tugasan harian 1 pemakanan seimbang

Upload: hl-leong

Post on 07-Apr-2018

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/4/2019 Tugasan Harian 1 Pemakanan Seimbang

    1/1

    Tugasan Harian 1

    Tajuk : kepentingan makan makanan seimbang.

    Kepentingan pemakanan seimbang yang utama ialah sikap ini menjadikan

    pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal. Tubuh badan menerima

    semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada

    keperluan fizikal manusia. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu

    lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.

    Selain itu, pemakanan yang seimbang menjadikan perkembangan mental seseorang

    itu terganggu pula. Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental

    seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu

    perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu

    gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan

    individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspekmental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.

    Kemungkinan kepentingan pemakanan seimbang yang mudah difahami ialah

    makanan yang seimbang memberikan vitamin yang cukup kepada badan seseorang itu.

    Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk

    menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan

    manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu.

    Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai

    kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.

    Malahan, pemakanan seimbang turut dikatakan mampu mengawal kadar obesitimasyarakat dunia. Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia

    perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan

    oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu

    gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti

    senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika

    seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.

    Kesimpulannya, kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua

    kepentingannya sudah dinyatakan tadi. Kita patut mengamalkan nilai kesederhanaan dalam

    kehidupan seharian.