topik 09 internet di malaysia

Upload: assayuti

Post on 07-Apr-2018

313 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Topik 09 Internet Di Malaysia

    1/11

    148 OUM

    INTERNET DI MALAYSIA TOPIK 9

    TOPIK 9 INTERNET DI MALAYSIA

    PENGENALAN

    Dalam topik ini kita akan mengetahui sejarah perkembangan Internet di Malaysia. Andajuga disajikan dengan berbagai cerita menarik dari Internet. Antaranya ialah NAPSTER

    iaitu suatu laman yang popular pada suatu ketika yang membolehkan penggunaterutamanya remaja berkongsi fail muzik dengan pengguna lain melalui Internet. Di topikini juga anda akan mempelajari mengenai undang-undang dan keselamatan di Internet.

    OBJEKTIF

    1. mengetahui secara ringkas perkembangan Internet di Malaysia;

    2. mengetahui undang-undang dan keselamatan yang terdapat di Internet; dan

    3. membuat penilaian tentang masa depan Internet.

    9.1 INTERNET DI MALAYSIA

    Tahukah anda bilakah Internet mula memasuki Malaysia?

    Perkembangan Internet di Malaysia bermula pada tahun 1983 apabila netizen Malaysia

    yang pertama iaitu Dr. Mohamed Awang-Lah (salah seorang ahli Lembaga PengarahOUM) memulakan idea untuk menghubungkan Malaysia dengan dunia menerusi Internet

    di makmal Universiti Malaya. Pada ketika itu, beliau merupakan ahli akademik Fakulti

    Elektrikal/Elektronik di Universiti Malaya. Dr. Mohamed Awang-Lah telah membuathubungan Internet yang sama di akhir tahun 1984 ketika beliau ditempatkan diMIMOS.(Malaysian Institute of Microelectronic System). Penubuhan MIMOS oleh

    kerajaan menyediakan peluang kepada warga Malaysia yang cerdik IT untuk

    menghasilkan hubungan Internet yang lebih baik.

    Pada tahun 1989, Rangkaian Komputer Malaysia (RangKoM) dengan kemudahansambungan antarabangsa telah ditubuhkan oleh Dr. Mohamed Awang-Lah. Universiti-universiti tempatan merupakan pengguna RangKoM pada peringkat awal. Ianya terus

    berkembang dengan sokongan dan perhatian dari pihak swasta. Tumpuan awalpenggunaan RangKoM ialah pada mel dan forum elektronik, walaupun ia mempunyaikeupayaan komunikasi dan perkongsian sumber. Projek RangKoM bukan sahaja

    memberi pengalaman dari segi pembangunan teknologi, malah ia juga mendedahkanbeberapa kelemahan, kekurangan dan juga potensi penggunaan teknologi rangkaian

    komunikasi dan isu-isu pengurusan yang berkaitan dengannya.

  • 8/3/2019 Topik 09 Internet Di Malaysia

    2/11

    OUM 149

    TOPIK 9 INTERNET DI MALAYSIA

    Berdasarkan kepada pengalaman ini, program JARING (Joint Advanced Integrated

    Networking) telah dirumuskan, dan ianya dilancarkan pada tahun 1991 yang bertujuanuntuk membangunkan rangkaian komunikasi negara secara bersepadu dan lebih

    menyeluruh. Secara praktiknya, segala kegiatan dan pengalaman projek RangKoM telahdiserapkan ke dalam projek JARING.

    MIMOS mengendalikan projek rangkaian JARING sebagai projek pembangunan utama

    dalam Rancangan Malaysia KeEnam. JARING yang dihubungkan dengan banyakinstitusi penyelidikan dan akademik, serta agensi kerajaan dan swasta di Malaysia,bermatlamatkan terutamanya untuk menyokong aktiviti pendidikan, penyelidikan dan

    komersial. JARING juga dihubungkan kepada rangkaian Internet antarabangsa.

    Talian litar suwa antarabangsa berkelajuan 64Kbps ke Amerika Syarikat telah

    beroperasi mulai 14hb. Nov. 1992. Talian suwa ini menggantikan talian X.25 awam dandail yang tidak lagi efektif dari segi kos setelah meningkatnya bilangan pengguna dan

    tahap penggunaan JARING. Pada 29hb. Nov. 1994, keupayaan JARING dipertingkatkan

    kepada 1.5Mbps yang merupakan 24 kali ganda lebih pantas berbanding dengan talian64Kbps. Keupayaan JARING ini memanfaatkan sepenuhnya teknologi gentian optikselaras dengan pertambahan dalam bilangan keahlian.

    Pada bulan Jun 1994, JARING bergerak dengan lebih cemerlang lagi dan Internet bolehdiakses melalui nodnya yang ditempatkan di seluruh negara. Nod JARING pada masa

    tersebut ditempatkan di 16 buah bandar utama di Malaysia, iaitu di Damansara, PetalingJaya, Shah Alam, Bangi, Melaka, Seri Gading, Johor Bahru, Ipoh, Pulau Pinang, Alor

    Setar, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bahru, Kuching, Kota Kinabalu, dan KualaLumpur. Ini membolehkan lebih ramai pengguna mencapai JARING/Internet dengan

    panggilan telefon tempatan. Rangkaian JARING turut boleh dimanfaatkan oleh penggunadari Singapura, Brunei, dan Thailand.

    Dari segi perkembangan keahlian JARING/Internet pula, sebanyak 29 organisasi danjabatan kerajaan telah menjadi ahli pada awal tahun 1992. Lebih 200 pelanggan dalamnegara menggunakan kemudahan ini pada akhir tahun 1992. Keahlian JARING

    dikategorikan kepada pelajar, orang perseorangan dan organisasi. Orang perseorangandan pelajar hanya boleh mengakses Internet melalui talian dail sahaja, sementara

    organisasi boleh mengakses melalui talian dail atau litar suwa. Keahlian JARING di

    sepanjang tahun 1994 meningkat kepada 1,693 ahli individu dan 254 syarikat.

    Dalam tahun 1995 pula, JARING ditingkatkan keupayaan bagi menampung

    pertambahan keahlian dan penggunaan serta mengurangkan kesesakan aliran trafik.

    Tumpuan utama ialah mengukuhkan prasarana tulang belakang JARING melaluitambahan nod, talian di antara nod, dan peningkatan kelajuan beberapa talian suwa

    serta bilangan talian dail.

    Dalam tahun 1995 juga talian yang menghubungkan nod-nod di Pulau Pinang dan Johor

    Bahru telah ditingkatkan kelajuannya dari 64Kbps kepada 2.048Mbps. Sehingga akhirtahun 1995, lebih 1,000 talian untuk pengguna talian dail telah disediakan. Sebanyak40 nod baru telah dipasang dalam tahun 1996 sebagai tambahan kepada 21 nod pada

    tahun sebelumnya.

  • 8/3/2019 Topik 09 Internet Di Malaysia

    3/11

    150 OUM

    INTERNET DI MALAYSIA TOPIK 9

    Tahun 1995 juga menyaksikan pemasangan sambungan kedua ke Internet

    antarabangsa. Sambungan tetap yang berkelajuan tinggi pada kadar 2.048Mbps (E1)berfungsi serentak dengan sambungan 1.536Mbps (T1) sebelumnya. Kehadiran E1

    disamping T1 berupaya menampung penggunaan yang semakin bertambah. Sepanjangtahun 1995 pertumbuhan peningkatan keahlian JARING bertambah pada kadar purata

    22% sebulan. Melalui Rancangan Malaysia Ke-9, kerajaan telah melaksanakan projekSuperstruktur Maklumat Negara yang menggunakan JARING sebagai prasarana tulang

    belakang.

    Untuk membuka peluang yang lebih luas kepada umum, JARING telah memeteraikan

    Memorandum Persefahaman (MOU) dengan beberapa syarikat Pembekal PerkhidmatanAkses JARING (JASP) pada 1 Ogos 1996. Ia memudahkan orang ramai mendapatkhidmat sokongan bagi mengakses Internet.

    Seterusnya, pada tanggal 9 November 1996 JARING telah menandatangani perjanjian

    persefahaman dengan Asia Internet Holding (AIH) dari Jepun bagi mempertingkatkan

    perkhidmatan Internet untuk pengguna tempatan dan Asia Pasifik. Rangkaian yangdinamakan JARING-A-Bone ini memudahkan pengguna Internet menghubungi lamanweb di rantau Asia. Hubungan tersebut menyediakan akses lebih cepat dan secara terus

    bagi pengguna kepada negara-negara Asia yang dihubungkan dengan A-Bone. Pada

    bulan Mei 1999, JARING mula menawarkan perkhidmatan perayauan antarabangsayang meliputi lebih 150 negara.

    Pada 11 Jun 1999, JARING menempa sejarah dengan pemasangan talian antarabangsa

    berkelajuan 45Mbps yang merupakan talian pertama seumpamanya di rantau ini (di luarJepun). Talian ini dipasang mengambil sempena persidangan Internet terbesar di Asia,

    INET 99. Selanjutnya pada akhir tahun 1999, jumlah keahlian JARING meningkatmelebihi 100,000 orang dengan jumlah pengguna dianggarkan melebihi 300,000 orang.

    Bagi menampung pengguna yang semakin meningkat dan semakin memerlukanperkhidmatan terbaik, maka pada 1 November 1996, Telekom Malaysia Berhad telahmemulakan perkhidmatan TMNet, sebagai Pembekal Perkhidmatan Internet (ISP) kedua

    Malaysia setelah mendapat lesen daripada pihak kerajaan. Sehingga akhir 2000, diantara syarikat-syarikat lain yang turut menyediakan perkhidmatan ISP di Malaysia ialah

    Maxis Communications Berhad, DiGi Telecommunications Sdn Bhd. dan Time dotCom

    Berhad.

    Penggunaan Internet dijangka akan terus berkembang dengan cepatnya sebagai media

    komunikasi multimedia utama dunia pada alaf ke 21 ini. Cabaran utama kita semua

    ialah untuk menyediakan masyarakat Malaysia agar sentiasa bersedia menggunakanteknologi Internet sepenuhnya di samping mengenali batasannya. Kita amat bertuah

    kerana telah dapat mengenalpasti potensi Internet lebih 10 tahun dahulu dan telahmengambil langkah sewajarnya bagi membina prasarana Internet ke tahap yang jauhlebih maju berbanding dengan negara lain di rantau ini. Ini dapat dilihat seperti yang

    ditunjukkan dalam Rajah 9.1 berikut:

  • 8/3/2019 Topik 09 Internet Di Malaysia

    4/11

    OUM 151

    TOPIK 9 INTERNET DI MALAYSIA

    Rajah 9.1: Penggunaan Internet di Malaysia

    Sumber: Jorg Becker & Rahmah Hashim (2001) m.s. 94

    TAHAP PERCUBAAN

    HubunganInternetPertama

    PenubuhanMIM

    OS

    RANGKOM

    Ditubuh

    kan

    TELITAPerkhidma

    tan

    olehT

    MB

    PelancaranJARING

    HubunganJARING

    ke

    Internet

    PelancaranTM

    Net

    Latihan 9.1

    Apakah pendapat anda tentang perkembangan Internet di Malaysia jikadibandingkan dengan negara lain di dunia?

  • 8/3/2019 Topik 09 Internet Di Malaysia

    5/11

    152 OUM

    INTERNET DI MALAYSIA TOPIK 9

    Rajah 9.2: Laman web http://www.napster.com

    9.2 CERITA-CERITA MENARIK HASIL PERKEMBANGANINTERNET

    Terdapat berbagai cerita menarik hasi dari perkembangan Internet. Antara yang bolehdikongsi adalah seperti berikut:

    Pada Januari 1999, Shawn Fanning, seorang mahasiswa di Boston, Amerika Syarikat,

    telah menghasilkan perisian yang membolehkan pengguna berkongsi fail secara mudah

    dalam Internet. Pada May 1999, laman http://www.napster. com ditubuhkan. Laman inimembolehkan pengguna, terutama pelajar universiti, untuk berkongsi fail muzik dengan

    pengguna lain melalui Internet seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 9.2. Perkongsianfail muzik, yang merupakan bahan hakcipta, menimbulkan kemarahan persatuan

    pengeluar muzik di Amerika.

    Pada Disember 1999, persatuan pengeluar muzik telah menyaman Napster. PadaOktober 2000, Napster didapati bersalah oleh mahkamah kerana melanggar undang-

    undang kerana membantu dalam pengedaran fail muzik hakcipta tanpa izin dan

    memudahkan cetak rompak antara pengguna.

    Peristiwa ini menunjukkan bagaimana Internet boleh digunakan untuk membina satumodel ekonomi baru. Dalam model ini, pengeluar berurusan terus dengan penggunatanpa ada orang tengah melalui Internet. Ini menjimatkan kos. Kalau dahulu, penggemar

    muzik perlu membeli CD atau kaset muzik pada harga yang tinggi dari penjual muzik.

  • 8/3/2019 Topik 09 Internet Di Malaysia

    6/11

    OUM 153

    TOPIK 9 INTERNET DI MALAYSIA

    Dengan Napster dan Internet, penggemar boleh memperolehi atau mencuba muzik yang

    diminati pada harga yang rendah atau percuma. Ramai berpendapatan, penggemarmuzik menggunakan Napster sebagai satu protes terhadap harga muzik yang terlalu

    tinggi dan keuntungan berlipatganda yang diperolehi syarikat muzik.

    (vi) DeCSSPada 1996, syarikat pengeluar filem mula mengeluarkan filem dalam bentuk cakera

    DVD (Digital Video Disc). Untuk mengelakkan cetak rompak, mereka telah menggunakansatu skema perlindungan yang digelar CSS (Content Srambling System). Cakera DVDboleh memuatkan data 10 kali lebih banyak dari cakera VCD. Untuk melihat filem dari

    cakera DVD, pengguna perlu pemain DVD, sama seperti pemain VCD tetapi lebih mahal.Pada masa itu DVD belum popular.

    Pada 1999, dua kumpulan pengaturcara, satu di Jerman dan satu di Russia, telah berjaya

    memecahkan skema CSS dan memanggil aturcara mereka DeCSS. Aturcara ini

    membolehkan filem dalam cakera DVD ditonton pada komputer. Seorang juruaturcaraberusia 15 tahun sering dipaparkan dalam media sebagai orang yang pertama

    memecahkan skema CSS. Ini adalah tidak benar. Pihak pengeluar filem DVD telahmenyaman semua mereka yang terlibat dalam menghasilkan dan menyebarkan kodDeCSS atas alasan melanggar hakcipta.

    (vii) Netscape/Microsoft

    Pada sekitar 1999-99, berlaku peperangan perisian pelayar Internet, iaitu perisian yangdigunakan untuk melayar Internet, antara syarikat perisian gergasi Microsoft dan Netscape.

    Mengapa ini berlaku? Ramai berpendapat, sesiapa yang menguasai pasaran perisianpelayar Internet akan menguasai Internet kerana pelayar Internet adalah kereta untuk

    mencapai Internet. Peperangan ini ialah untuk menguasai pasaran pelayar Internet.

    Pada 1996, syarikat Netscape telah mengeluarkan perisian pelayar Netscape dan

    diberikan secara percuma untuk pengguna. Hasilnya, Netscape menguasai 80% pasaranpelayar Internet. Pada masa itu, Internet semakin popular. Banyak syarikat mulamenyedari Internet sebagai satu peluang perniagaan yang menarik. Banyak laman web

    dibangunkan, barangan mula dipasarkan dan berbagai perkhidmatan ditawarkan.

    Persoalan, bagaimana pengguna hendak mencapai Internet? Pengguna perlumenggunakan perisian pelayar Internet! Oleh itu, sesiapa yang menguasai pasaran

    pelayar Internet akan menguasai Internet.

    Syarikat Microsoft agak lewat memasuki Internet. Apabila menyedari kepentingan Internet,

    Microsoft mula menjalankan strategi untuk menguasai Internet. Ingat, Microsoft menguasai90% pasaran sistem pengendalian komputer peribadi. (9 dari 10 komputer peribadi yangdijual menggunakan sistem Windows 95/98/ME/XP) Langkah pertama, Microsoft telahmengeluarkan Internet Explorerdan diberikan secara percuma pada pengguna. Perisian

    ini digabungkan bersama-sama sistem Windows 95/98/ME. Hasilnya, pada 1998,hampir 90% pasaran pelayar dikuasai Internet Explorer.

    Pada 1998, Jabatan Kehakiman di Amerika Syarikat telah menyaman Microsoft atas

    dakwaan salahguna kuasa monopoli. Microsoft dikatakan telah menyalahgunakan kuasamonopoli dalam sistem pengendalian komputer untuk mewujudkan monopoli dalampasaran pelayar Internet.

    Di dalam Rajah 9.3, kita dapat melihat contoh paparan yang terdapat di dalam sebuah

    komputer.

  • 8/3/2019 Topik 09 Internet Di Malaysia

    7/11

    154 OUM

    INTERNET DI MALAYSIA TOPIK 9

    (viii) Virus komputer ILOVEYOUPada Mei 2000, satu virus e-mel yang disebut ILOVEYOU telah tersebar di Internet secara

    meluas. Virus ini dihantar melalui e-mel sebagai sisipan yang berjudul ILOVEYOU.Pengguna yang menerima e-mel ini dan membuka sisipan ILOVEYOU ini akan

    menyebabkan komputer pengguna dijangkiti virus ini. Virus ini selanjutnya akan

    menghantar salinan dirinya kepada semua alamat e-mel yang terdapat buku alamate-mel.

    Virus ini hanya berfungsi sekiranya pengguna menggunakan Windows 95/98/ME dan

    perisian e-mel Microsoft Outlook. Ia telah tersebar dengan cepat dan luas. Banyak pelayan

    e-mel lumpuh kerana virus ini. Virus ini boleh merosakkan data pada komputer dan

    sukar dibuang.

    Peristiwa ini menunjuk beberapa perkara. Pertama, virus amat senang ditulis. Sebagaicontoh, virus ILOVEYOU ditulis oleh seorang pelajar dari Filipina dalam bahasa VisualBasic. Kedua, penyebaran virus adalah luas dan pantas melalui e-mel. Dalam masa

    beberapa jam sahaja, virus ini telah tersebar ke Amerika Syarikat dan Eropah. Ketiga,pengguna sering tidak berhati-hati bila membaca sisipan e-mel. Tindakan klik untuk bukasetiap sisipan adalah berisiko tinggi. Adalah dinasihatkan pengguna menggunakan perisian

    e-mel yang lebih selamat seperti Eudora.

    Selepas peristiwa ini, berbagai virus e-mel baru mula tersebar dengan kesan yang lebih

    buruk. Umpamanya, virus NEWLOVE yang boleh menghapuskan data pada komputer.Adalah dinasihatkan pengguna sentiasa berwaspada dalam menerima e-mel dan sentiasamenggunakan perisian anti virus untuk menjaga komputer pengguna.

    Rajah 9.3: Desktop komputer

  • 8/3/2019 Topik 09 Internet Di Malaysia

    8/11

    OUM 155

    TOPIK 9 INTERNET DI MALAYSIA

    Bahagian ini membincangkan beberapa contoh maklumat. Ia bertujuan untukmenunjukkan berbagai jenis maklumat yang terdapat di Internet.

    9.3.1 Islam

    Terdapat berbagai maklumat mengenai Islam yang boleh diperolehi seperti terjemahan

    Al-Quran JAKIM, terjemah Al-Quran DepartmentUgama Indonesia, grafik khat, hadisShahih Bukhari, buku Fiqh As-Sunnah, medan perbincangan e-mel, perisian mengirawaktu sembahyang, audio bacaan Al-Quran dan sebagainya. Pendek kata, apa sahajamengenai Islam ada di Internet. Sebagai contoh, terjemahan Al-Quran seperti di dalam

    Rajah 9.4 yang berikut boleh diperolehi dari Internet:

    Pada pendapat anda bagaimanakah virus mengakibatkan kemusnahan

    di komputer pengguna?

    9.3 CONTOH MAKLUMAT DARI INTERNET

    Terdapat berbagai medan diskusi Islam di Internet seperti misgl-l, msa-l, msm-net,

    hizbi-net dan hnet. Satu contoh e-mel yang diperolehi dari medan diskusi adalah seperti

    ditunjukkan dalam Rajah 9.5:

    Thy Lord hath decreed that ye worship none but Him And that ye be kind to parents.

    Whether one or both of them attain old age in thy life say not to them a word of

    contempt nor repel them but address them in terms of honor. And out of kindness

    lower to them the wing of humility and say: My Lord! bestow on them Thy Mercy even

    as they cherished me in childhood. Your Lord knoweth best what is in your hearts: if

    ye do deeds of righteousness verily He is Most Forgiving to those who turn to Him

    again and again (in true penitence).

    Quran 19:23-39, Surah Al-Israa

    Rajah 9.4: Terjemahan al-quran dari internet

    Rajah 9.5: Contoh e-mel dari medan diskusi

    From [email protected]

    Thu Mar 13 23:08:14 1999

    Subject:KELEBIHAN ILMUTo: [email protected]

    Saidina Ali berkata Ilmu lebih baik dari harta setopik;

    i) ilmu adalah pusaka para nabi dan Rasul.

    ii) ilmu dapat menjaga dan memelihara pemiliknya.

    iii) ilmu membentuk banyak sahabat.

    iv) ilmu apabila dikeluarkan semakin bertambah.

    v) orang yang berilmu mulia dan hormat di sisi masyarakat.

    vi) ilmu tidak boleh dicuri dari pemiliknya.

    vii) pada hari qiamat, dapat pertolongan dari ilmu yang dikembangkan.

    viii) ilmu tidak boleh habis walaupun tidak ditambah.

  • 8/3/2019 Topik 09 Internet Di Malaysia

    9/11

    156 OUM

    INTERNET DI MALAYSIA TOPIK 9

    9.3.2 Resepi

    Internet juga banyak mengandungi maklumat harian. Sebagai contoh, resepi seperti

    yang ditunjukkan dalam Rajah 9.6 boleh diperolehi dari Internet. Pengguna yangmencuba resepi ini diminta menghantar sebuah kek kepada rakannya sebagai hadiah.

    Amaretto Cheesecake

    Categories: Cheesecakes, Cakes, Desserts, Nuts

    Yield: 10 servings

    1/2 c Whole almonds,

    1 lb Cream cheese,

    3/4 c Sugar,

    3 Eggs,

    1 ts Vanilla extract,

    2 tb Amaretto,

    3/4 c Sour cream

    Spread nuts in a baking pan and bake in a preheated 325F oven for 8 minutes or

    until lightly toasted. Let cool and finely chop. With an electric mixer, beat cheese

    and sugar until smooth. Mix in eggs, vanilla, Amaretto and sour cream. Reserve 2

    tablespoons of nuts, and stir in remaining nuts. Pour batter into a greased 9-inch

    springform pan. Sprinkle reserved nuts over the top. Bake in the middle of a preheated

    325F oven for 25 minutes or until just barely set. Turn off the oven, leave the door

    ajar, and let cool in the oven for 1 hour longer. Chill. To serve, remove pan sides and

    cut into wedges.

    Rajah 9.6: Contoh resepi yang diperolehi dari Internet

    9.4 UNDANG-UNDANG DI INTERNET

    Internet tidak mempunyai undang-undang dan tidak dipunyai oleh sesiapa. Oleh keranasetiap negara di Internet mempunyai undang-undang sendiri, Internet sukar dikawal dari

    segi perundangan. Sebagai contoh, penyebaran bahan lucah, bahan kontrovesi politikdan bahan haram adalah dibenarkan di laman web di Amerika Syarikat kerana

    penyebaran ini berasaskan konsep kebebasan bersuara yang diamalkan di sana. Kini,

    laman tersebut boleh dicapai di mana sahaja di Internet termasuk di Malaysia,kebanyakan bahan tersebut adalah salah dari sudut perundangan. Kesannya, walaupunbahan itu salah di sisi-sisi undang-undang, pengguna di Malaysia masih boleh

    mencapainya.

    Kesimpulannya, perundangan akta siber di Malaysia tidak boleh digunakan untuk

    menyekat penyebaran bahan-bahan haram di luar Malaysia. Akta ini hanya berkuasaterhadap laman web yang beroperasi di Malaysia sahaja. Sejajar dengan perkembanganInternet, kerajaan Malaysia telah mewartakan Akta Jenayah Komputer 1999 bagi

    menangani sebarang aktiviti kurang sihat Internet.

  • 8/3/2019 Topik 09 Internet Di Malaysia

    10/11

    OUM 157

    TOPIK 9 INTERNET DI MALAYSIA

    Istilah ini dikatakan bermula sekitar 1960an di MIT, merujuk kepada sekumpulan

    pengguna komputer yang mahir dan pakar dalam bidang AI (Artificial Inteligence). Ramaiveteran di Internet menganggap gelaran hackersebagai sesuatu penghormatan tertinggi

    terhadap skil dan kemampuan seseorang. Sebagai contoh, Linus Torvalds yang

    mencipta Linux atau Richard Stallman yang menghasilkan penyunting emacs seringdianggap sebagai hacker. Oleh itu, penggunaan istilah hackeruntuk penceroboh lamanweb adalah tidak tepat.

    Hackeratau Penakik mempunyai satu etika penting iaitu perkongsian maklumat adalah

    sesuatu yang baik dan seorang hackerseharusnya berkongsi kepakaran, kod sumberdan sumber komputer dengan pengguna lain. Ramai berpendapat, golongan hacker

    adalah yang bertanggungjawab dalam membangunkan Internet melalui berbagai

    perkongsian maklumat seperti perisian, kepakaran dan kod punca.

    Penceroboh laman web sepatutnya digelarcracker. Ramai hackerberpendapat crackersebagai satu golongan yang tidak bertanggungjawab dan tidak bermoral. Lazimnya,crackeratau penggodam adalah pengguna berusia 18-30 tahun, lelaki dan kurang mahir

    dalam komputer. Mereka hanya mengguna berbagai kaedah menceroboh yang mudahdiperolehi dari Internet secara memtopiki-buta untuk menceroboh mana-mana lamanweb. Media lazimnya tersilap dalam menggunakan kedua-dua istilah ini.

    Seorang pelajar harus diberi galakan menjadi hacker, kerana mungkin ia akan

    menghasilkan sesuatu yang penting dan menarik untuk kegunaan semua. Seorang

    pelajar harus dielakkan dari menjadi cracker. Hukuman setimpal patut diberikan kepadacracker.

    9.6 MASA DEPAN INTERNET

    9.5 KESELAMATAN INTERNET, HACKER DAN CRACKER

    Tahukah anda apakah yang membezakan antara Hacker dengan

    Cracker?

    Media kini banyak melaporkan kes pencerobohan laman web secara haram. Istilah yang

    sering digunakan untuk penceroboh laman web adalah hacker. Ini adalah tidak tepat.

    Mengikut tradisi Internet, hackeradalah seorang yang minat dalam sesuatubidang atau pakar dalam aturcara komputer atau seorang yang minat dalammengatasi cabaran intelek yang dihadapinya atau suka dalam berbagai

    kaedah aturcara komputer.

    Pada pendapat anda, adakah Internet hari ini mampu memuaskan hati

    pengguna-pengguna Internet pada masa akan datang? Adakah perlunya

    sebuah lagi Internet atau Internet 2 pada masa depan.

  • 8/3/2019 Topik 09 Internet Di Malaysia

    11/11

    158 OUM

    INTERNET DI MALAYSIA TOPIK 9

    Masa depan Internet sukar diramal dengan baik. Berbagai teknologi baru rangkaian dan

    Internet diperkenalkan dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini. Maklumat dan databertambah secara eksponen dalam Internet. Pengguna Internet semakin meningkat

    pada negara berpopulasi padat seperti China dan India. Beberapa ramalan adalah:(i) Internet digunakan untuk e-dagang secara meluas. Pengguna akan menggunakan Internet

    untuk membeli buku, pizza, kereta, menempah tiket penerbangan, membeli bunga danlain-lain.

    (ii) Internet akan menjadi barang asas rumah seperti peti sejuk dan telefon. Akan wujudperanti untuk melayari Internet, sama seperti telefon atau televisyen.

    (iii) Protokol ipv6 dan teknologi 3G akan digunakan secara meluas.

    (iv) Bilangan pengguna Internet akan meningkat dan akan mengakibatkan kesesakan laluan.Usaha dipertingkatkan untuk mewujudkan laluan berkuasa tinggi untuk Internet sepertipenyelidikan pembangunan Internet 2.

    (v) Data bertambah secara eksponen. Kaedah gelintaran baru diperkenalkan untuk mencarimaklumat dengan lebih mudah dan berkesan.

    (vi) Pengguna wayerles Internet melalui telefon bimbit semakin meningkat.

    (vii) Perkhidmatan P2P(peer-to-peer) dan B2B(business-to-business) melalui Internet akanmeningkat.

    (viii) Pendidikan atas talian atau dikenali sebagai e-pembelajaran (e-learning) menjadi realiti

    di mana banyak institusi pengajian menawarkan berbagai kursus atas talian seperti OpenUniversity Malaysia.

    Latihan 9.2

    1. Apakah yang anda faham tentang istilah hacker dan cracker? Nyatakanperbezaannya.

    2. Berikan pendapat anda berkenaan isu Napster yang didapati bersalah

    kerana melanggar undang-undang dan membantu pengedaran fail muzikhakcipta tanpa izin. Adakah anda setuju / tidak setuju dengan keputusanmahkamah. Jelaskan.

    RUMUSAN

    Dalam topik ini, anda telah pun mempelajari secara ringkas tentang Internet di Malaysia.Anda juga telah diceritakan berbagai cerita dan maklumat menarik yang terdapat di

    Internet. Selain itu, topik penting berkenaan keselamatan dan undang-undang Internetturut dibincangkan di dalam topik ini.