travel log

8
Kami memulakan perjalanan bertolak dari IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Perjalanan ke Melaka mengambil masa kira-kira 8 jam. Sepanjang perjalanan, kami memasuki dua perhentian, iaitu perhentian Bukit Gantang dan perhentian Dengkil. Setibanya kami di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka, kami terus mendaftar masuk untuk menginap di sana. Tempat pertama yang kami lawati pada malam tersebut ialah Masjid Selat Melaka. Guru pelatih yang beragama Islam menunaikan solat Maghrib serta bersama-sama membaca surah Yasin di sana. Keunikan Masjid Selat Melaka ini ialah masjid ini bercirikan seni bina Melayu dan Timur Tengah serta terletak di Pulau Melaka. Masjid ini juga telah menjadi mercu tanda baru kerana memperlihatkan kecemerlangan dan keagungan seni bina Islam moden Melaka. Kemudian, kami bersantai dengan menaiki River Cruise. Perkara menarik mengenai River Cruise ini ialah ia membawa para pengunjung menyusuri Sungai Melaka. Selain itu, pemandangan di sepanjang sungai sangat menarik. Melalui cruise ini juga, kami Hari Pertama (Khamis, 27 September 2012)

Upload: ainul-asyifah

Post on 08-Dec-2015

227 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

melaka

TRANSCRIPT

Page 1: Travel Log

Kami memulakan perjalanan bertolak dari IPG Kampus Sultan Abdul Halim.

Perjalanan ke Melaka mengambil masa kira-kira 8 jam. Sepanjang perjalanan, kami

memasuki dua perhentian, iaitu perhentian Bukit Gantang dan perhentian Dengkil.

Setibanya kami di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka, kami terus mendaftar

masuk untuk menginap di sana.

Tempat pertama yang kami lawati pada malam tersebut ialah Masjid Selat

Melaka. Guru pelatih yang beragama Islam menunaikan solat Maghrib serta bersama-

sama membaca surah Yasin di sana. Keunikan Masjid Selat Melaka ini ialah masjid ini

bercirikan seni bina Melayu dan Timur Tengah serta terletak di Pulau Melaka. Masjid ini

juga telah menjadi mercu tanda baru kerana memperlihatkan kecemerlangan dan

keagungan seni bina Islam moden Melaka.

Kemudian, kami bersantai dengan menaiki River

Cruise. Perkara menarik mengenai River Cruise ini ialah

ia membawa para pengunjung menyusuri Sungai Melaka.

Selain itu, pemandangan di sepanjang sungai sangat

menarik. Melalui cruise ini juga, kami dapat melihat

Kampung Morten, sebuah perkampungan tradisional

satunya-satunya terletak di tengah-tengah Bandaraya

Melaka. Kampung ini dinamakan sempena nama J.F

Morten, pesuruhjaya Tanah apabila suruhanjaya tersebut

ditubuhkan pada awal 1920an. Morten memainkan

peranan untuk membina perkampungan ini, yang

dahulunya hanya merupakan sebuah kawasan paya.

Hari Pertama(Khamis, 27 September 2012)

Page 2: Travel Log

Kami mengadakan lawatan ke Bukit St. John dan meninjau

Gereja St. Paul. Gereja ini dibina oleh seorang kapten Portugis

iaitu Duate Coelho. Orang Portugis menamakannya Our Lady of

the Hill tetapi pihak Belanda kemudian menamakannya semula

sebagai Gereja St. Paul. Ia juga digunakan sebagai tempat

persemadian bangsawan Belanda.St. Francis Xavier yang

meninggal dunia di pantai Negara China pada tahun 1552 telah

disemadikan di sini buat seketika di dalam kubur yang terbuka

sebelum dipindahkan ke Goa, India. Patungnya yang dibina di Melaka tidak mempunyai

tangan kanannya yang menunjukkan bahawa mayat beliau di Goa tidak mempunyai

tangan kanan.

Kami turut mengadakan kajian di Stadthuys yang terdiri di dalamnya beberapa

muzium, antaranya ialah Muzium Sejarah dan Ethnografi, Galeri Laksamana Cheng Ho,

Muzium Pendidikan, Muzium Sastera dan Muzium Yang di-Pertua Negeri. Bangunan

Stadthuys yang bermaksud Dewan Bandaran dibina oleh pemerintah Belanda pada

tahun 1650 setelah mengambil alih Melaka dari Portugis pada tahun 1641. Orang

Belanda menggunakannya sebagai kediaman rasmi Gabenor Belanda dan pegawai-

pegawainya. Warna asal bangunan ini ialah putih tetapi ia kemudiannya dicat merah

agar dapat dipadankan dengan Gereja Christ yang berdekatan. 

Hari Kedua(Jumaat, 28 September 2012)

Page 3: Travel Log

Lawatan kami diteruskan lagi ke Istana

Kesultanan Melaka. Istana Kesultanan Melaka

ini merupakan sebuah replika Istana Sultan

Mansur Shah yang memerintah Melaka dari

1456 hingga 1477. Muzium ini dibuka secara

rasminya pada 17 Julai 1986. Kini, muzium

ini mempunyai lebih kurang 1,350 item dalam

bentuk artifak, cetakan, gambar dan lukisan yang mewakili sejarah dan budaya

Kesultanan Melayu Melaka dan masyarakatnya yang menetap di Melaka pada tempoh

tersebut. Bangunan tiga tingkat ini dibahagikan kepada lapan bilik dan tiga galeri

termasuk bilik pancaragam Diraja, senjata, seni perhiasan, hadiah, dewan rekreasi,

balairung seri dan dewan Islam. Galeri-galeri pula menonjolkan pertempuran Hang

Tuah dan Hang Jebat, pakaian tradisional dan kamar diraja. Di antara barang pameran

di sini termasuk cetakan dan gambar Kesultanan Melaka, model Istana Sultan Mansur

Shah, senjata Melayu, pakaian perkahwinan tradisional Melayu, barangan kemas dan

barangan loyang.

Selain itu, kami tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi Muzium

Samudera, Muzium TLDM dan Muzium Kastam.

Muzium Samudera merupakan replika kapal Flor de

La Mar yang dibina pada awal tahun 1990. Dibina

berdasarkan replika Kapal Portugis yang karam di

Selat Melaka sewaktu pelayaran balik ke Portugal,

berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8

meter lebar.

Fokus utama muzium ini ialah sejarah kelautan Melaka dan zaman

kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur. Ia juga menyingkap pergolakan politik

maritim di Melaka yang membuktikan bahawa hilangnya kuasa politik maka hilanglah

segalanya. Pameran di muzium ini memaparkan perkembangan perdagangan dari

zaman kesultanan Melayu Melaka hingga ke zaman Kolonial Portugis, Belanda,

Inggeris dan era penaklukan Jepun di Tanah Melayu.

Page 4: Travel Log

Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terletak berhadapan Muzium

Samudera (replika Kapal Flor De La Mar). Muzium yang dahulunya terletak di

pengkalan TLDM di Lumut kini telah dipindahkan ke Melaka supaya lebih ramai pelawat

dapat mengunjunginya bagi mendapatkan maklumat tentang peranan dan sumbangan

serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak TLDM. Muzium ini memaparkan gambar

Panglima TLDM, pingat kebesaran, pangkat, alat-alat senjata, pakaian seragam,

peralatan komunikasi, peralatan keselamatan dan lambang yang diguna dalam

pelayaran. Turut diperagakan ialah aktiviti pembangunan Angkatan Tentera Laut

Malaysia.

Pada waktu malam, kami bersiar-siar di sekitar Bandar Melaka seperti di Jonker

Walk, Mahkota Parade, Dataran Pahlawan Melaka Megamall dan Menara Taming Sari.

Walaupun agak keletihan kerana banyak berjalan pada siang hari, kami berasa teruja

untuk terus bersiar-siar di kawasan Bandar Melaka kerana kawasan tersebut sangat

menarik dan lain dari yang lain.

Page 5: Travel Log

Persiapan pulang ke IPGKSAH dilakukan. Tiba masa untuk mendaftar keluar

dari IPGK Perempuan Melayu Melaka. Ketika dalam perjalanan pulang, kami

mengadakan kuiz di dalam bas. Respons yang diterima sangat menggalakkan kerana

kebanyakan guru pelatih dapat menjawab soalan yang diaju dengan tepat. Seterusnya,

pensyarah pembimbing, Encik Mastor dan pengarah lawatan, Allery Jimmy memberikan

sedikit ucapan berkaitan sepanjang lawatan diadakan. Akhirnya, alhamdulillah kami

selamat tiba di IPGKSAH pada pukul 5 petang.

Hari Ketiga(Sabtu, 29 September 2012)

Page 6: Travel Log

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

08000 SUNGAI PETANI, KEDAH

Nama : Ainul Asyifah binti Azmee

No. Kad Pengenalan : 931229-09-5040

Kursus : PPISMP Jun 2011

Kelas : F3C Bahasa Melayu SJKC

Nama Pensyarah : En. Mastor bin Hemdi

Travel Log