tugasan 1 (c) - ekin

8
1 ………………………………………………………………………………………………...... TUGASAN INDIVIDU TAJUK : KERPASAN ………………………………………………………………………………………………….. KURSUS: KAJIIKLIM KOD KURSUS: HGF 3043 (KUMPULAN C) NAMA : NURASHIKIN BINTI ZULKIFLI NO MATRIK : D20141068583 SEMESTER : SEMESTER 3 NAMA PENSYARAH : DR MOHD HAIRY BIN IBRAHIM

Upload: cik-akin

Post on 29-Jan-2016

82 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

blogging

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan 1 (c) - EKIN

1

………………………………………………………………………………………………......

TUGASAN INDIVIDU

TAJUK : KERPASAN

…………………………………………………………………………………………………..

KURSUS:

KAJIIKLIM

KOD KURSUS:

HGF 3043

(KUMPULAN C)

NAMA : NURASHIKIN BINTI ZULKIFLI

NO MATRIK : D20141068583

SEMESTER : SEMESTER 3

NAMA PENSYARAH : DR MOHD HAIRY BIN IBRAHIM

Page 2: Tugasan 1 (c) - EKIN

2

1. Apakah maksud kerpasan?

Menurut Ishak Johari dan Nurhidayah (2010) kerpasan ialah satu bentuk curahan

yang terjadi dalam kitaran hidrologi sebagai lembapan atau air yang jatuh ke bumi

dari langit dalam pelbagai bentuk termasuk hujan, hujan air batu, salji, gerimis,

embun, kabus, dan sebagainya. Hujan dan salji merupakan pembekal utama kepada

jumlah keseluruhan curahan. Curahan boleh dikelaskan kepada dua kriteria iaitu

bentuk atau sifat fizikal dan keadah pembentukannya. Curahan berbentuk cecair

seperti hujan bersaiz 0.5mm hingga 2.0mm manakala curahan berbentuk pepejal

seperti salji. Saiz dan bentuk curahan bergantung kepada suhu persekitaran.

Kapasiti curahan dalam bentuk air atau pepejal yang berlaku bergantung kepada

faktor pergerakan tiupan angin, suhu, tekan dan kelembapan udara.

Curahan terbentuk kerana adanya mekanisma ketepuan dan penyejukan dalam

udara. Proses penyejukan sepenuhnya menyebabkan titisan air yang berat untuk

jatuh ke bumi sebagai curahan. Selain itu, air yang dihasilkan dari garam laut

melalui proses penyejatan mengakibatkan pemeluwapan lembapan air dalam udara.

Mekanisma yang terjadi akibat penyejukan udara menyebabkan juga pemeluwapan

dan terbentuknya titisan hujan, salji, atau embun.

Page 3: Tugasan 1 (c) - EKIN

3

2. Huraikan bagaimana kerpasan berlaku mengikut teori kerpasan dan pengaruhnya

terhadap cuaca dan iklim?

Kerpasan terdiri daripada dua teori iaitu teori perlanggaran dan teori Bergeron-

Findeisen. Bagi teori Perlanggaran, ia adalah merupakan pengumpulan atau

penyatuan bintik-bintik air yang kecil melalui pelanggaran oleh titisan-titisan air

yang jatuh. Menurut Donald Ahren (2012), teori perlanggaran dan tautan

merupakan awan panas yang hanya terdiri daripada titisan awan kecil saiz seragam.

Titisan ini kurang cenderung untuk bertembung kerana mereka semua jatuh dengan

perlahan-lahan pada kira-kira kelajuan yang sama. Titisan yang berlanggar sering

kali tidak bergabung kerana ketegangan permukaan kuat yang memegang bersama-

sama setiap titisan kecil. Awan yang terdiri daripada titisan yang saiznya berbeza

dimana titisan yang lebih besar jatuh lebih cepat daripada titisan yang lebih kecil.

Teori Bergeron-Findeison pula berlaku dimana atmosfera dibahagikan kepada

dua kawasan iaitu kawasan terbentuknya hujan iaitu di kawasan yang bersuhu -5°C

hingga -25°C. Di kawasan ini, terdapat hablur-hablur ais seni yang merupakan hasil

proses pemejalwapan. Berlakunya proses sejatan seterusnya membekalkan wap air

ke atmosfera. Manakala wap air yang memasuki kawasan ini akan mengalami

proses pemeluwapan dan proses pemeluwapan akan membekalkan lembapan.

Lembapan akan dimendapkan di permukaan hablur ais dan lapisan air nipis yang

dimendapkan akan menambah saiz hablur ais. Hablur ais yang diselaputi oleh

lembapan juga senang menggregat apabila berlanggar dan bercantum di antara satu

sama lain. Apabila hablur ais mencapai garis pusat melebihi 7mm, tarikan graviti

akan menarik hablur ais turun ke permukaan bumi. Hablur ais yang turun akan

mengalami proses pencairan kerana berlakunya proses pemanasan secara adiabatic

lalu turun sebagai hujan.

Teori ini berlaku untuk awan sejuk di bawah 0°C yang terdiri dari ais kristal dan

air sejuk yang merupakan air yang suhunya di bawah 0°C tetapi belum membeku.

Ini kerana, berlaku perbezaan tekanan wap di sekitar titisan air dan di sekitar ais

partikel mengakibatkan partikel air mengembun di sekitar partikel-partikel ais.

Partikel ini menyebabkan ais kristal menjadi besar. Jika berat titisan hujan ini telah

melampaui daya dorong ke atas, maka ia akan jatuh sebagai hujan. Pembentukan

hujan tersebut sering terjadi di kawasan tropika atau pada awan komulus yang

Page 4: Tugasan 1 (c) - EKIN

4

terbentuk menjadi komulonimbus, dengan keadaan awan berada di bawah titik

beku.

Untuk itu, teori Bergeron- Feideisen ia memberi pengaruh terhadap cuaca dan

iklim dengan berlakunya hujan perolakan. Hujan perolakan terjadi apabila

permukaan bumi dipanaskan oleh pancaran matahari pada waktu pagi. Permukaan

bumi yang menyerap pancaran matahari juga mengeluarkan haba. Haba yang

dikeluarkan akan memanaskan udara yang berhampiran dengan permukaan bumi.

Udara yang dipanaskan ini akan mengembang dan naik secara perolakan kerana

udaranya lebih ringan daripada udara di sekelilingnya. Udara ini akan terus naik

dan disejukkan secara adiabatik (semakin tinggi udara naik semakin sejuk).

Sehingga sampai takat embun, udara akan termeluwap membentuk titisan air dan

berkumpul membentuk awan kumulunimbus yang membawa hujan lebat pada

waktu petang disertai dengan kilat dan petir.

Selain itu, pengaruh kedua ialah terjadinya salji yang biasanya terbentuk apabila

wap air melalui aras atmosfera yang tinggi di bawah suhu yang kurang daripada

0°C dan kemudian jatuh semula ke bumi. Salji juga boleh dibuat dengan embun

beku yang jatuh dari permukaan yang dimana ia membentuk, atau partikel kabus

beku yang jatuh dibentuk apabila kelembapan pada permukaan udara mula

membeku pada suhu-suhu yang sangat rendah.

3. Berasaskan satu jenis kejadian kerpasan, nilaikan pengaruhnya terhadap cuaca dan

iklim di sesebuah negara.

Hujan adalah merupakan salah satu daripada bentuk curahan kerpasan. Menurut

Ishak Johari & Nurhidayah Seetha (2010), menyatakan bahawa hujan adalah titisan

air yang jatuh dari atmosfera. Titisan ini terhasil daripada proses pemeluwapan yang

membentuk bintik-bintik air yang akan bercantum membentuk awan. Apabila ia

mencapai takat tepu, titisan air ini akan turun sebagai hujan. Hujan ini terdapat

dalam pelbagai saiz dan bentuk bergantung kepada jenis hujan sama ada hujan lebat,

titisan kecil, titisan besar, renyai dan sebagainya. Selain itu, air hujan ini sering

digambarkan sebagai berbentuk lonjong seperti mata iaitu lebar di bawah dan tirus

di atas tetapi ini tidak semestinya tepat. Air hujan kecil ia akan kelihatan hampir

bulat. Air hujan yang besar pula ia akan menjadi semakin leper. Air hujan yang

lebih besar adalah kelihatan seperti berbentuk payung. Air hujan yang ini lebih

cepat turun berbanding air hujan yang kecil.

Page 5: Tugasan 1 (c) - EKIN

5

Hujan boleh dikategorikan berdasarkan kapasiti curahan hujan iaitu hujan

sedang, 20-50 mm/hari, manakala hujan lebat, 50-100 mm/hari dan hujan sangat

lebat pula melebihi 100 mm/hari. Jenis- jenis hujan juga banyak iaitu hujan air batu,

hujan ais, hujan asid, dan La Nina. Pengukuran curahan menganggap bahawa

jumlah air hujan yang dikumpulkan unit perluas lubang tolok adalah sama dengan

jumlah air yang dicerap.

Namun begitu, jumlah kerpasan atau hujan yang turun berlebihan boleh

menyebabkan banjir berlaku. Perkara ini sering terjadi kepada bahagian kawasan

tanah rendah di Indonesia. Setiap tahun kawasan ini menghadapi banjir akibat

curahan hujan yang berlebihan. Di Indonesia, banjir merupakan salah satu jenis

bencana hidrometeorologi yang paling sering terjadi. Kekerapan banjir ini berlaku

semakin meningkat dari tahun ke tahun, malahan kawasannya turut bertambah dan

tersebar ke kawasan yang lain. Perkara ini berlaku adalah akibat daripada perubahan

iklim global terutamanya curahan hujan yang banyak dan kemudiannya pula dengan

faktor lain seperti pembangunan yang pesat, perparitan yang tidak sempurna dan

lain-lain lagi.

Antara kawasan yang menjadi kawasan banjir ialah Jakarta, Semarang,

Surabaya, Medan, Makassar dan sebagainya. Banjir yang berlaku di Indonesia ini

adalah merupakan banjir yang rutin dimana tiap-tiap tahun kawasan-kawasan

tersebut akan mengalami banjir yang sama. Ini bermakna bahawa, setiap kali musim

tengkujuh, kawasan tersebut akan sentiasa dinaiki air dan banjir. Sejarah banjir

paling besar bagi negara Indonesia ini sehingga tahun 2007 ialah 1621, 1654, 1918,

1942, 1976, 1996, 2002 dan 2007. Disamping itu juga, secara geomorfologi dapat

lihat bahawa Jakarta adalah terletak pada dataran banjir seperti sungai, poulder,

pintu pengatur, bending dan sebagainya.

Disebabkan Jakarta berhampiran dengan 13 sungai maka ia mendapat curahan

air hujan tahunan yang cukup tinggi iaitu 2000-3000 mm dan daerah pengaruh

pasang surut laut mencapai 40% (24.000 ha) dari luas keseluruhan 64.000 ha. Oleh

sebab itu, banjir berlaku dan telah menyebabkan banyak kerosakan harta benda

penduduk dan juga telah menjejaskan kesihatan mereka.

Page 6: Tugasan 1 (c) - EKIN

6

4. Huraikan kesan kerpasan terhadap manusia dan bagaimana manusia

menghadapinya.

Kerpasan terdiri daripada pelabagai jenis iaitu hujan, hujan air batu, salji,

gerimis, embun, kabus dan sebagaiya. Untuk itu, hujan adalah sangat sinonim

dengan kejadian hujan. Hujan ini banyak memberikan impak atau kesan terhadap

manusia dimana hujan yang terlampau lebat akan menyebabkan permukaan tidak

dapat menampung jumlah air yang dicurahkan seterusnya menyebabkan bencana

seperti banjir. Jika kita dapat lihat, banjir ini semakin hari semakin bertambah dan

kesannya juga turut dirasai oleh manusia dan persekitaran. Kerja-kerja seperti

mengkaji dan memantau juga turut bertambah.

Kesan yang pertama ialah, kerosakan harta benda. Banjir yang melanda akan

menenggelamkan dan merosakkan harta benda awam dan penduduk dimana halaju

air adalah deras dengan kadar mendapan tanah yang tinggi. Harta benda penduduk

seperti perkakas rumah dan pejabat, kenderaan dan barangan kedai. Sementara

harta-harta awam seperti jalan raya, jambatan, parit, banteng dan kemudahan

elektrik dan telefon akan mengalami kerosakan ataupun musnah. Biasanya kos

membaiki, membaikpulih, atau menggantikannya adalah tinggi serta mengambil

masa.

Seterusnya pula ialah kesan kepada kesihatan. Banjir akan mengakibatkan

kuantiti dan kualiti air menjadi kotor akibat pencampuran air sungai, kelodak,

sampah sarap, air dan kolam najis dan lain-lain lagi. Kekotoran ini menjadi punca

kepada wabak penyakit seperti cirit-birit yang mana kesannya berlaku hingga ke

jangka masa panjang. Ini adalah kerana kekotoran mengandungi kuman dan

bakteria yang boleh menyebarkan penyakit seperti gatal, taun, kolera dan denggi.

Penyakit taun dan kolera adalah merupakan dua jenis penyakit bawaan air.

Kerapkali selepas banjir melanda sesuatu tempat, penduduk di kawasan yang

terlibat akan dilanda pula penyakit-penyakit tersebut. Ini adalah disebabkan

berlakunya pencampuran air kotoran ke dalam sungai yang menjadi punca bekalan

air minumna kepada manusia. Manakala bau busuk yang ditinggalkan akibat kesan

daripada banjir akan menganggu ketenteraman masyarakat setempat. Namun,

banjir ini juga boleh menyebabkan kehilangan nyawa manusia. Perkara ini akan

terjadi bila aliran air sungai dan parit menjadi amat deras serta sangat merbahaya

kepada penduduk terutamanya yang tinggal berhampiran sungai dan parit kerana

boleh menghanyutkan dan membawa manusia terutamanya kanak-kanak.

Page 7: Tugasan 1 (c) - EKIN

7

Oleh itu, untuk memastikan kesan ini berlanjutan, pelbagai langkah telah diatur.

Antara langkahnya ialah, memperbaiki system saliran yang sedia ada. Sistem

saliran dan perparitan yang sedia ada perlu dikaji semula kesesuaiannya dan

direkabentuk semula bagi menampung pertambahan air larian permukaan yang

semakin bertambah. Pada kebiasaannya, pereka bentuk akan melebar dan

mendalamkan system perparitan yang sedia ada bagi menampung kapasiti air yang

bertambah.

Penguatkuasaan undang-undang juga harus diketatkan bagi menjaga,

mengawal, dan menyelamatkan kawasan tadahan. Pihak kerajaan hendaklah

memastikan segala jenis bentuk samapah-sarap, buangan sisa toksik dan

sebagainya tidak dibuang ke dalam sungai atau parit bagi mengelakkan limpahan

dan pencemaran air sungai berlaku.

Projek-projek perumahan dan infrastruktur hendaklah dijalankan dan

dirancangkan dengan kemas dan teratur. Penebangan hutan dan pokok-pokok besar

terutamanya yang melibatkan kawasan-kawasan bukit, hendaklah dikawal secara

meluas sebagaimana yang diketahui gunung-ganang dan bukit-bukau adalah

merupakan pasak kepada bumi ini. Apabila ianya dirosakkan, maka akan lemahlah

kekuatannya dan ini boleh menyebabkan berlakunya hakisan tebing dan banjir

lumpur. Disamping itu, bagi mana-mana projek perumahan atau pembangunan

yang akan dilaksanakan maka salah satu syarat yang perlu dikenakan ialah

memastikan bahawa setiap projek yang akan dilaksanakan hendaklah menyediakan

system saliran yang sempurna dan mencukupi berdasarakan saiz yang diperlukan.

Page 8: Tugasan 1 (c) - EKIN

8

RUJUKAN

Aguado, E., & Burt, J. E. (2007). Understanding Weather And Climate. New Jersey: Pearson

Education.

Ahrens, C. D. (2008). Essentials Of Meteorologi An Invitation To The Atmosphere. Belmobt

USA: Brooks/Cole Cengage Learning.

Bergman, E. F., & Renwick, W. H. (2008). Introduction To Geography Peaple, Places, and

Enviroment. New Jersey: Person Prentice Hall.

C. Donald Ahrens. 2008. Esssential of Meteorology: An Invitation to the Atmosphere. Library

of Congress: United States of America.

Danielson, E. W., Levin, J., & Abrams , E. (1997). Meterology : Weather Forecasting . New

York.

Ishak Johari & Nurhidayah. 2010. Hidrologi Kejuruteraan Awam. Perpustakaan Negara

Malaysia.

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.(2011). Garis Panduan Persediaan Menghadapi

Banjir. Retrieved 15.10.2015: from Jabatan Sumber Asli dan Alam Sekitar:

http://www.water.gov.my/drainageflood-mainmenu-288/55?lang=my .

Lim Joo Tick & Azizan Abu Samah. (2004). Weather And Climate In Malaysia. Kuala

Lumpur: University Of Malaya.