tugasan disleksia

16
KBK3073 D20121058364 1 1.0 Pengenalan Perbezaan kognitif, sosial, emosi, fizikal dan rohani di kalangan kanak-kanak di dalam sesebuah bilik darjah merupakan perkara biasa. Selain daripada pengaruh baka dan persekitaran, kanak- kanak berkembang pada tahap dan kadar yang berbeza. Oleh yang demikian, di dalam sesebuah kelas akan terdapat murid yang cergas serta berkebolehan dan akan ada murid yang menghadapi kesukaran dalam mengikuti pengajaran. Namun, kadang kala kita akan berjumpa kanak-kanak yang perbezaannya agak ketara dan tidak mengikut norma-norma perkembangan seperti kanak- kanak lain. Perbezaanya ini juga mungkin akan menyebabkan kanak-kanak ini tidak dapat mengikuti pengajaran di dalam bilik darjah seperti rakan-rakannya yang lain dan akhirnya terpinggir dan ketinggalan dalam pelajaran. Menurut dasar pendidikan khas di Malaysia, murid-murid berkeperluan khas merujuk kepada murid-murid yang mengalami kecacatan penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran. Kategori kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran termasuk sindrom down, autism ringan, Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD), terencat akal minimum dan masalah pembelajaran spesifik seperti disleksia. Disleksia adalah merupakan satu masalah pembelajaran namun ia tidak dikategorikan sebagai satu penyakit. Dianggarkan dalam mana-mana komuniti terdapat kira-kira lima peratus yang menghadapi masalah disleksia iaitu bersamaan satu daripada 20 orang, dimana jumlah ini merupakan jumlah yang besar jika dibandingkan dengan masalah sindrom down iaitu satu daripada 700 orang, Tun Hussien, ( 2004 ). Berdasarkan perangkaan 2001, Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ), menganggarkan bahawa seramai 290 000 murid sekolah daripada 4.9 juta murid berkemungkinan memiliki ciri-ciri Masalah Pembelajaran Spesifik ( SPLD ), serta disleksia. Di dalam tugasan ini, kita akan melihat dengan lebih mendalam mengenai definisi, etiologi, punca-punca kecacatan, ciri-ciri perkembangan fizikal, kognitif, sosial dan emosi serta langkah-langkah pencegahan mengenai masalah pembelajaran disleksia ini.

Upload: nur-kareena

Post on 20-Jun-2015

9.786 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan disleksia

KBK3073 D20121058364

1

1.0 Pengenalan

Perbezaan kognitif, sosial, emosi, fizikal dan rohani di kalangan kanak-kanak di dalam sesebuah

bilik darjah merupakan perkara biasa. Selain daripada pengaruh baka dan persekitaran, kanak-

kanak berkembang pada tahap dan kadar yang berbeza. Oleh yang demikian, di dalam sesebuah

kelas akan terdapat murid yang cergas serta berkebolehan dan akan ada murid yang menghadapi

kesukaran dalam mengikuti pengajaran. Namun, kadang kala kita akan berjumpa kanak-kanak

yang perbezaannya agak ketara dan tidak mengikut norma-norma perkembangan seperti kanak-

kanak lain. Perbezaanya ini juga mungkin akan menyebabkan kanak-kanak ini tidak dapat

mengikuti pengajaran di dalam bilik darjah seperti rakan-rakannya yang lain dan akhirnya

terpinggir dan ketinggalan dalam pelajaran.

Menurut dasar pendidikan khas di Malaysia, murid-murid berkeperluan khas merujuk

kepada murid-murid yang mengalami kecacatan penglihatan, pendengaran dan masalah

pembelajaran. Kategori kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab

Kementerian Pelajaran termasuk sindrom down, autism ringan, Attention Deficit Hyperactive

Disorder (ADHD), terencat akal minimum dan masalah pembelajaran spesifik seperti disleksia.

Disleksia adalah merupakan satu masalah pembelajaran namun ia tidak dikategorikan

sebagai satu penyakit. Dianggarkan dalam mana-mana komuniti terdapat kira-kira lima peratus

yang menghadapi masalah disleksia iaitu bersamaan satu daripada 20 orang, dimana jumlah ini

merupakan jumlah yang besar jika dibandingkan dengan masalah sindrom down iaitu satu

daripada 700 orang, Tun Hussien, ( 2004 ). Berdasarkan perangkaan 2001, Kementerian

Pelajaran Malaysia ( KPM ), menganggarkan bahawa seramai 290 000 murid sekolah daripada

4.9 juta murid berkemungkinan memiliki ciri-ciri Masalah Pembelajaran Spesifik ( SPLD ), serta

disleksia.

Di dalam tugasan ini, kita akan melihat dengan lebih mendalam mengenai definisi,

etiologi, punca-punca kecacatan, ciri-ciri perkembangan fizikal, kognitif, sosial dan emosi serta

langkah-langkah pencegahan mengenai masalah pembelajaran disleksia ini.

Page 2: Tugasan disleksia

KBK3073 D20121058364

2

2.0 Definisi

Untuk mendefinisikan masalah disleksia, kita boleh menghuraikannya dengan lebih terperinci

dengan merujuk kepada beberapa sumber seperti The International Dyslexia Association, dan

The British Dyslexia Association dalam Ott ( 2006 ). Berikut merupakan definisi mengenai

disleksia mengikut :

2.1 The International Dyslexia Association ( 1998 )

Disleksia adalah masalah pembelajaran yang dicirikan oleh masalah dalam bahasa ekspresif atau

terbuka, sama ada secara lisan atau bertulis. Masalah mungkin muncul dalam bacaan, ejaan,

tulisan, pertuturan atau pendengaran. Disleksia adalah bukan penyakit yang tiada penyembuhan.

Disleksia menggambarkan pemikiran yang berbeza, berbakat dan produktif, dan cara

pembelajaran yang berbeza. Jurang yang tidak diduga wujud antara kebolehan pembelajaran dan

pencapaian dalam sekolah. Disleksia adalah disebabkan perbezaan struktur dan fungsi otak.

Individu yang mengalami disleksia adalah unik, setiap individu tersebut mempunyai kekurangan

dan kelemahan masing-masing. Kebanyakkan penghidap disleksia adalah kreatif dan mempunyai

bakat luar biasa dalam bidang seni, sukan, senibina, grafik, elektronik, mekanikal, drama, muzik

atau kejuruteraan. Kanak-kanak ini selalunya menunjukkan bakat istimewa mereka di dalam

bidang yang memerlukan visual, ruang dan itegrasi motor.

2.2 The British Dyslexia Association ( BDA ) ( t.t. )

Disleksia adalah gabungan kemampuan dan masalah yang menpengaruhi membaca, mengeja dan

menulis ( 3M ). Masalah tersebut turut menyebabkan kelemahan lain mungkin dapat dikenalpasti

seperti kelajuan memproses, ingatan jangka pendek, kelemahan susunan, pendengaran, atau

penglihatan, bahasa pertuturan, keupayaan motor kasar dan halus. Ia seterusnya berkait mengenai

penguasaan dan penggunaan bahasa penulisan termasuk huruf, nombor dan not muzik.

Sesetengah kanak-kanak mempunyai kemahiran kreatif yang luar biasa serta mempunyai

kemahiran oral yang tinggi menurut Peer ( 1999 ).

Masih mengekalkan deefinisi yang sama, Stoppart ( 2007 ) menyatakan disleksia

merupakan masalah pembelajaran yang berkaitan dengan bahasa, membaca dan ia merangkumi

mengeja, menulis dan menyebut. Kanak-kanak yang menghadapi masalah ini biasanya membaca

Page 3: Tugasan disleksia

KBK3073 D20121058364

3

dengan perlahan, kurang tepat, lemah dalam ejaan dan tulisan serta mencampur-adukkan

perkataan yang mempunyai bunyi yang sama. Mereka juga kurang kesedaran dan minat terhadap

buku. Menurut kajian, masalah ini diwarisi dan mungkin kdapat dilihat pada beberapa anggota

keluarga yang sama. Kajian juga menunjukkan masalah disleksia berlaku empat kali lebih kerap

kepada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan.

Menurut Frith ( 1992 ) dalam Riddick ( 2010 ), dalam usaha untuk mengenal pasti

masalah pembelajaran sama ada disleksia ataupun autism adalah melalui pemerhatian terhadap

kaitan diantara kelainan tahap penerangan kerana daripada itu kita dapat melihat kaitan di antara

punca biologikal, masalah kognitif serta perlakuan seperti membaca dan mengeja.

3.0 Etiologi

Etiologi adalah merupakan satu kajian sains mengenai sesuatu masalah atau perkara. Di dalam

masalah disleksia ini turut terdapat etiologinya. Di antara etiologi yang berkaitan dengan

disleksia adalah seperti keturunan, otak, masalah penglihatan serta masalah pendengaran. Selain

daripada itu, terdapat juga beberapa pihak yang telah membuat beberapa hipotesis mengenai

masalah pembelajaran disleksia. Di antara etiologi masalah pembelajaran disleksia adalah seperti

berikut :

3.1 Keturunan

Keturunan adalah merupakan salah satu daripada penyebab masalah disleksia. Pemerhatian

Smith et. Al.( 1983) dalam Georgiou ( 2006 ), melihat bahawa terdapat perkaitan di antara

kromosom ke-15 dengan disleksia. Namun berbeza pula pendapat daripada Cardon et.al.,(

1994 ) dalam Georgiou ( 2006 ), yang mengatakan bahawa kromosom yang ke-6 berkait

dengan masalah disleksia ini. Terdapat pula satu pandangan yang menafikan 50 peratus

masalah membaca disebabkan oleh keturunan oleh DeFries dan Gills ( 1993 ) dalam

Georgiou ( 2006 ).

3.2 Otak

Kajian mengenai perkara ini telah dilakukan kepada seseorang yang mengalami masalah

disleksia selepas mereka meninggal dunia. Ramai pengkaji yang menyatakan bahawa

Page 4: Tugasan disleksia

KBK3073 D20121058364

4

terdapat kelainan pada otak individu yang mengalami disleksia. Di dalam otak seseorang

yang mengalami masalah disleksia, didapati bahawa bahagian temporal bahasa di kedua-dua

belah otak adalah sama tanpa kelebihan normal pada sebelah kiri berbeza dengan orang biasa

yang tidak mengalami disleksia dimana bahagian kirinya adalah lebih besar daripada

bahagian kanan menurut Galaburda, Le May dan Kemper ( 1978 ) serta Geschwind dan

Levitsky, ( 1968 ). Tambahan lagi, ‘ketuat’ otak ( actopias ) diperhatikan sering berada pada

bahagian temporal bahasa. Kajian yang dijalankan seperti ini pada mulanya tidak diterima.

Namun setelah pembangunan teknologi yang semakin maju, dengan terciptanya mesin-

mesin atau alat seperti fMRI, PET-scan membolehkan kajian ini dilakukan kepada seseorang

yang mengalami disleksia semasa mereka masih hidup. Kajian turut menemui bahawa

terdapat tahap perbezaan pada proses fonologi pada individu disleksia berbanding orang

biasa.

3.3 Kesukaran proses penglihatan

Seseorang yang mengalami masalah disleksia mengalami perkembangan yang tidak

sepatutnya pada sistem magnocellular di bahagian otak mereka. Sistem ini berhubungan

dengan kemampuan untuk melihat benda yang bergerak, Lovegrove ( 1986 ) dan Livingstone

(1991 ) dalam Georgiou ( 2010 ). Hal ini seterusnya mengakibatkan objek yang dilihat oleh

mereka adalah lebih kecil. Keadaan ini menyebabkan proses membaca menjadi lebih sulit

kerana otak harus mengenali huruf-huruf secara cepat disamping memproses sejumlah

perkataan yang berbeza selaras dengan mata. Berdasarkan laporan bedah siasat kepada 5

orang individu disleksia menunjukkan berlaku kecacatan dan lebih 20 peratus kecil daripada

otak normal, Galaburda ( 1985 ) dalam Georgiou ( 2010 ).

Hipotesis tumpuan visual daripada Carbonnel, & Valdois ( 1998); Valdois, Bosse,

Carbonnel, Zorman, & David ( 2003 ) dalam Le Jan,G., Régine Le Bouquin-Jeannès,

Nathalie Costet, Nolwenn Trolès, Pascal Scalart, Dominique Pichancourt, Gérard Faucon dan

Jean-Emile Gombert ( 2010 ) menganggap bahawa defisit visual tumpuan juga terlibat dalam

disleksia dan mengurangkan jangka persepsi. Pemprosesan visual tumpuan boleh berfungsi

dengan betul dalam mengekstrak gambar dari perkataan dan memadankannya kepada

kategori abstrak yang disimpan di dalam memori leksikal. Defisit dalam pemprosesan visual

Page 5: Tugasan disleksia

KBK3073 D20121058364

5

tumpuan menyebabkan prestasi kelajuan dalam pemprosesan maklumat visual adalah lemah

menurut Le Jan et.al. ( 2010 ).

3.4 Kesukaran proses pendengaran

Menurut Le Jan et.al., ( 2010 ) auditori defisit adalah merupakan asas defisit persepsi

kategori dan ianya disokong dengan penemuan Tallal ( 1980 ). Sebagai hakikatnya, prestasi

kanak-kanak yang mengalami disleksia adalah lebih rendah daripada kawalan kanak-kanak

dalam tugas auditori seperti pemilihan arahan temporal dengan stimuli akustik. Walaupun

begitu, tugasan ini tidak mempunyai implikasi persepsi pertuturan yang mudah. Beberapa

kajian mengemukakan bahawa kanak-kanak yang mengalami disleksia dikategorikan kurang

kapasiti daripada pembaca purata dalam sudut cara mereka melihat perbezaan fonotik.

Pelbagai teori-teori ini membawa kepada kaedah diagnosis dan pelbagai rawatan yang boleh

mencukupi keseimbangan latihan dari Reynolds, Nicolson, & Hambly ( 2003 ), mata

stalemate dari Stein & Fawler, ( 1985 ); Stein, Richardson, & Fowler ( 2000) serta latihan

kesedaran fonologi dari McPhillips, Hepper, & Mulhern ( 2000 ) dalam Le Jan et. al., ( 2010

).

4.0 Punca – punca Masalah

Setiap masalah mempunyai faktor penyumbang mereka tersendiri, begitu juga dengan masalah

pembelajaran disleksia. Pelbagai faktor yang berkaitan dengan disleksia seperti keturunan,

pemakanan, bawaan, perkembangan dan lain-lain lagi. Berikut adalah merupakan punca-punca

masalah disleksia :

4.1 Keturunan

Keturunan adalah merupakan salah satu daripada faktor penyebab disleksia. Hal ini juga dapat

dibuktikan menurut Hallgren ( 1970 ) dalam Kassan dan Abdullah ( 2010 ). Melalui kajian beliau

ke atas 12 pasangan kembar monozygote dan mendapati kesemua 12 kes keluarga tersebut

menghadapi masalah dalam bacaan dan ejaan semasa zaman kanak-kanak. Hallgren mendapati

bahawa masalah disleksia banyak dihadapi oleh kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak

Page 6: Tugasan disleksia

KBK3073 D20121058364

6

perempuan dengan nisbah 2:1 dan beliau berpendapat, keadaan sedemikian berlaku disebabkan

oleh orang lelaki lebih banyak memikul tanggungjawab berbanding dengan orang perempuan.

Selain daripada itu, simpton disleksia juga dihadapi oleh keluarga yang menggunakan tangan

kidal. Perkara ini adalah berteraskan pendapat John Bradford ( 1999 ) dalam Kassan dan

Abdullah ( 2010 ) yang menyatakan bahawa orang tua yang disleksia tidak secara automatik

menurunkan gangguan ini kepada anak-anaknya atau anak kidal yang dikenalpasti disleksia

tetapi menjadi antara punca masalah disleksia. Berdasarkan penelitian yang dilakukan di

Amerika, 80 peratus daripada seluruh subjek yang diteliti mempunyai sejarah atau latar belakang

anggota keluarga yang mengalami masalah pembelajaran dan 60 peratus daripadanya adalah

kidal. Hal ini turut diakui oleh seorang ahli psikologi Amerika sekitar tahun 1920-an bernama

Orton yang mengemukakan perkara yang sama di mana kanak-kanak yang mengalami masalah

ini cenderung untuk menggunakan tangan kidal di dalam Pumfrey P. D. dan Reason R.( 1991 )

serta Orton S.T ( 1926 ).

4.2 Pemakanan

Berdasarkan beberapa penyelidikan, kajian dan penemuan terdapat beberapa unsur penyedap

makanan yang boleh mempengaruhi atau mengganggu fungsi otak dan seterusnya menyebabkan

masalah pembelajaran kerana bahan penyedap makanan tersebut terdapat pencemar atau racun.

Antaranya ialah 1. Salicylates yang boleh ditemui dalam buahan, sayuran, kacang, teh kopi bir

dan anggur serta ubat-ubatan, 2. Amines yang digunakan untuk memproses pemecahan protein

dan ditemui terkandung dalam keju, coklat, anggur, bir, tempe dan lain-lain lagi, 3. Bonzoates

yang boleh ditemui dalam buahan, sayuran, kacang, kopi dan lain-lain lagi. 4. Monosodium

glutamate(MSG) yang kini banyak terkandung dalam makanan segera seperti perencah, kicap,

maggi, keropok serta banyak lagi makanan segera, 5. Laktose yang sering terdapat di dalam susu

lembu serta 6. Glutamate yang banyak terdapat pada tomato, keju, cendawan, sos dan estrak

daging, Kassan dan Abdullah, ( 2010 ).

Page 7: Tugasan disleksia

KBK3073 D20121058364

7

4.3 Komplikasi otak

Menurut Learner, ( 1997 ) dalam Kassan dan Abdullah ( 2010 ), membaca memerlukan

kesempurnaan dari dua segi iaitu dari segi fungsi otak dan sistem saraf pusat. Sistem saraf otak

yang bermasalah boleh mengakibatkan proses pembelajaran bahasa terganggu manakala sistem

saraf otak yang bercelaru boleh menyebabkan masalah disleksia. Perkara ini turut disebut oleh

Hattum ( 1980 ) dalam Kassan dan Abdullah ( 2010 ). Dengan wujudnya perkembangan

teknologi terkini seperti CT Scan, para doktor dan pengkaji dapat melihat perbezaan sel-sel otak

kanak-kanak yang mengalami disleksia dengan kanak-kanak bukan mengalami disleksia dimana

berkaitan dengan otak bahagian kiri hadapan yang berkait dengan kemampuan membaca dan

menulis dalam Kassan dan Abdullah ( 2010 )

Terdapat juga faktor-faktor lain yang menjadi faktor penyebab masalah disleksia.. Faktor-faktor

lain yang menyebabkan masalah pembelajaran disleksia adalah seperti yang berikut:

4.4 Gangguan persepsi penglihatan

Kanak-kanak disleksia tidak mampu untuk mengenal huruf atau kata secara visual. Hal ini dapat

diperkukuhkan lagi apabila Kinsbourmen dan Warrington n.d. dalam Kassan dan Abdullah (

2010 ) menyatakan bahawa kanak-kanak yang mengalami disleksia mungkin mengalami

kesukaran dalam mentaksir ransangan, sehingga mereka tidak dapat mengikuti apa yang dilihat

menyebabkan kesemua yang dilihat itu bercampur-aduk.

4.5 Gangguan keterampilan pandangan visual-motor

Setiap apa yang dilihat pasti melibatkan pergerakan motor sama ada pergerakan motor halus

ataupun motor kasar seperti dalam konteks ini iaitu pergerakan mata atau pergerakan mata dan

jari pada masa yang sama. Pergerakan ini muncul apabila adanya dorongan atau ransangan atau

stimulus seperti huruf, kata, dan ayat serta keinginan pembaca untuk memberikan respons

terhadapa stimulus yang ada. Bagi individu yang mempunyai penglihatan yang baik, pergerakan

ketika membaca berpusat pada mata dan bagi individu yang mempunyai penglihatan yang

kurang baik pula, pergerakannya berpusat jari di dalam Kassan dan Abdullah ( 2010 ).

Page 8: Tugasan disleksia

KBK3073 D20121058364

8

4.6 Pengalaman pahit atau dasyat ketika kecil ( traumatik )

Pengalaman pahit atau pengalaman yang dasyat ketika kecil akan memberikan impak kepada

sesiapa sahaja tanpa mengira jantina mahupun perningkat umur. Pengalaman tersebut selalunya

akan meninggalkan impak yang negatif contohnya seperti trauma. Gangguan masa silam atau

pengalaman pahit boleh menyebabkan gangguan dan kecelaruan fikiran yang memungkinkan

berlakunya masalah disleksia, Kassan dan Abdullah ( 2010 ).

4.7 Kelahiran bayi pramatang

Kelahiran bayi pramatang ataupun bayi lahir tidak cukup bulan boleh menjadi salah satu

daripada faktor menghadapi disleksia. Hal ini kerana bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan

berisiko menghadapi berbagai-bagai masalah gangguan perkembangan seperti gangguan otak,

perkembangan psikomotor, perilaku, dan juga kesukaran belajar membaca. Hal ini ditekan oleh

Kavanagh dan Truss ( 1988 ) menerusi S. Cohen ( n.d ) di dalam Kassan dan Abdullah ( 2010 ).

4.8 Penyakit semasa kanak-kanak

Penyakit yang dialami oleh kanak-kanak dalam tempoh masa yang lama dan berterusan akan

mendatangkan impak yang negatif kepada kanak-kanak dari segi kesihatan dan perkembangan

mereka. Di antara contohnya adalah demam panas. Jika penyakit yang dialami oleh mereka

bertambah kronik, perkembangan kanak-kanak pada masa akan datang akan terjejas malahan

boleh menyebabkan gangguan dalam pembelajaran di dalam Kassan dan Abdullah ( 2010 ).

4.9 Kekurangan vitamin

Terdapat pelbagai jenis vitamin yang meninggalkan impak yang negatif sekiranya seseorang itu

pengambilan vitamin tersebut diambil secara berlebihan atau kurang. Contonya, jika seseorang

individu kekurangan vitamin A secara berterusan akan menyebabkan atau mengalami tunatera

atau menjadi buta. Manakala individu yang kekurangan vitamin C mudah diserang penyakit

selesema yang sekiranya dibiarkan berlarutan atau tidak dirawat dengan sempurna akan

menyebabkan radang pada hidung atau tenggorok penghidap. Individu yang kekurangan vitamin

B atau B kompleks akan mudah diserang penyakit, mudah lelah, perkembangan fizikal terganggu

Page 9: Tugasan disleksia

KBK3073 D20121058364

9

dan konsentrasi untuk berfikir menjadi kurang. Oleh itu, sekiranya penyakit-penyakit yang

mengganggu perkembangan fizikal menjangkiti perkembangan organ otak maka risiko individu

mengalami disleksia adalah sangat tinggi menurut Kassan dan Abdullah ( 2010 ).

4.10 Jangkitan kuman ketika ibu hamil

Ibu hamil yang dijangkiti kuman berbahaya adalah sangat berisiko tinggi terhadap kelahiran

tidak normal atau melahirkan anak yang tidak cukup sifat. Contohnya adalah seperti jangkitan

rubella, sifilis dan tuberkulosis yang boleh mengakibatkan janin mengalami kecederaan atau

kecacatan otak. Sekiranya hal ini berlaku, bayi yang dilahirkan mungkin akan mengalami

simptom kesukaran belajar termasuk kesukaran membaca ketika mencapai umur yang berkenaan

menurut Kassan dan Abdullah ( 2010 ).

4.11 Keturunan atau baka

Ramai para pengkaji yang setuju mengenai kesukaran membaca banyak diungguli oleh faktor

genetik dan faktor baka. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Hallgren dan Herrman bahawa

kesukaran membaca berpunca daripada keturunan, generasi atau keluarga yang mengalami

disleksia, Kassan dan Abdullah ( 2010 ).

5.0 Ciri – ciri Perkembangan Fizikal, Kognitif dan Sosial dan Emosi

5.1 Perkembangan Fizikal

Kanak-kanak disleksia selalunya mempunyai fizikal yang sempurna seperti kanak-kanak biasa

namun hanya berbeza pada pembelajaran mereka. Di dalam Reid ( 2005 ), kanak-kanak yang

mempunyai masalah pembelajaran disleksia ini mempunyai masalah untuk membaca seperti

kefasihan membaca. Selain daripada itu, kanak-kanak ini juga turut mempunyai masalah dalam

mengeja kerana merka sukar untuk mengingati, berlakunya kesalahan fonologi, perkataan atau

huruf yang tidak mengikut urutan serta keliru mengenai huruf vokal. Dari segi, penulisan kanak-

kanak ini turut bermasalah, di mana mereka sukar untuk mengenal serta memperkembangkan

Page 10: Tugasan disleksia

KBK3073 D20121058364

10

kunci penting yang secara lebih tepat bermaksud tulisan mereka berselerak serta kurang kemas.

Kanak-kanak ini tidak mempunyai cara penulisan yang konsisten. Huruf besar dan kecil

kadangkala bercampur-aduk yang tidak mengikut peraturan penulisan yang sebenar. Kanak-

kanak ini juga mempunyai masalah untuk mengorganisasi sesuatu hal. Contohnya adalah seperti

lemah untuk membuat jadual atau barangan yang diperlukan untuk belajar. Dalam Farrell ( 2006

), turut menyebut bahawa kanak-kanak disleksia ini keliru mengenal huruf yang mempunyai

bentuk atau maksud yang sama. Contohnya bentuk huruf ‘u’ dan huruf ‘n’ serta perkataan ‘bas’

dan ‘bus’, masing-masing dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang mempunyai maksud

yang sama.

5.2 Perkembangan Kognitif

Lemah pengamatan, kesukaran dalam mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan

baru adalah merupakan di antara masalah yang berkaitan dengan perkembangan kognitif

seseorang kanak-kanak yang menghadapi masalah disleksia. Kanak-kanak ini lemah terutamanya

untuk memberikan tumpuan, perhatian, ingatan dan pemikiran atau pengolahan semasa belajar.

Terdapat dua jenis masalah pengamatan yang utama iaitu kelemahan pengamatan penglihatan

serta kelemahan pengamatan pendengaran. Penerangan mengenai masalah ini terdapat dalam

punca-punca masalah 4.4 serta 4.5 dalam Kassan dan Abdullah ( 2010 ).

5.3 Perkembangan Sosial dan Emosi

Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran ini lazimnya tidak mempunyai keyakinan

apabila berhadapan dengan kanak-kanak biasa. walaupun pada peringkat pelajaran yang sama

mereka sering diketepikan oleh murid-murid yang lain. Hal ini berlaku disebabkan mereka tidak

berupaya untuk mengetahui kenapa dan bagaimana untuk menjalin serta mengekalkan sesuatu

perhubungan. Disebabkan oleh masalah itu, kanak-kanak ini selalunya bersifat terlalu rendah diri

yang seterusnya boleh menyebabkan mereka bertingkah laku negatif derta menyakiti orang lain,

Kassan dan Abdullah ( 2010 ).

Page 11: Tugasan disleksia

KBK3073 D20121058364

11

6.0 Langkah-langkah Pencegahan

Disleksia adalah merupakan satu masalah pembelajaran yang boleh dicegah, namun ia bukanlah

satu penyakit yang perlu diubati. Oleh itu, pelbagai langkah pencegahan boleh diambil untuk

mengurangkan masalah kanak-kanak yang menghadapi masalah disleksia. Pelbagai peringkat

masyarakat boleh membantu kanak-kanak ini untuk keluar daripada kepompong masalah

pembelajaran yang boleh menyebabkan mereka kadang kala terasing dari dunia kanak-kanak

dalam aliran perdana. Ibubapa, guru-guru, pakar-pakar dan rakan-rakan mempunyai peranan

masing-masing dalam membantu kanak-kanak ini. Di antara langkah yang boleh diambil ialah :

6.1 Pencegahan awal atau intervensi awal

Dalam Harwell dan Jackson ( 2008 ), perkhidmatan Pendidikan Khas diberikan kepada setiap

yang layak sejak daripada lahir lagi. Penaksiran daripada nurseri atau mna-mana pihak kesihatan

menekankan kepada pemerhatian, soal selidik kepada ibubapa dan pendapat daripada kumpulan

multidisiplin yang selalunya melibatkan pakar patologi pertuturan, jurupulih fizikal dan pakar

psikologi atau pakar khusus perkembangan. Selepas layak, Rancangan Pendidikan Individu ( RPI

) akan dibentuk. Dokumen ini akan mengutamakan hal-hal berkaitan keluarga atau sejarah

keluarga. Pendekatan ini digunakan pelbagai variasi persekitaran sama ada di rumah mahupun di

pusat tersebut.

6.2 Intervensi berkaitan permasalahan fonologi

Dalam Lyster ( 1998 ), keberkesanan terhadap penggunaan latihan fonologi sahaja adalah kurang

berjaya jika mahu dibandingkan dengan penggunaan latihan fonolgi bersama dengan huruf dan /

atau arahan bacaan, Bradley dan Bryant, ( 1983 ); Hatcher, Hulme dan Ellis, ( 1994 ). Hagtvet

(1989) mendapati bahawa permainan Metalinguistik di pra-sekolah mempunyai kesan yang baik

terhadap pembangunan membaca dan ejaan. Torgesen dan Davis (1996) melaporkan satu kajian

menunjukkan bahawa sejumlah besar kanak-kanak menunjukkan sedikit pertumbuhan dalam

tahap kesedaran linguistik yang jelas sebagai hasil usaha latihan Metalinguistik. Kanak-kanak

yang terlibat dengan kajian yang berada pada tahap lemah disebabkan kelemahan kebolehan

lisan kemahiran ejaan dan bukan berpunca daripada kelemahan latihan Metalinguistik. Lundberg,

Frost dan Petersen ( 1988 ) mendapati bahawa hanya 6% daripada kanak-kanak dalam kumpulan

eksperimen, berbanding dengan 37% dalam kumpulan sasaran, menunjukkan tidak ada

Page 12: Tugasan disleksia

KBK3073 D20121058364

12

keupayaan segmentasi fonemis selepas menajalani latihan. Walaupun begitu, terdapat

kebolehubahan mencapai kejayaan kanak-kanak untuk rawatan seperti analisis lengkung

pertumbuhan, sepertimana yang dibentangkan oleh Torgesen dan Davis ( 1996), yang mungkin

memberikan kita pemahaman yang lebih baik individu perbezaan ditemui dalam kumpulan

rendah pencapaian pembaca dan ejaan.

6.3 Terapi

Di dalam Kassan dan Abdullah ( 2010 ) ada menyentuh mengenai terapi. Terapi adalah

merupakan rawatan sesuatu penyakit fizikal atau mental secara proses pemulihan tanpa

penggunaan ubat atau pembedahan. Ibubapa yang menyedari anak-anak mereka mengalami

gangguan disleksia, seharusnya menghantar anak mereka menjalani terapi seawal yang mungkin.

Ibubapa juga boleh mengambil pendekatan sendiri dengan menggalakkan anak-anak untuk terus

belajar kerana kanak-kanak yang mengalami disleksia sebenarnya adalah kanak-kanak yang

pintar jika diberikan peluang dan bimbingan yang betul.

6.4 Pemerhatian tahap perkembangan

Kanak-kanak normal tidak mempunyai masalah perkembangan seperti kanak-kanak

berkeperluan khas seperti masalah pembelajaran disleksia ini. Contohnya, pada umur 12 bulan,

seorang bayi tersebut masih tidak boleh untuk mengambil sesuatu menggunakan jari dan hujung

jari telapak. Oleh itu, kanak-kanak atau bayi tersebut mempunyai masalah perkembangan dari

segi perkembangan motor halus yang merupakan salah satu ciri kanak-kanak yang menghadapi

masalah disleksia. Untuk mencegah kanak-kanak tersebut daripada terlibat dengan masalah

pembelajaran disleksia, ibubapa atau penjaga perlu merujuk pada pengamal perubatan yang

berdaftar dan sah untuk pemeriksaan rapi. Kanak-kanak tersebut akan melalui beberapa ujian

yang tertentu. Tetapi sekiranya masih belum berlaku perubahan selepas intervensi tertentu,

kanak-kanak tersebut perlu dirujuk kepada doktor pakar untuk pemeriksaan atau intervensi

seterusnya seperti mana yang disarankan dalam Kassan dan Abdullah ( 2010 ).

Page 13: Tugasan disleksia

KBK3073 D20121058364

13

6.5 Penjagaan kesihatan

Merujuk kepada Kassan dan Abdullah ( 2010 ), penjagaan kesihatan adalah penting kerana

kesihatan yang terjejas boleh menyebabkan berlakunya masalah-masalah sampingan sebagai

contoh masalah disleksia ini sendiri. Jangkitan kuman daripada ibu ketika hamil serta kurang

pengambilan asid folik menyebabkan janin akan mengalami kecederaan atau kecacatan. Oleh itu,

wanita yang sedang hamil sendiri haruslah mula menjaga kesihatan untuk mencegah daripada

melahirkan anak yang menghadapi masalah seperti disleksia. Pengambilan asid folik yang

mencukupi serta vitamin serta diet makanan yang mempunyai nutrisi yang secukupnya dapat

meminimumkan masalah ini.

Penjagaan dari segi pengambilan makanan segera semasa kanak-kanak juga harus dititik

beratkan oleh ibubapa ataupun penjaga. Seperti yang faktor 4.2, senarai makanan yang

mengandungi bahan tersebut hendaklah dielakkan. Ibubapa harus mendidik anak-anak untuk

gemar memakan makanan berkhasiat seperti sayuran, buahan dan juga ulaman sedari mereka

masih kecil.

7.0 Kesimpulan

Berdasarkan segala rujukan yang telah dibuat, dengan ini dapat kita simpulkan bahawa kanak-

kanak yang mengalami masalah disleksia ini mempunyai masalah untuk mengikuti pelajaran

serta lemah dalam penguasaan kemahiran menbaca, mengira dan menulis ( 3M ). Kanak-kanak

ini boleh berjaya sekiranya diberikan bimbingan dan galakan yang betul supaya mereka turut

boleh berjaya seperti kanak-kanak normal yang lain. Hal ini bukan hanya sekadar cadangan

mahupun nasihat tetapi dapat dibuktikan bahawa tokoh seperti Lee Kwan Yew yang merupakan

seorang Menteri Singapura dan Albert Einstein iaitu seorang tokoh sains yang dikagumi yang

dahulunya juga pernah mengalami masalah pembelajaran disleksia tetapi masih boleh berjaya.

Sekiranya mereka boleh berjaya, kanak-kanak ini turut boleh berjaya.

Dalam usaha untuk membantu, pelbagai perkara telah diterangkan, langkah-langkah

pencegahan turut disertai seperti pencegahan awal atau intervensi awal, intervensi berkaitan

permasalahan fonologi, terapi, pemerhatian tahap perkembangan dan penjagaan kesihatan. Setiap

Page 14: Tugasan disleksia

KBK3073 D20121058364

14

lapisan masyarakat dapat membantu mengcegah serta mengatasi masalah ini. Sekiranya ibubapa

malu untuk mendedahkan anak-anak mereka untuk berada di kawasan sekolah, terdapat pusat-

pusat pemulihan dalam komuniti ( PDK ) yang disediakan berdekatan dengan kawasan tempat

tinggal hampir di setiap daerah dalam sesebuah negeri. Di sana terdapat pelatih yang terlatih

yang dapat membantu anak-anak untuk belajar. Pelbagai perkhidmatan disediakan kerana setiap

kanak-kanak mempunyai hak untuk belajar dan hak mereka sudah termaktub di dalam Individual

with Disabilities Educational Act ( IDEA ) yang merupakan perundangan pendidikan yang

dijadikan rujukan di seluruh dunia.

Dengan terhasilnya tugasan ini, diharapkan ia boleh menjadi rujukan pelbagai pihak

dalam usaha untuk menangani masalah disleksia. Segala informasi diharapkan berguna pada

masa akan datang terutamanya sebagai panduan umum kepada masyarakat serta dapat

memahami secara jelas mengenai definisi disleksia, etiologi mengenai disleksia, ciri-ciri

perkembangan fizikal, kognitif, serta sosial dan emosi, faktor-faktor penyebab disleksia serta

langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil.

8.0 Rujukan

1. Bradley, L. and Bryant, P. (1983). Categorizing sounds and learning to read—a causal

connection. Nature, 301, 419–421.

2. Farrell, M. (2006). Dyslexia and Other Specific Learning Difficulties. New York:

Routledge.

3. Georgiou, A. M. (2010). Dyslexia : Ethiology-Characteristics-Assessment from The View

of The Clinical Speech and Language Practice.

4. Georgiou, A. M. (2010). Ethiology-Characteristics-Assessment from the view of the

clinical speech and language practice. Dyslexia , 23-31.

5. Galaburda, A. M, Le May, M., Kemper, T. L., and Geschwind, N. ( 1978 ). Right-Left

asymnmetries of the brain. Science, 199, 852-856.

6. Geschwind, N., and Levitsky, W. ( 1968 ). Human brain: left-right asymmetries in

temporal speech region, Science, 161, 186-189.

Page 15: Tugasan disleksia

KBK3073 D20121058364

15

7. Hagtvet, B.E. (1989). Emergent literacy in Norwegian 6-years olds. From pretend writing

to phonemic awareness and invented writing. In F. Biglmaier (Ed.), Reading at the

Crossroads,pp. 163–179.

8. Hatcher, P., Hulme, C. and Ellis, A. (1994). Ameliorating early reading by integrating the

teaching of reading and phonological skills: the phonological linkage hypothesis. Child

Development, 65, 41–57.

9. Harwell M.J. dan Jackson R. W. (2008). The Complete Learning Disabilities Handbook,

Third Edition. United State, America: Jossey-Bass.

10. Humfrey, P.D. dan Reason, R. (2010). Specific Learning Difficulties.

11. Humfrey, P.D. dan Reason, R. (1991). Specific Learning Difficulties ( Dyslexia ).

London: Routledge.

12. Kassan, Z. dan Abdullah, S. (2010). Pendidikan Disleksia. Selangor: Penerbitan

Multimedia.

13. Le Jan,G., Régine Le Bouquin-Jeannès, Nathalie Costet, Nolwenn Trolès, Pascal Scalart,

Dominique Pichancourt, Gérard Faucon and Jean-Emile Gombert. (2010). Multivariate

predictive model for dyslexia diagnosis. Ann. of Dyslexia (2011).

14. Lyster, S.-A. H. (1998). Preventing reading failure : A following-up study. Dyslexia 4,

132-144.

15. Lundberg, I., Olofsson, C. and Wall, S. (1980). Reading and spelling skills in the first

school years predicted from phonemic awareness skills in kindergarten. Scandinavian

Journal of Psychology, 21, 159–173.

16. Ott, P. (2006). Teaching Children with Dyslexia. New York: Routledge.

17. Orton S.T ( 1926 ). Genetic psychology monographs: Reading disability, 14, 335-453.

18. Reid, G. (2005). Dyslexia. New York.

19. Riddick, B. (2010). Living with Dyslexia, Second Edition. Abingdon, Oxon: Routlegde.

Page 16: Tugasan disleksia

KBK3073 D20121058364

16

20. Tallal, P. (1980). Auditory temporal perception, phonics, and reading disabilities in

children. Brain Language, 9, 182–198

21. Torgesen, J.K. and Davis, C. (1996). Individual difference variables that predict response

to training in phonological awareness. Journal of Experimental Child Psychology, 63, 1–

21.

22. Tun Hussein, S.H. ( 2004 ). Persidangan Nasional Pendidikan Khas A’Famosa. Melaka.