tugasan hbss 2203

11
 1 [HBSS 2203] PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS 1.0 PENGENALAN Apabila melihat cara hidup masyarakat hari ini, seolah -olah tidak a kan berlaku krisis ekonomi. Beberapa jaminan diberi seolah-olah negara ini akan betul-betul terselamat daripada kr isis ekonom i. Realitinya, sukar untuk diramalkan apakah bentuk krisis ekonomi yang akan berlaku terutama sekali hal-hal berkaitan dengan komoditi. Faktor ketidaktentuan pasaran juga mengelirukan banyak penganalisis ekonomi. Sewaktu harga minyak melonjak ke tahap USD 140 setong, ramai di antara  pengguna yang berasa perit akibat kenaikan harga minyak. Tanpa disedari ianya sebenarnya rahmat bagi negara yang kaya dengan komoditi minyak, getah dan sawit. Kini berlaku kejatuhan harga. Ada yang bersorak gembira harga minyak diturunkan namun harga barangan masih juga tinggi seperti sewaktu kenaikkan harga minyak. Dalam keadaan ekonomi global yang muram sekarang, tiada negara terlepas daripada kesannya sehingga menyebabkan penurunan pertumbuhan serta penguncupan ekonomi, pemberhentian pekerjaan dan defisit bajet. Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) mengunjurkan ekonomi dunia mengalami penurunan pada tahun ini dengan perdagangan antarabangsa mengalami pertumbuhan negatif. Ekonomi negara maju umpamanya, mengalami kemerosotan negatif dua peratus. Banyak negara dunia mengambil inisiatif melaksanakan pakej rangsangan untuk merancakkan  pertumbuhan ekonomi bagi mengelak keadaan bertambah meruncing. Peranan kerajaan dalam penstabilan ekonomi negara adalah amat penting bagi memastikan ekonomi negara dapat bertahan ketika krisis ekonomi dunia kini kian meruncing. Justeru, Malaysia yang juga terheret dalam kemelut ekonomi turut mengumumkan pakej rangsangan ekonomi yang pertama dengan peruntukan sebanyak RM7 bilion, November lalu dan bercadang menyediakan bajet mini merangkumi pakej rangsangan kedua dengan sa iz peruntukk an lebih besar kali ini.

Upload: mohd-wahidi

Post on 07-Apr-2018

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

8/6/2019 Tugasan HBSS 2203

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-hbss-2203 1/11

 

1

[HBSS 2203] PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

1.0  PENGENALAN

Apabila melihat cara hidup masyarakat hari ini, seolah-olah tidak akan berlaku

krisis ekonomi. Beberapa jaminan diberi seolah-olah negara ini akan betul-betul

terselamat daripada krisis ekonomi. Realitinya, sukar untuk diramalkan apakah bentuk 

krisis ekonomi yang akan berlaku terutama sekali hal-hal berkaitan dengan komoditi.

Faktor ketidaktentuan pasaran juga mengelirukan banyak penganalisis

ekonomi. Sewaktu harga minyak melonjak ke tahap USD 140 setong, ramai di antara

  pengguna yang berasa perit akibat kenaikan harga minyak. Tanpa disedari ianya

sebenarnya rahmat bagi negara yang kaya dengan komoditi minyak, getah dan sawit.

Kini berlaku kejatuhan harga. Ada yang bersorak gembira harga minyak diturunkan

namun harga barangan masih juga tinggi seperti sewaktu kenaikkan harga minyak.

Dalam keadaan ekonomi global yang muram sekarang, tiada negara terlepas daripada

kesannya sehingga menyebabkan penurunan pertumbuhan serta penguncupan

ekonomi, pemberhentian pekerjaan dan defisit bajet. Tabung Mata Wang

Antarabangsa (IMF) mengunjurkan ekonomi dunia mengalami penurunan pada tahun

ini dengan perdagangan antarabangsa mengalami pertumbuhan negatif. Ekonomi

negara maju umpamanya, mengalami kemerosotan negatif dua peratus. Banyak 

negara dunia mengambil inisiatif melaksanakan pakej rangsangan untuk merancakkan

 pertumbuhan ekonomi bagi mengelak keadaan bertambah meruncing.

Peranan kerajaan dalam penstabilan ekonomi negara adalah amat penting bagi

memastikan ekonomi negara dapat bertahan ketika krisis ekonomi dunia kini kian

meruncing. Justeru, Malaysia yang juga terheret dalam kemelut ekonomi turut

mengumumkan pakej rangsangan ekonomi yang pertama dengan peruntukan

sebanyak RM7 bilion, November lalu dan bercadang menyediakan bajet mini

merangkumi pakej rangsangan kedua dengan saiz peruntukkan lebih besar kali ini.

8/6/2019 Tugasan HBSS 2203

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-hbss-2203 2/11

 

2

[HBSS 2203] PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

2.0  DASAR KERAJAAN DALAM PENSTABILAN EKONOMI

  Negara yang menghadapi gabungan masalah makroekonomi, iaitu

  pengangguran atau inflasi dan defisit imbangan pembayaran pasti akan mengalami

kemerosotan dalam taraf hidup. Maka adalah perlu kerajaan melaksanakan dasar 

fiskal, dasar kewangan, perubahan kadar pertukaran dan kawalan langsung untuk 

mengatasi masalah-masalah tersebut.

Sekiranya pengangguran dan defisit imbangan pembayaran berlaku serentak.

Jika situasi seperti ini berlaku, kerajaan perlu menambahkan perbelanjaan kerajaan

dan mengurangkan cukai (dasar fiskal) untuk mencipta lebih banyak peluang

 pekerjaan serta menambahkan perbelanjaan agregat. Kerajaan juga perlu menurunkan

kadar bunga pinjaman melalui bank pusat (dasar kewangan) supaya menggalakkan

  pelaburan sektor swasta demi meningkatkan guna tenaga. Melalui kredit terpilih

dalam industri eksport (dasar kewangan) bank pusat boleh mengarahkan bank-bank 

  perdagangan supaya menambahkan pinjaman kepada industri eksport demi

menambahkan eksport negara. Seterusnya, defisit imbangan pembayaran akan

diperbaiki. Kerajaan juga boleh melaksanakan devaluasi (perubahan kadar 

  pertukaran) untuk menambahkan eksport dan mengurangkan import. Kesannya,

industri eksport dan industri penggantian import berkembang. Ini bermakna

  pengangguran dan defisit imbangan pembayaran akan diatasi. Melalui tarif, kuota

import, dan subsidi eksport (kawalan langsung) eksport digalakkan tetapi import

disekat. Seterusnya pengangguran dan defisit imbangan pembayaran dikurangkan.

Jika inflasi dan defisit imbangan pembayaran berlaku serentak. Semasa

gabungan masalah seperti ini terjadi, kerajaan perlu menaikkan kadar bunga tabungan

melalui bank pusat (dasar kewangan) supaya mengurangkan aliran modal ke luar 

negara dan menambahkan aliran modal dari luar negara. Kawalan aliran modal ini

amat sesuai bagi menambahkan tabungan dalam negara untuk menurunkan kadar 

inflasi serta memperbaiki defisit imbangan pembayaran. Melalui dasar deflasi iaitu

mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan menaikkan kadar cukai (dasar fiskal),

 perbelanjaan agregat dalam negara berkurangan. Kesannya, tingkat harga umum dan

harga eksport turun. Seterusnya, kadar inflasi turun, eksport bertambah dan defisit

imbangan pembayaran diperbaiki. Dasar devaluasi (perubahan kadar pertukaran) yang

 bertujuan

8/6/2019 Tugasan HBSS 2203

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-hbss-2203 3/11

 

3

[HBSS 2203] PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

menambahkan eksport dan mengurangkan import juga sesuai untuk melawan inflasi

yang diimportkan di samping memperbaiki defisit imbangan pembayaran. Tarif, kuota

import, dan subsidi eksport (kawalan langsung) yang bertujuan menggalakkan eksport

dan menghalang import juga sesuai untuk melawan inflasi yang diimportkan di

samping memperbaiki defisit imbangan pembayaran.

8/6/2019 Tugasan HBSS 2203

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-hbss-2203 4/11

 

4

[HBSS 2203] PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

3.0  RASIONAL CAMPUR TANGAN KERAJAAN DALAM MENANGANI

MASALAH EKONOMI

Malaysia juga terheret dalam kemelut ekonomi dunia turut mengumumkan

 pakej rang sangan ekonomi yang pertama dengan penmtukan sebanyak RM7 bilion,

 November lalu dan bercadang menyediakan bajet mini merangkumi pakej rangsangan

kedua yang akan dibentangkan pada 10 Mac 2009 ini dengan saiz peruntukkan lebih

 besar.

Tindakan sebegini diambil oleh kerajaan bertujuan untuk menstabilkan

ekonomi negara dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi ketika berdepan dengan

ketidaktentuan ekonomi global. Di samping itu kerajaan juga berniat untuk 

merancakkan pertumbuhan sektor ekonomi termasuk menggalakkan pelaburan,

 penggunaan dan aktiviti eksport.

 Namun begitu, jika dilihat dengan lebih teliti tindakan campur tangan kerajaan

dalam menangani masalah ekonomi dan memastikan ekonomi lebih stabil adalah

kerana tujuan utamanya untuk menjamin Malaysia kekal menjadi sebuah negara yang

 berdaulat. Kesejahteraan rakyat sentiasa diberikan perhatian pada setiap pakej-pakej

  pembangunan dan ransangan ekonomi yang dijalankan selama ini agar tidak 

wujudnya jurang sosioekonomi di antara penduduk di negara ini yang boleh

mengakibatkan kekeruhan konflik dalaman negara. Kerajaan juga secara relatifnya

cuba mengawal anasir-anasir negatif yang boleh menggugat ekonomi negara seperti

skim-skim pelaburan (skim cepat kaya) yang tidak sah, jika dibiarkan akan

melumpuhkan ekonomi negara yang sentiasa diperkenalkan tatkala negara berada

dalam krisis ekonomi.

Akibatnya, ekonomi negara menjadi terlampau teruk dan menjejaskan

kredibiliti Malaysia sebagai sebuah negara yang mengalami pertumbuhan ekonomi

yang agak memberansangkan selama ini. Sekiranya ini berlaku, berkemungkinan

  besar tahap keberhutangan negara terhadap bank dunia akan tinggi dan rentak 

ekonomi negara akan dikawal oleh bank dunia.

8/6/2019 Tugasan HBSS 2203

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-hbss-2203 5/11

 

5

[HBSS 2203] PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

4.0 PENDEKATAN KERAJAAN MENGATASI MASALAH

PENGANGGURAN

Semasa pengangguran, tenaga buruh yang sedia ada tidak digunakan

sepenuhnya. Hal ini bermakna pembaziran sumber manusia berlaku dan wujudnya

lebihan kapasiti ekonomi dalam negara. Firma-firma belum beroperasi 100% dan

keluaran negara masih dipertingkatkan lagi. Apabila berlakunya pengangguran,

  permintaan agregat dan harga umum adalah rendah kerana kemampuan membeli

 pengguna adalah rendah setelah mereka hilang pekerjaan dan pendapatan.

Pelbagai langkah boleh diambil untuk menambahkan permintaan agregat demi

mengatasi pengangguran/mengurangkan pengangguran, iaitu dasar fiskal

mengembang, dasar kewangan mengembang, pembangunan sumber manusia dan lain-

lain lagi.

4.1  DASAR FISKAL MENGEMBANG

Apabila kerajaan menambahkan perbelanjaan ke atas projek-projek 

 pembangunan awam yang baru , lebih banyak peluang pekerjaan dapat dicipta.

Hal ini seterusnya dapat mengurangkan pengangguran dalam negara. Pada

masa yang sama, penurunan cuka oleh kerajaan akan menaikkan pendapatan

  boleh guna masyarakat. Hal ini seterusnya menambahkan penggunaan dan

 permintaan agregat. Keadaan ini akan mendorong firma-firma menambahkan

  pelaburan masing-masing serta menambahkan pengambilan buruh untuk 

mengembangkan penawaran agregat bagi memenuhi pertambahan permintaan

tersebut. Pertambahan permintaan agregat dan harga umum serta pertambahan

  peluang pekerjaan akibat daripada pelaksanaan dasar fiskal mengembang

 boleh mengatasi pengangguran kitaran dan pengangguran geseran.

8/6/2019 Tugasan HBSS 2203

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-hbss-2203 6/11

 

6

[HBSS 2203] PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

Kesan Dasar Fiskal Mengembang

4.2  DASAR KEWANGAN MENGEMBANG

Bank pusat boleh menambahkan bekalan wang dalam ekonomi

melalui gabungan langkah-langkah yang berikut seperti menurunkan nisbah

cadangan, menurunkan kadar bank, membeli bon kerajaan di pasaran terbuka,

melonggarkan kawalan kredit terpilih dan pembujukan moral.

Pertambahan bekalan wang akibat daripada perlaksanaan dasar 

kewangan mengembang akan menaikkan permintaan agregat dan harga

umum. Hal ini akhirnya dapat mengatasi masalah pengangguran, umpamanya

 pengangguran kitaran.

Kesan Dasar Kewangan Mengembang

8/6/2019 Tugasan HBSS 2203

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-hbss-2203 7/11

 

7

[HBSS 2203] PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

4.3  PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

Pembangunan sumber manusia yang telah dipergiatkan di Malaysia

adalah khusus untuk mengatasi pengangguran struktur, iaitu pengangguran

akibat daripada perubahan struktur ekonomi daripada sektor tradisional kepada

sektor moden. Buruh-buruh yang menganggur boleh diberi latihan atau kursus

  peningkatan kemahiran yang berkaitan dengan teknologi moden dan

  pengurusan moden. Hal ini dilakukan supaya mereka mampu mendapatkan

  pekerjaan baru dalam sektor moden yang memerlukan buruh yang mahir 

dalam pengendalian alat teknologi yang canggih serta mahir dalam

  pengurusan moden. Untuk mengatasi pengangguran teknologi yang

melibatkan penggantian tenaga buruh dengan mesin atau robot, penyebaran

maklumat tentang peluang pekerjaan dalam sektor lain atau tempat lain mesti

diperluas oleh pihak berkuasa yang berkaitan supaya mobiliti buruh dapat

dipertingkatkan.

4.4  LAIN-LAIN PENDEKATAN

Pengangguran bermusim boleh dikurangkan jika para penganggur 

dalam sektor utama dapat mempelbagaikan kegiatann ekonomi masing-masing

supaya memperoleh pendapatan dari sumber lain apabila gagal meneruskan

kegiatan ekonomi harian. Misalnya, nelayan yang tidak dapat ke laut semasa

musim tengkujuh boleh bergiat dalam perniagaan kecil-kecilan seperti

 pengeluaran keropok atau penjualan kuih-muih. Kerajaan boleh memberikan

 bantuan kewangan melalui agensi kerajaan tertentu kepada pihak-pihak yang

 berkenaan.

Pengangguran tak ketara pula adalah yang melibatkan lebihan tenaga

  buruh berbanding dengan keluasan tanah di negara-negara yang mempunyai

ledakan penduduk adalah sukar diatasi dalam jangka pendek. Dalam jangka

  panjang, kawalan keluarga dan pemodenan sektor pertanian perlu

dipertingkatkan oleh kerajaan supaya lebihan tenaga buruh dikurangkan atau

dihapuskan. Kerajaan juga perlu meningkatkan taraf pendidikan golongan

8/6/2019 Tugasan HBSS 2203

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-hbss-2203 8/11

 

8

[HBSS 2203] PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

  petani supaya mereka berubah sikap daripada giat dalam pertanian tradisional

ke arah pertanian moden atau perladangan.

Pengangguran sukarela yang melibatkan penduduk yang sengaja

menganggur atau tidak aktif mencari pekerjaan bukan jenis penganggura yang

serius. Masalah ini boleh diatasi jika kerajaan negara sentiasa mengingatkan

 penduduknya tentang kepentingan sikap positif terhadap sebarang pekerjaan.

Tindakan kerajaan boleh berjaya melalu sistem pendidikan yang terancang dan

menyeluruh. Sebaran am juga memainkan peranan penting dalam mengatasi

 pengangguran sukarela.

Manakala, pengangguran geseran pula hanya boleh diatasi dengan

meningkatkan mobiliti buruh dan memperluas maklumat pekerjaan. Majikan

  perlu menyediakan keadaan kerja yang lebih baik supaya tidak timbul

 perasaan tidak puas hati.

8/6/2019 Tugasan HBSS 2203

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-hbss-2203 9/11

 

9

[HBSS 2203] PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

5.0 CADANGAN PENDEKATAN KERAJAAN MENJAMIN SEKTOR 

INDUSTRI DAN ELEKTRIKAL (E&E)

Lebih 1000 pekerja dijangka diberhentikan berikutan langkah Intel

Corporation menutup dua kilangnya di Pulau Pinang, sejajar dengan penstrukturan

semula operasi dan penyelarasan kapasiti pengeluaran syarikat itu yang terjejas akibat

keadaan pasaran semasa. Keadaan ini amat membimbangkan kita semua dan sesuatu

harus dilakukan. Kita bersyukur jika syarikat tidak perlu membuang pekerja,

sebaliknya mencari mekanisme lain untuk meminimumkan kos seperti mengurangkan

kerja lebih masa dan tiada bonus.

Langkah segera yang boleh diambil kerajaan untuk membantu sektor swasta

mengekalkan operasi ketika krisis global masa kini ialah menurunkan tarif elektrik 

dan gas industri, menurunkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

majikan, menurunkan cukai korporat serta cukai individu dan menggantung sementara

caruman tabungan yang dikenakan ke atas syarikat-syarikat dalam sektor industri dan

elektrik (E&E). ini bertujuan bagi mengurangkan beban tanggungan kewangan yang

terpaksa ditanggung oleh syarikat-syarikat yang terlibat dan meningkatkan aliran

tunai.

Bagaimanapun, kerajaan perlu memikirkan langkah lain seperti melatih

semula pekerja yang diberhentikan atau diserap ke dalam sektor yang memerlukan,

terutama kekosongan yang bakal ditinggalkan pèkerja asing yang jumIahnya akan

dikurangkan secara berperingkat. Apa pun, yang lebih penting ialah kerajaan perlu

tegas bagi memastikan pekerja yang diberhentikan mendapat pampasan sewajarnya

agar mereka dapat menjalankan perniagaan kecil-kecilan bagi menampung kehidupan

seharian dan tidak akan menjadi penganggur.

8/6/2019 Tugasan HBSS 2203

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-hbss-2203 10/11

 

10

[HBSS 2203] PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

6.0  PENUTUP

Krisis ekonomi kali ini berbeza dan jauh lebih meruncing jika dibandingkan

  pada tahun 1997/98. Ketika ini negara berjaya keluar daripada kemelut krisis

kewangan serantau pada kadar lebih cepat berikutan kecekapan urus tadbir.

Hakikatnya situasi ekonomi kali ini masih mampu ditangani secara berkesan

dengan perancangan dan program bersistematik, di samping kajian lebih terperinci

terhadap kepentingan dan keperluan dalam bidang dan sektor yang terjejas teruk.

Pada masa sama semua pihak perlu cepat bentindak dengan menggalas

tanggungjawab, lebih komited dan optimis dengan memberi maklum balas

  bersesuaian supaya keadaan inii dapat ditangani dengan berkesan selain mencari

  pasaran baru supaya dapat merancakkan lagi pertumbuhan beronientasikan eksport

negara dan mengurangkan kebergantungan kepada aktiviti pengimportan.

Oleh itu, pakej rangsangan kedua yang akan diumukan tidak lama lagi sedang

diperhalusi sama ada dan segi perbelanjaan awam, percukalan serta sektor mana yang

akan membeni kesan kepada pekerjaan dan pendapatan rakyat. Justeru itu, perlaksaan

di peringkat bawahan perlu dipantau dan dikawal selia agar segala perancangan yang

dibuat akan dapat mendatangkan kebaikan kepada pertumbuhan ekonomi negara demi

memacu negara menuju hasrat Wawasan 2020.

8/6/2019 Tugasan HBSS 2203

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-hbss-2203 11/11

 

11

[HBSS 2203] PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

7.0  RUJUKAN

Barro, Robert J (1997), Determinants of Economic Growth: A Cross Country Empirical Study, MIT Press. 

Bruck, T (1997), Macroeconomic Effects of the War in Mozambique, University of 

Oxford, Queen Elizabeth House, Oxford.

Dewan Bahasa dan Pustaka (1994), Kamus Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur.

Mazlan Sharif (2008), Rujuk Cepat Ekonomi Asas, Selangor, Eastview.Evans, George

W. and Seppo Hnokapohja (2001), Learning and Expectations in Macroeconomics

Princeton, NJ: Princeton University Press.