anyaman kump hawa,ekin,k.farah

Upload: nur-hawa

Post on 07-Jul-2015

457 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu. Kegiatan seni anyaman ini telah bermula sejak zaman dahulu lagi. Pelbagai rupabentuk kraftangan dapat dihasilkan melalui proses dan teknik anyaman dari jenis tumbuhan pandanus (pandan dan mengkuang). Bahan-bahan asas tumbuhan ini tumbuh meliar di hutan-hutan, paya-paya, kampungkampung dan kawasan di sekitar pasir pantai. Bentuk-bentuk anyaman dibuat didasarkan kepada fungsinya. Misalnya bagi masyarakat petani atau nelayan, kerja-kerja anyaman dibentuk menjadi bakul, topi, tudung saji, tikar dan aneka rupa bentuk yang digunakan sehari-harian. Selain daripada tumbuhan jenis pandanus, bahan asas lain yang sering digunakan ialah daripada tumbuhan bertam, jenis palma engeissona tritis dan nipah.

Rupa bentuk anyaman tradisi yang masih kekal penciptaan dan fungsinya hingga kini ialah tikar. Selain tikar yang datar dengan sifat dua dimensi, terdapat rupa bentuk anyaman tiga dimensi. Bentuk-bentuk anyaman begini biasanya digunakan oleh masyarakat pada masa dahulu untuk mengisi atau menyimpan bahan-bahan keperluan hidup dan kegunaan seharian. Beberapa daripada rupa bentuk ini ialah bakul, kampit (bekas belacan), tudung saji, kembal (rombong) dan sebagainya. Terdapat dua ciri-ciri penting dalam ragam hias anyaman, iaitu penciptaan kelarai (motif) dan corak.

proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.

seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar. Perkembangan Sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar. Jenis seni anyaman pada masa Neolitik kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah dan keperluan kehidupan. Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang awal digunakan untuk menghasilkan anyaman. Bahan-bahan asas tumbuhan ini tumbuh meliar di hutanhutan, paya-paya, kampung-kampung dan kawasan di sekitar pasir pantai.

Menurut Siti Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi menyatakan pada zaman pemerintahan Long Yunus (1756-94) di negeri Kelantan, penggunaan anyaman digunakan oleh raja. Anyaman tersebut dipanggil Tikar Raja yang diperbuat daripada pohon bemban. Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di peringkat kampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh, Kampung Kijing, Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain yang masih terdapat aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah.

Perusahaan anyaman biasanya dilakukan secara individu dan secara kecil-kecilan yang merupakan satu usaha ekonomi bagi orang-orang di kampung. Kini,terdapat organisasi dan perbadanan yang mengusahakannya, dengan skala yang besar seperti cawangancawangan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Persatuan Gerakan Wanita Felda, Pusat Graftangan Felda, dan sebainya. Hasilan anyaman bermutu tinggi bagi memenuhi keperluan pelanggan.Hasilan anyaman tidah terkongkong dalam bentuk tradisional sahaja. Ciptan dimensi baru dari segi rupa dan bentuk, warna dan corak, teknik dan bahan sering diubahubahkan mengiikut peredaran zaman dan cita rasa pelanggan.

Pandan dan mengkuang adalah tumbuhan daripada spesis yang sama. Daun mengkuang lebih lebar, tebal dan panjang daripada daun pandan. biasanya mengkuang digunakan untuk menganyam bendabenda yang lebih besar dan kukuh berbanding dengan bendabenda yang diperbuat daripada pandan. Kelebaran bilah anyaman dikaitkan dengan kehalusan hasil kerja, lebih kecil bilah, lebih halus hasil kerjanya. Hasil kraf yang halus pembuatannya mempunyai nilai hiasan yang tinggi. Sebaliknya, hasil kraf yang kasar lebih menekankan ciri fungsional.

Tikar mengkuang yang lebar anyamannya biasanya digunakan untuk menjemur padi, mengalas lantai dapur atau jemuran dan sebagainya. Tikar yang dianyam untuk kegunaan demikian tidak dicelupkan warna, berlainan daripada tikar yang dikhaskan untuk tetamu. Tetamu dibentangkan tikar yang bukan sahaja halus anyamannya malah bercorak dan berwarna-warni. Corak anyaman umumnya disebut kelarai. Bagaimanapun, khususnya untuk tikar mengkuang, kelarainya dirujuk sebagai ragi. Semua jenis kelarai berunsurkan alam semula jadi. Daripada bentuk bunga, terdapat kelarai bunga atur, berembang, cengkih dan cengkih beranak, bunga cina, bunga durian, bunga kundur, bunga pecah lapan, bunga tanjung, bunga telur, dan bunga rumput.

Unsur-unsur tumbuhan yang lain termasuk akar, pucuk (rebung) dan tampuk (jantung pisang, manggis, pinang). Daripada unsur fauna pula, ada motif anggota haiwan, seperti siput, kepala gajah, mata berkait, tapak anjing dan tapak harimau. Juga kelarai dengan bentuk-bentuk bahagian tertentu ikan, serangga dan unggas. Antaranya ialah anak ikan, belalang cucuk, jari kedidi, mata ketitir, pusat belanak, siku keluang, sisik kelah dan tulang ikan. terdapat bentuk bebas, seperti kelarai belah ketupat, kelarai kisar mengiri, kelarai beras patah dan kelarai madu manis. Dalam membuat kelarai, perkara utama yang diperhatikan ialah jumlah mata atau langkah daripada bilah daun yang digunakan. Jumlah mata menentukan saiz satu-satu corak. Untuk menyerlahkan kelarai, bilah-bilah dicelupkan dua warna yang bertentangan atau berkontras.

`

`

`

`

Parang untuk memotong daun dari pokoknya dan menetak bahagian pangkal dan hujung daun. Pisau untuk membuang empulur daun dan duri bahagian kiri dan kanan daun. Pelurut diperbuat daripada buluh (biasanya antara 17 cm panjang dan 4.5 cm lebar) untuk melembutkan daun. Tempayan untuk merendam daun.

` ` `

`

Bekas besar untuk mencuci Periuk untuk merebus. Dapur digunakan dalam proses pewarnaan serta untuk melayurkan daun supaya mudah dijangka.. Jangka sisir kayu atau buluh yang bermata tajam untuk melerai daun menjadi helaian kecil mengikut lebar yang dikehendaki.

`

`

`

Ampaian untuk menjemur bilah daun yang telah direndam. Ampaian perlu didirikan di tempat redup untuk menjemur bilah daun yang telah diwarnakan. Penyisip daripada buluh untuk menyisip helaian daun semasa menganyam demi mengelakkan anyaman daripada terburai. Pisau kecil yang tajam untuk mengerat lebihan anyaman supaya hasil kemas dan menarik.

MOTIF ANYAMAN BULUH Motif flora ` pucuk rebung ` bunga bulan ` bunga dara berendam ` bunga mayang pinang ` bunga penada

Motif fauna ` Burung kenyalang ` Labi-labi ` Cacing bergulung ` Bunga kera naik pokok ` Bunga orang memandang buaya ` Bunga sepit udang ` Corak ular (tetagong) ` Corak sinapala ` Corak kumbang (sinibubu) ` Nantorengan Di-Lang (duduk anak)

Motif abstrak ` Bunga cahaya bintang ` Bunga ombak bergulung ` Bunga ramping pinggan ` Binulan (seperti bulan) ` Sisip seselungan (corak cangkuk) ` Corak rapat ` Corak simpalilet ` Siniking (corak rapat)

MOTIF ANYAMAN PANDAN DAN MENGKUANG ` Kelarai berasaskan flora ` Kelarai berasaskan rupa geometri ` Kelarai berasaskan rupa abstrak ` Kelarai berasaskan nama tempat atau nama pereka.

Kelerai berasaskan flora

Kelerai berasaskan geometri dan rupa abstrak

Terdapat beberapa jenis anyaman. Antara ialah: ` Anyaman Buluh ` Anyaman Pandan dan Mengkuang ` Anyaman Rotan ` Anyaman Ribu-ribu ` Anyaman Lidi-lidi

` `

`

`

`

Seni anyaman buluh telah popular di Sarawak sejak zaman pemerintahan James Broke. Anyaman ini dibuat dengan menganyam menyilang bilah buluh secara lurus dan melintang untuk dijadikan bentukbentuk berfungsi seperti nyiru, bakul, raga, tudung saji, dan sebagainya. Seni kraf ini diusahakan oleh kaum Bidayuh dan juga kaum Iban. Kwasan yang masih giat menjalankan perusahaan ini ialah di Semeba (Kuching), Sri Aman, Betong dan Mutu di Sarawak. Hasil anyaman biasanya berwarna merah, hitam dan warna asal buluh. Rekabentuk lama anyaman itu masih unggul dan tetap diminati ramai. Kini, idea-idea baru anyaman telah dipelbagaikan dan dapat menepati cita rasa lebih ramai pelancong dalam dan luar negara.

` `

`

`

Buluh merupakan salah satu spesis rumput, sama seperti lalang, jagung dan padi. Buluh yang kadang-kadang disebut bambu atau aur, tumbuh dan membiak dengan mudah di kebanyakan kawasan tropika dan subtropika. Di negara kita terdapat berbagai-bagai jenis buluh. Antaranya buluh akar, buluh batu/tumpat, buluh betung, buluh cina, buluh duri, buluh gading, buluh kasap, buluh minyak/padang, buluh peleting, buluh perindu dan buluh sembilang. Bagi masyarakat peribumi di nusantara, buluh mempunyai seribu satu kegunaan iaitu sebagai baur kail atau joran, baur panah, bekas membakar lemang, bilah kipas, bilah serkap, galah, pagar, ranting dan batang payung, rakit, sangkak, seligi, sigai, sudip, tabung, tuar, tukil dan sebagainya. Hasil anyaman buluh pula termasuk bakul, dulang, nyiru dan tudung saji. Jenis buluh yang biasa ialah buluh akar, buluh betung, buluh minyak dan buluh gading.

`

Pandan dan mengkuang tumbuh subur di tepi-tepi alur, paya, sungai dan kawasan-kawasan yang menggenangi air tawar di seluruh nusantara. Tidak hairanlah seni menganyam pandan dan mengkuang tersebar luas. Dengan itu, pelbagai barangan dapat dihasilkan daripada anyaman pandan dan mengkuang. Pandan dan mengkuang adalah tumbuhan daripada spesis yang sama. Daun mengkuang lebih lebar, tebal dan panjang daripada daun pandan. Oleh yang demikian, biasanya mengkuang digunakan untuk menganyam benda-benda yang lebih besar dan kukuh berbanding dengan benda-benda yang diperbuat daripada pandan. Namun begitu, bilah anyaman mengkuang tidak semestinya lebih lebar daripada bilah anyaman pandan.

`

Kelebaran bilah anyaman dikaitkan dengan kehalusan hasil kerja, lebih kecil bilah, lebih halus hasil kerjanya. Hasil kraf yang halus pembuatannya mempunyai nilai hiasan yang tinggi. Sebaliknya, hasil kraf yang kasar lebih menekankan ciri fungsional. Tikar mengkuang yang lebar anyamannya biasanya digunakan untuk menjemur padi, mengalas lantai dapur atau jemuran dan sebagainya. Tikar yang dianyam untuk kegunaan demikian tidak dicelupkan warna, berlainan daripada tikar yang dikhaskan untuk tetamu. Tetamu dibentangkan tikar yang bukan sahaja halus anyamannya malah bercorak dan berwarna-warni.

`

`

`

`

Rotan merupakan sejenis tumbuhan palma yang memanjat. Pelbagai jenis rotan tumbuh liar di hutan-hutan nusantara. Antaranya rotan air, rotan bakau, rotan batu, rotan bukit, rotan kera, rotan kolam, rotan manau, rotan sega dan sebagainya. Daripada puluhan jenis itu, rotan batu, rotan manau dan rotan sega dianggap paling baik untuk tujuan pembuatan perabot dan hasil anyaman. Malah, berasaskan potensinya dalam pembuatan perabot, sejak beberapa tahun kebelakangan rotan manau telah ditanam secara besarbesaran sebagai tanaman komersil sampingan di celahcelah barisan tanaman lain. Hasil anyaman rotan tradisional termasuk bakul, kerusi, lekar, nyiru, raga dan juga alat permainan tradisional seperti sepak raga. Sesuai dengan cara hidup moden, rotan kini semakin popular sebagai kelarai perhiasan, seperti terendak lampu.

`

`

`

Anyaman ribu-ribu Ribu -ribu adalah sejenis paku-pakis yang hidup liar terutama di kawasan belukar yang lembap. Terdapat beberapa jenis ribu-ribu iaitu ribu-ribu biasa, ribu-ribu besar/gajah dan ribu-ribu bukit/duduk atau akar sidin. Kegunaan utama ribu-ribu pada masa dahulu ialah sebagai bahan untuk dijadikan tali. Banyak rumah di Terengganu misalnya menggunakan tali ribu-ribu sebagai pengikat rabung kerana tali jenis ini tahan lama. Tetapi kini kegunaan ribu-ribu hampir terbatas kepada hasil kraftangan sahaja. Barang-barang yang diperbuat daripada ribu-ribu termasuk terendak, bekas tembakau, bekas sirih dan dompet.

`

`

`

Pokok kelapa dikenali sebagai pokok serbaguna kerana semua bahagian pokok ini boleh digunakan. Salah satu bahan kraftangan yang diperbuat daripada pokok kelapa ialah lidi. Berbagai-bagai barangan boleh dihasilkan daripada lidi kelapa. Antaranya, lekar, bakul, tempat simpan telur, bekas buah-buahan dan raga gubahan bunga.

`

1. MEMILIH DAUN kerat pagi/petang untuk mengelakkan daun layu, pilih daun berusia 2 tahun, bahagian tulang daun (mempulur) dibuang dengan pisau.

`

2. MELAYUR atas bara api sehingga warna daun kekuningan supaya lembut dan tahan lama dan tidak mudah patah.

`

3. MENGJANGKA daun dibelah menjadi saiz kecil dan sekata pada bahagian duri pada daun juga dapat dibuang.

`

`

4. MERENDAM helaian daun diikat dan direndam 3 hari 3 malam dgn air. Air perlu ditukar 2 kali sehari elak bau masam. Proses rendam untuk lunturkan warna hijau menjadi putih pada daun. 5. MENJEMUR Daun dibuka ikatannya dan dijemur hingga kering.

`

6. MELURUT/LARIK Daun yang kering dilurut utk luruskan daun dan elak bergulung-gulung

`

7. MEWARNA 2 cara tradisional atau moden. Tradisional : guna kunyit (kuning) kesumba india(jingga) mengkudu (biru) arang (hitam). Moden : guna Dylon yang dibancuh dan dididihkan. Daun diikat celup selama 15-20 minit.Ikatan daun diangkat dibiarkan sejuk dan dibasuh kemudian dijemur. 8. MENGANYAM ada 5 peringkatdalam proses menganyam iaitu :

`

`

A) Lagang Asas atau tulang kpd reka bentuk anyaman. Menentukan panjang dan bentuk anyaman B) Anyaman Terbahagi kepada 3 jenis sama ada nk buat Anyaman kelarai, Anyaman biasa atau anyaman sulam. *Anyaman dimulakan dari bahagian tengah (lagang) seterusnya dianyam ke bahagian tepi.

`

`

`

`

C) Pepeh atau Lepih Anyaman Mati iaitu mengakhiri anyaman D) Sisip Hujung daun dipotong serong dan masukkan ke dalam/sisip supaya tak terburai. E) Kerat daun lebih dipotong supaya kemas.

Merendam : ` Mengikut cara tradisional, buluh yang siap dipotong itu kemudian direndam di dalam air asam dan air selut selama seminggu. ` Tetapi kini cara yang lebih mudah digunakan ialah buluh itu direbus bersama campuran soda ` .Tujuan : mengeluarkan kandungan gula yang terdapat di dalam buluh, supaya tidak dimakan bubuk dan tahan lebih lama. Buluh yang telah direndam lebih cantik dan menarik.

Menyalai : ` Buluh disalai atau diperasap hingga kering.Kemudian buluh dibelah, disepat (memisahkan kulit daripada isi batang pokok) dan diraut. ` Kulit dan isi batang akan diraut menjadi bilah. ` Bilah bahagian kulit lebih sesuai dijadikan rangka atau tulang hasil kraftangan kerana lebih keras.

`

`

Meraut dan mengisit daun kelapa yang muda dan panjang untuk mendapatkan lidinya. Lidi yang sudah licin, direbus dengan bahan pewarna dan kemudian dijemur hingga kering.Lidi itu sedia untuk dianyam.

Untuk membuat lekar atau bakul, misalnya, bahagian tapak disusun terlebih dahulu didalam satu bingkai supaya bilah-bilah lidi tidak mudah terungkai. Kemudian hujung lidi dilentur secara berselang-seli dan diselitkan di antara satu sama lain dalam aturan tertentu untuk menghasilkan suatu corak.

Seterusnya lidi itu ditarik supaya anyaman tersebut menjadi kukuh. Akhirnya bahagian hujung lidi diselitkan dengan kemas dan bakinya dipotong.

`

`

Perusahaan anyaman biasanya dilakukan secara individu dan secara kecil-kecilan yang merupakan satu usaha ekonomi bagi orang-orang di kampung. Kini,terdapat organisasi dan perbadanan yang mengusahakannya, dengan skala yang besar seperti cawangan-cawangan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Persatuan Gerakan Wanita Felda, Pusat Graftangan Felda, dan sebainya.

`

`

Hasilan anyaman bermutu tinggi bagi memenuhi keperluan pelanggan.Hasilan anyaman tidah terkongkong dalam bentuk tradisional sahaja. Ciptaan dimensi baru dari segi rupa dan bentuk, warna dan corak, teknik dan bahan sering diubahubahkan mengiikut peredaran zaman dan cita rasa pelanggan.

Jenis Bahan Aplikasi Anyaman Anyaman Daun Tikar, tudung salji, bekas pakaian dan lainMengkuang mengkuang lain Anyaman Daun Tikar semba yang, iasan dinding, pandan pandan duri enis-jenis Anyaman bulu yang Bakul, bekas pakaian, nyiru, beg dan lain-lain Bulu sesuai Rotan yang Anyaman Bakul, bekas pakaian, tempat buaian anak tela Rotan dan lain-lain diproses Anyaman Lidi Lidi kelapa Anyaman ribu-ribu Lekar, bekas bua , bekas telor.

Paku pakis Tempat tembakau, bekas siri terbus, bakul, ribu-ribu. bekas seba guna dan lain-lain.

`

Sekian terima kasih