topik 4_kebolehpercayaan alat ukur.pptx

30
KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKUR ROSMANI BINTI ALI JABATAN SAINS SOSIAL IPGK DATO’ RAZALI ISMAIL KUALA TERENGGANU

Upload: ahmad-fadhil-ramza

Post on 13-Dec-2015

35 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKUR

ROSMANI BINTI ALIJABATAN SAINS SOSIAL

IPGK DATO’ RAZALI ISMAILKUALA TERENGGANU

DEFINISI DAN KEGUNAAN KEBOLEHPERCAYAAN

• KEBOLEHPERCAYAAN UJIAN– Bermaksud ketekalan ukuran-ukuran atau

markah-markah yang dihasilkan oleh alat-alat tersebut.

– Ujian yang baik adalah ujian yang mempunyai darjah ketekalan yang tinggi, markah/skor yang dihasilkan adalah hampir sama.

04/18/2023 3

Indeks Kebolehpercayaan dan Pengkelasan Ujian• Sebagai panduan, kebolehpercayaan ujian

boleh ditafsirkan mengikut indeks (r) seperti yang ditunjukkan dalam Jadual di bawah:

04/18/2023 4

JENIS-JENIS KEBOLEHPERCAYAAN

Jenis-jenis kebolehpercayaan

Ujian kestabilan

Ujian kesetaraan

Ujian kesetaraan &

kestabilan

Ujian ketekalan dalaman

Belah dua Kuder richardson

Alpha cronbach

Kebolehpercayaan pemerhati

Mehrens dan Lehmann (1991)

NILAI PEKALI KEBOLEHPERCAYAAN• Pekali korelasi Pearson• Ukuran Kesetaraan• Spearman-Brown Formula• KUDER-RICHARDSON 20 (KR 20)

04/18/2023 6

Pekali korelasi Pearson

Σ ialah jumlah, xi ialah skor ujian kali pertama, yi ialah ujian kali kedua, x ialah min skor ujian kali pertama, y ialah min skor ujian kali kedua, n ialah bilangan pelajar, sx ialah sisihan piawai skor ujian kali pertama dan sy ialah sisihan piawai skor ujian kali kedua.

04/18/2023 7

Prosedur• Menjalankan ujian terhadap kumpulan

tertentu• Selepas dua minggu, ujian yang sama

dijalankan ke atas kumpulan yang sama• Hitungkan pekali korelasi antara skor ujian

yang pertama dengan skor ujian kedua.• Menilai keputusan yang diperoleh

04/18/2023 8

Ukuran KesetaraanBerbeza daripada kaedah uji-uji semula yang

menggunakan ujian yang sama, Ukuran Kesetaraan [atau Ukuran Keselarian (parallel)]

dikira dengan memberikan dua (2) ujian yang berbeza tapi setara (kesamaan dari segi kandungan, Jadual Spesifikasi Ujian, format soalan dan arahan menjawab serta min, varians dan interkorelasi skor) kepada kumpulan pelajar dan hari yang sama, dan seterusnya, mengira pekali korelasi Pearson antara dua/ pasangan skor yang diperoleh setiap pelajar.

04/18/2023 9

Prosedur• Menjalankan satu bentuk ujian terhadap satu

kumpulan • Pada sesi yang sama atau jangka masa yang

singkat, jalankan bentuk ujian yang kedua terhadap kumpulan yang sama

• Hitungkan korelasi skor bagi kedua-dua ujian yang ditadbirkan

• Menilai keputusan yang diperolehi

04/18/2023 10

Konsisten Dalaman• Satu ujian diambil hanya sekali• Mengukur sejauh mana item dalam satu ujian adalah

konsisten antara satu sama lain dan dengan keseluruhannya

• Terdiri daripada tiga jenis: i) Kebolehpercayaan belah dua (split- half reliability) ii) Kebolehpercayaan Kuder-Richardson 20 iii) Kebolehpercayaan Cronbach’s alpha

04/18/2023 11

UJIAN BELAH DUA• Melibatkan pembahagian satu ujian kepada

dua sub ujian • Setiap ujian mengandungi sebahagian(½)

daripada bilangan item yang asal• Tujuan membahagikan kepada dua sub ujian

ialah untuk mendapatkan dua ujian yang selari mungkin

• Kaedah ini sesuai untuk satu ujian yang panjang dan mengambil masa yang lama atau susah untuk diuji

04/18/2023 12

Prosedur1) Jalankan keseluruhan ujian terhadap satu kumpulan2) Bahagikan ujian tersebut kepada dua bentuk yang berbeza dengan memilih item ganjil atau item genap3) Kirakan setiap skor pelajar bagi kedua-dua bahagian4) Hitungkan pekali korelasi bagi kedua-dua skor5) Aplikasikan formula pembetulan Spearman- Brown6) Menilai keputusan

04/18/2023 13

Spearman-Brown Formula

•Formula menentukan kebolehpercayaan keseluruhan ujian

04/18/2023 14

KUDER-RICHARDSON 20 (KR 20)

• Rumus tersebut dibuat berdasarkan penskoran secara dikotomi (betul-salah) seperti dalam ujian objektif pelbagai pilihan.

• Formula KR 21 lebih mudah dihitung dan mengurangkan masa pengiraan tetapi kurang tepat berbanding KR 20.

04/18/2023 15

Formula Kuder-Richardson 20 (KR 20)

• p = perkadaran calon yang mendapat jawapan betul• q = perkadaran calon yang mendapat jawapan salah

atau (1-p)• pq = varian kepada item• σ2

xx = varian jumlah skor σ2xx

KR 20 = k (1 – Σ pq)

k – 1 σ2xx

04/18/2023 16

Formula Kuder-Richardson 21 (KR 21)

KR 21 = k [1-m(k-m)] k-1 k s2

k = bilangan item dalam ujianm = min ujians2 = varian ujian

04/18/2023 17

CRONBACH’S ALPHA

• Cronbach (1951) telah menggunakan pekali alfa sebagai Ukuran Ketekalan Dalaman.

• Kaedah ini ialah lanjutan kepada K-R 20 bagi item-item yang bukan berjawapan dikotomi.

• Rumus bagi pekali alfa adalah sama seperti rumus bagi K-R 20, kecuali pq diganti dengan Si

2, iaitu varians bagi skor item. • Pekali alfa adalah amat berguna bagi item yang bukan berjawapan

dikotomi, terutama item berbentuk esei yang markahnya boleh merangkumi julat nilai yang besar.

• Rumus pekali alfa adalah seperti berikut:

04/18/2023 18

ANTARA PEMERIKSA

Kebolehpercayaan pemeriksa bermaksud ketekalan ukuran/skor yang diberikan oleh dua atau lebih pemeriksa apabila memeriksa kertas jawapan yang sama.

Kebolehpercayaan ini tidak diperlukan bagi ujian berbentuk objektif, sebab jawapan kepada setiap soalan dalam ujian bentuk ini adalah sama, iaitu perbezaan skor antara pemeriksa tidak wujud (biasanya jawapan diperiksa oleh komputer sahaja)

ANTARA PEMERIKSA Indeks Kebolehpercayaan Pemeriksa boleh dikira

dengan memberikan jawapan sekumpulan pelajar yang sama kepada dua/ lebih pemeriksa.

Indeks Kebolehpercayaan Pemeriksa boleh dikira dengan mencari pekali korelasi Pearson antara dua skor pemeriksa bagi setiap soalan; atau korelasi Spearman-Brown antara jumlah skor/skor min pemeriksa bagi keseluruhan ujian

Kebolehpercayaan Pemeriksa ini akan memberikan tahap keyakinan kepada kita untuk membuat generalisasi bahawa skor yang diberikan oleh dua/lebih pemeriksa kepada pelajar adalah sama.

Kebolehpercayaan ini adalah penting untuk menyeragamkan pemberian markah, apabila skrip/jawapan ujian diperiksa oleh ramai pemeriksa

ANTARA PEMERIKSA

04/18/2023 21

Perkaitan antara Kesahan dengan Kebolehpercayaan

• Kesahan akan memastikan ujian yang dibina itu menepati matlamat atau objektif ujian itu dibina

• Kebolehpercayaan memastikan ketekalan dalam pengukuran pencapaian murid dalam sesuatu ujian

• Kebolehpercayaan boleh dikaji terus dari data ujian tetapi kesahan tidak boleh.

04/18/2023 22

Perkaitan antara Kesahan dengan Kebolehpercayaan

• Ujian yang boleh diterima mestilah sah dan boleh dipercayai

• Untuk mengesahkan sesuatu yang digunakan, pengukuran hendaklah mempunyai kebolehpercayaan

• Konsep kesahan dan kebolehpercayaan lebih merujuk kepada maklumat yang diperolehi daripada alat pengukur itu dari menerangkan alat pengukur itu sendiri.

04/18/2023 23

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBOLEHPERCAYAAN

• Beberapa faktor didapati mempengaruhi kebolehpercayaan ujian,

• Panjang ujian,• Kehomogenan kumpulan• Kesukaran item • Objektiviti jawapan

04/18/2023 24

PANJANG UJIAN

• Rumus Spearman-Brown yang digunakan untuk mengira pekali Ketekalan Dalaman Belah-Dua boleh digunakan juga untuk mengira indeks kebolehpercayaan ujian apabila itemnya ditambah atau dikurangkan.

04/18/2023 25

• indeks kebolehpercayaan akan meningkat, sekiranya ujian bertambah panjang.

• Begitu juga sebaliknya, jika item asal dibuang, indeks kebolehpercayaan akan menurun.

• Bagaimanapun, kita perlu ingat bahawa item yang ditambah perlulah setara/seragam dengan item-item asal ujian.

• Sekiranya item yang tidak setara ditambah kepada ujian asal, indeks kebolehpercayaan tidak akan meningkat, dan mungkin akan menurun disebabkan oleh item-itemnya tidak lagi setara

04/18/2023 26

Kehomogenan Kumpulan Faktor kedua yang mempengaruhi indeks kesukaran ialah kehomogenan kumpulan

pelajar/calon yang mengambil ujian. Dari segi teori, indeks kebolehpercayaan diberikan oleh rumus:

di mana Se 2 adalah varians ralat dan Sx 2 adalah varians skor. Varians ralat boleh diandaikan sebagai tetap, iaitu tidak berubah. Bagaimanapun, kumpulan yang lebih homogenus (dari segi keupayaan) akan memberikan varians skor (Sx 2) yang lebih kecil, sementara

kumpulan yang lebih heterogenus akan memberikan varians skor yang lebih besar. Justeru, indeks kebolehpercayaan bagi kumpulan yang lebih homogenus akan

menjadi lebih rendah, sementara indeks kebolehpercayaan bagi kumpulan yang lebih heterogenus akan menjadi lebih tinggi, berdasarkan kepada varians skor (Sx 2).

27

Kesukaran ItemUjian yang terdiri daripada item-item yang

mudah memberi peluang kepada kebanyakan pelajar/calon untuk menjawab soalan dengan baik, yang seterusnya akan memberikan skor yang hampir sama kepada pelajar/calon.

Ini akan menghasilkan varians skor yang rendah disebabkan oleh skor yang homogenus, yang seterusnya, menghasilkan indeks kebolehpercayaan yang rendah.

28

Kesukaran ItemBagi ujian yang terdiri daripada item-item yang

sukar, skor pelajar/calon akan menjadi agak berbeza/heterogenus. Ini akan menghasilkan varians skor yang besar dan seterusnya indeks kebolehpercayaan yang tinggi.

Kesimpulannya, ujian yang susah akan mewujudkan kumpulan yang heterogenus, yang akan meningkatkan indeks kebolehpercayaan.

29

Objektiviti Jawapan• Sebagaimana yang dijelaskan tentang

Kebolehpercayaan Pemeriksa, item-item yang mempunyai jawapan yang lebih objektif akan mempunyai indeks kebolehpercayaan yang lebih tinggi, dan sebaliknya, item-item yang mempunyai jawapan yang lebih subjektif akan mempunyai indeks kebolehpercayaan yang lebih rendah.

30