topik 7

14
PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK TOPIK 6 APRESIASI SENI

Upload: mohd-zamani-mnp

Post on 17-Feb-2016

223 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

seni dunia kanak-kanak

TRANSCRIPT

Page 1: TOPIK 7

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

TOPIK 6APRESIASI SENI

Page 2: TOPIK 7

• DEFINISI DAN KONSEP• KATEGORI APRESIASI

Page 3: TOPIK 7

DEFINISI DAN KONSEP• Hurwitz dan Day (2001), apresiasi

bermaksud ‘menghargai’ dan pemahaman mengenai konsep apresiasi seni adalah melalui pencarian dan penyaluran maklumat yang terdapat pada karya

• Konsep apresiasi seni sebenarnya antara lain bertujuan untuk membina keyakinan seseorang untuk berbincang dan menghurai serta membuat diskriminasi terhadap karya seni.

Page 4: TOPIK 7

• Seabolt (2001) - aktiviti kritikan seni melibatkan perbincangan dan diskusi mengenai sesuatu karya seni manakala apresiasi seni.

• Aktiviti menghayati seni dengan melibatkan pengetahuan berkaitan dengan sejarah seni dan perbincangan serta diskusi mengenai seni.

• Johari Abdul Hamid, 2004 - Apresiasi seni mengajar pengkritik dan pemerhati seni menghargai rasa dan perasaan seniman.

Page 5: TOPIK 7

KATEGORI APRESIASI SENI• Walter dan Clive Bell yang menyatakan bahawa

penghayatan dan apresiasi seni tidak memerlukan pengetahuan mengenai idea.

• Dewey dan Otto Krash - pengetahuan asas seni boleh membawa kepada kefahaman terhadap karya seni.

• Ecker (1966) kategori utama dalam apresiasi seni ialah apresiasi bercorak analitikal. Apresiasi analitikal adalah satu kaedah bagi melihat aspek penghasilan karya seni visual. Kategori apresiasi bercorak analitikal ini disusun dari konsep mudah kepada yang lebih kompleks.

Page 6: TOPIK 7

PERINGKAT ANALITIKALKenal Pasti (Identification)Aspek kenal pasti yang paling mudah ialah menyatakan aspek-aspek seperti tajuk karya, jenis karya, pereka atau seniman karya, tarikh dihasilkan, asal usul karya, gaya, medium yang digunakan, teknik dan fungsi karya.

Page 7: TOPIK 7

PERINGKAT PENERANGANa)Penerangan Literary (Literary

Description)Penerangan literari digunakan ke atas karya seperti potret, landskap, lukisan objek dan lain-lain. Contohnya, karya Monalisa menggambarkan seorang wanita yang sedang terukir senyum dibibirnya. Penerangan literari ini terbahagi pula kepada dua bahagian iaitu penerangan teknikal dan penerangan formal.

Page 8: TOPIK 7

b)Penerangan Teknikal (Technical Description)

Penerangan teknikal merujuk kepada aspek teknikal dalam penghasilan karya seni. Proses ini termasuk perkara-perkara seperti penggunaan teknikal dan bahan-bahan oleh pengkarya.

Page 9: TOPIK 7

c) Penerangan Formal (Formal Description)

Penerangan formal merujuk kepada struktur fizikal karya seni iaitu perkara-perkara yang berkaitan dengan apa yang dilihat. Ini termasuklah aspek warna, garisan, jalinan, bentuk, rupa dan lainlain.Organisasi rekaan seperti imbangan, susunan, ritma, dan prinsip-prinsip serta elemen seni yang lain.

Page 10: TOPIK 7

KONTEKS DAN SKOP• Sesuatu karya itu dihasilkan sama

ada mempunyai kaitan dengan budaya, sumbangan karya di dalam masyarakat, peranan pengkarya dan lain-lain.

Page 11: TOPIK 7

ASPEK ASSOSIASI• Aspek ini bergantung kepada assosiasi

seseorang apabila menikmati sesuatu karya. • Adakah karya itu mengingatkan sesuatu

kepada apa yang dilihatnya?• Misalnya potret Monalisa mengingatkan kepada

kekasihnya atau lukisan peperangan membayangkan kekejaman sesuatu bangsa yang sombong dan angkuh.

• Ringkasnya, perkaitan ini juga merupakan persoalan yang menyentuh peribadi seseorang.

Page 12: TOPIK 7

ASPEK KRITIKAL• Merupakan persoalan penilaian atau

pertimbangan peribadi termasuklah kritikan yang membolehkan seseorang membuat apresiasi kepada sesuatu karya itu dengan lebih menyeronokkan.

Page 13: TOPIK 7

ASPEK HUBUNGAN BAIK• Aspek ini amat kuat dalam membuat

apresiasi seni bina.• Aspek fizikal, spiritual dan lebih daripada itu

aspek kemanusiaan adalah menjadi keutamaan.

• Aspek ini boleh juga diaplikasikan kepada kesemua jenis seni rupa atau seni visual.

• Pengalaman lampau seperti menyentuh persepsi diserapkan dalam membuat apresiasi kepada objek yang dilihat.

Page 14: TOPIK 7

SEKIAN