topik 08 perisian di internet

Upload: assayuti

Post on 07-Apr-2018

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Topik 08 Perisian Di Internet

    1/16

    132 OUM

    PERISIAN DI INTERNET TOPIK 8

    TOPIK 8 PERISIAN DI INTERNET

    PENGENALAN

    Di dalam topik ini kita akan mempelajari berkenaan perisian-perisian yang terdapat di

    Internet. Perisian-perisian ini ada yang boleh didapati secara percuma dan ada yangperlu dibayar. Topik ini juga akan membincangkan kaedah komunikasi Internet yangpopular iaitu e-mel. Pada awalnya e-mel hanya berasaskan teks, tetapi kini anda boleh

    menghantar berbagai jenis data bersama e-mel seperti dokumen teks, grafik, audio,persembahan Power Point dan banyak lagi. Di akhir topik pula kita akan menyentuh

    secara ringkas bahasa skripting Internet seperti HTML dan XML.

    OBJEKTIF

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. mengetahui 7 jenis perisian yang terdapat di Internet;

    2. mengetahui bagaimana anda boleh menggunakan e-mel sebagai satu kaedahkomunikasi berkesan di Internet; dan

    3. mengetahui bahasa skripting Internet seperti HTML dan XML.

    8.1 PERISIAN DI INTERNET

    Di Internet terdapat berbagai jenis perisian. Ini dapat ditunjukkan di dalam Rajah 8.1.Satu jenis perisian adalah perisian kongsi (shareware),iaitu satu jenis perisian yangboleh digunakan oleh pengguna secara percuma dalam satu tempoh yang tertentu.

    Selepas tempoh itu, jika pengguna terus menggunakan perisian itu, pengguna perlu

    menghantar bayaran kepada pengaturcara perisian tersebut. Contoh perisian kongsiadalah seperti perisian nyahmampat Winzip dan perisian anti-virus McAfee. Selain

    daripada perisian kongsi, terdapat juga perisian percuma (freeware) dan perisiandomain awam (public domain software). Kedua-dua jenis perisian ini boleh diperolehi

    secara percuma dari Internet tanpa melibatkan apa-apa bayaran.

    Satu jenis perisian yang kian mendapat perhatian besar di Internet sekarang adalahperisian sumber terbuka (open source software OSS) iaitu perisian yang boleh

    diperolehi bersama dengan kod sumbernya secara percuma oleh pengguna.

    Pengedaran perisian bersama kod sumber mempunyai beberapa faedah iaitu:

    (a) Pengguna boleh membuat pengubahsuaian sendiri terhadap perisian dan tidak terikat

    dengan mana-mana syarikat komersil.

    (b) Pengguna berpeluang membetulkan sebarang ralat yang mungkin terdapat dalam kodsumber perisian.

    (c) Pengguna juga boleh mempelajari bagaimana satu-satu perisian dibina berasaskan kodsumber itu.

  • 8/3/2019 Topik 08 Perisian Di Internet

    2/16

    OUM 133

    TOPIK 8 PERISIAN DI INTERNET

    8.2 PERISIAN SUMBER TERBUKA

    Perisian sumber terbuka bermula dari projek GNU (Gnu is not Unix) iaitu satu projekyang diasaskan oleh Richard Stallman dari MIT pada awal tahun 1980an. Tujuan asalprojek ini ialah untuk menghasilkan satu sistem berasaskan Unix yang percuma. Projek

    ini telah berjaya menghasil banyak perisian bermutu tinggi seperti pengkompil gcc,

    pengkompil bahasa lisp, penyunting Emacs dan sebagainya. Kesemua perisian GNUmenggunakan hakcipta yang dinamakan GPL (GNU Public Licence), yang mengatakan

    sesiapa sahaja boleh mengubah kod sumber perisian tersebut tetapi perubahan tersebutmesti dikongsi dengan pengguna lain. Pada asasnya, GNU mengalakkan perkongsianperisian dan kod sumber antara pengguna agar perisian yang bermutu tinggi dapat

    dihasilkan. Maklumat lanjut tentang GNU boleh diperolehi pada www.gnu.org.

    Konsep GPL ini berlawanan dengan konsep perisian komersil. Perisian komersil

    mengikat pengguna dengan syarikat perisian tersebut. Jika perisian mempunyai pepijat,pengguna perlu menunggu sehingga syarikat komersil mengeluarkan versi baru dan

    ini mungkin mengambil masa yang lama. Jika syarikat perisian menaikkan harga,pengguna perlu akur dan terpaksa membayar lebih untuk mendapat perisian versi baru.

    Pengguna boleh membuat sebarang perubahan kepada kod sumber perisian terbuka,

    walau bagaimanapun pengguna diminta untuk berkongsi perubahan tersebut dengan

    pengguna-pengguna lain melalui Internet. Dengan cara perkongsian intelek ini,diharapkan perisian tersebut akan terus diperbaiki agar menjadi satu perisian yang

    bermutu tinggi. Contoh perisian sumber terbuka yang banyak digunakan kini adalahLinux (sistem pengoperasian), Apache (pelayan web), gcc (pengkompil bahasa C), Perl

    (bahasa laporan), Python (bahasa skrip berasaskan objek), Scilab (perisian matematik)

    dan R (perisian statistik). Kita dapat melihat takrifan perisian GPL sebagaimana

    ditunjukkan dalam Jadual 8.1. Terdapat ribuan perisian sumber terbuka yang bermututinggi di Internet untuk kegunaan pengguna. Maklumat lanjut tentang usaha ini boleh

    diperolehi pada laman http://www.opensource.org dan http://www.gnu.org.

    Rajah 8.1: Jenis-jenis perisian yang terdapat di Internet

  • 8/3/2019 Topik 08 Perisian Di Internet

    3/16

    134 OUM

    PERISIAN DI INTERNET TOPIK 8

    Jadual 8.1: Perisian GPL

    Perisian GPL Takrifan

    Linux Sistem pengoperasiam untuk komputer. Ia adalah alternatif kepada

    perisian komersial seperti Windows 95/98/ME/NT, MacOS dan Sun

    Solaris. Ia banyak digunakan di universiti, pusat penyelidikan, syarikat

    swasta dan orang awam. Ia mempunyai ciri-ciri teguh (satu sistem Linux

    boleh beroperasi selama bertahun-tahun tanpa henti), multipemprosesan,

    multi pengguna dan berbagai ciri canggih lagi. Dewasa ini sistem Linux

    mempunyai persekitaran atas meja setara dengan Windows 98/ME/NT

    dari segi mesra pengguna. Ia boleh dipasang seiring dengan Windows

    98/ME dalam satu komputer.

    TeX Satu sistem pemprosesan dokumen. Ia digunakan untuk menghasilkan

    berbagai jenis dokumen atau buku, terutamanya yang banyak melibatkan

    rumus matematik. Maklumat lanjut boleh diperolehi pada laman http://www.tug.org. TeX dihasilkan oleh Donald Knuth, seorang ahli matematik

    dan komputer sains yang terkenal. Antara karya beliau yang masih

    menjadi rujukan adalah The Art of Computer Programmingdalam tiga

    jilid. Laman web Donald Knuth adalah www-cs-faculty.stanford.edu/

    ~knuth/.

    Open Office Perisian pejabat bermutu tinggi yang mengandungi perisian pemproses

    kata, lembaran hamparan, pangkalan data dan persembahan yang

    percuma. Ia adalah satu alternatif pada MS-Office atau PerfectOffice.

    Semua jenis dokumen dalam MS-Office boleh dibaca oleh StarOffice.

    Banyak organisasi kerajaan kini telah bertukar kepada StarOffice.

    Perhatian! pengguna perlukan minima ingatan 64MB dan minima sistem

    Pentium untuk menggunakan StarOffice dengan selesa.

    GNU Satu projek yang dimulai oleh Ricard Stallman di MIT pada tahun 1981

    untuk menghasilkan satu sistem Unix yang percuma. Antara perisian yang

    telah dihasilkan oleh projek ini adalah pengkompil C gcc, penyunting

    emacs, perisian statistik R, bahasa perl, pemproses awk dan pengkompil

    FORTRAN g77. Semua perisian gnu menggunakan lesen GPL. Maklumat

    lanjut pada laman www.gnu.org.

    Python Bahasa atur cara berasaskan objek. Ia boleh digunakan untuk membina

    prototaip, Internet, memproses data, pengiraan saintifik dan sebagainya.

    Antara organisasi yang menggunakan bahasa ini adalah NASA, Disney,

    Boeing dan Google.com. Maklumat lanjut pada www.python.org.

    R Perisian untuk menganalisa data. Ia boleh diperolehi untuk sistem

    Windows 98/ME dan Unix. Ia mempunyai berbagai kemudahan untuk

    analisa statistik seperti analisa regresi, siri masa dan ujian hipothesis.

    Laman R adalah http://www.r-project.org. Ia merupakan alternatif kepada

    perisian komersial SPSS dan SAS.

    Latihan 8.1

    1. Apakah yang anda faham dengan istilah GPL (GNU Public Licence)?Huraikan.

    2. Berikan contoh dua perisian kongsi yang terdapat di Internet.

  • 8/3/2019 Topik 08 Perisian Di Internet

    4/16

    OUM 135

    TOPIK 8 PERISIAN DI INTERNET

    8.3 FTP (FILE TRANSFER PROTOCOL)

    FTP (file transfer protocol) adalah satu kaedah muat turun data dari mana-mana pelayan ftp di Internet kepada komputer pengguna.

    Kita dapat melihat contoh laman web tersebut sebagaimana di dalam Rajah 8.2 berikut:

    Rajah 8.2: FTP menggunakan Netscape pada hos ftp://ftp.jaring.my

    Banyak pelayan menawarkan perkhidmatan anonymous ftp iaitu pelayan

    tersebut membenarkan sesiapa sahaja dan dari mana jua untuk muat-turun data daripadanya. Contoh pelayan yang menawarkan anonymousftp adalah seperti ftp://ftp.jaring.my dan ftp://sunsite.unc.edu. Pengguna

    boleh menggunakan perisian Netscape untuk melakukan ftp. Sebagai

    contoh, alamat URL yang perlu digunakan untuk melakukan ftp padapelayan ftp.jaring.my adalah ftp://ftp.jaring.my.

  • 8/3/2019 Topik 08 Perisian Di Internet

    5/16

    136 OUM

    PERISIAN DI INTERNET TOPIK 8

    8.4 TELNET

    Telnet adalah satu kaedah untuk menghubungi satu pelayan dan menggunakan

    kemudahan yang terdapat di komputer itu.

    Untuk menggunakan telnet, pengguna perlu ada akaun pengguna di pelayan yanghendak dicapai. Kaedah telnet boleh digunakan untuk menghubungi pelayan

    perpustakaan universiti di luar negara, pelayan USENET, pelayan IRC, pelayan MUD

    atau pelayan pangkalan data. Beberapa pelayan yang boleh dihubungi melalui telnetatau http adalah seperti telnet://pac.carl.org dan telnet://locis.loc.gov. Satu contohpenggunaan telnet: andaikan pengguna ingin melakukan pengiraan kompleks yang

    memerlukan superkomputer.

    Superkomputer adalah satu jenis komputer berkemampuan tinggi dan mahal. Ia boleh

    digunakan untuk melakukan simulasi, permodelan kereta, pengiraan kompleks, ramalancuaca dan sebagainya. Pengguna boleh terus pergi ke pusat superkomputer di Malaysiaiaitu di Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Atau, pengguna

    boleh mencapai superkomputer ini dari mana jua melalui Internet. Pengguna boleh telnetkepada superkomputer dan melakukan pengiraan pada komputer tersebut secara jauh.Oleh itu, kaedah telnet membolehkan perkongsian sumber superkomputer untuk semua

    pengguna di mana jua pengguna berada di Malaysia.

    8.5 E-MEL

    E-mel adalah satu kaedah komunikasi antara pengguna di Internet. Pada awalnya, e-

    mel hanya berasaskan teks. Kini, pengguna boleh menghantar berbagai jenis databersama dengan e-mel seperti dokumen MS-WORD, persembahan PowerPoint,lembaran hamparan Excel, grafik .jpg, audio .mp3 dan sebagainya. Pelayan komputeryang menguruskan e-mel disebut sebagai pelayan SMTP (Simple Mail Transfer

    Protocol).

    Untuk menggunakan e-mel, pengguna perlu ada akaun e-mel pada pelayan e-mel.

    Kebanyakan organisasi seperti universiti dan syarikat swasta memberikan akaun e-melpercuma untuk setiap pekerja. Jika pengguna menggunakan perkhidmatan tm.net.myatau jaring.my, pengguna diberikan akaun e-mel secara percuma.

    Terdapat juga laman web yang memberikan akaun e-mel percuma sepertiwww.hotmail.com dan www.geocities.com. Pengguna boleh mencapailaman http://www.hotmail.com dan mendaftar untuk mendapat satu

    akaun e-mel. Laman e-mel percuma ini amat popular di kalangan pelajarsekolah dan orang persendirian.

    Akaun e-mel mempunyai dua bahagian, nama akaun dan nama pelayan SMTP (nama

    domain). Sebagai contoh, pengguna bernama Anis Shafiqah mempunyai akaun bernama

    ashafiqah pada hos pelayan SMTP unitem.edu.my. Oleh itu, alamat e-mel untukpengguna Anis Shafiqah adalah [email protected]. Jika pengguna mendaftar di

    www.hotmail.com dengan nama akaun Anis Shafiqah, maka alamat e-mel pengguna

  • 8/3/2019 Topik 08 Perisian Di Internet

    6/16

    OUM 137

    TOPIK 8 PERISIAN DI INTERNET

    adalah [email protected]. Nama akaun mempunyai had minima 8 huruf dan

    had maksima 32 huruf, dengan syarat ia tidak mempunyai aksara ruang kosong. Namaakaun e-mel berikut adalah tidak sah; anis shafiqah, a shafiqah. Sementara nama

    akaun berikut adalah sah: anis_ shafiqah dan a_shafiqah. Pilih nama akaun yang baik,sesuai dan senang diingat oleh pengguna lain. Nama-nama seperti brutal99, lanunlaut,

    amy89810 dan mahakaya tentunya tidak sesuai. Bayangkan perasaan penerima apabilamenerima e-mel dari seorang bernama [email protected].

    Untuk membaca e-mel pada akaun pengguna di pelayan SMTP, pengguna bolehmenggunakan dua kaedah iaitu:

    1. Pengguna boleh menggunakan perisian pelayar dan mencapai pelayan SMTP tersebut.

    2. Pengguna boleh muat- turun e-mel dari pelayan SMTP kepada komputer peribadi dengankaedah POP3 (Post Office Protocol).

    Jika pengguna berlanggan Internet dengan www.jaring.my, kaedah POP3 digunakanuntuk muat-turun e-mel dari pelayan pop.jaring.my kepada komputer peribadi. Perisian

    e-mel yang boleh digunakan adalah seperti Eudora, Pegasus dan Microsoft Outlook.Kita dapat melihat contoh bagi satu laman web komunikasi e-mail iaitu HOTMAIL sepertidi dalam Rajah 8.3.

    Rajah 8.3: Laman web http://www.hotmail.com

  • 8/3/2019 Topik 08 Perisian Di Internet

    7/16

    138 OUM

    PERISIAN DI INTERNET TOPIK 8

    8.5.1 Diskusi E-mel

    Dengan e-mel, pengguna boleh menyertai berbagai medan diskusi e-mel. Terdapat

    ribuan medan diskusi yang meliputi berbagai topik yang menarik seperti ekonomi, sains,komputer dan keagamaan. Medan ini boleh disertai dengan menulis e-mel kepada

    pelayan yang menguruskan medan diskusi tersebut. Lazimnya, diskusi e-mel diuruskansecara automatik oleh komputer tanpa campurtangan manusia. Ingat, pengguna

    berurusan dengan komputer melalui e-mel. Oleh itu sila ikut peraturan untuk menyertaiatau keluar dari medan diskusi dengan betul. Satu senarai medan perbincangan e-melboleh diperolehi pada laman http://www.n2h2.com/KOVACS, http://groups.yahoo.com

    dan http://www.tile.net.

    Jadual 8.2: Kebaikan dan Keburukan Menyertai Medan Diskusi E-Mel

    Kebaikan Keburukan

    Boleh berbincang dan bertanya dengan Bilangan e-mel yang diterima mungkin

    ramai pengguna Internet yang arif tentang banyak. Setengah medan diskusi yang aktif

    satu-satu bidang. menghasilkan lebih 200 e-mel sehari.

    Jawapan pada soa lan mung kin dap at Pengguna perlu menghabiskan banyak masa

    diperolehi dengan pantas. membaca e-mel ini.

    Berkongsi pendapat dan maklumat dengan Kebany akan kandun gan e-mel adalah

    mereka yang sama minat. sampah dan tidak berfaedah.

    Kos yang murah.

    8.5.2 Etika Diskusi E-Mel

    Beberapa etika yang perlu dipatuhi semasa dalam diskusi e-mel iaitu;

    (i) Patuhi adab sopan yang sentiasa digunakan dalam diskusi. Sentiasa menghormatipemikiran dan pandangan pengguna lain walaupun pengguna tidak bersetuju. Bersikapbersetuju untuk tidak bersetuju.

    (ii) Ingat, medan diskusi adalah maya. Pengguna tidak mengenali pengguna lain secaradekat atau tahu latar belakang mereka. Kemungkinan besar pengguna lain itu jauh lebihtua dan berpengetahuan. Kemungkinan pengguna tersebut seorang profesor, penyelidik,

    pakar juruaturcara, CEO, rakan sekampus, jiran atau sebagainya.

    (iii) Tunjukan kesopanan yang baik untuk diri pengguna. Ini menunjukkan keperibadian

    pengguna pada semua pengguna lain. Jika pengguna sering membuat kacau dalamdiskusi, kemungkinan besar segala pertanyaan pengguna tidak akan dilayan oleh

    pengguna lain.

    Latihan 8.2

    1. Berikan dua kaedah untuk membaca e-mel pada akaun pengguna di

    pelayan SMTP.

    2. Berikan TIGA syarat yang perlu anda ikut apabila memberi nama kepadaakaun e-mel yang anda.

  • 8/3/2019 Topik 08 Perisian Di Internet

    8/16

    OUM 139

    TOPIK 8 PERISIAN DI INTERNET

    (iv) Berkongsi kepakaran dan sedia bertanya jika memerlukan kepakaran pengguna lain.

    Dengan berkongsi, pengguna dapat mewujudkan satu pertalian dengan pengguna lain.

    (v) Hormati privasi pengguna lain dan tidak menyentuh soal - soal peribadi.

    (vi) Amat penting. Jangan poskan e-mel peribadi antara pengguna dengan pengguna lain

    kepada medan diskusi tanpa kebenaran pengguna berkenaan. Ini melanggar akta privasi

    sesetengah negara.

    (vii) Bersifat pemaaf terhadap kesilapan pengguna lain dan bersedia membantu dalam

    menyelesaikan masalah. Jangan hiraukan mereka yang suka bertelagah.

    (viii) Medan diskusi adalah diarkibkan. Mungkin sepuluh tahun lagi, jika pengguna mencari diInternet, pengguna akan berjumpa kembali tulisan-tulisan e-mel pengguna. Oleh itu,

    berhati-hati bila menulis.

    8.5.3 Smiley

    Kandungan e-mel dalam bentuk teks menyukarkan pengguna untuk menyatakan satu-satu emosi seperti marah, suka, mengantuk, benci, menangis dan ketawa. Oleh itu,

    kaedah smiley digunakan. Smiley adalah simbol-simbol berasaskan teks yang digunakan

    dalam e-mel untuk mewakilkan satu-satu emosi seperti marah, benci, ketawa dansebagainya. Untuk melihat smiley, pengguna perlu condongkan kepala 90 darjah ke kiri.Perhatikan e-mel berikut dengan dan tanpa smiley.

    Apa nak buat. Nasib badan. Mungkin awak boleh tolong.

    Apa nak buat. Nasib badan. :-( Mungkin awak boleh tolong. :-)

    Simbol smileyadalah :-) dan :-(. E-mel kedua menunjukkan bahawa penulis merasa

    sedih dan secara berjenaka bertanya sama ada penerima boleh menolong. Terdapat

    ratusan smiley, yang lazim adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 8.3 berikut:

    Jadual 8.3: Simbol Smiley

    Simbol Makna Simbol Makna

    :-) Senyum ;-) Senyum, kenyit

    :-( Sedih, tidak setuju :-# Rahsia

    8-) Berkaca mata :-O Mata terkejut

    8.5.4 Akronim

    Jelaskan pendapat anda terhadap pernyataan di bawah:

    Jika pengguna mendapat e-mel berikut, apa yang pengguna faham?

  • 8/3/2019 Topik 08 Perisian Di Internet

    9/16

    140 OUM

    PERISIAN DI INTERNET TOPIK 8

    Sila hantar aturcara ASAP. Cadangan anda membuat saya ROTFL. Tentang aturcara TeX,

    sila RTFM. Saya alami peningkatan kuasa 20 ganda selepas menambah RAM, YMMV.BTW, saya akan ke Ipoh esok. IMHO, cadangan Sarah lebih baik dari cadangan Anis.

    Apakah ASAP, ROTFL, RTFM, YMMV, BTW? Huruf-huruf tersebut adalah akronim atau

    singkatan yang digunakan untuk mewakili frasa yang lazim digunakan di Internet.

    Berikut di dalam Jadual 8.4 adalah beberapa akronim yang popular:

    Jadual 8.4: Beberapa Akronim yang Popular

    AKRONIM MAKNA

    ROTFL (rolling on the floor launghing) Ketawa berguling di atas lantai. Sindiran atau

    kenyataan lucu.

    BTW (By The Way)

    RTFM (Read The Fine Manual) Sila Baca Manual. Sindiran atau suruhan agar

    baca manual sebelum bertanya.

    AFAIK (As Far As I Know) Sepanjang pengetahuan saya.

    ASAP (As Soon As Possible) Secepat mungkin.

    FYI (For Your Information) Untuk pengetahuan anda.

    IMHO (In My Humble Opinion) Dalam pandangan saya.

    OTOH (On The Other Hand) Sebaliknya.

    YMHV (Your Mileage May Vary) Ia mungkin berbeza untuk anda.

    8.5.5 Tandatangan E-mel

    Tanda tangan e-mel adalah mesej pada akhir e-mel. Ia mungkin mengandungi alamatpengguna, URL, kata-kata hikmah, grafik, teks dan sebagainya untuk memberi

    personaliti tersendiri kepada e-mel. Contoh tandatangan e-mel adalah:

    (

    (

    )

    )

    0

    0

    OOo

    OOo

    0

    oo o o

    ( )

    0oo

    O Ooo oo

    anis shafiqahFakulti Teknologi Maklumat dan

    Komunikasi MultimediaOpen University Malaysia

    [email protected]

    Sarah [email protected]

  • 8/3/2019 Topik 08 Perisian Di Internet

    10/16

    OUM 141

    TOPIK 8 PERISIAN DI INTERNET

    8.5.6 Bijak E-mel

    Beberapa panduan untuk menggunakan e-mel secara berkesan ditunjukkan di dalam

    Jadual 8.5 berikut:

    Jadual 8.5: Panduan Menggunakan E-mel Secara Berkesan

    Panduan Menggunakan E-mel Takrifan

    Pastikan kandungan e-mel pengguna Ini memudahkan penerima membaca e-mel

    ringkas dan tepat. pengguna. Adalah t idak wajar untuk

    menghantar e-mel yang panjang berjela dan

    mengharapkan penerima akanmembaca e-mel

    tersebut. Ingat, penerima juga sibuk dengan

    urusan lain dan mungkin menerima ratusan

    e-mel sehari.

    Past ikan tajuk yang tepat digunakan. In i akan membantu penerima menentukan

    kepentingan e-mel yang diterima.

    Jangan sertakan sisipan yang bersaiz Ini akan menyulitkan pelayan SMTP. Hadkan

    besar. saiz sisipkan pada kurang 1 MB. Terdapat kes

    di mana seorang pengguna menghantar sisipan

    bersaiz 50MB dalam e-mel.

    Pastikan e-mel yang dihantar dan diterima Gunakan pengimbas virus untuk memeriksa

    tiada virus e-mel. e-mel yang diterima.

    Proses e-mel secara kelompok Umpamanya sebelum keluar makan tengahari.

    Selesaikan secara terus tanpa bertangguh.

    Arkibkan semua e-mel yang penting.

    Jangan berlanggan dengan terlampau Contoh, j ika pengguna berlanggan dengan 5

    banyak medan diskusi e-mel. medan diskusi, setiap diskusi menghasilkan

    100 e-mel sehari. Maka, pengguna akan

    menerima secara purata 500 e-mel sehari!

    Masa harian pengguna akan habis membaca

    e-mel sahaja!!

    Jangan membalas e-mel dalam keadaan E-mel membolehkan pengguna membalas

    marah. secara terus sebarang e-mel yang t idak

    menyenangkan. Kemungkinan pengguna akanmenyesal tentang e-mel yang dihantar itu.

    Terlajak perahu boleh diundur, terhantar e-mel

    tidak boleh ditarik balik.

    8.6 USENET

    USENET adalah satu medan diskusi Internet yang terbuka, bebas dan percuma. Diskusi

    USENET tidak melibatkan e-mel. Pengguna tidak perlu mendaftar di mana-manapelayan untuk memasuki USENET. Untuk menyertai atau membaca USENET, pengguna

    perlu mencapai pelayan USENET. Sebagai contoh, jika pengguna mencapai Internetmelalui jaring.my, pengguna boleh menggunakan pelayan USENET news.jaring.my

    untuk menyertai dan membaca USENET.

  • 8/3/2019 Topik 08 Perisian Di Internet

    11/16

    142 OUM

    PERISIAN DI INTERNET TOPIK 8

    Sebagai contoh, pengguna ingin membaca artikel dalam medan diskusi bahasa

    pengaturcaraan C. Pengguna boleh mencapai medan diskusi comp.lang.c. Jikapengguna ingin membaca tentang Malaysia, pengguna boleh mencapai

    soc.culture.malaysia. Contoh artikel dalam comp.lang.c adalah seperti dalam Rajah

    8.5:

    USENET adalah satu medan diskusi Internet yang terbuka, bebas dan percuma. Diskusi

    USENET tidak melibatkan e-mel. Pengguna tidak perlu mendaftar di mana-manapelayan untuk memasuki USENET. Untuk menyertai atau membaca USENET,

    pengguna. Diskusi USENET dibahagikan kepada beberapa tajuk besar seperticomp(computer), soc(society), alt(alternative), biz(business), sci(science), talk(talk),

    misc (miscellanenous), humanities(humanities) dan rec(recreation). Selanjutnya, tajuk-tajuk ini dipecahkan lagi kepada tajuk-tajuk yang lebih spesifik. Oleh itu, pengguna

    dengan mudah boleh mencari medan diskusi yang diminatinya sepertimana yangterdapat pada Rajah 8.4.

    Rajah 8.4: Diskusi USENET

  • 8/3/2019 Topik 08 Perisian Di Internet

    12/16

    OUM 143

    TOPIK 8 PERISIAN DI INTERNET

    Dalam medan diskusi USENET, pengguna boleh berkongsi pendapat, memintapertolongan, bertelagah, menabur fitnah, menjual barangan, mengutuk, mengkritik,berkenalan dan sebagainya. Tiada sebarang tapisan terhadap kandungan USENET. Oleh

    itu, kandungan USENET mungkin benar dan mungkin palsu. Pengguna dimaklumkan

    agar tidak mudah terpedaya dengan berbagai cerita, seperti skim cepat kaya atau ubatmencegah tua, yang terdapat dalam USENET.

    Dalam medan diskusi USENET, seringkali soalan-soalan yang sama ditanya berulang-ulang kali oleh pengguna baru. Untuk mengelakkan perkara ini, pengguna-pengguna

    veteran medan-medan diskusi telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan dokumen

    Frequently Asked Questions (FAQ), iaitu satu dokumen yang mengandungi soalan yangsering ditanya oleh pengguna serta jawapannya. Oleh itu, FAQ adalah berasal dariberbagai medan diskusi USENET. Sebagai contoh, jika ada pengguna baru menyertai

    comp.text.tex yang membincangkan tentang perisian pemproses dokumen TeX,

    mungkin pengguna ingin tahu tentang latar belakang TeX, sejarahnya, bagaimanamenggunakan TeX dan lain-lain. Pengguna baru ini boleh bertanya soalan-soalan ini

    dalam comp.text.tex. Langkah lebih baik adalah pengguna cuba mendapatkan FAQuntuk medan diskusi comp.text.tex. Lazimnya, setiap medan diskusi mempunyai FAQ

    yang dihantar pada medan diskusi setiap bulan.

    rom: holism ([email protected])

    Message 18 in thread

    Subject: Re: Learning C

    Newsgroups: comp.lang.c

    Date: 2001-04-11 21:43:55 PST

    >> Anyone have any suggestions for a good introductory book on C?

    >

    The C Programming Language by Kernighan and Richie is a pretty

    awesome book. Lots of short and sweet examples from the guys who

    created the language. Its just the C language minus most of the

    fat you find in beginner books,so if you already know basic

    programming concepts it should be a good book to get you into C.

    Nick

    Rajah 8.5: Contoh artikel dalam comp.lang.c

    Pengguna disarankan melayar laman http://groups.google.com danmembaca beberapa laman diskusi USENET seperti soc.religion.islam,

    soc.culture. malaysia, comp.lang.c, sci.math dan sebagainya untuk

    melihat bagaimana diskusi USENET berjalan. Selepas beberapa ketika,sertai medan diskusi yang sesuai untuk pengguna.

    Adalah satu langkah yang bijak untuk membaca FAQ sebelum mengemukakan sebarang

    soalan kerana ia mengandungi berbagai maklumat yang berguna untuk rujukan dan

    pengetahuan pengguna baru. Satu arkib dokumen FAQ terdapat pada lamanhttp://www.faqs.org.

  • 8/3/2019 Topik 08 Perisian Di Internet

    13/16

    144 OUM

    PERISIAN DI INTERNET TOPIK 8

    Istilah www merujuk kepada gabungan hos-hos pelayan di Internet yang menawarkanmaklumat berasaskan HTTP. HTTP adalah satu protokol untuk menghantar dan

    menerima maklumat berasaskan hiperteks. Maklumat dalam bentuk hiperteks ini bolehdikaitkan atau dijalinkan dengan maklumat lain untuk mewujudkan satu jalinan atau

    web maklumat yang luas. Pelayan HTTP mempunyai awalan www seperti

    www.unitem.edu.my, www.jaring.my dan www.um.edu.my. Pelayan HTTP juga dikenalisebagai pelayan web.

    8.7 BAHASA SKRIPTING INTERNET - HTML, XML DAN CGI

    8.7.1 Bahasa Penanda HTML

    Laman web adalah dokumen berasaskan hiperteks pada pelayan web. Untuk mencapai

    laman web, pengguna perlu menggunakan perisian pelayar Internet seperti NetscapeNavigatoratau Opera. Laman web dibangunkan dengan menggunakan bahasa penandaHTML(Hypertext Markup Language). Bahasa HTML ini diasaskan dari bahasa

    SGML(Standard Generalized Markup Language), iaitu satu bahasa penanda yangdigunakan untuk menghasilkan dokumen teknikal seperti manual perisian. Bahasa HTML

    adalah mudah, sesuai untuk dokumen teks dan bersifat statik.

    Setelah Internet berkembang dan penggunaan web semakin meluas terutama dalame-dagang, HTML dirasakan tidak lagi sesuai digunakan. Ingat kembali bahawa HTML

    Rajah 8.6 berikut menunjukkan contoh laman web Google:

    Rajah 8.6: Laman web http://google.com

  • 8/3/2019 Topik 08 Perisian Di Internet

    14/16

    OUM 145

    TOPIK 8 PERISIAN DI INTERNET

    dihasilkan untuk satu sistem hiperteks berasaskan teks dalam rangkaian. Ia tidak

    dihasilkan untuk tujuan komersial, grafik, animasi, interaktif, e-dagang atau berbagaikesan khas. Antara kekurangan HTML yang ketara adalah ia bersifat statik, jenis penanda

    dokumen yang terhad, tidak sesuai untuk e-dagang dan tiada kaedah untuk mewujudkankesan khas. Untuk mengatasi kekurangan ini, beberapa kaedah tambahan telah

    diperkenalkan seperti CCS(Cascading Style Sheet) dan JavaScript. Sebagai contoh,satu contoh laman web dalam HTML adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8.7.

    A:link {text-decoration:none;} /*unvisited link*/

    A:visited {text-decoration:none;} /*visited links*/

    A:active {text-decoration:none;} /*active links*/

    function openWin(windowURL,windowName,windowFeatures)

    {config = toolbar=0,menubar=0,scrollbars=1,

    resizable=0,width=730,height=450'

    return window.open(windowURL,windowName,config);

    }

    Open University Malaysia, Kuala Lumpur

  • 8/3/2019 Topik 08 Perisian Di Internet

    15/16

    146 OUM

    PERISIAN DI INTERNET TOPIK 8

    DTD untuk dokumen XML diatas adalah seperti ditunjukkan dalam Rajah 8.9.

  • 8/3/2019 Topik 08 Perisian Di Internet

    16/16

    OUM 147

    TOPIK 8 PERISIAN DI INTERNET

    8.7.3 Common Gateway Interface (CGI)

    Lazimnya,laman web akan dihubungkan dengan pangkalan data untuk melakukan

    sesuatu pertanyaan. Sebagai contoh, apabila pengguna mendaftar di http://www.hotmail.com, nama pengguna akan disimpan dalam satu pangkalan data. Prosesini melibatkan CGI (Common Gateway Interface), iaitu satu kaedah untuk mengait laman

    web dengan pangkalan data atau apa jua perisian di pelayan web.Dengan CGI, laman

    web boleh berinteraksi dengan pengguna. Ini membolehkan laman web digunakan dalame-dagang, pendidikan atas talian, enjin gelintar dan sebagainya.Antara bahasa yang

    boleh digunakan untuk membangunkan CGI adalah Java, Javascript,Python,Perl danC.

    menjadi mudahalih antara berbagai jenis komputer. Dokumen dalam XML juga boleh

    diproses kepada bentuk lain seperti pdf, postscript, CD-ROM, HTML dan sebagainyadengan mudah.

    Beberapa bahasa penanda lain juga telah dibangunkan untuk membina

    dokumen berstruktur di Internet seperti MathML(Math Markup Language)yang digunakan untuk mempamerkan dokumen matematik pada laman

    web, XSL(Extensible Style Language) dan SMIL (SynchronizedMultimedia Integration Language). Sila rujuk laman http://www.w3.orc

    untuk maklumat lanjut.

    Latihan 8.3

    1. Mengapa XML penting? Kenapa tidak kita gunakan dokumen dalam bentuk

    MS-WORD untuk bertukar maklumat di Internet?

    2. Apakah perkhidmatan sembang yang paling popular di Internet?

    3. Nyatakan 2 kebaikan dan 2 kelemahan menyertai medan diskusi e-mel.

    RUMUSAN

    Dalam topik ini anda telahpun didedahkan kepada berbagai jenis perisian di Internet.Perisian kongsi adalah perisian yang boleh digunakan oleh pengguna secara percuma

    dalam satu tempoh tertentu. Selain itu terdapat juga perisian percuma, perisian domain

    awam dan perisian sumber terbuka. Anda juga mempelajari berkenaan e-mel sebagaisatu kaedah komunikasi berkesan di Internet. Bahasa skripting Internet seperti HTMLdan XML disentuh secara ringkas di akhir topik ini.