tugas guru terhadap perubahan kurikulum

6
Untuk menghadapi cabaran pendidikan, guru merupakan aset utama yang berperanan dalam menyahut segala cabaran pendidikan akan datang. Jadi, ciri-ciri guru dalam cabaran globalisasi pendidikan perlu dititikberatkan oleh semua guru. Guru perlulah mempunyai iltizam yang tinggi iaitu melibatkan diri secara bersungguh-sungguh serta penuh tanggungjawab dalam pelaksanaan tugas melahirkan modal insan kelas pertama. Seterusnya, dalam era globalisasi ini seseorang guru itu perlu berorientasikan maklumat, dengan kata lain bersungguh-sungguh mengejar maklumat baru yang berkaitan pendidikan serta isu-isu semasa. Aspek ini perlu diambil perhatian kerana ia amat berguna kepada pelajar. Seseorang guru perlu berpandangan jauh dan mempunyai visi terutamnya dalam perkembangan pendidikan demi mencapai matlamat kecemerlangan pendidikan negara dalam alaf baru. Selain itu, guru juga perlu berpandangan positif iaitu memperlihatkan reformasi dan inovasi pendidikan serta perubahan kurikulumnya dalam perspektif yang positif yang boleh mendatangkan manfaat kepada diri, pelajar, masyarakat dan negara contohya peka kepada perubahan dalam setiap aspek, sedar tentang keperluan negara dan bersikap positif terhadap pembelajaran. Seseorang guru juga perlu berpengetahuan, fleksibel dan mudah menyesuaikan diri dalam reformasi, inovasi dan perubahan pendidikan dengan menguasai kemahiran belajar. Salah satu nilai aspirasi dalam penerapan “Satu Malaysia” adalah budaya inovasi dan budaya ilmu. Oleh yang demikian, kesediaan rakyat Malaysia untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang diceburi perlu dititikberatkan. Rakyat Malaysia perlu dikenali sebagai individu-individu yang mampu menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. Rakyat Melaysia perlu berani mencari penyelesaian baru dalam menangi masalah dan sentiasa bersedia untuk menjadi perintis. Seterusnya, negara Malaysia akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu yang diterapkan dalam nilai aspirasi cenderung untuk sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan menimba ilmu sepanjang hayat. Justeru itu, globalisasi dan cabaran pendidikan amat bertepatan dengan konsep “Satu Malaysia” itu sendiri. Jadi untuk merealisasikan konsep “Satu Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, rakyat Malaysia perlulah disediakan dengan kriteria globalisasi dan cabaran pendidikan kerana kemajuan dan pembangunan sesebuah negara bermula dari pendidikan.

Upload: joshua-peterson

Post on 02-Oct-2015

25 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

guru seharusnya bersikap positif terhadap perubahan kurikulum

TRANSCRIPT

Untuk menghadapi cabaran pendidikan, guru merupakan aset utama yang berperanan dalam menyahut segala cabaran pendidikan akan datang. Jadi, ciri-ciri guru dalam cabaran globalisasi pendidikan perlu dititikberatkan oleh semua guru. Guru perlulah mempunyai iltizam yang tinggi iaitu melibatkan diri secara bersungguh-sungguh serta penuh tanggungjawab dalam pelaksanaan tugas melahirkan modal insan kelas pertama. Seterusnya, dalam era globalisasi ini seseorang guru itu perlu berorientasikan maklumat, dengan kata lain bersungguh-sungguh mengejar maklumat baru yang berkaitan pendidikan serta isu-isu semasa. Aspek ini perlu diambil perhatian kerana ia amat berguna kepada pelajar.

Seseorang guru perlu berpandangan jauh dan mempunyai visi terutamnya dalam perkembangan pendidikan demi mencapai matlamat kecemerlangan pendidikan negara dalam alaf baru. Selain itu, guru juga perlu berpandangan positif iaitu memperlihatkan reformasi dan inovasi pendidikan serta perubahan kurikulumnya dalam perspektif yang positif yang boleh mendatangkan manfaat kepada diri, pelajar, masyarakat dan negara contohya peka kepada perubahan dalam setiap aspek, sedar tentang keperluan negara dan bersikap positif terhadap pembelajaran. Seseorang guru juga perlu berpengetahuan, fleksibel dan mudah menyesuaikan diri dalam reformasi, inovasi dan perubahan pendidikan dengan menguasai kemahiran belajar.

Salah satu nilai aspirasi dalam penerapan Satu Malaysia adalah budaya inovasi dan budaya ilmu. Oleh yang demikian, kesediaan rakyat Malaysia untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang diceburi perlu dititikberatkan.

Rakyat Malaysia perlu dikenali sebagai individu-individu yang mampu menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. Rakyat Melaysia perlu berani mencari penyelesaian baru dalam menangi masalah dan sentiasa bersedia untuk menjadi perintis. Seterusnya, negara Malaysia akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi.

Budaya ilmu yang diterapkan dalam nilai aspirasi cenderung untuk sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan menimba ilmu sepanjang hayat. Justeru itu, globalisasi dan cabaran pendidikan amat bertepatan dengan konsep Satu Malaysia itu sendiri.

Jadi untuk merealisasikan konsep Satu Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, rakyat Malaysia perlulah disediakan dengan kriteria globalisasi dan cabaran pendidikan kerana kemajuan dan pembangunan sesebuah negara bermula dari pendidikan.

RumusanDaripada perbincangan di atas, jelaslah bahawa perubahan dalam sesebuah organisasi termasuk sekolah amat penting dilaksanakan. Tanpa perubahan sesebuah organisasi itu tidak akan mencapai kecemerlangan. Namun untuk melaksanakan perubahan bukanlah satu perkara yang mudah. Ia memerlukan pertimbangan dan penglibatan semua pihak supaya perubahan tersebut dapat dilaksanakan secara berkesan. Sebagai pemimpin sekolah dan agen perubahan, Pengetua harus memahami dan menganalisis apa perubahan yang hendak dilaksanakan, tujuan, matlamat, bagaimana, bila dan siapa yang akan melaksanakan perubahan tersebut. Pengetahuan mengenai asas teori dan model perubahan juga amat penting untuk dijadikan panduan. Ini penting supaya perubahan yang dilaksanakan itu boleh meningkatkan pencapaian organisasi dan pada masa yang sama ia boleh diterima oleh kakitangan tanpa menimbulkan pelbagai halangan.

ISU DAN CABARAN UTAMA DALAM MEREALISASIKAN TRANSFORMASI KURIKULUM PERSEKOLAHANTransformasi dalam bidang kurikulum persekolahan sering menjadi polemik dan diberi perhatian khusus oleh pentadbir pendidikan. Dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan sentiasa merangka, merancang dan melakukan penambahbaikan sistem pendidikan di Malaysia. Antara langkah yang diambil termasuklah memperkenalkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP,2006-2010) dan yang terkini Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Transformasi pendidikan ini bermatlamat melengkapkan setiap murid di negara ini dengan segala kemahiran baharu yang diperlukan oleh mereka untuk merebut peluang dan cabaran abad ke 21 (Muhyidin 2013, dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025). Namun begitu, proses transformasi ini bukanlah mudah kerana ianya melibatkan ramai pihak khususnya warga pendidik di sekolah yang menjadi agen transformasi bagi setiap perubahan yang dirancang oleh pihak pentadbir pendidikan. Justeru, terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi dalam merealisasikan transformasi tersebut. Cabaran yang paling utama dihadapi ialah dari aspek kesediaan guru dari segi sikap dan pemikiran mereka untuk menerima dan melaksanakan transformasi dengan penuh dedikasi dan kesungguhan. Sudah pastinya terdapat segelintir guru mempunyai pemikiran dan sikap negatif terhadap transformasi ini. Hal ini sedikit sebanyak menyukarkan dasar baru ini dijalankan kerana komitmen daripada guru-guru amat penting bagi memastikan usaha-usaha ini dapat dijalankan dengan sepenuhnya. Lebih membimbangkan apabila terdapat juga percanggahan pendapat dan perdebatan daripada sesetengah guru terutamanya mereka yang telah lama berkhidmat menolak dasar ini dengan pelbagai alasan. Oleh yang demikian, dalam menghadapi cabaran tersebut seringkali wujudnya pelbagai isu berkaitan dengan proses transformasi yang ingin dilakukan. Isu yang timbul ini adakalanya melibatkan aspek kekangan masa, ruang, sikap guru dan sebagainya. Namun saya telah melihat isu bebanan tugas guru sebagai satu isu utama yang menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan guru di sekolah apabila mereka dibebankan atau diberikan pelbagai arahan yang perlu dilaksanakan di sekolah terutamanya dalam proses transformasi kurikulum pada hari ini. Bebanan tugas guru ibarat isu yang tiada kesudahannya. Walaupun ada segelintir pihak yang menyatakan bahawa gaji yang diperoleh oleh guru adalah lumayan, kita perlu melihat dan menilai kerja yang dilaksanakan itu adalah berbaloi atau tidak.Sistem pendidikan Malaysia yang berpusat menyebabkan kebanyakan dasar dan perancangan digubal pada peringkat kementerian dan diturunkan ke sekolah. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, kebanyakan pentadbir atau guru tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa akur dengan dasar pendidikan yang ditetapkan. Walaupun pada hakikatnya keupayaan setiap sekolah adalah berbeza namun sistem yang digunakan ini menyebabkan semua sekolah di Malaysia perlu akur dan mengikuti satu sistem, prosedur dan pendekatan yang seragam dan tidak mengambil kira kemampuan, keupayaan khusus dan potensi untuk sekolah tersebut untuk melaksanakan dasar dan program pendidikan sendiri.Sebagai contohnya, Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilaksanakan pada tahun 2003 telah menjadi satu dasar yang wajib dilaksanakan di sekolah. Guru tiada pilihan melainkan datang menghadiri kursus yang dikelolakan selama tiga minggu atau terpaksa mengajar subjek lain. Akhirnya guru yang mempunyai kemahiran bertahun-tahun mengajar mata pelajaran tersebut tidak dapat melaksanakan pengajaran tersebut kerana bermasalah dengan penguasaan bahasa Inggeris.Bagaimanapun, baharu saja guru yang terlibat dalam program berkenaan berusaha meningkatkan pengetahuan mereka berkenaan program tersebut, akhirnya ia dimansuhkan dan digantikan dengan dasar Memartabat Bahasa Melayu Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi menggantikan PPSMI. Menurut akhbar Utusan Malaysia bertajuk Perubahan MBMMBI atau kekal PPSMI oleh Tan Sri Alimuddin (2011) menyatakan bahawa antara sebab pemansuhan PPSMI adalah kerana penguasaan pelajar dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut semakin merosot jika dibandingkan semasa penggunaannya dalam bahasa Malaysia. Maka, sekali lagi guru-guru yang terlibat terpaksa pula bermula dari awal. Apa yang jelas, banyak masa guru diambil untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu program berbanding masa untuk melaksanakannya.Sebagaimana yang telah diketahui, kurikulum persekolahan mengalami perubahan bermula tahun 2011 apabila KBSR telah digantikan dengan KSSR. Kewujudan KSSR di sekolah ada baik dan buruknya. Usaha transformasi ini dinggap baik kerana melalui KSSR pihak KPM berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai. Namun begitu, Menurut Shafizan Omar (2013) dalam artikel akhbar yang dikeluarkannya menyatakan bahawa sebahagian kumpulan guru berdepan tekanan dalam melaksanakan KSSR berikutan beban kerja yang bertambah, termasuk proses memfailkan laporan KSSR yang menurut mereka, boleh mengurangkan masa untuk mereka bersama murid.Dalam masa yang sama, guru juga bertanggungjawab terhadap Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang disediakan oleh KPM yang berfungsi sebagai pusat pengumpul, penyimpan dan menganalisis data peperiksaaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. Guru mata pelajaran dan guru kelas perlu mengisi markah dan data-data murid dalam peperiksaan melalui internet. Saya memetik keluhan daripada oleh Siti Roshayu, seorang guru mengenai sistem ini. Beliau mengatakan bahawa, sistem SAPS yang kononnya diselenggara oleh pakar IT kementerian ini ibarat meletakkan batu seberat 10 TAN di kepala kami sebagai warga pendidik. Hal ini menunjukkan bahawa walaupun transformasi ini pada dasarnya berpotensi dalam membentuk satu sistem dalam talian yang akan memberi pelbagai impak positif kepada seluruh masyarakat. Namun dalam masa yang sama kelemahan yang terdapat dalam penyelenggaraan sistem ini menyebabkan guru menghadapi beban tugas yang amat berat di luar keupayaan mereka.

Pendekatan baru dalam pelaksanaan KSSR adalah berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran. Standard kandungan bermaksud pernyataan spesifik dalam sukatan pelajaran iaitu perkara yang perlu diketahui, difahami dan dikuasai oleh murid. Sementara itustandard pembelajaran pula merupakan satu penetapan kriteria atau indikator terhadap kualiti pembelajaran.Pencapaian dan penguasaan murid dalam pembelajaran akan dinilai dan diukur. Dengan kata lain guru bukan hanya mengajar tetapi perlu ada kaedah pengajaran yang standard dan sentiasa menilai pencapaian serta kefahaman setiap murid selepas suatu unit pembelajaran itu dilaksanakan dalam bilik darjah.Mungkin ada yang bertanya mengapa ditekankan komponen standard itu? Standard atau ukuran atau piawaian diutamakan dalam kurikulum ini bertujuan bagi memudahkan guru menilai pencapaian murid dan memastikan mereka melepasi standard yang ditetapkan.Memandangkan penetapan ilmu, kemahiran dan nilai boleh diukur maka melalui standard itu akan dikenal pasti strategi penambahbaikan dan berupaya pula mengatasi masalah kelemahan murid dalam pembelajarannya.Apa yang menarik tentang KSSR ialah penekanan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersifat interaktif atau pendekatan dua hala antara guru dan murid. Murid digalakkan bersoal jawab, memberi pendapat, melakonkan sesuatu, membincangkan idea baru, menjawab kuiz dan berbagai aktiviti pembelajaran yang boleh merangsang pemikiran serta mengembangkan bakat mereka. Dalam masa yang sama melalui pendekatan interaktif ini guru akan berupaya menerapkan kemahiran berfikir atas tinggi di kalangan muridnya.Dari segi pentaksiran, KSSR Tahap I menggunakan Dokumen Standard Kurikulum (DSK). Sementara itu KSSR Tahap II menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang mana kurikulum dan pentaksiran dilaksanakan seiring bagi setiap unit pembelajaran. Ini bertujuan supaya murid berupaya menguasai ilmu dan kemahiran yang telah ditetapkan sebelum mereka melangkah ke tahun persekolahan seterusnya.Pada dasarnya DSKP mengandungi standard pembelajaran iaitu satu penetapan kriteria atau indikator terhadap kualiti pembelajaran. Sementara itu pencapaian standard kandungan boleh diukur dan dinilai. Dalam masa yang sama standard prestasi digunakan sebagai satu set kriteria umum yang menggambarkan penguasaan murid terhadap sesuatu tajuk, konsep dan istilah yang telah dipelajari.Seramai 449,887 orang murid dijangka akan mengikuti pembelajaran menggunakan KSSR Tahap II bagi murid Tahun 4 pada tahun 2014. Untuk memastikan keberkesanan KSSR, guru akan terus diupayakan melalui kursus dan latihan. Tumpuan akan diberikan bagi subjek kritikal seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah.Pada masa yang sama, difahamkan pegawai-pegawai Kementerian, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah akan memantau perkembangan pencapaian pengajaran guru dari semasa ke semasa. Ini bagi memastikan perubahan kurikulum ini dapat diterjemahkan dengan berkesan dalam bilik darjah.Seperti yang dinyatakan oleh Dr. Masnah, pelaksanaan KSSR akan meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa depan. Walaupun guru memainkan peranan penting bagi mengupayakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan namun kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak.

Artikel Penuh:http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131231/re_06/Kurikulum-baharu-KSSR-meningkatkan-kualiti-pendidikan#ixzz3UuafCmtx Utusan Melayu (M) Bhd