travelog umrah

148
Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 1 1 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain BAB 1 : PERJALANAN DARI KUALA LUMPUR KE MEKAH Untuk BAB 1 ini, saya akan berkongsi dengan anda, perjalanan kami dari Malaysia ke Jeddah sehinggalah menunaikan umrah kami yang pertama. Saya, Maria dan emak mertua saya tiba di KLIA. Selepas parking kereta. Kami mengeluarkan beg dan terus menuju ke balai berlepas. Seperti yang diminta oleh pihak agen, kami semua berjumpa di Aras 5, Kaunter K & L pada pukul 12 tengah hari.

Upload: shs-h-shs

Post on 15-Dec-2015

111 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

umrah

TRANSCRIPT

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 1

    1 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    BAB 1 : PERJALANAN DARI KUALA LUMPUR KE MEKAH

    Untuk BAB 1 ini, saya akan berkongsi dengan anda, perjalanan kami dari Malaysia

    ke Jeddah sehinggalah menunaikan umrah kami yang pertama.

    Saya, Maria dan emak mertua saya tiba di KLIA.

    Selepas parking kereta. Kami mengeluarkan beg dan terus menuju ke balai

    berlepas. Seperti yang diminta oleh pihak agen, kami semua berjumpa di Aras 5,

    Kaunter K & L pada pukul 12 tengah hari.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 2

    2 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Semasa kami tiba di KLIA, dah banyak pun jemaah yang sudah sampai ke KLIA.

    Memandangkan perjalanan kami terus ke Mekah, kebanyakan jemaah lelaki

    sudah pun berpakaian ihram. Dan jemaah perempuan pun dah siap dengan

    telekung masing-masing. Masa ni, saya tak pakai ihram lagi. Gambar di atas ni

    menunjukkan beg-be jemaah yang dah ready untuk di check in secara

    berkumpulan.

    Selepas check in, kami pun masuk la ke terminal berlepas.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 3

    3 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Ni gambar Maria and her mother sedang berjalan menuju ke Gate yang telah di

    tetapkan. Memandangkan masa ni baru masuk waktu solat fardhu Zohor, kami

    semua menunaikan Solat zohor dan Asar sekali di sini.

    Di KLIA, flight Saudi Airlines yang kami naik.

    Bertolak pada pukul 3 petang. Tempoh perjalanan kami 8 jam di atas flight.

    Perghhh. Letih dan memenatkan. Pukul 3 kami berlepas, dan kami sampai pukul

    11 malam jam Malaysia.

    Memandangkan waktu di Jeddah beza 5 jam dengan waktu di Malaysia, kami tiba

    di sana pukul 6 petang waktu Jeddah.

    Kami semua berniat mengerjakan umrah semasa berada di dalam kapal terbang.

    Iaitu lebih kurang satu jam sebelum mendarat. Masa ni, semua jemaah mesti

    berpakaian ihram dan mesti mula menjaga pantang larang ihram sehingga habis

    mengerjakan umrah.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 4

    4 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Setibanya kami di Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah..

    Mak saya semasa keluar dari kapal terbang. Di Jeddah Airport, kita kena turun ke

    bawah dengan tangga yang disediakan sebelum dibawa menaiki bas untuk ke

    terminal ketibaan.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 5

    5 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Saya sedang menunggu Maria yang masih belum turun dari kapal terbang.

    Setibanya kami di terminal ketibaan, first kena lepas dari imigresen. Masayaa

    Allah, dugaan yang pertama bermula di sini.

    Saya tersalah pilih line. Saya pilih line yang pendek.

    Tapi di depan saya jemaah-jemaah dari Oman kalau saya tak silap. Masayaa Allah,

    depan kami ada lebih kurang 10 orang sahaja, tapi masa yang diambil untuk

    setiap jemaah Oman lepas imigresen lebih kurang 7 minit.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 6

    6 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Saya pun tak pasti kenapa lambat sangat. Berbanding dengan jemaah yang

    berbaris di barisan yang panjang, tapi semuanya jemaah dari Malaysia.

    Semuanya lepas dengan pantas. Jemaah Malaysia hanya mengambil masa 1 minit

    untuk selesai. Walaupun kami antara yang terawal tiba di imigresen ni, tapi kami

    antara yang terakhir keluar dari sini.

    Jemaah-jemaah lain semuanya dah lepas awal.

    Lagi satu, FYI, di sini akan ada pekerja-pekerja cleaner airport dari Bangladesh

    yang akan datang dan offer kita Sim Card dari Mekah, so kita boleh beli di sini.

    Tapi kena berhati-hati, biasanya mereka ni jual mahal sket.

    Harga yang berpatutan untuk Sim Card adalah 50 Riyal duit dengan nilai 50 Riyal

    duit dalam Sim Card.

    Selepas itu, bas membawa kami dari Airport ke Hotel Abeer Garden di Mekah.

    Jarak hotel ke masjid dalam 300 meter. Boleh tahan la. Selepas habis berkemas

    barang di bilik, kami menuju ke Masjidil Haram untuk menunaikan Umrah kami

    yang pertama. Untuk memastikan kami tawaf dengan betul dan ini first time saya

    bawa jemaah-jemaah lain yang turut serta. Saya tak lah ambil gambar semasa di

    hadapan Kaabah.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 7

    7 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Bila di Sai, baru start ambil gambar balik. Gambar di atas ni gambar Maria and

    mak semasa mengerjakan Sai..

    Selepas selesai tawaf, kami menunaikan sai antara Bukit Safa dan Bukit Marwah.

    Jarak antara dua bukit ni dianggarkan dalam 450 meter. Biasanya, dalan keadaaan

    berjalan dengan kelajuan sederhana, mengambil masa 45 minit untuk selesaikan

    ibadah sai.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 8

    8 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Itu kalau orang tak ramai, kalau ramai orang. Lebih panjang masa diperlukan

    untuk menunaikan sai. Alhamdulillah, seperti yang dijangka, kami tamat

    mengerjakan umrah dengan bertahlul lebih kurang pada pukul 3.30 pagi.

    Alhamdulillah, kami dapat mengerjakan ibadah umrah. Moga ibadah kami ini

    diterima Allah.

    Kami selesai mengerjakan umrah yang pertama lebih kurang satu jam sebelum

    waktu subuh. Memandangkan waktu subuh sudah hampir, kami decide untuk stay

    di masjid dan hanya balik ke hotel selepas solat Subuh. So, lepas umrah saya pun

    ambil la gambar Maria ngan mak mertua saya di membelakangkan Kaabah.

    Selepas solat subuh, kami terus balik ke hotel untuk bersarapan dan tidurr. Agak

    memenatkan sebab semalaman kami tak dapat tidur.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 9

    9 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    BAB 2 : GAMBAR SEKITAR MASJIDIL HARAM

    Untuk BAB 2 ini, saya tak berhasrat untuk bercerita panjang. Sebaliknya, saya nak

    kongsi dengan anda gambar gambar yang sempat saya ambil di sekitar Masjidil

    Haram, Mekah.

    Ini gambar pintu masuk utama ke Masjidil Haram yang menjadi laluan kami. Pintu

    Gate 1, King Abdul Aziz Gate.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 10

    10 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Hotel Al-Safwah Tower. Antara hotel yang terdekat dengan Masjid. Belakang tu

    yang still dalam construction Zam Zam Tower. Bangunan tertinggi di Mekah.

    Gambar Masjidil Haram di siang hari. Pandangan dari luar.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 11

    11 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Gambar pintu Kaabah dari dekat..

    Gambar orang sedang tawaf mengelilingi kaabah di siang hari. Untuk makluman

    anda, ini gambar lama. Sekarang, disekeliling Kaabah sudah ada tempat Tawaf

    yang baru 2 tingkat. Ini bagi menampung kapasiti jemaah yang lebih besar semasa

    musim haji dan bulan Ramadhan.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 12

    12 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Zam-Zam Tower dalam proses pembinaan..

    Pintu King Abdul Aziz di siang hari

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 13

    13 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Peniaga-peniaga yang berniaga ditepi-tepi jalan

    Kedai-kedai di luar masjid, sepanjang jalan balik ke hotel..

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 14

    14 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    BAB 3 : MENUNAIKAN UMRAH SUNAT

    Assalamualaikum,

    Hari Jumaat, 16 April jemaah kami semua di bawa menaiki bas sewa untuk kami

    mengerjakan umrah.

    Bas membawa kami ke Tanaim. Tempat Miqat yang paling dekat dengan Tanah

    Haram. Jarak Tanaim dari Masjidil Haram adalah lebih kurang 6 km. Tapi

    disebabkan jalan yang agak jamm, perjalanan sehala mengambil masa hampir 20-

    30 minit.

    Kami bergambar di luar hotel tempat menunggu bas. Background belakang adalah

    gambar hotel2 baru yang sedang dibina.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 15

    15 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Maria dan Mak dalam bas menuju ke Tanaim

    Pintu masuk utama Masjid Tanaim

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 16

    16 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Maria dan Mak bergambar di hadapan masjid

    Gambar Masjid Tanaim dari luar

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 17

    17 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Selesai berniat di Tanaim, bas bertolak menuju ke Masjidil Haram. Kami terus

    memulakan tawaf. Jam waktu ni sekitar 8.30 pagi. Selesai tawaf, kami bergambar

    dihadapan Kaabah sebelum menuju ke Bukit Safa untuk Sai.

    Saya pun ambil gambar gak. Gambar ni berhampiran Multazam, membelakangkan

    pintu kaabah dan menuju ke tempat Sai

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 18

    18 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Saya dan Mak di Bukit Safa. Dulu batu batu bukit ni boleh dipijak, tapi sekarang

    dah ada pagar. So, jemaah sekaran dah tak leh nak pijak batu di Bukit Safa.

    Ni gambar dari bawah Bukit Safa. Pemandangan ke atas. FYI, Sai sekarang dah

    boleh dibuat dalam 5 tingkat, tapi sekarang ni Sai hanya di buka untuk 2 tingkat.

    Hanya musim haji semua tingkat akan di buka.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 19

    19 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Ni gambar batu2 di Bukit Safa..

    Terus menunaikan ibadah Sai.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 20

    20 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Habis Sai, saya bertahlul. Kali ni saya membotakkan kepala. Sekali botak di kedai,

    tak sampai 5 minit pun, tapi kena bayar 10 Riyal..

    Alhamdulillah, selesai ibadah umrah saya yang kedua. Masa selesai umrah tu, jam

    dalam pukul 10 pagi dan saya balik ke hotel untuk berehat. Sebelum kembali ke

    Masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

    Mudah tak nak buat Umrah? Mudahkan. Cuma buat Rukun Umrah dan Jaga Wajib

    Umrah sahaja.

    Cuba ikuti balik Rukum Umrah yang saya buat :

    1. Niat Umrah. 2. Tawaf 3. Saie 4. Tahalul 5. Tertib Wajib Umrah pulak : 1. Berniat di Miqat 2. Menjaga 13 pantang larang ihram. Insya Allah, jika anda faham konsep asas ini. Semuanya akan jadi mudah.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 21

    21 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    BAB 4 : ZIARAH LUAR MEKAH (I)

    Hari ke 4 kami di Mekah, pihak travel agen membawa kami menziarahi tempat-

    tempat menarik di sekitar Mekah. Kami dibawa dengan menaiki bas dan tempat

    ziarah terakhir kami hari tu adalah di Ja'ranah iaitu tempat bermiqat untuk kami

    mengerjakan umrah.

    Kami di atas bas. Biasalah, lelaki duduk di belakang. Dari kiri, Pak Cik Polis dari

    Kelantan, Mortin, Saya dan Thalhah

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 22

    22 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Tempat pertama yang kami ziarah, Jabal Thur. Inilah tempat dibawa Rasulullah

    dan Saidina Abu Bakar untuk menyorok semasa hendak berhijrah ke Madinah.

    Tempat seterusnya, kami dibawa menuju ke Arafah. Tempat para jemaah haji

    berwukuf untuk menunaikan haji. Gambar di atas adalah landasan LRT yang

    sedang dibina di sana yang menghubungkan Mina, Muzdalifah dan Arafah.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 23

    23 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Turun saja dari bas di Arafah, berpuluh-puluh ekor unta yang dihiasi bunga

    menyerbu bas kami. Pak Arab di sini cari makan dengan kita membayar 5 Riyal

    untuk bergambar dengan unta mereka. Kesiannya, banyak sangat unta tapi orang

    yang nak bergambar dengan unta tu tak lah banyak sangat.

    Kami bertiga bergambar membelakangkan Jabal Rahmah. Jabal Rahmah ni adalah

    tempat di mana Nabi Adam dan Hawa bertemu setelah di turunkan dari Syurga ke

    dunia. Disinilah juga tempat yang amat mustajab bagi mereka yang nak berdoa

    untuk mencari jodoh.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 24

    24 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Kami mengatur langkah menaiki anak tangga untuk menaiki ke atas Jabal Rahmah

    Dalam perjalanan menaiki ke puncak tu, ada berpuluh2 orang yang meminta

    sedekah. Ni salah sorang yang minta sedekah tu.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 25

    25 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Ni lagi satu, konon-kononnya tangan dia kudung. Tapi sebenarnya dia lipatkan

    tangan dia dan tunjukkan siku dia aja. Tangan dia ada di belakang kepala. Nak

    buat cam na, terpaksa menipu untuk cari makan. Sebenarnya di sana ada agen

    yang uruskan budak-budak ni untuk minta sedekah.

    Kami bertiga sampai di puncak Jabal Rahmah.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 26

    26 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Di atas ni banyak orang yang jual souvenier. Dan lebih menarik, penjual-penjual

    kat atas ni semuanya dari Bangladesh. Habisla Pak Arab tak leh nak cari makan

    dah lepas ni.

    Pemandangan turun balik dari Jabal Rahmah

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 27

    27 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Perjalanan ke tempat ziarah seterusnya, saya ternampak landasan LRT yang

    sedang dalam pembinaan.

    Ni gambar khemah-khemah yang didiami oleh mereka yang mengerjakan haji.

    Gambar ni di Muzdalifah. Banyak hemah. Sejauh mata memandang..

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 28

    28 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Gambar dekat khemah-khemah di Muzdalifah

    Tempat terakhir ziarah hari ni adalah Masjid Ja'ranah. Tempat kami berniat untuk

    mengerjakan umrah yang seterusnya.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 29

    29 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Ni boundary antara Tanah Halal dan Tanah Haram. Kiranya kalau nak berniat

    mengerjakan umrah, mesti sebelum sempadan ni.

    Saya dan Mortin yang dah berihram atas bas. Baru botakkan kepala semasa

    bertahlul dalam umrah sebelumnya.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 30

    30 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Ni adalah perkuburan Ma'ala. Di sinilah tempat orang-orang di Mekah yang

    meninggal dikebumikan.

    Ni gambar semasa di Sai antara Bukit Safa dan Bukit Marwah. Ada lampu hijau. Di

    lampu hijau ni lelaki disunatkan untuk berlari lari anak. Untuk nak mengingati

    kembali Siti Hajar, Isteri Nabi Ibrahim yang berlari-lari anak antara dua bukit ni

    untuk mencari air buat anaknya Nabi Ismail yang menangis kehausan.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 31

    31 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Sempat lagi ambil gambar di Kaabah lepas mengerjakan umrah.

    Se lepas ni, saya akan berkongsi dengan anda gambar-gambar ziarah kami di

    Ladang Unta, Hudaibiyah dan Muzium Dua Masjid.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 32

    32 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    BAB 5 : ZIARAH LUAR MEKAH (II)

    Hari ke 5 kami di Mekah, pihak agensi membuat pakej ziarah tambahan. Setiap

    jemaah yang nak menyertai ziarah tambahan ni perlu bayar 20 Riyal. Ziarah ni kira

    optional. Memang dari awal lagi kami dah dimaklumkan ziarah tambahan ni perlu

    di bayar duit.

    Antara tempat menarik yang akan dibawa adalah lawatan ke ladang unta,

    kemudian ke Masjid Hudaibiyah dimana Perjanjian Hudaibiyah dibuat.

    Seterusnya kami di bawa ke Muziam Dua Masjid dimana semua peralatan-

    peralatan yang pernah diguna di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi terdapat di

    Muzium ni.

    Ni antara gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang program ziarah

    tambahan ni.

    Kami di dalam bas. Hampir kesemua jemaah menyertai ziarah tambahan.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 33

    33 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Kami tiba di ladang unta. Ingatkan ladang unta ada bumbung, rupa-rupanya,

    ladang unta ni open air. Memang unta ni duduk di tempat panas. Hairan bin ajaib,

    unta boleh duduk atas pasir yang panas sedangkan kami nak pijak pasir panas tu

    pun tak leh. Allah Maha Berkuasa.

    Saya dan Maria bergambar di ladang unta

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 34

    34 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Untung Tauke unta hari tu. Sebab ramai gila jemaah kami yang beli susu unta

    daripada dia. Satu botol kecil dalam 300ml harga 5 Riyal. Senyum aja brother ni.

    Hari ni, anak-anak unta kena la berpuasa sebab habis susu ibu unta kena perah

    sebab nak jual kepada kami. Sian anak unta ni.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 35

    35 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Maria dan Mak bergambar dengan anak unta yang sedang berehat tak leh minum

    sebab susu mak unta dah habis.

    Seterunya kami di bawa ke Masjid Hudaibiyah. Di sinilah tempat berlakunya

    Perjanjian Hudaibiyah semasa Rasulullah nak memasuki Mekah untuk proses

    Fathul Mekah. Rasulullah berjaya masuk ke Mekah tanpa sebarang pertumpahan

    darah. Di sinilah segalanya bermula, Fathul Makkah.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 36

    36 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Ni pula gambar Masjid Hudaibiyah. Di sini kami berniat untuk mengerjakan

    Umrah.

    Lawatan seterusnya ziarah ke Masjidi Dua Masjid

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 37

    37 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Ustaz Iskandar sedang menceritakan mengenai sejarah Masjidil Haram

    Replika Masjdil Haram satu ketika dulu

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 38

    38 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Gambar Batu Hajarul Aswad

    Pintu ini pernah digunakan di Masjid Nabawi

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 39

    39 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Replika Telaga Zam Zam yang pernah digunakan satu ketika dulu

    Tempat simpan air zam zam pada zaman dahulu

    Selepas tamat ziarah di muzium ni, kami terus bertolak ke Masjidil Haram untuk

    menunaikan umrah yang seterusnya.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 40

    40 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    BAB 6 : PENGALAMAN MENDAKI GUA HIRA

    Hari ke 6 kami di sana, para jemaah di beri peluang. Sesiapa yang ingin mendaki

    dan melihat sendiri Gua Hira', boleh buat ziarah tambahan dengan bayaran 15

    Riyal.

    Kami yang muda-muda ramai-ramai berpakat untuk mendaki Gua Hira'. Setelah

    dikumpulkan, 14 orang jemaah yang ingin melihat Gua Hira' dari dekat. 8 orang

    muda dan 6 orang yang sedikit berumur termasuk jemaah wanita.

    Bila kami sampai ke kaki bukit, cita-cita murni 6 orang jemaah yang sedikit

    berumur terhenti di kaki bukit. Sebabnya, dari bawah kami tengok bukit ni terlalu

    tinggi. Frankly speaking saya sendiri pun terasa tingginya Gua Hira' ni.

    Boleh sampai ka?

    Kami yang muda-muda menguatkan semangat untuk memulakan pendakian.

    Kami nak merasai sendiri macam mana dulu Rasulullah mendakit bukit ni.

    Cumanya, Rasulullah mungkin mendaki bukit ni pada waktu siang, kami mendaki

    waktu malam. Tak lah terasa sangat panas terik matahari waktu siang.

    Untuk ziarah tambahan ni, Maria dan Mak tak turut serta sebab dia orang tak

    confident boleh naik sampai ke atas. So, saya pun advise la dia orang untuk rehat

    saja di hotel. Rehat supaya boleh tumpu ibadah pada keesokan harinya.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 41

    41 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Saya memulakan pendakian dengan warming up. Regangkan otot-otot mana yang

    perlu. Kami memulakan pendakian pukul 10.45 mlm.

    Dengan lafaz Bismillah, kami memulakan langkah untuk mendaki Gua Hira'. Kiri

    berjubah tu adalah Mutawif kami. Dia yang bawa kami mendaki sampai ke atas.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 42

    42 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Mak aih, mula-mula pun dah nak kena mendaki kaki bukit yang agak curam. Naik

    baru sket, dah terasa lenguh-lenguh lutut.

    Ni kira pit stop kami yang pertama. 5 minit mendaki, Saya, Mortin dan seorang

    brother yang berumur sket dah mula penat. Kami semua berehat seketika.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 43

    43 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Nasib baik ada Abg Zul (Tengah) dalam group kami. So tak lah laju sangat kami nak

    daki sebab Abg Zul cepat sket rasa letih. Boleh la saya dan Mortin tumpang rest

    sekali. Budak-budak muda yang lain semuanya laju aja naik. Langsung tak penat.

    Pit stop seterusnya. Saya, mortin dan Abang Zul tinggal bertiga dibelakang. Ustaz

    dan budak-budak muda lain semuanya dah laju naik ke atas.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 44

    44 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Kami di pit stop seterusnya. Masa ni ntah kemana menghilang budak-budak tu..

    Kami bernasib baik sebab sekarang ni nak daki Gua Hira' dah ada tangga

    bersimen. Tangga bersimen ni baru siap Ramadhan tahun lepas. Kira Alhamdulilah

    la. Kalau tak, nak naik ni lebih mencabar la. Ada sesetengah tempat tu siap ada

    railing lagi. Lebih mudah nak naik sekarang berbanding masa Rasulullah naik dulu.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 45

    45 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    45 minit kami mendaki kami dah sampai ke puncak bukit. Mengejutkan kami bila

    kami tengok ada kedai yang jual macam-macam barang kat atas. Semua kami

    terkejut, macam mana lah dia orang ni bawa barang naik ke atas.

    Kami yang naik kosong pun penat, ni nak naik atas siap bawak barang lagi. Yang

    mengejutkan, bila dah sampai punca paling tinggi, kami tertanya-tanya mana dia

    Gua Hira'.

    Ustaz dan budak-budak muda lain dah hilang ntah ke mana.

    Tinggal kami bertiga di belakang. So, kami pun tanya la orang yang jual tu Gua

    Hira' di mana?

    Dan dia pun tunjuk lah direction yang kami kena tuju. Rupa-rupanya, Gua Hira'

    bukan di puncak bukit tu. Tapi, lepas sampai puncak, kami kena turun sket bukit di

    arah yang lain. So, kami pun turun lah balik bukit di arah yang lain pulak.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 46

    46 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    5 minit lepas turun bukit semula di arah lain, kami sampai di pintu gua. Pergh.

    perjalanan turun bukit di arah lain ni betul-betul mencabar. Walaupun bertangga,

    tapi jalan agak sempit dan di tepi kami gaung. Kalau jatuh, selamat jalan la.

    Kami terpaksa berhati-hati turun. Memang agak menakutkan. Gambar atas ni

    adalah pintu gua untuk masuk ke Gua Hira'.

    Pintu ni memang sempit, sorang saja boleh masuk at one time. Ni gambar Mortin

    masa nak masuk ke pintu gua.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 47

    47 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Saya dan Mortin mengambil peluang untuk bersolat sunat dua rakaat di dalam

    Gua Hira', tempat yang Rasulullah pernah menerima wahyu yang pertama dari

    surah Al-Alaq. Ayat 1-3.

    Antara jemaah yang berjaya sampai ke atas.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 48

    48 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Thalhah bergaya, posing baik punya kat atas bukit ni. Sebelum sampai, saya

    sangkakan Gua Hira' ni tempat yang tertutup. Rupa-rupanya, lepas masuk pintu

    gua tadi tu. Tempat ni dah jadi gua terbuka. Cumanya lepas masuk ada sket

    tempat yang tertutup. Tempat kami bersolat tu. Tempat lain semuanya terbuka.

    Mohaimin senyum aja sebab berjaya sampai ke atas.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 49

    49 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Inilah yang dinamakan Gua Hira'. Tempat Rasulullah menerima wahyu daripada

    Allah. Wahyu yang pertama. Kami semua bersayaukur sebab dpt menyaksikan

    sendiri tempat Rasulullah menerima wahyu ni.

    Batu yang ditulis dengan "Iqra' Bismirabbikallazi Qalaq.. Qhalaqal insanamin Alaq"

    Ghar Hira' yang bermaksud Gua Hira'.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 50

    50 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Saya bergambar dalam Gua Hira'.

    Semua yang sampai berehat seketika di atas.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 51

    51 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Thalhah posing lagi.

    Lagi gambar saya di pintu Gua Hira'. Tasbih besar tu, nak masuk dalam poket

    besar sangat, tu yang gantung di leher aja. Tak dak kaitan dengan mana-mana

    kumpulan tarekat ok. Hehe.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 52

    52 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Lagi gambar saya di sekitar Gua Hira' tu.

    Tulisan2 yang terdapat di sekitar gua. Gua Hira' juga dinamakan Jabal Nur.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 53

    53 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Close up tulisan2 di batu. Tapi, sayang ramai jemaah yang naik ke atas dan

    menconteng batu batu ni.

    Setelah berada 30 minit di dalam Gua Hira' tu, kami mula mengatur langkah untuk

    turun semula ke bawah. Masa nak naik saya tak terasa sangat sakit kaki. Tapi,

    masa nak turun terasa sakit kaki sebab bila turun kami terpaksa nak menghempap

    kaki. Terasa lutut bergoyang.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 54

    54 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Alhamdulillah, pukul 12.45 malam kami selamat sampai ke bawah. Basically,

    perjalanan naik ke puncak bukit mengambil masa 45 minit. 15 minit tengok-

    tengok barang kat kedai di atas tu. Then 30 minit berehat di dalam gua dan 30

    minit lagi untuk turun ke bawah.

    Kami semua berpuas hati sebab dapat melihat sendiri rupa bentuk Gua Hira'.

    Tempat yang Rasulullah selalu "Beruzlah" mengasingkan diri. Untuk bertafakur.

    Dan tempat Rasulullah menerima wahyu yang pertama.

    Bagi mereka yang pergi ke Mekah. Ambillah peluang untuk mendaki Gua Hira' ni.

    Satu pengalaman yang tak mungkin boleh dilupakan. Saya bersyukur sebab inilah

    pertama kali saya sampai ke Gua Hira'. Kalau di lihat dari jauh, memang gua ni

    tinggi. Tapi kalau kita ada keyakinan dan keazaman. Insya Allah, kita boleh sampai

    ke atas.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 55

    55 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    BAB 7 : LAGI GAMBAR SEKITAR MASJIDIL HARAM

    Untuk Bab 7, saya akan berkongsi lebih banyak gambar-gambar menarik yang

    saya ambil di sekitar Masjidil Haram.

    Hotel di belakang Maria dan Mak adalah hotel yang paling mahal, paling cantik

    dan paling dekat dengan masjid. Jarak masjid dengan hotel ni sekitar 50m. Hotel

    Inter Continental. Sebelah hotel ni ada Hotel Hilton dan As Safwah Tower.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 56

    56 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Ni gambar pekerja-pekerja di Masjidil Haram sedang membersihkan lantai di

    kawasan Saie.

    Mereka akan buat kerja dalam 10 orang dalam satu-satu masa. Curah air, gosok

    lantai dengan berus dan keringkan.. Semuanya dilakukan secara serentak. Dalam

    masa beberapa minit, semua kawasan tadi siap dibasuh dan dikeringkan.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 57

    57 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Ni gambar Maria membelakangkan masjid berhampiran pintu di Bukit Marwah.

    Gambar hotel yang berdekatan dengan pintu Marwah.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 58

    58 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Bangunan putih dibelakang tu adalah tempat kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.

    Di tepi sebelah kiri gambar ni pulak adalah tapak rumah Abu Jahal dahulu.

    Sekarang tapak rumah ni dibuat tandas setinggi 3 tingkat. Untuk menunjukkan

    betapa hinanya Abu Jahal pada mata orang Islam.

    Ni adalah gambar Maqam Ibrahim. Nama aja Maqam Ibrahim, tapi bukan kubur

    Nabi Ibrahim ada di sini. Di sini hanya ada tapak kaki Nabi Ibrahim. Selepas tawaf,

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 59

    59 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    kita disunatkan untuk bersolat dibelakang Maqam Ibrahim ni. Kalau boleh la,

    biasanya memang tak boleh nak solat sunat di sini sebab orang terlalu ramai.

    Ni pula gambar pintu kaabah dari sisi. Nampak tak sorang polis yang sedang

    berdiri tinggi tu, di situlah terletaknya Hajarul Aswad. Polis berkawal disitu bagi

    memastikan orang ramai yang berebut untuk mencium batu hajarul aswad tidak

    berasak asak.

    Pintu King Abdul Aziz. No 1.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 60

    60 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Ni adalah gambar dalam Masjidil Haram tingkat atas bahagian berhawa dingin.

    Dalam masjid, terdapat banyak bekas tong minuman air zam-zam untuk para

    jemaah minum. Cawan disediakan semuanya percuma.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 61

    61 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Ni rupa bentuk rak untuk meletak Al Quran dalam masjid. Ada ditiang atau pun

    ada di rak-rak berhampiran.

    Ni gambar dari tingkat atas. Bahagian berhawa dingin. Tempat ni biasanya para

    jemaah yang penat tidur.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 62

    62 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Ni gambar Kaabah dari tingkat 2. Jemaah yang sedang bertawaf agak ramai masa

    ni.

    Ni gambar Maria dan Mak membelakangkan Hotel Hilton.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 63

    63 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Ni gambar Maria dan Mak di tingkat 2.

    Maria dan mak bergambar dalam masjid membelakangkan rak-rak Al Quran.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 64

    64 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Maria dan Mak atas escalator untuk turun dari tingkat 2 ke bawah.

    Gambar saya dan Maria di luar Masjidil Haram.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 65

    65 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Di sini ramai Minah-minah Afrika yang illegal jual barang-barang untuk jemaah.

    Agak murah. Yang menarik, tiada meja. Hanya beralaskan sekeping kain.

    Kalau polis datang diaorang akan cepat-cepat bungkus balik semua barang tu dan

    lari.

    Dan yang bagusnya, polis kalau datang pun hanya untuk menakut-nakutkan dia

    orang ni, bukannya nak merampas barang pun.

    Tu la puncanya makin hari makin ramai orang berniaga secara haram di luar

    kawasan masjid.

    Bab seterusnya, saya akan ceritakan pengalaman saya mencium Hajarul Aswad

    dan berdoa di Multazam.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 66

    66 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    BAB 8 : PENGALAMAN MENGUCUP HAJARUL ASWAD

    Setiap orang yang pergi menunaikan umrah atau haji pasti ada cerita tersendiri

    untuk mencium batu hajarul aswad. Pertama sekali kita kena tahu kenapa kita

    perlu mencium batu hajarul aswad ni. Dan apa hukumnya..

    Kita mencium batu ini kerana batu ini dikatakan datangnya dari syurga.

    Asalnya, batu ini berwarna putih berkilauan. Dan apa bila kita mencium batu ini,

    dosa-dosa kita akan diserap oleh batu hajarul aswad ini.

    Disebabkan terlalu banyak dosa orang Islam yang mencium batu ini, lama

    kelamaan batu ini bertukar menjadi warna hitam.

    Hukum mencium batu ini adalah sunat sahaja. Tapi, ramai orang yang tersalah

    cara untuk mencium batu ni.

    Yang pasti, kalau nak cium batu ni mesti kena berebut dan berasak-asak. Jadi

    kalau kita tolok menolak sampai mendatangkan kemudaratan terhadap orang

    lain, hukum sunat tadi dah bertukar menjadi Haram.

    Sehingga hari ke 5 saya di Mekah, saya masih belum berjaya mencium batu ni.

    Setiap waktu orang memang terlalu ramai berebut-rebut nak cium batu ni. Tak

    kira, pagi, tengah hari, petang atau malam, orang sentiasa penuh berebut-rebut

    untuk mencium batu ni.

    Bagi mereka yang nak mencium Hajarul Aswad, saya mencadangkan cara yang

    paling mudah iaitu datang awal sebelum solat Asar, dalam 1 jam sebelum solat

    Asar, pergi ke Hajarul Aswad dan beratur.

    HANYA waktu ini sahaja orang yang nak cium batu hajarul aswad ni kena beratur,

    waktu2 lain semuanya kena berebut. Termasuklah jemaah wanita, Alhamdulillah

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 67

    67 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Maria dan Mak dpt mencium batu hajarul aswad kerana datang sebelum waktu

    Asar.

    Saya mendapat petua ni daripada sahabat saya di Malaysia, dia kata cara paling

    senang nak cium Batu Hajarul Aswad adalah dengan beratur sebelum waktu Asar.

    Waktu ni kita tak perlu berebut. Cuma kita perlu sabar untuk beratur.

    Hari ke 6, saya beratur untuk mencium batu ni.

    Tapi, nasib tidak menyebelahi saya, apabila barisan saya sudah hampir ke batu

    hajarul aswad, pihak polis menghentikan barisan. Semua orang diminta berhenti

    kerana sudah hampir waktu Iqamah solat Asar.

    Keesokan harinya, saya beratur lagi. Tapi kali ni lepas 10 minit beratur, barisan

    langsung tak bergerak kerana terlalu banyak orang yang potong que di hadapan.

    Saya fade up dan keluar dari barisan. Saya sangka tempat saya beratur tu dah tak

    sempat nak cium berdasarkan pengalaman hari sebelumnya. Rupa rupanya, kali ni

    kalau saya beratur saya pasti boleh mencium batu hajarul aswad.

    Hari ke 8 saya di Mekah, sahabat serombongan dengan saya mengajak saya untuk

    mencium batu hajarul aswad. Waktu masa tu pukul 11 pagi. Kami berempat pergi

    ke Masjid dan membuat tawaf sunat dulu. Kemudian bersolat sunat tawaf.

    Sepanjang tawaf, kami berdoa untuk diberi peluang untuk mencium batu hajarul

    aswad ni.

    Selepas solat sunat, kami berempat masuk ke tempat mencium batu hajarul

    aswad ni. Alhamdulillah, dalam masa yang begitu singkat. Tak sampai 1 minit,

    kami berempat dpt mencium batu Hajarul Aswad. Kami terpaksa jugak bertolak-

    tolak dengan orang ramai, tapi tolakan kami tak lah kuat sangat, sekadar

    mempertahankan ruang untuk kami bergerak ke arah batu tu.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 68

    68 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Beginilah keadaan orang ramai yang berebut-rebut untuk mencium batu hajarul

    Aswad. Ada sorang polis yang akan menunggu berhampiran batu tu in case

    anything happen.

    Lagi gambar orang ramai berebut untuk mencium batu..

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 69

    69 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Ini pula adalah gambar pintu kaabah dari dekat.

    Now, let me tell you about Multazam.

    Multazam adalah tempat yang paling mustajab untuk kita semua berdoa. Kalau

    ikut ranking, di sinilah tempat paling Afdal untuk berdoa dan tempat yang mana

    kalau kita berdoa pasti hajat kita akan dimakbulkan.

    Insya Allah, berdasarkan pengalaman saya berdoa di sini dalam ziarah2 saya yang

    terdahulu, hampir kesemua doa2 saya termakbul. Alhamdulillah. Sebab tu lah

    dulu, sebelum saya dtg ke Mekah, saya ada meminta sesiapa yang berhajat untuk

    saya minta doa di Multazam, akan saya doakan di sini.

    Tempat yang paling mustajab. Mudah2an, doa2 sahabat2 yang kirim kepada saya

    dimakbulkan Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 70

    70 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Di sinilah yang dikatakan Multazam. Tempat antara pintu kaabah dan batu hajarul

    aswad. Nak masuk ke sini bukannya mudah, kita terpaksa bertolak2 untuk sampai

    ke hadapan.

    Alhamdulillah, untuk ziarah saya kali ni, saya dapat berdoa ditempat First Class 2-

    3 kali. Maksud saya, betul betul di dinding Kaabah tersebut.

    Di sini, kalau minta doa, entah macam mana air mata akan jatuh secara

    automatik. Tak tahu air mata datang dari mana, tapi bila kita berdoa di sini, kita

    terasa macam betul-betul kita sedang berdoa kepada Allah dan kita betul-betul

    berharap agar Allah perkenankan doa kita.

    Mudah2an, Allah memperkenankan semua doa2 saya di hadapan Multazam ni.

    Ada sesetengah orang di luar Mekah, kalau mereka ada masalah-masalah besar

    yang tak dpt diselesaikan, mereka akan datang ke Mekah dan berdoa di

    Multazam. Dan apabila pulang, Alhamdulillah masalah mereka yang sukar-sukar

    semuanya diselesaikan Allah.

    Kita mungkin tak yakin dengan perkara ni, selagi kita tak merasai sendiri setiap

    doa doa kita dimakbulkan Allah. Bagi saya, saya amat yakin dan amat percaya.

    Sebabnya, saya dah banyak kali rasa kebenarannya. Bagi yang belum, berniatlah

    untuk ke Mekah sama ada untuk mengerjakan haji atau umrah, insya Allah.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 71

    71 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Bila sampai di sana, berdoalah dengan sepenuh hati di Multazam. Dan pulanglah,

    anda akan lihat satu demi satu doa anda dimakbulkan Allah.

    Percayalah.

    Rasanya, cukup dulu untuk entry kali ni. Selepas ini, saya akan berkongsi dengan

    anda pengalaman saya pergi makan Nasi Mandi Kambing di Mekah.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 72

    72 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    BAB 9 : NASI MANDI KAMBING

    Semasa di Malaysia, saya ada tanya kawan saya yang menetap di Madinah

    bertahun-tahun.

    Di mana restoran makanan yang sedap ada di Mekah, saya teringin nak makan.

    Dan kawan saya jawab, kedai-kedai restoran yang sedap semuanya jauh dari

    Mekah, kena naik teksi dalam 15 minit.

    Disebabkan agak sukar mencari tempat makan sedap di sana, saya pada mulanya

    rasa, tak palah. Makan ajalah makanan yang disediakan oleh pihak travel agen.

    Lagipun, makanan yang diaorang sediakan pun sedap-sedap jugak.

    Tapi, tu lah bila kita niat sesuatu, Alhamdulillah Allah Maha Mendengar apa yang

    kita luahkan dalam hati kita. Di Mekah, hajat saya termakbul.

    Ada seorang doktor, Dr Nazri yang agak berpengalaman mengenai selok belok di

    Mekah mengajak saya dan beberapa orang lagi untuk makan di luar. Nasi Mandi

    Kambing.

    Tempatnya di Restoran Mat'amu Riyadh yang terletak di Jalan Madinah Al

    Munawwarah, on the way ke Masjid Tanaim.

    Alhamdulillah, rezeki bertambah murah bila Dr Nazri kata dia nak belanja kami

    semua makan. Alhamdulillah, masa di kaunter, saya agak terkejut la bila tahu

    satu kepala makan di situ harga 40 Riyal.

    Perghhh, mahal gila.

    Tapi, tak pa lah. Makan ajalah, dah ada orang nak buat pahala. Kita tolong dia aja

    la dapatkan pahala.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 73

    73 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Syahir dan Ustaz Iskandar ditempat duduk sementara menunggu makanan

    datang.

    Tunggu punya tunggu, makanan pun sampai, agak terkejut kami kerana makanan

    dihidangkan didalam talam untuk 4 orang.

    Tak pa lah, talam pun talam lah.. Kami memulakan tugasan kami. Selesai baca

    doa, serbu...

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 74

    74 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Semua makan sampai kenyang.. Tapi, lauk habis nasi tak habis. Tapi, memang

    sedap lah.

    Dr Nazri yang tak pakai kopiah dan berambut.

    Kami bergambar semasa makan.

    .

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 75

    75 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Akhir sekali, kami ucapkan terima kasih yang tak terhingga buat Dr Nazri yang

    berhajat untuk buat 'pahala' malam tu. Moga Allah murahkan lagi rezeki Dr lepas

    ni.

    Detail Pakej Umrah Ini Ada Di Muka Surat Yang Terakhir

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 76

    76 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    BAB 10 : PERJALANAN MENUJU KE MADINAH

    Hari ke 10 kami di Mekah, selepas Solat Jumaat kami bertolak menuju ke

    Madinah. Pada masa ni, saya nampak pengurusan agensi agak kucar kacir.

    Mutawif tak maklumkan kepada kami plan untuk hari tu. Dan mutawif tak

    maklumkan suruh kami Jama' kan Solat Jumaat dan Solat Asar.

    Kami hanya di minta untuk keluarkan beg dan letak diluar bilik sebelum pukul 11

    pagi.

    Arahan diberikan, jangan takut hal beg. Beg ni ambil di hotel di Madinah.

    Perghhh. Ayat macam simple. Tapi, saya tengok masa bas nak bertolak, ada beg

    jemaah yang baru sampai dari Malaysia malam sebelumnya dah bercampur

    dengan beg jemaah kami yang nak menuju ke Madinah.

    Because of this, perghhh.. Ada kebarangkalian beg jemaah yang baru sampai ke

    Mekah terlepas pergi ke Madinah. And that thing happen..

    Walaupun plan asal kami bertolak ke Madinah pukul 2.30 petang, tapi pukul 4.30

    petang baru bas boleh bertolak. Macam-macam problem happen before that.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 77

    77 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Dalam perjalanan ke Madinah, masya Allah. Ujian Allah, penghawa dingin bas

    kami rosak. Belting problem. Nasib baik la driver bas pandai repair dan ada spare

    part.

    So, dalam 30 minit, bas kembali seperti normal. So bad, ramai di antara jemaah

    dalam bas yang belum solat Asar, saya ada bagi cadangan masa bas rosak supaya

    mereka yang belum bersolat untuk solat di tepi jalan atau solat dalam bas.

    Tapi, tak der sorang pun yang belum bersolat buat macam tu. Nak buat macam

    mana, pergi Mekah buat Umrah dah cantik dah. Tapi dalam perjalanan boleh

    terkantoi solat.

    Aduh.

    Siap kata, tak pa lah nanti kita Qada lah.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 78

    78 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Pukul 9.30 mlm, kami sampai di satu tempat perhentian untuk makan. Yaman

    Restoran. Sedap gila makan di sini, Nasi Mandi Ayam. Sorang 10 Riyal. Tapi, agen

    yang bayar. Kami makan aja lah.

    Kali ni, makan dalam talam gak, tapi talam agak kecil. Terpaksalah kami berebut-

    rebut makan.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 79

    79 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Maria, Mak dan group makan dia orang.

    Pukul 12 malam, kami selamat sampai ke Madinah dan masuk ke hotel.

    Alhamdulillah, perjalanan kami tadi ambil masa hampir 7 jam setengah.

    Meletihkan.. Tapi, hotel di Madinah jauh lebih cantik berbanding hotel di Mekah.

    That's all..

    Selepas ini, saya akan berkongsi dengan anda gambar sekitar Masjid Nabawi dan

    juga Perkuburan Baqi.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 80

    80 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    BAB 11 : ZIARAH DALAM MASJID NABAWI

    Hari pertama kami di Madinah, pada awal pagi kami di bawa ziarah dalaman

    Masjidil Nabawi. Kami dibawa ziarah ke perkuburan Baqi' dan dalam kawasan

    masjid.

    Tulisan Khat yang terdapat di dinding hadapan masjid. Kira ni dalam 3 saf pertama

    di hadapan.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 81

    81 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Gambar tiang-tiang dalam masjid

    Gambar lampu yang tergantung di dalam masjid

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 82

    82 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Di bawah kubah hijau inilah terletaknya Makam Nabi Muhammad S.A.W

    Saya dan Maria bergambar di luar Masjidil Nabawi

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 83

    83 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Payung bumbung yang ditutup. Biasanya di buka hanya pada waktu panas. Pada

    masa teduh, payung ni akan di tutup.

    Payung yang sedang dibuka

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 84

    84 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Bumbung Close Up

    Kami bergambar di bawah bumbung yang dibuka

    Gambar di Madinah tak banyak sangat. Lepas ni saya akan share gambar di

    Perkuburan Baqi.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 85

    85 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    BAB 12 : PERKUBURAN BAQI

    Pada sebelah petang hari pertama kami di Madinah, selepas solat Asar saya

    berlari ke arah Perkuburan Baqi'.

    Saya teringat kawan saya di Malaysia cerita, perkuburan Baqi' akan dibuka untuk

    orang awam ziarah selepas solat Asar. So, lepas solat Asar saya cepat-cepat berlari

    ke arah tanah perkuburan.

    Saya bernasib baik sebab petang tu ada 3 jenazah. Jadi kami boleh menyaksikan

    secara langsung pengkebumian jenazah di tempat ni. Saya sebenarnya ada bawa

    kamera phone, saya banyak ambil gambar guna phone, sebab di sini tak boleh

    ambil gambar. So, kena cover-cover sket.

    Entah macam mana, saya pun tak tahu gambar-gambar saya di Madinah dalam

    phone semua hilang. Yang ada hanya gambar dalam kamera aja.

    So, saya hanya dpt upload gambar dalam kamera aja. Dalam phone saya, ada

    gambar betul-betul di hadapan Maqam Rasulullah, Maqam Saidina Abu Bakar dan

    Saidina Umar.

    Aisey, hilang gambar-gambar menarik. Gambar dalam Raudhah pun hilang. Apa

    mau buat. Tak der rezeki tuk saya upload dalam blog ni.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 86

    86 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Ni gambar kubur2 lama di perkuburan Baqi'

    Lagi gambar kubur-kubur lama

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 87

    87 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Ni gambar kubur Saad bin Abi Waqas dan Fathimah

    Ni gambar kubur Saidatina Aisyah, isteri Rasulullah

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 88

    88 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Lagi gambar kubur Saidatina Aishah

    Sayang rasanya, gambar kubur Saidina Othman hilang. Dan beberap gambar-

    gambar menarik yang lain turut hilang.

    Tak pa la, redha aja lah. Insya Allah, selepas ini saya akan kongsi dengan anda

    gambar ziarah sekitar Madinah.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 89

    89 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    BAB 13 : ZIARAH LUAR MADINAH

    Hari ke 2 kami di Madinah, pihak agen membawa kami ziarah ke kawasan-

    kawasan menarik di sekitar Madinah.

    Antara tempat menarik dan bersejarah yang dibawa adalah Masjid Quba, Jabal

    Uhud, Ladang Kurma, Masjid Qiblatain dan Pasar Kurma.

    Maria dan Mak dalam bas

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 90

    90 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Tempat ziarah kami yang pertama. Masjid Quba.

    Kelebihan Masjid Quba adalah sesiapa yang berwudhuk di rumahnya dan

    kemudian menunaikan solat sunat 2 rakaat di Masjid Quba, pahalanya sama

    seperti mengerjakan Umrah.

    Yang menjadi masalahnya, Mutawif kami tak beritahu kelebihan ni sebelum kami

    bertolak. Bila bas dah bertolak dan hampir nak sampai ke Masjid Quba, baru dia

    cakap kelebihan ni.

    Perghhhh. Alhamdulillah saya tahu fadhilat ni dan dah nasihat jemaah-jemaah

    yang duduk berhampiran saya dalam bas untuk berwudhuk sebelum bas

    bergerak.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 91

    91 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Gambar di luar Masjid Quba

    Tempat seterusnya, Jabal Uhud. Tempat dimana berlakunya Perang Uhud.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 92

    92 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Di belakang Maria dan Mak adalah Maqam Shuhada' Uhud yang berjumlah 70

    orang termasuk Saidina Hamzah. Semasa Perang Uhud, tentera musuh diketuai

    Khalid Bin Al Walid yang belum masuk Islam.

    Perkuburan Shuhada' Uhud

    Di belakang adalah gambar Jabal Qubis. Tempat berlakunya Peperangan Uhud.

    Di sinilah tentera Islam disuruh untuk tidak meninggalkan bukit ni, tapi mereka

    turun juga bukit ni setelah melihat ramai tentera musuh yang terkorban. Dan

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 93

    93 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    pada masa itu jugak lah, Khalid Bin Al Walid memimpin tentera musuh dan

    menaiki Jabal Qubis ni dan menyerang tentera Islam dari atas.

    Pada masa ini, ramai tentera Islam yang terbunuh dan hampir hampir tewas.

    Di sini jugalah, semasa berperang Rasulullah mengalami luka dan berdarah.

    Rasulullah kemudian berehat sebentar di dalam sebuah gua. Darah Baginda

    terkena sedikit pada batu dalam gua ini. Dan kesannya, sehingga hari ini, seluruh

    gua itu berbau wangi. Subhanallah..

    Jabal Uhud di belakang kami.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 94

    94 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Next station, kami di bawa ke Ladang Kurma. Nama aja ladang Kurma, tapi

    sebenarnya kedai yang jual kurma dan barang-baran berkaitan kurma.

    Maria tengah pilih coklat kurma. Kita orang tak beli pun, Mak aja yang beli. Mahal

    sangat, sekilo 40 Riyal.

    Lagi gambar di kedai di ladang kurma.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 95

    95 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Tempat ziarah kami yang seterusnya adalah Masjid Qiblatain. Di sinilah

    bermulanya sejarah untuk umat Islam menunaikan solat berkiblatkan kaabah.

    Sebelum ini, Rasulullah menunaikan solat dan berkiblatkan Masjidil Aqsa. Semasa

    Baginda sedang menunaikan solat Zuhur, pada dua rakaat pertama, Baginda

    berkiblatkan Masjidil Aqsa dan kemudian Baginda mendapat wahyu daripada

    Allah untuk menukar arah kiblat ke arah Kaabah. Di sinilah sejarah bermula.

    Direction Masjidil Aqsa dan Masjidil Haram adalah 180 Degree.

    Masjid Qiblatain dari luar.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 96

    96 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Alamak. Lupa pulak nak ambil gambar di Pasar Kurma. Gambar atas adalah

    gambar-gambar kedai yang kami pi shopping on the last day. Nak habiskan duit

    riyal..

    Mak tengah tengok-tengok kain. Pilih mak pilih..

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 97

    97 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Mak dan Maria tengok jubah pulak.

    Bazar ni terletak di hadapan Masjid Nabawi. Secara amnya, saya advisekan

    jemaah untuk bershopping di Madinah berbanding shopping di Mekah.

    Sebabnya di Madinah lebih banyak kedai dan lebih banyak barang pada harga

    yang lebih murah. Rasanya, cukup lah dulu entry kali ni. Next entry rasanya dah

    nak balik Mesia.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 98

    98 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    BAB 14: PERJALANAN PULANG KE MALAYSIA

    26 April, kami bertolak pulak dari Medinah ke KL. Penerbangan yang kami naiki

    SV836 akan singgah di Riyadh dulu untuk menaikkan penumpang sebelum

    bertolak ke Kuala Lumpur.

    Kalau dulu, perjalanan direct dari KL ke Jeddah mengambil masa 8 jam, kali ni

    disebabkan transit di Riyadh, penerbangan ni mengambil masa hampir 10 jam.

    Skrin tempat kami check in di Medinah Airport

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 99

    99 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Gambar kenangan dengan Dr Nazri dan Mortin

    Air zam-zam dan beg-beg jemaah yang nak di check in

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 100

    100 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Kami dalam bas dari airport menuju ke kapal terbang

    Makanan di atas kapal terbang

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 101

    101 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Di atas kapal terbang. Masa ni rasanya di Klang. Baru nak sampai Malaysia

    Landing di KLIA

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 102

    102 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Naik train dari terminal ke Balai Ketibaan

    Jemaah menunggu beg di KLIA

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 103

    103 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Kak Lang dan Zikrie yang menyambut kami di KLIA

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 104

    104 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    BAB 15 : TIPS MENUNAIKAN UMRAH

    Nasihat-Nasihat Bagi Mereka Yang Bakal Menunaikan Umrah.

    1) Bawa bekalan ubat yang secukupnya. Seperti Panadol Active Fast, Ubat

    Selsema, Ubat Batuk. Other than that, bawa Multi Vitamin yang kuat. Ni bagi

    memastikan kita mempunyai kesihatan yang baik semasa kita berada di sana.

    Kebanyakan aktiviti di Mekah memerlukan fizikal yang kuat.

    2) Kalau berpeluang, cuba naik Gua Hira'. Gua ni nampak aja tinggi, tapi kalau kita

    naik slow-slow, Insya Allah boleh sampai.

    Kalau remaja umur 20 tahun, 30 minit dah boleh sampai ke atas. Kalau tak larat

    pun, Insya Allah dalam 45 minit boleh sampai ke atas.

    Kita naik ke Gua Hira' untuk kita rasai sendiri macam mana Rasulullah naik ke atas

    bukit ni untuk beruzlah kepada Allah. Dan kita tengok sendiri di mana Wahyu

    pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad.

    Biasanya, kita kena minta mutawif uruskan ziarah tambahan dalam hal ni. Dan

    mungkin kena bayar dalam 15-20 Riyal seorang.

    3) Bila ada di Masjidil Haram, perbanyakkan ibadah tawaf sunat. Kalau boleh,

    sekurang-kurangnya 5 kali sehari. Cuba semampu mungkin. Tawaf 7 pusingan

    mengambil masa dalam 30 minit tak kalau ramai orang.

    Ibadah paling afdhal di Masjidil Haram adalah Tawaf. Setiap hari akan turun 120

    rahmat di Masjidil Haram, 60 rahmat untuk orang yang bertawaf, 40 rahmat

    untuk orang yang bersolat, 20 rahmat untuk orang yang melihat Kaabah.

    So, kalau kita tawaf sunat, then solat sunat tawaf, then tengok kaabah. Kita dapat

    semua rahmat yang Allah janjikan.

    4) Kalau boleh, cuba semampu mungkin untuk berdoa di hadapan Multazam.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 105

    105 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Multazam adalah tempat antara pintu kaabah sebelah kiri hingga ke Hajarul

    Aswad. Berdoa di situ banyak-banyak. Berdoa dengan penuh pengharapan, minta

    Allah kurniakan anak-anak yang soleh dan solehah dan berjaya di dunia dan di

    akhirat.

    5) Kalau boleh, tanya sahabat-sahabat yang ingin kirim doa kepada kita untuk kita

    doakan di hadapan Multazam.

    Ingat, apabila kita doakan untuk sahabat kita atau doa untuk orang lain, Malaikat

    akan mendoakan benda yang sama untuk kita. Dan yakinlah, doa para malaikat

    untuk kita adalah lebih kuat berbanding doa kita kepada orang lain.

    Jadi, bila kita doakan untuk orang lain, dalam masa yang sama kita mendoakan

    diri kita sendiri. So, kita tak rugi di mana pun.

    6) Apabila tawaf mengelilingi Kaabah, pastikan bahu kiri kita SENTIASA

    bertentangan dengan Kaabah. Ramai yang silap dalam hal ni.

    Para jemaah terlalu fokus untuk baca doa di dalam buku sehingga BAHU MEREKA

    TERABAI dan ini menyebabkan tawaf mereka tidak sah. Kita tak SEMESTINYA baca

    doa seperti di dalam buku kalau apa yang kita baca tu kita pun tak faham.

    Yang lebih afdhal, kita mendoakan dalam hati kita apa yang kita mahu. Doa itu

    lebih ikhlas dan lebih terasa dan menusuk ke dalam hati.

    7) Di Masjidil Haram, setiap solat yang kita lakukan pahalanya lebih 100,000 kali

    ganda berbanding dengan solat di masjid-masjid lain. Jadi perbanyakkan lah solat

    sunat di Masjidil Haram. Kalau dah tak larat nak tawaf dan solat sunat, lihat

    Kaabah pun besar pahalanya.

    8) Kalau nak bershopping, lebih baik shopping di Madinah. Di Madinah, barang

    lebih banyak sebab kedai pun banyak. Di Mekah, kedai banyak jugak. Tapi,

    tumpukan lebih ibadah di Masjidil Haram kerana ibadah di sini lebih besar pahala.

    9) Duit kalau nak bawa, cukup lah seorang RM1000. Jumlah wang ni cukup kalau

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 106

    106 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    kita tak berboros belanja. Kalau kaki shopping. Mungkin tak cukup. Kalau suami

    isteri, bawa dalam RM2000 Insya Allah cukup. Ini pun dah lebih rasanya.

    Pastikan kita tak bawak semua duit ni ke Masjid semasa menunaikan solat.

    Sebab, masa saya pi ada kes jemaah bawa duit RM1000 dan letak dalam beg

    galas. Masa solat, dia letak di hadapan tempat sujud, selepas bangun dari sujud

    beg sandang dia tu dah hilang. Hilang bersama duit RM1k dan IC serta kad-kad

    bank.

    Di nasihatkan, duit tinggal dalam beg dalam hotel. Pastikan beg tu berkunci. Duit

    untuk bawa ke masjid sekadarnya.

    10) IC, Kad Bank, Kad Kredit tak perlu bawa. Lebih baik tinggal di Malaysia.

    Semasa ke sana, pihak agen akan bagi kita satu kad yang ada gambar kita, no

    phone hotel kita di Madinah dan Mekah, ini ajalah IC kita di sana.

    11) Duit tak perlu tukar di Malaysia. Kalau kita tukar duit di Mekah atau Madinah

    sekarang, lebih tinggi duit yang kita dapat. Rate sekarang RM100 = 114 Riyal. Bila

    tukar, cek nilai tukaran dua-tiga kedai Money Changer. Setiap kedai mungkin

    memberi nilai tukaran yang berbeza.

    12) Kalau menaiki Saudi Airlines, boleh beli Air Zam-Zam tambahan. Setiap

    jemaah akan dibekalkan 10 liter Air Zam Zam oleh travel agen. Tapi, kalau kita nak

    beli sendiri sebagai tambahan, boleh. Tapi, mutawif akan kata tak boleh sebab dia

    tak mahu kita semua beli Air Zam Zam tambahan.

    Tapi, andaikata beli air zam zam tambahan, then kat airport sangkut. Jangan

    salahkan saya. Sebab saya bawa dan lepas. Alhamdulillah. Tapi jangan cerita kat

    semua jemaah satu group dengan kita, sebab kalau semua orang beli air

    tambahan. Problem nanti di airport. Kalau setakat seorang dua yang beli air zam

    zam tambahan tu. Tak ada masalah lah.

    13) Di Mekah, pastikan kita bawa gunting sendiri masa nak bertahlul selepas

    selesai ibadah Umrah. Kalau kita tak bawa gunting, dan tiba-tiba ada budak-budak

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 107

    107 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    dalam umur 15 tahun datang ke kita dan offer nak gunting rambut kita untuk

    tahlul.

    JANGANLAH terima offer dia orang ni. Sebabnya, lepas gunting dia akan minta

    kita 50 Riyal sebagai upah gunting rambut tadi. Kalau tak, dia haramkan dia

    gunting tadi dan dia akan kata Umrah kita tak diterima. Perghh.. Jangan terkejut,

    ada jemaah yang terkena.

    14) Kalau nak cium Hajarul Aswad, pergilah secara berkumpulan. Pastikan kita

    tawaf sunat dan solat sunat. Minta doa Allah permudahkan untuk cium Hajarul

    Aswad ni. Kalau nak lebih mudah, datang awal ke Masjid, dalam sejam sebelum

    Azan. Dan berbaris, jangan keluar barisan. Insya Allah giliran kita akan sampai.

    Dan perempuan pun masa tu la nak cium senang sket sebab berebut sama-sama

    perempuan aja. Waktu lain kalau perempuan nak cium, kena berebut dengan

    lelaki. (Saya tak pasti strategy ini masih applicable sekarang ini)

    15) Sebelum pergi ke sana, sembahyang solat sunat taubat dan solat hajat. Minta

    Allah permudahkan urusan di sana. Dan Allah ampunkan dosa kita. Minta Allah

    jadikan kita tetamu Istimewa di Masjidil Haram nanti.

    16) Kasut selalu hilang di sana. Kalau tak nak hilang seliper di sana, bawa satu

    uncang beg kasut dan bawa ke mana-mana kita solat dalam Masjid. Kalau boleh,

    uncang tu warna terang. Senang kita nak cari masa nak ambil. Kalau kita tak bawa

    uncang dan main letak ajer seliper, niatkan sedekah dalam hati. Kalau hilang,

    jangan salahkan sesiapa. Salahkan diri sendiri. Lagi pun, Masjidil Haram sangat

    besar. Anda mungkin masuk pintu lain dan keluar pintu lain.

    17) Dalam Masjidil Haram, ada satu tempat dalam masjid yang berhawa dingin.

    Kalau dari luar, kita boleh masuk ikut pintu King Fahd. Kalau dari dalam masjid,

    kita tengok side yang pintu lampu warna kuning. King Fahd. Kalau tak silap, pintu

    no 79 @ 80. Boleh la kita selesa sket kalau diri kita tak berapa selesa di tempat

    lain. Tapi, kekurangan kalau duduk di tempat ni ialah kita tak boleh nampak

    Kaabah. Kurang lah pahala.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 108

    108 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    18) Semasa hari Jumaat, untuk bersolat Jumaat, pastikan kita datang sekurang-

    kurangnyanya SATU jam lebih awal dari waktu solat. Kalau kita datang setengah

    jam sebelum azan, alamat susahla nak mendapat tempat untuk solat.

    ESPECIALLY PEREMPUAN. Tempat solat perempuan terhad. Lebih baik masuk

    melalui pintu khas untuk perempuan (kawasan yang ada aircond) supaya bila nak

    keluar masjid nanti tak perlu bersesak-sesak dengan lelaki yang lebih ramai

    daripada waktu biasa. Jadi, kalau masa solat Jumaat, pastikan kita datang awal ke

    Masjid untuk elak sebarang masalah mencari tempat solat.

    19) Semasa solat fardhu 5 waktu, paling elok kita datang awal at least 30 minit

    sebelum azan. Baru senang nak cari tempat solat yang first class. Dekat dengan

    Kaabah. Kalau tak, susah la sket. Duduk solat dari jauh aja la jawapan dia.

    20) Biasanya, kalau pi Solat Maghrib, kita akan terus tunggu sampai waktu

    Isayaak. Antara Maghrib dan Isayaak, elok buat tawaf sunat. Walau pun orang

    ramai masa ni, tapi itulah seafdhal-afdhal ibadah.

    21) Di sana, cuaca agak panas. Jadi, kulit kita akan kering. Bagus kalau kita bawa

    krim Vaseline. Kat sana pun ada jual jugak. Boleh sapu di bahagian-bahagian kulit

    yang kering. Terutama kaki kita.

    22) Jemaah lelaki, elok kalau bawa at least 2 pasang stokin. Semasa tidak

    berihram dan bersolat di Masjid, elok pakai stokin supaya. Kalau kita buat ibadah

    tawaf sunat banyak kali. Tapak kaki kita tak pecah. Tapak kaki saya masa di Mekah

    agak merekah. Sebab tak pakai stokin. Tapi, jangan pakai stokin pulak masa

    berihram umrah.

    23) Masa di Madinah, boleh bincang dengan Mutawif untuk ziarah tambahan ke

    sebuah gua di Jabal Uhud. Kalau dah pergi ke sini, pastikan kita naik sampai ke

    dalam gua. Perjalanan naik ke gua mengambil masa 10 minit saja.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 109

    109 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Semasa Perang Uhud, Rasulullah berdarah dan kemudian berehat di gua itu.

    Darah baginda terkena batu di dalam gua tu, dan sehingga kini Gua tu berbau

    wangi walau pun tak dak siapa yang letakkan minyak wangi. Dan kelebihan

    tempat tu, banyak kambing yang suka pergi ke gua tu walau pun di situ langsung

    tak ada rumput dan air. Nampaknya, kambing pun suka pergi ke tempat yang

    Rasulullah pernah pergi.. Ziarah tambahan ni mungkin kena bayar 20 Riyal.

    24) Semasa buat umrah, suami isteri dinasihatkan tak berpegang tangan masa

    tawaf dan sai. Bukan apa, takut current terlebih pulak. Susah kalau kita sedang

    berihram. Tapi, kalau masa tawaf sunat, tak pa lah. No problem.

    25) Masa tawaf mesti berwudhuk, tapi kalau kita tersentuh dengan wanita di

    sana. Hukumnya tak batal wudhuk. Kalau tersentuh di kira batal, sampai bila pun

    kita tak leh nak habiskan tawaf kita sebab pasti bersentuhan.

    26) Masa berdoa di Multazam, lelaki boleh sampai dekat terus dengan Kaabah.

    Tapi perempuan tak leh rapat sangat dengan kaabah. Lelaki kalau nak sampai

    dekat terus dengan kaabah, kena bertolak lah sket dengan orang. Semua orang

    berebut.

    JANGAN SALAH FAHAM. Multazam adalah antara pintu kiri kaabah dengan batu

    hajarul aswad. Di sana nanti, ramai yang berdoa di pintu Kaabah sedangkan di situ

    bukan Multazam. Kalau boleh, setiap kali lepas tawaf sunat, pergi ke Multazam

    untuk berdoa. Tak payah baca doa ikut buku, baca aja doa ikut hati. Lebih ikhlas

    dan kita lebih faham.

    27) Ini tips untuk jemaah wanita. Setiap kali setengah jam sebelum waktu azan,

    polis akan halang wanita untuk masuk ke kawasan tawaf sebab nak readykan

    kawasan tu untuk saf-saf solat berjemaah lelaki. Bila dah dekat-dekat dengan

    waktu iqamat, wanita yang sedang tawaf pun akan "dihalau" oleh polis daripada

    kawasan tawaf sebab nnti kawasan tu akan penuh dengan saf-saf lelaki.

    So wanita kalau nak tawaf especially tawaf umrah, make sure budget timing

    betul-betul supaya dapat habiskan tawaf 7 pusingan at least sebelum waktu azan.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 110

    110 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Kalau tak sempat habis 7 pusingan, agak susah sikit sebab nanti bila kena halau

    dengan polis, nak kena keluar dr kawasan tawaf untuk cari tempat solat. Lepas tu

    nak kena pergi sambung tawaf balik. Kalau lelaki takpa sbb lelaki boleh tawaf

    sampai waktu iqamat then just stop dekat kawasan tawaf untuk solat.

    28) Kami dah try different waktu untuk buat umrah. Antaranya pagi, lepas solat

    zuhur and lepas solat asar. So based on our experiences, antara banyak waktu ni,

    kami lebih prefer untuk start buat umrah lepas solat asar. Lepas solat aja terus

    naik bas untuk berniat miqat di Tanaim. Disebabkan lepas asar takda solat sunat,

    kami tak buat solat sunat ihram.

    Bila sampai je di masjid Tanaim, kami turun bas dan terus naik bas yang nak ke

    masjidilharam balik dan niat umrah dalam bas. Ini lebih menjimatkan masa.

    Waktu ni biasanya perjalanan dari Masjidilharam-Tanaim-Masjidilharam

    mengambil masa dalam 1 jam.

    Jadi bila sampai di Masjidil Haram balik, Insyaallah sempat untuk habiskan tawaf

    umrah sebelum waktu maghrib and then terus pergi buat sai. Bila masuk waktu

    Maghrib, kita boleh berhenti untuk solat Maghrib di kawasan Sai di mana kita

    berada waktu tu. Lepas solat, terus sambung sai balik sampai complete.

    Then after tahalul, boleh terus stay di masjid sementara tunggu waktu Isyak.

    Sempatlah time nih kalau nak pergi toilet ke, nak baca quran ke sementara tunggu

    azan Isyak.

    29) Dinasihatkan jemaah bawa cermin mata hitam. Sebab lantai di Masjidil Haram

    warna putih. Bila kena silauan matahari, menyilau mata dibuatnya.

    30) Di Madinah, cubalah seboleh mungkin untuk berdoa di kawasan Raudah.

    Berdoa di kawasan Raudhah jugak amat afdhal dan mudah dimakbulkan. Kalau

    boleh, carilah masa untuk menunaikan solat sunat hajat, sunat taubat di situ dan

    kemudian, berdoalah sebanyak-banyaknya.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 111

    111 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Kalau dah puas berdoa di situ, berilah peluang orang lain pulak untuk berdoa di

    situ. Harap maklum, Raudhah adalah kawasan yang karpetnya warna putih. Kalau

    karpet warna merah, itu bukan raudhah. Jemaah lelaki lebih mudah untuk dapat

    peluang ke Raudhah.

    Lagi pun, kawasan Raudhah dibuka 24 jam sekarang. Tapi kena masuk ikut Pintu

    No 1, No 2 atau No 41 sahaja. Pintu2 lain akan ditutup waktu malam.

    Untuk jemaah wanita, kalau nak ke Raudhah, boleh pergi selepas pukul 7.30 pagi

    atau selepas solat Zohor atau selepas Solat Isayaak.

    31) Jemaah wanita kalau berkulit putih, dinasihatkan bawa "sunburn cream".

    Cuaca di sana agak panas, takut nanti warna muka berbelang nanti. Kalau nak beli

    di Mekah, ada di farmasi-farmasi sana. Brand SebaMaid. Harga 64 Riyal.

    32) Di Madinah, kita tak banyak sangat aktiviti. So, kalau boleh, setiap kali lepas

    solat. Jemaah lelaki kalau mampu pi la ziarah maqam nabi setiap kali lopas solat.

    Ini nak menunjukkan tahap kecintaan kita kepada Nabi Muhammad S.A.W.

    Jemaah wanita sekarang dah tak leh nak ziarah maqam nabi. Tapi kalau pi ke

    Raudhah, masa tu lah yang paling hampir dengan Maqam Nabi. Setiap kali lalu di

    Maqam Nabi, perbanyakkan selawat ke atas Nabi.

    33) Semasa kita tiba di airport Jeddah, bila keluar saja dari airport, akan ada

    pekerja Bangla yang datang berlumba lumba nak tolong angkat beg kita. Kita

    nampak macam bagus la sebab ada orang nak tolong.

    JANGAN SESEKALI BENARKAN DIAORANG TOLAK TROLI KITA SEMASA KELUAR

    DARI AIRPORT.

    Kalau kita bagi dia orang tolak troli tu, walaupun jaraknya dalam 10 meter, dia

    akan minta at least 10 Riyal. Kalau jauh sket dia tolak, nanti dia akan minta sampai

    50 Riyal. Tolak troli aja pun. So, berhati-hati.

    Pendek kata, di sana, kalau ada pekerja2 yang nampak semangat lain macam aja

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 112

    112 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    nak tolong kita. Jangan la. Caj diaorang ni bukan-bukan.

    34) Semasa tiba di airport Jeddah, jangan sesekali beratur dibelakang warga kulit

    hitam (Bukan diskriminasi). Masya Allah, masa yang diambil untuk clear satu

    orang hampir 7 minit. Kalau boleh, beratur la di belakang warga Malaysia.

    Masa saya beratur hari tu, disebabkan ada mamat-mamat Oman di hadapan,

    perghhh. Hampir sejam lebih kena tunggu walaupun yang ada depan saya tak

    sampai 8 orang pun. Lagi satu, nanti dia suka-suka saja bagi kawan dia potong line

    kita.

    Jangan berebut-rebut. Sebab semua orang akan lepas imegresen tu. Tapi, apa pun

    berlaku di situ, bersabar dan selawat banyak-banyka. Sebab kan kita sedang

    berihram. Allah mungkin nak menguji kita.

    35) Bila kita sampai di hotel dari Jeddah, pastikan beg kita diturunkan dari bas.

    Kena make sure. Sebab bila kita turun dari bas, mutawif akan suruh kita terus ke

    hotel. Dan akan ada pekerja hotel yang angkat beg kita secara percuma.

    Tapi, tugas kita MAKE SURE BEG KITA MASUK KE HOTEL. TAKUT BEG KITA

    TERTUKAR KE HOTEL LAIN. Masa saya pi, ada dua jemaah yang hilang beg. Di

    airport beg dia memang naik bas, tapi bila turun hilang entah ke mana.

    Benda yang sama semasa kita nak pindah dari Mekah ke Medinah, dan Medinah

    ke Airport. Make sure beg kita masuk beg. Semasa saya pindah dari Mekah ke

    Medinah, bangla yang angkat beg ke bas dah 'terambil' beg jemaah yang baru

    sampai dari Malaysia malam sebelumnya. Kesannya, beg jemaah yang baru

    sampai ke Mekah tu terus pergi ke Madinah.

    Di Madinah pulak, ada jemaah saya yang pekerja hotel tu tak angkat barang dia

    masuk bas. Bila sampai di airport, cari-cari beg dia hilang. Perghh. Memang dia

    orang akan angkat beg untuk kita. Tapi TUGAS KITA, PASTIKAN BEG KITA

    DIANGKAT DIA ORANG. KALAU NAK PLAYSAFE, ANGKATLAH SENDIRI. BUKAN

    SUSAH PUN.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 113

    113 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    36) Kalau nak beli SIM CARD untuk guna di sana. Beli yang line DIL SE atau SAWA.

    Jgn beli ZAIN. Saya beli kad ZAIN, dia potong duit ikut block 30 seconds. Setiap call

    tak kira berapa second pun kita cakap, dia akan potong ikut block.

    Kalau beli sim card lain, dia potong ikut second yang kita guna sahaja. Satu second

    satu sen duit sana. Kalau nak call ke Malaysia, call aja terus. Kena guna

    +6019578XXXX. Jangan tekan 006019578xxxx. Tak boleh.

    Sim Card boleh beli pada mutawif. Atau tanya dia nak beli di mana. Saya rasa,

    mungkin setiap jemaah perlu beli sim card 30 Riyal. Kalau tak habis boleh top up

    nanti. Kalau beli banyak-banyak, takut tak habis pulak.

    Di Airport, akan ada cleaner Bangla yang datang ke kita tanya nak beli sim card ka

    tak, biasanya diaorang jual mahal sket. e.g 60 Riyal untuk Sim Card nilai 50 Riyal.

    Kalau tanya mutawif, mungkin boleh dapat 30 Riyal duit untuk 30 Riyal nilai sim

    card.

    37) Kalau nak beli air zam-zam tambahan, beli dari Mekah. Satu tong bernilai 30

    Riyal. Tanya mutawif. Kalau nak beli di Madinah, harga 35 Riyal. Siap dengan air +

    Plastik beg. Mutawif akan kata air zam2 ni tak boleh lepas sebab susah nak deal

    dengan kaunter di airport Madinah.

    Mutawif akan cakap tak boleh. Sebab kalau dia kata boleh, nanti semua jemaah

    akan beli air zam zam lebih. So, kalau nak beli. Beli aja. TAPI, KALAU TAK LEPAS,

    jangan salahkan saya. Ini hanya untuk penerbangan Saudi Airlines. Flight lain

    susah sket.

    38) Semasa di depan kaabah, akan ada warga Indonesia yang bertindak untuk jadi

    agen cium hajarul aswad. Dia akan dtg ke kita dan tanya, "Mahu di bantu pak,

    cium hajarul aswad" Kalau kita kata mahu, dia akan bawa kita untuk cium hajarul

    aswad tu. Tapi, jgn terkejut kalau lepas tu dia akan minta sehingga 100-1000 Riyal.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 114

    114 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Kalau kita tak bayar, dia akan ikut kita sampai ke hotel. Kan saya dah kata, kalau

    nak cium, tawaf sunat dulu, solat sunat minta doa kepada Allah. Insya Allah, akan

    dpt. YAKIN DENGAN PERTOLONGAN ALLAH.

    Kalau nak senang, lelaki dan wanita dtg la ke hajarul aswad sejam sebelum azan

    asar.

    39) Biasanya, orang Malaysia tak minat dengan minyak wangi dari Mekah, sebab

    minyak wangi di sana bau agak tengit. So, terpulang la kalau nak beli. Biasanya,

    kalau kita bagi pun dia orang tak pakai pun. Kalau nak bagi cenderahati ke

    member, lebih baik bagi kurma, kepiah, tasbih ( pun jarang orang pakai sekarang

    ni ), kacang pistachio.

    Sila Semak Muka Surat Terakhir Untuk Detail

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 115

    115 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    BAB 16 : KISAH MORTIN SATU KEINSAFAN BUAT SEMUA

    Ramai orang yang memberi seribu satu alasan untuk tidak menunaikan Haji atau

    Umrah. Kalau nak disenaraikan alasan untuk tidak ke Mekah, penuh page ni.

    Ada yang kata ilmu tak cukup, ada yang kata duit tak cukup, ada yang kata kerja

    sibuk, ada yang kata komitmen nak jaga anak, ada yang kata bisness sedang

    rancak ni, ada yang kata tunggu lah bila dah berumur nanti baru pergi, dan yang

    lebih memelikkan ada yang langsung tak ada alasan tapi masih tak mahu pergi.

    Kalau nak tunggu ilmu mencukupi, bila ilmu kita nak cukup.

    Kalau nak tunggu duit nak cukup, bila nak cukup kalau kita tak kumpul.

    Kerja sibuk. Hmmm. Bila kerja tak sibuk.

    Kita memberi alasan anak masih kecil, tak der siapa nak jaga. Hmmmm. Bila anak

    kita nak besar. Bila anak sulung besar, anak kedua pulak muncul. Anak kedua dah

    besar, anak ketiga pulak muncul dan begitulah seterusnya. Hmmm bila agaknya

    nak sampai ke Mekah macam tu.

    Dalam hal ni, bukan saya nak mendabik dada sebab saya baru balik. Tapi, saya

    sebenarnya pun ada macam-macam masalah sebelum saya nak ke Mekah dulu.

    Tapi, disebabkan hati betul2 berhajat nak pergi. Saya cuba solvekan masalah saya

    satu per satu. Dan Alhamdulillah. Satu persatu Allah tunjukkan jalan. Semuanya

    dipermudahkan.

    Yang penting, niatkan dalam hati. Azamkan dalam diri. Insya Allah Lambaian

    Kaabah pasti akan sampai kepada kita.

    Ada yang kata aku tak cukup wara' untuk ke Mekah. Banyak sangat dosa untuk

    nak ke Mekah. So, untuk entry kali ni, saya nak menceritakan sebuah cerita

    Penyucian Jiwa di Tanah Suci.. Mekah.. Merubah Sempadan Iman.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 116

    116 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Saya nak menceritakan perubahan seseorang sebelum dan selepas menunaikan

    umrah.

    Sebulan sebelum saya menunaikan Umrah, ada seorang sahabat saya, warga

    Bangladesh Mortin Ahmad datang ke reban ayam saya. Dia seorang kontraktor di

    sini dan mempunyai pendapatan sekitar RM5k sebulan. Dia memang rapat

    dengan saya dan selalu minta tolong saya simpankan duit dia di akaun bank saya.

    Sebab dia tak der akaun bank.

    Saya pun memberitahu dia yang saya nak ke Mekah untuk menunaikan umrah.

    Lepas dia dengar ayat tu, terus dia cakap.

    "Bos, saya mau ikut you. Boleh tak? You guna duit saya yang ada dekat you."

    Hmmm. Saya terdiam seketika.

    Saya tak tahu apa yang patut saya jawab. Patut saya jawab ya atau pun tak.

    To play safe, saya ckp kat dia nanti saya check dengan agen dulu.

    Dia pun cakap, "Kalau agen cakap boleh, you register nama saya".

    Pada mulanya, saya 50-50 nak bawa Mortin bersama saya. Sebabnya, sekenal

    saya dengan Mortin ni dia memang seorang Islam tapi saya tak pernah tengok dia

    mengamalkan ajaran Islam.

    Saya terfikir dalam hati, kalau la saya bawa Mortin ke sana dan dia buat hal, susah

    saya nanti. Dah la dia langsung tak tahu bab sembahyang, dan segala yang basic

    about Islam.

    Fuhhh!!! Mencabar ni. Susah saya nak jaga dia nanti di sana. ( Fikirkan, kena

    saya Italic kan ayat ni )

    Saya memikirkan, dah la saya bawa Maria dan Mak mertua saya yang turut first

    time mengerjakan Umrah. Dalam masa yang sama saya nak kena pay attention

    kepada seorang lagi. Orang luar pulak tu. Saya takut Mortin menjadi bebanan

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 117

    117 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    kepada saya pulak nanti. Dah la di sana kita kena berihram, banyak pantang

    larang pulak tu. Takut-takut dia terbabas nanti.

    Hmm.. Macam mana ni..

    Saya call Mortin dan suruh dia datang ke reban ayam saya. Dia pun datang.

    Saya tanya dia "Mortin, you cakap saya betul2, apa pasal you mau pi Umrah sama

    saya"

    Dia pun cakap "Bos, nombor satu, saya mau tengok Kaabah. Saya mau sebelum

    saya mati saya tengok Kaabah. Nanti kalau sudah mati, Tuhan tanya saya sudah

    pi Mekah, saya boleh jawab sudah pi. No dua, saya sudah banyak dosa. Sekarang

    saya mau pi Mekah.. mau pi sorry sama Allah ( minta ampun dari Allah )".

    Berpuas hati dengan jawapan dia, saya pun kata ok lah, saya akan usahakan untuk

    dia pun pi dengan saya.

    Masa ni juga saya ada bincang ngan family, "Kalau saya bawa Mortin, dan dia

    buat hal kat sana. Benda ni akan menyusahkan saya. Tapi kalau saya bawa

    Mortin ke sana, dan tiba-tiba dia dapat hidayah di sana. Besar juga saham yang

    saya dapat nanti. Dan kalau saya tak bawa Mortin pergi bersama saya, dan

    ditakdirkan dia sebenarnya betul-betul mahu bertaubat kepada Allah, dan

    menjadikan ziarah dia ke Baitullah ni sebagai titik perubahan dalam hidup dia.

    Susah saya nak menjawab di akhirat nanti dengan Allah.. Pasti Mortin akan

    mempersalahkan saya".

    Last-last saya decide, bawa ajalah Mortin. Kalau dia ikut saya dan semuanya ok,

    Alhamdulillah. Tapi kalau dia buat hal, saya buat donno aja lah kat dia di sana.

    Let me tell you the truth, sebelum apply visa umrah, kita kena ada surat dari

    doktor yang kita dah ambil vaksin menagitis. Saya pusing hampir semua klinik di

    Parit Buntar tanya pasal vaksin ni, semua klinik tak ada stok.

    Saya pi survey semua klinik masa saya nak dapatkan surat untuk saya dan Maria.

    Sampai last-last, saya terpaksa minta tolong satu doktor.

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 118

    118 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    Minta dia keluarkan surat dulu untuk saya dan saya akan cucuk bila ubat dah

    sampai nanti. Dan saya buat pembayaran terus. Dia tetap tak bersetuju dan kata

    sepanjang dia kerja sebagai Doktor, tak pernah dia buat kerja macam ni. Dan dia

    menyalahi etika kedoktoran kalau dia buat macam tu.

    Perghhhh.. Selepas saya merayu jugak, merayu dan terus merayu.. Doktor ni

    nampak saya memang dah betul-betul desperate. Saya kesuntukan masa.

    Alhamdulillah, last-last dia bersetuju. Tapi, dia kata dia tolong kami berdua saja.

    Masa ni Mortin tak cakap nak pi lagi.

    Dan sekarang, saya terpaksa nak cari lagi vaksin di klinik lain untuk Mortin pulak.

    Dah la dulu saya tawaf satu Parit Buntar cari vaksin untuk saya, sekarang nak kena

    tawaf pulak untuk Mortin.

    Doktor yang buat surat untuk saya tak nak buat surat lagi satu. Ok, saya

    sebenarnya mcm malas nak gi pusing lagi ke klinik-klinik yang ada vaksin tu.

    So to happen, Maria ajak saya ke klinik untuk ambil ubat-ubatan, persediaan ubat

    untuk kami ke sana. Masa di klinik. Saya tersebut pasal vaksin. Dan dia kata di

    klinik dia ada satu vaksin. Alhamdulilah, terus saya book vaksin untuk Mortin.

    Keesokannya terus dia datang dan cucuk.

    Before that, saya dah pun contact ngan agen untuk confirm kan status Mortin dan

    dia orang cakap Mortin boleh pi sekali asalkan ada Multiple Entry Visa.

    Dan saya pun cepat-cepatlah uruskan dokumen yang Mortin perlu berikan kepada

    agen. Semuanya saya scan dan emel aja ke pihak agen.

    Dan Alhamdulilah, ada rezeki untuk dia ke sana. Inilah yang saya katakan, kalau

    kita betul-betul berhajat untuk ke sana, Insya Allah. Allah sendiri yang akan

    permudahkan.

    Ok. Selesai semua perkara. Dua minggu sebelum berlepas, saya suruh Mortin

    datang ke reban saya setiap malam untuk belajar asas-asas solat dan asas-asas

  • Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my Page 119

    119 Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

    agama. Tapi dia agak sibuk dengan business dia. Dia tak sempat nak datang ke

    tempat saya untuk belajar.

    Lagi seminggu saya call dia dan saya paksa dia untuk datang. Malam tu dia datang.

    Itulah satu-satunya malam dia 'berkursus' dengan saya. All in one, dalam masa

    sejam. Complete kursus umrah, kursus tawaf dan sai serta kursus solat.

    Perghh, saya pun tak tahu dia faham ke tak.

    Dan satu dia cakap, "Bos, you jangan takut. Di sana nanti. Saya mesti duduk

    sebelah you. Apa you buat, saya mesti buat"

    Saya agak tertekan.. Sebab dia mcm tak ambil berat pasal nak gi umrah. Mula

    terasa menyesal dalam hati sebab bawa dia sekali.

    Saya pun berjumpa dengan sahabat saya yang juga seorang Ustaz dan

    menceritakan kes Mortin ni.

    Ayat pertama sekali yang dia kata, "Kenapa hang nak takut bila bawa Mortin

    sekali?"

    Saya pun cakap la, "Susah saya nak jaga dia nanti kat sana"

    Terus Ustaz tu kata, "Firdaus,