travel to sk bertam

15
SEKOLAH KEBANGSAAN BERTAM, 18300 GUA MUSANG (DBA 8001) PROFIL, KEMUDAHAN DAN KESUKARAN SEKOLAH UNTUK MAKLUMAT TAMBAHAN, SILA TONTON VIDEO KLIP YANG DISEDIAKAN BERASINGAN

Upload: zuraiyie

Post on 11-Jun-2015

191 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN BERTAM, 18300 GUA MUSANG

(DBA 8001)

PROFIL, KEMUDAHAN DAN KESUKARAN SEKOLAH

UNTUK MAKLUMAT TAMBAHAN, SILA TONTON VIDEO KLIP YANG DISEDIAKAN BERASINGAN

PETA LOKASI SEKOLAH KEBANGSAAN BERTAM

GAMBAR SEKOLAH DAN RUMAH GURU

Pintu pagar sekolah Padang sekolah Sebuah kuarters guru

Kuarters guru yang uzur

KEADAAN JALAN KE SK BERTAM

•Keadaan jalan untuk ke SK Bertam terbahagi kepada 2 keadaan.

•27 km pertama dari bandar Gua Musang ke SK Bertam adalah jalan persekutuan tetapi melalui kawasan berbukit bukau.

•37 km yang berikutnya dari simpang Sungai Asap ke Bertam adalah jalan yang bengkang bengkok dan banyak tebing jalan yang runtuh. (SILA LIHAT CD VIDEO CLIP YANG DISEDIAKAN)

JENIS PENGANGKUTAN KE SK BERTAM

•Jenis pengangkutan yang boleh digunakan untuk ke SK Bertam ialah samada melalui jalanraya atau keretapi.

•Jika melalui jalanraya, terdapat 5 jambatan yang perlu dilalui sebelum sampai di SK Bertam.

MASA PERJALANAN, KOS DAN JARAK KE SK BERTAM

Masa perjalanan dari Gua Musang ke SK Bertam ialah lebih kurang 1 jam 15 minit.

Kos petrol ialah lebih kurang RM15.00 sehala manakala kadar tambang pengangkutan awam tidak dapat diperolehi kerana tiada pengangkutan awam untuk ke Kg Bertam.

Jarak dari bandar terdekat iaitu Gua Musang ke Kg Bertam ialah 64 kilometer.

Papan tanda di simpang Sungai Asap menunjukkan jarak 37 km untuk sampai ke Kg Bertam.

Jarak dari simpang ini ke Bandar Gua Musang ialah 27 km.

Jumlah jaraknya ialah 64 km.

HALANGAN DI SEPANJANG PERJALANAN KE SK BERTAM

-Tebing jalan runtuh di beberapa tempat.

-Jalan yang berbukit bukau dan bengkang bengkok.

-Jalan di bawah jambatan keretapi berhampiran Kampung Bertam.

(sila tonton CD video klip yang disediakan berasingan)

SUMBER ELEKTRIK

•Kg Bertam dan SK Bertam mempunyai bekalan elektrik 24 jam oleh Tenaga Nasional Berhad.

•Malangnya bekalan elektrik di sini terputus pada kadar purata 4 hingga 5 kali sebulan dan masa yang diambil untuk bekalan pulih selalunya mengambil masa lebih dari lima jam.

Pencawang elektrik di Kg Bertam Baru

SUMBER BEKALAN AIR

•Kg Bertam dan SK Bertam mempunyai bekalan air 24 jam yang dikendalikan oleh Air Kelantan Sdn Bhd.

•Bekalan air selalunya lancar kecuali akan terganggu jika bekalan elektrik terputus untuk masa yang lama kerana pam tangki air menggunakan tenaga elektrik.

Loji atau tangki air yang terdapat di Kg Bertam Baru

KEDIAMAN GURU

•Jumlah kuarters di SK Bertam – 12 unit

•10 unit di huni oleh guru.

•Kebanyakan kuarters dalam keadaan uzur.

•2 unit tidak dapat digunakan kerana terlalu teruk keadaannya.

•Hanya 3 unit yang dihuni oleh guru yang berkeluarga manakala selebihnya dihuni secara berkongsi.

TANDAS SEKOLAH DAN KUARTERS GURU

Tandas guru Tandas murid

TELEKOMUNIKASI

Menara telekomunikasi yang membekalkan perkhidmatan Celcom dan Maxis di kawasan Bertam.

Malangnya oleh kerana bekalan elektrik selalu terganggu, perkhidmatan telefon mudah alih juga sering terganggu.

PERKHIDMATAN KESIHATAN

Terdapat sebuah klinik kesihatan di Kg Bertam.

Ia terletak bersebelahan dengan SK Bertam.

KEMUDAHAN BANK, POS DAN MASJID

Untuk menggunakan kemudahan bank dan pejabat pos, guru-guru SK Bertam harus ke bandar Gua Musang yang terletak 64 kilometer dari SK Bertam.

Kos untuk petrol ialah RM30.00 pergi dan balik.

Terdapat sebuah masjid di kampung Bertam. Masjid ini terletak lebih kurang 1 km dari sekolah.

Masjid Kg Bertam.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Bilangan guru : Terhak - 25 orang

Ada - 24 orang

Bilangan anggota kumpulan sokongan : 5 (tetap)

2 (kontrak)

4 (swasta)

Jumlah 11 orang

Bilangan murid - 349 orang

Sekolah asli - tidak

Asrama - tidak ada.