topik 7 rangkaian usahawan.pdf

16

Click here to load reader

Upload: norbaizura-md-isa

Post on 06-Sep-2015

26 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • r

    PENGENALAN

    Jaringan adalah peralatan perniagaan yang penting untuk kejayaan usahawan. Sekiranya seseorang usahawan mempunyai jaringan yang baik dengan pengguna luaran dan dalaman, akan menjadi lebih mudah untuk usahawan tersebut menggunakan peluang perniagaan yang ada dan menyelesaikan masalah yang berkenaan dengan perniagaannya. Hubungan jaringan yang baik membolehkan usahawan mendapatkan sokongan dan kerjasama dari lingkaran jaringan tersebut. Oleh itu, setiap usahawan perlu membina kemahiran jaringan, kerana ia akan menjadi pemangkin kepada pencapaian sasaran dan objektif perniagaan.

    APA ITU JARINGAN?

    Jaringan merupakan hasil strategi hubungan yang lepas dan juga merupakan sumber untuk strategi akan datang. Hak dan tanggungjawab hubungan adalah hasil daripada sumber yang dibawa oleh usahawan pada permulaan perniagaannya kepada jaringan yang dibina, pengalaman yang diperolehi dan

    7.1

    TTooppiikk

    77 Jaringan

    Usahawan

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menghuraikan tiga kelebihan mempunyai jaringan yang baik;

    2. Menerangkan dua jenis jaringan;

    3. Membincangkan enam sebab jaringan adalah penting;

    4. Menjelaskan tujuh teknik membina dan membangunkan keyakinandalam pembentukan jaringan; dan

    5. Mengenal pasti lima halangan dalam membina jaringan.

  • TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN 95

    pelaburan yang dibuat dalam semua hubungannya. Ini bermaksud, sesebuah syarikat itu bukan sahaja perlu menganalisis portfolio hubungannya dan kefahamannya tentang jaringan, malah menyenaraikan semua sumber tambahan yang telah dibina melalui pergaulan. Kesemua ini boleh dianalisis dengan menggunakan cara konvensional untuk mendapat tahu asas kekuatan yang mungkin dimiliki oleh syarikat tersebut.

    KELEBIHAN MEMPUNYAI JARINGAN YANG BAIK

    Kelebihan yang diperolehi oleh seorang usahawan apabila mempunyai jaringan yang baik adalah seperti berikut: (a) KKebolehcapaian Jaringan adalah amat penting untuk usahawan memperoleh sumber ketara

    atau tidak ketara sama ada secara langsung atau tidak langsung. Antara sumber ketara adalah sokongan kewangan, pemindahan teknologi dan kemudahan mencapai maklumat untuk mengeluarkan produk yang sesuai pada harga dan masa yang sesuai dengan kehendak pasaran. Manakala sumber tidak ketara adalah seperti sokongan moral, bimbingan dan kepercayaan yang diberi oleh pelbagai kumpulan kepada usahawan dalam menjalankan operasi perniagaan.

    (b) Reputasi Reputasi merujuk kepada kebolehan usahawan untuk memimpin atau

    mempengaruhi ahli jaringan lain dalam membuat keputusan, berdasarkan pengalaman mereka. Reputasi yang baik membolehkan usahawan menarik ahli jaringan untuk memberikan keutamaan kepada produk atau perkhidmatan yang dihasilkan oleh usahawan tersebut.

    (c) HHarapan Ini boleh memudahkan atau menyekat kebebasan aktiviti syarikat. Sebagai

    contoh, ahli jaringan mungkin mengharapkan sebuah syarikat untuk menentukan harga untuk beberapa syarikat lain dengan cara yang berkesan. Akan tetapi, sebuah syarikat juga diharapkan tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga sesebuah produk apabila ia berkurangan dalam pasaran. Ia juga mungkin diharapkan akan menurut cara persaingan yang konvensional atau beroperasi dengan lebih beretika daripada syarikat lain.

    7.2

  • TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN 96

    APA ITU JARINGAN STRATEGIK?

    Seorang usahawan yang berstrategi boleh membayangkan masa hadapan dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk merealisasikannya. Untuk membina sebuah jaringan strategik, seorang usahawan perlu jelas tentang matlamat dan objektif yang ingin dicapai dalam menjalankan perniagaannya dengan berinteraksi dengan orang lain dan menentukan tindakan terbaik yang harus diambil. Walaupun usahawan mungkin tertarik untuk bertindak dengan pantas, mereka perlu memahami di mana mereka berada dan ke mana mereka hendak tuju. Jaringan yang berjaya adalah hasil daripada perancangan yang betul serta pembinaan dan pelaksanaan yang cermat. Usahawan perlu mencari jalan dan kaedah untuk membina jaringan yang baik dan mendapatkan faedah yang maksima daripadanya. Jaringan mesti menjadi salah satu taktik pemasaran utama bagi kebanyakan ahli profesional bebas dan pemilik perniagaan kecil-kecilan. Usahawan boleh menggunakan jaringan berpusatkan pengguna untuk mengurangkan kos dan masa dalam memperolehi dan mengedarkan maklumat. Strategi membina perniagaan ini akan memanfaatkan usahawan dengan memberikannya pelanggan baharu secara berterusan di samping mengekalkan pelanggan yang sedia ada.

    JENIS-JENIS JARINGAN

    Terdapat dua jenis jaringan seperti berikut: (a) JJaringan Formal

    Jaringan formal adalah hubungan sedia ada antara pelbagai individu yang mempunyai hubungan simbiotik dengan seseorang usahawan itu. Mereka yang mempunyai hubungan jaringan lebih bersedia untuk mencipta peluang perniagaan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam jaringan tersebut. Setiap ahli jaringan bersedia untuk berkongsi pengalaman dan kekuatan untuk kelebihan bersama.

    (b) JJaringan Tidak Formal

    Jaringan tidak formal dibina menerusi hubungan dengan rakan di zaman kanak-kanak, ahli keluarga dan orang lain yang mempunyai minat atau hobi yang serupa. Ia membolehkan seseorang usahawan itu membincangkan perniagaannya secara tidak formal tanpa membuat temu janji.

    7.4

    7.3

    Sebutkan kelebihan yang boleh diperolehi oleh seorang usahawan dengan memiliki sebuah jaringan yang baik.

    LATIHAN 7.1

  • TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN 97

    Jaringan tidak formal memberikan usahawan peluang untuk mendapatkan atau bertukar maklumat. Perkhidmatan yang diberikan oleh ahli jaringan tidak formal biasanya adalah percuma atau dengan bayaran yang minima. Biasanya jaringan tidak formal membolehkan usahawan memperoleh pendapat dan nasihat serta sokongan moral dan kewangan. Sokongan sebegini membantunya menjadi lebih yakin dan menambahkan kebolehannya untuk membuat keputusan yang berkesan dan mengurangkan risiko perniagaan. Ahli jaringan tidak formal termasuk kawan, mentor dan ahli profesional. Rajah 7.1 menunjukkan ahli-ahli dalam sebuah jaringan tidak formal.

    Rajah 7.1: Jaringan tidak formal

    KEPENTINGAN JARINGAN

    Mari kita lihat kepentingan jaringan seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 7.2.

    Rajah 7.2: Kepentingan jaringan

    (a) MMembina Kepercayaan Dalam perniagaan, usahawan mungkin menghadapi ketidakpastian, contohnya kehilangan pelaburan, persaingan dan produk yang tidak dapat menembusi pasaran. Jaringan yang baik boleh mengurangkan ketidakpastian seperti ini. Seorang usahawan boleh memperolehi

    7.5

  • TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN 98

    maklumat yang boleh dipercayai mengenai peluang pelaburan, pasaran dan produk yang disukai pengguna. Jaringan juga membantu usahawan menghadapi perubahan dalam persekitaran perniagaan, contohnya: (i) Perubahan dalam strategi para pesaing; (ii) Perubahan demografik; dan (iii) Perubahan dalam kepuasan pelanggan.

    (b) Mengurangkan Birokrasi

    Birokrasi yang keterlaluan akan melambatkan proses aktiviti perniagaan. Jaringan boleh mengurangkan birokrasi dalam membuat keputusan dengan: (i) Mempercepatkan proses permohonan; (ii) Menjimatkan masa, kewangan dan sumber lain; (iii) Menghalang usahawan daripada melakukan kesilapan yang

    sama berulang kali; dan (iv) Mengelakkan tindakan menolak tanggungjawab (pass the buck).

    (c) MMeningkatkan Maklumat

    Jaringan akan meningkatkan reputasi usahawan kerana semua ahli jaringan akan tahu apa yang ia sedang lakukan. Pada masa yang sama, usahawan tersebut boleh mendapatkan maklumat tentang siapa yang berada dalam jaringan tersebut dan ini akan membolehkannya mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk menjayakan perniagaannya.

    (d) MMembina Keyakinan

    Keyakinan adalah salah satu faktor terpenting dalam membina jaringan. Dengan keyakinan, ahli jaringan akan bersedia memberi keutamaan kepada produk atau perkhidmatan seseorang usahawan itu. Apabila orang yakin dengan produk yang dijual atau perkhidmatan yang diberi oleh usahawan, ia akan menjadi buah mulut orang ramai.

    (e) MMembina Situasi Saling Bergantung Seseorang itu mungkin mengecapi kejayaan dengan pertolongan orang lain. Anda juga mungkin ada merasai kejayaan dengan bantuan individu lain. Hakikatnya, manusia bergantung sesama sendiri. Oleh itu, apa-apa yang kita buat harus memanfaatkan orang lain. Semua orang mesti bertindak dengan semangat simbiotik. Konsep bertolak ansur penting dalam membangunkan hubungan jaringan yang baik.

    (f) SSumber Kreativiti

    Jaringan adalah sumber kreativiti untuk seorang usahawan dalam menjalankan sebuah perniagaan. Kumpulan berlainan dalam jaringan akan membantu membina idea baharu untuk mencipta produk atau

  • TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN 99

    perkhidmatan baharu serta cara pengeluaran dan pemasaran yang baharu. Tambahan lagi, ahli jaringan boleh membawa peluang perniagaan baharu. Idea boleh didapati daripada kawan, rakan sejawat, pelanggan dan pengedar. Sokongan dan sumbangan pelbagai pihak dalam jaringan boleh membantu usahawan untuk: (i) Memperbaiki kualiti produk; (ii) Memperbaiki pengedaran; (iii) Memperbaiki teknik pengeluaran; (iv) Memperbaiki teknik untuk perkhidmatan lepas jualan yang lebih

    baik; dan (v) Mencadangkan cara baharu untuk mempromosikan suatu produk.

    BAGAIMANA MEMBINA JARINGAN STRATEGIK

    Terdapat tiga cara usahawan dapat menubuhkan jaringan strategik, seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 7.3.

    Rajah 7.3: Tiga cara untuk menubuhkan jaringan strategik

    7.6

  • TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN 100

    USAHAWAN DAN JARINGAN

    Untuk menjadi usahawan berjaya, seseorang itu mesti mempunyai kekuatan untuk bekerjasama dengan orang lain. Yang berikut adalah strategi menubuhkan jaringan yang berkesan:

    Sedia mendengar;

    Sedia bertolak ansur;

    Mahir dalam memberikan keyakinan; dan

    Berfikiran tenang. Bila kita bersedia mendengar pendapat orang lain, kita akan mendapat idea yang boleh membantu kita berubah. Kita perlu bertolak ansur dengan orang lain dan menunjukkan keyakinan kita. Setiap usahawan yang ingin menggunakan jaringan strategik yang baik mesti memiliki kualiti-kualiti ini. Kegagalan membina jaringan yang baik akan:

    Meningkatkan kos;

    Membuang masa;

    Membuang sumber syarikat;

    Merosakkan reputasi usahawan;

    Merosakkan reputasi syarikat; dan

    Mewujudkan dilema.

    GABUNGAN JARINGAN STRATEGIK

    Terdapat beberapa strategi bagi membangunkan hubungan antara usahawan dan orang lain untuk membina jaringan yang baik. Hubungan yang baik dengan orang lain boleh membantu usahawan membuat perubahan yang positif. Strategi-strategi ini juga dapat menolong usahawan untuk menangani perubahan. Strategi-strategi ini adalah seperti berikut: (a) Strategi bagi Gabungan Jaringan

    Ini adalah teknik membangunkan hubungan antara usahawan dan orang lain yang mempunyai pengalaman perniagaan dan orang yang akan

    7.8

    7.7

    Huraian tiga cara usahawan boleh membina rangkaian strategik.

    LATIHAN 7.2

  • TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN 101

    terlibat dalam perniagaan usahawan tersebut pada masa akan datang. Usahawan mesti berusaha mengingati orang lain walaupun mungkin tidak berurusan dengan mereka pada masa sekarang. Terdapat pelbagai cara untuk membangunkan gabungan jaringan strategik, contohnya:

    Membuat lawatan;

    Menyertai majlis rasmi;

    Berhubung melalui pihak ketiga;

    Memberi cenderamata;

    Menghantar kad, contohnya kad tahniah, takziah dan jemputan;

    Menulis dan membalas surat dan e-mel;

    Memberikan kad perniagaan;

    Menghantar faks; dan

    Bercakap melalui telefon. (b) SStrategi Membina Keyakinan Diri

    Usahawan mesti menunjukkan kebolehan, personaliti dan kemahiran mereka apabila diberikan tanggungjawab. Mereka perlu menunjukkan bahawa mereka adalah bertanggungjawab agar orang yang memberikan tanggungjawab tersebut kepada mereka akan berpuas hati dan bersedia untuk memberikan tanggungjawab lain di masa hadapan. Bila kita membuat perubahan, kita mesti bertanggungjawab dan melakukannya dengan sebaik mungkin agar idea kita tidak gagal. Beberapa perkara yang mesti diberikan perhatian adalah seperti berikut:

    Kebolehan membuat sesuatu yang orang lain tidak boleh;

    Kebolehan menyelesaikan masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh orang lain;

    Kebolehan menjana idea apabila diperlukan;

    Kebolehan menunjukkan kita boleh bersaing dengan orang lain;

    Kebolehan membuat tafsiran;

    Kebolehan menunjukkan kita adalah tempat rujukan bagi orang lain;

    Sentiasa betul dalam membuat keputusan;

    Membuat orang selesa dan gembira berkomunikasi dengan kita;

    Menyuarakan pendapat tanpa mendominasi orang lain;

    Kebolehan menguasai nada suara apabila bercakap;

  • TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN 102

    Tidak mengambil kesempatan ke atas orang lain;

    Selalu bersedia untuk berterus-terang;

    Bersedia menerima pendapat orang lain;

    Bersedia menerima dan menghargai orang lain dan kebolehan mereka;

    Memberi dan menerima nasihat;

    Boleh mengawal diri sendiri;

    Fleksibel; dan

    Bertolak ansur apabila ada konflik. Strategi begini membantu usahawan menangani kekurangan diri sendiri dan menjalankan perniagaan selancar yang boleh dengan orang lain yang berkenaan.

    TEKNIK MEMBINA KEYAKINAN DALAM KALANGAN USAHAWAN

    Seorang usahawan mesti memperolehi kepercayaan orang ramai. Orang akan yakin dengan usahawan yang membuktikan ia boleh melakukan kerja yang diberikan dengan berjaya. Berikut adalah strategi yang boleh membantu anda menjadi lebih berkeyakinan. (a) BBerhubung dengan berkesan dan penuh keyakinan

    Jika anda tidak dapat menyuarakan pendapat atau mesej dengan berkesan, orang lain akan kurang yakin dengan anda. Untuk berkomunikasi dengan baik, anda perlu bersedia dengan maklumat dan data yang tepat. Anda juga perlu ingat bahawa orang yang mendengar anda mungkin mempunyai pendapat yang berbeza daripada anda. Hadapi perubahan dengan yakin dan bersedia untuk berbincang tentang masalah dan idea penyelesaian yang anda ada.

    (b) BBuktikan kebolehan anda kepada orang lain

    Anda mesti ingat bahawa orang akan mula yakin dengan anda bila mereka tahu anda boleh melakukan kerja yang diberikan. Anda mesti

    7.9

    Anda bercadang mengadakan majlis kesyukuran di rumah anda. Anda menjemput ahli keluarga dan kawan anda. Terangkan bagaimana anda akan menjalin rangkaian yang baik dengan mereka di majlis tersebut.

    AKTIVITI 7.1

  • TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN 103

    membuktikan bahawa anda mampu mengurus perubahan dan membimbing orang lain dalam menghadapi perubahan tersebut.

    (c) TTunjukkan keprihatinan anda terhadap orang lain Tunjukkan yang anda bersedia untuk membantu orang lain. Apabila anda bersedia untuk membantu orang yang memerlukan pertolongan, mereka akan mengingati anda. Anda juga boleh memberi panduan kepada orang yang menghadapi masalah menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku.

    (d) SSentiasa bertindak adil

    Jika anda tidak bertindak adil, anda akan memusnahkan jaringan yang telah anda bina. Oleh itu untuk mengelakkan masalah, anda mesti berlaku adil bila menjadi mentor, serta bila memberi bantuan, manfaat dan perhatian. Anda mesti menyesuaikan diri dengan perubahan dalam kumpulan.

    (e) SSentiasa bersedia mengakui kesilapan sendiri

    Semua orang akan membuat kesilapan. Bila anda membuat kesilapan, anda mesti bersedia untuk mengakuinya. Ini akan menunjukkan kepada orang lain bahawa anda adalah jujur. Anda mesti selalu bersedia untuk bertanya tentang apa yang anda tidak faham. Elakkan bertanyakan soalan yang bertujuan menguji orang lain. Bila anda berkongsi idea dengan orang lain, anda membantu diri sendiri menghadapi perubahan. Ini kerana anda akan mempunyai banyak idea baharu dan dapat membuat keputusan yang baik.

    (f) TTunjukkan Semangat Pasukan

    Kita mesti selalu melihat diri kita sebagai ahli sebuah pasukan dan memastikan orang lain turut merasakan mereka juga ahli pasukan tersebut. Elakkan daripada menyendiri atau menyisihkan diri dari orang lain. Kita mesti ramah dengan semua ahli pasukan untuk mengetahui perasaan mereka terhadap organisasi supaya kita dapat bekerjasama untuk menyelesaikan masalah dan membuat perubahan.

    (g) BBerkeyakinan terhadap orang lain Bila kita menunjukkan bahawa kita yakin dengan orang lain, mereka juga akan yakin dengan kita. Salah satu cara untuk menunjukkan keyakinan terhadap orang lain adalah dengan menunjukkan kesediaan kita untuk berkongsi maklumat. Bila kita menunjukkan keyakinan, orang akan lebih bersedia menerima idea kita dan memberikan kerjasama.

  • TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN 104

    HALANGAN DALAM MEMBINA JARINGAN STRATEGIK

    Terdapat lima halangan utama yang mesti dielakkan oleh usahawan yang ingin membina jaringan strategik yang berkesan. Jika kita gagal membina jaringan strategik yang berkesan, kita juga akan gagal menyesuaikan diri dengan perubahan. Langkah pertama yang perlu diambil adalah mengenal pasti kelemahan diri sendiri. Lima halangan tersebut ditunjukkan di dalam Rajah 7.4.

    Rajah 7.4: Lima halangan dalam membina jaringan strategik

    (a) EEmosi Halangan mungkin timbul daripada kekurangan emosi yang tampak dalam sikap, personaliti dan ego seorang usahawan. Halangan ini akan mewujudkan jurang sosial yang menjauhkan usahawan daripada orang lain. Jurang sosial boleh menyebabkan usahawan gagal menyesuaikan diri dengan perubahan. Halangan emosi disebabkan oleh ciri-ciri personaliti seperti berikut:

    (i) Terlalu agresif;

    (ii) Takut;

    7.10

    Anda baru dilantik menjadi ketua pasukan dalam organisasi anda. Bagaimanakah reaksi anda jika ahli pasukan anda tidak bersetuju dengan pendapat anda?

    Jelaskan strategi yang anda boleh gunakan untuk menaikkan keyakinan diri sendiri.

    AKTIVITI 7.2

    SEMAK KENDIRI 7.1

  • TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN 105

    (iii) Berbicara seolah-olah memegang jawatan ketua;

    (iv) Cuai dalam bertindak;

    (v) Berfikir dan berkelakuan seolah-olah diri sendiri lebih baik daripada orang lain;

    (vi) Bongkak;

    (vii) Hipokrit;

    (viii) Terlalu mementingkan kesempurnaan;

    (ix) Mengambil pucuk pimpinan secara tidak sopan;

    (x) Tidak menepati masa;

    (xi) Tidak sanggup mengakui kesilapan sendiri; dan

    (xii) Tidak sanggup mengiktiraf kebolehan dan bakat orang lain.

    (b) FFizikal

    Halangan fizikal mungkin timbul apabila usahawan kurang yakin dengan diri sendiri atau tidak memberi perhatian kepada perkara lain yang penting seperti perangai dan pakaian. Seorang usahawan yang tidak mementingkan penampilan diri mudah gagal mendapatkan keyakinan rakan sekerja. Biasanya, individu yang selekeh dari segi perangai, penampilan dan pakaian akan dianggap tidak berkebolehan mengendalikan sesebuah organisasi dengan baik. Akibatnya, orang akan lebih bersedia menolak sebarang perubahan yang dicadangkan oleh individu tersebut. Berikut adalah beberapa masalah penampilan fizikal yang boleh menghalang usahawan daripada membina sebuah jaringan strategik:

    (i) Pakaian yang kurang sesuai;

    (ii) Nampak sakit atau penat;

    (iii) Kurang atau langsung tidak mengurus diri sendiri;

    (iv) Gelisah;

    (v) Berbicara seperti tidak mempunyai keyakinan;

    (vi) Mengelakkan memandang mata apabila berbicara dengan orang lain;

    (vii) Nampak tidak mesra;

    (viii) Terlalu banyak menggerakkan anggota badan apabila berkomunikasi dengan orang lain; dan

    (ix) Bercakap dengan nada tinggi.

  • TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN 106

    (c) PPsikologi Faktor dan ciri-ciri yang memberi kesan kepada psikologi usahawan akan mempengaruhi kebolehannya membina sebuah jaringan yang strategik. Halangan psikologi boleh menjejaskan interaksi usahawan dengan orang lain. Contohnya, jika seseorang usahawan itu selalu merasa kesunyian atau rendah diri, dia akan mengalami kesusahan dalam membina jaringan yang berkesan. Seorang usahawan yang mempunyai kekuatan psikologi yang seimbang mempunyai peluang yang lebih baik untuk memperolehi sokongan dan kepercayaan para pekerjanya. Dia akan berada dalam posisi yang kuat apabila cuba membawa perubahan dalam organisasi. Sebaliknya, seorang usahawan yang mempunyai psikologi yang kurang seimbang akan memberikan persepsi yang buruk dan menghadapi masalah dalam mendapatkan sokongan orang lain. Halangan psikologi melibatkan ciri-ciri seperti berikut: (i) Kegelisahan; (ii) Tidak dapat membuat keputusan; (iii) Masalah emosi yang mengakibatkan perasaan seperti benci atau

    marah terhadap orang lain; (iv) Kesunyian; (v) Kekecewaan; (vi) Kegagalan mencapai matlamat; (vii) Keseganan; (viii) Sangat memerlukan pengesahan dan penerimaan oleh orang lain; (ix) Keinginan untuk menonjolkan diri; (x) Keinginan yang mencapai tahap obsesi; dan (xi) Tidak berkebolehan membincangkan masalah.

    (d) KKelakuan Cara kita berkelakuan akan menentukan sama ada kita rapat atau renggang

    dengan orang lain. Kelakuan baik akan membantu kita menjana perubahan yang baik. Ciri-ciri kelakuan buruk termasuk yang berikut: (i) Memfitnah orang lain; (ii) Cuai dalam membuat keputusan; (iii) Selalu ingin menjadi orang yang pertama; (iv) Selalu ingin menjadi pemimpin; (v) Mengusik orang lain;

  • TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN 107

    (vi) Memperbodohkan orang lain; (vii) Berpura-pura mengetahui semua perkara; (viii) Berfikir dan berkelakuan seperti kita tidak bersalah dan hanya

    orang lain melakukan kesilapan; (ix) Tidak sudi menerima pendapat orang lain; dan (x) Tidak menghargai sumbangan orang lain.

    (e) UUcapan Negatif

    Ucapan kita boleh membantu membina atau merosakkan sebuah jaringan strategik. Cara kita menyuarakan pendapat adalah penting. Seandainya kita cuai dalam berinteraksi, kita dengan mudahnya boleh menyinggung perasaan orang lain. Akibatnya, kita akan sukar mendapatkan sokongan daripada ahli jaringan yang lain. Ungkapan yang perlu dielakkan adalah seperti berikut:

    (i) UUngkapan yang menunjukkan dominasi

    (ii) UUngkapan bagaikan ejekan atau sindiran

    (iii) UUngkapan yang menunjukkan perasaan rendah diri

  • TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN 108

    (iv) UUngkapan yang menunjukkan sikap ego

    Kesimpulannya, seorang usahawan mesti berusaha sebaik mungkin untuk mengelakkan lima halangan ini dalam membina jaringannya yang strategik. Dia boleh menubuhkan sebuah jaringan yang berkesan untuk menjayakan perniagaannya dengan menggunakan pengetahuan yang dimilikinya dengan penuh yakin. Jaringan ini akan memanfaatkan usahawan tersebut dan juga orang lain dalam jaringan tersebut. Seorang usahawan yang ingin mencapai potensi tahap maksima melalui jaringan yang baik akan faham bahawa ia tidak boleh mendominasi orang lain. Sebaliknya, adalah penting baginya untuk mendapatkan kerjasama daripada pihak-pihak yang berkenaan. Dalam mana-mana situasi yang memerlukan pelaksanaan perubahan, pendapat ahli jaringan lain mesti dipertimbangkan. Melayan rakan sekerja dan rakan perniagaan dengan bertimbang rasa dan hormat akan membuahkan hasil yang lebih baik daripada cuba mengawal, mengancam atau menyinggung perasaan mereka agar mereka menurut kata.

    Jaringan merupakan hasil strategi hubungan yang lepas dan juga merupakan sumber untuk strategi akan datang.

    Kelebihan jaringan adalah kebolehcapaian, reputasi dan harapan.

    Terdapat dua jenis jaringan iaitu jaringan formal dan jaringan tidak formal. Jaringan formal adalah hubungan sedia ada antara pelbagai individu yang mempunyai hubungan simbiotik dengan seseorang usahawan itu. Jaringan tidak formal dibina menerusi hubungan dengan rakan di zaman kanak-kanak, ahli keluarga dan orang lain yang mempunyai minat atau hobi yang serupa.

    Apakah jenis ungkapan yang harus anda elakkan untuk mengekalkan jaringan yang baik?

    SEMAK KENDIRI 7.2

  • TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN 109

    Jaringan adalah penting kerana ia membina keyakinan, mengurangkan birokrasi, meningkatkan maklumat, membangunkan kepercayaan, membina situasi saling bergantung dan menjana kreativiti.

    Untuk mewujudkan dan membina keyakinan dalam jaringan, anda boleh menggunakan tujuh teknik berikut:

    (i) Berhubung dengan berkesan dan penuh keyakinan;

    (ii) Buktikan kebolehan anda kepada orang lain;

    (iii) Tunjukkan keprihatinan anda terhadap orang lain;

    (iv) Sentiasa bertindak adil;

    (v) Sentiasa bersedia mengakui kesilapan sendiri;

    (vi) Tunjukkan semangat pasukan; dan

    (vii) Berkeyakinan terhadap orang lain.

    Halangan kepada pembinaan jaringan termasuk halangan fizikal, emosi, psikologi, kelakuan dan ucapan.

    Jaringan formal

    Jaringan tidak formal

    Jaringan strategik

    Halangan kepada pembinaan jaringan