kolej aminuddin baki slide show visual bee new

33
Aminuddin Baki Kursus Kenegaraan HNS 2013

Upload: nur-kareena

Post on 22-Jun-2015

518 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kolej aminuddin baki slide show   visual bee new

Aminuddin BakiKursus Kenegaraan

HNS 2013

Page 2: Kolej aminuddin baki slide show   visual bee new

Ahli Kumpul

an

MOHD ALIF BIN DAUDNOORASIMAH BINTI

ISMAILNUR KAREENA AQILA

BINTI MAHDZIRROZILA BINTI MAMAT

Page 3: Kolej aminuddin baki slide show   visual bee new

title

Jasamu di kenang “ bapa pendidikan”

Page 4: Kolej aminuddin baki slide show   visual bee new

Latar Belakang Aminuddin BakiSejarah Awal Kehidupan.Aminuddin Baki telah di lahirkan pada 26 februari 1926 di dalam perkampungan Mandaling di Chemor , Perak. Keluarganya orang Mandaling yang berasal dari Sumatera dan beliau di besarkan bersama-sama tujuh adika beradik yang lain.Ibu bapanya membesarkan mereka semua dengan kehidupan yang sederhana tetapi mementingkan ajaran agama.

Page 5: Kolej aminuddin baki slide show   visual bee new

Tahap Pendidikan .

Pada tahun 1932 , Aminuddin Baki telah di daftarkan di Sekolah Pendidikan Awal dalam suasana Sekolah yang beratap. Selain itu, beliau turut telah mengikuti kelas Agama Islam di sebelah petang dan malam bawah bimbingan Ustaz Dahlan. Akhirnya beliau telah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan darjah lima (5) dan hal ini membolehkan beliau maju setapak ke Sekolah lain.

Pada tahun 1963-1941 pula,beliau di daftarkan di sekolah AndersonPada tahun 1936-1941 pula, beliau kemudiannya di daftarkan di Sekolah Anderson , Ipoh yang merupakan Sekolah Inggeris yang terbaik dI Ipoh pada waktu itu.

Di Sekolah Anderson, Aminuddin Baki telah menduduki “Special Malay Class” dan sepanjang pengajiannya, beliau hanya mengayuh basikal sejauh 20 km setiap hari dari Chemor ke Ipoh. Pada tahun 1945, beliau telah lulus dengan cemerlang dalam sijil persekolahannya dan hal ini mengembirakannya.

Page 6: Kolej aminuddin baki slide show   visual bee new

Selepas itu, kesan daripada kedatangan Jepun, telah menghantar pula beliau ke sekolah Convent, Jalan Gopeng di Ipoh bagi mempelajari “Kamigayo” iaitu pelajaran Bahasa Jepun.

Kemudiannya, beliau menjalani latihan perguruan di Hyoin Yosei Jo di Brewster Rood. Di sinilah Aminuddin mula akrab dengan tokoh-tokoh pendidikan yang lain seperti Hamdan Sheikh Tahir dan Abdullah Ayob.

Page 7: Kolej aminuddin baki slide show   visual bee new

Tahap Kejayaan.

Pada tahun 1945, Selepas perang tamat, Aminuddin kemudiannya menyambung pengajian dan mendapat School Certificate pada tahun 1946. Aminuddin mula menunjukkan minat dalam persatuan pelajar ketika beliau berasa amat kagum dengan Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu yang telah di tubuhkan pada 20 November 1945 di Institusi Victoria Kuala Lumpur.

Walaupun persatuan itu hanya di anggotai 11 orang ahli, namun keaktifan persatuan ini telah membawa kepada pertukaran nama yang baru iaitu “ Kesatuan Penuntut-penuntut Melayu “ pada 11 Febuari 1946 dengan tujuan untuk menyatukan persatuan pelajar di Tanah Melayu. Pada masa ini, Aminuddin Baki telah di lantik sebagai Setiausaha persatuan. Namun begitu, penglibatannya hanyalah sementara sahaja kerana pada bulan Oktober 1947, beliau di terima sebagai sebagai di Kolej Raffles yang kini merupakan sebagai Universiti Nasional Singapura sejak 8 oktober 1949.

49.

Page 8: Kolej aminuddin baki slide show   visual bee new

Pada tahun 1946 pula, Aminuddin sebagai belia yang bersemangat kebangsaan berusaha untuk meniupkan semangat yang sama dengan menyatukan pelajar- pelajar melayu.

April, 1946 usaha Aminuddin Baki dan belia telah berhasil dengan tertubuhnya Persatuan Pelajar Melayu Insaf (PERMI) di Ipoh. Ogos ,1947 pula, Aminuddin juga telah berjaya menyatukan tenaga pelajar-pelajar di Negeri Perak , maka dengan itu muncullah PERMI di Negeri Perak.

Seterusnya pula, beliau telah berjaya menyatukan pelajar-pelajar melayu dari Rafless collage dengan kolej sementara Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Trailer Dokumentari GPMS Meniti Perjuangan Anak Bangsa [HD].mp4.flv

Page 9: Kolej aminuddin baki slide show   visual bee new

Pada tahun 1949 pula, beliau terpaksa memberhentikan kegiatan persatuan pelajarnya kerana beliau di tawarkan ke Universiti Malaya, Singapura.Pada ketika itu, beliau hanya dapat mengikuti perkembangan persatuan dari jauh. Semasa di Universiti, Aminuddin berminat untuk mengajar dan menimba pengalaman, jadi beliau telah berdaftar sebagai guru sambilan di sekolah Malam Aglo- Melay Evening School di Singapura antara tahun 1949-1951 bersama-sama Abdullah Majid.Selepas itu, beliau telah mengatur pelbagai kelas bahasa Inggeris untuk anak-anak melayu di beberapa buah tempat di Singapura dan beliau merupakan tenaga pengajar yang mengajar di Sekolah Telok Belanggah.

Page 10: Kolej aminuddin baki slide show   visual bee new

Selain itu, beliau juga seorang pemidato dalam Bahasa Melayu yang baik dan boleh bertutur dengan fasih dalam Bahasa Inggeris , Jepun , China dan Arab. Kemudiannya, beliau bertekad untuk melanjutkan pelajaran ke Universitas Gadjah Madi di Indonesia sebagai pelajar melayu yang pertama di Universiti tersebut.Pada tahun 1950 , beliau telah bergiat aktif semula dalam GPMS dan telah di lantik sebagai Yang Di Pertuan Persatuan itu yang pertama. Namun , selepas itu , beliau telah di lantik sekali lagi untuk menyandang jawatan tersebut. Kepimpinan GPMS selama 2 tahun di bawahnya terpaksa di tinggalkan oleh Aminuddin apabila beliau menerima Queen Scholarship bagi melanjutkan pelajaran di Peringkat Sarjana di London.Di sana , Aminuddin Baki mempunyai rekod sebagai pelajar yang cemerlang sehingga beliau di anugerahkan hadiah pelajaran “ Queen’s Scholarship” dan di susuli “Queen’s Fellow” untuk melanjutkan pelajaran di peringkat kepujiaan.

Page 11: Kolej aminuddin baki slide show   visual bee new

Kemuncak Kejayaan.Selepas menamatkan pelajarannya pada tahun 1951 , Aminuddin Baki kembali ke Perak dan menjadi guru di Sekolah Inggeris Sultan Yusof di Batu Geja untuk sementara waktu.Kemudiannya , beliau berkhidmat di Sekolah Anderson sehingga Julai 1952. Selepas itu, beliau melanjutkan pelajarannya lagi dalam bidang pendidikan di Institusi Pendidikan, Universiti London dengan menaiki kapal. Julai, 1953, beliau telah tamat pengajian dan memperoleh Ijazah Sarjana Kaedah-Kaedah ( Master of Method ) dalam bidang pendidikan.Selepas pulang ke tanah air , beliau telah di tawarkan Jawatan Pensyarah di maktab perguruan Sultan Idris (MPSI) , Tanjong Malim , Perak . Hanya berbekalkan pengalaman dalam PERMI dan GPMS, beliau telah mengerakkan persatuan penuntut di SITC pula.

Page 12: Kolej aminuddin baki slide show   visual bee new

Kemudiannya beliau telah memperkenalkan Sejarah Islam kepada pelajar walaupun tidak termasuk di dalam sukatan pelajaran. Pada September 1995 pula, Aminuddin Baki telah terlibat dalam menyediakan Laporan Pendidikan Razak dan pada tahun 1960 beliau di pilih sebagai Ahli Jawatankuasa Penasihat dalam menyiapkan Laporan Abdul Rahman Talib.Setelah itu, pada tahun 1961 beliau telah di lantik menjadi Ketua Pegawai Pendidikan bagi Negeri Selangor dan Negeri Sembilan. Selepas itu, beliau merupakan pegawai kerajaan yang termuda di lantik sebagai ketua Penasihat Pelajaran bagi Persekutuan Tanah Melayu iaitu 36 tahun.

Page 13: Kolej aminuddin baki slide show   visual bee new

Meninggal Dunia.Pada hari pertama bulan Ramadhan, Negara telah kehilangan putera muda yang amat berjasa dalam Negara. Tanggal 24 Disember 1965, Aminuddin Baki yang berusia 39 tahun telah menghembuskan nafas yang terakhir setelah beliau di serang sakit jantung selepas menunaikan solat. Jawatan yang terakhir yang beliau pegang adalah sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.

Page 14: Kolej aminuddin baki slide show   visual bee new

1.Persatuan

2.GPMS

3.MPSI(UPSI)4.Wujudnya SRP,SPM,STPM DAN LPB

Sumbangan Aminuddin Baki

Page 15: Kolej aminuddin baki slide show   visual bee new

Ditubuhkan pada 20 November 1945.Mula membuat beberapa pergerakan dan melancarkan aktiviti-aktiviti untuk memajukan penuntut melayu sekolah itu sahaja.Telah menukarkan nama kepada Kesatuan Persuratan Penuntut-penuntut Melayu Kuala Lumpur.Kesatuan ini ditubuhkan dengan rasmi pada 11 Feb 1946.Kegiatan-kegiatan yang dijalankan oleh Kesatuan Persuratan Penuntut Melayu Kuala Lumpur telah menarik minat pelajar-pelajar melayu di Kajang dan Klang.Kesan akhir,tertubuhnya KPPMS.Pertubuhan pelajar ini seterusnya diikuti oleh Kesatuan Penuntut-penuntut Melayu Pahang.Kongres Pertubuhan-pertubuhan Melayu pada 1-3 Mac 1946 yang diadakan telah mengukuhkan lagi perjuangan untuk menuntut kemerdekaan.Hasil daripada kongres pertama lahirnya UMNO.PERMI ditubuhkan pada bulan April 1946.

PERSATUAN

Page 16: Kolej aminuddin baki slide show   visual bee new

GPMS ditubuhkan pada tahun 1948 di atas kesedaran kekurangan pelajar Melayu melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi.Sehingga 2 Ogos 1948, Aminuddin telah menerima penyertaan yang menggalakkan daripada pertubuhan-pertubuhan pelajar di negara ini.Penubuhan GPMS mendapat sambutan hangat.Pada tahun 1950,Aminuddin Baki menjadi Yang Dipertua GPMS yang baru.Memegang jawatan GPMS untuk kali kedua setelah pulang dari London.

GPMS

Page 17: Kolej aminuddin baki slide show   visual bee new

Aminuddin Baki adalah seorang tokoh pendidikan yang berjiwa besar, penyabar, dan seorang pemimpin yang mempunyai kesedaran tinggi.Kehadiran Aminuddin Baki di MPSI semakin menebalkan semangat beliau cintakan bangsa dan tanah air.Lahirnya paejuang-pejuang kebangsaan dan tokoh-tokoh politik dan sasterawan Melayu.Memperkenalkan satu kaedah pengajaran moden yang lebih berkesan dan menitikberatkan standardisasi Bahasa Melayu.Menerapkan pemahaman dan penghayatan Islam yang lebih mendalam di hati dan jiwa penuntut-penuntut MPSI.Memperkenalkan matapelajaran baru iaitu Sejarah Islam kepada penuntut-penuntut MPSI.Bertugas sebagai ketua perpustakaan MPSI pada masa itu.

MPSI

Page 18: Kolej aminuddin baki slide show   visual bee new

Laporan Razak telah dikemukakan pada April 1956. Aminuddin juga merupakan salah seorang yang terlibat di dalam penyelidikan laporan Razak. Laporan Razak telah membahagikan peringkat pendidikan menengah pada tiga tahap utama iaitu pendidikan Menengah Rendah, pendidikan Menengah Atas dan peringkat Pra-Universiti. Pendidikan Menengah Rendah akan mengambil masa selama tiga tahun di mana para pelajar akan menduduki peperiksaan LCE (LowerCertificate of Education) sekarang dikenali sebagai SRP (Sijil Rendah Pelajaran).Setelah menamatkan tempoh pengajian tersebut, pelajar-pelajar yang berjaya di dalam peperiksaan ini dan memperolehi kelulusan yang ditetapkan adalah layak untuk meneruskan pendidikan Menengah Atas selama dua tahun lagi. 1963.

WUJUDNYA SRP,SPM,STPM DAN LPB

Page 19: Kolej aminuddin baki slide show   visual bee new

Setelah berada dua tahun di peringkat Menengah Atas, mereka akan menduduki peperiksaan MCE (Malaysia Certificate of Education) sekarang dikenali sebagai SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).Murid-murid yang mencapai kelulusan terbaik di dalam peperiksaan SPM akan dipilih untuk belajar di tingkatan enam atau lebih dikenali sebagai Pra-Universiti. Setelah dua tahun di peringkat ini, mereka bolehlah menduduki peperiksaan HSC (Higher School Certificate) sekarang dikenali sebagai STPM (SijilTinggi Persekolahan Malaysia).Aminuddin Baki juga berusaha keras untuk menubuhkan LembagaPeperiksaan Bersama (Joint Examination Board) pada bulan Ogos

Page 20: Kolej aminuddin baki slide show   visual bee new

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

SEKOLAH KEBANGSAAN AMINUDDIN BAKI

KOLEJ AMINUDDIN BAKI UKM KOLEJ AMINUDDIN BAKI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN

IDRIS.

PENINGGALAN AMINUDDIN BAKI

Page 21: Kolej aminuddin baki slide show   visual bee new

INSTITUT AMINUDDI

N BAKI

Memantapkan sistem pendidikan di MalaysiaMESTI ialah sebuah Institut Latihan Pegawai-Pegawai Pendidikan1985 -MESTI dikenali sebagai Institut Pengurusan Pendidikan Negara.14 Mac 1988- IPPN ditukar kepada Institut Aminuddin Baki (IAB).Untuk mengenang jasa beliau.

Page 22: Kolej aminuddin baki slide show   visual bee new

Dibina pada tahun 1967Faktor penamaan sekolah ini ialah:

– Anak tempatan Chemor berjaya dalam pendidikan.

– Banyak menyumbangkan tenaga dan buah fikiran.

– mempertingkatkan taraf pelajaran dalam bidang sains dan teknologi.

– sumber inspirasi anak tempatan Chemor.

SEKOLAH KEBANGSAAN

AMINUDDIN BAKI

Page 23: Kolej aminuddin baki slide show   visual bee new

KOLEJ AMINUDDIN

BAKI UKM

1971- Kolej Kediaman Kedua UKM di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.1977- Dipindahkan ke dalam kampus tetap UKM Bangi.Dikenali sebagai Kamsis Aminuddin Baki.Kemudian ditukar kepada Kolej Aminuddin Baki

Page 24: Kolej aminuddin baki slide show   visual bee new

Kolej Aminuddin Baki(KAB)

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Page 25: Kolej aminuddin baki slide show   visual bee new

Terletak di kawasan Behrang yang dahulunya dikenali sebagai Kolej Proton.Mempunyai jarak sejauh 5 kilometer dari Kampus Sultan Abdul Jalil Shah.Ditubuhkan pada tahun 2000 dan memiliki empat buah blok

1.Blok A : Mahasiswa/wi antarabangsa2.Blok B : Mahasiswa/wi perempuan3.Blok C : Mahasiswa/wi perempuan4.Blok D : Mahasiswa/wi lelaki

Berkeupayaan menampung kira-kira 1,100 orang pelajar pada satu satu masa.

Latar Belakang KAB

Page 26: Kolej aminuddin baki slide show   visual bee new

Pada tahun 2002, sebanyak 2 buah blok telah dibuka bagi menampung pelajar seramai 1,800 orangSeterusnya 4buah blok lagi dibina dan menjadi sebanyak 10 buah blok bagi menampung keseluruhan penghuni kolej seramai hampir 3,000 orang pelajar.

Page 27: Kolej aminuddin baki slide show   visual bee new

Bermula 1 Oktober 2002, pentadbiran Kolej Kediaman Aminuddin Baki telah dibahagikan kepada dua.Iaitu Kolej Kediaman Aminuddin Baki dan Kolej Kediaman Za’ba.Masing-masing mentadbir 5 buah blok yang dapat menampung hampir kira-kira 1,300 orang pelajar pada satu-satu masa .

Page 28: Kolej aminuddin baki slide show   visual bee new

Bertanggungjawab memberikan perkhidmatan penginapan yang terbaik kepada penghuninya.Kebajikan dan perkembangan sahsiah pelajar perlu dititkberatkan.Berfungsi menguruskan prasarana dan logistik kolej kediaman seperti penyediaan bilik, penyelenggaraan bilik, penyelenggaraan kerosakan, surat menyurat, rekod pelajar dan sebagainya.Aspek-aspek kepimpinan seperti berketrampilan, keimanan, pegangan hidup, berkomunikasi, berhemah, bertolak ansur, berdisplin dan sebagainya perlu didedahkan dan diterapkan kepada penghuni Kolej Kediaman Aminuddin Baki.

Struktur Pentadbiran

KAB

Page 29: Kolej aminuddin baki slide show   visual bee new

VisiManakala visi Kolej Aminuddin Baki adalah Menjadi Kolej Kediaman yang terunggul pilihan utama warga kampus melalui perkhidmatan yang cemerlang.

Page 30: Kolej aminuddin baki slide show   visual bee new

MisiMisi Kolej Aminuddin Baki adalah Melaksanakan agenda pembangunan sahsiah siswa/siswi berlandaskan persekitaran yang konduktif, perkhidmatan yang berkualiti dan perlaksanaan aktiviti yang berdaya saing.

Page 31: Kolej aminuddin baki slide show   visual bee new

Pentadbira

n KAB

Page 32: Kolej aminuddin baki slide show   visual bee new

Kemudahan yang

disediakan1. Pejabat Pentadbiran2. Bilik JMK3. Stor4. Bilik Televisyen5. Surau Al-Falah6. Bilik Bacaan7. Bilik Switch / Bilik MDF8. Studio Muzik9. Koperasi10. Padang Serbaguna11. Perkhidmatan Telefon Awam12. Capaian Jalur Lebar Internet(JARING)13. Kafe Siber14. Tempat Letak Kenderaan15. Perkhidmatan Keselamatan16. Bilik MDF

Page 33: Kolej aminuddin baki slide show   visual bee new

Montaj Baktisiswa Perdana MAPIN 2012.flv

Aktiviti yang pernah dijalankan