tugas power point annisa intan sari 4 xii ipa 3

6
"Joget Tari Lenggang" juga dikenali sebagai "Joget Pahang", ialah sebuah lagu rakyat tradisional gubahan Tan Sri P. Ramlee , khusus untuk filem Hang Tuah (1956) yang dibintangi oleh P. Ramlee sendiri, yang mana watak beliau iaitu Hang Tuah menyanyikan lagu ini dalam adegan tari-menari dalam istana. Semenjak itu, lagu ini dirakam semula oleh ramai seniman tanahair. Annisa Intan Sari 4 /XII IPA 3

Upload: maz-matto

Post on 12-Aug-2015

133 views

Category:

Education


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugas power point annisa intan sari 4 xii ipa 3

"Joget Tari Lenggang"

juga dikenali sebagai "Joget Pahang", ialah sebuah lagu

rakyat tradisional gubahan Tan Sri P. Ramlee, khusus untuk

filem Hang Tuah (1956) yang dibintangi oleh P. Ramlee

sendiri, yang mana watak beliau iaitu Hang Tuah

menyanyikan lagu ini dalam adegan tari-menari dalam istana.

Semenjak itu, lagu ini dirakam semula oleh ramai seniman

tanahair.

Annisa Intan Sari

4 /XII IPA 3

Page 2: Tugas power point annisa intan sari 4 xii ipa 3

• P. Ramlee, lagu ini turut dirakam oleh ramai seniman dalam album masing-masing, termasuk Datuk Ahmad Jais, Siti Nurhaliza (sebagai single) dan kumpulan Amuk (dalam bentuk heavy metal). "Joget Tari Lenggang" ditakrifkan sebagai sebuah lagu berirama tradisional Melayu yang didendangkan dengan rancak, diisi dengan lirik tulisan Dato' Jamil Sulong yang menampakkan ciri-ciri pengulangan dalam setiap rangkap, dan secara harfiahnya menceritakan seorang pedagang yang merantau dari Melaka ke negeri Pahang dengan membawa buah berangan yang dibeli di Johor, mengharapkan sambutan mesra dari para penduduk negeri Pahang, serta memuji kedamaian negeri Pahang yang dikunjunginya.

• Lagu ini dinyanyikan secara duet oleh P. Ramlee dan Jasni (pinjamkan suaranya kepada Mustafa Maarof) dalam filem Hang Tuah, P. Ramlee merakam semula lagu ini bersama Saloma untuk keluaran piring hitam dengan tajuk "Joget Pahang". Selain

Page 3: Tugas power point annisa intan sari 4 xii ipa 3

Lirik Joget Tari Lenggang Melenggang

Hai Melenggang Dengan Tari Lenggang,Kalau Baik Hati Nanti Orang Pun Sayang(Ulang 2X Chorus),

Dari Melaka ke Negeri Pahang (2X)Singgah di Johor Beli Berangan (2X),Kami Ucapkan Selamatlah Datang (2X)Apa Yang Kurang Dicaci Jangan (2X),

(Ulang 2X Chorus),

Pukullah Gendang Hai Kulit Kerbau (2X)Dalam Majlis Tari Menari, (2X)Sayalah Ini Bang Hoi Dagang Merantau (2X)Mengharap Belas Orang Disini (2X)

(Ulang 2X Chorus),

Negeri Pahang Aman Sentosa (2X)Kaya Dengan Tumbuh-Tumbuhan, (2X)Niat di Hati Nak Buatlah Jasa (2X)Mudah-Mudahan Tuhan Kabulkan (2X)

(Ulang 2X Chorus),

Page 4: Tugas power point annisa intan sari 4 xii ipa 3

• JOGET PAHANGKesultanan Negeri Pahang adalah berasal daripada

keturunan Raja-Raja dan Bendahara Melaka yang merupakan keturunan daripada Sang Nila Utama dengan puteri Demang Lebar Daun dari Palembang iaitu Raden Ratna Cendera Puri.

Page 5: Tugas power point annisa intan sari 4 xii ipa 3

• Lambang Negeri Pahang• Kesultanan Negeri Pahang telah wujud semenjak zaman Melaka apabila

Sultan Muhammad Shah iaitu putera kepada Sultan Mansur Shah dengan Puteri Onang Sari yang dilantik menjadi sultan yang pertama bagi Negeri Pahang. Sebelum itu, Pahang telah diperintahkan oleh Kerajaan Siam.

• Pada tahun 1614, berlaku peristiwa di mana perebutan kuasa antara Sultan Abdul Ghafur dengan anggota keluarganya dan berakhir dengan satu pembunuhan di mana Sultan Abdul Ghafur dan Raja Muda Abdullah terbunuh. Bagi mengekalkan pemerintahan Negeri Pahang, Sultan Ahmad telah dilantik sebagai Sultan di Pahang. Pada tahun 1617, Kerajaan Acheh telah menyerang Pahang di mana Sultan Ahmad bersama anggota keluarganya telah dibawa ke Acheh. Dengan ini, berakhirlah era pemerintahan Kesultanan Pahang yang berasal daripada zuriat Sultan Melaka secara langsung.

Page 6: Tugas power point annisa intan sari 4 xii ipa 3

• Seterusnya, pemerintahan Negeri Pahang telah diletakkan di bawah Kesultanan yang berpusat di Johor. Di bawah kesultanan tersebut, pemerintahan Negeri Pahang diletakkan di bawah pemerintahan seorang Bendahara. Keadaan ini berterusan sehinggalah kepada pemerintahan Sultan Mahmud Shah II. Namun demikian, pemerintahan Sultan Mahmud Shah II (Marhum mangkat dijulang) tidak lama, di mana Baginda telah terbunuh dalam peristiwa menuntut bela oleh Megat Seri Rama (Laksamana Bentan) di atas kematian isterinya yang diriwayatkan sebagai di bawah titah Sultan Mahmud Shah. Oleh kerana Baginda tidak meninggalkan zuriat, maka pemerintahan telah berpindah kepada Bendahara pada masa itu iaitu Bendahara Paduka Raja, Tun Abdul Jalil anak Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid (Marhum Padang Saujana).

• Tun Abdul Jalil (Marhum mangkat di Kuala Pahang) menaiki takhta kerajaan dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV. Seorang putera Baginda bernama Tun Abbas dijadikan Bendahara yang memerintah di Pahang. Seorang lagi putera Baginda, Tengku Sulaiman menggantikan Baginda sebagai Sultan bagi Kerajaan Johor-Pahang-Riau, dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Dari zuriat Tun Abbas inilah lahirnya pemerintahan negeri Pahang daripada kalangan Bendahara sehingga pemerintahan Bendahara Siwa Raja, Wan Ahmad.

• Pada tahun 1824, pihak Belanda telah mengikat perjanjian dengan Inggeris yang mengakibatkan pemisahan pemerintahan di antara Riau dengan Johor dan Pahang. Setelah kuasa Raja di Riau dirampas oleh Belanda, maka pemerintah Pahang dan Johor telah mengisytiharkan pemerintahan sendiri dengan memakai gelaran Sultan. Kesultanan Pahang yang ada pada hari ini telah bermula dengan Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah pada tahun 1882 dan dari zuriat Baginda, kekalnya Raja Pemerintah Negeri Pahang hingga ke hari ini.