tugasan 1: bengkel membaikpulih komputer · pdf filedi ruang rehat terdapat pintu keluar...

7
Tugasan 1: Bengkel Membaikpulih Komputer Nama : Nik Khairol Anezam B Mohd Yazin No Matriks: DX085294DCD04 No IC: 791230-14-5015 Nama Pengajar: Pn.YM Raja Aida Bt Raja Shahruddin Website: SelenggaraKomputer.wordpress.com

Upload: hoangkien

Post on 24-Feb-2018

231 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan 1: Bengkel Membaikpulih Komputer · PDF fileDi ruang rehat terdapat pintu keluar keselamatan untuk digunakan jika ... seorang lagi perlu bekerja di bengkel. Jadual kerja dan

Disediakan oleh

Nik Khairol Anezam Bin Mohd Yazin

Tugasan 1: Bengkel MembaikpulihKomputer

Nama : Nik Khairol Anezam B Mohd YazinNo Matriks: DX085294DCD04

No IC: 791230-14-5015Nama Pengajar: Pn.YM Raja Aida Bt Raja Shahruddin

Website: SelenggaraKomputer.wordpress.com

Page 2: Tugasan 1: Bengkel Membaikpulih Komputer · PDF fileDi ruang rehat terdapat pintu keluar keselamatan untuk digunakan jika ... seorang lagi perlu bekerja di bengkel. Jadual kerja dan

TUGASAN 1: BENGKEL MEMBAIKPULIH KOMPUTER

1. Peralatan Asas

Untuk membina bengkel membaiki komputer, apa yang saya perlukan ialah peralatan asasuntuk membaiki komputer.

Terdapat banyak kit perlalatan komputer dijual di pasaran, ia direka khas untuk memenuhikeperluan juruteknik. Alat ini digunakan untuk membuka dan memasang komputer danperalatannya.

Saya akan membeli kit peralatan komputer yang mengandungi:

• Spannar Soket (terdapat 6 saiz yang berbeza)• Pemutar Skru Jenis Mata Biasa – terdapat dua jenis saiz pemutar skru jenis ini. Satu

besar dan satu lagi kecil.• Pemutar Skru Jenis Philip – Pemutar skru jenis Philip yang kecil diperlukan untuk

membuka skru pada “power supplies”, “interface cards”, “hard disk” dan “floppy disk”.• Pelayar Mucung Panjang• Pemotong Wayar• Tweezers – sangat berguna untuk mengambil skru atau komponen yang terjatuh di

tempat yang sempit.• Parts grabbers ( jenis claw)• Pemutar Jenis Mata Bintang – Digunakan untuk melonggarkan/memasang skru yang

berbentuk bintang yang biasanya terdapat pada komputer jenis Compaq.• Lampu Suluh dan Kanta Pembesar – untuk melihat di bawah motherboard dan di

bahagian yang gelap dalam casing komputer.• Plastik kecil – untuk menyimpan skru, nut dan sebagainya.

Rajah: Contoh Kit Peralatan Komputer

Page 3: Tugasan 1: Bengkel Membaikpulih Komputer · PDF fileDi ruang rehat terdapat pintu keluar keselamatan untuk digunakan jika ... seorang lagi perlu bekerja di bengkel. Jadual kerja dan

Selain itu terdapat juga peralatan tambahan yang penting iaitu:

• Multi Meter Digital – digunakan untuk menguji voltan power supply dan mengujipengaliran arus pada kabel. Banyak kerosakan memerlukan pengujian terhadap voltandan rintangan. Nilainya diukur dengan menggunakan multi meter ini. Terdapat dua jenismulti meter iaitu multi meter analog dan digital.

.• Bahan Dan Peralatan Membersih - bahan pencuci kimia , berus kecil, pembersih

vakum tangan dan sebagainya.

• Palam Wrap – digunakan untuk menguji masalah port serial dan parallel.

• Software – untuk menguji komponen yang terdapat dam sistem.

• Anti static wrist band, mat dan beg anti statik – kerosakan boleh berlaku pada litarberpunca dari cas statik. Maka peralatan anti statik perlu digunakan. Alat gantikomponen komputer perlu disimpan di dalam beg anti statik bagi mengelakkankerosakkan akibat cas statik.

• Alat Pemateri – perlu digunakan sekiranya terdapat kerosakkan pada sambunganwayar atau litar.

• Besi Pemateri

• Penyedut Pateri

Rajah: alat pemateri, besi pemateri dan sebagainya

Page 4: Tugasan 1: Bengkel Membaikpulih Komputer · PDF fileDi ruang rehat terdapat pintu keluar keselamatan untuk digunakan jika ... seorang lagi perlu bekerja di bengkel. Jadual kerja dan

Bengkel Membaikpulih Komputer

Untuk membina bengkel komputer, faktor utama yang perlu difikirkan ialah faktor kos. Makauntuk mencari tapak bengkel kena pastikan dulu tapak tersebut milikan tetap ataupun pajakan.Lebih selamat mencari tapak milikan tetap kerana tidak perlu risau untuk berpindah setelahmengeluarkan wang untuk mengubahsuai bengkel. Dengan kos permulaan yang sedikitbiasanya saya cuma akan mampu menyewa kedai kecil. Saiz bengkel 5m x 10m mungkinsesuai bagi budget saya ini. Dengan saiz sebesar ini saya hanya akan boleh menyediakanruangan kecil untuk pelanggan mengambil barang dan sedikit ruangan untuk pameran..Sebelum membuka bengkel saya akan mengkaji lokasinya sama ada tempat itu berpotensi atautidak. Dengan cara memberi pamplet pejabat-pejabat atau kedai di sekitar lokasi. Jika ramaiorang yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan di kawasan itu. Maka lokasi tersebutmemang strategik dan saya boleh terus membuka bengkel di situ. Ini penting bagi memastikanbengkel yang akan dibina tidak gulung tikar.

Rajah: Lokasi bengkel perlu strategik

Page 5: Tugasan 1: Bengkel Membaikpulih Komputer · PDF fileDi ruang rehat terdapat pintu keluar keselamatan untuk digunakan jika ... seorang lagi perlu bekerja di bengkel. Jadual kerja dan

2. Pelan Lantai Bengkel Komputer

Gambar di atas menunjukkan pelan bengkel yang akan saya bina. Di depan pintu masukterdapat meja penyambut tetamu. Terdapat kerusi sofa di sebelah kanan pintu sebagai tempatpelanggan menunggu. Di atas meja penyambut tetapi disediakan satu komputer dan pencetak.Komputer bertujuan untuk memasukan info pelanggan dan pencetak untuk mencetak resitpelanggan. Di sini juga saya bercadang untuk diletakkan terminal untuk menerima bayaranmelalui kad kredit bagi memberi kemudahan kepada pelanggan. Di sebelah kanan terdapattempat pameran untuk dijadikan tempat untuk mempamerkan barangan jualan. Di sebelahbelakang akan saya jadikan tempat untuk juruteknik bekerja dan sebelahnya dijadikan stor. Dibilik juruteknik disediakan pemadam kebakaran untuk mengelakkan berlakunya kejadian yangtidak diingini.

Di sudut sebelah kiri bengkel akan saya jadikan ruangan untuk kakitangan berehat atau makan.Tempat beristirehat ini penting bagi membolehkan pekerja menghilangkan rasa penat bekerjaseharian.Di belakang ruangan ini terdapat tandas di sebelah kiri dan surau di sebelah kanan.Diletakkan bersebelahan bagi memudahkan mengambil wuduk untuk menunaikan solat disurau. Di ruang rehat terdapat pintu keluar keselamatan untuk digunakan jika berlakukebakaran.

Page 6: Tugasan 1: Bengkel Membaikpulih Komputer · PDF fileDi ruang rehat terdapat pintu keluar keselamatan untuk digunakan jika ... seorang lagi perlu bekerja di bengkel. Jadual kerja dan

3. Kepentingan Hubungan Baik Dengan Pelanggan

Prosidur perniagaan yang saya akan buat semasa berurusan dengan pelangan bagi menjaminhubungan baik dengan pelanggan adalah:

Senario apabila komputer pelanggan rosak, komputer tersebut telah tamat warranty. Komputertersebut sudah lama dan sukar untuk mendapatkan alat ganti. Pertama sekali saya akanpastikan sama ada komputer tersebut masih boleh di upgrade. Jika boleh, saya akanmengesyorkan pilihan ini kepada pelanggan tersebut. Kesemua kos yang terlibat akanditerangkan dengan jelas dan direkodkan satu persatu. Ini merupakan cara untuk menjalinkanhubungan baik dengan pelanggan dan mempamerkan sifat professional saya.. Pelanggan jugaakan gembira kerana tidak perlu membeli komputer baru. Kos upgrade komputer adalah jauhlebih murah dari membeli yang baru. Mengikut pengalaman saya, masih terdapat ramai orangyang tidak faham tentang komputer. Golongan ini perlu dilayan dengan sabar dan peneranganperlu diberi dengan lebih teliti.

4. Menguruskan Bengkel Komputer

Penjadualan Kerja

Perkara yang penting dalam memulakan perniagaan adalah untuk memberikan perkhidmatanyang terbaik kepada pelanggan. Bagi tujuan ini saya perlu membuat anggaran masa yangdiperlukan untuk membaiki komputer untuk kerosakkan yang biasa. Ini termasuk memeriksa ,membuka, membaiki dan memasang semula komputer tersebut. Ini bagi mengelakkanjuruteknik menghabiskan masa yang banyak untuk kerosakkan yang biasa. Masa bagiperniagaan adalah wang. Rugi masa bermakna rugi wang.

Penjadualan kerja juga perlu bagi pekerja untuk melicinkan perjalanan kerja. Jika terdapat duaorang juruteknik, masa rehat dan masa kerja perlu dijadualkan. Sekiranya seorang rehatseorang lagi perlu bekerja di bengkel. Jadual kerja dan cuti perlu dibuat sekiranya bengkel bukasetiap hari termasuk ahad.

Harga / Caj Perkhidmatan

Industri perkomputeran telah dipengaruhi oleh kenaikan harga barang yang berterusan . Inimenjadi perniagaan komputer boleh dikatakan perniagaan yang cekik darah. Kesan dariperkembangan teknologi komputer yang pesat. Banyak komponen komputer telah turun hargamendadak. Ini kerana komponen komputer cepat jadi lapuk untuk digunakan sekarang keranabanyak komponen lebih baru dikeluarkan.

Komponen ini tidak berguna dan disimpan saja di bengkel. Ini merugikan perniagaan keranastok ini tidak boleh lagi dijual. Untuk mengatasi masalah ini saya bercadang untuk membelikomponen yang diperlukan sahaja. Ini bermaksud jika ada komponen yang rosak baru beliuntuk ganti. Tak akan simpan alat ganti di bengkel.

Page 7: Tugasan 1: Bengkel Membaikpulih Komputer · PDF fileDi ruang rehat terdapat pintu keluar keselamatan untuk digunakan jika ... seorang lagi perlu bekerja di bengkel. Jadual kerja dan

Penyimpanan Rekod

Penyimpanan rekod yang baik penting dalam perniagaan. Kesemua transaksi, senarai barangrosak dan senarai tempahan alat ganti mesti direkodkan dan disimpan. Selain boleh digunakanuntuk membuat perancangan kewangan di masa depan ia juda dapat memudahkan pengiraanpembayaran cukai perniagaan nanti.. Rekod ini juga membolehkan kita memantau perjalananperniagaan dan membuat perubahan pada bahagian yang kurang atau tidak perlu.

Rekod Kewangan

Rekod ini sangat penting, ia perlu tepat, jelas dan merangkumi semua perkara yang berkaitandengan transaksi kewangan yang berlaku dalam perniagaan. Rekod ini penting kerana ia dapatmembantu saya menguruskan kewangan. Saya dapat membuat penilaian terhadap kos di masahadapan dengan melihat kos di masa lampau. Ini membolehkan saya memastikan sama adaperniagaan saya ini untung atau rugi. Berdasarkan ini juga saya boleh membuat pengiraanjumlah caj perkhidmatan yang dikenakan kepada pelanggan.

Penutup

Diharap segala perancangan yang dibuat akan berjalan dengan lancar dan membuahkan hasil.Sememangnya telah lama saya bercita-cita untuk membuka bengkel membaiki komputer.Disebabkan tiada sumber kewangan yang mencukupi, maka saya telah menjalankanperniagaan membaiki komputer di rumah secara kecil-kecilan. Walaupun hasilnya tidak banyaktetapi saya gembira kerana dapat melakukan sesuatu yang saya suka. Insya Allah denganberkat usaha dan kesabaran selama ini, satu hari nanti cita-cita saya ini akan berjaya...