topik 5 - rawatan air sisa (16 nov) bhg 1

Upload: princess-fiejah

Post on 18-Jul-2015

416 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

C5305 Kejuruteraan Bekalan Air & Air SisaTopik 5: Rawatan Air Sisa

Objektif kursus:1. Memahami ciri-ciri pencemaran yang boleh berlaku dalam air. 2. Memahami sifat-sifat air sisa. 3. Memahami tentang ujian-ujian makmal untuk air sisa 4. Memahami kehendak-kehendak Jabatan Alam Sekitar berkaitan rawatan air sisa 5. Memahami tentang kriteria rekabentuk loji rawatan kumbahan dan air sisa industri dan kolam penstabilan 6. Memahami proses rawatan air sisa berpusat. 7. Memahami kaedah pelupusan kumbah keluar dan enapcemar. 8. Memahami tentang unit rawatan air sisa individu

PENGENALAN Air merupakan salah satu keperluan asas manusia. Namun, air semakin hari semakin tercemar. Pencemaran ini dikaitkan dengan larutan pelbagai bahan kimia toksik dan bahan buangan. Pelarut-pelarut ini senang mencemarkan air dan sumber air kita. Kini, banyak punca air kita tercemar sehingga didapati bahawa jika tiada sebarang langkah diambil ia mungkin memudaratkan kehidupan manusia.

PENGENALANFAKTA PENCEMARAN SUNGAI DI SABAH. Empat (4) sungai dikategorikan sebagai tercemar di sabah ; Sungai Menggaris di Kota Marudu, Pang Burong 1 dan Pang Burong 2 di Tawau dan Sungai Likas di Kota Kinabalu. Empat (4) Sungai sederhana tercemar. Dua puluh satu (21) lembangan sungai utama di Sabah. Tujuh puluh empat (74) stesen sungai bagi menentukan status kualiti air yang dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).

STATUS LIMA SUNGAI DI LEMBAH MAYONG TERMASUK EMPAT DI BANDARAYA KOTA KINABALU BAGI 2004.NAMA SUNGAI Inanam Likas Menggatal Mayong Telipok BILANGAN 3 1 2 3 2 STESEN IKA 81 53 83 91 65 STATUS C P C C SP KELAS II III II II III

Petunjuk ; IKA ialah Indeks Kualiti Air Bersih (C) = 81-100, sederhana tercemar (SP) = 60-80, tercemar (P) = 059 Kelas I : Dipelihara, sesuai untuk diminum dan perikanan. II : Sesuai untuk diminum dan perikanan. III : Sesuai untuk diminum tapi perlu rawatan menyeluruh IV : Bagi pengairan V : Tidak boleh digunakan bagi sebarang aktiviti atau diminum.Sumber rujukan: Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB). Berita Harian, Khamis, 23 Mac 2006

Punca Pencemaran Air di Sabah Jabatan Alam Sekitar juga telahpun mengenal pasti beberapa punca pencemaran sungai dan di antaranya ialah disebabkan oleh: sisa pembuangan kumbahan, sisa industri termasuk dari kilang dan bengkel pengaruh air permukaan tanah yang dihanyutkan apabila hujan. kewujudan rumah-rumah setinggan di sepanjang sungai-sungai yang mana pembuangan sisa kumbahan dan pembuangan sampah terus berlaku. sampah yang berlonggok dan memenuhi segenap tebing sungai, airnya juga telah bertukar warna kepada keperang-perangan

5.1. Ciri-ciri pencemaran air sisa

Bahan Toksik 11 jenis bahan sisa toksik iaitu Arsenik (As), kadmium (Cd), Sianida (Cn), Kromium (Cr), Raksa (Hg), Nikel (Ni), Plumbum (Pb), Antimoni (Sb), Selenium (Se), racun serangga (pesticides) dan polisaiklik aromatik hidrokarbon (PAH) Wujud di air berpunca dari latar belakang geologi & buangan industri Racun serangga dikategori sebagai bahan karsinogen sintetik PAH ialah bahan karsinogen sintetik dan merupakan hasil sampingan dari jelaga, tar ekzos kenderaan & benzana

Bahan permintaan oksigen (Oxygen Demanding Material) Bahan permintaan oksigen ialah bahan organik yang akan mengurai dengan adanya oksigen melalui aktiviti bakteria & boleh menjejaskan paras oksigen terlarut (DO) di dalam air < DO menyebabkan bakteria anaerobik yg boleh mengurai bahan-bahan organik tanpa oksigen mengambil alih Hasil akhir dari aktiviti bakteria mewujudkan hidrogen sulfida (H2S), metana (CH4) dan ammonia (NH3) Kesan: toksik kpd kebanyakan organisma & hidupan akuatik musnah

Bahan terampai tak larut Dikenali sebagai bahan terampai (suspended solids SS) Dalam proses rawatan air, SS boleh melindungi mikroorganisma dari tindakbalas proses pembasmian kuman dan merupakan satu petunjuk kepada ketidaksempurnaan proses rawatan air sisa Cara penyingkiran SS: penggumpalan (guna alum), penurasan dan pemendapan Kesan SS: air menjadi keruh, mengurangkan mikroorganisma mendapatkan bekalan makanan dan mengurangkan proses fotosintesis bagi tumbuhan akuatik Kesan lain: jika SS terlalu pekat menyebabkan loji rawatan rosak

5.2. Sifat-sifat air sisa

5.2.1. Sifat Fizikal

5.2.2. Sifat Kimia Organik

5.2.3. Sifat Kimia Tak Organik

5.2.4. Sifat Mikrobiologi

5.3. Ujian-ujian makmal Air Sisa