alat-alat kebesaran diraja

20
TENGKOLOK DIRAJA Tengkolok Diraja merupakan pakaian kebesaran Raja-Raja Melayu semenjak beberapa kurun lamanya. Raja-Raja Melayu telah memakai kain yang ditenun dengan sutera yang diikat dengan berbagai bentuk ini sejak pemerintahan Kesultanan Melayu. Bentuk ikatan ini disebut juga sebagai solek. Kain ulu yang dikenali sebagai tengkolok berlainan warnanya dari sesebuah negeri. Ikatan tengkolok (solek) ini adalah pelbagai antaranya: ANAK GAJAH MENYUSU, LANG MENYUSUR ANGIN, GARAM SEBUKU (GETAM PEKASAM), PUCUK PISANG PATAH, AYAM PATAH KEPAK DAN DENDAM TAK SUDAH. Tengkolok Diraja yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari

Upload: saljibiru

Post on 15-Jan-2016

635 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

bahan keceriaan

TRANSCRIPT

TENGKOLOK DIRAJA

Tengkolok Diraja merupakan pakaian kebesaran Raja-Raja

Melayu semenjak beberapa kurun lamanya. Raja-Raja Melayu telah

memakai kain yang ditenun dengan sutera yang diikat dengan berbagai

bentuk ini sejak pemerintahan Kesultanan Melayu. Bentuk ikatan ini

disebut juga sebagai solek. Kain ulu yang dikenali sebagai tengkolok

berlainan warnanya dari sesebuah negeri. Ikatan tengkolok (solek) ini

adalah pelbagai antaranya: ANAK GAJAH MENYUSU, LANG

MENYUSUR ANGIN, GARAM SEBUKU (GETAM PEKASAM), PUCUK

PISANG PATAH, AYAM PATAH KEPAK DAN DENDAM TAK SUDAH.

Tengkolok Diraja yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-

Pertuan Agong pada hari pertabalan adalah berwarna hitam bersulam

dengan benang emas. Soleknya dinamakan “Dendam Tak Sudah” yang

berasal dari Negeri Sembilan. Di sebelah hadapan tengkolok ini

dipasangkan anak bulan dengan bintang terletak lambang Kerajaan

Malaysia yang berwarna-warni.

Muskat

Muskat merupakan pakaian rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan

Agong dan Pegawai-Pegawai Istiadat Istana Negara. Baju ini berasal dari

Negara Muskat iaitu Negara Islam yang berhampiran dengan Negara Iran.

Pakaian rasmi ini mula dipakai pada tahun

1960 iaitu semasa pertabalan Seri Paduka

Baginda Yang di-Pertuan Agong ketiga yang

diilhamkan oleh Yang Teramat Mulia Tunku

Abdul Rahman Putra Alhaj semasa beliau

menjadi Perdana Menteri Malaysia yang

pertama. Baju ini telah diubahsuai daripada

pakaian rasmi pegawai-pegawai kerajaan

negeri Kedah.

Baju ini diperbuat daripada benang bulu

berwarna hitam yang dijahit dengan sulaman

benang emas bercorak awan larat dan bunga raya yang melambangkan

bunga kebangsaan Malaysia. Baju ini labuh hingga ke paras paha dan

berlengan panjang. Pada kebiasaannya, baju ini dipakai bersekali dengan

seluar panjang bersulam di kaki dan tengkolok dalam majlis-majlis sempena

Hari Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Hari

Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, lawatan-lawatan

rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke negeri-negeri seluruh

Malaysia dan Perasmian Penggal Persidangan Parlimen.

PENDING DIRAJA

Pending Diraja ini diperbuat daripada emas sepuluh

mutu bertatah dan bersulamkan sebelas biji permata

delima. Di tengah-tengahnya pula tertera lambang

Kerajaan Persekutuan. Tali bengkungnya diperbuat

daripada kain sakhlat bertekat berbunga-bunga

dengan benang emas.

KERIS PENDEK DIRAJA

Keris Pendek Diraja adalah diperbuat daripada

mata keris lama dengan berhulu dan

bersarungkan gading yang bertatahkan emas.

Hulu keris ini dinamakan “Hulu Pekaka” dan

berupa kepala “Garuda”. Di sampir keris ini

diterapkan dengan lambang Kerajaan

Persekutuan. Keris ini ialah salah satu pakaian

Diraja dan seperti Keris Panjang Diraja ia hanya

dibawa atau dipakai oleh Seri Paduka Baginda

Yang di-Pertuan Agong.

GANDIK DIRAJA

Gandik Diraja atau pemeles ini ialah merupakan

pakaian ulu bagi Seri Paduka Baginda Raja

Permaisuri Agong. Gandik Diraja ini diperbuat

daripada emas putih bertatah penuh dengan

permata berlian berbunga awan larat. Di tengah-

tengahnya, di atas awan larat itu terdapat anak

bulan dengan bintang, kedua-duanya diperbuat

daripada emas putih juga. Gandik ini dipakai oleh

Seri Paduka Baginda dalam istiadat-istiadat

kebesaran Diraja dan pada waktu Pertabalan Seri

Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Gandik

ini diperbuat khas supaya boleh dicerai

menjadikan loket dan keronsang.

Kalung Diraja

Kalung Diraja ialah rantai leher yang dipakai oleh

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

Kalung ini diperbuat daripada emas putih bertatah

penuh dengan permata berlian. Kalung ini

merupakan sebahagian daripada pakaian

kebesaran yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda

Raja Permaisuri Agong dalam istiadat-istiadat

kebesaran Diraja dan pada waktu Pertabalan Seri

Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Kalung

ini boleh dicerai menjadikannya sepasang subang,

kerongsang dan kerabu.

COGAN ALAM

Cogan Alam ialah alat kebesaran yang menjadi

sebahagian daripada lambang kebesaran

Kerajaan Malaysia. Cogan Alam diperbuat

daripada perak, panjangnya 162.66 cm atau

bersamaan lima kaki empat inci dan merupakan

suatu bulatan di atas kepala tongkat. Di atas

bulatan ini diperbuat anak bulan dengan bintang

daripada emas. Di sekeliling bulatan ini diterapkan

dengan lambang sebelas Negeri Tanah Melayu

daripada emas. Bulatan tersebut ditanggung oleh

empat lembaga harimau yang berdiri, manakala

tongkatnya dihiasi dengan enam tangkai padi

daripada emas.

COGAN AGAMA

Cogan Agama adalah merupakan alat kebesaran

yang menjadi sebahagian daripada lambang

kebesaran Kerajaan Malaysia. Cogan Agama

diperbuat daripada perak dan panjangnya 155.04

cm atau lima kaki satu inci dan berupa sebatang

tongkat bulat berkepala besar. Di atas kepala

tongkat itu diperbuat anak bulan dengan bintang

pecah lima daripada emas. Pada batang dan

kepalanya diterapkan dengan ayat-ayat suci Al-

Quran.

COKMAR

Cokmar ialah alat kebesaran yang menjadi

sebahagian daripada lambang kebesaran

Kerajaan Malaysia. Cokmar ini terdiri daripada dua

batang dan diperbuat daripada perak. Tiap-tiap

satu panjangnya 81.32 cm atau dua kaki lapan inci

dan merupakan alat perang. Cokmar ini

merupakan tongkat pendek berkepalakan kubah.

Keris Panjang Diraja

Alat kebesaran Melayu yang sangat dimuliakan ialah

keris. Keris Panjang Diraja adalah Kebesaran Negara yang

utama dalam istiadat pertabalan. Keris Panjang Diraja adalah

Keris Kerajaan. Ia merupakan sebagai tanda kebesaran dan

kekuasaan. Keris ini, daripada hulunya hingga ke sarungnya

bersalut dengan emas dan di atas sampirnya diterapkan

dengan lambang Kerajaan Persekutuan dan lambang

sebelas Negeri Tanah Melayu. Matanya ditempa daripada

besi waja yang diambil dari sebelas bilah keris daripada

negeri-negeri itu. Hulu keris ini berbentuk “Tapak Kuda”,

dengan hiasan yang merupakan buah jering. Keris ini hanya

dibawa oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

dalam istiadat-istiadat tertentu sahaja.

Pedang, Keris Panjang dan

Sundang

Pedang, Keris Panjang dan Sundang ialah tiga jenis

senjata Melayu tua yang dijadikan sebahagian

daripada alat kebesaran Diraja iaitu diambil daripada

mata pedang, keris panjang dan sundang zaman

purbakala. Keris panjang dan sundang bersalut

dengan perak serta berukir-ukir pada hulu dan

sarungnya.

Payung Ubur-Ubur Kuning

Payung Ubur-ubur Kuning ialah sebahagian daripada alat

kebesaran Diraja. Payung Ubur-ubur Kuning sebanyak dua

puluh kaki dan diperbuat daripada kain sutera yang

berwarna kuning raja iaitu suatu warna yang dipandang

mulia oleh orang Melayu dan dikhaskan menjadi kebesaran

Raja-rajanya. Di kemuncaknya dipasangkan anak bulan

dengan bintang.

Tombak Berambu

Tombak Berambu sebanyak dua puluh kaki, matanya

berluk tiga diperbuat daripada tombak-tombak

pusaka dari sebelas buah Negeri Semenanjung

Malaysia.

Nobat

Perkataan nobat adalah berasal dari perkataan Parsi

'naubat' bermaksud sembilan jenis alat. Nobat ialah

‘pancaragam’ Diraja yang telah digunakan dari zaman

berzaman di Negeri-negeri Melayu terutamanya untuk

Istiadat Pertabalan Raja-raja. Antara alat-alat bunyian

Nobat ialah Gendang, Nafiri, Serunai dan Gong.

Negeri-negeri Melayu yang mempunyai Nobat ialah:

NEGERI PERAK

NEGERI KEDAH

NEGERI SELANGOR

NEGERI TERENGGANU

Panji-Panji Diraja

Panji-panji Diraja yang berwarna kuning mempunyai Jata

Malaysia di tengah-tengah yang dikelilingi oleh dua

karangan padi. Warna kuning ialah warna Diraja. Karang

padi yang berwarna keemasan melambangkan kemewahan

atau kemakmuran.