tugasan aminuddin baki

16
HNS 2013 D20121058364 1 1.0 PENDAHULUAN Aminuddin bin Baki adalah seorang insan yang cukup istimewa dalam kalangan warga pendidik di Malaysia. Beliau meninggal dunia lebih 40 tahun lamanya tetapi jiwa pendidik yang dimiliki oleh Aminuddin Baki dikatakan telah mengalir secara berterusan kepada guru-guru di negara ini. Ketokohan dan kegigihan Aminuddin Baki dalam memperjuangkan nasib pelajar-pelajar Melayu dari segi pelajaran dan meningkatkan martabat bangsa Melayu sendiri amat dikagumi. Aminuddin adalah tokoh yang terkenal dengan perjuangannya dalam pertubuhan GPMS. Perjuangan beliau dianggap sebagai ‘vanguard’ iaitu pelapor dalam membangkitkan semangat perjuangan anak-anak Melayu dalam bidang pelajaran. Niat murni Aminuddin Baki telah melahirkan satu semangat yang tinggi kepada pelajar-pelajar Melayu untuk berjaya dan meningkatkan status bangsa Melayu. Bagi golongan pendidik, Aminuddin Baki dianggap sebagai Bapa Pemodenan Pelajaran kerana cetusan idea- idea beliau yang telah menyumbang sehingga merintis kepada lahirnya ‘Dasar Pelajaran Kebangsaan’ di Malaysia. Sebagai seorang pendidik dan pentadbir, Aminuddin telah banyak berjasa kepada bangsa dan Negara terutamanya kepada bangsa Melayu. Tidak salah jikalau beliau diiktiraf sebagai ‘Arkitek Pendidikan Negara’ bagi mengenang segala sumbangan yang pernah dilakukan.

Upload: nur-kareena

Post on 22-Jun-2015

3.950 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Aminuddin Baki

HNS 2013 D20121058364

1

1.0 PENDAHULUAN

Aminuddin bin Baki adalah seorang insan yang cukup istimewa dalam kalangan

warga pendidik di Malaysia. Beliau meninggal dunia lebih 40 tahun lamanya tetapi

jiwa pendidik yang dimiliki oleh Aminuddin Baki dikatakan telah mengalir secara

berterusan kepada guru-guru di negara ini. Ketokohan dan kegigihan Aminuddin

Baki dalam memperjuangkan nasib pelajar-pelajar Melayu dari segi pelajaran dan

meningkatkan martabat bangsa Melayu sendiri amat dikagumi. Aminuddin adalah

tokoh yang terkenal dengan perjuangannya dalam pertubuhan GPMS. Perjuangan

beliau dianggap sebagai ‘vanguard’ iaitu pelapor dalam membangkitkan semangat

perjuangan anak-anak Melayu dalam bidang pelajaran. Niat murni Aminuddin Baki

telah melahirkan satu semangat yang tinggi kepada pelajar-pelajar Melayu untuk

berjaya dan meningkatkan status bangsa Melayu. Bagi golongan pendidik,

Aminuddin Baki dianggap sebagai Bapa Pemodenan Pelajaran kerana cetusan idea-

idea beliau yang telah menyumbang sehingga merintis kepada lahirnya ‘Dasar

Pelajaran Kebangsaan’ di Malaysia. Sebagai seorang pendidik dan pentadbir,

Aminuddin telah banyak berjasa kepada bangsa dan Negara terutamanya kepada

bangsa Melayu. Tidak salah jikalau beliau diiktiraf sebagai ‘Arkitek Pendidikan

Negara’ bagi mengenang segala sumbangan yang pernah dilakukan.

Page 2: Tugasan Aminuddin Baki

HNS 2013 D20121058364

2

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 PENDIDIKAN

Pada tanggal 26 Januari 1926 merupakan tarikh yang bersejarah bagi sebuah

keluarga dan juga kepada negara Malaysia kerana pada tarikh ini telah lahir seorang

tokoh yang kini dikenali serta dikagumi oleh segenap lapisan masyarakat iaitu

Aminuddin Baki. Pada hari tersebut lahirlah seorang putera Melayu yang

bersemangat waja di dunia ini. Beliau bukan sahaja menjadi kebanggaan kepada

keluarga malah seluruh masyarakat.

Aminuddin Baki mula mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu

Chemor. Beliau menjadi penuntut di sekolah tersebut dari tahun 1932 sehingga

1936. Beliau telah tamat darjah lima sekolah ini. setelah menamatkan pelajaran

rendahnya, beliau meneruskan pelajaran menengahnya di Sekolah Anderson, Ipoh

dari tahun 1936 sehingga 1941. Pada bulan Oktober tahun 1945 sehingga 1946,

beliau melanjutkan pelajaran menengah atasnya sehingga lulus dalam Sjil

Persekolahan (School Certificates).

Kesedaran beliau terhadap pentingnya ilmu pengetahuan terutamanya dalam

bidang pelajaran dan sikap tidak acuh pihak penjajah terhadap pelajaran anak-anak

melayu sehingga menyebabkan kemunduran melamapau telah memberikan

implikasi yang tidak menyenangkan kepada Aminuddin Baki. Demi untuk

memperjuangkan hak pelajar-pelajar Melayu, Aminuddin Baki turut menyuarakan

kekecewaan dan ketidakpuasan hatinya beserta pelajar-pelajar Melayu yang lain.

Penglibatan beliau secara aktif boleh dilihat semasa beliau menuntut di

tingkatan menengah atas. Beliau mula mengikuti perkembangan demi

perkembangan berbagai-bagai aktiviti yang dijalankan oleh pertubuhan-pertubuhan

pelajar di seluruh Semenanjung. Pertubuhan-pertubuhan persatuan pelajar-pelajar

ini sangat menarik minat beliau sehingga beliau melibatkan diri dalam beberapa

pertubuhan pelajar seperti Persatuan Penuntut-penuntut melayu Victoria Institution.

Kesibukan beliau dalam berpersatuan tidak menghalang pelajaran beliau,

malahan semangat untuk terus maju begitu membara sekali. Jalan untuk menuju ke

mercu kejayaan terbuka luas untuknya. Kejayaan demi kejayaan dicapainya dengan

cemerlang dalam semua peperiksaan yang didudukinya. Berikutan dengan itu,

Page 3: Tugasan Aminuddin Baki

HNS 2013 D20121058364

3

beliau telah diterima sebagai salah seorang pelajar di Kolej Raffles pada bulan

Oktober 1947.

Aminuddin Baki telah melanjutkan pelajaran beliau setelah dilantik sebagai

Yang Dipertua GPMS kerana kesedaran beliau bahawa untuk membolehkan dirinya

membela anak bangsa melalui pelajaran, beliau sendiri mesti mempunyai pelajaran

dan pendidikan yang tinggi. Justeru itu, beliau telah memilih lapangan perguruan

dan pendidikan. Minat beliau bukanlah berlaku secara tidak dirancang tetapi

memang menjadi cita-cita beliau semenjak beliau menjadi siswa di Universiti Malaya

Singapura lagi.

Jika diperhatikan sejarah alam pendidikan beliau, tempoh tersebut merupakan

jangka masa di mana beliau menjadi penuntut di Universiti Malaya Singapura. Hasil

daripada usaha beliau yang gigih dan tekun itu, beliau telah lulus serta

dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sastera pada 8 Julai 1950 oleh pihak Universiti

Malaya. Pada 14 Julai 1951, beliau memperolehi pula Ijazah Sarjana Muda Sastera

dengan kepujian dari universiti yang sama. Menjadi seorang siswa tidak

menghalang beliau untuk melibatkan diri dari menyertai aktiviti-aktiviti lain.

Disebabkan minat beliau yang begitu mendalam dalam dunia pendidikan,

setelah tamat tempoh perkhidmatan beliau di Sekolah Inggeris Sultan Yusuf,

Aminuddin Baki ingin mendalami dan meneruskan pengajian beliau dalam bidang

ilmu pendidikan ke luar negeri pula. Melalui ilmu inilah beliau berharap akan dapat

mencurahkannya kepada anak bangsa yang memerlukan bimbingan dari beliau.

Di atas keazaman beliau itu, beliau telah berangkat ke London pada bulan

Oktober 1952 dan menjadi siswa di Institut Pendidkan di Universiti London. Beliau

ke sana dengan mendapat biasiswa dari Queen’s Scholarship. Pada bulan Julai

1953, Aminuddin telah ditauliahkan Postgraduate Certificate of Education oleh

Universiti London.

Page 4: Tugasan Aminuddin Baki

HNS 2013 D20121058364

4

2.2 KERJAYA

Bak kata pepatah Melayu, ‘sambil menyelam minum air’. Inilah apa yang dilakukan

oleh Aminuddin Baki. Pepatah Melayu ini dipegang kukuh oleh beliau. Keupayaan

beliau dapat melaksanakan pelbagai perkara amatlah dipandang tinggi oleh

masyarakat. Perkara ini boleh dikaitkan dengan peribadi beliau yang bekerja keras

dalam melaksanakan tugas dalam persatuan, pendidik dan juga pelajar. Agak

mustahil bagi seseorang untuk melakukan hal yang sedemikian tetapi tidak bagi

beliau.

Karier beliau dalam bidang pendidikan meningkat setapak demi setapak.

Kecemerlangan yang ditunjuk-tunjuk oleh beliau dalam bidang pendidikan telah

menaikkan nama beliau. Beliau pernah menjadi guru di Anglo-Malay Evening

School Singapura di antara bulan Januari 1949 hingga Mac 1951. Aminuddin juga

terlibat dalam beberapa kegiatan perancangan masa hadapan pendidikan di negara

ini. Pada tahun 1951, beliau telah dilantik menjadi salah seorang ahli di dalam

Jawatankuasa Barnes.

Setelah menamatkan pelajaran beliau dari Universiti Malaya Singapura,

Aminuddin berkhidmat sebagai guru di sebuah sekolah yang terkenal di negeri

Perak. Beliau bertugas untuk dua buah sekolah iaitu Sekolah Inggeris Sultan Yusuf

di Batu Gajah dan Sekolah Menengah Anderson, Ipoh pada bulan September 1951

sehingga Julai 1952.

Cita-cita beliau untuk menghambakan diri di bidang pendidikan dan berbakti

kepada masyarakat terserlah apabila beliau telah diamanahkan sebagai orang

terpenting dalam menyusun dan merombak pendidikan di negara ini. Beliau telah

dilantik sebagai Ketua Penasihat Pelajaran. Dalam melaksanakan tugas dan

tanggungjawab beliau, Aminuddin tidak mengira kedudukan dan pangkat seseorang.

Sebagai penyelidik dan perancang pelajaran, beliau menjadi ahli

Jawatankuasa Merancang Pelajaran Tinggi, Jawatankuasa Pelajaran Aneka Jurusan

dan beberapa badan lain yang berhubung rapat dengan pendidikan. Beliau telah

dianggap sebagai perancang pelajaran yang berjaya bagi rantau ini. Pengiktirafan

tersebut telah diberikan oleh pihak UNESCO. Khidmat dan jasa bakti beliau di

dalam beberapa bidang pelajaran. Beliau pernah dilantik menjadi Ketua Pelajaran

Page 5: Tugasan Aminuddin Baki

HNS 2013 D20121058364

5

Negeri Sembilan dan kemudiannya sebagai Pegawai Kanan Pelajaran Negeri

Selangor.

Aminuddin pernah mengganggotai satu jawatankuasa yang dikenali sebagai

Jawatankuasa Menyiasat Kelemahan Murid-murid Melayu yang memasuki sekolah

menengah. Beliau sendiri menjadi Pengerusi Jawatankuasa ini. Di bidang bahasa,

Aminuddin Baki menjadi ahli Jawatankuasa Ejaan-Melayu Indonesia (Malindo), ahli

Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai Pengerusi Dewan

Kebudayaan Tanah Melayu. Beliau juga berkhidmat sebagai anggota Suruhanjaya

Fullbright.

Berdasarkan pengalaman dan kelulusan yang diperolehinya dari Insitute of

Education, University of London, Aminuddin telah dinaikkan pangkat sebagai

seorang pensyarah. Beliau telah dihantar untuk berkhidmat di Maktab Perguruan

Sultan Idris (MPSI), Tanjong Malim, Perak pada 17 September 1953. Kegiatan dan

tindakan yang dilakukan semasa menjadi pensyarah di maktab itu terutamanya di

sekitar tahun-tahun 1955 sehingga 1956 merupakan nadi kepada pergerakan pelajar

dalam berpersatuan.

Page 6: Tugasan Aminuddin Baki

HNS 2013 D20121058364

6

3.0 SUMBANGAN

3.1 PERSATUAN

Pada bulan Mac 1946, satu jawatankuasa sementara telah dibentuk bertujuan untuk

mengendalikan perjumpaan mengenai perkara untuk menyatupadukan pelajar-

pelajar Melayu dan Aminuddin telah dilantik sebagai setiausaha. Beberapa buah

persatuan pelajar Melayu turut memberikan sokongan kuat. Di antaranya ialah

Kesatuan Persuratan Pelajar-pelajar Melayu Selangor dan Persatuan Penuntut-

penuntut Islam Maktab Teknik.

Walaupun sangat sibuk dengan tugas beliau sebagai setiausaha sementara

Persatuan Pelajar-pelajar Melayu, namun sebagai anak jati di negeri Perak,

Aminuddin Baki sangat mengambil berat tentang perkembangan yang berlaku di

sana. Memandangkan negeri Perak pada ketika itu, tidak mempunyai sebarang

pertubuhan pelajar yang dapat bergerak untuk melindungi kepentingan pelajar

Melayu, maka timbullah hasrat Aminuddin untuk menubuhkan persatuan pelajar-

pelajar Melayu negeri Perak.

Di atas keinsafan yang sama dan juga inisiatif beliau bersama dengan

beberapa orang pelajar Melayu Perak, mereka menubuhkan Persatuan Pelajar-

pelajar Melayu Insaf ataupun nama singkatannya PERMI pada bulan April 1946.

Langkah tersebut diperluaskan lagi dengan menubuhkan beberapa cawangan di

Ipoh, Telok Anderson (Teluk Intan) dan Kuala Kangsar.

3.2 GAGASAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS)

Kesedaran tentang kekurangan pelajar Melayu melanjutkan pelajaran mereka di

pusat-pusat pengajian tinggi makin ketara dan sungguh dirasakan oleh Aminuddin.

Beliau mendapati pelajar-pelajar Bumiputera di sekolah-sekolah dan institusi

pengajian pada masa itu semakin kritis terhadap perkembangan tersebut.

Walaupun bilangan mereka agak sedikit pada masa itu, kesedaran memperjuangkan

hak, memaksa mereka beritndak untuk bersatu. Melalui satu gabungan yang padu

sahajalah mereka dapat berjuang bertindak untuk melakukan sesuatu.

Page 7: Tugasan Aminuddin Baki

HNS 2013 D20121058364

7

Setelah masyarakat Melayu berjaya menggagalkan rancangan Malayan

Union, semangat orang-orang Melayu semakin bergelora. Perpaduan di kalangan

mereka lebih kukuh. Pelajar-pelajar Melayu yang sudah bertambah bilangannya

sekarang ini turut merasakan perasaan dan sikap tersebut. Perpaduan dan

persefahaman ‘bapa-bapa’ mereka menggabungkan diri dalam sebuah organisasi

(UMNO) ‘menjadi satu pengajaran’ kepada mereka untuk bertindak mengikut garis-

garis yang sama. Di atas kesedaran tersebutlah GPMS ditubuhkan pada 1948.

Sehingga 2 Ogos 1948, Aminuddin telah menerima penyertaan yang

menggalakkan daripada pertubuhan-pertubuhan pelajar di negara ini. Sambutan

yang diberikan itu merupakan satu penghormatan yang amat besar ertinya bagi diri

Aminuddin sebagai setiausaha sementara dan ahli jawatankuasa sementara

Persatuan Pelajar-pelajar Melayu. Di antara pertubuhan-pertubuhan pelajar yang

ingin menyertai perjumpaan tersebut ialah PERMI, KPPMS, KPPMP, Persatuan

Penuntut Melayu Kolej Raffles dan Kolej Perubatan, Penuntut Melayu Maktab

Perguruan Sultan Idris, Lembaga Persuratan Penuntut-penuntut Melayu Melaka dan

Penuntut Sekolah Inggeris Kerajaan, Segamat, Johor.

Penubuhan GPMS mendapat sambutan hangat bukan sahaja di kalangan

generasi muda malahan di sokong penuh oleh generasi tua, media massa dan

bangsa lain. Reaksi golongan masyarakat ini dapat dilihat dari beberapa ucapan.

Ismail Majid di dalam ucapannya sebagai salah seorang ahli jawatankuasa

sementara menyatakan bahawa perhimpunan persatuan pelajar-pelajar ini

merupakan langkah ‘pembuka mata Melayu’ (MAJLIS, 1946).

Pada tahun 1950, pelajar-pelajar yang menyertai GPMS sebulat suara telah

memilih Aminuddin Baki sebagai Yang Dipertua GPMS yang baru. Disebabkan

semangat beliau yang membara terhadap dunia pendidikan maka beliau telah

melanjutkan pelajaran ke London dan setelah sekembalinya beliau daripada London,

beliau telah memegang jawatan Yang Dipertua GPMS untuk kali yang keduanya.

Walaupun tidak mempunyai masa yang banyak untuk memberikan perhatian yang

sepenuhnya terhadap GPMS, tetapi beliau telah menjadi penasihat GPMS. Beliau

menjadi penasihat GPMS sehingga akhir hayatnya.

Page 8: Tugasan Aminuddin Baki

HNS 2013 D20121058364

8

3.3 MAKTAB PERGURUAN SULTAN IDRIS

Aminuddin Baki adalah seorang tokoh pendidikan yang berjiwa besar, penyabar, dan

seorang pemimpin yang punya kesedaran tinggi. Kesedaran inilah yang telah

menjadikan beliau sebagai seorang pemikir, perenung dan pendidik bangsa Melayu.

Sifat beliau akan bertukar daripada seorang yang tenang dan sabar kepada seorang

sugul dan berdukacita apabila mengenangkan nasib bangsanya yang semakin

tergugat pada masa itu dan disebabkan itulah beliau berjuang sebagai seorang

pendidik anak bangsa.

Kehadiran Aminuddin Baki di MPSI semakin menebalkan semangat beliau

cintakan bangsa dan tanah air. MPSI memang terkenal sebagai pusat pendidikan

yang berjaya menimbulkan kesedaran kebangsaan di kalangan masyarakat Melayu.

Di maktab inilah lahirnya pejuang-pejuang kebangsaan dan tokoh-tokoh politik dan

sasterawan Melayu seperti Ibrahim Yaakob, Abdul Rahman Talib, Abdur Ghafar

Baba, Harun Aminurrasshid dan ramai lagi.

Di sinilah juga beliau mencurahkan ilmu pengetahuan yang telah

diperolehinya kepada bakal-bakal guru yang bakal mendidik anak bangsa di desa

dan di kota. Beliau telah memperkenalkan satu kaedah pengajaran moden yang

lebih berkesan dan menitikberatkan standardisasi Bahasa Melayu. Perubahan

tersebut adalah perlu kerana memandangkan Bahasa Melayu akan berkembang

menjadi bahasa moden dan juga perkembangan pelajar-pelajar ketika itu.

Semasa bertugas di maktab ini, beliau telah memberikan beberapa bimbingan

yang berguna kepada penuntut-penuntut disini. Beliau mencurahkan tenaganya di

dalam kegiatan dan pergerakan di maktab ini. Tindakan beliau itu, sudah menjadi

satu pegangan yang begitu tebal bahawa seseorang penuntut mesti mematuhi

arahan guru. Apabila Aminuddin Baki mengambil sikap untuk memihak para

penuntut semasa mereka dikatakan telah melakukan kesalahan, maka sudah

tentulah tindakan tersebut agak keterlaluan.

Semasa bertugas disinilah Aminuddin telah cuba menghidupkan pesatuan

penuntut-penuntut maktab tersebut. Beliaulah yang telah memperkenalkan kaedah

pemilihan ketua penuntut melalui pengundian. Cara pemilihannya adalah melalui

proses pilihanraya yang dijalankan. Penuntut-penuntut yang berhasrat dan bercita-

Page 9: Tugasan Aminuddin Baki

HNS 2013 D20121058364

9

cita untuk menjadi pemimpin dan ingin memperjuangkan sesuatu, bolehlah tampil

untuk menjadi calon.

Dalam pada sibuk menjalankan kempen menggalakkan anak watan menuntut

ilmu pendidikan, Aminuddin Baki juga telah cuba menerapkan pemahaman dan

penghayatan Islam yang lebih mendalam di hati dan jiwa penuntut-penuntut MPSI.

Sebagai seorang Islam, beliau merasakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab

untuk memupuk dan memperkuatkan semangat tersebut. Satu daripada langkah

yang dilakukan oleh beliau ialah memperkenalkan satu matapelajaran baru iaitu

Sejarah Islam kepada penuntut-penuntut MPSI.

Aminuddin juga telah cuba menarik perhatian para penuntut beliau tentang

kaedah menimba ilmu. Pada Aminuddin, buka adalah sumber atau gedung ilmu

pengetahuan yang dapat diasah dengan memperbanyakkan bacaan. Apa yang

dilakukan oleh beliau tidaklah sia-sia kerana ramai pelajar mula menjinakkan diri

mereka dengan membaca dan memenuhi ruang-ruang di perpustakaan.

Perkembangan ini amat menyenangkan beliau kerana beliau juga bertugas sebagai

ketua perpustakaan MPSI pada masa itu.

3.4 KEWUJUDAN SRP, SPM, STPM DAN LEMBAGA PEPERIKSAAN

BERSAMA

Dalam usaha untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di

dalam sistem pendidikan kebangsaan, Laporan Razak telah dikemukakan pada April

1956 dan Aminuddin juga merupakan salah seorang yang terlibat di dalam

penyelidikan laporan ini.

Laporan Razak telah membahagikan peringkat pendidikan menengah pada

tiga tahap utama iaitu pendidikan Menengah Rendah, pendidikan Menengah Atas

dan peringkat Pra-Universiti. Pendidikan Menengah Rendah akan mengambil masa

selama tiga tahun di mana para pelajar akan menduduki peperiksaan LCE (Lower

Certificate of Education) sekarang dikenali sebagai SRP (Sijil Rendah Pelajaran).

Setelah menamatkan tempoh pengajian tersebut, pelajar-pelajar yang berjaya di

dalam peperiksaan ini dan memperolehi kelulusan yang ditetapkan adalah layak

untuk meneruskan pendidikan Menengah Atas selama dua tahun lagi.

Page 10: Tugasan Aminuddin Baki

HNS 2013 D20121058364

10

Setelah berada dua tahun di peringkat Menengah Atas ini, mereka akan

menduduki peperiksaan MCE (Malaysia Certificate of Education) sekarang dikenali

sebagai SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) yang sama tarafnya dengan Sijil Cambridge

Seberang Laut. Murid-murid yang mencapai kelulusan terbaik di dalam peperiksaan

SPM ini akan dipilih untuk belajar di tingkatan enam atau lebih dikenali sebagai Pra-

Universiti. Setelah dua tahun di peringkat ini, mereka bolehlah menduduki

peperiksaan HSC (Higher School Certificate) sekarang dikenali sebagai STPM (Sijil

Tinggi Persekolahan Malaysia).

Aminuddin Baki jugalah yang berusaha keras untuk menubuhkan Lembaga

Peperiksaan Bersama (Joint Examination Board) pada bulan Ogos 1963. Usaha ini

dilakukan sebagai langkah untuk mencari jalan keluar bagi para pelajar beraliran

Melayu selepas mereka tamat sijil persekolahan mereka. Penubuhan lembaga ini

juga terhasil setelah diusahakan selama 3 tahun dan melalui beberapa rundingan.

Page 11: Tugasan Aminuddin Baki

HNS 2013 D20121058364

11

4.0 PENINGGALAN AMINUDDIN BAKI

4.1 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

Usaha ke arah memantapkan sistem pendidikan di semua peringkat di Kementerian

Pendidikan Malaysia dalam bidang kepimpinan dan pengurusan telah bermula

apabila "Malaysian Educational Staff Training Institute" (MESTI) ditubuhkan pada

Mac 1979. MESTI ialah sebuah Institut Latihan Pegawai-Pegawai Pendidikan yang

status awalnya adalah sebahagian daripada Bahagian Pendidikan Guru (BPG)

Kementerian Pelajaran Malaysia pada masa itu. Penubuhan MESTI adalah

berdasarkan Laporan Jawatan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran,

1979(285).

MESTI kemudiannya dikenali sebagai Institut Pengurusan Pendidikan Negara

pada tahun 1985 selaras dengan perkembangan pesatnya dan serentak dengan

perpindahan operasinya ke kampus induknya sendiri yang terletak di kawasan

seluas 121 ekar di Genting Highlands. Pada 14 Mac 1988 YB Menteri Pendidikan

Malaysia mengisytiharkan nama baru IPPN kepada Institut Aminuddin Baki (IAB)

sebagai mengenang jasa Allahyarham Aminuddin Baki (Penasihat Pelajaran

Persekutuan Tanah Melayu) dalam bidang pendidikan. Matlamat IAB ialah untuk

membina dan membangunkan profesionalisme dalam kepemimpinan dan

pengurusan pendidikan yang akan membantu membangunkan sistem pendidikan

kebangsaan keseluruhannya.

.

4.2 SEKOLAH KEBANGSAAN AMINUDDIN BAKI

Sekolah Aminuddin Baki telah mula dibina pada tahun 1967. Sebelum ini, iaitu dari

tahun 1965 hingga 1966, sekolah ini telah menumpang sementara bangunan SJK(C)

Pei Cheng, Chemor. Sekolah Aminuddin Baki ini terletak kira-kira 17 kilometer dari

pusat Bandaraya Ipoh. Keluasannya kira-kira 9.2 ekar persegi. Pelajar-pelajar

sekolah ini pula datang dari kampung-kampung di sekitar daerah Chemor. Kini

terdapat seramai 1518 orang pelajar yang menuntut di sini iaitu dari kelas peralihan

hingga tingkatan lima.

Sebenarnya penamaan sekolah ini berdasarkan beberapa faktor.

Pertamanya, ialah mengambilkira bahawa Allahyarham Aminuddin Baki merupakan

satu-satunya anak tempatan Chemor yang telah berjaya mencapai tahap yang

Page 12: Tugasan Aminuddin Baki

HNS 2013 D20121058364

12

tinggi dalam arena pendidikan tanahair. Kedua, Allahyarham merupakan seorang

tokoh pendidikan yang telah banyak menyumbangkan tenaga dan buah fikiran

dalam bidang pendidikan negara.

Faktor ketiga ialah beliau merupakan seorang tokoh yang telah berjaya

menimbulkan kesedaran untuk mempertingkatkan taraf pelajaran di kalangan anak

bangsa khususnya dalam bidang sains dan teknologi. Di samping itu, beliau juga

merupakan seorang tokoh penggerak ke arah ketinggian mertabat anak bangsa

terutamanya di kalangan masyarakat luar bandar. Seterusnya nama beliau juga

dipilih untuk dijadikan sumber inspirasi anak tempatan Chemor supaya mereka

mengikuti jejak langkah beliau yang telah mencipta kejayaan. Akhirnya adalah

menjadi matlamat kita agar sumbangan bakti dan jasa beliau itu turut diteladani

dalam menaikkan imej serta mengharumkan nama sekolah ini seterusnya.

4.3 KOLEJ AMINUDDIN BAKI UKM

Pada peringkat awalnya, Kolej Aminuddin Baki ini dikenali sebagai Kolej Kediaman

Kedua UKM dan telah mula dibuka untuk penginapan sekitar tahun 1971. Pada

masa itu, kolej ini masih lagi terletak di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Kolej yang

menampung seramai 215 orang juga merupakan kolej kediaman kedua tertua di

UKM selepas Kolej Dato’ Onn atau dikenali sebagai Kolej Kediaman Pertama pada

masa itu.

Pengetua kolej ini yang pertama ialah Encik Mohamed Aris Osman dan Yang

Di-pertua JAKSA (dikenali sebagai Dewan Rendah) yang pertama ialah saudara

Mohd Amin Salleh. Sekitar tahun 1977, penghuni serta peralatan Kolej Kediaman

Kedua Lembah Pantai mula dipindahkan ke bangunan baru dengan kawasan seluas

5.5 hektar di dalam kampus tetap UKM Bangi. Perpindahan tersebut serentak

dengan perpindahan seluruh warga UKM ke kampus tetap di sini. Serentak dengan

itu juga, nama Kolej Kediaman Kedua juga telah dikenali sebagai Kamsis Aminuddin

Baki dan kemudian ditukar kepada Kolej Aminuddin Baki. Disebabkan pertambahan

mendadak mahasiswi di UKM, kolej ini mula dibuka untuk mahasiswi sahaja bermula

tahun 1981. Ini membawa maksud tenaga JAKSA juga dipegang oleh mahasiswi

yang mana YDP siswi pertamanya adalah Cik Suryani Mahyudin.

Page 13: Tugasan Aminuddin Baki

HNS 2013 D20121058364

13

5.0 KOLEJ AMINUDDIN BAKI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

5.1 LATAR BELAKANG

Kolej Kediaman Aminuddin Baki terletak di kawasan Behrang yang dahulunya

dikenali sebagai Kolej Proton mempunyai jarak sejauh lima kilometer dari Kampus

Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Kolej Kediaman Aminuddin Baki (KAB) ditubuhkan pada tahun 2000 dan

memiliki empat buah blok yang berkeupayaan menampung kira-kira 1,100 orang

pelajar pada satu satu masaa. Pada tahun 2002, sebanyak dua buah blok telah

dibuka bagi menampung pelajar seramai 1,800 orang dan seterusnya kolej telah

menyiapkan sebanyak empat buah blok yang membawa jumlah sebanyak sepuluh

buah blok bagi menampung keseluruhan penghuni kolej seramai hampir 3,000 orang

pelajar.

Bermula 1 Oktober 2002, pentadbiran Kolej Kediaman Aminuddin Baki telah

dibahagi dua di mana Kolej Kediaman Aminuddin Baki dikekalkan namanya

manakala sebuah lagi pentadbiran dikenali sebagai Kolej Kediaman Za’ba. Masing-

masing mentadbir lima buah blok yang dapat menampung hampir kira-kira 1,300

orang pelajar pada satu-satu masa .

5.2 MISI DAN VISI

Misi Kolej Aminuddin Baki adalah Melaksanakan agenda pembangunan sahsiah

siswa/siswi berlandaskan persekitaran yang konduktif, perkhidmatan yang berkualiti

dan perlaksanaan aktiviti yang berdaya saing. Manakala visi Kolej Aminuddin Baki

adalah Menjadi Kolej Kediaman yang terunggul pilihan utama warga kampus melalui

perkhidmatan yang cemerlang

5.3 KEMUDAHAN

Di antara kemudahan yang disediakan oleh KAB adalah seperti pejabat pentadbiran,

bilik Jawatan Mahasiswa Kolej (JMK), stor, bilik televisyen, surau Al-Falah, bilik

bacaan, bilik switch atau bilik MDF, studio muzik, koperasi, padang serbaguna,

Page 14: Tugasan Aminuddin Baki

HNS 2013 D20121058364

14

perkhidmatan telefon awam, capaian jalur lebar internet(JARING), cafe siber, tempat

letak kenderaan, dan perkhidmatan keselamatan.

Segala kemudahan yang disediakan adalah meliputi pelbagai aspek

keperluan insaniah seseorang seperti contoh bilik JMK yang digerakkan oleh pelajar

sendiri dalam memupuk semangat kepimpinan dalam diri pelajar. Selain daripada

itu, pelajar juga boleh mempamerkan bakat kesenian dengan adanya studio muzik

atau bakat sukan dengan adanya padang serbaguna dan sebagainya.

5.4 STRUKTUR ORGANISASI

Pengurusan Kolej Kediaman Aminuddin Baki bertanggungjawab memberikan

perkhidmatan penginapan yang terbaik kepada penghuninya. Kebajikan dan

perkembangan sahsiah pelajar perlu dititkberatkan dalam pentadbiran di Kolej

Kediaman Aminuddin Baki. Pentadbiran di Kolej Kediaman Aminuddin Baki

berfungsi menguruskan prasarana dan logistik kolej kediaman seperti penyediaan

bilik, penyelenggaraan bilik, penyelenggaraan kerosakan, surat menyurat, rekod

pelajar dan sebagainya. Aspek-aspek kepimpinan seperti berketrampilan, keimanan,

pegangan hidup, berkomunikasi, berhemah, bertolak ansur, berdisplin dan

sebagainya perlu didedahkan dan diterapkan kepada penghuni Kolej Kediaman

Aminuddin Baki.

Page 15: Tugasan Aminuddin Baki

HNS 2013 D20121058364

15

6.0 RUMUSAN

Berdasarkan khidmat dan jasa bakti beliau itu, dapatlah dianggap bahawa beliau

adalah seorang pejuang di arena pendidikan. Jika hendak dihitung satu persatu

satu persatu segala jasa dan baktinya di bidang pelajaran, terutamanya pelajaran

anak-anak Melayu, tentulah sukar sekali untuk menghitungnya. Jasa dan bakti

beliau adalah begitu besar sekali.

Di bidang pengurusan pendidikan, Aminuddin memainkan peranan sebagai

seorang pelaku utama. Beliau juga berperanan sebagai penggerak dan

penyumbang idea. Hasil daripada peranan tersebutlah maka terdapat beberapa

perubahan besar di bidang pendidikan negara kita ini. Di antara perubahan besar

yang berlaku ialah wujudnya asas pendidikan kebangsaan dan bertambahnya

bilangan pelajar di sekolah.

Pada 24 Disember 1965, Aminuddin Baki telah pergi meninggalkan kita.

Kematian beliau juga telah menarik perhatian beberapa orang cerdik pandai.

Menyentuh tentang Aminuddin Baki, Profesor Wang Wangwu iaitu Profesor Sejarah

Universiti Malaya berkata:

“Kematian Encik Aminuddin Baki adalah suatu kehilangan besar

kepada negara kita, terutama kerana tumpuan dan pengorbanannya di bidang

pendidikan dan kemajuan. Jasanya akan dikenang selama-lamanya. Sebagai di

antara graduan yang awal lulus dalam pengajian Sejarah dengan kepujian Universiti

Malaya, beliau sentiasa mempunyai cita-cita yang istimewa terhadap pensejarahan

negara kita. Maka patut benarlah beliau mendapat tempat terhormat bila sejarah

zaman kita ditulis nanti.”

(Straits Times, 1965)

Page 16: Tugasan Aminuddin Baki

HNS 2013 D20121058364

16

RUJUKAN

Abu Zahari Abu Bakar. (1980). Perkembangan Pendidikan di Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Amir Hamzah. (1970). Aminuddin Baki Ke Depan Membawa Obor. pp. 34-37.

Bernama. (2013, March 23). Retrieved from New Straits Time: http://blis2.bernama.com.ezpustaka.upsi.edu.my/mainHomeBypass.do

Hassan, R. A. (2010). Biografi Aminuddin Baki : Arkitek Pendidikan Negara (Cetakan Kedua). Selangor.

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. (2013, March 23). Retrieved from Portal Rasmi Arkib Negara Malaysia: http://www.arkib.gov.my/encik-aminuddin-baki

Mohd Tajuddin bin Haji Abdul Rahman. (1987). Aminuddin baki. Selangor: Pelanduk Publication.

Perpustakaan Negara Malaysia. (2013, March 23). Retrieved from Portal Rasmi Perpustakaan Negara Malaysia: http://www.pnm.my/yangpertama/Tokoh_Bapadidik.htm