tugasan gb6323

5
TUGASAN : KRITIK TESIS KURSUS: ANALISA DATA (GGGB6323) NAMA PELAJAR: FARAH ILYANI BINTI ZAKARIA (P69681) PELAJAR DOKTOR FALSAFAH NAMA PENSYARAH: DR JAMIL AHMAD 1

Upload: zarah-ahmad

Post on 03-Oct-2015

33 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Kritikan tesis sarjana pendidikan UKM

TRANSCRIPT

TUGASAN : KRITIK TESIS

KURSUS:

ANALISA DATA (GGGB6323)NAMA PELAJAR:

FARAH ILYANI BINTI ZAKARIA (P69681)

PELAJAR DOKTOR FALSAFAHNAMA PENSYARAH:

DR JAMIL AHMAD

SEM 2 2012/2013

TAJUK TESIS: SIKAP DAN MINAT PELAJAR KELAS KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENGHAFAL AL-

QURAN DI NEGERI PERAK

PENGARANG: SAKRI YUSOFF

PENDAHULUAN

Tesis yang kritik merupakan tesis sarjana Pendidikan Islam 2012, Fakulti Pendidikan UKM yang bertajuk Sikap dan Minat Pelajar Kelas Kemahiran Membaca dan Menghafal al-Quran Di Negeri Perak. Berikut adalah beberapa perkara penting yang perlu diketengahkan sebelum penulis mengemukakan kritikan-ritikan terhadap tesis bagi tujuan pembaikan.OBJEKTIF KAJIAN

a. Mengenal pasti tahap minat dan sikap mempelajari al-Quran dalam kalangan pelajar.

b. Mengenalpasti tahap kebolehan membaca al-Quran bertarannum dan bertajwid dalam kalangan pelajar.

c. Mengenalpasti tahap amalan pengajaran guru menurut persepsi pelajar.d. Mengenalpasti tahap perbezaan minat mempelajari al-Quran dalam kalangan pelajar berdasarkan jantina.

e. Mengenal pasti tahap perbezaan sikap mempelajari al-Quran dalam kalangan pelajar berdasarkan kategori sekolah.

f. Mengenal pasti tahap perbezaan kebolehan membaca al-Quran berdasarkan jantina.

g. Mengenal pasti hubungan minat dengan kebolehan membaca al-Quran bertarannum dan bertajwid dalam kalangan pelajar.

h. Mengenal pasti hubungan sikap pelajar dengan amalan pengajaran guru menurut persepsi pelajar.

PERSOALAN KAJIAN

a. Apakah tahap minat dan sikap pelajar terhadap pembelajaran al-Quran?

b. Apakah tahap kebolehan membaca al-Quran bertarannum dan bertajwid dalam kalangan pelajar?

c. Apakah tahap amalan pengajaran guru menurut persepsi pelajar?

d. Adakah terdapat perbezaan minat mempelajari al-Quran dalam kalangan pelajar berdasarkan jantina?

e. Adakah terdapat perbezaan sikap mempelajari al-Quran dalam kalangan pelajar berdasarkan kategori sekolah?

f. Adakah terdapat perbezaan kebolehan membaca al-Quran berdasarkan jantina?

g. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara minat dengan kebolehan membaca al-Quran bertarannum dan bertajwid dalam kalangan pelajar?h. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara sikap dengan amalan pengajaran guru menurut persepsi pelajar?

HIPOTESIS KAJIAN

Hipotesis kajian berikut adalah bagi persoalan kajian yang menggunakan analisis inferensi sahaja.

Ho1: Tidak terdapat perbezaan minat mempelajari al-Quran dalam kalangan pelajar berdasarkan

jantina

Ho2: Tidak terdapat perbezaan sikap mempelajari al-Quran dalam kalangan pelajar berdasarkan

kategori sekolah

Ho3: Tidak terdapat perbezaan kebolehan membaca al-Quran berdasarkan jantina?

Ho4: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara minat dengan kebolehan membaca al-

Quran bertarannum dan bertajwid dalam kalangan pelajarH05: Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara sikap dengan amalan pengajaran guru

menurut persepsi pelajar?

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan statistik deskriptif bagi menjawab persoalan 1, 2 dan 3. Manakala statistik inferensi iaitu Ujian T bagi persoalan 4, 5 dan 6 dan Ujian Korelasi Pearson bagi menjawab persoalan 7 dan 8. Dalam tugasan ini, penulis hanya memberi tumpuan kepada analisa statistik inferensi dan korelasi Pearson.

Berikut adalah antara kritikan yang telah didapati:1. Muka surat 102 dan 103. Tidak dinyatakan nilai eta squared atau kadar kesan saiz (effect size) sama ada kecil, sederhana atau besar terhadap variable yang dikaji walaupun persoalan kajian ke 5 dan ke 6 menunjukkan perbezaan yang sinifikan melalui Ujian T. Apabila mencari nilai eta squared, penyelidik tersebut sepatutnya boleh melihat kesan saiz yang terhasil mengikut perkadaran interpretasi Cohen (1998) iaitu:

0.01 = kesan kecil (small effect)0.06= kesan sederhana (moderate effect)0.14= kesan besar (large effect)2. Muka Surat 101, 102 dan 103. Semasa menginterpretasi data ujian T, sebaik-baiknya penyelidik membuat kesimpulan pada akhir interpretasi dengan mengemukakan nilai min yang lebih tinggi dan nilai min yang lebih rendah bagi memastikan rumusan dapatan adalah jelas. 3. Cara huraian pada setiap interpretasi data statistik inferensi termasuk ujian T dan Korelasi Pearson adalah kurang jelas dan kurang mantap. Penolakan hipotesis nul dinyatakan terlebih dahulu berbanding tahap perbezaan sama ada signifikan atau pun tidak. Pembaca tidak dapat menanggapi dengan cepat dapatan kajian yang didapati pada kesemua interpretasi dapatan statistik inferensi. 4. Apabila membuat analisa untuk mencari hubungan atau korelasi, sepatutnya penyelidik dapat mengetahui:

i) Sama ada terdapat hubungan atau tidak

ii) Kekuatan hubungan

iii) Arah hubungan

Namun, di dalam tesis tersebut, pada muka surat 103 dan 104, tidak dinyatakan arah hubungan sama ada perkadarannya linear atau songsang dalam menginterpretasi analisis hubungan yang menjawab dua persoalan kajian.

5. Bagi menambah kejelasan interpretasi data yang menggunakan analisis korelasi, nilai r boleh ditulis bersekali dengan nilai signifikan. Contohnya wujud hubungan yang sangat tinggi antara minat dengan kebolehan membaca al-Quran (tarannum dan tajwid) (r=0.909, sig=0.000). (Muka surat 103 dan 104) HYPERLINK "http://rds.yahoo.com/_ylt=A0S020pOPV5LE2MBpJijzbkF/SIG=12ejeolko/EXP=1264553678/**http:/www.nilai.edu.my/Autism_Seminar/images/UKM_logo.jpg" \t "_top"

1