dr aminuddin mohamad

5
185 AMINUDDIN MOHAMAD BIODATA Dr Aminuddin Mohamad atau lebih dikenali sebagai Amin atau sekarang Prof Amin dilahirkan pada 15 November 1953 di Kampung Kesang Tua, Jasin, Melaka. Aminuddin mendapat pendidikan awal di Bandar Hilir English School, Melaka dan melanjutkan ke High School Melaka sehingga Tingkatan III dan seterusnya ke Malay College Kuala Kangsar, Perak sehingga tamat Tingkatan VI Atas. Beliau dikurniakan seramai empat orang anak bersama-sama isteri beliau, Norlia Razali. Aminuddin mula berkhidmat dengan Institut Penyelidikan Perhutanan (FRIM) pada 1 Jun 1979 sebagai Pegawai Penyelidik (Ahli Fisiologi Pokok) yang membuat kajian khusus mengenai keperluan cahaya ke atas anak-anak pokok dan telah menerbitkan beberapa artikel di dalam Malaysian Forester dan Pertanika. Pada 1 Julai 1986, Aminuddin telah dinaikkan pangkat dari Pegawai Penyelidik kepada Pegawai Penyelidik Kanan (A11) dan seterusnya ke Gred A10 pada tahun 1990 dan menjawat jawatan Ketua Program sehinggalah bersara secara pilihan pada 15 Ogos 1996 sebagai Pegawai Penyelidik Kanan Gred Q2. Ketua Pengarah ketika itu telah mengarahkan Aminuddin mengambil alih projek penyelidikan rotan daripada Dr N Manokaran dalam tahun 1983 sehinggalah beliau memilih untuk bersara awal. Memandangkan minat untuk terus mendalami ilmu, Aminuddin telah mengikuti Program Ijazah Sarjana di Universiti Pertanian Malaysia secara separuh masa di atas pembiayaan sendiri dan berjaya menamatkannya pada tahun 1986. Seterusnya Aminuddin telah berjaya mendapatkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Kedoktoran di University of North Wales, Bangor, United Kingdom dan kembali pada Februari 1990.

Upload: ngokhanh

Post on 19-Jan-2017

281 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Dr Aminuddin Mohamad

185

AMINUDDIN MOHAMAD

BIODATA

Dr Aminuddin Mohamad atau lebih dikenali sebagai Amin atau sekarang Prof Amin dilahirkan pada 15 November 1953 di Kampung Kesang Tua, Jasin, Melaka. Aminuddin mendapat pendidikan awal di Bandar Hilir English School, Melaka dan melanjutkan ke High School Melaka sehingga Tingkatan III dan seterusnya ke Malay College Kuala Kangsar, Perak sehingga tamat Tingkatan VI Atas. Beliau dikurniakan seramai empat orang anak bersama-sama isteri beliau, Norlia Razali.

Aminuddin mula berkhidmat dengan Institut Penyelidikan Perhutanan (FRIM) pada 1 Jun 1979 sebagai Pegawai Penyelidik (Ahli Fisiologi Pokok) yang membuat kajian khusus mengenai keperluan cahaya ke atas anak-anak pokok dan telah menerbitkan beberapa artikel di dalam Malaysian Forester dan Pertanika. Pada 1 Julai 1986, Aminuddin telah dinaikkan pangkat dari Pegawai Penyelidik kepada Pegawai Penyelidik Kanan (A11) dan seterusnya ke Gred A10 pada tahun 1990 dan menjawat jawatan Ketua Program sehinggalah bersara secara pilihan pada 15 Ogos 1996 sebagai Pegawai Penyelidik Kanan Gred Q2.

Ketua Pengarah ketika itu telah mengarahkan Aminuddin mengambil alih projek penyelidikan rotan daripada Dr N Manokaran dalam tahun 1983 sehinggalah beliau memilih untuk bersara awal. Memandangkan minat untuk terus mendalami ilmu, Aminuddin telah mengikuti Program Ijazah Sarjana di Universiti Pertanian Malaysia secara separuh masa di atas pembiayaan sendiri dan berjaya menamatkannya pada tahun 1986. Seterusnya Aminuddin telah berjaya mendapatkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Kedoktoran di University of North Wales, Bangor, United Kingdom dan kembali pada Februari 1990.

Page 2: Dr Aminuddin Mohamad

186

Gambar terbaharu Aminuddin bersama-sama mantan KP, Tan Sri Salleh (tengah) dan KP FRIM, Dato’ Dr Abd Latif (kiri)

Sekembalinya Aminuddin ke FRIM, beliau telah berjaya mendapatkan dana dari FRIM-ODA untuk menjalankan projek penyelidikan ke atas rotan dan beberapa dana lain. Aminuddin berjaya menerbitkan 103 artikel dan bab di dalam buku sehingga saya bersara awal dengan.

Aminuddin berkata, ”Saya bernasib baik kerana di awal perkhidmatan, saya telah diberikan tempat tinggal yang selesa di Field 31, FRIM dan ini memudahkan saya pergi dan balik ke tempat kerja. Saya telah berpindah ke rumah sendiri di Subang Jaya setelah tamat pengajian Ijazah Kedoktoran.”

Sekarang Aminuddin bertugas sebagai Profesor di Sekolah Perhutanan Tropika Antarabangsa, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah. Alamat rumah ialah di 15-1-2 Block G, Graceville, 88100 Kota Kinabalu, Sabah.

Page 3: Dr Aminuddin Mohamad

187

Aminuddin bersama-sama isteri dan anaknya semasa menghadiri konvokesyen anak lelakinya di Amerika Syarikat pada 2003

Lawatan ke Suun Moon Lake, Taiwan

Page 4: Dr Aminuddin Mohamad

188

SUKAN

Di FRIM, kemudahan untuk bersukan memang disediakan. Aminuddin gemar bermain skuasy dan badminton dengan rakan-rakan penyelidik yang lain. Beliau juga minat bermain golf dengan rakan-rakannya dan menjadi ahli Kelab Golf Perkhidmatan Awam di Bukit Kiara untuk tujuan tersebut.

AKTIVITI LUAR

Aminuddin pernah dilantik sebagai Setiausaha Agung Koperasi FRIM yang bertanggungjawab menjalankan pelbagai aktiviti koperasi di FRIM. Aminuddin juga pernah dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung Senior Government Offi cers Association selama dua tahun.

NASIHAT KEPADA WARGA FRIM

Dari segi tugasan, Aminuddin menasihatkan supaya pegawai penyelidik sentiasa menerbitkan makalah di dalam jurnal agar dikenali di seluruh dunia akan projek yang kita jalankan. Warga FRIM perlu mengamalkan disiplin diri yang tinggi dan berterusan, bekerja bersungguh-sunguh dan selalu menepati masa. Warga FRIM juga mesti komited dengan cara meluaskan pergaulan menerusi aktiviti-aktiviti kelab, masjid, dan majlis-majlis kenduri, rumah terbuka termasuk hal-hal urusan kematian.

KENANGAN MANIS

Kenangan manis yang tidak dapat dilupakan oleh Aminuddin ialah apabila mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Kedoktoran pada tahun 1986. Lebih manis lagi, pada tahun yang sama beliau telah dinaikkan pangkat kepada Pegawai Penyelidik Kanan (Gred A11) dan seterusnya dinaikkan pangkat lagi kepada Gred A11 dalam tahun 1990. Aminuddin juga berbangga kerana telah berjaya menerbitkan artikel di dalam jurnal dan melawat ke beberapa tempat di seluruh dunia melalui dana yang ada di FRIM.

Dekan Sekolah Perhutanan Tropika Antarabangsa

Universiti Malaysia Sabah 1999–2004

Page 5: Dr Aminuddin Mohamad

189

HARAPAN

”FRIM akan terus maju dalam bidang perhutanan dan keluaran hutan serta ubatan tradisional kerana telah diterajui oleh pegawai-pegawai dan Ketua Pengarah yang lalu dan berjaya meletakkan FRIM di persada dunia. Kesinambungan kejayaan FRIM terletak kepada kegigihan generasi akan datang untuk terus mencipta sejarah.” Kata Dr Aminuddin.

ULASAN KETUA PENGARAH

Dr Aminudin merupakan perintis kajian silvikultur rotan; dan banyak memberikan khidmat nasihat khususnya penanaman rotan di bawah dirian getah pada suatu masa dahulu. Di mana-manapun, selain Dr Nur Supardi dan Dr Raja Barizan, nama beliau memang sinonim dengan rotan dan saya secara peribadi menobatkan beliau sebagai Tokoh Silvikultur Rotan FRIM.

Setelah selesai viva PHD di UK pada tahun 1990