pr dan pdrm

32
DSP ANUWAL BIN AB WAHAB DSP Komunikasi & Pemantauan Media Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) Bukit Aman Sarjana Muda Komunikasi Massa, UiTM 1

Upload: juliano-mer-khamis

Post on 02-Oct-2015

103 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Perhbuungan

TRANSCRIPT

  • DSP ANUWAL BIN AB WAHABDSP Komunikasi & Pemantauan MediaUrus Setia KPN (Komunikasi Korporat)Bukit AmanSarjana Muda Komunikasi Massa, UiTM*

  • DEFINISI PERHUBUNGAN AWAM

    The International Public Relation Association (IPRA)Satu fungsi pengurusan yang dirancang secara berterusan di mana organisasi atau institusi awam dan swasta berusaha untuk memenangi persefahaman, simpati dan sokongan dari mereka yang berkenaan, iaitu publik demi mendapatkan kerjasama yang lebih bermakna serta mencari penyelesaian yang lebih berkesan untuk kebaikan bersama.

    British Institute of Public Relations (BIPR)Satu usaha yang difikirkan, dirancang secara berterusan dengan tujuan mewujud dan memelihara persefahaman bersama di antara organisasi dengan publiknya.

  • OBJEKTIF PERHUBUNGAN AWAMMembina identiti korporat merangkumi segala kegiatan pengaliran drpd organisasi kepada publik supaya dasar & polisi dapat dimanfaatkan bersamaMenghadapi krisis secara lebih rasional & untuk mengembalikan keyakinan dalam kalangan mereka yg menilai (publik)Membantu memajukan kebajikan warganya merujuk kepada polisi dan operasi organisasi

    Sektor awam servis cemerlang (KPI)Sektor swasta penjanaan keuntungan*

  • ELEMEN/AKTIVITI/KOMPONEN PAHubungan Dalaman

    Menjalinkan hubungan yang baik di antara kakitangan yang merupakan publik terpenting untuk organisasi. Mengekalkan pekerja yang produktif. Di bahagian ini mereka merancang dan melaksana program komunikasi, memotivasi kakitangan serta mempromosi budaya organisasi.

  • Publisiti

    Kebanyakan berita dan informasi dalam media berasal dari sumber PA. Sumber PA menyediakan informasi (publisiti) yang dianggap bernilai dengan ekpektasi media yang akan menggunakan informasi tersebut. Ini adalah kaedah meletakkan mesej dalam media yang tidak terkawal kerana sumber mesej tidak membayar media untuk penyiaran mesej tersebut. Pihak media berhak untuk menyiarkannya atau tidak. Pihak media juga boleh menyunting isinya.

  • Press AgentryMeletakkan organisasi atau individu dalam media. Ianya lebih kepada usaha menarik perhatian publik berbanding mewujudkan persefahaman. Press Agentry adalah membuat cerita, berita atau majlis yang ada nilai berita untuk perhatian media dan publik.

  • Pengurusan Isu

    Pengurusan isu adalah proses proaktif dalam menjangka, mengkaji dan memberi keutamaan kepada isu tertentu.Menilai kesan isu terhadap organisasi.Mencadangkan strategi dan polisi untuk meminimakan risiko dan mengenalpasti peluang. Menyertai dan melaksanakan strategi. Menilai dan memberi maklumbalas terhadap isu-isu yang memberi kesan kepada organisasi dan publiknya.

  • Hal Ehwal AwamIa adalah PA yg khusus dalam organisasi. Sesetengah agensi kerajaan dan sebahagian usahasama menggunakan hal ehwal awam sebagai ganti PA. Aktiviti dalam hal ehwal awam ialah untuk memelihara hubungan dengan rakyat dan komuniti.

  • 20 - *Public Relations @ PR(Perhubungan Awam)Asas kepadaperhubungan awamantaramana-manaorganisasi dan media adalah untuk membina danmenguruskanprogram hubunganawam yang berkesan Programperhubungan awammenghantaraliranmaklumat secara tetap daripada organisasikepada orang ramaiMembukadialogdengan pihak berkepentingan yangberkaitan denganoperasiorganisasiHarusproaktif,bukanreaktif.Antara tujuanfungsiperhubungan awamadalah untuk mempromosikan imej positiforganisasidi dalam mediaDalam duniayang dinamik dankompleks pada hari ini,fungsi perhubunganawamyang berkesanmestilahsepanjang tahun, berterusan beroperasi,samada secara dalaman atau luaran

  • Peranan Sebagai Peg. Perhubungan Awammerancang dan menguruskan perhubungan media dan publisiti serta memupuk hubungan baik dengan pihak media mengurus dan membuat perancangan acara kepada jabatan/agensimerancang dan mengurus media sosial jabatan/agensimenguruskan bahan penerbitan korporat jabatan/agensi

  • merancang dan mengurus pameran/lawatan di dalam dan luar negaramengurus sebarang maklumat balas dan aduan yang diterima oleh jabatan/agensimemantau dan menilai isu-isu semasa dari akhbar yang dilangganmenguruskan sewaan tempat oleh organisasi/orang perseorangan di jabatan/agensimenjalankan tugas-tugas yang diarahkan dari masa ke semasa

    *

  • CABARAN YANG DIHADAPI PDRM*

  • Cabaran 1: Perkembangan bidang teknologi maklumatSalah satu cabaran yang dihadapi PDRM ialah untuk berhadapan dengan perkembangan bidang teknologi maklumat.Jenayah berlaku tanpa mengira alam realiti dan alam mayaSeiring dengan perkembangan teknologi, penjenayah kini semakin bijak mengatur langkah menggunakan kemudahan teknologi yang ada sekali gus menyukarkan pihak polis untuk mengesan kegiatan mereka.Pengguna tidak bertanggungjawab melalui laman sosial dan pelbagai medium lain mengeluarkan maklumat tidak tepat yang boleh menggugat keselamatan negara.

    *

  • Contohnya, laporan pergaduhan kaum diKlang, Selangorsedangkan perkara itu tidak berlaku. Isu perkauman adalah sangat sensitif dan berbahaya.Dengan penguasaan teknologi moden, pihak PDRM dilihat mampu untuk menyebarkan maklumat dan informasi dengan lebih cepat sekaligus dapat mencegah, membanteras dan menyelesaikan kes dengan cepatKPN telah arahkan pasukan komunikasi PDRM untuk memantau elemen tidak sihat yang menular dalam khidmat pesanan ringkas (SMS), FB, Twitter dan lain-lain lagiPDRM telah belanjakan setengah juta ringgit pada enam bulan pertama 2012 bagi meningkatkan kemudahan tersebut sekali gus menangani masalah-masalah maklumat salah atau menabur fitnah untuk menjatuhkan imej polis.

    *

  • Perkara ini boleh menghakis kepercayaan masyarakat kepada polis.Selain itu perlu mengadakan pertemuan dengan pihak media untuk jelaskan perkara yang sebenar.Keupayaan seorang pengamal perhubungan awam untuk menterjemah serta mengaplikasikan teknologi mampu melicinkan perjalanan tugas mencabar iniPara pengamal perhubungan awam, jika tidak setaraf, harus melepasi kemahiran orang ramai menggunakan teknologi maklumat.

    *

  • Cabaran 2: Menangkis persepsi negatif rakyat terhadap PDRMCabaran yang dihadapi oleh PDRM semakin hebat apabila turut terkena tempias krisis keyakinan akibat landaan persepsi negatif daripada masyarakat.Bertambah buruk apabila berlaku ledakan teknologi maklumat yang menyebarkan kelemahan PDRM sebagai agensi penguat kuasa yang terulung di negara ini.Kebanyakan maklumat tersebut tidak berasas kepada kebenaran tetapi lebih kepada tanggapan serta pendapat umum.Persepsi negatif ini juga sukar dibendung kerana amalanmediamassa yang telus dalam sebuah negara demokrasi

    *

  • Usaha demi usaha terus dilakukan dalam pengurusan persepsi demi menegakkan imej polis supaya tidak terjejas teruk. Krisis keyakinan dan persepsi negatif itu hanya akan berhasil dengan lonjakan dalam prestasi PDRM. PDRM perlu mendekati masyarakat dalam satu gerakan memenangi hati dan sokongan mereka untuk memerangi jenayah dan ancaman keselamatan yang lain. PDRM berorientasikanmetropolitan policing mengorak langkah memodenkan perkhidmatannya selari dengan perkembangan semasa ekonomi. Jangkauan perkhidmatan bukan hanya berpaksikan kepada kehadiran yang lebih dekat dengan masyarakat tetapi mendekatkan perkhidmatan kepada masyarakat hingga kehadirannya dapat dirasai.

    *

  • PDRM bertanggungjawab mewujudkan persekitaran selamat sebagai pemangkin kepada perkembangan sosio-ekonomi negara.Persekitaran yang selamat akan memberikan kemakmuran dan kesejahteraan kepada negara dan rakyat. Selain semangat yang tersirat dalam kaedah kepolisan masyarakat ataucommunity oriented policing, rakyat haruslah bersama-sama menggembleng usaha menentukan keadaan keselamatan negara ke tahap paling tinggi sejajar dengan visi PDRM.Pendekatan ini merupakan satu kaedah untuk meningkatkan kepercayaan masyarakat kepada polis.

    *

  • Cabaran 3: Kualiti & kecekapan PPACabaran yang ketiga ialah kualiti dan kecekapan pegawai perhubungan awam. Ia merujuk kepada kualiti serta keperibadian yang perlu ada dalam diri seorang pengamal perhubungan awam. Dalam abad ke-21, ada tiga faktor yang membentuk kombinasi yang menjadi pencetus nilai kecekapan. Ia adalah kredibiliti, profesionalisme dan skill komunikasi. Di PDRM umpamanya, cabaran yang paling utama ialah kebolehan pengamal perhubungan awam untuk berkomunikasi menjurus kepada membentuk keyakinan masyarakat terhadap khidmat yang diberikan sekali gus mengembalikan imej dan reputasi cemerlang PDRM dimata umum.

    *

  • Setiap ketua perlu diyakinkan serta diberikan penerangan yang secukupnya akan kepentingan perhubungan awam di dalam negara yang sedang meningkat maju ini. Dengan bantuan pelbagai saluran informasi negara, para pengamal perhubungan awam dapat menyampaikan mesej serta dasar PDRM kepada semua rakyat Malaysia dengan lebih efektif dan berkesan.Kemajuan negara serta pengaruh ledakan teknologi maklumat telah mengubah secara signifikan corak pemikiran rakyat Malaysia. Mereka kini lebih kritis. Peningkatan jumlah masyarakat yang berilmu dan terdidik juga telah merangsang individu yang ingin tahu.

    *

  • *Mereka ini lebih terdorong untuk mengkritik dan mahukan satu sistem yang lebih terbuka dan dari sini mereka mula membuat desakan, yang kadangkala sedikit radikal terhadap kerajaan. Di atas landasan ini, maka bermulalah cabaran seorang pengamal perhubungan awam untuk memberikan kefahaman kepada golongan yang terlibat akan rasionalnya percaturan PDRM, demi kepentingan setiap individu di Malaysia.

  • PUBLIK SASARAN*

  • Terdapat 5 publik sasaran untuk PDRMDisebabkan jenayah turut disumbang oleh pelbagai faktor, penglibatan semua pihak amatlah diharapkan.Dalam hal ini, kita perlu menggunakan prinsip 3C iaitu komunikasi (comunicate) usahasama (collaborate) dan kreativiti (creativity).

    *

  • KERAJAANPublik teratas dalam carta publik sasaranTerlibat secara langsung dalam penggubalan dasar dan polisi pasukanBerurusan dengan pucuk pimpinanPenting dalam proses perhubungan awam kerana memberi suntikan dana kepada segala aktiviti PR PDRM

    *

  • ORANG AWAMPublik terpenting dalam rantaian komunikasi perhubungan awamMenerima kesan daripada dasar dan polisi PDRM. Maklumat dan informasi ditujukan kepada masyarakat melalui pelbagai cara pameran, roadshow, pamphlet, laman web, media massa dsbTerlibat dalam proses penambahbaikan organisasi - memberi aduan, maklum balas, kritikan, pujian

    *

  • SEKTOR SWASTAPengurusan sektor swasta ialah satu proses menjalankan fungsi-fungsi pengurusan mengikutcara atau pilihan masing-masing.Penting jika ada sebarang program yang memerlukan kerjasama dan penajaanDapat memanfaatkan kelebihan bidang masing untuk kegunaan bersama

    *

  • MEDIAMerujuk kepadasegala bentuk dan saluran yang digunakan untuk menyampaikan informasi atau pesanMedia terbahagi kepada beberapa jenis iaitu media cetak, media penyiaran dan media sosialKetiga tiga memberi impak yang hebat kepada kejayaan program perhubungan awamPengamal perhubungan awam bergantung kepada media untuk menyebarkan maklumat dan informasi

    *

  • STAF DALAMAN (WARGA PDRM)Merujuk kepada warga PDRM itu sendiri, dari pucuk pimpinan sehinggalah kepada anggota bawahanBerhak mengetahui dasar dan polisi baruProgram perhubungan awam yang baik mampu memberi semangat dan motivasi seterusnya memberi impak kepada tahap produktiviti yang dihasilkanDapat mengekalkan kesetiaan warga PDRM dan menambahbaik perkhidmatan yang disediakan

    *

  • Institusi PDRM Di Mata Audiens Institusi penting menjaga keselamatan dan memelihara keamanan.Tanggungjawab sosial melibatkan kepentingan awam.Peranan penting memenuhi keperluan utama (basic needs) dari segi keselamatan.Responsif dalam menangani isu.Pengaliran maklumat perlu teratur dan tepat.Masyarakat mendapat gambaran sebenar.Mencerminkan disiplin kematangan dan rasional dalam tindakan.

    *

  • RUMUSANCabaran demi cabaran yang dihadapi oleh pengamal perhubungan awam PDRM merupakan satu halangan yang perlu ditempuhi secara profesional. Zaman berubah dan profesion ini perlu bergerak seiring dengan perubahan tersebut. Persiapan yang jitu, pengurusan yang cekap serta usaha yang berterusan akan dapat membentuk serta mencorak masa hadapan yang gemilang kepada bidang ini.

    *

  • Menyedari hakikat ini, pihak PDRM perlu sentiasa memperkemaskan polisi dan dasar perhubungan awamnya selaras dengan peredaran masa dan pada masa yang sama melengkapkan diri pegawai dengan ilmu dan kemahiran berkomunikasi supaya mesej sampai kepada publik.

    *

  • TERIMA KASIH*