tranungkite online v7.0 - perjuangan pas: tarbiyyah ... · pdf fileperjuangan pas: tarbiyyah ,...

4
Perjuangan PAS: Tarbiyyah , Dakwah dan Siasah Tarikh : Tuesday, December 18 @ 08:01:03 PST Topik : Artikel Oleh Hj Nasrudin Hassan Masih ada mereka yang tidak memahami , bagaimana PAS berjuang sehingga masih kedengaran suara yang mengatakan perjuangan PAS salah , bida'ah , sesat , tidak mengikut sunnah , bercanggah dengan syariat , hanya mementingkan politik dan 1001 tohmahan dilemparkan kepada PAS . Terlebih dahulu saya akui bahawa PAS tidak sunyi dari kelemahan dan kesilapan sebagai sebuah organisasi yang dipimpin oleh manusia. Namun kesilapan dan kelemahan itu tidaklah membawa PAS terbabas ke 'gaung dalam' yang membunuh aqidah dan mencederakan syakhsiyyah sebagai sebuah organisasi yang memperjuangkan Islam . [1] [1] Fasal 3 . Perlembagaan PAS : Dasar PAS ialah Islam . Fasal 4 . Perlembagaan PAS : Seruan PAS ialah ALLAHU AKBAR . Sebaliknya kelemahan dan kesilapan yang berlaku , bukan sahaja masih boleh diperbaiki dan disempurnakan tetapi nyata PAS mempunyai cara dan kaedah yang cukup baik untuk terus memantau perjalanan organisasinya agar menepati objektif dan ghayahnya ( matlamat ) [1] . Organisasi PAS juga mempunyai pelbagai medium untuk memastikan segala misi dan visi perjuangannya berjalan berasaskan syara' . Kepimpinan Ulama' , Jawatan Kuasa Disiplin Parti , Muktamar Tahunan , Mesyuarat Dewan Harian , Mesyuarat Bulanan , Mesyuarat Khas , Liqa' Fikri , Tamrin , Mukhayyam , Kuliah Haraki , Usrah Mingguan , Konvensyen PAS Negeri , Ijtimak Pilihanraya , Kuliah Agama dan banyak lagi cara dan kaedah untuk PAS mengawal organisasinya berjalan melandasi syariat Ilahi dan sunnah an Nabawi . Jika terdapat perbedaan dalam approach atau method perjuangan PAS berbanding kumpulan Islam yang lain , ini tidak bermakna PAS salah dan bercanggah dengan syariat dan sunnah. Secara umumnya , wajar saya tegaskan bahawa PAS bergerak dalam ruang orientasi yang saya pecahkan secara kasar kepada 3 ruang utama iaitu : 1/17/2010 TranungKite Online v7.0 - Perjuangan … tranungkite.net/v7/modules.php?name… 1/4

Upload: truongdat

Post on 06-Feb-2018

232 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Perjuangan PAS: Tarbiyyah , Dakwah dan SiasahTarikh : Tuesday, December 18 @ 08:01:03 PST

Topik : Artikel

Oleh Hj Nasrudin Hassan

Masih ada mereka yang tidak memahami , bagaimana PAS berjuangsehingga masih kedengaran suara yang mengatakan perjuangan PASsalah , bida'ah , sesat , tidak mengikut sunnah , bercanggah dengansyariat , hanya mementingkan politik dan 1001 tohmahan dilemparkankepada PAS .

Terlebih dahulu saya akui bahawa PAS tidak sunyi dari kelemahan dankesilapan sebagai sebuah organisasi yang dipimpin oleh manusia. Namun kesilapandan kelemahan itu tidaklah membawa PAS terbabas ke 'gaung dalam' yangmembunuh aqidah dan mencederakan syakhsiyyah sebagai sebuah organisasi yangmemperjuangkan Islam . [1]

[1] Fasal 3 . Perlembagaan PAS : Dasar PAS ialah Islam . Fasal 4 . Perlembagaan PAS : Seruan

PAS ialah ALLAHU AKBAR .

Sebaliknya kelemahan dan kesilapan yang berlaku , bukan sahaja masih bolehdiperbaiki dan disempurnakan tetapi nyata PAS mempunyai cara dan kaedah yangcukup baik untuk terus memantau perjalanan organisasinya agar menepati objektifdan ghayahnya ( matlamat ) [1] .

Organisasi PAS juga mempunyai pelbagai medium untuk memastikan segala misidan visi perjuangannya berjalan berasaskan syara' .

Kepimpinan Ulama' , Jawatan Kuasa Disiplin Parti , Muktamar Tahunan , MesyuaratDewan Harian , Mesyuarat Bulanan , Mesyuarat Khas , Liqa' Fikri , Tamrin ,Mukhayyam , Kuliah Haraki , Usrah Mingguan , Konvensyen PAS Negeri , IjtimakPilihanraya , Kuliah Agama dan banyak lagi cara dan kaedah untuk PAS mengawalorganisasinya berjalan melandasi syariat Ilahi dan sunnah an Nabawi .

Jika terdapat perbedaan dalam approach atau method perjuangan PAS berbandingkumpulan Islam yang lain , ini tidak bermakna PAS salah dan bercanggah dengansyariat dan sunnah. Secara umumnya , wajar saya tegaskan bahawa PAS bergerakdalam ruang orientasi yang saya pecahkan secara kasar kepada 3 ruang utama iaitu:

1/17/2010 TranungKite Online v7.0 - Perjuangan …

tranungkite.net/v7/modules.php?name… 1/4

Tarbiyyah dan Pengkaderan ( pembinaan dan pembentukan )Dakwah ( penerangan )Siasah ( politik )

Tarbiyyah dan Pengkaderan . Aset penting yang meletakkan PAS terusistiqamah dan komited dengan perjuangan ialah agenda tarbiyyah dan pengkaderanyang menjadi nadi kepada pergerakkan PAS . Tarbiyyah digerak dan diaktifkanuntuk membina :

Aqidah yang benar berasaskan manhaj Ahlis sunnah wal JamaahFikrah yang syumul sebagaimana syumulnya ajaran Islam itu sendiriSyakhsiyyah yang solehah berasaskan akhlak mahmudah bimbinganRasulullah saw.

Sementara pengkaderan pula berfungsi untuk membina :

Kepimpinan yang berkarisma dan berwibawa .Organisasi yang mantap dan hebat.Tindakan yang strategic dan berkesan .

Memastikan perkara ini berlaku dalam PAS , Lajnah Tarbiyyah dibentuk padasemua peringkat organisasi PAS , bermula dari peringkat Pusat , Negeri , Kawasanbahkan cawangan. Begitu juga di peringkat dewan – dewan seperti Dewan Ulama' ,

Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat turut meletakkan Lajnah Tarbiyyah antaraLajnah kanan yang diberi tumpuan utama. Aktiviti asas bagi melaksanakan cita –cita tarbiyyah banyak tertumpu kepada pembentukkan usrah dipelbagai peringkat (kepimpinan atau ahli ) , tamrin , liqa fikri dan pelbagai program atau aktiviti semasayang dilihat perlu dari masa ke semasa dengan berbagai wajah yang menghormatikepentingan kepelbagaian approach .

Kini PAS melalui Dewan Pemudanya pula menubuhkan Akademi KepimpinanPemuda yang akan berfungsi bersama pelbagai modulnya untuk mengkaderkankepimpinan pelapis yang berwibawa menepati karisma seorang pemimpin Islamyang soleh.

Dakwah Ilallah ( Penerangan ) Berlandaskan perintah Allah yang mewajibkansetiap individu muslim menyampai dan menyebarkan Islam , dakwah telah menjadiaktiviti asas yang sangat principal sifatnya. [2] Biarpun PAS menghadapi anekahalangan dan ancaman dari pelbagai pihak termasuk polis/FRU yang seringdigunakan oleh musuh – musuh Islam yang menghalang kemaraan dakwah Islam ketengah masyarakat , dakwah untuk menginsafkan ummah agar kembali kepangkuanIslam serta berjuang mendaulatkannya tetap diteruskan . Ada dikalangan pemimpinPAS yang dibunuh , dipenjara , dibuang daerah dan dikenakan pelbagai tindakankerana dakwah mereka .

Namun segalanya tidak menghalang PAS dari terus melaksanakan amanah besar inisebagai sebuah Gerakan Islam yang pastinya bertanggungjawab terhadap masadepan ummah.Tugas dakwah ini digalas oleh semua , dari Presiden hinggalah ahlibiasa dengan peranan masing – masing berasaskan keupayaan atau kemahiran

1/17/2010 TranungKite Online v7.0 - Perjuangan …

tranungkite.net/v7/modules.php?name… 2/4

mereka malah turut menghormati tahap keupayaan masing - masing. Maudhu' (kandungan ) dakwah PAS sangat jelas [3] , menepati apa yang diajar oleh Allah swt.

PAS mendekati semua lapisan masyarakat . Bermula dengan masyarakat yangtertindas hinggalah pemimpin yang menindas dan ummat yang lesu hinggalahulama' yang bisu . Pelbagai pendekatan diketengahkan dalam membawa mesejperjuangan. Dewan Pemuda PAS membawa pendekatan Pemuda sebagai DutaKasih Sayang dan Penyelamat .

Pendekatan dakwah PAS melengkapi 2 kategori utama :

1 : Dakwah Ammah ( umum ) Kuliah Agama , Forum , SeminarCeramah Umum ,Muzakarah , DebatMotivasi , DemonstrasiPenerbitan Buku , Penerbitan akhbar ,Edaran VCD , Edaran Risalah ,Talk Show , Dialog dll

2 : Dakwah Fardiyyah . ( khas ) Pertemuan TertutupZiarah dan DakwahAktivitiAmal Kebajikan Dakwah PAS tidak bermusim dan tidak juga tertakluk kepadakepentingan pengaruh individu dan politik .

Biarpun sehari selepas tamatnya pilihanraya , PAS telah memulakan aktivitidakwahnya kepada masyarakat , demikian juga sehari selepas dibebaskan daripenjara pimpinan PAS terus melangsungkan dakwahnya. Sekalipun dakwah yangdibawa oleh PAS tidak popular malah menerima tentangan sengit dari pelbagai pihakseperti hukuman hudud , PAS tetap menunaikan tanggungjawab dakwahnya denganmemberi penjelasan kepada masyarakat mengenai peri pentingnya Negara kitamelaksanakan undang – undang dan peraturan Islam itu.

Biarlah kita kehilangan undi popular dan sokongan ramai yang membawa kita kalahdalam pilihanraya , namun dakwah untuk membawa Islam kesetiap pintu hatimanusia tetap diteruskan. Siasah ( politik ) Islam adalah agama yang syumul ,merangkumi seluruh aspek kehidupan termasuklah politik. Mengasingkan politikdari perjuangan Islam ertinya mengurangkan sukatan perjuangan Islam yang telahdiperjuangkan oleh Nabi saw. [4]

PAS meletakkan politik sebahagian dari tanggungjawab perjuangan yang mestidiperjuangkan. Kini kuasa politik berada ditangan UMNO dan BN yang engganmelaksanakan syariat meskipun berbuih mulut mereka mengisytiharkan Malaysiasebagai sebuah Negara Islam . Malah UMNO dan BN telah menyuburkan bumiMalaysia ini dengan pelbagai maksiat dan mungkar yang telah dihalalkan melaluimazhab Islam Hadharinya.

PAS berkewajipan mengambil tampuk kuasa politik dari golongan yang engganmelaksanakan syariat Islam dan PAS telah berijtihad untuk menggunakanpendekatan aman dan damai tanpa peperangan dan pertumpahan darah , dalamusaha PAS mahu mengambil alih kuasa politik tersebut. Realiti ini membawa PASmendaftarkan organisasinya di bawah Pendaftar Pertubuhan dan ianya sah untukbergerak di sisi undang – undang Negara waktu ini. Semua orang boleh mengakuibahawa Islam tidak boleh dilaksana tanpa kuasa politik. Justeru itu , penglibatandibidang politik ( siasah ) adalah kewajipan besar untuk kembali mengangkat Islamini ke tempat yang selayaknya sebagai agama suci .

1/17/2010 TranungKite Online v7.0 - Perjuangan …

tranungkite.net/v7/modules.php?name… 3/4

KESIMPULAN

Saya tidak nampak alasan yang munasabah bagi pihak yang menolak perjuanganPAS. Mereka barangkali boleh untuk tidak menyertai PAS , tetapi untuk merekamenolak dan menafikan perjuangan PAS adalah suatu yang sangat tidakadil. Kelemahan dan kesilapan boleh diperbaiki jika ada. Menolak dan menafikanperjuangan sucinya yang diasaskan sejak tahun 51 yang lalu memerlukan alasanyang konkrit dan dalil yang pasti , bukan beralaskan emosi dan sentiment perbedaankumpulan.

Saya selalu menegaskan kepada umum , jika terdapat suatu yang dilakukan oleh PASbercanggah dengan syariat dan sunnah , sila nyatakan ! Jika ianya berbentukdakwaan , sila kemukan bukti ! Kita mencari kebenaran . Andai benar atau ada , PASmelakukan perkara yang bercanggah dengan syariat , saya dan seluruh ahli PASyang ikhlas terhadap perjuangan pasti akan menyanggahinya. Namun begitu ,janganlah tuduhan melulu tanpa lampiran bukti , dakwaan palsu tanpa kepastiandalil dan emosi berprasangka tanpa berlaku adil.

[1] Fasal 5 . Perlembagaan PAS : Tujuan PAS ialah : 1 :

Memperjuangkan wujudnya di dalam Negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang

terlaksana di dalamnya nilai – nilai hidup Islam dan hokum – hukumnya menuju keredhaan Allah

. 2 : Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan

kedaulatan Negara .

�� و ����ون ������وف و ����ن �� ا����� و أو� � ه ا������ن [2]�و�#�� ��� أ�" �!��ن إ�� ا�" dan hendaklah ada dikalangan kamu ummat yang berdakwah kearah kebaikan , menegakkan

syariat dan mencegah kemungkaran dan mereka adalah golongan yang beroleh

kemenangan." Surah ali – imraan : 104

[3] Fasal 6 . Perlembagaan PAS : Usaha – usaha : 1 . Menyeru ummat Manusia kepada syariat

Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan , tulisan dan amalan . 2 .

Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan

berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai – nilai keislaman dalam usaha menegakkan

keadilan dan kemajuan disegenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran , ekonomi dan

social serta pelajaran dan pendidikan .

Agama adalah tapak dan " .�� 1 أ*( �/ .��!وم و �� 1 �0رس �/ .-�,+ ا�!�� أ*( و ا�)�'�ن &�رس [4]

pemerintah ( kedaulatan ) adalah pengawal , suatu yang tiada tapak pasti runtuh dan suatu yang

tiada pengawal pasti hilang ." – al Imam Ghazali dalam Ihya' Ulumiddin

Diterbitkan oleh :Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu

http://www.tranungkite.net/Email : [email protected] atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)

This article comes from TranungKite Online v7.0http://www.tranungkite.net/v7

The URL for this story is:http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=5210

1/17/2010 TranungKite Online v7.0 - Perjuangan …

tranungkite.net/v7/modules.php?name… 4/4