· web viewlawatan kehormat kumpulan ekspedisi antartika utm ke pejabat kedutaan malaysia di...

3
Lawatan Kehormat Kumpulan Ekspedisi Antartika UTM ke Pejabat Kedutaan Malaysia di Argentina, Buenos Aires 27 Februari 2015- Kumpulan Ekspedisi Antartika UTM yang terdiri daripada enam saintis telah mengadakan lawatan kehormat ke Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Buenos Aires, Argentina. Tujuan diadakan lawatan itu adalah pertamanya memberi taklimat perjalanan ekspedisi kepada Duta Besar Malaysia di Argentina, Yang Berbahagia Datuk Mohd Ashri bin Muda. Turut bersama dalam perjumpaan itu adalah En Ahmad Kamrizamil bin Mohd Riza, Pegawai Diplomatik di Argentina. Taklimat lengkap ekspedisi telah disampaikan oleh Prof. Sr. Dr. Mazlan bin Hashim, selaku ketua ekspedisi. Perbincangan ini turut disertai oleh Prof. Dr. Abdul Hafidz bin Omar, Dr. Mohd Nadzri bin Md Reba, Dr. Mohd Farid bin Muhamad Said, Dr. Mohd Firdaus bin Abdul Wahab dan En. Kamaruzzaman bin Soeed. Perbicangan juga berkisar kepada bantuan yang boleh diperolehi melalui kedutaan, termasuk prosedur membawa sampel yang diambil dari Antartika untuk dibawa pulang ke makmal di UTM. Pihak kedutaan telah menawarkan untuk mengadakan hubungan kerjasama penyelidikan dengan pusat- pusat penyelidikan di Argentina. Pihak kedutaan juga bercadang supaya usaha ini diteruskan, dan banyak pihak- pihak di Malaysia yang boleh mendapat manfaat daripada penyelidikan ini, bukan sahaja antara pusat-pusat pengajian tinggi, malah industri-industri juga. Antara industri-industri yang boleh mendapat manfaat daripada usaha ini adalah industri minyak, pelancongan, dan pembinaan polisi berkenaan kelestarian hasil dari pertukaran iklim.

Upload: lamhuong

Post on 28-Apr-2019

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1:  · Web viewLawatan Kehormat Kumpulan Ekspedisi Antartika UTM ke Pejabat Kedutaan Malaysia di Argentina, Buenos Aires 27 Februari 2015- Kumpulan Ekspedisi Antartika UTM yang terdiri

Lawatan Kehormat Kumpulan Ekspedisi Antartika UTM ke Pejabat Kedutaan Malaysia di Argentina, Buenos Aires

27 Februari 2015- Kumpulan Ekspedisi Antartika UTM yang terdiri daripada enam saintis telah mengadakan lawatan kehormat ke Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Buenos Aires, Argentina. Tujuan diadakan lawatan itu adalah pertamanya memberi taklimat perjalanan ekspedisi kepada Duta Besar Malaysia di Argentina, Yang Berbahagia Datuk Mohd Ashri bin Muda. Turut bersama dalam perjumpaan itu adalah En Ahmad Kamrizamil bin Mohd Riza, Pegawai Diplomatik di Argentina. Taklimat lengkap ekspedisi telah disampaikan oleh Prof. Sr. Dr. Mazlan bin Hashim, selaku ketua ekspedisi. Perbincangan ini turut disertai oleh Prof. Dr. Abdul Hafidz bin Omar, Dr. Mohd Nadzri bin Md Reba, Dr. Mohd Farid bin Muhamad Said, Dr. Mohd Firdaus bin Abdul Wahab dan En. Kamaruzzaman bin Soeed. Perbicangan juga berkisar kepada bantuan yang boleh diperolehi melalui kedutaan, termasuk prosedur membawa sampel yang diambil dari Antartika untuk dibawa pulang ke makmal di UTM. Pihak kedutaan telah menawarkan untuk mengadakan hubungan kerjasama penyelidikan dengan pusat-pusat penyelidikan di Argentina. Pihak kedutaan juga bercadang supaya usaha ini diteruskan, dan banyak pihak-pihak di Malaysia yang boleh mendapat manfaat daripada penyelidikan ini, bukan sahaja antara pusat-pusat pengajian tinggi, malah industri-industri juga. Antara industri-industri yang boleh mendapat manfaat daripada usaha ini adalah industri minyak, pelancongan, dan pembinaan polisi berkenaan kelestarian hasil dari pertukaran iklim.

Taklimat oleh ketua ekspedisi, Prof. Sr Dr. Mazlan Hashim kepada Duta Besar Malaysia di Argentina, Yang Berbahagia Datuk Mohd Ashri bin Muda (tiga dari kiri)

Page 2:  · Web viewLawatan Kehormat Kumpulan Ekspedisi Antartika UTM ke Pejabat Kedutaan Malaysia di Argentina, Buenos Aires 27 Februari 2015- Kumpulan Ekspedisi Antartika UTM yang terdiri

Perbincangan bersama Yang Berbahagia Duta Besar Malaysia ke Argentina, Datuk Mohd Ashri bin Muda, diiringi oleh Pegawai Diplomatik, En. Ahmad Kamrizamil bin Mohd Riza (empat dari kanan)

Perbincangan bersama Yang Berbahagia Duta Besar Malaysia ke Argentina, Datuk Mohd Ashri bin Muda

Page 3:  · Web viewLawatan Kehormat Kumpulan Ekspedisi Antartika UTM ke Pejabat Kedutaan Malaysia di Argentina, Buenos Aires 27 Februari 2015- Kumpulan Ekspedisi Antartika UTM yang terdiri

Prof. Dr. Mazlan menyampaikan plak UTM sebagai penghargaan kepada Yang Berbahagia Datuk Mohd Ashri bin Muda