file · web viewpejabat pengarah. institut aminuddin baki. kementerian pelajaran...

34
Pejabat Pengarah Institut Aminuddin Baki Kementerian Pelajaran Malaysia UCAPAN PERASMIAN YANG HORMAT DATO’ HAJI KHAIRIL BIN HAJI AWANG Pengarah Institut Aminuddin Baki Kementerian Pelajaran Malaysia MESYUARAT BERSAMA PELANGGAN 2012

Upload: dotruc

Post on 11-Feb-2018

244 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: file · Web viewPejabat Pengarah. Institut Aminuddin Baki. Kementerian Pelajaran Malaysia. UCAPAN . PERASMIAN. YANG HORMAT. DATO’ HAJI KHAIRIL BIN HAJI AWANG. Pengarah. Institut

Pejabat PengarahInstitut Aminuddin Baki

Kementerian Pelajaran Malaysia

UCAPAN PERASMIAN

YANG HORMATDATO’ HAJI KHAIRIL BIN HAJI AWANG

PengarahInstitut Aminuddin Baki

Kementerian Pelajaran Malaysia

MESYUARAT BERSAMA PELANGGAN 2012

Tarikh:18 Disember 2012

Page 2: file · Web viewPejabat Pengarah. Institut Aminuddin Baki. Kementerian Pelajaran Malaysia. UCAPAN . PERASMIAN. YANG HORMAT. DATO’ HAJI KHAIRIL BIN HAJI AWANG. Pengarah. Institut

Bismillahirrahmannirrahim

Alhamdullillahhirobbilalamin, wa salaatu wa salaamu ‘alaa sayidina

Muhammad wa ‘alaa alihi wasahbihi ajmain.

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Selamat Sejahtera dan Salam

1Malaysia

BismillahirrahmanirrahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia

Yang Berusaha Dr. Zainab binti HussinTimbalan Pengarah Khidmat ProfesionalInstitut Aminuddin Baki

Yang Berusaha En. Mu’ti bin AhmadKetua Pusat Pembangunan Pengurusan Pendidikan

2

Page 3: file · Web viewPejabat Pengarah. Institut Aminuddin Baki. Kementerian Pelajaran Malaysia. UCAPAN . PERASMIAN. YANG HORMAT. DATO’ HAJI KHAIRIL BIN HAJI AWANG. Pengarah. Institut

menjalankan Tugas Timbalan Pengarah Khidmat LatihanInstitut Aminuddin Baki

Yang DihormatiPengarah-pengarah Bahagian, Pengarah-pengarah Pelajaran Negeri, Pegawai-pegawai Pelajaran Daerah, Pengetua-pengetua, Guru-guru Besar, Guru-guru, tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian.

MUKADIMAH

Alhamdulillah, segala puji dan syukur

dipanjatkan kehadrat Illahi atas keizinan-

Nya jua, kita dapat berkumpul di

Auditorium Dato’ Razali Ismail, Institut

Aminuddin Baki bersempena dengan

3

Page 4: file · Web viewPejabat Pengarah. Institut Aminuddin Baki. Kementerian Pelajaran Malaysia. UCAPAN . PERASMIAN. YANG HORMAT. DATO’ HAJI KHAIRIL BIN HAJI AWANG. Pengarah. Institut

Mesyuarat Bersama Pelanggan 2012.

Marilah kita bersama-sama

memperbaharui iltizam, memperteguh

tekad dan menyuntik semangat baharu

yang lebih kental bagi melaksanakan

tanggungjawab mulia mendidik anak

bangsa dan melonjakkan mutu pendidikan

negara.

PENGHARGAAN

Pada kesempatan ini, saya ingin

mengucapkan terima kasih dan

4

Page 5: file · Web viewPejabat Pengarah. Institut Aminuddin Baki. Kementerian Pelajaran Malaysia. UCAPAN . PERASMIAN. YANG HORMAT. DATO’ HAJI KHAIRIL BIN HAJI AWANG. Pengarah. Institut

penghargaan kepada jawatankuasa

pengelola atas inisiatif untuk mengadakan

program ini. Ucapan setinggi-tinggi terima

kasih juga kepada YBhg. Dato’-Dato’,

Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan

kerana sudi hadir sebagai tetamu kami

bagi bersama-sama menjayakan program

ini. Tanpa kehadiran YBhg. Dato’-Dato’,

Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan,

sudah tentu program ini tidak akan dapat

dijayakan.

5

Page 6: file · Web viewPejabat Pengarah. Institut Aminuddin Baki. Kementerian Pelajaran Malaysia. UCAPAN . PERASMIAN. YANG HORMAT. DATO’ HAJI KHAIRIL BIN HAJI AWANG. Pengarah. Institut

Sesungguhnya, pertemuan kita ini adalah

penting dalam konteks memperkukuh dan

memperkasa semangat kerjasama yang

berterusan antara IAB dengan para

pelanggan serta stakeholders dari

pelbagai peringkat khususnya di

Kementerian Pelajaran Malaysia.

KUNCI KEJAYAAN IAB

Hadirin yang saya hormati sekalian,

Kejayaan IAB, sebenarnya banyak

bergantung kepada keupayaan

6

Page 7: file · Web viewPejabat Pengarah. Institut Aminuddin Baki. Kementerian Pelajaran Malaysia. UCAPAN . PERASMIAN. YANG HORMAT. DATO’ HAJI KHAIRIL BIN HAJI AWANG. Pengarah. Institut

menghasilkan produk yang berkualiti,

relevan dan mampu memenuhi

keperluan pelanggan serta stakeholders

menerusi ikatan kerjasama erat antara

IAB dengan tuan-tuan dan puan-puan

secara baik dan tulus. Maklum balas yang

tuan-tuan dan puan-puan berikan

merupakan petunjuk penting kepada

pencapaian segala program yang

dilaksanakan oleh pihak IAB.

7

Page 8: file · Web viewPejabat Pengarah. Institut Aminuddin Baki. Kementerian Pelajaran Malaysia. UCAPAN . PERASMIAN. YANG HORMAT. DATO’ HAJI KHAIRIL BIN HAJI AWANG. Pengarah. Institut

Justeru, menjadi harapan saya semoga

tuan-tuan dan puan-puan akan terus

memberi kerjasama kepada IAB dalam

menyokong dan menyumbang ke arah

pencapaian visi IAB sebagai “pusat

pembangunan kepimpinan pendidikan

yang terbilang” menerusi penghayatan

dan pelaksanaan misi, “membangun

keupayaan kepemimpinan pendidikan

bagi menghasilkan organisasi

berkualiti”.

8

Page 9: file · Web viewPejabat Pengarah. Institut Aminuddin Baki. Kementerian Pelajaran Malaysia. UCAPAN . PERASMIAN. YANG HORMAT. DATO’ HAJI KHAIRIL BIN HAJI AWANG. Pengarah. Institut

TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Pendidikan di Malaysia sedang melalui

satu transformasi yang menjurus kepada

sistem pendidikan berkualiti. Kita sedar

bahawa terdapat tuntutan terhadap

pemimpin pendidikan supaya sentiasa

progresif dalam menjalankan tugas dan

tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Perkara ini selalu ditekankan menerusi

dasar-dasar pendidikan yang baharu. Kita

diminta supaya sentiasa peka dan prihatin

9

Page 10: file · Web viewPejabat Pengarah. Institut Aminuddin Baki. Kementerian Pelajaran Malaysia. UCAPAN . PERASMIAN. YANG HORMAT. DATO’ HAJI KHAIRIL BIN HAJI AWANG. Pengarah. Institut

terhadap pengetahuan baharu dalam

tubuh ilmu kepimpinan dan pengurusan

pendidikan. Selain itu, kita juga perlu

mengenal pasti unsur-unsur lain yang

menjadi pemangkin kepada keperluan

kepimpinan seperti trend-trend sosial,

politik, teknologi dan ekonomi semasa.

Sebagai contoh, dalam Rancangan

Malaysia ke-10, YAB Perdana Menteri

Malaysia telah menetapkan 10 Premis

Utama untuk pembangunan negara.

Dalam konteks ini, saya ingin menarik

10

Page 11: file · Web viewPejabat Pengarah. Institut Aminuddin Baki. Kementerian Pelajaran Malaysia. UCAPAN . PERASMIAN. YANG HORMAT. DATO’ HAJI KHAIRIL BIN HAJI AWANG. Pengarah. Institut

perhatian tuan-tuan dan puan-puan

kepada Premis Kelima di mana hasrat

Kerajaan untuk memupuk, menarik dan

mengekalkan modal insan unggul sangat

berkaitan dengan pemimpin pendidikan.

YAB Perdana Menteri memperincikan

hasrat tersebut di bawah Teras Strategik

Keempat iaitu Membangun dan

Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia

dengan jelas sekali dan berjanji bahawa

“kerajaan akan mengambil langkah

11

Page 12: file · Web viewPejabat Pengarah. Institut Aminuddin Baki. Kementerian Pelajaran Malaysia. UCAPAN . PERASMIAN. YANG HORMAT. DATO’ HAJI KHAIRIL BIN HAJI AWANG. Pengarah. Institut

holistik bagi memperkukuh sistem

pendidikan dan latihan, bermula

daripada pendidikan awal kanak-kanak

sehingga peringkat pengajian tinggi. Di

samping menyediakan infrastruktur

pengajaran dan pembelajaran yang

terbaik, kerajaan juga akan pastikan

kualiti guru dan tenaga pengajar

mencapai tahap yang sewajarnya.”

Tanggungjawab mencapai hasrat ini perlu

kita dokong secara bersama-sama.

12

Page 13: file · Web viewPejabat Pengarah. Institut Aminuddin Baki. Kementerian Pelajaran Malaysia. UCAPAN . PERASMIAN. YANG HORMAT. DATO’ HAJI KHAIRIL BIN HAJI AWANG. Pengarah. Institut

Menurut Fullan (2007), pemimpin sekolah

tidak boleh lagi bertindak hanya sebagai

agen penstabil tetapi lebih kepada agen

perubahan. Dalam konteks ini, IAB akan

terus memainkan peranan membantu dan

menyokong pembangunan kapasiti

kompetensi pemimpin sekolah supaya

dapat memenuhi keperluan tersebut.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Pendidikan ialah penyumbang utama

kepada pembangunan sosial dan ekonomi

13

Page 14: file · Web viewPejabat Pengarah. Institut Aminuddin Baki. Kementerian Pelajaran Malaysia. UCAPAN . PERASMIAN. YANG HORMAT. DATO’ HAJI KHAIRIL BIN HAJI AWANG. Pengarah. Institut

negara. Pendidikan mendasari proses

pembangunan modal insan berinovatif dan

berkemahiran tinggi yang merupakan

faktor kritikal bagi menyokong

pertumbuhan sosial, budaya dan ekonomi

bagi sesebuah negara.

Bersandarkan kesedaran tersebut, laporan

awal Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia 2013 - 2025 (PPPM) telah

dikongsi bersama-sama warga

Kementerian Pelajaran Malaysia pada

14

Page 15: file · Web viewPejabat Pengarah. Institut Aminuddin Baki. Kementerian Pelajaran Malaysia. UCAPAN . PERASMIAN. YANG HORMAT. DATO’ HAJI KHAIRIL BIN HAJI AWANG. Pengarah. Institut

bulan September 2012 dengan harapan

supaya kita semua dapat berganding bahu

ke arah keberhasilan rakyat yang

berpendapatan tinggi dan berdaya saing.

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Hadirin yang saya hormati sekalian,

Berlandaskan PPPM, Kementerian akan

memastikan setiap sekolah, tanpa mengira

lokasi dan tahap prestasi mempunyai

seorang pengetua/guru besar berkualiti

tinggi dengan matlamat pasukan

15

Page 16: file · Web viewPejabat Pengarah. Institut Aminuddin Baki. Kementerian Pelajaran Malaysia. UCAPAN . PERASMIAN. YANG HORMAT. DATO’ HAJI KHAIRIL BIN HAJI AWANG. Pengarah. Institut

kepimpinan sekolah dapat memberikan

kepimpinan instruksional dan seterusnya

memacu kecemerlangan prestasi sekolah

secara keseluruhannya.

Bagi mencapai hasrat tersebut, phak IAB

akan memainkan peranan yang besar

dalam menambah baik persediaan dan

pembangunan profesionalisme pemimpin

pendidikan secara berterusan. Hal ini

penting kerana telah terbukti bahawa

kepimpinan sekolah yang mantap dan

16

Page 17: file · Web viewPejabat Pengarah. Institut Aminuddin Baki. Kementerian Pelajaran Malaysia. UCAPAN . PERASMIAN. YANG HORMAT. DATO’ HAJI KHAIRIL BIN HAJI AWANG. Pengarah. Institut

berwibawa diperlukan bagi meningkatkan

pencapaian murid secara signifikannya.

Dalam sistem sekolah yang berprestasi

tinggi, pengetua/guru besar merupakan

pemimpin instruksional yang memberikan

tumpuan kepada peningkatan kualiti P&P

di sekolah masing-masing.

PERANAN IAB

17

Page 18: file · Web viewPejabat Pengarah. Institut Aminuddin Baki. Kementerian Pelajaran Malaysia. UCAPAN . PERASMIAN. YANG HORMAT. DATO’ HAJI KHAIRIL BIN HAJI AWANG. Pengarah. Institut

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Pihak IAB sebenarnya telah lama

mengambil inisiatif melaksanakan

tanggungjawab memberi latihan

pengurusan dan kepimpinan pendidikan

berkualiti kepada pemimpin sekolah.

Umpamanya, pada tahun 1987, pihak IAB

telah memulakan Kursus Kepimpinan dan

Pengurusan Pendidikan (KKPP) yang

bertujuan untuk melengkapkan

pengetua/guru besar dengan kemahiran

berkaitan pengurusan dan kepimpinan

18

Page 19: file · Web viewPejabat Pengarah. Institut Aminuddin Baki. Kementerian Pelajaran Malaysia. UCAPAN . PERASMIAN. YANG HORMAT. DATO’ HAJI KHAIRIL BIN HAJI AWANG. Pengarah. Institut

pendidikan. Kemahiran yang diterapkan

menerusi kursus ini sangat diperlukan

terutamanya bagi seseorang pemimpin

sekolah yang baharu dilantik khususnya

bagi tempoh tiga tahun pertama sebagai

pengetua/guru besar. Selain itu, pihak IAB

juga telah memperkenalkan program

persediaan sebagai pemimpin pendidikan

yang dikenali sebagai Kelayakan

Profesional Kebangsaan bagi Kepimpinan

Pendidikan (NPQEL) (dahulunya dikenali

19

Page 20: file · Web viewPejabat Pengarah. Institut Aminuddin Baki. Kementerian Pelajaran Malaysia. UCAPAN . PERASMIAN. YANG HORMAT. DATO’ HAJI KHAIRIL BIN HAJI AWANG. Pengarah. Institut

sebagai Kelayakan Kebangsaan

Profesional Kepengetuaan – NPQH).

Dapatan kajian menunjukkan bahawa

kursus KKPP dan NPQEL telah

memperlihat keberkesanannya. Sebagai

contoh, kajian yang dijalankan oleh

Universiti Malaya dan Universiti

Pendidikan Sultan Idris menunjukkan

pengetua/guru besar baru dilantik yang

melalui latihan NPQEL lebih bersedia

melaksanakan tugas berbanding mereka

20

Page 21: file · Web viewPejabat Pengarah. Institut Aminuddin Baki. Kementerian Pelajaran Malaysia. UCAPAN . PERASMIAN. YANG HORMAT. DATO’ HAJI KHAIRIL BIN HAJI AWANG. Pengarah. Institut

yang memegang jawatan tanpa latihan

tersebut.

Selain daripada KKPP dan NPQEL, IAB

juga menawarkan pelbagai jenis kursus

dan kaedah penyampaian termasuk

bimbingan secara langsung dan

pementoran. Kaji selidik yang dijalankan

pada tahun 2011 menunjukkan tahap

penyertaan yang tinggi, iaitu 87% daripada

1,662 orang pengetua/guru besar telah

21

Page 22: file · Web viewPejabat Pengarah. Institut Aminuddin Baki. Kementerian Pelajaran Malaysia. UCAPAN . PERASMIAN. YANG HORMAT. DATO’ HAJI KHAIRIL BIN HAJI AWANG. Pengarah. Institut

berjaya menamatkan latihan minimum

selama tujuh hari.

Hadirin dan hadirat sekalian,

KPM mempunyai matlamat untuk melantik

hanya calon-calon yang mempunyai masa

perkhidmatan minimum selama tiga tahun

sebelum persaraan, dan yang telah

menyempurnakan program latihan NPQEL

untuk menjawat jawatan pengetua/guru

besar.

22

Page 23: file · Web viewPejabat Pengarah. Institut Aminuddin Baki. Kementerian Pelajaran Malaysia. UCAPAN . PERASMIAN. YANG HORMAT. DATO’ HAJI KHAIRIL BIN HAJI AWANG. Pengarah. Institut

Bagi mencapai matlamat tersebut, KPM

akan menambah lagi kemudahan dalam

memberikan sokongan kepada

pembangunan profesional bagi

pengetua/guru besar. Pihak IAB pula akan

menambah portfolio latihan dengan

meningkatkan keberkesanan dan

kerelevanan setiap program. Latihan IAB

akan menekankan kepada pembinaan

kemahiran kepimpinan instruksional

terutama yang berkaitan dengan

kebolehan menyesuaikan struktur

23

Page 24: file · Web viewPejabat Pengarah. Institut Aminuddin Baki. Kementerian Pelajaran Malaysia. UCAPAN . PERASMIAN. YANG HORMAT. DATO’ HAJI KHAIRIL BIN HAJI AWANG. Pengarah. Institut

dalaman, kaedah dan prosedur dalam

memenuhi keperluan guru dan murid.

Pihak IAB juga akan memberi peluang

kepada pengetua/guru besar mengikuti

pelbagai program yang bersesuaian

dengan tahap prestasi yang berbeza-beza.

Sebagai contoh, pengetua berprestasi

tinggi berpeluang untuk menjalani program

sandaran di agensi kerajaan lain atau

syarikat swasta. Sebaliknya,

pengetua/guru besar berprestasi rendah

akan mendapat manfaat daripada

24

Page 25: file · Web viewPejabat Pengarah. Institut Aminuddin Baki. Kementerian Pelajaran Malaysia. UCAPAN . PERASMIAN. YANG HORMAT. DATO’ HAJI KHAIRIL BIN HAJI AWANG. Pengarah. Institut

bimbingan langsung yang intensif daripada

SiPartner+. Semua program ini bertujuan

memastikan sokongan pembangunan

profesional secara individu diberikan

kepada setiap pengetua/guru besar.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

Murphy dan Beck (1995) menyatakan

pemimpin pendidikan kini mempunyai

tanggungjawab serta tuntutan yang tinggi.

We are in “a climate in which potential

leaders are increasingly expected to

25

Page 26: file · Web viewPejabat Pengarah. Institut Aminuddin Baki. Kementerian Pelajaran Malaysia. UCAPAN . PERASMIAN. YANG HORMAT. DATO’ HAJI KHAIRIL BIN HAJI AWANG. Pengarah. Institut

prepare for the role (and in some

countries to be licensed for it), to be

inducted into it, and to update their own

learning continuously throughout their

careers.”

Oleh itu , saya akan pasti IAB telah,

sedang dan akan terus memikirkan serta

merencana latihan program pembangunan

profesional pemimpin sekolah dengan

mengambil kira tanggungjawab dan

tuntutan tersebut.

26

Page 27: file · Web viewPejabat Pengarah. Institut Aminuddin Baki. Kementerian Pelajaran Malaysia. UCAPAN . PERASMIAN. YANG HORMAT. DATO’ HAJI KHAIRIL BIN HAJI AWANG. Pengarah. Institut

Latihan anjuran IAB kini lebih menjurus

kepada bukan sahaja pembangunan

individu tetapi juga pembangunan

organisasi melalui perancangan strategik

yang jelas dan bersepadu untuk daerah,

sekolah dan jabatan. Untuk memastikan

hasrat tersebut tercapai, latihan yang

diberikan akan lebih berfokuskan

keperluan murid dan hasil pembelajaran

serta perubahan dalam pengajaran guru

dan bukan sahaja kepada keperluan

pemimpin sekolah. Pihak IAB juga akan

27

Page 28: file · Web viewPejabat Pengarah. Institut Aminuddin Baki. Kementerian Pelajaran Malaysia. UCAPAN . PERASMIAN. YANG HORMAT. DATO’ HAJI KHAIRIL BIN HAJI AWANG. Pengarah. Institut

terus mendorong dan melatih pemimpin

pendidikan supaya mengkaji kepimpinan

dan pengurusan kendiri dengan

mendedahkan pemimpin sekolah dengan

kepelbagaian bentuk pembelajaran

sebenar dalam pekerjaan seharian

pemimpin sekolah.

Pihak IAB kini banyak berfungsi sebagai

jurulatih dan mentor dalam program seperti

SIPartner, Speed-Up, ProD dan

Pementoran, di mana pensyarah IAB

28

Page 29: file · Web viewPejabat Pengarah. Institut Aminuddin Baki. Kementerian Pelajaran Malaysia. UCAPAN . PERASMIAN. YANG HORMAT. DATO’ HAJI KHAIRIL BIN HAJI AWANG. Pengarah. Institut

memberi khidmat runding cara,

perancangan dan khidmat pemudah cara

kepada pemimpin pendidikan.

HARAPAN IAB

Hadirin dan hadirat sekalian,

Dengan pelbagai usaha yang dibuat oleh

KPM khususnya, yang diterajui oleh IAB

untuk pemimpin pendidikan, diharapkan

kita akan dapat menghasilkan sistem

pendidikan berkualiti seperti yang

dihasratkan. Selain itu, kita juga dapat

29

Page 30: file · Web viewPejabat Pengarah. Institut Aminuddin Baki. Kementerian Pelajaran Malaysia. UCAPAN . PERASMIAN. YANG HORMAT. DATO’ HAJI KHAIRIL BIN HAJI AWANG. Pengarah. Institut

menghasilkan modal insan yang unggul

dan berdaya saing di peringkat global.

PENGHARGAAN DAN PENUTUP

Tuan-tuan dan puan-puan yang

dimuliakan sekalian,

Sebelum mengundurkan diri, saya

mengambil kesempatan ini untuk

mengucapkan terima kasih sekali lagi

kepada semua ahli jawatankuasa yang

menjayakan program ini. Ucapan

penghargaan dan ucapan terima kasih

30

Page 31: file · Web viewPejabat Pengarah. Institut Aminuddin Baki. Kementerian Pelajaran Malaysia. UCAPAN . PERASMIAN. YANG HORMAT. DATO’ HAJI KHAIRIL BIN HAJI AWANG. Pengarah. Institut

juga kepada tuan-tuan dan puan-puan

yang hadir pada hari ini. Semoga

kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ini

akan memberi pelbagai input yang boleh

digunakan oleh pihak IAB dalam

merencanakan program-program baharu

dan menambah baik program-program

yang sedia ada.

Ucapan terima kasih juga kepada seluruh

warga IAB atas tanggungjawab yang telah

dilaksanakan untuk kejayaan IAB. Syabas

atas segala kejayaan dan pencapaian IAB

31

Page 32: file · Web viewPejabat Pengarah. Institut Aminuddin Baki. Kementerian Pelajaran Malaysia. UCAPAN . PERASMIAN. YANG HORMAT. DATO’ HAJI KHAIRIL BIN HAJI AWANG. Pengarah. Institut

selama ini. Semua ini tentunya akan

menyuntik semangat seluruh warga IAB

untuk terus membuat perencanaan

pembangunan bagi mencapai visi dan misi

IAB.

PERASMIAN

Akhir kata, dengan lafaz mulia,

bismillahirahmanirahim, saya dengan

sukacitanya merasmikan Mesyuarat

Bersama Pelanggan IAB 2012.

32

Page 33: file · Web viewPejabat Pengarah. Institut Aminuddin Baki. Kementerian Pelajaran Malaysia. UCAPAN . PERASMIAN. YANG HORMAT. DATO’ HAJI KHAIRIL BIN HAJI AWANG. Pengarah. Institut

Sekian. Wabillahi taufik wal hidayah

wassalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh.

33