tugasan 2 (ulasan blog)

4
KOD KURSUS KPT6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB TUGASAN 2: ULASAN BLOG http://juelieyza.wordpress.com Disediakan oleh: JULIZA BT AHMAD ZAHARI M20121000778 Disemak oleh : PROF. MADYA DATO’ DR ABD LATIF BIN HJ GAPOR PENSYARAH KPT6044 FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA UPSI

Upload: juelieyza

Post on 07-Jul-2015

89 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 2: Tugasan 2 (ulasan blog)

Saya telah membangunkan sebuah blog iaitu http://juelieyza.wordpress.com untuk tugasan

subjek Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web (KPT6044). Blog ini mengandungi

pelbagai pages dan kategori bagi memudahkan pengunjung mendapatkan maklumat. Saya

juga turut menggunakan thema dan widget yang menarik bagi memeriahkan lagi blog saya.

(A) Berikut adalah pages yang terdapat dalam blog saya:

I. Nota Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB)

Saya memilih matapelajaran kemahiran hidup sebagai salah satu entri dalam blog

saya kerana ianya bersesuaian dengan tema blog saya iaitu ‘food lover’. Saya bukan

merupakan seorang guru, tetapi saya sangat meminati subjek KHB (ekonomi rumah

tangga). Walaupun matapelajaran ini tidak diberi penekanan yang ketara seperti mana

matapelajaran yang lain, namun bagi saya matapelajaran ini sangat berguna kepada

pelajar kerana ia memberi kemahiran asas. Selain nota-nota yang disediakan kepada

pelajar, saya juga turut memuatnaik beberapa video tentang tajuk masakan dan ianya

dapat menarik minat para pelajar untuk mengunjungi laman blog saya.

II. Latihan Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB)

Saya juga turut menyediakan beberapa contoh set soalan KHB secara online. Tujuan

laman ini diwujudkan supaya pelajar dapat menguji minda mereka sambil melayari

internet. Tahap pemahaman para pelajar juga akan semakin meningkat jika selalu

diuji dengan pelbagai jenis bentuk soalan.

III. KPT6044

Selain itu, saya juga memasukkan tugasan-tugasan KPT6044 yang telah disiapkan.

Tujuan saya memasukkan tugasan tersebut adalah untuk memudahkan saya membuat

rujukan dan menyemak semula tugasan-tugasan lepas. Semua tugasan yang disiapkan,

saya kongsikan di ‘slideshare’ dan ‘youtube’. Kemudian saya akan pautkan ke dalam

blog saya.

Page 3: Tugasan 2 (ulasan blog)

IV. Terapi Diri

Dalam laman ini saya menggunakan pelbagai kata-kata untuk memberi semangat dan

sokongan kepada diri saya sendiri dan pengunjung blog saya supaya dapat terus

menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Entri ini juga turut diserikan

dengan video-video yang dipautkan dari youtube supaya lebih dalam pengertiannya

buat para pengunjung. Oleh itu, saya berharap laman terapi diri ini dapat menjadi

inspirasi bukan sahaja kepada diri saya malah kepada semua orang.

V. Video

Pengunjung blog saya boleh menonton video yang saya pautkan dari youtube.

Kebanyakan video yang saya masukkan dalam laman ini berkaitan dengan

matapelajaran KHB.

(B) Blog saya juga mengandungi 3 kategori iaitu:

I. Welcome To My Blog

Dalam kategori ini, saya memasukkan video promosi blog yang saya hasilkan sendiri

dengan menggunakan perisian movie maker. Tujuan video ini dihasilkan untuk

mempelawa pengunjung singgah di laman blog saya. Saya juga telah memuatnaik

video ini ke dalam youtube dan dikongsikan di facebook supaya dapat menarik minat

para pengunjung.

II. Not So Secret Recipe

Kategori ini berkaitan dengan resepi-resepi masakan seperti Rendang Tok, Nasi

Ayam Ala Alahai dan Ikan Patin Masak Tempoyak. Saya juga ada memaparkan

sedikit maklumat tentang sejarah masakan tersebut. Selain itu, kategori ini juga turut

mengandungi gambar-gambar makanan yang menyelerakan dan kreatif.

III. Healty First

Saya berkongsi tentang maklumat dan video kesihatan dalam kategori ini.

Page 4: Tugasan 2 (ulasan blog)

Blog saya http://juelieyza.wordpress.com