gkb 1053 kemahiran belajarkungkuradojeng.files.wordpress.com/2015/09/tmk.pdfinternet ialah singkatan...

13
GKB 2 PERALATAN TEKNOLOGI M Pelbagai jenis Terdapat pelbagai jen proses belajar. Antara jenis p kini ialah media elektronik. M konsep yang kompleks dan elektronik iaitu audio visual d video. Manakala komputer multimedia, pendidikan jarak j Televis Televisyen merupaka saluran utama pelbagai aspe ehwal kehidupan yang lain memperolei pelbagai maklum seperti Sejarah, Geografi, Ke Rancangan pendidikan yang menggunakan pelbagai eksa rancangan yang menarik berk 1053 KEMAHIRAN BELAJAR MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI peralatan teknologi maklumat dan komunika nis teknologi untuk mendapatkan sumber m peralatan TMK yang terkenal dan selalu digu Media ini sangat berguna untuk saya dapat m n sukar difahami melaalui lisan. Terdapat dan komputer. Audio visual termasuklah rad pula merangkumi internet, e-mail, per jauh dan seumpamanya. syen memberi sumber maklumat terkini an antara sumber maklumat yang penting ek seperti ekonomi, sosial, politik, pendidika n. Melalui rancangan pendidikan di televi mat baru. Pelbagai topik boleh dipelajari emahiran Hidup, Bahasa, Perdagangan, Ma g dipersembahkan melalui televisyen sanga an bunyi dan grafik yang mengujakan. M kaitan pendidikan dari luar dan dalam negara asi maklumat di dalam unakan pada masa memahami konsep- t dua jenis media dio, televisyen dan rpustakaan maya, ng kerana menjadi an, hiburan dan hal isyen, saya dapat melalui televisyen atematik dan sains. at menarik dengan Melalui televisyen, a dapat ditonton.

Upload: others

Post on 06-Aug-2020

29 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: GKB 1053 KEMAHIRAN BELAJARkungkuradojeng.files.wordpress.com/2015/09/tmk.pdfInternet ialah singkatan bagi perkataan internetwork. Internet ialah rangkaian komputer global yang menghubungkan

GKB 1053 KEMAHIRAN BELAJAR

2

PERALATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Pelbagai jenis peralatan teknologi maklumat dan komunikasi

Terdapat pelbagai jenis teknologi untuk mendapatkan sumber maklumat di dalam

proses belajar. Antara jenis peralatan TMK yang

kini ialah media elektronik. Media ini sangat berguna untuk saya dapat memahami konsep

konsep yang kompleks dan sukar difahami melaalui lisan. Terdapat dua jenis media

elektronik iaitu audio visual dan komputer. Audi

video. Manakala komputer pula merangkumi internet, e

multimedia, pendidikan jarak jauh dan seumpamanya.

Televisyen member

Televisyen merupakan antara sumber maklumat yang penting

saluran utama pelbagai aspek seperti ekonomi, sosial, politik, pendidikan, hiburan dan hal

ehwal kehidupan yang lain. Melalui rancangan

memperolei pelbagai maklumat baru. Pelbagai topik boleh dipelajari melalui televisyen

seperti Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Bahasa, Perdagangan, Matematik dan sains.

Rancangan pendidikan yang dipersembahkan melalu

menggunakan pelbagai eksan bunyi dan grafik yang mengujakan. Melalui televisyen,

rancangan yang menarik berkaitan pendidikan dari luar dan dalam negara dapat ditonton.

GKB 1053 KEMAHIRAN BELAJAR

PERALATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Pelbagai jenis peralatan teknologi maklumat dan komunikasi

Terdapat pelbagai jenis teknologi untuk mendapatkan sumber maklumat di dalam

proses belajar. Antara jenis peralatan TMK yang terkenal dan selalu digunakan pada masa

kini ialah media elektronik. Media ini sangat berguna untuk saya dapat memahami konsep

konsep yang kompleks dan sukar difahami melaalui lisan. Terdapat dua jenis media

elektronik iaitu audio visual dan komputer. Audio visual termasuklah radio, televisyen dan

video. Manakala komputer pula merangkumi internet, e-mail, perpustakaan maya,

multimedia, pendidikan jarak jauh dan seumpamanya.

Televisyen memberi sumber maklumat terkini

Televisyen merupakan antara sumber maklumat yang penting

saluran utama pelbagai aspek seperti ekonomi, sosial, politik, pendidikan, hiburan dan hal

ehwal kehidupan yang lain. Melalui rancangan pendidikan di televisyen, saya dapat

memperolei pelbagai maklumat baru. Pelbagai topik boleh dipelajari melalui televisyen

seperti Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Bahasa, Perdagangan, Matematik dan sains.

Rancangan pendidikan yang dipersembahkan melalui televisyen sangat menarik dengan

menggunakan pelbagai eksan bunyi dan grafik yang mengujakan. Melalui televisyen,

rancangan yang menarik berkaitan pendidikan dari luar dan dalam negara dapat ditonton.

Pelbagai jenis peralatan teknologi maklumat dan komunikasi

Terdapat pelbagai jenis teknologi untuk mendapatkan sumber maklumat di dalam

terkenal dan selalu digunakan pada masa

kini ialah media elektronik. Media ini sangat berguna untuk saya dapat memahami konsep-

konsep yang kompleks dan sukar difahami melaalui lisan. Terdapat dua jenis media

o visual termasuklah radio, televisyen dan

mail, perpustakaan maya,

Televisyen merupakan antara sumber maklumat yang penting kerana menjadi

saluran utama pelbagai aspek seperti ekonomi, sosial, politik, pendidikan, hiburan dan hal

pendidikan di televisyen, saya dapat

memperolei pelbagai maklumat baru. Pelbagai topik boleh dipelajari melalui televisyen

seperti Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Bahasa, Perdagangan, Matematik dan sains.

i televisyen sangat menarik dengan

menggunakan pelbagai eksan bunyi dan grafik yang mengujakan. Melalui televisyen,

rancangan yang menarik berkaitan pendidikan dari luar dan dalam negara dapat ditonton.

Page 2: GKB 1053 KEMAHIRAN BELAJARkungkuradojeng.files.wordpress.com/2015/09/tmk.pdfInternet ialah singkatan bagi perkataan internetwork. Internet ialah rangkaian komputer global yang menghubungkan

GKB 1053 KEMAHIRAN BELAJAR

3

Perakam video alat berkesan sebagai bahan pembelajaran

Pada waktu kini, perakam video merupakan teknologi yang terkenal. Ia mudah

digunakan dan memerlukan kos yang rendah. Perkembangan penggunaannya sangat pesat

sama ada di kalangan orang ramai mahupun penggunaan di sekola. Perakam video

merupakan alat yang amat berguna serta berkesan dalam pembelajaran. Ia sangat mudah

digunakan kerana tidak memerlukan bilik khas dan boleh digunakan di dalam kelas biasa.

Video sangat sesuai digunakan untuk dalam proses belajar kerana ia dapat menayangkan

gambar yang meransang pemikiran

proses belajar. Ia juga mudah diedit dan diselenggara. Malah saya boleh mengawal

penggunaannya mengikut jadual yang

Perkakasan asas pada komputer

Komputer ialah sebuah peranti elektronik yang boleh menerima kemasu

memprosesnya mengikut satu set arahan, menyimpan arahan dan maklumat yang

diproseskan dan mengeluarkan hasil pemprosesan sebagai

nombor, huruf dan imej yang dikenali sebagai data. Arahan yang menjalankan pemprosesan

dinamakan program atau perisian.

diinterpretasi oleh manusia dan

GKB 1053 KEMAHIRAN BELAJAR

Perakam video alat berkesan sebagai bahan pembelajaran

Pada waktu kini, perakam video merupakan teknologi yang terkenal. Ia mudah

digunakan dan memerlukan kos yang rendah. Perkembangan penggunaannya sangat pesat

angan orang ramai mahupun penggunaan di sekola. Perakam video

merupakan alat yang amat berguna serta berkesan dalam pembelajaran. Ia sangat mudah

digunakan kerana tidak memerlukan bilik khas dan boleh digunakan di dalam kelas biasa.

unakan untuk dalam proses belajar kerana ia dapat menayangkan

gambar yang meransang pemikiran, dapat menarik minat dan dapat membantu dalam

proses belajar. Ia juga mudah diedit dan diselenggara. Malah saya boleh mengawal

penggunaannya mengikut jadual yang saya tentukan sendiri.

Perkakasan asas pada komputer

Komputer ialah sebuah peranti elektronik yang boleh menerima kemasu

memprosesnya mengikut satu set arahan, menyimpan arahan dan maklumat yang

diproseskan dan mengeluarkan hasil pemprosesan sebagai output.

nombor, huruf dan imej yang dikenali sebagai data. Arahan yang menjalankan pemprosesan

dinamakan program atau perisian. Output yang dihasilkan adalah untuk kegunaan dan untuk

diinterpretasi oleh manusia dan output ini dikenali sebagai maklumat.

Perakam video alat berkesan sebagai bahan pembelajaran

Pada waktu kini, perakam video merupakan teknologi yang terkenal. Ia mudah

digunakan dan memerlukan kos yang rendah. Perkembangan penggunaannya sangat pesat

angan orang ramai mahupun penggunaan di sekola. Perakam video

merupakan alat yang amat berguna serta berkesan dalam pembelajaran. Ia sangat mudah

digunakan kerana tidak memerlukan bilik khas dan boleh digunakan di dalam kelas biasa.

unakan untuk dalam proses belajar kerana ia dapat menayangkan

, dapat menarik minat dan dapat membantu dalam

proses belajar. Ia juga mudah diedit dan diselenggara. Malah saya boleh mengawal

Komputer ialah sebuah peranti elektronik yang boleh menerima kemasukan data dan

memprosesnya mengikut satu set arahan, menyimpan arahan dan maklumat yang

. Input ialah fakta,

nombor, huruf dan imej yang dikenali sebagai data. Arahan yang menjalankan pemprosesan

yang dihasilkan adalah untuk kegunaan dan untuk

Page 3: GKB 1053 KEMAHIRAN BELAJARkungkuradojeng.files.wordpress.com/2015/09/tmk.pdfInternet ialah singkatan bagi perkataan internetwork. Internet ialah rangkaian komputer global yang menghubungkan

GKB 1053 KEMAHIRAN BELAJAR

4

Jaringan internet yang memberikan pelbagai maklumat

Internet ialah jaringan komputer antarabangsa yang terbesar yang menghubungkan

pelbagai organisasi seperti rumah, pejabat dan sekolah. Jaringan ini membolehkan

komunikasi dapat dijalankan antara individu dengan individu yang lain. Internet telah dilihat

sebagai alat untuk mengakses maklumat dan pengetahuan secara global dan ini akan dapat

membantu pelajar seperti saya untuk mengakses sendiri maklumat, mengikut kebolehan

saya sendiri dan dengan kadar yang kendiri saya. Internet telah merevolusi dunia

perkomputeran dan komunikasi dunia pada hari ini dengan menggabungkan maklumat

dalam bentuk teks, video, suara dan animasi yang telah digunakan secara meluas. Dengan

menggunakan internet, saya dapat menjadikan dunia ini sebagai bilik darjah saya. Banyak

maklumat yang boleh diperolehi daripada internet. Saya bukan sahaja dapat belajar dari

pensyarah atau rakan yang ada di dalam kelas tetapi juga saya dapat bertanyakan masalah

dengan pensyarah atau rakan yang berada di IPG lain secara talian.

Page 4: GKB 1053 KEMAHIRAN BELAJARkungkuradojeng.files.wordpress.com/2015/09/tmk.pdfInternet ialah singkatan bagi perkataan internetwork. Internet ialah rangkaian komputer global yang menghubungkan

GKB 1053 KEMAHIRAN BELAJAR

5

PERKHIDMATAN MAKLUMAT YANG MEMERLUKAN KEMAHIRAN TMK

Perkhidmatan maklumat elektronik

Perkhidmatan ini menyediakan perkhidmatan maklumat elektronik iaitu Pangkalan

Data MyLib (http://www.mylib.com.my)dan Portal Pendidikan Modul E-Library user education

(http://www.elib.gov.my).

Pangkalan Data MyLib merupakan projek perintis kepada sistem perpustakaan

Digital Nasional (PERDANA). Ianya portal yang merupakan gerbang kepada sumber ilmu

dan maklumat seperti pangkalan data, tesis, katalog perpustakaan, abstrak dan indeks.

Pangkalan Data MyLib boleh diakses melalui laman web Perpustakaan Negara Malaysia

atau secar terus di alamat http://www.mylib.com.my/ menerusi Pusat Hipermedia

Perpustakaan Negara Malaysia. MyLib mengandungi 2 bahagian iaitu domain terbuka dan

domain persendirian. Domain terbuka membolehkan sesiapa sahaja untuk mengakses

maklumat dan ianya merupakan pautan kepada maklumat am seperti surat khabar, majalah,

peta, kertas persidangan, buku baru, ulasan buku, laporan berkaitan Malaysia dan

antarabangsa. Manakala, domain persendirian hanya boleh diaakses oleh ahli-ahli

konsortium Perpustakaan Negara Malaysia dan ianya berdasarkan langganan. Domain ini

terdiri daripada pangkalan data Komersil iaitu Current Law Journal(CLJ) Legal Network dan

BOND, MASTICLINK, dan SIRIMLINK.

Modul E-Library user education merupakan portal pembelajaran dan pendidikan

pencarian maklumat dalam talian secara pembelajaran kendiri. Modul ini mendidik pembaca

menjadi pengguna yang mahir dalam teknik pencarian maklumat. Ianya boleh diakses

melalui laman web Perpustakaan Negara Malaysia melalui alamat laman web

http://www.elib.gov.my. Dalam modul ini, pelayaran internet juga diberikan penekanan yang

penting. Internet ialah singkatan bagi perkataan internetwork. Internet ialah rangkaian

komputer global yang menghubungkan berjuta-juta komputer di dunia. Semua peralatan

TMK seperti telefon bimbit dan komputer yang disambungkan dengan internet boleh saling

bertukar maklumat.

Page 5: GKB 1053 KEMAHIRAN BELAJARkungkuradojeng.files.wordpress.com/2015/09/tmk.pdfInternet ialah singkatan bagi perkataan internetwork. Internet ialah rangkaian komputer global yang menghubungkan

GKB 1053 KEMAHIRAN BELAJAR

6

Perkhidmatan internet

Internet merupakan suatu yang sangat penting dalam proses pembelajaran

terutamanya kepada pelajar IPG sendiri. Sebagai contoh, dalam bidang pembelajaran

Bahasa Kadazandusun di IPG, sangat kurang sekali rujukan yang disediakan di

perpustakaan IPG. Oleh itu, internet merupakan sumber maklumat yang paling utama. Ada

pelbagai perkhidmatan yang telah disediakan dengan menggunakan internet.

Antaranya, JARING atau Joint Advance Research Integrated Network adalah satu

rangkaian komputer di Malaysia yang disambungkan kepada rangkaian komputer di seluruh

dunia. JARING ialah penyedia perkhidmatan internet yang pertama di Malaysia.

Perkhidmatan lain yang disediakan oleh JARING ialah capaian maklumat global melalui

WWW(World Wide Web), perhubungan mel elektronik(e-mail), mengambil bahagian dalam

perbincangan global melalui USENET(e-group) dan menyewa ruang storan pada World

Wide Web untuk menerbitkan dokumen dalam internet.

Seterusnya OPAC(Online Public Access Catalogue) yang telah kami pelajari baru-

baru ini di perpustakaan IPG Kampus Keningau. Hampir semua perpustakaan di seluruh

Malaysia menyediakan kemudahan ini iaitu sistem ‘Online Public Access Catalogue(OPAC)’.

Melalui pengalaman yang telah saya lalui dalam menggunakan sistem OPAC, ia sangat baik

untuk digunakan mencari buku-buku yang diinginkan dengan cara yang ringkas dan mudah.

Ia juga tidak memerlukan masa yang panjang dan hanya perlu menekan butang atas papan

kekunci untuk mengetahui kedudukan buku yang diinginkan. Perkara ini penting kerana ia

merupakan suatu kemahiran untuk memperoleh maklumat yang melibatkan proses

kemahiran belajar. Kaedah OPAC ini sebenarnya menggantikan sistem kad katalog yang

sekarang ini sudah dianggap antic.

Perkhidmatan lain ialah ERIC(Education Resoudces Information Center) yang ditaja

oleh Institut Pendidikan Sains, Amerika Syarikat. ERIC ini berfungsi sebagi pangkalan data

bahan kajian dan penyelidikan yang terbesar di dunia yang terdiri daripada jurnal dan bukan

jurnal. Pada bulan oktober 2004, sebanyak 107,000 dokumen yang bukan jurnal boleh

diakses secara percuma berbanding sebelum ini di mana ia berbayar. Ini bermakna, siapa

sahaja boleh mendapatkan bahan ERIC dengan hanya mengakses laman web yang

berkaitan.

Page 6: GKB 1053 KEMAHIRAN BELAJARkungkuradojeng.files.wordpress.com/2015/09/tmk.pdfInternet ialah singkatan bagi perkataan internetwork. Internet ialah rangkaian komputer global yang menghubungkan

GKB 1053 KEMAHIRAN BELAJAR

7

IMPLIKASI POSITIF TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Setelah mengenali kemahiran TMK ini, saya sendiri sebagai pelajar PPISMP IPG

Keningau sangat bersetuju bahawa kemahiran ini member sumbangan yang besar sekali

untuk meningkatkan kemahiran belajar pelajar PPISMP IPG terutamanya. Hal ini kerana,

sebagai seorang pelajar yang bertaraf pelajar institut pengajian tinggi, amatlah penting untuk

menguasai kemahiran TMK jika mahu bersaing dan menjadi setaraf dengan pelajar dari

institute pengajian tinngi yang lain.

Seperti yang dapat dilihat pada dunia masa kini, riwayat kitaran ilmu semakin singkat

disebabkan oleh perubahan yang pesat dalam teknologi moden. Pelajar mahupun

masyarakat tidak mampu lagi mempelajari segala ilmu pengetahuan di bangku sekolah

ataupun di peringkat Institut pengajian tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa pelajar seperti

kami yang merupakan pelajar persediaan di IPG tidak akan memperoleh banyak maklumat

mahupun pengetahuan terkini jika hanya bergantung sepenuhnya dengan kuliah dan

merujuk kepada buku-buku di perpustakaan. Maka, dengan adanya kemahiran TMK dalam

proses pembelajaran kendiri, saya mampu meperolehi maklumat terkini dan yang lebih baik

dalam bidang pelajaran saya. Dengan itu, saya juga dapat menggunakan sumber rujukan

pelajaran yang sama seperti yang digunakan oleh pelajar dari institut pengajian tinggi yang

lain. Dengan ini, saya tidak akan ketinggalan zaman ataupun tersingkir dari arus

perubahan(Berry,2000) dan sentiasa mengemas kini maklumat yang diperolehi dan

digunakan dalam proses pembelajaran kendiri.

Menurut Davis(2001), TMK merupakan kemahiran yang utama dan juga tema utama

dalam era teknologi maklumat. Saya yakin bahawa beliau juga sependapat dengan saya

bahawa kemahiran TMK ini penting untuk meningkatkan kemahiran belajar seseorang

individu terutamanya pada zaman teknologi serba canggih ini. Hal ini kerana, ada pelbagai

perkembangan konsep-konsep baru dalam pendidikan seperti on-line learning, e-learning,

virtual learning dan sebagainya yang telah mula digunakan secara meluas. Melalui

pengalaman saya sendiri dalam menggunakan konsep ini, saya mendapati bahawa ianya

sangat membantu saya terutama sekali ketika saya kurang memahami kehendak tugasan

dan sukar membincangkan masalah ini di dalam kuliah kerana kesuntukan waktu, maka

dengan adanya kemahiran TMK, pensyarah kami dapat memberikan penerangan dan

penjelasan hanya melalui internet.Pembelajaran elektronik ataupun e-learning membawa

maksud yang pelbagai kepada individu yang berlainan. Menurut Rosenberg (2001),

pembelajaran elektronik dirujuk sebagai penggunaan teknologi internet untuk menyalurkan

sejumlah cara penyelesaian demi memperkukukan penyebaran pengetahuan dan prestasi

pembelajaran. Maka, TMK ini mampu membekalkan lebih banyak peluang pembelajaran

kepada pelajar, malah kemudahlenturan pembelajaran secara elektronik juga amat sesuai

untuk pembangunan profesional guru yang bakal saya hadapi pada masa akan datang.

Penggunaan TMK dalam pembelajaran turut memberikan impak yang positif

terhadap peningkatan motivasi untuk belajar. Menurut Gross (1992), mendefinisi motivasi

adalah sama sukar seperti mendefinisi psikologi. Ini adalah disebabkan kajian motivasi

melibatkan faktor pendorong dan faktor penghalang dari segi biologi, sosial, ataupun

psikologi dalam usaha mengatasi kemalasan dan mendorong kita secara diingini ataupun

tidak diingini kepada tindakan yang dikehendaki (Miller, 1962 dalam Gross, 1992). Kajian

terkini terhadap kesan TMK telah menunjukkan peningkatan minat dan komitmen pelajar

terhadap pembelajaran, di samping peningkatan keseronokan untuk belajar, keyakinan diri,

Page 7: GKB 1053 KEMAHIRAN BELAJARkungkuradojeng.files.wordpress.com/2015/09/tmk.pdfInternet ialah singkatan bagi perkataan internetwork. Internet ialah rangkaian komputer global yang menghubungkan

GKB 1053 KEMAHIRAN BELAJAR

8

keberdikarian dan konsep kendiri (Cox, 1997; 1999). Saya sendiri suka belajar dengan

menggunakan komputer kerana ia menarik dan saya mempunyai keyakinan dengan cara

pembelajaran saya memandangkan hampir semua rakan menggunakan peralatan teknologi

untuk belajar.

Sebagai seorang guru pelatih ataupun pelajar PPISMP IPG, ada begitu banyak

tugasan yang perlu dilaksanakan. Oleh itu, kemahiran penggunaan aplikasi seperti Microsoft

Word, Microsoft Powerpoint dan Microsoft Excel amatlah penting untuk menghasikan

tugasan yang baik dn menarik. Malah dalam pembentangan yang dilakukan oleh rakan lain

di dalam kuliah, penggunaan alat berfikir di dalam pembentangan menggunakan Microsoft

Powerpoint mudah untuk difahami dan menarik minat untuk saya menumpukan perhatian

dalam proses pembelajaran itu. Malahan, jika pensyarah yang mahir dan kreatif

menggunakan TMK dalam proses pembelajaran di dalam kuliah, saya mampu menguasai

topik yang disampaikan dengan baik. Hal ini tidak akan menuntut saya untuk melakukan

ulangkaji yang banyak.

Implikasi positif kemahiran TMK terhadap kemahiran belajar yang terakhir saya

dapat kongsikan adalah penggunaan masa yang lebih berkualiti. Kehidupan sebagai

seorang pelajar Institut Pendidikan Guru memerlukan kemahiran pengurusan masa yang

baik. Di sini, banyak pelajar yang menghadapi kesulitan untuk mengurus masa dengan baik

termasuklah saya sendiri. Hal ini kerana, ada pelbagai aktiviti kampus yang wajib diikuti,

komitmen luar kampus, tugasan dan tanggungjawab lain yang sama pentingnya. Maka

dengan itu, dengan adanya kemahiran TMK ini, maka masalah pengurusan masa itu

semakin berkurang. Hal ini kerana, maklumat mampu diperolehi dengan cepat serta tidak

tertakluk kepada waktu-waktu tertentu sahaja. Dengan kata yang mudah, bila-bila waktu

saya dapat menggunakan TMK untuk mendapatkan maklumat. Hal ini memudahkan

pengurusan masa saya kerana saya boleh menetkan sesuka hati bila masa yang saya

peruntukan untuk mencari maklumat. Seperti yang dimaklumi, tidak ada perpustakaan yang

beroperasi selama 24 jam. Maka, dengan adanya kemahiran TMK, masa bukan lagi

penghalang untuk membuat tugasan, ulangkaji dan pencarian maklumat.

Page 8: GKB 1053 KEMAHIRAN BELAJARkungkuradojeng.files.wordpress.com/2015/09/tmk.pdfInternet ialah singkatan bagi perkataan internetwork. Internet ialah rangkaian komputer global yang menghubungkan

GKB 1053 KEMAHIRAN BELAJAR

9

IMPLIKASI NEGATIF TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Meskipun kemahiran TMK memberikan kesan banyak kesan positif namun di sebalik

semua itu, setiap pelajar atau individu yang menggunakan TMK pasti terdedah kepada

pelbagai sisi negative dalam penggunaan TMK. Hal ini kerana, TMK memberikan maklumat

tanpa sempadan dari pelbagai sumber. Jika tidak digunakan dengan bijak, kemahiran TMK

akan lebih memberikan kesan negatif.

Antara kesan negatif TMK kepada pelajar institut pengajian tinggi seperti pelajar IPG

ialah membentuk akhlak yang kurang bermoral. Hal ini akibat daripada melayari laman

sesawang yang tidak bermoral atau pornografi disebabkan oleh banteng agama yang tidak

kukuh. Hal ini akan membentuk akhlak yang kurang baik kepada guru pelatih itu. Perkara ini

sepatutnya tidak berlaku kerana guru pelatih bakal menjadi guru yang merupakan pembina

anak bangsa serta contoh kepada anak didik.

Seterusnya , menyemai sikap malas di kalangan pelajar. Seperti yang saya

terangkan sebelum ini, dengan adanya kemahiran TMK, seseorang individu boleh

memperoleh pelbagai maklumat dalam masa yang singkat. maka, ada segelintir pelajar

yang mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan tugasan atau kerja dengan melakukan

plagiarisme iaitu mengambil hasil atau idea orang lain dan memasukkan hasil tersebut

kedalam tugasan dan kerja sendiri. Malah ada yang hanya menyalin maklumat secara bulat-

bulat daripada laman web dan diterjemahkan ke dalam Microsoft Words dan menghantarnya

sebagai hasil tugasan. Hal ini akan memberi kesan yang buruk kepada individu itu.

Antaranya, pelajar itu akan menjadi malas berfikir, kemahiran berfikir aras tinggi tidak dapat

dibentuk, kekreatifan tidak berkembang serta selalu bergantung harap kepada orang lain.

Perkara ini tentunya membeir impak yang buruk kepada pelajar itu sendiri ketika

menghadapi dunia pekerjaan sebenar kelak.

Hampir semua guru pelatih PPISMP di IPG merupakan golongan di bawah umur 20

tahun dan masih memerlukan sokongan kewangan daripada keluarga. Dengan penggunaan

TMK yang meluas di kalangan guru pelatih, pembaziran wang turut berlaku dan menjadi

kesan negatif kepada penggunaan TMK. Pembaziran wang berlaku apabila penggunaan

sms, mms, panggilan dan GPRS yang terlalu banyak dan melebihi kemampuan.

Perbelanjaan akan bertamabah dan menghasilkan tekanan baru kepada pelajar itu sendiri

apabila menghadapi masalah kesempitan kewangan. Pelajar PPISMP IPG masih

merupakan golongan remaja yang begitu mudah terpengaruh dengan iklan-iklan yang

ditayangkan seperti memuatkan turun lagu dan aplikasi yang sesetengahnya dikenakan

bayaran. Undian akademi fantasia misalnya, merupakan salah satu pembaziran yang tanpa

disedari. Saya mengambil contoh ini kerana saya juga pernah melaluinya. Meskipun guru

pelatih di Institut Pendidikan Guru Malaysia diberikan elaun bulanan namun pengurusan

kewangan itu sangatlah penting sebagi seorang pelajar Institut Pendidikan Guru kerana

begitu banyak perkara yang lebih berfaedah dapat dilakukan dengan duit itu.

Selain itu, jika seseorang itu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam TMK, dia

mampu melakukan pencerobohan. Pencerobohan bermaksud seseorang pengguna

komputer atau user menggunakan kemudahan teknologi maklumat untuk masuk ke sistem

komputer orang lain dan mengambil fail-fail orang lain tanpa kebenaran. Selain itu,

melaksanakan sebarang aktiviti pemantauan rangkaian (network monitoring) bagi mencuri

(intercept) data yang bukan ditujukan kepadanya atau dengan istilah lain memintas mel

Page 9: GKB 1053 KEMAHIRAN BELAJARkungkuradojeng.files.wordpress.com/2015/09/tmk.pdfInternet ialah singkatan bagi perkataan internetwork. Internet ialah rangkaian komputer global yang menghubungkan

GKB 1053 KEMAHIRAN BELAJAR

10

elektronik orang lain. Di samping itu, terdapat juga pencerobohan peralatan(hacking) yang

dimiliki oleh pengguna individu, kumpulan atau organisasi. Akibatnya, pelajar yang telah

melaksanakan kerja kursus dengan bersungguh-sungguh akan menjadi mangsa yang

menyedihkan kerana terpaksa menanggung akibat daripada hasil kerja yang sama. Hal ini

seringkali terjadi terutama sekali di institut pengajian tinggi. Namun tidak bermakna hal ini

tidak pernah berlaku di dalam IPG. Selain itu, ini juga merupakan pelanggaran integriti yang

sepatutnya cuba diterapkan di setiap guru pelatih. Ia merupakan perlanggaran integriti

kerana menceroboh privasi individu lain tanpa kebenaran. Seperti akaun e-mail dan akaun

facebook.

Implikasi negatif pengunaan TMK yang seterusnya ialah, pembaziran masa. Hal ini

terjadi apabila seseorang pelajar ketagih menggunakan kemudahan teknologi maklumat

sehingga terlupa untuk makan dan minum. Antara aplikasi atas talian yang sering menjadi

ketagihan dan menarik minat remaja ialah bermain permainan atas talian ataupun lebih

dikenali sebagai game dan facebook. Kedua-dua perkara ini kurang mendatangkan faedah

kepada pengguna. Malah disebabkan hal ini, pencapaian kokurikulum pelajar juga menurun

disebabkan mereka malas turun ke perjumpaan kokurikulum hanya kerana mahu melayan

aplikasi-aplikasi dalam talian.

Page 10: GKB 1053 KEMAHIRAN BELAJARkungkuradojeng.files.wordpress.com/2015/09/tmk.pdfInternet ialah singkatan bagi perkataan internetwork. Internet ialah rangkaian komputer global yang menghubungkan

GKB 1053 KEMAHIRAN BELAJAR

11

RUMUSAN

Melalui tugasan ini, saya dapati bahawa ada pelbagai peralatan teknologi maklumat

komunikasi yang boleh digunakan dalam kehidupan seharia. Malah banyak cara mencari

maklumat memerlukan kemahiran TMK. TMK ini telah digunakan secara meluas di seluruh

dunia. Banyak sumber maklumat yang boleh diakses dengan menggunakan kemahiran TMK

seperti laman sistem OPAC dan sebagainya. Meskipu TMK merupakan perkara yang

penting dikuasai oleh semua pelajar terutamanya di kalangan pelajar institut pengajian

tinggi, ia mempunya kesan yang baik dan kesan negatif. Namun sebenarnya tidak wujud

kesan negatif jika seseorang pelajar itu bijak dan menggunakan kemahiran TMK dengan

rasional.

Penggunaan TMK membolehkan pelajar mengenal pasti cara pembelajaran yang

lebih sesuai dengan diri mereka dan menjadikan mereka lebih bertanggungjawab terhadap

pembelajaran mereka sendiri. Malah, pelajar, khususnya guru pelatih atau pelajar IPG,

dapat mempersiapkan diri menjadi guru yang kreatif dan mampu menyampaikan maklumat

dengan berkesan kepada anak didik kelak.

Page 11: GKB 1053 KEMAHIRAN BELAJARkungkuradojeng.files.wordpress.com/2015/09/tmk.pdfInternet ialah singkatan bagi perkataan internetwork. Internet ialah rangkaian komputer global yang menghubungkan

GKB 1053 KEMAHIRAN BELAJAR

12

APPENDIKS

BOND- Benchmarking On-Line Networking Database

Pangkalan data ini menyediakan satu kriteria pengukuran pencapaian yang

diwujudkan oleh Perbadanan Produktiviti Negara untuk memberikan bantuan kepada

syarikat/organisasi.

Alamat laman web: http://www.npc.org.my/

MASTICLINK- Malaysian Science and Technology Information Centre

Pangkalan data ini mengandungi maklumat yang berkaitan dengan sains dan

teknologi.

Alamat laman web: http://www.masticlink.gov.my/mastic/main.asp

SIRIMLINK- Standard and Industrial Research Institute of Malaysia

Pangkalan data ini menyediakan akses kepada maklumat di dalam bidang piawaian,

kualiti, paten dan peraturan yang berkaitan dengan perusahaan.

Alamat laman web: http://www.sirim.my/resource/sirimlink.htm

Page 12: GKB 1053 KEMAHIRAN BELAJARkungkuradojeng.files.wordpress.com/2015/09/tmk.pdfInternet ialah singkatan bagi perkataan internetwork. Internet ialah rangkaian komputer global yang menghubungkan

GKB 1053 KEMAHIRAN BELAJAR

13

BIBLIOGRAFI

Berry, J. (2000). Traditional training fades in favour of e-Learning. Internet Week, Issue 800.

33-34.

Gross, R.D. (1992). Psychology: The science of mind and behaviour. Hodder & Stoughton.

London.

Davis, N. (2001). The virtual community of teachers. Issues in teaching using ICT. Edited by

Marilyn Leask. New York: Routledge.

Cox, M.J. (1999). Motivating pupils through the use of ICT. in Leask, M. & Pachler, N. (Eds.)

Learning to teach using ICT in the secondary school. Routledge. London. pp 19-35

http://www.slideshare.net/NaveenSegaran/kesan-positif-dan-negatif-penggunaan-internet-

dalam-kalangan-pelajar dirujuk pada ogos,18 2015

http://firafaizila.blogspot.my/2010/06/kajian-tentang-penyalahgunaan-teknologi.html dirujuk

pada ogos, 18 2015

Page 13: GKB 1053 KEMAHIRAN BELAJARkungkuradojeng.files.wordpress.com/2015/09/tmk.pdfInternet ialah singkatan bagi perkataan internetwork. Internet ialah rangkaian komputer global yang menghubungkan

GKB 1053 KEMAHIRAN BELAJAR

14

LAMPIRAN

Antara keratan akhbar yang menunjukkan kesan negatif penggunaan TMK

Suasana penggunaan TMK dalam proses pembelajaran di IPG

GKB 1053 KEMAHIRAN BELAJAR

n akhbar yang menunjukkan kesan negatif penggunaan TMK

Suasana penggunaan TMK dalam proses pembelajaran di IPG

n akhbar yang menunjukkan kesan negatif penggunaan TMK