tugasan 1 titas

13
SADN 1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 1 UPJJ-UUM NAMA SITI NURFATIMAH BINTI HUSSEN NO.MATRIK 201785 SEMESTER SEMESTER OKTOBER SESI 2009/2010 PUSAT PACE, UUM SIBU TUGASAN 1 SADN 1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 1 Tugasan ini mengandungi TIGA soalan. Anda dikehendaki menjawab SATU soalan sahaja. 1. Huraikan peristiwa Hijrah dan kesannya ke atas pembinaan awal Tamadun Islam. 2. Syura dalam sitem politik Islam dan kebaikannya. Bincangkan. 3. Kepentingan Fatwa dalam masyarakat Islam. Tarikh Akhir Serahan Tarikh Penerimaan NAMA PENSYARAH Soalan Markah Asas Markah Diperolehi 1 30 NO.MATRIK : 201785

Upload: ctzam1203

Post on 28-Dec-2015

86 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

soalan tugasan titas

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan 1 Titas

SADN 1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 1 UPJJ-UUM

NAMA SITI NURFATIMAH BINTI HUSSEN NO.MATRIK 201785

SEMESTER SEMESTER OKTOBER SESI 2009/2010

PUSAT PACE, UUM SIBU

TUGASAN 1 SADN 1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 1

Tugasan ini mengandungi TIGA soalan. Anda dikehendaki menjawab SATU soalan sahaja.

1. Huraikan peristiwa Hijrah dan kesannya ke atas pembinaan awal Tamadun Islam.

2. Syura dalam sitem politik Islam dan kebaikannya. Bincangkan.

3. Kepentingan Fatwa dalam masyarakat Islam.

Tarikh Akhir Serahan Tarikh Penerimaan

NAMA PENSYARAH

Soalan Markah Asas Markah Diperolehi

1 30

2 30

3 30

NO.MATRIK : 201785

Page 2: Tugasan 1 Titas

SADN 1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 1 UPJJ-UUM

BIL. PERKARA MUKA SURAT

1. PENGENALAN

NO.MATRIK : 201785

Page 3: Tugasan 1 Titas

SADN 1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 1 UPJJ-UUM

KATA PENDAHULUAN

Segala puji bagi Allah atas kurnia taufiqNya. Selawat dan salam ke atas

Rasulullah petunjuk ke jalan yang lurus, juga kepada keluarga, sahabat serta orang

yang mengikut jejak langkahnya sehingga hari kiamat.

Tugasa ilmiah yang di hadapan pembaca ialah sebuah tugasan yang diwajibkan

ke atas pelajar Subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia 1,Pengajian Luar Kampus

(PLK), Universiti Utara Malaysia (UUM PACE), Sibu. Tajuk yang saya pilih untuk

tugasan ini ialah “Hijrah dan Kesannya Ke atas Pembinaan Awal Tamadun ”.

Tujuan saya memilih tajuk ini untuk beberapa matlamat yang berikut :

1) untuk membuktikan bahawa Hijrah Rasulullah S.A.W adalah wahyu dari

Allah dan ia memberi kesan yang mendalam ke atas pembinaan awal

Tamadun.

2) untuk membuktikan bahawa Hijrah mempunyai hikmah yang harus

diterokai sebagai pedoman buat generasi seterusnya.

Untuk menyelesaikan tugasan ini penulis telah mengambil masa sebulan untuk

menyelesaikannya. Masa seperti ini agak tidak mencukupi memandangkan tajuknya

yang menarik dan memerlukan hujjah yang bernas. Walau bagaimanapun penulis

berjaya menyelesaikannya dengan pertolongan beberapa perseorangan tertentu.

Penulis mendapati bahawa bahan-bahan rujuan hampir tujuh puluh peratus di dalam

bahasa Arab. Sementara yang lain di dalam bahasa Melayu dan lain-lain.

Dalam tugasan ini saya telah menggunakan metod penulisan sejarah dan telah

membahagikan tugasan ini kepada tiga bahagian besar. Bahagian Pertama

menyatakan pengertian hijrah dari perpekstif Islam. Bahagian Kedua pula meninjau

NO.MATRIK : 201785

Page 4: Tugasan 1 Titas

SADN 1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 1 UPJJ-UUM

mulanya tamadun islam. Bahagian Ketiga menjelaskan kesan Hijrah Rasulullah S.A.W

ke atas pembinaan awal tamadun.

Akhir sekali penulis ingin merakamkan terima kasih yang tidak terhingga kepada

mereka yang telah membantu dalam menyelasaikan tugasan ini. Semoga usaha ini

diredhai oleh Allah Taala sebagai amal ibadat. Penulis berharap tugasan ini menjadi

pembuka jalan kepada usaha untuk mengkaji lebih mendalam tentang hijrah Rasulullah

serta kesan daripada peristiwa tersebut.

وبالله التوفيق والهداية

Siti Nurfatimah Binti Hussen,

Pelajar Semester Oktober Sesi 2009/2010,

PLK-UUM,

PACE Sibu.

NO.MATRIK : 201785

Page 5: Tugasan 1 Titas

SADN 1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 1 UPJJ-UUM

PENGENALAN

DEFINISI HIJRAH

Tanggal 1 Muharram merupakan detik yang bersejarah buat umat Islam

keseluruhannya. Tarikh tersebut merupakan hari pertama perkiraan tahun hijrah buat

umat Islam. Meningkap kembali sejarah peristiwa hijrah Rasul dan para sahabat,

terkandung di dalamnya pengajaran dan hikmah buat perkembangan Islam itu

tersendiri.

Ramai penulis moden menterjemahkan perkataan hijrah bererti lari (flight). Kata

mereka, Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabatnya telah melarikan diri dari Makkah

ke Yathrib kerana takut diseksa dan diancam oleh kaum Musyrikin Quraisy. Terjemahan

dan tafsiran hijrah seumpama ini adalah tidak benar dan menyeleweng daripada

maknanya yang sebenar.

Hijrah ialah perkataan Arab yang diambil daripada kata dasar hajara yang bererti

‘berpindah’ dan terbitannya hijrah ertinya ‘perpindahan’ (migration). Pada umumnya,

perpindahan diertikan sebagai satu langkah untuk memperbaiki nasib hidup di dunia,

seperti orang berpindah dari desa ke Bandar untuk mencari pekerjaan yang lebih baik.

Tetapi hijrah merupakan suatu konotasi yang berbeza dan mempunyai orientasi dan

objektif yang lebih luas daripada itu, mencakupi aspek rohani dan jasmani bagi tujuan

untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.

Menurut Hasnan bin Kasan, salah seorang panel penulis daripada JAKIM, hijrah

berasal daripada perkataan bahasa Arab yang membawa maksud meninggalkan satu

tempat untuk menuju ke tempat lain. Ada di kalangan ahli bahasa yang memberi erti

NO.MATRIK : 201785

Page 6: Tugasan 1 Titas

SADN 1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 1 UPJJ-UUM

hijrah adalah merangkumi hijrah jasmani dan hijrah rohani. Maksud hijrah jasmani ialah

meninggalkan satu-satu tempat. Manakala hijrah rohani pula ialah meninggalkan satu-

satu sikap, kepercayaan, akidah, emosi dan tasawur serta menggantikannya dengan

yang lain.

Orang yang berpindah disebut muhajir (jamak : muhajirin atau muhajirun). Hijrah

yang dimaksudkan disini ialah hijrah orang Islam dari Makkah ke Yathrib bermula 1

Muharam 1H (16 Julai 622 M). bermula dari tarikh itulah tahun (takwim) Islam (tahun

Hijrah) digunakan.

DEFINISI TAMADUN

Mengenai definisi tamadun sudah banyak diperkatakan. Dalam penulisan Arab,

perkataan hadharah, madaniyyah, thaqafah dan bunyan sering digunakan bagi

menggambarkan tamadun tetapi perkataan tamadun lebih meluas penggunaannya. Ia

berasal daripada perkataan Arab ‘tamaddun’ yang berasal dari ‘maddana’ yang

bermaksud membangunkan atau memajukan (Bandar). Selainitu, ia membawa maksud

menjadi atau mengubah (seseorang yang berkelakuan kekampungan) kepada

berkelakuan (kebandaran).

Menurut kamus dewan, perkataan tamadun bermaksud kebudayaan, peradaban

dan kemajuan (Teuku Iskandar, 1970). Dalam bahasa Inggeris, perkataan yang

digunakan untuk merujuk kepada tamadun ialah civilization yang berasal daripada

perkataan latin ‘civitas’ yang bermaksud kota atau ‘city’ (Beg,1980) dan dari segi

etimologonya, tamadun berkait rapat dengan urbanisasi.

NO.MATRIK : 201785

Page 7: Tugasan 1 Titas

SADN 1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 1 UPJJ-UUM

PERMULAAN TAMADUN

Kelahiran tamadun Islam boleh dianggap satu keganjilan dalam sejarah hidup

manusia kerana ia lahir dalam kalangan penduduk padang pasir yang tidak begitu

diketahui oleh penduduk dunia pada ketika itu. Bangsa-bangsa yang menempa

tamadun sebelum itu adalah datangnya dari lembah Sungai Tigris dan Euphrates di

Mesopotamia, Sungai Nil di Mesir, Sungai Indus di India dan Sungai Hwang Ho di

China. Keempat-empat tamadun awal itu dikatakan telah mempunyai organisasi politik,

agama dan kepercayaan yang tersusun serta sistem sosioekonomi, komunikasi,

penulisan dan kemahiran khusus yang mantap. Tetapi pada kurun ke 5 Masihi,

tamadun ini menjadi lumpuh akibat keruntuhan empayar Rom yang menyebabkan

masyarakat Eropah dilanda perpecahan politik, kemerosotan ekonomi dan kongkongan

agama Kristian. Sejajar dengan itu pula dunia Arab dilanda Zaman Jahiliyyah sejak

keruntuhan kerajaan Saba’ pada 115 Masihi dan Himyar pada 534 Masihi. Keruntuhan

kerajaan Saba’ dikatakan berpunca daripada kemusnahan empayar Ma’rib yang dilanda

banjir besar dan keruntuhan kerajaan Himyar juga berpunca daripada kemerosotan

ekonomi berikutan kemusnahan empayar tersebut, tetapi ia dapat membina semula

kekuatannya hasil sumber yang diperoleh daripada daerah-daerah taklukannya yang

luas. Pada tahun 300 M ia mula lemah berikutan perpecahan politik dan setelah itu

campur tangan kuasa asing dari Habsyah yang disokong oleh kerajaan Rom. Pada

tahun 534 M kerajaan Himyar dijajah oleh Habsyah. Sejak tarikh itu masyarakat

mengalami keruntuhan tamadun yang ketara seperti dialami oleh masyarakat Eropah.

Jika masyarakat dikongkong oleh dogma agama Kristian, tetapi masyarakat Arab

khususnya di kawasan tengah termasuk kota Makkah dikongkong oleh kekufuran

NO.MATRIK : 201785

Page 8: Tugasan 1 Titas

SADN 1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 1 UPJJ-UUM

agama berhala. Sebelum itu masyarakat Arab di selatan Semenanjung Arab dikatakan

amat maju dan bertamadun kerana terdapat bangunan-bangunan tinggi dan rakyat

hidup mewah hasil pertanian dan perdagangan. Pada yang sama mereka

mengamalkan ajaran Allah S.W.T dan Rasul-Nya serta bersyukur atas segala nikmat-

Nya. Justeru Allah S.W.T memakmur dan memberkati kerajaan tersebut. Akan tetapi,

oleh kerana sifat angkuh dan takbur serta mengingkari akan nikmat-Nya berlaku

kemudiannya, maka Allah S.W.T telah menurunkan bala dan malapetaka ke atasnya

dengan banjir besar yang menyebabkan empangan Ma’rib yang dibangga-banggakan

itu runtuh. Selama kira-kira tiga kurun (300M-610M) masyarakat Arab hidup dalam

kegelapan Zaman Jahiliyyah, tiba-tiba sinaran wahyu kembali menyinar pada 17

Ramadhan 610 M dengan turunnya Al-Quran yang diwahyukan ke atas Nabi

Muhammad S.A.W. tidak sampai 100 tahun agama Islam tersebar dengan meluas dan

merebak ke serata dunia hingga ke negeri China. Empayar-empayar besar seperti

Empayar Parsi dan Empayar Rom telah dihancurkan, dunia yang gelap menjadi terang

disebabkan cahaya Islam. Islam telah membawa tamadun yang lebih tinggi dan unggul,

ketika dunia Barat mengalami Zaman Gelap. Ketika berada di puncaknya tidak terfikir

oleh umat Islam akan keruntuhannya. Tetapi pada pertengahan kurun ke 13 M tamadun

Islam di sebelah timur akibat serangan tentera Mongol ke atas kota Baghdad pada

1258 Masihi. Diikuti keruntuhan tamadun Islam disebelah barat akibat kejatuhan kota

Granada ke tangan tentera salib di Sepanyol pada akhir kurun ke 15 Masihi. Setelah

kira-kira satu dekad lamanya, maka kerajaan Melayu Melaka pula jatuh ke tangan

Portugis. Sejak itu, tamadun Islam telah lumpuh di merata dunia dan tidak dapat

dibangunkan lagi.

NO.MATRIK : 201785

Page 9: Tugasan 1 Titas

SADN 1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 1 UPJJ-UUM

TUJUAN HIJRAH

Tujuan sebenar Rasulullah dan para sahabat berhijrah bukanlah kerana takut

atau cuba melarikan diri daripada kaum Quraisy, tetapi ia mempunyai tujuan dan

objektifnya tersendiri. Objektif utama ialah untuk mematuhi perintah Allah S.W.T.

Objektif kedua ialah untuk mempertingkatkan dakwah Islamiah dengan cara yang

berkesan dan praktikal.

NO.MATRIK : 201785

Page 10: Tugasan 1 Titas

SADN 1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 1 UPJJ-UUM

BIBLIOGRAFI

Mustafa Hj. Daud. (1992). Tamadun Islam. Kuala Lumpur : Utusan Publications &

Distributors Sdn. Bhd.

Mahayudin Hj. Yahaya. (1998). Tamadun Islam. Shah Alam : Fajar Bakti

Hasnan bin Kasan. (2009). Penghijrahan Minda dan Tasawur. Retrieved from :

http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=492

Abdul Hamid Jaudah Al-Sahhar & Safiah Abdul Razak. (1993). Siri Karya ‘Ibrah Kisah

Para Nabi : Hijrah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Monir Yaacob & Wan Roslili Abd. Majid. (1998). Mufti dan Fatwa di Negara-

Negara Asean. Terengganu : Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Dr. Adnan ‘Ali Ridha Al-Annahwy. (1990). Syura Bukan Demokrasi. Kuala Lumpur :

Media Ehsan Sendirian Berhad.

NO.MATRIK : 201785

Page 11: Tugasan 1 Titas

SADN 1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 1 UPJJ-UUM

NO.MATRIK : 201785