al-quran dan hadis mauduk

60
1.1) PENYUSUNAN AYAT-AYAT AL-QURAN 1 Pengertian Ayat Al-Quran : Dari segi bahasa ayat beerti ( ماعة ج ل ا) kumpulan sebagaimana dikatakan ( م ه عت ما ج م / ه ت ي أ وم ب ق ل ا رج خ) datang suatu kaum itu dengan kumpulannya. Makna keduanya ialah ( لامة ع ل ا) tanda seperti firman Allah ( كة ل م ة ي ا ان) iaitu tanda-tanda kekuasaannya. Jika ditinjau dari makna bahasa di atas, makna kumpulan adalah sesuai dengan maksud ayat iaitu kumpulan huruf-huruf yang bergabung menjadi satu ayat. Begitu juga makna kedua iaitu suatu tanda potongan-potongan perkataan (kalamullah). Ayat dari segi istilah syarak pula ialah cebisan-cebisan daripada al-Quran yang mempunyai permulaan dan potongan-potongan yang memenuhi keperluan apa-apa yang sebelumnya dan yang sesudahnya secara pasti atau secara takdir dan tidak mengandungi di atas apa-apa yang seumpamanya Huraian Dari Takrif : Disebutkan satu cebisan atau satu aspek daripada al-Quran adalah memberi maksud seluruh huruf yang terdapat di dalam al-Quran termasuk huruf-huruf potong yang terdapat pada beberapa permulaan surah. 1 Asmawi Haji Ehsan, ’Ulum Al-Quran.Kuala Lumpur :Pustaka Haji Abdul Majid,cetakan kedua, 2004. Pada halaman 114-118. 1

Upload: wafi-billah

Post on 24-Sep-2015

119 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

pqe

TRANSCRIPT

1.1) PENYUSUNAN AYAT-AYAT AL-QURAN[footnoteRef:1] [1: Asmawi Haji Ehsan, Ulum Al-Quran.Kuala Lumpur :Pustaka Haji Abdul Majid,cetakan kedua, 2004. Pada halaman 114-118.]

Pengertian Ayat Al-Quran :Dari segi bahasa ayat beerti ( ) kumpulan sebagaimana dikatakan ( / ) datang suatu kaum itu dengan kumpulannya. Makna keduanya ialah ( ) tanda seperti firman Allah ( ) iaitu tanda-tanda kekuasaannya.Jika ditinjau dari makna bahasa di atas, makna kumpulan adalah sesuai dengan maksud ayat iaitu kumpulan huruf-huruf yang bergabung menjadi satu ayat. Begitu juga makna kedua iaitu suatu tanda potongan-potongan perkataan (kalamullah).Ayat dari segi istilah syarak pula ialah cebisan-cebisan daripada al-Quran yang mempunyai permulaan dan potongan-potongan yang memenuhi keperluan apa-apa yang sebelumnya dan yang sesudahnya secara pasti atau secara takdir dan tidak mengandungi di atas apa-apa yang seumpamanya

Huraian Dari Takrif :Disebutkan satu cebisan atau satu aspek daripada al-Quran adalah memberi maksud seluruh huruf yang terdapat di dalam al-Quran termasuk huruf-huruf potong yang terdapat pada beberapa permulaan surah.Disebut mempunyai permulaan dan potongan-potongan adalah untuk mengeluarkan apa-apa aspek, kumpulan kalimah atau sebagainya yang tidak mempunyai permulaan dan potongan. Ia bermaksud mengetahui secara tauqifi bermula dan berakhirnya sesuatu ayat itu.Disebut memenuhi apa-apa yang sebelum dan sesudahnya secara pasti ialah yakin dari awal dan akhir ia adalah wahyu atau kalamullah S.W.T.

Disebut tidak mengandungi di atas seumpamanya adalah bertujuan untuk mengeluarkan surah disebabkan ia adalah suatu jumlah yang mempunyai permulaan dan ceraian-ceraian yang memenuhi keperluan munasabah antara satu ayat dengan ayat menjadi satu surah.Bagi makna yang kedua ( ), ayat dari segi istilah syarak ialah huruf-huruf daripada al-Quran yang mempunyai permulaan dan ceraian-ceraian hasil pengetahuan yang tauqifi daripada syarak yang menjadi tanda dan alamat berhenti sesuatu kalam (perkataan) atau juga tanda di atas lemahnya orang yang mencabarnya.Sebagai kesimpulannya, dapatlah dikatakan bahawa ayat merupakan suatu jumlah kumpulan kalamullah S.W.T. yang tersusun di dalam surah-surah di dalam kitab suci al-Quranul Karim.Oleh itu perbezaan yang dapat dilihat di antara ayat al-Quran dengan wahyu ialah ayat al-Quran merupakan satu jumlah kalamullah yang masih berbentuk asli yang hanya difahami oleh Nabi yang menerimanya.Ayat al-Quran termaktub di dalam mashaf yang dapat dibaca dan dirasai oleh pancaindera semua manusia sedangkan wahyu hanya dapat diterima dan dirasai serta difahami oleh Nabi dan Rasul sahaja.

Jumlah Ayat Di Dalam Al-Quran :Terdapat beberapa percanggahan pendapat tentang jumlah ayat di dalam al-Quran . Ramai yang menyebut jumlah ayat al-Quran ialah sebanyak 6666 ayat. Ada yang berpendapat bahawa jumlah keseluruhan ayat al-Quran ialah 6200 ayat. Ayat yang paling panjang ialah ayat al-Dain ( ) iaitu ayat 282 dari surah al-Baqarah.Mengenai masalah jumlah ayat al-Quran terdapat tujuh kumpulan ulama iaitu ulamak al-madanil awwal, al-madanil akhir, al- makki, al-Basri, ad-Dimisyqi, al-Khamsi dan al-Kufi.Bagi ulama-ulama madanil awal jumlah ayat al-Quran ialah 6217 ayat. Menurut Nafi daripada syeikhnya bilangannya 6214 ayat. Bagi ulama-ulama al-Madani Akhir jumlah ayat al-Quran 6214 ayat dari riwayat Ismail bin Jaafar. Bagi ulama Makki jumlah ayat al-Quran ialah 6210. Sementara bagi ulama Basri (Basrah) jumlahnya 6204 ayat. Bagi ulama ad-Dimisyqi pula jumlah ayat al-Quran ialah 6227 ayat dan ada juga yang menjumlahkan sebanyak 6226 ayat. Bagi ulama-ulama al-Khamsi pula jumlah ayat al-Quran ialah 6232 ayat dan akhirnya bagi al-Kufi ialah sebanyak 6236 ayat.

Cara-Cara Mengenal Ayat :Dua cara untuk mengenal ayat-ayat al-Quran iaitu;1) Melihat secara pasti sebelum dan sesudah sesuatu ayat tersebut dari segi panjang dan pendeknya.2) Mengenali bentuk-bentuk pemisah sesuatu ayat.3) Persefahaman di atas beberapa pandangan yang diambil kira dari al-Quran sendiri.

Faedah Mengetahui Ayat-Ayat Al-Quran :Terdapat beberapa faedah yang penting lagi mulia dengan mengetahui dan mengenali ayat-ayat al-Quran. Antaranya ;1. Pengetahuan mengenainya akan mengesahkan ibadat sembahyang.Ini adalah kerana tidak akan diterima sembahyang melainkan dengan fatihah dan di dalamnya terdapat ayat-ayat yang perlu diketahui oleh setiap orang.

2. Pengetahuan mengenainya juga akan memastikan balasan pahala yang dijanjikan oleh Allah sebagaimana beberapa sabda Nabi bahawa sesiapa membaca sekian ayat dari surah sekian maka balasannya adalah sekian dan seumpamanya.

3. Pengetahuan mengenainya akan menjadi sebab untuk terhasilnya balasan pahala di atas usaha mengajarkan beberapa jumlah ayat kepada orang lain.

4. Pengetahuan ini juga akan mengesahkan bacaan khutbah yang disampaikan kerana membaca sepotong satu ayat daripada al-Quran merupakan antara syarat sah dua khutbah.

5. Mengetahui ayat juga akan menambahkan lagi pahala dalam sembahyang kerana di dalam sembahyang membaca sekurang-kurangnya tiga ayat dari al-Quran , hukumnya sunat.

Jumlah Kalimah-Kalimah Di Dalam Al-Quran :Telah bercanggah juga pendapat ulama mengenai jumlah kalimah di dalam al-Quran. Sesetengah ulama berpendapat jumlahnya 77934 kalimah. Ada juga yang berpendapat jumlahnya 77437 kalimah. Pendapat yang akhiir pula ialah sebanyak 77277 kalimah.Antara sebab utama mengapa berbezanya jumlah kalimah di dalam al-Quran ialah ada sebahagian mereka menjadikan kalimah ( ) sebagai satu kalimah dan ada yang menjadikan dua kalimah.

Jumlah Huruf-Huruf Di Dalam Al-Quran :Jumlah huruf di dalam al-Quran tidak terhingga banyaknya. : .Menurut riwayat yang telah dikeluarkan oleh at-Tibrani dari Umar bin al-Khattab bahawa jumlah huruf al-Quran sejuta huruf , barangsiapa yang sabar mengiranya maka baginya setiap satu huruf yang dikiranya seorang bidadari sebagai isterinya di syurga yang matanya bersinar ibarat permata.

Tertib Ayat Di Dalam Al-Quran :Telah sepakat para ulama di atas kenyataan bahawa tertib ayat di dalam surah-surah al-Quran seperti yang kita dapati sekarang ini dalam keseluruhan mashaf yang ada adalah tauqifi daripada Nabi s.a.w. daripada Jibril a.s. dan dari Allah S.W.T. Tidak ada ruang bagi ijtihad dan pendapat padanya sama ada ijmal atau secara tafsil .Sebagaimana yang diketahui bahawa penurunan wahyu adalah berdasarkan peristiwa dan jawapan bagi persoalan yang dikemukakan, kerana itu timbul persoalan apakah ayat al-Quran yang terdapat sekarang ini ditulis mengikut penurunan ayat tersebut atau mengikut susunan lain.Sebagai jawapannya kita katakan bahawa tertib susunan ayat al-Quran sekarang ini adalah tidak sama dengan tertib susunan ketika ia diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. Ini secara logik dapat diyakini bahawa tidak mungkin semua ayat hukum dapat diturunkan sekali gus pada satu masa sedangkan persoalan mengenainya kepada Rasullah juga berbeza hari dan masa. Sedangkan kebanyakan ayat-ayat telah disusun semula dan tidak mengikut masa penurunannya.Selain itu juga terdapat beberapa ayat yang diturunkan di Madinah iaitu selepas hijrah tetapi disabitkan sebagai surah Makiyah seperti firman Allah S.W.T. pada ayat 51 surah al-Anam. Begitu juga keadaan sebaliknya pada ayat 64 surah al-Anfal.Oleh itu tertib susunan ayat-ayat dan surah di dalam mushaf sekarang disusun mengikut tauqifi dari Rasulullah yang diterima dari Jibril yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. sebagai buktinya :1. Jibril pernah datang kepada baginda s.a.w. menyampaikan perintah Allah dengan berkata letakkanlah ayat sekian ini sesudah sekian . Lalu baginda sa.w. memerintahkan kepada para sahabat penulis wahyunya sedemikian juga.2. Sebagaimana yang dimaklumi bahawa baginda sentiasa ditasmik oleh malaikat Jibril a.s. sekali setiap tahun.

Dari dua dasar inilah tertib susunan yang ada sekarang ini ditulis dan dapat diyakini bahawa ia adalah suatu yang tauqifi. Zaid bin Thabit sendiri dipilih oleh Abu Bakar as-Siddik supaya menulis al-Quran di zamannya kerana Zaid ada bersama Nabi ketika berlangsungnya penyemakan malaikat Jibril ke atas baginda s.a.w. pada kali yang terakhir sekali.1.2) PENYUSUNAN AYAT-AYAT AL-QURAN[footnoteRef:2] [2: Asmawi Haji Ehsan, Ulum Al-Quran.Kuala Lumpur :Pustaka Haji Abdul Majid,cetakan kedua, 2004. Pada halaman 119-126.]

Pengetian Surah :Iaitu kumpulan ayat-ayat al-Quran yang tertentu bagi membezakan fasal dan perkara yang dibawa oleh sesuatu ayat atau kumpulan ayat tersebut. Dalam sesuatu surah terdapat sekurang-kurangnya tiga ayat.Jumalah Surah Di Dalam Al-Quran :Jumlah surah di dalam al-Quran secara keseluruhan ijmak ulama adalah sebanyak 114 surah bermula surah al-Fatihah dan disudahi dengan surah an-Nas. Ada juga yang berpendapat bahawa jumlah surah al-Quran hanya 113 surah dengan menjadikan surah Baraah (Taubah) dan surah al-Anfal sebagai satu surah sahaja.Surah yang paling panjang ialah surah al-Baqarah dengan 283 ayat dan surah yang paling pendek ialah surah al-Kauthar iaitu sebanyak tiga ayat.

Bahagian-Bahagian Surah :Surah-surah di dalam al-Quran dapat dibahagikan kepada empat bahagian iaitu :1) ( ) atau surah-surah yang mempunyai ayat-ayat yang banyak dan panjang . terdapat tujuh buah surah jenis ini iaitu surah al-Baqarah, surah Ali Imran , surah an-Nisa, surah al-Maidah, surah al-Anam, surah al-Araf dan Surah al-Anfal bersama surah al-Baraah. (Kerana surah al-Baraah tidak mempunyai basmalah , maka ia dikira satu). Said bin Zubir pula berpendapat surah yang ketujuhnya ialah surah Yunus. (Pendapat ini adalah yang lebih baik).

2) ( ) iaitu surah-surah yang mempunyai lebih sedikit dari seratus ayat. Itulah sebabnya ia dinamakan dengan nama demikian. Terdapat 24 buah surah di dalam bahagian ini bermula dari surah yang berikut dari bahagian yang pertama hinggalah akhir surah as-Sajadah. Iaitu surah at-Taubah, Yunus, Hud, ar-Raad, Ibrahim, al-Hijr, an-Nahl, al-Isra, al-Kahfi, Maryam, Taha, al-Ambia, al-Hajj, al-Mukminun, an-Nuur, al-Furqan, as-Syuarak, an-Naml, al-Qasyasy, al-Ankabut, ar-Ruum, Lukman dan as-Sajadah.

3) ( ) iaitu surah-surah yang mempunyai kurang daripada 100 ayat. Dinamakan demikian kerana kerana ia surah pertengahan jumlah ayatnya berbanding dengan surah jenis pertama dan kedua. Terdapat 16 buah surah di dalam bahagian ini iaitu surah al-Ahzab, Saba , Fathir, Yassin, As-Syaffaat, syaad, az-Zumar, al-Mukmin, Hamim Sajdah, As-Syura, Az-Zukruf, ad-Dukhaan, al-Jathiyah, al-Ahqaff, Muhammad dan surah al-Fatah.

4) ( ) iaitu surah-surah yang mempunyai ayat-ayat pendek. Memiliki 66 buah surah bermula dari surah al-Hujurat hingga akhir surah an-Naas (penapat Imam an-Nawawi) .Surah-surahnya ialah surah surah al-Hujurat, Qaff, az-Zariyat, at-Thur, an-Najm, al-Qamar, ar-Rahman, al-Waqiah, al-Hadid, al-Mujadalah, al-Hasyr, al-Mumtahanah, as-Saff, al-Jumuah, al-Munafiquun, at-Taghabun, at-Talaq, at-Tahrim, al-Mulk, al-Qalam, al-Haqqah, al-Maarij, Nuh, al-Jin, al-Muzzammil, al-Muddathir, al-Qiyamah, ad-Dahr, al-Mursalat, an-Naba, an-Naziat, Abasa, at-Tawkir, al-Infithar, al-Mutaffifin, al-Insyiqaq, al-Buruj, , at-Tariq, al-Ala, al-Ghosyiah, al-Fajr, al-Balad, as-syams, al-Lail,ad-Dhuha, al-Insyirah, at-Tin, al-Alaq, al-Qadar, al-Baiyinah, al-Zalzal, al-Adiyat, al-Qoriah, at-Takathur, al-Asr, al-Humazah,al-Fiil, al-Quraisy, al-Maun, al-Kauthar,al-Kafirun, an-Nasyr, al-Lahab, al-Ikhlas, al-Falaq, dan surah an-Naas. Dinamakan dengan nama tersebut kerana banyak fasal antara surahnya dan basmalah. Ada juga yang berpendapat ia bermula dari surah Qaff hingga surah an-Naas (pendapat az-Zarkasyi).Ulama telah membahagikanpula surah ( ) ini kepada tiga bahagian iaitu :a. ( ) yang bermula dari awal surah al-Hujurat sebanyak 29 surah hingga surah al-Mursalat.

b. ( ) bermula dari surah an-Naba hingga surah al-Lail sebanyak 15 surah.

c. ( ) bermula dari ad-Dhuha hingga akhir surah an-Naas sebanyak 22 surah.

Tertib Surah-Surah Di Dalam Al-Quran :Al-Quran yang hanya dikumpulkan di zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar dan kemudian di zaman Saidina Uthman telah menimbulkan persoalan iaitu adakah susunan surah-surah yang terdapat hingga hari ini tauqifi atau tidak.1. Pendapat yang pertama mengatakan bahawa susunan surah-surahal-Quran yang terdapat hingga ke hari ini adalah merupakan suatu susunan yang tauqifi (susunan yang diperintahkan /diwahyukan dari Allah S.W.T. ). Mereka berkata bahawa susunan surah yang terdapat pada hari ini sebagaimana yang dikhabarkan atau disampaikan oleh malaikat Jibril a.s.

Berkata Ibnu Hasar ( ) bahawasanya susunan surah-surah dan letaknya ayat-ayat al-Quran adalah dengan wahyu Allah S.W.T. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda : Letakkanlah olehmu ayat ini di tempat ini Dan terhasillah keyakinan secara mutawatir perpindahan susunan surah ini dengan bacaan yang dibuat oleh baginda Rasulullah s.a.w. sendiri. Dengan dua hujah inilah para sahabat mengumpul dan menulis semula al-Quran sehingga menjadi apa yang kita tatapi sekarang ini. Suatu contoh lain ialah kisah Jibril a.s. telah memerintahkan Nabi s.a.w. supaya memindahkan ayat 281 dalam surah al-Baqarah di antara dua ayat iaitu ayat mengenai riba dengan ayat mengenai hutang.2. Pendapat kedua mengatakan bahawa susunan ayat dan surah al-Quran adalah tauqifi yang sampai kepada Rasulullah s.a.w. melainkan dua surah iaitu surah al-Anfal dan surah al-Baraah. Ini adalah kerana yang meletakkan kedua-dua surahtersebut di tempatnya sekarang ini berdasarkan ijtihad Saidina Uthman yang kemudian dipersetujui oleh para sahabat semuanya.

3. Pendapat yang kedua yang mengatakan bahawa susunan surah-surah di dalam al-Quran adalah berdasarkan kepada ijtihad para sahabat. Ini terbukti kerana wujudnya ketidaksamaan mashaf-mashaf persendirian yang dimiliki oleh para sahabat dan penulis-penulis wahyu.

4. Sebagai contohnya mashaf Ali r.a. dimulai dengan surah al-Alaq dan kemudian diikuti dengan surah al-Muddathir, diikuti pula oleh surah Nun, kemudian surah Qalam dan diikuti oleh surah Muzzammil dan seterusnya. Mashaf Ibnu Masud pula dimulai dengan surah al-Baqarah, kemudian surah an-Nisa kemudian dengan surah Ali-Imran. Sementara itu Mashaf Ubai bin Kaab pula dimulai dengan surah al-Fatihah diikuti dengan surah al-Baqarah kemudian surah an-Nisa dan kemudian surah Ali Imran serta seterusnya.

Faktor Berbezanya Tertib Surah Pada Mashaf Sahabat :Sebagaimana yang disebutkan di atas terdapat perbezaan tertib surah pada mashaf-mashaf yang dimiliki oleh para sahabat. Ini berkemungkinan disebabkan pertamanya tertib surah yang dimiliki oleh para sahabat tersebut adalah penulisan sendiri selepas mereka menghafalnya dan tidak dibetulkan sehingga pembentangan terakhir. Selepas sahaja pembentangan terakhir sepatutnya semua mashaf adalah mengikut tertib yang diperintahkan oleh Nabi. Kemungkinan ada yang terlupa atau tidak berkesempatan untuk berbuat demikian dan sebagainya.

Dari dalil-dalil yang terdahulu bahawa penulisan wahyu adalah berdasarkan perintah semasa Nabi s.a.w. maka sahabat menulis ayat-ayat tersebut mengikut perintah Nabi s.a.w. Ketidaksamaan perintah tersebut tidak dinafikan mempunyai hikmat-hikmat yang tertentu untuk memudahkan umat Islam yang mungkin tidak difahami maksud sebenarnya. Di samping itu ketegasan sahabat dalam mempertahankan pendapat mereka berkemungkinan menjadi faktor berbezanya mashaf di kalangan mereka.Selain itu kita perlulah yakin bahawa para sahabat adalah orang yang dipercayai sifat kejujurannya oleh itu adalah tidak diragui setiap tertib ayat yang mereka miliki adalah mengikut persetujuan Nabi s.a.w. Sepatutnyatidak ada syak wasangka di dalam hati tentang kejujuran mereka dalam menunaikan perintah Nabi sedang baginda s.a.w. sendiri mengisytiharkan bahawa para sahabatnya adalah ibarat bintang-bintang yang bersinar dan menyinari. Hikmat Diadakan Surah-Surah Di Dalam Al-Quran :Sesesuai dengan kenyataan bahawa al-Quran merupakan kitab mukjizat maka penetapan surah-surah juga sudah pasti mempunyai hikmat dan tujuannya yang tertentu. Berikut adalah di antara beberapa hikmat diadakan surah-surah di dalam al-Quran.1. Ia merupakan suatu mukjizat yang terdapat surah-surah yang mengandungi ayat-ayat yang panjang dan juga ada surah yang mengandungi ayat-ayat yang pendek. Musuh-musuh Islam tidak boleh mendakwa bahawa surah yang panjang ayatnya sebagai mengandungi mukjizat dan surah yang pendek itu tidak atau sebaliknya. Bahkan, semua ayat dan dan surah al-Quran adalah mukjizat.2. Adanya surah-surah di dalam al-Quran adalah antara cara untuk memudahkan membaca dan menghafal ayat-ayat al-Quran. Setiap penghafaz akan menjadikan setiap surah sebagai sebagai sasaran atau had menghafaz dalam sesuatu ketika. Begitu juga bagi seseorang kanak-kanak misalnya akan merasa gembira apabila habis membaca dan menghafaz sesuatu surah al-Quran.

3. Memudahkan para musafir ketika bermusafir dalam menentukan marhalah-marhalah musafir mereka. Misalnya mereka menetapakan jauh sesuatu sesuatu tempat dengan habisnya membaca sesuatu surah tertentu. Para musafir tidak akan merasa bosan di dalam perjalanan kerana di sepanjang perjalanan mereka akan membaca surah tersebut.

4. Kewujudan surah-surah untuk membezakan kandungan ayat, peristiwa, cerita dan seumpamanya dalam sesuatu ayat yang diturunkan. Surah Yusuf misalnya menceritakan tentang kisah Nabi Yusuf untuk dijadikan pengajaran. Surah Munafiqun misalnya menceritakan hal ehwal niat dan perbuatan orang munafiq dan seterusnya.

5. Menambah keseronokan dan keasyikan membaca al-Quran. Ini adalah kerana surah-surah yang baru mula dibaca akan memberi kesan seolah-olah mereka baru membaca dan mereka akan terus membaca. Sekiranya tidak ada surah maka akan dirasakan terlalu panjang dan boleh menjemukan pembacanya. Itulah kemukjizatan al-Quran.

Nama-Nama Surah Di Dalam Al-Quran Adalah Tauqifi :Persoalan juga timbul dengan wujudnya surah-surah tersebut iaitu adakah nama-nama surah di dalam Al-Quran itu tauqifi atau tidak. Bagi menjelaskannya maka ditegaskan di sini bahawa semua nama surah di dalam al-Quran adalah tauqifi. Ini berdasarkan hadis-hadis baginda s.a.w. yang menyebutkan nama-nama surah tersebut. Antaranya : Barabgsiapa yang menghafaz 10 ayat daripada awal surah al-Kahfi maka ia akan terpelihara dari fitnah dajjal.

Barangsiapa membaca surah ad-Dukhan pada malam Jumaat nescaya akan diampunkan dosa-dosanya.

Nama Surah-Surah Al-Quran :Walaupun kita dapati bahawa surah-surah di dalam al-Quran masyhur dengan apa yang kita tatapi setakat ini, namun sebenarnya surah-surah tersebut terbahagi kepada dua dari segi namanya, iaitu surah-surah yang mempunyai satu nama sahaja dan surah- surah yang mempunyai lebih dari satu nama.Surah-Surah Yang Mempunyai Hanya Satu Nama :Ada sebanyak 73 buah surah dan semua nama tersebut adalah tauqifi. Iaitu surah an-Nisa , al-Anam, al-Araf, Yunus, Hud, Yusuf, ar-Rad, Ibrahim, Al-Hijr, Mariam, al-Anbia ,al-Hajj , al-Mukminun, an-Nur, al-Furqan, al-Qayasy, al-Ankabut, ar-Ruum, Lukman, al-Ahqaff, al-Fath, al-Hujurat, az-Zariyat, at-Tur, an-Najm,al-Waqiah, al-Hadid, al-Jumuah, al-Munafiqun, al-Qalam, al-Haaqqah, Nuh, al-Jin, al-Muzammil, al-Muddathir, al-Qiamah, al-Mursalat, an-Naziat ,Abasa, at-Takwir, al-Infitar, al-Mutaffifin, al-Insyiqaq, al-Buruj, at-Tariq, al-Ala, al-Ghasyiah, al-Fajr, al-Balad, as-Syams, al-Lail, ad-Dhuha, al-Insyirah, at-Tiin, al-Alaq, al-Qadr, al-Baiyinah, al-Zilzalah,al-Adiyat,al-Qariah, at-Takathur,al-Asr, al-Humazah, al-Fiil, al-Quraisy, al-Kauthar dan al-Falaq.Surah-Surah Yang Mempunyai Lebih Dari Satu Nama :Ada sebanyak 40 buah surah daripada nama-nama tersebut adalah tauqifi dan sebahagiannya tidak tauqifi dan sebahagiannya tidak tauqifi iaitu dinamakan sama ada oleh sahabat atau tabien. Surah-surah tersebut ialah surah al-Fatihah (Ummul Quran, Fatihatul Kitab dan as-Sabul Mathani ), al-Baqarah (Sanamul Quran, Fastotul Quran ), Ali Imran (Az-Zahra ), al-Maidah (al-Uqud, al-Munqodzah ), al-Anfal (Badar ), al-Baraah (at-Taubah, al-Fadzihah, al-Muthirah ) ,an-Nahl (an-Niam ), al-Isra (Bani Israel), al-Kahfi (ashabul Kahfi ), Taha (al-Kalim ), as-Syuara (al-Jamiah ), an-Naml (Sulaiman), as-Sajadah (al-Madhoji ), Fatir (Malaikat), Yassin (Qalbul Quran, ad-Dafiah, al-Qaldhiyah ), az-Zuma (al-Ghuraf), Ghofir (at-Tuul, al-Mukmin),Fusilat (as-Sajadah), al-Jathiyah (as-Syariah), Muhammad (al-Qital), Qaff (al-Basiqat), Iqtarobat (al-Qamar), ar-Rahman (Urusul Quran), al-Mujadalah (az-Zihar), al-Hasyr (Bani Nadhir), al-Mumtahanah (al-Mawaddah), as-Saff (al-Hawariyyin), at-Talaq (an-Nisaul Qasri), at-Tahrim (Lima Tuharrim), Tabaroq (al-Mulk, al-Mananiah, al-Munjiyah, al-Maniah), Saala (al-Maarij), al-Insan (ad-Dahr),Amma (an-Naba, at-Tasaul), Lam Yakun (al-Baiyinah), Aroaita (Ad-Diin), al-Kafiruun (al-Ibadah), an-Nasr (at-Taudi), Tabbat (al-Masad), al-Ikhlas (al-Asas), an-Nas (al-Muawwidzatani).

Tulisan Al-Quran Dengan Rasam Uthmani Terjadi juga perselisihan pendapat adakah rasam Uthmani atau tulisan Uthmani yang dijadikan asas penulisan ayat-ayat al-Quran itu merupakan suatu yang tauqifi atau tidak. Dalam soal initerdapat tiga pendapat yang membincangkannya :1. Mereka yang berpendapat bahawa tulisan tersebut merupakan suatu yang tauqifi yang wajib diambil dengannya dalam penulisan al-Quran dan memuliakannya dengan sepenuhnya.

Telah dinukilkan dari Ibnu Mubaraq dari Syeikhnya Abd Aziz ad-Dzubagh bahawa ia telah berkata :Tidaklah bagi seseorang sahabat dan tidaklah yang selain dari mereka dalam menulis tulisan ayat al-quran dan tidak juga sehelai rambut pun melainkan semuanya adalah tauqifi dari Nabi s.a.w. Bagindalah yang memerintahkan mereka supaya menulis di atas kaedah yang dikenali di atas dengan menambah atau mengurangkan huruf alif dengan rahsia-rahsianya yang tersendiri. Sesungguhnya susunan al-Quran merupakan mukjizat maka pastinya tulisannya juga adalah mukjizat.

2. Mereka yang berpendapat bahawa tulisan al-Quran tersebut bukanlah sesuatu yang tauqifi tetapi hanya kerelaan dari Saidina Uthman yang kemudiannya diterima dan dipersetujui oleh para sahabat yang lain. Oleh itu, wajiblah diambil dan diikuti dan berdosalah sekiranya menyalahi tulisan tersebut.

3. Mereka yang berpendapat bahawa tulisan Uthmani tersebut hanya sebagai suatu istilah/bentuk sahaja yang tidak wajib untuk diikuti dan tidak berdosa jika menyalahinya. Ini berdasarkan bahawa Allah tidak menfardukan ke atas umat-Nya mengenai hal tersebut.

2.0 NASAKH DAN MANSUKH[footnoteRef:3] [3: Mohd Syahar Barkat Ali, SPM Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 4 & 5.Selangor : Pustaka Ilmi,. Pada halaman 180-186.]

Pengertian NasakhDari segi bahasa naskh membawa erti penghapusan.Dari segi istilah nasakh ialah menghapuskan hukum syarak yang sedia ada terpakai dengan hukum syarak lain dengan sebab ada dalil syarak yang baru. Sekiranya tidak ada penghapusan itu maka hukum yang lama itu tetap terpakai.Hukum lama yang dihapuskan itu disebut mansukh.Naskah berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. sahaja . Nasakh tidak berlaku pada zaman sahabat kerana :a) Ayat al-Quran hanya diturunkan ketika Rasulullah s.a.w. masih hidup.

b) Hanya Rasulullah s.a.w. yang dapat menentukan antara hadis dan ayat al-Quran.

Para Ulamak Telah Bersepakat Tentang Harus Adanya Nasakh. Di Antara Dalilnya Ialah :1. Firman Allah S.W.T. 66. sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (Apa Yang telah Diwajibkan dahulu)

2. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya :Daripada Buraidah, Rasulullah s.a.w. bersabda : Dahulu aku melarang kamu pergi menziarahi kubur, tetapi sekarang Muhammad telah dibenarkan menziarahi kubur ibunya maka lawatilah kamu kerana sesungguhnya pergi melawat kubur itu boleh mengingatkan mati. (Riwayat Muslim, Abi Daud dan At-Tirmizi )

3. Daripada sudut akal : Hukum-hukum Allah S.W.T. itu adalah untuk kesenangan hambaNya. Sedangkan kepentingan manusia itu berubah-rubah mengikut masa dan keadaan .Oleh itu nasakh adalah satu perkara yang sangat perlu.

Hikmat Nasakh Dan Perkara Yang Boleh Dinasakh :Di antara hikmat nasakh ialah ;a) Untuk memberi hukum yang lebih banyak bagi kehidupan manusia.b) Sebagai suatu kemurahan Allah S.W.T. kepada orang mukmin.c) Sebagai suatu peningkatan dalam perundangan Islam.Bukan Semua Perkara Boleh Dinasakh. Hanya Perkara-Perkara Berikut Boleh Dilakukan Nasakh : Perkara yang tidak menyentuh masalah tauhid. Sebaliknya perkara yang menyentuh masalah tauhid tidak boleh dinasakh seperti ilmu Allah, sifat-sifat Allah dan sebagainya. Bukan berita-berita purbakala yang disampaikan oleh Allah S.W.T. Bukan berita-berita akan datang yang disampaikan oleh Allah S.W.T. Bukan Ijma Ulama. Ijma ulama tidak boleh dinasakh kerana ia hanya berlaku selepas Rasulullah s.a.w. wafat. Maka tidak ada nasakh lagi selepasnya. Bukan perkara Qias. Qias tidak boleh dinasakh kerana ia mengikut kaedah yang tetap.

Bahagian-Bahagian Nasakh :Secara umumnya nasakh terbahagi kepada dua iaitu : Penghapusan yang ada ganti. Penghapusan yang tidak ada ganti.Secara Khususnya Nasakh Itu Terbahagi Kepada Empat Jenis Iaitu :1. Nasakh hukum kepada hukum yang lebih ringan.2. Nasakh hukum kepada hukum yang lebih berat.3. Nasakh hukum kepada hukum yang sama dengannya.4. Nasakh tanpa ganti.1)Nasakh Hukum Kepada Yang Lebih Ringan.Firman Allah S.W.T. yang berbunyi : 65. Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang Yang beriman itu untuk berperang. jika ada di antara kamu dua puluh Yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh Yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan Yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang Yang tidak mengerti.(al-Anfal 65)

Ayat di atas dimansukhkan dan digantikan dengan ayat :Firman Allah S.W.T. yang berbunyi : 66. sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (Apa Yang telah Diwajibkan dahulu) kerana ia mengetahui Bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang Yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang; dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang Dengan izin Allah. dan (ingatlah) Allah beserta orang-orang Yang sabar. (surah al-Anfal 66)2. Nasakh Hukum Kepada Hukum Yang Lebih berat.Firman Allah S.W.T. yang berbunyi : 6. "Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".Ayat ini telah memberi kebenaran beragama kepada orang kafir. Ia dinasakh dengan ayat yang menyuruh memerangi seluruh orang kafir musyrik. dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya (surah at-Taubah 36 )

3.Nasakh Hukum Kepada Hukum Yang Sama Dengannya.Ayat al-Quran yang memerintahkan supaya menggantikan wajib menghadap muka ke Baitul Maqdis apabila mengerjakan sembahyang dengan wajib menghadap ke Masjidil Haram di Mekah.

4.Nasakh Tanpa Ganti.Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :Wahai orang yang beriman apabila kamu hendak berbincang dengan Rasulullah s.a.w. maka hendaklah kamu dahulukan sedekah sebelum sebelum kamu berbisik-bisik. Hukum ini telah dihapuskan dengan firman Allah S.W.T. yang berbunyi : 13. Adakah kamu takut (akan kemiskinan) kerana Kerap kali kamu memberi sedekah sebelum kamu mengadap? kalau kamu tidak melakukan (perintah) itu, dan Allah pun memaafkan kamu (kerana kamu tidak mampu), maka dirikanlah sembahyang dan berikanlah zakat (sebagaimana Yang sewajibnya), serta Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya akan Segala amalan Yang kamu lakukan. (surah al-Mujadilah 13)

Cara-Cara Nasakh1) Nasakh al-Quran dengan al-Quran.Firman Allah S.W.T. yang berbunyi : 43. Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu Dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa Yang kamu katakan.(surah an-Nisa 43 )Ayat ini menjelaskan bahawa minum arak itu jika tidak sampai mengganggu peminumnya daripada menunaikan sembahyang diperbolehkan. Ayat ini telah dinasakhkan dengan ayat berikut. 90. Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib Dengan batang-batang anak panah, adalah (Semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Surah al-Maidah 90).Ayat ini menjelaskan bahawa meminum arak itu adalah haram secara mutlak sama ada mengganggu sembahyang atau tidak.

2. Nasakh Hadis Dengan Hadis: Seperti hadis yang diriwayatkan oleh bukhari maksudnya ; Tanaman yang dihasilkan dengan cara siraman air hujan dikenakan zakat sebanyak sepuluh peratus. Hadis ini mengandungi hukum am iaitu meliputi tanaman yang banyak atau sedikit. Manakala hadis yang lain menyebut maksudnya : Tidak dikenakan zakat pada tanaman yang kurang lima ausak. Hadis ini mengandungi hukum khas yang membataskan sebahagian hukum pada hadis yang pertama. Dengan demikian petani yang mendapat hasil kurang lima ausak tidak dikenakan zakat.

3)Nasakh al-Quran Dengan Hadis

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : 180. kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat Dengan cara Yang baik (menurut peraturan ugama), (al-Baqarah 180) Ayat ini dinasakhkan oleh hadis riwayat at-Tirmizi maksudnya : Tidak boleh berwasiat kepada keluarga.

4.Nasakh Hadis Dengan al-Quran.Seperti menghadap kiblat ke Baitul Maqdis ketika sembahyang . Ia telah sabit dengan amalan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. tetapi amalan itu telah dinasakhkan dengan firman Allah S.W.T. yang berbunyi : 144. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); (Al-Baqarah 144)Pembahagian Nasakh Menurut Hukum Dan Bacaan Terbahagi Kepada Tiga Bahagian: 1) Nasakh hukum dan bacaan sekali, seperti hadis yang diriwayatkan oleh saidina Aisyah : Pada mulanya ayat al-Quran diturunkan ialah sepuluh kali menyusu yang tertentu tetapi ia telah dihapuskan dengan lima kali tertentu..

Ayat dan hukumnya telah dihapuskan di dalam al-Quran.

2) Nasakh Bacaan Sahaja Sedangkan Hukumnya Tidak. Orang tu lelaki dan orang tua perempuan jika mereka berzina hendaklah direjam kedua-duanya sekali. Kami telah membacanya dahulu. Ayat ini telah dihapuskan bacaannya tetapi hukumya tetap ada.

3) Nasakh Hukum Sahaja Sedangkan Bacaan Tidak. Firman Allah S.W.T : 180. kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat Dengan cara Yang baik (menurut peraturan ugama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang Yang bertaqwa. (al-Baqarah 180 ).

Hukum tersebut telah dinasakhkan dengan hadis riwayat at-Tirmizi : Maksudnya : Tidak boleh berwasiat kepada keluarga.

3.0 HADIS MAWDU ( )

Pendahuluan

Pada zaman Nabi s.a.w. tidak timbul masalah Hadis Palsu atau Hadis Maudu. Hal tersebut Nabi s.a.w. bertindak tegas untuk membendung gejala buruk tersebut. Waktu itu juga umat Islam belum menghadapi banyak masalah dan berpecah belah.Antara lain juga, waktu itu wahyu masih diturunkan oleh itu jika ada pemalsuan , al-Quran dan Hadis segera diturunkan untuk mendedahkannya.Justeru itu, pada masa Nabi s.a.w., Hadis Palsu dapat disekat dengan segera.Selepas kewafatan baginda s.a.w. para sahabat terpaksa bekerja keras menghadapi mereka yang mencipta Hadis Palsu dan menimbulkan huru-hara dalam masyarakat Islam. Ia mula ditimbulkan oleh puak-puak munafik serta golongan Yahudi dan Nasrani.Pemalsuan yang berkaitan dengan hadis memang berlaku. Kegiatan serta pemalsuan tersebut juga atas dasar dan dengan persetujuan yang berlainan antara pereka Hadis Palsu. Setengah mereka adalah kalangan orang kafir, tukang cerita, ahli politik dan mereka yang ingin mencari kemewahan atau juga golongan yang fanatic kepada sesuatu fahaman dan pegangan tertentu.

Sejarah Lahir Hadis Maudhu Menurut pendpat ahli sejarah, bermulanya kelahiran hadis palsu ialah setelah tercetusnya fitnah ataupun pertelingkahan di antara Ali dengan Muawiyah.Mereka yang mula-mula melibatkan dirisecara langsung dengan mereka-reka hadis ialah golongan syiah.Hal tersebut dibuktikan melalui pengakuan oleh Ibn Abu al-Hadid yang merupakan seorang syiah yang terkenal dengan katanya : Bermulanya pendustaan terhadap hadis-hadis Nabi ialah oleh golongan syiah.Antara lain golongan lain yang terlibat secara langsung dengan pemalsuan hadis Nabi ialah puak al-Rafidah. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibn Hajar, mengenai hadis dalam bab Faail :Hadis tentang kelebihan Ahli AL-Bait. Mereka juga mencipta hadis tentang kejahilan Ahl al-Sunnah.Disebabkan faktor politik tersebut, mereka yang terlibat mencipta hadis palsu bertujuan memihak kepada golongan-golongan yang disokongnya dan fahaman aliran pemikiran yang mereka pegang. Justeru itu, menyebabkan telah bercampur aduk hadis-hadis palsu dengan hadis-hadis sahih.

Pengertian Hadis MauduDari sudut bahasa hadis maudhu memberi pengertian iaitu jatuh atau rendah. Manakala dari sudut istilah hadis mawdu dapat diberikan dengan pengertian berikut[footnoteRef:4] : [4: Dr. Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pengantar Ulum Hadis, Kuala Lumpur :Pustaka Salam Sdn Bhd, Edisi 11 2005. Pada halaman 248 -259.]

1) Hadis diriwayat oleh perawi dusta.2) Khabar direka-reka dan disandarkan kepada Nabi s.a.w. atau sahabat atau tabiin secara dusta, kerana ada muslihat tertentu.3) Hadis dicipta dengan menisbahkannya kepada Nabi s.a.w. sama ada pendustaan itu dilakukan secara sengaja atau tidak.Hadis maudhu adalah hadis yang dinyatakan berasal dari nabi tetapi kenyataannya adalah bohong semata, yang kemudian dicampurkannya dengan hadis-hadis yang sahih dengan tujuan untuk kepentingan politik, untuk merosak agama Islam dari dalam atau memperkuat golongannya sendiri. Meriwayatkan hadis palsu ini hukumnya haram setelah diketahui bertentangan dengan al-Quran, tidak logik atau berlawanan dengan hadis yang mutawatir. Hadis ini adakalanya dibuat oleh ahli-ahli bidaah, maka memperkembangkan hadis ini adalah menyalahi ajaran-ajaran Islam dan bertentangan dengan pendapat-pendapat para ulama Islam yang terkenal.[footnoteRef:5] [5: Hussein Bahreisj, 450 Masalah Agama Islam.Kuala Lumpur:Pustaka Antara, cetakan pertama 1987. Pada halaman 62. ]

Hadis maudhu ialah hadis yang direkacipta oleh seseorang dengan disandarkan kepada Rasulullah s.a.w., sahabat atau tabiin dengan tujuan tertentu.[footnoteRef:6] [6: Qurrotul Aien Bt Fatah Yasin,Ilmu Mustolah Hadith. Kuala Lumpur :ISP Shabab Trading, cetakan pertama 2006. Pada halaman 248.]

Contoh Hadis Mawdu Maksudnya : Berkahwinlah dan jangan menjatuhkan talak, kerana talak itu menggegarkan ArasySalah seorang perawi dalam rangkaian sanad ini yang bernama Amru bin Jumai seorang pendusta.Faktor Lahir hadis MawduAntara faktor utama yang menyebabkan munculnya Hadis Mawdu ialah :1. Pertelingkahan PolitikContohnya : kemunculan golongan al-Rafidah. Iaitu golongan yang menentang para sahabat yang memberi baiah kepada Abu Bakar dan Umar sebagai khalifah. Golongan ini kemudiannya berpecah pula menjadi 300 kumpulan.Golongan al-Rafidah ini telah banyak mereka-rekakan hadis palsu demi kepentingan kumpulan mereka. Golongan inilah yang paling banyak melakukan pendustaan terhadap Rasulullah dan mencipta hadis palsu.Imam Malik apabila beliau ditanya mengenai golongan al-Rafidah, jawabnya: Jangan kamu bercakap dengan mereka dan jangan kamu meminta pendapat daripada mereka, kerana mereka adalah golongan pendusta. Pendapat Imam ShafiI tentang al-Rafidah dengan katanya : Aku tidak dapati satu golonganpun yang mengikut hawa nafsu dengan member saksi bohong, kecuali golongan al-Rafidah.Antara hadis yang direka oleh golongan al-Rafidah ialah dengan mencela dan mencaci muawiyah. Maksudnya : Apabila kamu melihat Muawiyah berada di atas mimbarku, bunuhlah ia.Dalam kontek lain pula, faktor polotik ini juga menyebabkan golongan yang fanatic kepada puak mereka mencipta hadis palsu. Sebagaimana golongan yang fanatik kepada muawiyah mencipta hadis. Contohnya : : Maksudnya : Orang-orang yang amanah itu ada tiga ,iaitu, Aku, Jibril dan Muawiyah.

2. Golongan ZindiqGolongan ini bermaksud golongan yang membenci kepada ajaran ajaran Islam dan orang Islam. Terutamanya apabila jajahan Islam dan agama Islam itu tersebar ke Negara luar dan golongan bukan Arab menerima Islam beramai-ramai.

Mereka mencipata hadis palsu untuk memburuk-burukkan agama Islam dan kesuciannya. Kegiatan ini dilakukan oleh musuh Islam dan mereka yang membenci Islam , baik dalam kalangan individu atau pemimpin yang kehilangan kuasa dalam pemerintahan Islam.Oleh sebab itu, mereka telah berusaha mengembalikan kuasa dan kedudukan mereka dengan memburuk-burukkan Islam. Antara lain juga, mereka cuba memesongkan akidah umat Islam dan menimbulkan huru-hara dalam masyarakat Islam dengan cara mencipta hadis palsu kemudian disandarkan kepada Nabi s.a.w..Contohnya : Maksudnya : Allah menjadikan malaikat dari bulu lengan dan bulu dada-Nya.3. Fanatik Kepada Kabilah, Puak, Bangsa, Imam Dan Jemaah Tertentu.Oleh itu, mereka sengaja mencipta hadis palsu untuk memenuhi nafsu dan kehendak mereka.Contohnya, sebagaimana hadis yang dicipta oleh golongan yang yang fanatik kepada bahasa Arab : Maksudnya : Sesungguhnya Allah apabila Ia marah, ia akan menurunkan wahyu dengan bahasa Parsi dan apabila Ia reda, Ia menurunkan wahyu dalam bahasa Arab.Begitu juga golongan yang fanatik terhadap imam tertentu, lalu golongan ini mencipata hadis seperti : Maksudnya : Sesunggunya lahir seorang lelaki dari kalangan umatku yang dikenali sebagai Abu Hanifah al-Numan, ia adalah penyuluh umatku. 4.Penciptaan Kisah Dan Riwayat Yang Dibuat Oleh Tukang Cerita.Yang mana mereka tidak rasa segan silu menyandarkan kepada Nabi s.a.w. untuk menarik orang ramai mendengar cerita dan riwayat yang mereka bawa.Contoh , sebagaimana yang berlaku pada suatu ketika Imam Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Main menunaikan sembahyang di Masjid al-Rasafah. Tiba-tiba bangun seorang dari kalangan jemaah masjid itu dengan mereka hadis, katanya : Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Main telah menceritakan , kata kedua-duanya : Abd al-Razak meriwayatkan hadis dari Qatadah dari Anas katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda : Maksunya : Sesiapa yang mengucapkan La Ilaha Illa Allah , Allah akan menjadikan daripada setiap kalimah tersebut seekor burung, paruhnya daripada emas dan bulunya daripada marjan.5.Pertelingkahan Mazhab Dan Fahaman.Iaitu pertelingkahan pendapat dalam sesuatu masalah feqah juga ilmu kalam. Justeru itu, pengikut-pengikut mazhab tersebut mencipta hadis untuk menyokong mazhab mereka.Contohnya : Maksudnya: Sesiapa yang mengangkat kedua tangannya ketika sembahyang, batal sembahyang. 6. Kejahilan Iaitu tidak mendalam ilmu pengetahuan tentang Islam, namun niat dan tujuan mereka adalah benar dan baik untuk agama. Contohnya :Ahli sufi atau Tasawuf.Disebabkan kejahilan itu menyebabkan mereka mencipta hadis palsu mengenai kelebihan sesuatu amalan, sesebuah surah al-Quran dan lainnya.7.Mengampu.Iaitu untuk mencari nama dan pangkat di sisi raja dan daripada sesetengah golongan tertentu.

Cara Mengenali Hadis Mawdu[footnoteRef:7] : [7: Dr. Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pengantar Ulum Hadis, Kuala Lumpur :Pustaka Salam Sdn Bhd, Edisi 11 2005. Pada halaman 254 -259]

Hadis mawdu atau hadis palsu boleh dikesan walaupun tanpa mempelajari dan mendalami tentang sanad atau isnadnya dengan terperinci.Antara cara untuk mengenali hadis palsu dapat dibahagikan kepada dua jenis : Tanda kepalsuan pada sanad dan tanda kepalsuan pada matan. Tanda-Tanda Kepalsuan Pada SanadAntara tanda kepalsuan pada sanad ialah:a) Perawi berkaitan mengakui pemalsuan yang telah dilakukannya pada hadis. Contohnya Abd al-Karim bin Abu al-Awja yang terbunuh tahun 160 Hijrah telah mengakui beliau banyak mencipta hadis palsu sebagaimana yang dapat dipetik dari kata-katanya: Demi Allah, aku telah mencipta sebanyak 4000 buah hadis, yang mana ianya berkaitan mengharamkan perkara yang syarak telah halalkan dan menghalalkan perkara yang syarak telah haramkan.Begitu juga Ibn Abu Maryam mengakui telah mencipta hadis mawdu mengenai kelebihan surah-surah di dalam al-Quran.b) Pereka hadis Mawdu dan orang yang didakwanya mengambil hadis tersebut tidak pernah hidup sezaman atau tidak pernah bertemu atau tidak pernah pergi ke tempat hadis itu diambil.Contohnya,: Mamun bin Ahmad al-Harawiy mendakwa beliau mendengar sendiri hadis daripada Hisyam bin Ammar. Apabila Ibn Hibban bertanya beliau : Bilakah awak pergi ke Syam? Jawabnya :Tahun 250 Hijrah. Ibn Hibban mengatakan Hisyam meninggal dunia tahun 254 H.Ini menunjukkan mereka tidak pernah bersua, apatah lagi untuk meriwayatkan hadis.c) Sikap atau keadaan perawi juga merupakan tanda kepalsuan pada sanad. Sebagai contohnya,: Kisah yang berlaku pada Saad bin Tarif. Anaknya telah menemuinya dalam keadaan menangis. Lantas beliau bertanya sebabnya. Anaknya memberitahu beliau bahawa gurunya telah memukulnya. Lalu Saad berkata: Aku akan memalukannya suatu hari nanti. Beliau membuat hadis sendiri, ia berkata: Ikrimah telah meriwayatkan kepadaku daripada Ibn Abbas daripada Nabi s.a.w. : Guru-guru anak kamu adalah orang yang memalukan kamu di hadapan khalayak ramai, orang yang amat tidak mengasihi anak yatim dan bersikap kasar terhadap fakir miskin.Dalam keadaan ini Saad telah membawa Hadis Palsu ini dengan mencipta sendiri sanad dari kalangan perawi thiqah, seperti :Ikrimah dan Ibn Abbas serta Nabi s.a.w. sendiri untuk tujuan menghina dan memalukan guru anaknya itu.d) Perawi dikenali sering melakukan pendustaan adalah bersalahan dan janggal riwayatnya daripada perawi thiqah yang lain.

Tanda-Tanda Kepalsuan Pada Matan Antara landasan untuk mengenali Hadis Palsu dari sudut matan sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Ibn al-Qayyim di dalam kitabnya: al-Manar. Kitab tersebut diringkaskan olen al-Allamah Mulla Ali al-Qari sebagaimana berikut :1) Gaya bahasa yang lemah. Ia tidak sesuai dengan taraf Nabi s.a.w. ia juga menunjukkan kelemahan dari sudut bahasa dan keseniannya. Kerana Nabi terkenal dengan seorang yang fasih dan bercakap dengan menggunakan uslub dan gaya bahasa yang tinggi dan cantik.

Contohnya: Maksudnya : Sesiapa yang mengucapkan la Ilaha Illa Allah, Allah akan menjadikan setiap perkataan atau kalimah tersebut burung yang mempunyai 70000 lidah dan setiap lidah pula dijadikan 70000 bahasa yang memohon ampun untuknya.2) Menunjukkan erti yang tidak betul dan menyalahi akal yang waras, bahkan ia tidak dapat ditakwilkan.Contohnya : Sesungguhnya kapal Nabi Nuh telah bertawaf di Baitulla tujuh kali, kemudian bersembahyang di sisi maqam Nabi Ibrahim dua rakaat.3) Menyalahi pancaindera dan hakikat. Maksudnya :Buah terung ubat segala penyakit4) Menunjukkan maksud matan yang lucu. Maksudnya : musim bunga umatku ialah anggur dan tembikai.

5) Menunjukkan percanggahan dengan syariat dan kaedah-kaedahnya.Contohnya : Sebaik-baik kamu ialah yang selepas 200 tahun yang mana ia tidak mempunyai isteri dan tidak mempunyai anak.6) Bercanggah dengan bidang perubatan dan kedoktoran.Contohnya : Maksudnya :Memakan ikan boleh melemahkan badan7) Hadis yang menyatakan tarikh tertentu.Contohnya : Maksudnya : Apabila berlaku gerhana bulan pada bulan Muharam: akan berlaku ppemberontakan, peperangan dan pemerintah akan sibuk, dan apabila berlaku gerhana bulan pada bulan Safar, adalah demikian-demikian pula.8) Bercanggah dengan al-Quran dan Hadis Mutawatir.Contohnya: Maksudnya ; Anak zina tidak dapat masuk syurga hingga tujuh keturunanHadis ini jelas bertentangan denga ayat al-Quran yang menyatakan, bahawa seseorng tidakdibebani dengan dosa orang lain. Sebagaimana firman Allah S.W.T. : 164. Dan seseorang Yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja) (Surah al-anam ayat 164 )

Kitab Berkaitan Hadis Mawdu :Untuk membendung kegiatan pemalsuan hadis, bangkitlah ulama yang jujur dan ahli dalam bidang berkaitan dengan menyusun kitab khusus yang berkaitan dengan Hadis Mawdu.Ulama pertama yang dapat dikesan menumpukan seluruh kajian dan penulisan kitab tentang hadis palsu ialah al-Hasan bin Ibrahim al-Jawzaqani. Selepas beliau lahir ramai ulama dan terhasil banyak kitab lain yang disusun berkaitan dengan Hadis Palsu.Antara kitab utama sebagai rujukan berkaitan Hadis Palsu anataranya ialah :1. Kitab al-Fawaid al-Majmuah fi al-Hadith al-Mawduah. Kitab ini dikarang oleh al-Syawkani.2. Kitab al-Mawduat al-Kubra. Karangan Ibn al-Jawzi (m. 597 H).3. Kitab Tazkirah al-Mawduat. Karangan al-Maqsidi (m. 507 H).4. Kitab al-Abatil. Karangan al-Hassan bin Ibrahim al-Jawzaqani (m. 543 H).5. Kitab al-Lali al-Masnuah fi al-Ahadith al-Daifah wa al-Mawduah.Karangan al-Imam al-Suyuti (m. 911 H ).6. Ahadith al-Qussas, karangan Ibn Taimiyyah.7. Al- Asrar al-Mawduah fi al-Ahadith al-Mawduah, karya Ali al-Qari.8. Kitab Silsilah al-Ahadith al-Daifah wa al-Mawduah. Karangan Muhammad Nasr al-Din al-Albani (m. 1412 H/ 1999 M ).9. Tahzir al-Khawas min Akadhib al-Qussas, karya al-Suyuti.

Hukum Beramal Dengan Hadis MawduHukum yang berkaitan dengan Hadis Mawdu adalah sebagaimana berikut : Haram meriwayatkan Hadis Mawdu jika mengetahui tentang kepalsuannya.

Haram dijadikan ia sebagai hujah atau dalil syarak. Hal tersebut berdasarkan dalil sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Muslim.

Maksudnya : Sesiapa yang meriwayatkan daripadaku dengan sesuatu hadis dan didapati ianya palsu maka ia adalah salah seorang daripada orang yang berbohong.

Hukum Mencipta Hadis Palsu

Sesebuah hadis itu sememangnya haram dijadikan hujah, sama ada dalam persoalan akidah mahupun perundangan.

Sesiapa yang membuat hadis palsu adalah berdosa besar. Hal tersebut adalah sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w. melalui sabdanya :

Maksunya : Sesiapa yang melakukan pendustaan terhadapku dengan sengaja, tempatnya di dalam neraka.

Bahasa:Sesuatu yang baru lawannya qadim.Ini adalah kerana perkataan qadim adalah dinisbahkan kepada al-Quran manakala Hadisdinisbahkan kepada Rasulullah s.a.w.4.0 ISTILAH ISTILAH PENTING BERKAITAN ULUM AL-HADITH

Al-Hadith

Istilah:Merangkumi segala ucapan dan perbuatan baginda s.a.w. yang merangkumi segala keadaan yang diriwayatkan dalam kitab sejarah,sama ada yang berkaitan dengan tempat,kelahiran,masa,serta segala yang berkaitan dengannya.

Bahasa:Perjalanan, haluan, peraturan, gaya,dan tingkah laku dalam kehidupan.Sebagaimana firman Allah S.W.T : 38. kerana Sesungguhnya telah berlakulah kebinasaan orang-orang (yang kufur ingkar) dahulu kala.(Surah Al-Anfal 38)

Al-SunnahIstilah:Menurut sebahagian Ahli Hadis lain pula, al-Sunnah bukan hanya terhad untuk ucapan, perbuatan, pengakuan, akhlak dan sifat-sifat peribadi Rasulullah s.a.w. sahaja. Namun lebih daripada itu mereka berpendapat sunnah meliputi amalan yang dilakukan oleh sahabat atau tabiin, sama ada asalnya terdapat dalam al-Quran atau diambil daripada Rasulullah s.a.w. atau tidak terdapat asalnya.Sebagai contohnya, ialah hukuman hudud peminum arak, mengumpulkan al-Quran dalam satu mushaf, membukukan hadis dan sebagainya.

Bahasa: Sesuatu berita yang disampaikan daripada seorang kepada seseorang yang lain.

Al-Khabar

Istilah:Menurut pendapat Ibn Hajar al-Asqalani, membawa pengertian yang sama ertinya dengan hadis.Pendapat ini berdasarkan hujah, di mana Hadis Marfu dan Hadis Mauquf dinamakan dengan Hadis atau dikenali juga dengan Khabar.

Bahasa: Kesan atau bekas.

Al-Athar

Istilah: Menurut Imam al-Nawawi, al-Athar ialah Hadis Mawquf.Iaitu kata-kata sahabat dan sesuatu yang diriwayatkan daripada sahabat.

Bahasa: Sandaran

Istilah: Jalan periwayatan yang menyampaikan kepada matan iaitu silsilah perawi-perawi hadith. Daripada Abu Hurairah ke Abu Zurah ke Ammarah ke Muhammad Bin Fudhail.Contohnya : Maksudnya:Dua kalimah yang ringan di mulut, tetapi berat timbangan, serta disukai oleh Yang Maha Pengasih.

Al-Sanad

Pengertian 1: Suatu perbuatan menyandarkan sesuatu hadith kepada perawi-perawinya.

Al-Isnad

Pengertian 2: Ia digunakan dengan makna yang sama dengan sanad. Contohnya : Maksudnya: Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan, maka difaqihkan dia di dalam perkara agama.

Bahasa : Suatu benda keras yang timbul di atas permukaan bumi.

Al-Matan

Istilah : Lafaz-lafaz hadith yang membawa makna atau kalam yang berada di akhir sanad

Al-MusnadPengertianKitab yang terkumpul di dalamnya segala yang diriwayatkan oleh para sahabat r.a. daripada hadith-hadith Rasulullah s.a.w.

Contohnya : al-Khatib al-Baghdadi dan Imam adz-Dzihbiy.Kedudukannya lebih tinggi daripada al-Muhaddith kerana apa yang diketahuinya pada setiap tabaqah lebih banyak daripada apa yang tidak diketahuinya.Contoh: Umar bin Ubaidillah al-Dzihli dan Yazid bin Abdul Samad Abu al-Qasim al-DimasyqiAl-HafizGolongan yang berkecimpung dalam bidang hadith, menghafaz sejumlah besar daripada matan dengan mengambil kira daripada kitab-kitab yang sahih, faham dan mengetahui perkara-perkara yang luar biasa sehingga tahu membezakan perkara-perkara tersebut. Kedudukan di sini lebih tinggi daripada al-Musnid.Al-MuhaddithOrang yang meriwayatkan hadith dengan disanadnya semata-mata sama ada dalam keadaan mengetahui ilmu hadith atau tidak.Contohnya,Imam at-Tirmizi, Kitab az-Zuhd dan Kitab at-TarikhAl-MusnidContohnya, Musnad Imam Ahmad.

Orang yang mengetahui kebanyakan daripada hadis dan apa sahaja daripada hadith dan apa sahaja yang berkaitan dengannya sama ada dari sudut matan dan sanad, jarah wa tadil, perawi dan sebagainya.

Al-Hakim

Contohnya : Abu Daud,Tirmizi, dan Nasaie (pemilik sunan) dan Imam at-Tobari.

Contohnya; Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Ahmad dan Imam Hambal.Golongan yang mempunyai martabat yang paling tinggi dari segi hafazan, keyakinan dan ilmunya yang mendalam dalam bidang hadith serta kecatatannya. Keilmuan mereka menjadikan mereka tempat rujukan para huffaz, hukkam dan sebagainya.Amirul Mukminin fi al-Hadith :Contoh : Salim bin Abdullah bin Umar bin al-Khattab dan Ad-DaraniyOrang yang menghafaz 300000 hadith merangkumi matan dan sanadnya sekalipun dari jalan berbeza serta mendalami setiap perkara yang diperlukan untuk memahami sesuatu hadith. Al-Hujjah

5.0 REFLEKSI

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan taufiq-Nya akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan bagi kursus Ulum al-Quran dan Ulum Hadith (PQE 3102A) yang bermula 01 Ogos 2012 dan berakhir pada 04 September 2012.Tugasan pada kali ini berkenaan penyusunan surah dan ayat-ayat al-Quran, nasikh dan mansukh serta pembahagian, contohnya dan hikmatnya. Selain itu, kerja kursus ini memberi penekanan berkenaan hadis-hadis palsu dengan mendatangkan beberapa contoh serta menyatakan implikasinya kepada umat Islam. Bagi menambahkan lagi kerja kursus pada kali ini lebih menarik, beberapa istilah penting berkaitan ulum hadis ditulis dalam bentuk grafik yang bebas dilakukan oleh setiap pelajar.Selepas mendapat tugasan yang diberikan saya terlebih dahulu merangka beberapa langkah dalam mendraf tugasan yang diberikan supaya mengikut kandungan tugasan. Pada peringkat awal dalam mendapatkan maklumat saya terlebih dahulu melayari internet , saya mendapati terlalu banyak bahan yang boleh dimuat turun bagi menyiapkan tugasan yang diberikan. Setelah memikirkan beberapa kali saya teringat kata-kata seorang pensyarah bahawa bahan yang di dapati dalam internet masih tidak kukuh kerana masih tidak establish walaupun diletakkan sekali sumber rujukannya.Bagi mengelakkan berlaku kekurangan dalam mendapat markah tugasan pada kali ini saya telah berhasrat mencari maklumat yang lebih kukuh dengan mencari buku sebagai bahan tugasan saya. Setelah diteliti beberapa isi tugasan dengan beberapa kali, saya dapati buku yang boleh saya gunakan dalam menyiapkan tugasan ini saya boleh dapati dalam almari buku saya. Saya sangat gembira kerana tidak perlu pergi ke perpustakaan dalam mencari buku berkenaan tugasan yang diberikan. Kelemahan pada diri saya ialah lambat dalam menaip maklumat yang terdapat dalam buku rujukan. Dalam mengatasinya saya perlu menaip seawal mungkin tanpa menangguh supaya tugasan bagi subjek yang lain tidak menjadi beban kepada saya.Sebelum menjalankan tugasan ini, pensyarah telah memberi taklimat dan beberapa panduan dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Perkara penting dalam menyiapkan tugasan ini ialah tidak boleh memuat turun daripada internet kerana bahan internet merupakan maklumat yang tidak boleh dijadikan sumber rujukan .Lebih-lebih lagi saya bakal guru pendidikan Islam hendaklah berintegriti dalam menjalankan tugasan yang diberikan supaya sifat jujur dapat diamalkan dan dihayati bukan sekadar dalam menyiapkan tugasan ini bahkan, dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.Malahan, setelah menyiapkan tugasan ini saya berasa seronok kerana dapat menimba pengetahuan yang baru. Sebagai contohnya saya dapat mengetahui pengertian ayat al-Quran, perbezaan pendapat ulamak dalam menetapkan bilangan ayat al-Quran, cara-cara mengenal ayat-ayat al-Quran dan jumlah kalimah-kalimah al-Quran. Selain daripada mengetahui berkenaan penyusunan ayat dan surah al-Quran saya juga dapat menerokai ilmu berkenaan hadis. Tajuk bagi bidang hadisa menekankan kepada hadis Mawdu yang mana memberi implikasi terhadap umat Islam dapat saya gunakan supaya pada masa akan datang, dalam menyampaikan kuliah saya tidak menggunakan hadis palsu.Kesimpulannya, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi sekali lagi kerana dapat menyiapkan tugasan pada kali ini. Saya memohon kemaafan jika dalam tugasan yang disiapkan oleh saya ini terdapat ralat dari tugasan yang diberikan saya berharap ustaz dapat membantu saya supaya pada masa akan datang tidak berlaku kesilapan yang berulang.

6.0 RUJUKAN

Asmawi Haji Ehsan, Ulum Al-Quran.Kuala Lumpur :Pustaka Haji Abdul Majid,cetakan kedua, 2004.

Dr. Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pengantar Ulum Hadis, Kuala Lumpur :Pustaka Salam Sdn Bhd, Edisi 11 2005.

Mohd Syahar Barkat Ali, SPM Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 4 & 5.Selangor : Pustaka Ilmi.

Qurrotul Aien Bt Fatah Yasin,Ilmu Mustolah Hadith. Kuala Lumpur :ISP Shabab Trading, cetakan pertama 2006.

7.0 LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Pada 12 Ogos Sehingga 15 Ogos 2012 yang lalu saya telah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah(PBS) buat kali keempat dan merupakan kali terakhir sebelum melakukan praktikum pada semester hadapan. Tugasan PBS kali ini berdasarkan pelajaran minor setiap guru pelatih. Bagi saya bakal guru pendidikan Islam minor saya adalah subjek Tilawah al-Quran.Terlebih dahulu saya akan perkenalkan sekolah yang saya melaksanakan aktiviti PBS pada tiga minggu yang lalu. Saya telah melaksanakan di Sekolah Kebangsaan Sultan Omar bersama rakan saya dari unit matematik. Sekolah tersebut terletak berdekatan dengan rumah saya yang mana terletak lebih kurang tiga kilometer.Saya memilih sekolah yang berdekatan rumah kerana dapat berbuka puasa bersama-sama ahli keluarga di kampong, sebelum ini saya sering buat di luar kampung halaman.Pada hari pertama saya berada di sekolah tersebut , saya dan rakan pergi ke perhimpunan pagi yang mana dijalankan tiap-tiap hari Ahad, sekali dalam seminggu.Pada perhimpunan tersebut saya tidak terlepas peluang mendengar kuliah pagi yang disampaikan oleh Ustaz Shafiin yang mana merupakan guru saya di sekolah menengah dahulu.Pada kuliah tersebut beliau menerangkan tentang tanda-tanda lailatul qadar yang mana beliau mengambil pendapat seorang ulamak berdasarkan pengalaman ulamak tersebut dan dijadikan sifir dalam mendapatkan malam lailatul qadar , iaitu jika permulaan puasa jatuh pada hari sekian , malam lailatul qadar akan jatuh pada hari sekian. Setelah habis perhimpunan saya dan rakan-rakan pergi ke pejabat sekolah bagi bertemu dengan guru besar di sekolah tersebut. Di situ saya dan rakan yang lain datang dari IPG yang lain serta dalam bidang yang berlainan seramai 11 orang guru pelatih.

Pada permulaannya guru besar mengalukan kedatangan kami kerana sudi membuat PBS di sekolah beliau. Beliau berasa bangga kerana kedatangan kami dapat mengganti banyak kelas kerana ramai guru yang ada musyaqqah terpaksa meninggalkan kelas. Setelah menjalankan sesi berkenalan ,guru besar mengajukan persoalan yang dalam benak fikiran kami semua. Saya terlebih dahulu mengambil peluang menanyakan guru panatia Pendidikan Islam sekolah tersebut bagi memudahkan saya berhubung berkenaan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.Setelah saya mendapatkan maklumat daripada guru besar, saya segera pergi ke guru panatia Pendidikan Islam bagi membincangkan tugasan pada kali ini. Saya bertemu dengan guru tersebut setelah waktu rehat di bilik guru berseorangan. Ustazah tersebut mengalu-alukan kedatangan saya kerana beliau sudah tahu yang saya akan bertemu dengannya.Tanpa membuang masa saya segera meminta maklumat berkenaan sukatan dan huraian Pelajaran pendidikan Islam bermula tahun satu sehingga tahun enam.Selain itu bahan kurikulum pendiddikan al-Quran seperti Rancangan Tahunan, dan semester turut diberikan.Ustazah tersebut memberi kepada saya semua bahan yang diperlukan dan saya memfotostatkan semua bahan yang diberikan. Saya bersyukur kerana mempreroleh seorang ustazah yang mudah bicara.Selain itu, saya turut membincangkan tentang rakaman yang akan di ambil pada pedagogi Tilawah al-Quran di tahap satu dan tahap dua. Ustazah mencadangkan nama-nama berkenaan kepada saya supaya dirancang waktu pengajaran dan pembelajarannya. Pada tahap satu saya merakam pengajaran yang dikelolakan oleh Ustazah Fatimah yang mengajar tahun dua di kelas yang pelajarnya bijak , manakala bagi tahap dua saya membuat rakaman seorang ustaz yang bernama Ustaz Shafiin bagi mengelolakan murid tahun enam di kelas belakang sekali.Pada hari selasa saya membuat rakaman Ustazah Fatimah yang mengajar murid tahun Dua Bestari, yang mana pelajarnya bijak tetapi suka bermain-main. Apabila ustazah Fatimah menjalankan sesi pengajaran ,murid-muridnya dapat mengikutinya.

45