tugas pustakawan rujukan: suatu pendekatan...

3
TUGAS PUSTAKAWAN RUJUKAN: SUATU PENDEKATAN UNTUK PERPUSTAKAAN KHUSUS Oleh Muhamad Nor Azam B. Hj. Lajin * Abstract Today's reference librarian are information resource experts that are no longer the traditional type who were to locate and collect data/information. With the current technology such as internet, intranet or even extranet, reference librarian should be able to evaluate, analyze, organize, package and present information in the new way. They should know how to access and deliver services with value-added information to their customer. PENGENALAN D i dalam memperkatakan tentang b' idang kepustakawanan, tugas utama Pustakawan Rujukan (PR) adalah bertanggungjawab sebagai pengendali sumber maklumat bagi sesebuah organisasi / perpustakaan itu. Ini adalah kerana beliau bertindak sebagai perantara atau mediator di antara sumber-sumber maklumat dengan penggunalstaf atau seseorang pencari maklumat tersebut. Oleh itu selain daripada mempunyai kelayakan ikhtisas, berkemahiran dan inisiatif untuk memperbaiki mutu perkhidmatannya kepada pengguna atau clientelenya, beliau harus ada kebolehan untuk menilai akan kandungan maklumat yang diperlukan. lni adalah kerana penilaian atau tanggapan yang selalunya diberikan oleh penggunal pelanggan adalah melalui layanan serta mutu / nilai maklumat yang diberikan oleh seseorang PR. PENCARIAN MAKLUMAT / KHIDMAT NASIHAT Sebenarnya PR itu boleh dianggap sebagai nadi penggerak bagi sesebuah perpustakaan itu kerana beliau lebih dekat dengan penggunanya. Beliau lebih memahami kaedah serta teknik yang lebih berkesan untuk mencari maklumat melalui apa sahaja sumber di sesebuah perpustakaan itu. Perkataan rujukan itu sudah cukup menggambarkan bahawa sebarang kemusykilan yang dihadapi pengguna dalam mencari maklumat atau ketidakjelasan di dalam menggunakan kaedah-kaedah pencarian seperti penggunaan kad katalog, OP AC, Internet dan sebagainya selalunya dapat dirujuk terus kepada beliau. Dengan itu PR hari ini mestilah bukan hanya bertugas untuk menyedia, mencari dan mengumpulkan maklumat kepada penggunanya sahaja. Dengan adanya internet dan lain-lain kemudahan teknologi elektronik PR berupaya menilai, menganalisis, menyusun, mempakej dan seterusnya mempersembahkan maklumat dalam bentuk yang semaksimum mungkin mengikut kegunaannya. Selain itu PR seharusnya boleh menyediakan satu profil pengguna atau ringkasan soal selidik mengenai pencarian maklumat secara spesifik untuk setiap pertanyaan rujukan dan maklumbalas yang diperlukan. PERKEMBANGAN TEKNOLOGI Namun apa yang pasti PR masa kini seharusnya cuba untuk mempamerkan satu bentuk perkhidmatan yang lebih proaktif dengan melahirkan ide-ide yang dapat memenuhi kepentingan maklumat itu sendiri Contohnya seperti: mengenalpasti penyelidikan yang telah pernah dijalankan oleh organisasi lain bagi mengelakkan duplikasi. menentusahkan datalmaklumat untuk digunakan pengguna dalam laporan atau hasil penerbitan (verifYing facts) mewujudkan pangkalan data maklumat untuk kegunaan di organisasi beliau agar mudah dicapai secara atas tali an (internal information) menilai dan membandingkan information &. software yang ada di pasaran bagi menentu sumber koleksi yang seharusnya dilanggan atau disediakan di perpustakaannya memberi latihan dan tunjuk ajar kepada penggunal staf tentang kaedah pencarian maklumat secara :+: Penolong Pegawai Perpustakaan Departmen Pengumsan clan Pembangunan Sumber Perikanan Marin, Kuala Terengganu. Hakcipta Terpelihara © 2000 - Perpustakaan Negara Malaysia Hakcipta Terpelihara © 2000 - Perpustakaan Negara Malaysia

Upload: phungkiet

Post on 12-Aug-2019

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TUGAS PUSTAKAWAN RUJUKAN: SUATU PENDEKATAN …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1749/1/Sekitar_2000_30_1.pdf · Sebenarnya PR itu boleh dianggap sebagai nadi penggerak bagi

TUGAS PUSTAKAWAN RUJUKAN: SUATU PENDEKATAN UNTUK

PERPUSTAKAAN KHUSUS

Oleh Muhamad Nor Azam B. Hj. Lajin *

Abstract

Today's reference librarian are information resource experts that are no longer the traditional type who were to locate and collect data/information. With the current technology such as internet, intranet or even extranet, reference librarian should be able to evaluate, analyze, organize, package and present information in the new way. They should know how to access and deliver services with value-added information to their customer.

PENGENALAN

D i dalam memperkatakan tentang b'idang kepustakawanan, tugas utama Pustakawan Rujukan

(PR) adalah bertanggungjawab sebagai pengendali sumber maklumat bagi sesebuah organisasi / perpustakaan itu. Ini adalah kerana beliau bertindak sebagai perantara atau mediator di antara sumber-sumber maklumat dengan penggunalstaf atau seseorang pencari maklumat tersebut. Oleh itu selain daripada mempunyai kelayakan ikhtisas, berkemahiran dan inisiatif untuk memperbaiki mutu perkhidmatannya kepada pengguna atau clientelenya, beliau harus ada kebolehan untuk menilai akan kandungan maklumat yang diperlukan. lni adalah kerana penilaian atau tanggapan yang selalunya diberikan oleh penggunal pelanggan adalah melalui layanan serta mutu / nilai maklumat yang diberikan oleh seseorang PR.

PENCARIAN MAKLUMAT / KHIDMAT NASIHAT

Sebenarnya PR itu boleh dianggap sebagai nadi penggerak bagi sesebuah perpustakaan itu kerana beliau lebih dekat dengan penggunanya. Beliau lebih memahami kaedah serta teknik yang lebih berkesan untuk mencari maklumat melalui apa sahaja sumber di sesebuah perpustakaan itu. Perkataan rujukan itu sudah cukup menggambarkan bahawa sebarang kemusykilan yang dihadapi pengguna dalam mencari maklumat atau ketidakjelasan di dalam menggunakan kaedah-kaedah pencarian seperti penggunaan kad katalog, OP AC, Internet dan sebagainya selalunya dapat dirujuk terus kepada beliau.

Dengan itu PR hari ini mestilah bukan hanya bertugas untuk menyedia, mencari dan mengumpulkan maklumat kepada penggunanya sahaja. Dengan adanya internet dan lain-lain

kemudahan teknologi elektronik PR berupaya menilai, menganalisis, menyusun, mempakej dan seterusnya mempersembahkan maklumat dalam bentuk yang semaksimum mungkin mengikut kegunaannya.

Selain itu PR seharusnya boleh menyediakan satu profil pengguna atau ringkasan soal selidik mengenai pencarian maklumat secara spesifik untuk setiap pertanyaan rujukan dan maklumbalas yang diperlukan.

PERKEMBANGAN TEKNOLOGI

Namun apa yang pasti PR masa kini seharusnya cuba untuk mempamerkan satu bentuk perkhidmatan yang lebih proaktif dengan melahirkan ide-ide yang dapat memenuhi kepentingan maklumat itu sendiri Contohnya seperti:

• mengenalpasti penyelidikan yang telah pernah dijalankan oleh organisasi lain bagi mengelakkan duplikasi.

menentusahkan datalmaklumat untuk digunakan pengguna dalam laporan atau hasil penerbitan (verifYing facts)

mewujudkan pangkalan data maklumat untuk kegunaan di organisasi beliau agar mudah dicapai secara atas tali an (internal information)

• menilai dan membandingkan information &. software yang ada di pasaran bagi menentu sumber koleksi yang seharusnya dilanggan atau disediakan di perpustakaannya

• memberi latihan dan tunjuk ajar kepada penggunal staf tentang kaedah pencarian maklumat secara

:+: Penolong Pegawai Perpustakaan Departmen Pengumsan clan Pembangunan Sumber Perikanan Marin, Kuala Terengganu.

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 2: TUGAS PUSTAKAWAN RUJUKAN: SUATU PENDEKATAN …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1749/1/Sekitar_2000_30_1.pdf · Sebenarnya PR itu boleh dianggap sebagai nadi penggerak bagi

atas talian dengan lebih berkesan serta tidak membazir (use of online databases)

Selain itu terdapat juga pandangan yang menyatakan bahawa seseorang PR tersebut perlulah sedikit sebanyak mengetahui akan sesuatu bidang perkara itu agar memudahkannya menyediakan satu bentuk aksesan untuk mendapatkan semula maklumat. Secara tidak langsung beliau dapat menyediakan kaedah pencarian maklumat yang asas berdasarkan sumber-sumber maklumat yang sedia ada serta tahu pula kumpulan sasarnya.

JALINAN HUBUNGAN

Selain daripada menyediakan mutu atau kualiti perkhidmatan yang tinggi kepada para pengguna, PR tersebut haruslah juga menjalinkan rangkaian dengan perpustakaan/organisasi yang lain seperti Pakar Maklumat. Pustakawan Khidmat Teknik dan sebagainya yang menjalankan tugas atau fungsi yang berkaitan dengannya.

Dengan ini mereka boleh bertukar-tukar ide dan pengalaman bagi mengemaskini serta memantapkan lagi struktur perkhidmatan yang ada dalam memastikan kepuasan pengguna dapat terlaksana,

KESIMPULAN

Sebenamya tugas PR ini adalah penting dalam memastikan maklumat yang disalurkan kepada pengguna/ staf bukan sahaja cepat, tepat dan berguna tetapi juga yang penting lagi adalah bantuan kepakaran beliau dapat mengurang kos dan menjimatkan masa pengguna. Di organisasi yang besar khidmat kepakaran PR tersebut dapat mengelakkan berlaku salah membuat keputusan oleh pihak pengurusan atau pembuat dasar yang memerlukan sesuatu maklumat tersebut. Apa yang lebih penting adalah matlamat atau Objektif diwujudkan agar sesuatu bentuk perkhidmatan rujukan itu dapat tercapai dengan berkesan.

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 3: TUGAS PUSTAKAWAN RUJUKAN: SUATU PENDEKATAN …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1749/1/Sekitar_2000_30_1.pdf · Sebenarnya PR itu boleh dianggap sebagai nadi penggerak bagi

RUJUKAN

1. FULTON. Tara Lynn. (1986) 'Reference librarian ship: sharing our knowledge with technical service colleagues.' Reference Librarian, No. 13, Fall 1985-86.

2. LEI DE, John E. (1987) 'The information specialist and the reference librarian: is the complete librarian obsolete?' Reference Librarian. No. 18, Summer 1987.

3. REID, Edna. (1998) Challenges of special libraries for millenia. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.

4. SURPRENANT, Thomas T. (1985) and PERRY-HOLMES, Claudia. 'The reference librarian of the future: a scenario.' Reference Quarterly, vol. 25, no.2, Winter 1985.

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Perpustakaan Negara Malaysia