tugasan individu
DESCRIPTION
tugasan lamaTRANSCRIPT
Tugasan Individu
Ulasan buku: Proses Kognisi dan Afeksi: Kaedah Pedagogi Hermeneutik dan Interprestasi
Soalan 1: Ulaskan gabungan proses kognisi dan afeksi
Kognisi atau intelektual berkait rapat dengan informasi yang diperoleh, ditukar,
disimpan, dicungkil dan diguna pakai (Lahey, 2009). Ia juga merupakan satu proses yang
menterjemahkan keadaan sekeliling kepada sesuatu yang boleh difahami melalui kognisi.
Apabila informasi diperlukan, informasi akan dicungkil dan diguna pakai pada masa yang
diperlukan. Informasi tidak akan bermakna jika informasi yang disimpan tidak dapat dicungkil
pada masa yang diperlukan. Jadi setiap proses kognisi saling berhubung antara satu dengan lain.
Menurut Goldstein (2011),kognisi merujuk kepada dua fungsi, iaitu apa yang dilakukan
oleh minda seperti persepsi,focus dan memori. Ini menggambarkan minda merupakan pusat
utama dalam menentukan kemampuan mental manusia dalam pelbagai aktiviti. Fungsi kedua
ialah bagaimana minda memproses aktiviti-aktiviti mental. Minda dilihat sebagai satu system
yang mencipta gambaran dunia luar bagi membolehkan manusia bertindak untuk mencapai
matlamat hidup. Beberapa aspek yang dikemukakan oleh Lahey (2009) ialah melibatkan
pemprosesan maklumat penting untuk memberi makna kepada apa yang dilihat, rasa dan buat.
Aspek kedua merupakan suatu proses yang aktif melalui pancaindera