tugasan 3 sce 3114

2
Tugasan 3 : Refleksi Melaksanakan tugasan bersama rakan-rakan sekelas sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan saya. Begitu jualah dalam pelaksanaan projek dalam subjek Sains, Teknologi dan Masyarakat ini. Kami telah ditugaskan untuk mengkaji tajuk berkaitan Tenaga dalam Biosfera. Antara perkara yang harus dilaksanakan membuat pameran dan memberi penjelasan kepada orang ramai mengenai penggunaan inovasi yang kami hasilkan. Saya berasa agak gementar pada awal-awal pembentangan, lebih- lebih lagi apabila hendak memberi penjelasan kepada pensyarah-pensyarah yang melalui kawasan pameran kami. Soalan-soalan yang dikemukakan kepada saya agak mencabar menjadikan saya terpaksa mangambil masa yang agak lama untuk membuat refleksi dan memberikan jawapan yang tepat dan memuaskan. Peristiwa ini telah memberikan pengalaman yang sangat-sangat berharga buat saya, lebih-lebih lagi dalam konteks perhubungan awam. Persoalan yang diberikan oleh pihak yang majornya bukan beraliran Sains membuatkan saya telah lebih berusaha untuk berfikiran lebih terbuka dalam menyampaikan maklumat yang saya miliki. Pameran dan penjelasan mengenai bahan inovasi ciptaan kami berjalan agaka lancar. Saya berupaya memberi penjelasan dengan baik walaupun agak gementar pada mulanya. Setelah memberi penjelasan kepada beberapa orang yang bertanya, akhirnya pembentangan saya menjadi semakin lancar dan mudah. Sokongan rakan-rakan kumpulan dan penjelasan yang mereka berikan secara bergilir-gilir memberikan input baru untuk ditambah dalam pembentangan projek kami ini. Secara keseluruhan, saya mendapati saya telah banyak mendapat pengalaman yang berharga sepanjang pembentangan projek yang kami jalankan ini. Saya telah berupaya untuk menyampaikan maklumat yang kami dapati setelah melakukan pembentangan berkali-kali dan mengambil giliran membentangkan projek dengan rakan-rakan kumpulan. Tidak dinafikan, pembentanganyang dilakukan pasti mempunyai kekurangan. Saya seharusnya melakukan lebih banyak pembacaan dan kajian bagi memantapkan lagi persembahan dan pembentangan kami. sememangnya, keyakinan dan motivasi yang tinggi sangat-sangat diperlukan. Saya juga tidak seharusnya berasa rendah diri dengan bahan

Upload: pekasamlutong

Post on 13-Feb-2015

260 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

kkbi sce tu...

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan 3 Sce 3114

Tugasan 3 : Refleksi

Melaksanakan tugasan bersama rakan-rakan sekelas sudah menjadi

kebiasaan dalam kehidupan saya. Begitu jualah dalam pelaksanaan projek dalam

subjek Sains, Teknologi dan Masyarakat ini. Kami telah ditugaskan untuk mengkaji

tajuk berkaitan Tenaga dalam Biosfera. Antara perkara yang harus dilaksanakan

membuat pameran dan memberi penjelasan kepada orang ramai mengenai

penggunaan inovasi yang kami hasilkan.

Saya berasa agak gementar pada awal-awal pembentangan, lebih-lebih lagi

apabila hendak memberi penjelasan kepada pensyarah-pensyarah yang melalui

kawasan pameran kami. Soalan-soalan yang dikemukakan kepada saya agak

mencabar menjadikan saya terpaksa mangambil masa yang agak lama untuk

membuat refleksi dan memberikan jawapan yang tepat dan memuaskan.

Peristiwa ini telah memberikan pengalaman yang sangat-sangat berharga

buat saya, lebih-lebih lagi dalam konteks perhubungan awam. Persoalan yang

diberikan oleh pihak yang majornya bukan beraliran Sains membuatkan saya telah

lebih berusaha untuk berfikiran lebih terbuka dalam menyampaikan maklumat yang

saya miliki.

Pameran dan penjelasan mengenai bahan inovasi ciptaan kami berjalan

agaka lancar. Saya berupaya memberi penjelasan dengan baik walaupun agak

gementar pada mulanya. Setelah memberi penjelasan kepada beberapa orang yang

bertanya, akhirnya pembentangan saya menjadi semakin lancar dan mudah.

Sokongan rakan-rakan kumpulan dan penjelasan yang mereka berikan secara

bergilir-gilir memberikan input baru untuk ditambah dalam pembentangan projek

kami ini.

Secara keseluruhan, saya mendapati saya telah banyak mendapat

pengalaman yang berharga sepanjang pembentangan projek yang kami jalankan ini.

Saya telah berupaya untuk menyampaikan maklumat yang kami dapati setelah

melakukan pembentangan berkali-kali dan mengambil giliran membentangkan projek

dengan rakan-rakan kumpulan.

Tidak dinafikan, pembentanganyang dilakukan pasti mempunyai kekurangan.

Saya seharusnya melakukan lebih banyak pembacaan dan kajian bagi

Page 2: Tugasan 3 Sce 3114

memantapkan lagi persembahan dan pembentangan kami. sememangnya,

keyakinan dan motivasi yang tinggi sangat-sangat diperlukan. Saya juga tidak

seharusnya berasa rendah diri dengan bahan inovasi yang kami telah hasilkan

kerana beberapa pujian telah kami terima mengenai inovasi yang telah dihasilkan.