topik 2 al quran dan hadis sebagai sumber utama

16
PENGENALAN Topik yang kedua ini pula akan membincangkan berkenaan dengan sumber utama Pengajian Usuluddin iaitu al-QurÊan dan hadis Nabi Muhammad s.a.w. bermula dengan dalil-dalil keutamaan kedua-dua sumber tersebut dan disusuli dengan pengertian kedua-duanya serta sejarah dan istilah-istilah yang berkaitan. DALIL KEUTAMAAN AL-QUR’AN DAN HADIS Akidah yang sebenar mestilah berdasarkan sumber yang benar dan pasti, sama ada al-QurÊan atau hadis Nabi Muhammad s.a.w (Ab.Latif: 1998). Kehujahan al- QurÊan tidak perlu dipertikaikan lagi dan tidak dapat diragui. Sekiranya sesuatu hadis itu pasti dan seorang itu yakin ia benar-benar datangnya daripada Rasulullah s.a.w, ia wajib diterima sebagai sumber yang sah dan dikategorikan sebagai nas syarak. Jumhur ulama telah bersepakat menetapkan sumber-sumber akidah adalah al-QurÊan dan al-Hadis. 2.1 T T o o p p i i k k 2 Al-QurÊan dan Hadis Sebagai Sumber Utama 2 3. Membincangkan sejarah pembukuan al-QurÊan dan keistimewaannya. Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan sumber Pengajian Usuluddin; 2. Menjelaskan kepentingan al-QurÊan dan hadis; dan HASIL PEMBELAJARAN

Upload: othman-che-yusoff

Post on 22-Nov-2015

32 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

x

TRANSCRIPT

  • PENGENALAN

    Topik yang kedua ini pula akan membincangkan berkenaan dengan sumber utama Pengajian Usuluddin iaitu al-Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w. bermula dengan dalil-dalil keutamaan kedua-dua sumber tersebut dan disusuli dengan pengertian kedua-duanya serta sejarah dan istilah-istilah yang berkaitan.

    DALIL KEUTAMAAN AL-QURAN DAN HADIS

    Akidah yang sebenar mestilah berdasarkan sumber yang benar dan pasti, sama ada al-Quran atau hadis Nabi Muhammad s.a.w (Ab.Latif: 1998). Kehujahan al-Quran tidak perlu dipertikaikan lagi dan tidak dapat diragui. Sekiranya sesuatu hadis itu pasti dan seorang itu yakin ia benar-benar datangnya daripada Rasulullah s.a.w, ia wajib diterima sebagai sumber yang sah dan dikategorikan sebagai nas syarak. Jumhur ulama telah bersepakat menetapkan sumber-sumber akidah adalah al-Quran dan al-Hadis.

    2.1

    TTooppiikk2

    Al-Quran dan Hadis Sebagai Sumber Utama

    2

    3. Membincangkan sejarah pembukuan al-Quran dan keistimewaannya.

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menerangkan sumber Pengajian Usuluddin;

    2. Menjelaskan kepentingan al-Quran dan hadis; dan

    HASIL PEMBELAJARAN

  • TOPIK 2 AL-QURAN DAN HADIS SEBAGAI SUMBER UTAMA 12

    Allah S.W.T berfirman dalam surah al-Nisa, ayat 59:

    Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan Uli al-Amri di kalangan kamu. Sabda Rasulullah s.a.w:

    ! ".

    Maksudnya: Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selama kamu berpegang dengan keduanya, iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnahku, Hadis ini jelas menunjukkan kepentingan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang wajib dijadikan pegangan oleh umat Islam sehingga ke akhir zaman. Dengan merujuk kepada kedua-dua perkara tersebut, manusia tidak akan terpesong ke jalan kesesatan. Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w bersabda:

    # $ %! &' !() *&! +,%$ -% /01! 23,4 56$ 78 8 ,9 :; #8,$ #3,4 > 1! ?@.

    Maksudnya: Maka sesungguhnya sesiapa di antara kamu yang hidup selepasku dia akan melihat banyak perselisihan, maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah Khulafa Rashidin; gigitlah ia (sekuat hati) dengan gigi geraham dan hendaklah kamu jauhi perkara yang diada-adakan (dalam urusan agama) kerana ia adalah bidaah, sedangkan setiap bidaah itu adalah sesat.

  • TOPIK 2 AL-QURAN DAN HADIS SEBAGAI SUMBER UTAMA

    13

    SEMAK KENDIRI 2.1 Kemukakan beberapa ayat al-Quran berkaitan dengan dalil keutamaan al-Quran dan hadis.

    DEFINISI AL-QURAN 2.2

    Al-Quran adalah kitab suci yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Perkataan Quran dari segi bahasa bererti bacaan. Dari segi istilah pula, ia bermaksud kalam Allah S.W.T yang merupakan mukjizat yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang ditulis dalam mushaf dan diriwayatkan secara mutawatir, serta membacanya adalah ibadat. (Al-Qattan: 2000)

    SEMAK KENDIRI 2.2

    Terangkan pengertian al-Quran dari segi bahasa dan istilah.

    SEJARAH PEMBUKUAN AL-QURAN 2.3

    Semasa hayat Rasulullah s.a.w, al-Quran belum dibukukan seperti yang terdapat pada hari ini. Nabi s.a.w telah melantik beberapa orang sahabat sebagai penulis wahyu yang menulisnya setiap kali wahyu diturunkan. Di antara mereka ialah empat Khulafa Ar-Rasyidin: Muawiyah bin Abu Sufian, Khalid bin al-Walid, Ubai bin Kaab dan Zaid bin Thabit. Pada waktu itu, penulisan hanya dibuat di atas kulit kayu, batuan, kulit haiwan dan kain-kain sahaja. Sewaktu hayat Rasulullah s.a.w, ayat al-Quran tidak dihimpunkan dalam satu mashaf (teks lengkap dalam bentuk buku), kerana beberapa faktor seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 2.1.

  • TOPIK 2 AL-QURAN DAN HADIS SEBAGAI SUMBER UTAMA 14

    Jadual 2.1: Faktor Mengapa Ayat al-Quran Tidak Dihimpunkan dalam Satu Mashaf

    Tiada faktor yang mendorong ke arah itu kerana terdapat ramai huffaz (penghafal al-

    Quran) dan qurra(pembaca al-Quran).

    Ada di antara ayat yang diturunkan itu nasikh dan mansukh (hukum atau ayat yang bertukar disebabkan perkara tertentu) dan proses penurunan wahyu masih berlaku.

    Ayat al-Quran tidak diturunkan sekali gus tetapi secara beransur-ansur.

    Setiap ayat yang turun adalah berdasarkan satu-satu faktor, sebab dan peristiwa yang

    berlaku.

    embukuan al-Quran bermula pada zaman Saidina Abu Bakar r.a. Semasa

    ada awalnya, Saidina Abu Bakar ragu-ragu kerana Nabi Muhammad s.a.w

    aka dipanggil beberapa huffaz dan penulis wahyu di zaman Nabi Muhammad

    Pbeliau menjadi khalifah, hampir 70 orang huffaz terkorban dalam peperangan Yamamah. Oleh itu, Saidina Umar mencadangkan kepada beliau supaya helaian ayat-ayat al-Quran yang ditulis berasingan sebelumnya dihimpunkan kerana bimbang akan kehilangannya dengan sebab kematian huffaz dan qurra tersebut. Psendiri tidak pernah melakukannya. Beliau juga bimbang seandainya berlaku perubahan ayat atau pertukaran ayat al-Quran. Selepas dibincang dengan teliti, atas alasan maslahah dan menyedari bahawa ia adalah satu wasilah yang paling penting untuk memudahkan menghafaznya serta mengelakkan daripada hilang dan luput, maka Saidina Abu Bakar pun bersetuju untuk dikumpulkan ayat al-Quran itu. Ms.a.w yang masih hidup seperti Zaid bin Thabit bagi meneruskan usaha penulisan al-Quran. Al-Quran kemudian ditulis oleh Zaid hasil pengumpulan daripada lembaran yang ada dan akhirnya diikat kemas, tersusun turutan ayatnya sebagaimana yang ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w. Mashaf ini kemudiannya diserahkan kepada Saidina Abu Bakar. Selepas kewafatannya, diserahkan pula kepada Saidina Umar al-Khattab. Selepas beliau wafat, mashaf itu dipindahkan ke rumah Hafsah, isteri Rasulullah s.a.w yang juga anak Saidina Umar sehingga ke saat pengumpulan dan penyusunan al-Quran pada zaman Khalifah Uthman r.a.

  • TOPIK 2 AL-QURAN DAN HADIS SEBAGAI SUMBER UTAMA

    15

    Pertentangan dari sudut bacaan ayat al-Quran yang berlaku pada masa itu telah memaksa Khalifah Uthman membukukan al-Quran. Maka satu jawatankuasa penyelaras telah dibentuk. Pada peringkat awal, jawatankuasa penyelaras itu telah membukukan sebanyak enam buah naskah al-Quran iaitu:

    (a) Satu untuk dipegang oleh Khalifah Uthman bin Affan sendiri

    (b) Satu naskah dihantar ke kota Basrah

    (c) Satu naskah dihantar ke kota Kufah dan kota Syam

    (d) Satu naskah ke kota Madinah al-Munawwarah

    (e) Senaskah lagi ke kota Makkah al-Mukarramah Mashaf Uthmani yang asli yang dipegang oleh Khalifah Uthman sendiri serta dua buah kitab yang disalin darinya, ditulis dan disalin mengikut ejaan dan sebutan Arab Quraisy yang tepat mengikut bacaan Nabi Muhammad s.a.w yang berbangsa Arab Quraisy.

    AKTIVITI 2.1

    Bincangkan dengan rakan anda sejarah pembukuan al-Quran.

    KEISTIMEWAAN AL-QURAN 2.4

    Al-Quran memiliki beberapa keistimewaan tertentu yang membezakannya daripada kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya. Di antaranya ialah: (a) Al-Quran merupakan kitab yang syamil (lengkap) yang mencakup seluruh

    ajaran Allah S.W.T yang ada pada kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya seperti Taurat, Injil dan Zabur. Sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah al-Maidah, 48:

  • TOPIK 2 AL-QURAN DAN HADIS SEBAGAI SUMBER UTAMA 16

    ! " # $ % "& ' $ % ( )

    ' * * + # , !& ' "- #% ./

    Maksudnya: Dan Kami telah turunkan kepadamu al-Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, iaitu Kitab-Kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan ujian terhadap Kitab-Kitab yang lain itu. Maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu, untuk tiap-tiap umat di antara kamu. Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Ayat di atas menyebutkan bahawa Allah S.W.T memerintahkan kepada Nabi Muhammad s.a.w supaya memutuskan segala persoalan yang timbul di antara seluruh umat manusia ini dengan menggunakan hukum daripada al-Quran, baik orang-orang yang beragama Islam mahupun golongan ahlul kitab (kaum Nasrani dan Yahudi) dan bukan mengikuti hawa nafsu mereka saja.

    (b) Al-Quran adalah kalam Allah yang terakhir, untuk memberikan petunjuk dan bimbingan yang benar kepada umat manusia. Segala ajaran dan kandungannya kekal untuk selama-lamanya. Allah berfirman dalam surah Fusshilat: 41-42:

    $0 1 %1 '* 2 &" ' ( )% .3 ) " ! , ! " # ! " ) # 4 " ! *, $5 # + ,6 % -67& .8

  • TOPIK 2 AL-QURAN DAN HADIS SEBAGAI SUMBER UTAMA

    17

    Maksudnya: Sesungguhnya al-Quran itu adalah kitab yang mulia. Yang tidak datang kepadanya (al-Quran) kebatilan baik dari depan mahupun dari belakangnya, yang diturunkan daripada Rabb yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji. Dan juga firman-Nya dalam surah al-Hijr: 9:

    Maksudnya: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.

    ' # '9 $ 1 ' 2 &" 0.( ' :

    (c) Kitab Suci al-Quran adalah kekal. Tidak mungkin pada suatu hari nanti akan terjadi bahawa suatu ilmu pengetahuan akan bertentangan dengan hakikat yang tercantum dalam ayat al-Quran. Kita menyaksikan sendiri betapa banyaknya kebenaran yang ditemui oleh ilmu pengetahuan moden ternyata sesuai dengan apa yang terkandung di dalam al-Quran. Penemuan-penemuan ini memperkuat lagi kebenaran daripada apa yang sudah difirmankan oleh Allah S.W.T sendiri iaitu dalam surah Fusshilat, ayat 53:

    %5 ) * ;

  • TOPIK 2 AL-QURAN DAN HADIS SEBAGAI SUMBER UTAMA 18

    Bincangkan dengan rakan anda ciri-ciri keistimewaan al-Quran.

    AKTIVITI 2.2

    SEMAK-KENDIRI 2.3

    1. Kemukakan dalil-dalil keutamaan al-Quran dan hadis. 2. Terangkan sejarah pembukuan al-Quran.

    DEFINISI HADIS 2.5

    Hadis (bahasa Arab: al-hadth "" mufrad, ahdth "" jamak); adalah perkara yang berkisar tentang sunnah Rasulullah s.a.w dan apa yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w dari segi perkataan, perbuatan dan pengakuannya (taqrir). (Abdul Kadir Hasan: 1988).

    AKTIVITI 2.3

    HuraikanapakahyangdimaksudkandenganhadisRasulullahs.a.w.

    ISTILAH-ISTILAH DALAM ILMU HADIS 2.6

    Dalam ilmu hadis, ada beberapa istilah yang seringkali digunakan. (Abdul Kadir Hasan: 1988) Jadual 2.2 menerangkan beberapa istilah yang berkaitan:

  • TOPIK 2 AL-QURAN DAN HADIS SEBAGAI SUMBER UTAMA

    19

    Jadual 2.2: Istilah-istilah dalam Ilmu Hadis

    Istilah Pengertian

    Hadis Qudsi

    Hadis yang lafaznya adalah daripada Nabi Muhammad s.a.w manakala maknanya daripada Allah S.W.T sama ada melalui mimpi atau ilham.

    Sanad Rangkaian perawi atau jalan yang menyampaikan kepada hadis.

    Matan Lafaz-lafaz hadis yang membentuk pengertian.

    Isnad

    Iaitu menyebutkan hadis itu kepada orang yang mengatakannya. Sanad dan isnad hampir sama ertinya; keduanya adalah penting untuk menentukan nilaian hadis. 'Abdullah bin Mubarak berkata: "Isnad adalah urusan agama, dan kalaulah tidak kerana isnad, nescaya orang akan berkata apa yang dia mahu berkata."

    Musnid Orang yang meriwayatkan hadis dengan isnadnya.

    Musnad Kitab-kitab hadis yang disusun mengikut nama para sahabat yang menyampaikan hadis.

    Musannid Iaitu orang yang meriwayatkan hadis dengan isnadnya.

    Muttafaq Alaih

    Hadis yang disepakati oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim.

    Muhaddith Orang yang mahir dengan hadis dan menghafal kurang daripada 100,000 hadis.

    Al-Hafiz Menghafaz sebanyak 100,000 hadis dengan isnadnya.

    Al-Hujjah Darjatnya lebih tinggi daripada al-Hafiz. Menghafal 300,000 buah hadis termasuk matan, sanad, jarh, tadil dan sejarahnya.

    Al-Hakim Darjat tertinggi di kalangan ahli hadis. Mengetahui segenap hal berkenaan hadis, menghafal lebih daripada 700,000 buah hadis.

    Mutawatir Hadis yang diriwayatkan oleh sejumlah perawi yang mana tidak munasabah mereka bersepakat untuk berdusta terhadap hadis Nabi.

    Ahad Hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi atau lebih tetapi tidak mencapai darjat mutawatir.

    SEMAK KENDIRI 2.4

    Kemukakan beberapa istilah hadis dan terangkan maksudnya.

  • TOPIK 2 AL-QURAN DAN HADIS SEBAGAI SUMBER UTAMA 20

    PEMBAHAGIAN DAN JENIS HADIS

    Perbincangan mengenai pembahagian dan jenis hadis boleh dilihat dari beberapa sudut. Di bawah ini diterangkan pembahagian dan jenis hadis: (a) DDari Sudut Bilangan

    Dari sudut ini, terdapat empat jenis hadis, seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 2.3.

    Jadual 2.3: Empat Jenis Hadis dari Sudut Bilangan

    Jenis Hadis Pengertian

    Hadis Mutawatir

    Ialah hadis yang diriwayatkan secara ramai tanpa had tertentu. Ini memberikan keyakinan kepada riwayat tersebut. Ia terbahagi kepada dua bahagian:

    Mutawatir Lafzi ialah hadis yang diriwayatkan secara ramai dengan sebutan dan makna yang sama, tanpa had tertentu memberikan keyakinan riwayat.

    Mutawatir Ma'nawi ialah hadis yang diriwayatkan secara ramai dengan makna sahaja, tanpa had tertentu memberikan keyakinan riwayat.

    Hadis Masyhur atau Mustafidh

    Ialah hadis yang diriwayatkan lebih daripada dua orang perawi.

    Hadis Aziz

    Ialah hadis yang diriwayatkan oleh dua orang perawi sahaja.

    2.7

  • TOPIK 2 AL-QURAN DAN HADIS SEBAGAI SUMBER UTAMA

    21

    Hadis Gharib atau Fard

    Ialah hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi. Ia terbahagi kepada dua bahagian, iaitu:

    Fard Mutlaq: Ialah Gharib pada asal sanad, iaitu sahabat r.a.

    Fard Nisbi: Ialah Gharib dari segi sanad sahaja, bukan pada asalnya.

    Selain yang pertama dipanggil hadis Ahad, di antaranya ada yang diterima dan ada yang ditolak kerana perlunya kajian ke atas perawi.

    (b) DDari Sudut Penerimaan dan Penolakan

    Dari sudut ini pula, terdapat dua jenis hadis:

    (i) Hadis yang diterima pakai atau hadis Maqbul; dan

    (ii) Hadis yang ditolak atau hadis Daif. Mari kita lihat satu persatu jenis hadis ini dengan lebih lanjut.

    (i) HHadis yang diterima pakai atau hadis Maqbul

    Hadis Sahih Adalah hadis yang bersambung sanad yang diriwayatkan oleh yang adil dan dabit daripada yang adil dabit sehingga akhir, tiada ilal dan tiada syaz.

    Hadis Hasan Adalah hadis yang bersambung sanad yang diriwayatkan oleh yang adil dan kurang dabit, tiada ilal dan tiada syaz.

    Hadis Sahih Lighayrih Adalah hadis Hasan yang mempunyai banyak jalan sanad lain.

    Hadis Hasan Lighayrih Adalah hadis Daif tidak keterlaluan yang mempunyai banyak jalan sanad lain.

  • TOPIK 2 AL-QURAN DAN HADIS SEBAGAI SUMBER UTAMA 22

    (ii) HHadis yang ditolak atau Hadis Daif Ini merujuk kepada hadis yang tidak mempunyai satu atau lebih syarat hadis Maqbul. Syarat-syarat tersebut ialah:

    Syarat Pertama: Terputus Sanad

    Mu'allaq Ialah yang terputus di awal sanad seorang perawi atau lebih secara berturutan.

    Mursal Ialah yang terputus di akhir sanad.

    Mu'dhal Ialah yang terputus di pertengahan sanad dua perawi atau lebih secara berturutan.

    Munqati' Ialah yang terputus di mana-mana bahagian sanad.

    Mudallas Ialah yang menyembunyikan kecacatan sesuatu hadis dan memperelokkan zahirnya.

    Mursal khafi Ialah hadis yang tidak didengari oleh perawi daripada orang yang ditemu atau sezaman dengan lafaz seakan-akan mendengari daripadanya.

    Syarat Kedua: Tercela

    Maudu' Ialah yang direka dan dicipta, disambungkan kepada Nabi s.a.w.

    Matru Ialah hadis yang mempunyai perawi dituduh menipu.

    Munkar Ialah hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi bercampur aduk secara teruk atau perawi yang kerap leka dan lalai, fasik atau seorang thiqah yang tidak boleh diterima ketunggalannya.

    Mu'allal Ialah hadis yang mempunyai satu aspek tersembunyi yang tercela pada kesahihannya.

  • TOPIK 2 AL-QURAN DAN HADIS SEBAGAI SUMBER UTAMA

    23

    Mudarraj Ialah hadis yang ditukar bentuk sanad atau yang dimasukkan dalam matan yang bukan daripadanya tanpa membezakannya.

    Maqlub Ialah hadis yang diubah dengan lafaz lain pada sanad atau matan dengan mendahulukannya, mengakhirkannya atau sebagainya.

    Al-Mazid fi Muttasil Sanad Ialah hadis yang ditambah perawinya dalam sanad yang zahirnya bersambung.

    Mudhtarib Ialah hadis yang bertukar-tukar perawi atau berubah-ubah bentuk matan.

    Musahhaf Ialah hadis yang berubah pada kalimah.

    Muharraf Ialah hadis yang berubah pada huruf.

    Mubham Ialah hadis yang samar nama perawinya.

    Syaz Ialah riwayat thiqah yang bertentangan dengan riwayat yang lebih thiqah daripadanya.

    (c) DDari Sudut Kecapaian Sanad

    Dari sudut ini, terdapat tujuh jenis hadis, iaitu seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 2.4.

  • TOPIK 2 AL-QURAN DAN HADIS SEBAGAI SUMBER UTAMA 24

    Jadual 2.4: Tujuh Jenis Hadis dari Sudut Kecapaian Sanad

    Jenis Hadis

    Pengertian

    Hadis Qudsi Hadis yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w daripada Allah S.W.T.

    Hadis Marfu' Hadis yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w sama ada perkataan, perbuatan, pengiktirafan atau sifat.

    Hadis Mauquf Hadis yang disandarkan kepada sahabat r.a sama ada perkataan, perbuatan, pengiktirafan atau sifat.

    Hadis Maqtu'

    Hadis yang disandarkan kepada tabii atau seterusnya sama ada perkataan, perbuatan, pengiktirafan atau sifat.

    Hadis Musnad Hadis yang bersambung sanad dan disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

    Isnad Ali Hadis yang mempunyai bilangan perawi yang sedikit berbanding dengan sanad yang lain.

    Isnad Nazil Hadis yang mempunyai bilangan perawi yang banyak berbanding dengan sanad yang lain.

    AKTIVITI 2.4

    Huraikan kepada rakan anda pembahagian hadis dan jenis-jenisnya.

    SEMAK KENDIRI 2.5

    1. Apakah maksud hadis sahih?

    2. Kenapakah sesuatu hadis itu ditolak?

    3. Jelaskan maksud hadis Mutawatir.

  • TOPIK 2 AL-QURAN DAN HADIS SEBAGAI SUMBER UTAMA

    25

    Akidah mestilah berdasarkan kepada sumber yang benar dan pasti iaitu al-

    Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w.

    Seseorang mukmin tidak boleh mempertikaikan atau meragui kehujahan al-Quran. Begitu juga hadis, sekiranya sahih ia wajib diterima sebagai sumber yang sah.

    Al-Quran belum dibukukan semasa Rasulullah s.a.w masih hidup, tetapi mula dihimpunkan semasa pemerintahan Saidina Abu Bakar r.a dan dibukukan semasa pemerintahan Uthman bin Affan r.a.

    Berbanding dengan kitab-kitab yang lain yang diturunkan sebelumnya, al-Quran memiliki keistimewaan-keistimewaan tertentu. Salah satunya adalah sebagai kitab yang syamil (lengkap) yang mencakup seluruh ajaran Allah S.W.T yang ada pada kitab-kitab sebelumnya.

    Al-Quran adalah kalam Allah yang terakhir, untuk memberikan petunjuk dan bimbingan yang benar kepada umat manusia. Segala ajaran dan kandungannya kekal untuk selama-lamanya.

    Suatu ilmu pengetahuan yang benar tidak mungkin bertentangan dengan hakikat yang diterangkan oleh al-Quran.

    Al-Quran mempunyai gaya bahasa yang istimewa dan mudah. Tidak sukar untuk memahaminya dan mengamalkannya.

    Al-Hafiz Al-Quran Hadis Hadis Ahad Hadis Daif Hadis Hasan Hadis Maqtu Hadis Marfu Hadis Maudu Hadis Mauquf

    Hadis Musnad Hadis Mutawatir Hadis Qudsi Hadis Sahih Keistimewaan al-Quran Matan Pembukuan al-Quran Sanad Sumber utama ilmu Usuluddin

  • TOPIK 2 AL-QURAN DAN HADIS SEBAGAI SUMBER UTAMA 26

    Ab. Latif B. Muda, Rosmawati Ali. (1998). Pengantar Ilmu Tauhid (Teks

    Komprehensif Pengajian Islam). Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

    Abdul Kadir Hasan. (1985). Ilmu Hadis 2 (Jawi). Kota Bharu: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.

    Abdul Kadir Hasan. (1988). Ilmu Hadis 1 (Jawi). Kota Bharu: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.

    Al-Qattan, Manna (2000), Mabahith fi Ulum al-Quran, al-Riyad: Maktabah al-Maarif.

    Mohd. Sulaiman Haji Yasin. (1988). Pengantar aqidah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Sayed Sabiq. (2005). Akidah Islam menurut Al-Quran dan hadis. Kuala Terengganu: Rangkaian Berkat Sdn. Bhd.