siung dari anyaman buluh halus bermotifkan geometrik etnik Sabah. Perhiasan diri gelang tangan dan tali pinggang syiling perak.

Baju Melayu yang biasa di pakai di Malaysia dan negara serantau biasanya terbahagi kepada dua, iaitu baju Melayu potongan Teluk Belanga dan potongan Cekak Musang. Baju Melayu Teluk belanga biasanya lebih terkenal di selatan Malaysia sementara potongan Cekak Musang di kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut, potongan Cekak Musang berbentuk seperti leher baju India hanya bahagian penutup atau rumah butangnya bertindan. Sementara potongan Teluk Belanga pula bahagian lehernya hanya di jahit secara sulaman. Terdapat berbagai bentuk sulaman yang dipadankan seperti Mata Lalat, Tulang Belut dan sebagainya.

Page 2: Pakaian istiadat masyarakat kadazan dari penampang

Sari merupakan pakaian tradisional India yang mudah dikenali di seluruh dunia. Sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut, serta choli yang berwarna sama atau setentang dengannya.

Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri. Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi menyokong kain sari tersebut dari terlucut. Sari diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang sememangnya indah.

Pakaian ceongsam dipakai oleh wanita berketurunan Cina. Biasanya dipakai pada upacara-upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina. Tetapi kini, pakaian ini jarang dipakai oleh wanita Cina di Malaysia kerana mereka lebih gemar memakai pakaian fesyen negara barat.

Ceongsam dikatakan berasal dari baju tradisional lelaki Cina yang labuh sampai ke kaki. Perkataan 'ceong sam' dalam dialek kantonis bermaksud 'baju labuh'. Cheongsam dipercayai mula diperkenalkan semenjak revolusi di Negera China pada tahun 1911.

Page 3: Pakaian istiadat masyarakat kadazan dari penampang

Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan hingga ke paras lutut. Pada mulanya, kolar baju antara 3 hingga 4 cm sahaja tetapi kemudiannya ditinggikan sehingga menjadi 7 cm. Ceongsam dipakai ketat dan berbelah di kiri dan kanannya.

Wanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang. Kain sarung ini sempit dan panjangnya cuma lebih kurang separas lutut. Biasanya bidang diperbuat daripada sebidang kian yang berukuran 110 cm x 60 cm dan terdiri dari pada dua bidang kain seumpamanya yang dicantumkan. Bidang yang digunakan sebagai pakaian harian tidak banyak reka coraknya. Kebiasaannya bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalur-jaluran yang berwarna-warni. Bidang yang dipakai ketika upacara tertentu atau sebarang perayaan pula dihiasi oleh pelbagai reka corak geometrik dan diwarnakan dengan warna merah bata dan kekuning-kuningan. Malah ada diantara bidang tersebut yang dihiasi dengan reka corak bermotif tradisional yang disongketkan dengan benang emas atau perak di atas kain dasar yang berwarna merah

Page 4: Pakaian istiadat masyarakat kadazan dari penampang

PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum. Contohnya, Melayu, Cina, India ,dan lain-lain. Oleh itu, setiap kaum mempunyai pakaian yang berbeza. Malaysia mempunyai jenis-jenis kain dan pakaian tradisional yang berbagai bentuk dan warna.Pada zaman dahulu, penduduk peribumi memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit kayu dan hiasan manik. Kini, pakaian tradisional seperti baju kebaya Melayu, sari India dan cheongsam Cina masih digunakan dengan meluas

Page 5: Pakaian istiadat masyarakat kadazan dari penampang

BAJU KURUNG KAUM MELAYU

Sebelum kurun ke-20, wanita Melayu memakai kain kemban di tempat-tempat awam. Tetapi, setelah ketibaan Islam, mereka mula memakai baju kurung yang lebih sopan. Baju kurung adalah baju longgar yang labuh, kadang-kala hingga ke lututdan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi. Baju kurung juga boleh digandingkan dengan kain tradisional seperti songket atau batik.

Page 6: Pakaian istiadat masyarakat kadazan dari penampang

KAUM CINA

Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka sebagi pusat perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Kehadiran mereka ini membawa bersama bukan sahaja barangan dagangan untuk tukaran, tetapi jua adat resam, budaya dan corak pakaian tradisional mereka yang kemudiannya disesuaikan dengan suasana tempatan. Busana klasik Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan sulaman benang emas dan sutera.

Page 7: Pakaian istiadat masyarakat kadazan dari penampang

PAKAIAN TRADISI PASANGAN CINA YANG DIUBAH SUAI

Wanita memakai potongan Baju Shanghai yang lebih moden berkolar tinggi lengan besar dan skirt labuh dari kain satin bersulam. Sepasang Samfoo daripada fabrik satin Cina yang ditenun dengan motif-motif melambangkan kesejahteraan.

Page 8: Pakaian istiadat masyarakat kadazan dari penampang

Lelaki memilih Samfoo putih polos satin dan bertopi. Wanita menggayakan Cheongsam moden dari sutera Cina berwarna hijau yang dikenali juga sebagai baju Hong Kong.

Page 9: Pakaian istiadat masyarakat kadazan dari penampang

Sari adalah pakaian wanita di Subbenua India. Sari adalah sehelai kain yang tidak dijahit, berlinkungan dari empat ke Sembilan meter pada panjangnya yang ditabir ke atas badan dalam pelbagai gaya. Gaya yang terumum adalah dengan membalut sari di keliling pinggang, dengan satu hujung menabir le atas bahu mendedahkan bahagian torso dekat pinggang

Page 10: Pakaian istiadat masyarakat kadazan dari penampang

SALWAR KAMEEZ KAUM INDIA

Salwar kameez (juga dieja shalwar kameez atau shalwar qameez) adalah sebuah pakaian tradisional dipakai oleh wanita dan lelaki di Asia Tenggara. Salvar atau shalvar adalah seluar serupa baju tidur. Kakinya adalah lebar di atas, dan sempit di kuku lali. Kamiz adalah sebuah baju panjang atau tunic. Kelim tepi (digelarkan chaak), dibiarkan buka di bawah baris pinggang, memberikan pemakainya lebih mudah bergerak.

Page 11: Pakaian istiadat masyarakat kadazan dari penampang

PAKAIAN TRADISI KAUM KADAZAN

Terdapat tiga jenis pakaian yang selalu digunakan oleh kaum wanita iaitu baju tanpa lengan dipadankan dengan skirt pendek, baju berlengan pendek dan baju lengan panjang. Selain itu,terdapat dua jenis pakaian kaum lelaki iaitu baju lengan pendek dan lengan panjang yang dipadankan dengan seluar panjang.

Pakaian tradisional suku kaum Lotud. Lelaki memakai baju baldu atau kapas berwarna hitam dan dihiasi sulaman dan labuci. Kepala memakai sundi dari kain

Page 12: Pakaian istiadat masyarakat kadazan dari penampang

destar. Wanita memakai baju dan sarung dari kain kapas yang dihiasi sulaman tinobogi dan linangkit dari benang berwarna-warni.PAKAIAN BEDONG KAUM PEREMPUAN IBAN

Wanita Iban memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus. Panjang bedung hampir sama dengan sirat. Bedong dipakai di bahu sebagai selendang atau diselempangkan di badan seperti pangkahan di dada dalam upacara-upacara rasmi.

Biasanya bedong diperbuat daripada sebidang kian yang berukuran 110 cm

Page 13: Pakaian istiadat masyarakat kadazan dari penampang

x 60 cm dan terdiri daripada dua bidang kain seumpamanya yang dicantumkan. Bedong yang digunakan sebagai pakaian harian tidak banyak reka coraknya.

PAKAIAN DANDONG KAUM LELAKI IBAN

Dandong merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban. Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjang dandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat.

Page 14: Pakaian istiadat masyarakat kadazan dari penampang

KESIMPULAN

Sebenarnya, pakaian tradisional mempunyai makna tersirat positif yang ingin disampaikan oleh nenek moyang kita. Namun begitu, jajahan budaya barat telah mengancam tradisi-tradisi ini. Budaya melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Budaya tradisional juga dapat memupuk perpaduan negara. Rakyat majmuk kita kaya dengan nilai tradisional yang murni. Rakyat kita tidak kira keturunan, agama dan amalan adat resam turut merayakan bersama-sama. Oleh sedemikian, generasi muda zaman ini haruslah sedar terhadap kepentingan budaya dan adat. Bagaikan kacang jangan lupakan kulit