pengenalan sisa

Upload: nur-farhana-hazwanee-sulaiman

Post on 16-Jul-2015

138 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

PENGENALAN SISAKATEGORI SISA SIFAT SISA

PENGENALAN SISA Bahan yang dilupuskan kerana tidak boleh diguna ataupun tidak mempunyai sebarang nilai dari segi ekonomi, hasil daripada aktiviti manusia dan juga haiwan. SISA PEPEJAL Sebarang bahan pepejal atau separa pepejal yang dilupuskan/dibuang oleh masyarakat kerana tidak boleh digunakan atau tidak lagi mempunyai nilai dari sudut ekonomi. Sisa ini terhasil daripada aktiviti manusia atau binatang.

KATEGORI SISASISA DOMESTIK / PERUMAHAN SISA PERBANDARAN (MSW) SISA KOMERSIL SISA TAPAK PEMBINAAN SISA PERINDUSTRIAN SISA KHAS SISA PERTANIAN

TENAGA BIOJISIM tenaga yang dijana daripada pereputan benda-benda hidup. Merupakan hasilan daripada sisa pertanian. Terdapat dalam beberapa bentuk; Pepejal arang, rumput, tempurung, pelepah Cecair minyak kelapa, minyak sawit, etanol Gas seperti karbon dioksida dan metana

Kelebihan gas memasak janakuasa elektrik hasilkan wap untuk kegunaan dalam industri bersihkan pencemaran udara dengan kurangkan sisa buangan leburkan besi, tembaga, timah sumber bahan api baru dan bersih alternatif kepada petroleum dan arang batu pembakarannya tanpa pencemaran sulfur dan raksa

KOMPOSISI DAN KUANTITI SISA PERTANIANMenerangkan setiap komponen yang hadir dalam sisa pepejal. Kepentingan:Menentukan jenis peralatan, sistem dan program pengurusan serta perancangan yang diperlukan untuk menanganinya.

SIFAT-SIFAT SISAPhysical propertiesWeight (berat) Volume( isipadu ) Moisture content ( kandungan Kelembapan ) Total solids ( jumlah pepejal)Volatile solids Fixed solids Dissolved solids Suspended solids

Chemical properties( ciri-ciri kimia ) Total Nitrogen, N jumlah Nitrogen drpd campuran Ammoniacal Ammonia Nitrogen Ammonium Nitrogen Total Kjedahl Nitrogen Nitrate Nitrogen Phosphorus, P diperlukan utk tumbesaran tanaman, percapatkan kematangan serta menggalakkan pengeluaran bunga dan buah Potassium, K diperlukan utk tumbesaran tisu tumbuhan, rintangan penyakit dan membentuk kanji, gula dan minyak untuk tanaman.

Ciri-ciri lain Dissolved Oxygen (DO) Oksigen terlarut adalah ukuran kualiti air yang paling penting kerana tanpa DO bebas, sungai/tasik tidak boleh dihuni oleh organisma akuatik yang bernafas menggunakan oksigen. DO berkadar songsang dengan suhu. DO adalah maksimum dalam air pada suhu 20C ( 9 mg/ ). Nilai ketepuan susut cepat jika suhu air meningkat)

Biochemical Oxygen Demand (BOD BOD adalah jumlah ukuran oksigen yang diperlukan oleh bakteria untuk mengurai bahan organik dalam keadaan aerobik (dengan kehadiran oksigen). BOD5 adalah ujian BOD yang dipiawaikan dengan dijalankan dalam gelap pada suhu 20C selama 5 hari. Aktiviti metabolik akan meningkat jika suhu meningkat dan jumlah oksigen tinggi. Pertambahan masa dan cahaya yang berbeza memepngaruhi kepakatan oksigen akhir.

Chemical Oxygen Demand (COD) COD adalah ukuran kapasiti penggunaan O2 bahan organik dan bukan organik yang hadir dalam air sisa. Bahan organik dioksidakan secara kimia bukan secara biologi) Cod adalah lebih tinggi berbanding BOD. Agen pengoksidaan adalah Kalium dikromat O2O2. Lebih banyak kromat digunakan, lebih banyak bahan organik wujud dalam sample maka COD tinggi.

Regulation and Code of Agricultural Practice for Waste ManagementTujuan menerangkan cara penggunaan, penyimpanan dan pengurusan sisa pertanian agar sisa ini dapat diuruskan dengan baik tanpa mencemarkan alam sekitar. Peraturan kawalan dan kod amalan praktik sisa pertanian mengkelaskan amalan pertanian kepada kod-kod tertentu untuk memudahkan pengurusan sisa.

Antara definisi yang perlu diketahui di dalam kod praktik ini antaranya:Agricultural unit Berat keseluruhan haiwan ternakan (sebanyak 455 kg) yang diusahakan di dalam satu kawasan ternak. Agricultural waste Keseluruhan sisa pertanian seperti sisa medium tanaman cendawan, sisa sayuran pertanian dan sisa kompos

Feedlot Kawasan berpagar untuk pemeliharaan ternakan dengan pemberian makanan secara terancang untuk mendapatkan hasilan yang cepat dalam masa yang singkat Field storage Stok sementara sisa pertanian yang dikumpulkan di ladang dan sedia digunakan kembali sebagai baja tanaman atau pembaik tanah

Mortalities Sejumlah ternakan yang mati semasa pemeliharaan di kandang dan tidak lagi mempunyai apa-apa nilai di pasaran. Solid agricultural waste Sisa pertanian yang mengandungi >20% atau lebih bahan pepejal >Tidak mengalir jika sisa tersebut dilonggokkan/ditimbun

Storage facility Kemudahan seperti structure, lagoon, cistern, tank yang disediakan untuk penyimpanan dan pelupusan sisa pertanian di ladang

Kos dan Ekonomi dalam Pengendalian SisaTerdapat masalah dalam pengurusan sisa pepejal iaitu apa yang dibayar oleh penduduk untuk pekhidmatan pengurusan sisa perbandaran (MSW) dan apa jumlah kos sebenar. .

Perbezaan antara harga dan kos sebenar adalah subsidi perkhidmatan. Subsidi ini bertujuan menghalang persaingan antara industri yang boleh meningkatkan harga perkhidmatan atau produk. Pengurusan sampah sedemikian bukan mudah dan murah. Kos operasinya mahal, terutama jika pelupusan menggunakan kaedah rawatan termal seperti loji insinerator atau menggunakan kaedah rawatan bioteknologi seperti tapak pelupusan sanitari

Dalam pengurusan sisa, beberapa perkara dari segi ekonomi perlu dipertimbangkan seperti : Pelaburan modal Kos operasi Kesan kesan terhadap produk pertanian Keperluan buruh Jarak pengangkutan Nilai sisa Perbandingan sistem

Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 Berkaitan dengan menghalang, mengurang, mengawal pencemaran serta meningkatkan kualiti alam

PerundanganAkta-akta ini juga digunapakai di dalam pengurusan sisa terutama sisa pertanian Akta Pemuliharaan Tanah 1960 Berkaitan pemuliharaan tanah bukit dan perlindungan tanah daripada hakisan

Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 Berkaitan dengan menghalang, mengurang, mengawal pencemaran serta meningkatkan kualiti alam

Akta Perhutanan Kebangsaan 1984 Melibatkan pentadbiran, pengurusan, dan pemuliharaan hutan serta pembangunan hutan di semua negeri di Malaysia. Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan mempunyai kuasa untuk mengklafikasikan semua hutan simpan kekal termasuk Perlindungan Tanah Hutan dan Penambakan Tanah Hutan

Menerang dan memahami kesan sisa kepada persekitaran

Fungsi / Kepentingan Air Bawah Tanah Menyumbang kepada pengaliran air sungai terutama di musim kemarau. - Jika tiada sumbangan air bawah tanah, sungai akan kekeringan Bekalan air kepada akar tumbuhan di permukaan bumi. Bekalan air minuman kepada penduduk padang pasir yang sukar mendapat air permukaan.

Punca pencemaran air bawah tanah oleh sisa pertanian Produk pertanian spt. Racun perosak, baja kimia bernitrogen, baja buangan haiwan dll - berlaku peningkatan kepekatan nitrat, logam berat dan sebatian organik toksid.

Tempat buangan (landfill ) tidak berlapik spt. Buangan toksid kilang. - larut resap (leachate) memasuki air tanah Tangki septik (kumbahan) yang bocor Kolam @ lagun simpanan/ rawatan air buangan kilang (wastewater) yang tidak berlapik

Kualiti air permukaanKesan ke atas Air Permukaan Umumnya penurunan kualiti air permukaan terjadi melalui 2 cara iaitu: a) Keadaan semulajadi (asli) b) Perbuatan manusia

Keadaan Semulajadi - melibatkan proses hidrologi, geologi dan biologi. Hidrologi kitaran air di mana pemindahan bahan pencemar (gas toksid, bahan radioaktif, bakteria, debu dll) di atmosfera ke permukaan tanah melalui air hujan dan mengalir ke sungai menyebabkan air sungai tercemar.

Geologi -proses luluhawa batuan yang mengandungi banyak unsur kimia larut yang menyumbang bahan pencemar ke atas air permukaan.

Biologi - proses pereputan bahan organik melalui perantaraan bakteria. - contoh : kawasan paya bertanah gambut wujud asid humik yang menurunkan pH air

Terdapat 2 sumber pencemaran air permukaan

i) Sumber Terus (Berpunca)

Bahan pencemar disalur terus kepada sumber air melalui saluran tertentu (parit, paip dsb) spt. limpahan minyak dari kapal ke laut, sisa buangan dari kilang ke sungai

Sumber Tidak Terus (Tidak Berpunca)Pencemaran dari perubahan alam sekitar. Bahan pencemar datang dari berbagai arah.

Kesan Pencemaran Sisa Pertanian ke atas Air Permukaan memberi impak kepada ;

A) Manusia sodium boleh menjadi implikasi kepada masalah jantung. nitrat pula mampu menyebabkan masalah darah. Merkuri dan plumbum boleh mengakibatkan masalah saraf. DDT (racun serangga) adalah toksik kepada manusia dan boleh mengubah kromosom. Polychlorinated biphenyls (PCB) boleh merosakkan hati dan sistem saraf, gangguan kulit, muntah-muntah, demam panas, cirit-birit dan keadaan tidak normal yang bahaya. Disenteri, salmonela, cryptosporidium dan hepatitis adalah antara penyakit yang berjangkit menerusi keracunan air minuman dan air untuk mandi.

BeratDefinisi kuantiti atau jisim Kaedah pengukuran : skala atau timbangan

IsipaduDefinisi- sesuatu yang memenuhi ruang Kaedah pengukuran : bahan diletakkan atau dibandingkan dengan bekas yang diketahui ukuran.

Kandungan lembapan Definisi bahagian sample sisa yang dihilangkan melalui penyejatan dan pengeringan selama 24 jam o pada suhu 103 C sehingga mencapai berat yang malar. %MC = W2-W3 x 100 % W2-W1W 1= Berat piring dan tutup W 2= Berat piring, tutup dan sample sebelum pengeringan W 3= Berat piring, tutup dan sample selepas pengeringan

Total SolidVolatile solids mengeluarkan gas apabila sample dibakar pada suhu 600oC selama 1 jam.Volatile solids = Total solid fixed solids

Fixed solids bahagian total solid yang tertinggal selepas dibakar pada suhu 600oC selama 1 jam.

Dissolved solids bahagian total solid yang boleh melepasi penapis bersaiz 0.45 micron semasa proses penapisan cecair. Suspended solidSuspended solid = Total solids Dissolved solids