tokoh dan sumbangan

14
TOKOH TAMADUN ISLAM DAN SUMBANGANNYA KEOADA PERKEMBANGAN TAMADUN DUNIA. PENGENALAN Setiap tamadun yang pernah wujud mempunyai keistimewaan dan ciri- ciri tersendiri dalam memastikan kelangsungan dan perkembangannya. Dengan kelangsungan sesebuah tamadun itu, hasilnya, sikap terbuka dalam menerima sebarang perubahan dan pengaruh tamadun lain. Kewujudan hubungan atau interaksi antara tamadun sama ada di peringkat perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan yang berlaku merubah cara pekembangannya. Hubungan seperti ini dilihat telah melahirkan kesan-kesan positif dan negatif. Interaksi antara tamadun India dan China telah memberi kesan positif iaitu penyebaran agama Buddha disamping teknologi pengeluaran gula daripada tebu, astronomi dan kesusasteraan India dikembangkan di negara India. Sebaliknya, pengetahuan membuat kertas, bahan letupan dan penggunaan kompas dari tamadun China dapat dipelajari oleh tamadun India. Kesan negatif hasil interaksi tamadun ialah penduduk Kristian Eropah telah membunuh orang Yahudi secara beramai-ramai pada abad ke-9, ke-18 dan Perang Dunia Kedua disebabkan faktor agama, falsafah, ketidakseimbangan ekonomi dan sosial. Kewujudan interaksi antara tamadun lahir disebabkan oleh semangat toleransi yang tinggi serta sikap saling menghormati antara sesebuah tamadun dengan sesebuah tamadun yang lain. Keterbukaan seperti ini memungkinkan berlakunya percambahan pemikiran dan budaya lalu mengelakkan kebekuan atau kejumudan yang boleh menyebabkan kemerosotan sesebuah tamadun.

Upload: manju-muruhan

Post on 02-Jan-2016

59 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tokoh Dan Sumbangan

TOKOH TAMADUN ISLAM DAN SUMBANGANNYA KEOADA PERKEMBANGAN

TAMADUN DUNIA.

PENGENALAN

Setiap tamadun yang pernah wujud mempunyai keistimewaan dan ciri-ciri

tersendiri dalam memastikan kelangsungan dan perkembangannya. Dengan

kelangsungan sesebuah tamadun itu, hasilnya, sikap terbuka dalam menerima

sebarang perubahan dan pengaruh tamadun lain. Kewujudan hubungan atau interaksi

antara tamadun sama ada di peringkat perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan

keinsanan yang berlaku merubah cara pekembangannya.

Hubungan seperti ini dilihat telah melahirkan kesan-kesan positif dan negatif.

Interaksi antara tamadun India dan China telah memberi kesan positif iaitu penyebaran

agama Buddha disamping teknologi pengeluaran gula daripada tebu, astronomi dan

kesusasteraan India dikembangkan di negara India. Sebaliknya, pengetahuan membuat

kertas, bahan letupan dan penggunaan kompas dari tamadun China dapat dipelajari

oleh tamadun India.

Kesan negatif hasil interaksi tamadun ialah penduduk Kristian Eropah telah

membunuh orang Yahudi secara beramai-ramai pada abad ke-9, ke-18 dan Perang

Dunia Kedua disebabkan faktor agama, falsafah, ketidakseimbangan ekonomi dan

sosial. Kewujudan interaksi antara tamadun lahir disebabkan oleh semangat toleransi

yang tinggi serta sikap saling menghormati antara sesebuah tamadun dengan

sesebuah tamadun yang lain. Keterbukaan seperti ini memungkinkan berlakunya

percambahan pemikiran dan budaya lalu mengelakkan kebekuan atau kejumudan yang

boleh menyebabkan kemerosotan sesebuah tamadun.

Page 2: Tokoh Dan Sumbangan

Proses penyedutan unsur-unsur luar yang telah diasimilasi dan diadaptasikan

dengan kebijaksanaan tempatan (local genius) telah menjadi pemangkin bagi sesebuah

tamadun melangkah maju ke tahap yang lebih tinggi. Dalam konteks pembinaan negara

Malaysia, penduduk asal bangsa Melayu telah melalui tempoh yang panjang

berinteraksi dengan dua tamadun yang dominan iaitu tamadun Cina dan India.

Page 3: Tokoh Dan Sumbangan

SUMBANGAN TOKOH-TOKOH ISLAM TERHADAP TAMADUN DUNIA

1) AL-KHAWARIZMI

Tamadun Islam banyak memberikan sumbangan terhadap pembangunan masyarakat

dan ilmu pengetahuan melalui tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang, sama ada bidang

agama, matematik, sains tulen, sastera, seni, dan sebagainya. Salah seorang tokoh

dalam tamadun Islam yang telah memberikan sumbangan besar kepada masyarakat

umum ialah al-Khawarizmi.

Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad bin Musa al-Khawarizmi. Namanya juga

kadangkala dieja oleh penulis Barat sebagai al-Karismi, Al-Chowarizmi, Al-Goritmi, Al-

Charizmi dan sebagainya. Beliau juga dikenali juga sebagai Abu Jaafar kerana

mempunyai anak lelaki yang bernama Jaafar. Beliau dilahirkan pada tahun 780 masehi

di sebuah wilayah bernama Khawarizmi (kini dikenali sebagai Khiwa). Di wilayah itu,

penduduknya bertutur dalam dua bahasa iaitu bahasa Turki dan bahasa Parsi. Datuk

moyangnya berbangsa Turki dari Asia Tengah. Keluarganya kemudian berpindah dari

Khawarizmi ke sebuah kampung yang bernama Qutrubul, berhampiran Baghdad.

Pendidikannya dalam ilmu matematik dipelajarinya di Baitul Hikmah yang terletak di

Baghdad. Beliau mempelajari ilmu matematik selama dua tahun dengan para sarjana di

Baghdad yang ketika itu merupakan pusat ilmu yang terkenal semasa pemerintahan

Kerajaan Islam Abbasiyyah. Beliau juga tidak jemu menambah ilmunya, walaupun

daripada bangsa lain yang merupakan pihak yang bermusuh dengan kerajaan

Abbasiyyah. Antaranya, beliau menambah pengetahuannya tentang ilmu kejuruteraan

daripada Leon, seorang ilmuwan di negara Rom. Aritmetik India pula dipelajarinya

daripada Kankah, ketua kaum Zatt yang merupakan pemberontak yang berasal dari

India.

Page 4: Tokoh Dan Sumbangan

Kepakarannya dalam ilmu matematik diiktiraf oleh pemerintah Abbasiyyah iaitu Khalifah

Harun Ar-Rashid yang melantiknya sebagai sebagai pakar matematik dan ahli akademi

matematik di Baitul Hikmah. Beliau kemudian dilantik sebagai pengarah arkib buku di

perpustakaan istana khalifah oleh Khalifah al-Maimun, pengganti Khalifah Harun ar-

Rashid yang mangkat. Khalifah al-Ma’mun dikatakan mencintai ilmu lebih daripada

ayahnya. Baginda sering mengadakan majlis ilmu di istananya untuk membolehkan

ulama dan ilmuwan berdiskusi tentang ilmu. Malah, baginda juga sering ke Baitul

Hikmah untuk menemui ilmuwan di sana, termasuklah al-Khawarizmi.

Beliau turut mengemaskini sistem perpustakaan dengan menambah indeks buku-buku

di perpustakaan tersebut. Di Baitul Hikmah, Al-Khawarizmi turut bertugas mengetuai

dan mengawasi kerja penterjemahan buku-buku matematik dalam bahasa Yunani yang

diperoleh daripada Kerajaan Bizantin. Dalam hal ini, Khalifah Harun Ar-Rashid

menghantar ilmuwannya untuk mempelajari bahasa Yunani dan melakukan kerja

menulis ilmu peninggalan tamadun Yunani di perpustakaan diraja Bizantin selama tiga

tahun sebagai penebusan tawanan perang Bizantin yang kalah berperang dengan

tentera Islam Abbasiyyah. Malah, Khalifah al-Ma’mun juga melantik al-Khwarizmi

penasihat astronomi dan bertugas di balai cerap (observatori) yang didirikan oleh

baginda di Baghdad.

Idea dan Sumbangan al-Khawarizmi

Nombor

Salah satu sumbangan terbesar al-Khwarizmi kepada tamadun dunia ialah

memperkenalkan sistem nombor yang digunakan sehingga kini iaitu 0, 1,2,3,4,5,6,7,8

dan 9. Sebelum angka ini diperkenalkan, setiap bangsa di dunia boleh dikatakan

mempunyai cara untuk membuat pengiraan melalui angka-angka mereka sendiri.

Tamadun-tamadun terdahulu seperti Yunani, Romawi, Mesir Kuno, Babylon dan Parsi

telah lama memiliki angka-angka tertentu yang membolehkan mereka melakukan

pelbagai operasi pengiraan dan memungkinkan ilmu-ilmu matematik dan geometri

Page 5: Tokoh Dan Sumbangan

berkembang. Angka-angka tersebut menggunakan simbol-simbol tertentu yang

mewakili nilai-nilai tertentu. Penduduk timur Arab umpamanya menggunakan angka-

angka , , , , , , ,١ ٢ ٣ ٤ ٥ ٦ ٧ ٨ dan ٩ bagi merujuk angka 1 hingga 9 iaitu pengaruh angka India.

Angka-angka tersebut dinamakan sebagai angka Ghuburiyyah.

Sungguhpun demikian, nilai sifar dalam angka-angka yang digunakan oleh pelbagai

tamadun tidak mempunyai simbol. Al-Khawarizmilah orang pertama yang

memperkenalkan angka sifar (kosong) dalam ilmu matematik. Melalui penggunaan

angka sifar, akan terbitkan nombor yang mencapai infiniti. Melalui khazanah ilmu yang

dikembangkannya dalam salah sebuah bukunya, De Numero Indorum, beliau

memperkenalkan penggunaan angka-angka yang digunakan oleh penduduk dunia

sekarang iaitu nombor.

Kecuali angka 0, angka yang lain bukanlah ciptaannya, kerana angka-angka lain iaitu 1

hingga 9 merupakan bentuk angka yang digunakan oleh orang- orang Arab yang

mendiami utara Afrika seperti Tunisia, Algeria dan Maghribi. Angka-angka ini kemudian

dipinjam oleh orang Eropah dan digunakan secara meluas di dunia. Pengenalan sistem

angka yang sistematik oleh al-Khawarizmi bukan sahaja membolehkan operasi

pengiraan matematik diperluaskan meliputi operasi kuasa, log, kosinus dan sebagainya,

malah membolehkan ilmu sains dan teknologi berkembang dengan lebih pesat. Malah,

‘sifar’ yang diperkenalkan oleh al-Khawarizmi dipinjam oleh bahasa-bahasa Eropah

dengan sebutaan ‘cifre’, ‘chiffre’ dan ‘zero’.

Al-jabar (algebra)

Al-Khawarizmi dikenali juga sebagai bapa al-jabar melalui sumbangan beliau dalam

memperkenalkan jurusan aritmetik iaitu al-jabar. Al-Jabar secara ringkasnya merupakan

satu bidang matematik yang dipanggil ilmu persamaan. Melalui kaedah penggunaan

simbol yang mewakili nombor, nilai atau pemboleh ubah, banyak masalah pengiraan

dapat diselesaikan. Secara praktiknya, masalah-masalah pengiraan yang dihadapi oleh

Page 6: Tokoh Dan Sumbangan

masyarakat Islam dapat diatasi. Bentuk pengiraannya yang menggunakna simbol

tertentu disebut juga sebagai algebra dalam ilmu matematik moden.

Al-jabar mula diperkenalkannya melalui kitabnya yang berjudul Hisab al-Jabr wa al-

Muqabalah. Idea untuk menghasilkan ilmu al-jabar ini muncul daripada perbincangan

al-Khawarizmi dengan khalifah al-Maimun yang kehairanan kerana ilmu-ilmu matematik

warisan pelbagai tamadun terdahulu agak rumit dan tidak dapat dimanfaatkan dalam

urusan seharian seperti jual beli, ukur tanah dan pembahagian harta pusaka. Oleh itu,

al- Khawarizmi mengkaji dan akhirnya mencipta kaedah-kaedah baharu.

Buku yang memperkenalkan kaedah aritmetik al-jabar Ini turut diterjemahkan ke dalam

bahasa Latin dan menjadi rujukan di universiti-universiti di Eropah sejak diterjemahkan

mulai abad ke12 masehi hingga ke 16 masehi.

Al-Khwarizmi dianggap mencipta ilmu baharu yang belum pernah dicipta oleh pakar-

pakar matematik sebelum ini. Dalam kitab tersebut, istilah-istilah baharu tentang ilmu ini

diperkenalkan dan digunakan sehingga kini iaitu pembolehubah (x), pembolehubah

kuasa dua (x²) dan pemalar (c). Kitab itu juga terkandung bab-bab yang meliputi

pelbagai topik iaitu:

Pengiraan darab, campur tolak dan bahagi,

Persamaan,

Kerja ukur

Permasalahan jual beli dan perniagaan

Pembahagian mata wang

Timbangan dan ukuran

Pengukuran satah yang rata

Keluasan bulatan dan segi tiga

Isi padu bentuk piramid dan kon

Wasiat dan pembahagian harta pusaka.

Page 7: Tokoh Dan Sumbangan

Al-Khawarizmi juga menghasilkan satu lagi buku yang berkaitan dengan al-jabar khusus

untuk mengatasi masalah praktikal yang dihadapi oleh umat Islam, khususnya

melibatkan pengiraan seperti pembahagian harta pusaka dan perniagaan. Sungguhpun

penyelesaian masalah-masalah itu terkandung dalam al-Quran dan hadis, namun ilmu

yang diperkenalkannya dapat membantu mengatasi masalah pengiraan yang lebih

rumit dan kompleks yang tidak dihuraikan dalam kedua-dua sumber itu. Kitab yang

dimaksudkan ini ialah al-Kitab al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah.

Geometri dan Trigonometri

Melalui penggunaan al-Jabar, al-Khawarizmi turut memberikan sumbangan dalam

bidang yang lain seperti geometri dan trigonometri kerana kedua-dua bidang tersebut

merupakan pecahan kepada bidang matematik yang melibatkan pengiraan. Geometri

berkaitan tentang ciri dan hubungan antara titik, garis, sudut, permukaan dan pepejal

dalam ruang manakala trigonometri pula berkaitan dengan pengiraan segi tiga, sukatan

sisi dan sudutnya. Beliau telah turut menyentuh bidang tersebut dalam Hisab al-Jabr wa

al-Muqabalah.

Astronomi

Al-Khawarizmi menghasilkan dua makalah tentang astronomi semasa bertugas di

perpustakaan istana. Makalah yang pertama ialah tentang alat daripada batu marmar

yang dipanggil ‘ruhkamat’ yang digunakan untuk mengenal pasti waktu solat,

berdasarkan perubahan bayang-bayang sesuatu benda dalam bulatan, mulai terbit

matahari hingga tenggelam matahari. Beliau juga menghasilkan satu lagi makalah

tentang sejenis alat ukuran astronomi yang dipanggil sebagai astrolab.

Bidang astronomi juga turut melibatkan pengiraan. Bidang ini turut bergantung kepada

ilmu al-jabar yang diperkenalkan oleh Al-Khawarizmi. Alat pelayaran seperti kuadran

yang digunakan untuk menyukat sudut dan altitud serta astrolab yang boleh digunakan

Page 8: Tokoh Dan Sumbangan

untuk mengukur waktu, ketinggian gunung dan kedalaman perigi juga turut melibatkan

pengiraan al-Jabar.

Geografi

Beliau juga berjaya menghasilkan tulisan tentang geografi yang dimuatkan juga segala

ilmu yang diketahuinya daripada sarjana Yunani yang berjudul, ar-Rub’u’l Ma’mur atau

Suratu’ul-Asrd wa ma fi ha mina’l Mudun, wal’l-Jibal wa’al-Jaza’ir wa’l Anhar. Kitab itu

dihasilkannya semasa menjalankan tugas untuk mengetahui kedudukan bumi dan

keluasannya, mengukur garis latitud dan longitud secara lebih tepat semasa bertugas di

observatori di Baghdad. Kitab ini dilengkapkan dengan carta-carta astronomi yang

memerikan pergerakan bintang di langit. Dalam kitab ini, beliau ada menerangkan dan

membuktikan pandangan sarjana Yunani iaitu Ptolemy tentang jarak antara negara-

negara.

Selain menulis kitab-kitab ilmu, al-Khawarizmi terlebih dahulu menterjemahkan hasil-

hasil karya sarjana Greek dan India dalam bahasa Arab. Pada zaman itu, ilmu-ilmu

tamadun terdahulu seperti tamadun Yunani, India, Parsi, Mesir, Babylon dan Mesir

kuno sudah merosot dan hanya meninggalkan warisan ilmunya yang hampir disia-

siakan. Antaranya ialah menterjemah kitab astronomi India berjudul as-Sindhant dan

diringkaskan Sind Hindu’s-Saghir. Beliau juga menterjemah kitab ilmu matematik India

dalam bahasa Arab yang banyak memberikan sumbangan terhadap perkembangan

ilmu matematik iaitu ‘al-Hisabu’l-Hindi.

Tokoh ini meninggal dunia pada tahun 850 masehi dengan meninggalkan legasinya

kepada dunia. Ketokohan dan sumbangan al-Khawarizmi khususnya dalam ilmu

matematik cukup besar kerana ilmu yang diperkenalkannya mempengaruhi kemajuan

bidang geometri, trigonometri dan astronomi. Ilmu-ilmu tersebut digunakan secara

meluas sehingga kini dan dimanfaatkan dalam kehidupan seharian serta menjana

perkembangan ilmu sains dan teknologi. Tamadun dunia, termasuklah tamadun Eropah

Page 9: Tokoh Dan Sumbangan

yang maju kemudiannya banyak terhutang budi dengan sumbangan dan idea yang

diberikan oleh al-Khawarizmi.

2) Ibnu Yunus (ilmu Astronomi)

Nama penuh beliau ialah Abu al-Hassan Ali ibn Abdur-Rahman  ibn Ahmad ibn

Yunus ibn Abdul A’la al-sadafi. Datuk beliau, Abdul-A’la ialah seorang ulama’. Begitu

juga dengan bapa beliau, Yunus. Ibnu Yunus lahir pada tahun 348H./358M. dan

meninggal pada tahun 399H/1009M.

Antara sumbangan yang lain beliau termasuklah mencipta berbagai-bagai

kaedah penting dalam mengira kepantasan waktu. Kaedah-kaedah beliau ini telah

banyak menjelaskan persoalan-persoalan tentang pergerakan cakerawala. Malahan ,

beliaulah yang mereka cipta batu jam.Antara hasil karya beliau dapat kita tatapi pada

hari ini termasuklah al-Ziji al-Kabir. Beliau telah memperkenalkan satu penemuan yang

baru iaitu berupa bandul (ayunan) yang digunakan untuk mengetahui detik-detik waktu

dalam meneropong benda-benda angkasa, seperti halnya bandul yang digunakan untuk

jam dinding.

Dalam bidang pergerakan bulan dan matahari, Ibn Yunus telah berjaya

memperoleh hasil penyelidikan yang banyak hasil daripada kegiatan beliau di pusat

penyelidikan yang beliau dirikan di Kaherah. Hasil-hasil ini telah beliau gunakan untuk

tujuan dan kajian perbandingan semasa bergiat dalam bidang berkenaan.

 Begitulah kehidupan dan sumbangan Ibnu Yunus yang merupakan satu lagi

bintang kesarjanaan ilmu pada zaman kebangkitan Islam dalam bidang ilmu. Cuma apa

yang berbeza ialah beliau hidup dan bergiat di Kaherah, tidak seperti orang lain, yang

rata-rata tertumpu ke Baghdad, kota ilmu pada waktu itu.

Page 10: Tokoh Dan Sumbangan

  Ibnu Yunus merupakan seorang Pakar Astronomi yang terulung di zaman itu.

Hasil ciptaan beliau telah menjadi sumber rujukan utama buat ahli astronomi sekarang.

Malahan beliau telah memberi impak yang besar  dalam bidang astronomi untuk lebih

maju terkedepan. Moga tokoh ini boleh menjadi sumber inspirasi buat generasi akan

datang untuk menjadi yang lebik baik dari yang dulu.

3) Ibnu Nafis (ilmu Perubatan)

Nama penuh Ibnu al-Nafis ialah ‘Ala’uddin abu al-Hasan ali ibn abi al-Hazam al-

Qrasyi, seorang Arab berketurunan Quraisy.Beliau telah dilahirkan di pinggir Bandar

Damsyik pada tahun 607H(1210M).

Ibnu Nafis telah memberikan sumbangan besar dalam bidang perubatan, secara

khususnya Ibnu al-Nafis mempunyai kepakaran yang tinggi dalam bidang pembedahan.

Penemuan sistem peredaran darah kecil juga telah membuatkan Ibnu al-Nafis terkenal

sebagai tokoh sarjana islam yang terkenal. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau

telah membina sebuah hospital.

 

Dalam bidang pembedahan, beliau sangat berminat dengan pembedahan

jantung dan kerongkong, kerana kerana beliau telah percaya pada wujudnya pertalian

yang rapat antara pernafasan dan denyutan jantung. Bagi memajukan lagi bidang

pembedahan ini, Ibnu al-Nafis menasihatkan supaya pembedahan perbandingan dibuat

dengan melakukannya ke atas binatang. Menurut beliau, langkah seperti ini boleh

membantu kita memahami dengan lebih mendalam tentang tubuh manusia dan fungsi

semua organ yang terdapat dalam tubuh manusia.

Selain itu, beliau juga bersama doktor-doktor Mesir yang lain melancarkan

kempen memerangi wabak yang tidak mengenal mangsa sama ada kanak-kanak

mahupun kaum dewasa. Wabak ini merebak selama enam bulan dan akhirnya ia

berjaya dikawal oleh Ibnu al-Nafis. Dengan kejayaan ini Ibnu al-Nafis telah digelar al-

Misri oleh penduduk di negara Mesir.

Page 11: Tokoh Dan Sumbangan

Semasa umur beliau mencecah lingkungan 74 tahun, beliau telah ditugaskan

oleh Sultan Qalawun untuk membina sebuah hospital baru di Kaherah. Beliau menyelia

pembinaan ini menurut keperluan perubatan berkenaan bahagian-bahagian hospital

tersebut, wad, farmasi, perpustakaan, ruang menunggu, dan bilik khas untuk doktor.

Selain itu juga, beliau memperkalkan konsep teaching hospital. Hospital itu telah

dirasmikan oleh Sultan Qalawun dan dinamakannya dengan ‘al-Mansuri’.

4) Al-Mas’udi (ilmu Geografi)

 

  Abu al – Hassan 'Ali b. Husayn b. 'Ali al – Mas'udi atau Abu Hassan 'Ali b. al –

Hasyn b. 'Abdullah al – Mas'udi. Beliau dilahirkan di kota Baghdad Iraq pada akhir abad

ke – 9M. Berdasarkan buku yang berjudul al – Mas'udi and His World, beliau dilahirkan

pada tahun 283H / 895M. Pada tahun 345H / 956M beliau beliau berusia 20 tahun

Beliau memberikan sumbangan yang banyak dalam Ilmu Geografi.

Menggabungkan geografi dengan disiplin sejarah untuk menjadikannya lebih menarik

iaitu membuat gambaran tentang gempa bumi, perairan laut mati, dan tajuk-tajuk

geologi yang lain. Pertama kali beliau menyebut tentang kincir air di Sijistan yang

menjadi penemuan baru bagi orang Islam. Beliau juga menyokong Teori Determinisme

Alam Sekitar dengan menganggap bahawa faktor persekitaran  iaitu iklim yang

dipengaruhi oleh planet mempunyai pengaruh yang rapat dengan sikap manusia.

 

Dalam bidang Ilmu Pelayaran, beliau membuat catatan penting terhadap

peristiwa pelayaran dan pada masa yang sama memberi sumbangan yang amat besar

dalam ilmu pelayaran Islam. Beliau dapat menyelesaikan masalah yang timbul di

kalangan pelaut dan ahli pelayaran yang keliru tentang nama-nama sungai yang

mereka lalui semasa pelayaran dijalankan. Beliau juga menjelaskan keadaan, lokasi

serta aktiviti perdagangan bagi masyarakat dan pedagang di India setelah beliau tiba

pada tahun 303H.Beliau menerangkan kepada  ahli pelaut yang mengatakan setiap laut

Page 12: Tokoh Dan Sumbangan

itu berasingan, dengan penjelasannya bahawa lautan merupakan satu kumpulan air

besar yang bersambung antara satu sama lain.

Beliau berjaya menyelesaikan kekeliruan yang dihadapi oleh pelaut Arab tentang

dua laluan laut dari Eropah ke Sepanyol iaitu Britain dan Ireland melalui lautan Atlantik

dan dari Rusia melalui Laut Hitam, Dardeneller dan laut Mediterranean. Hasil sil kajian

yang beliau lakukan bahawa laut Kaspia tidak bersambung dengan laut Hitam.

Beliau juga berpendapat bahawa jarak antara benua Eropah dan China adalah

setengah linkungan bumi.

5) AL-BIRUNI

Al Biruni atau nama asalnya Abu al-Raihan Muhammad ibn Ahmad al-Biruni.

Beliau dilahirkan pada tahun 362 H (973 M) diBirun, ibu negara Khawarizm atau lebih

dikenali sebagai Turkistan. Gurunya yang terawal ialah Abu Nasr Mansur ibn Alt ibn

Iraqin yang juga merupakan seorang pakar ilmu matematik dan alam. Minat dan

kecenderungannya untuk mempelajari serta meluaskan dimensi ilmu pengetahuannya

telah mendorong Al-Biruni merantau sehingga ke negara India. Tetapi semasa berada

di India, Al-Biruni telah ditawan oleh Sultan Mahmood al-Ghaznawi. Setelah menyedari

keilmuwannya beliau ditugaskan di istana sebagai salah seorang ulama. Kesempatan

itu digunakan sepenuhnya oleh Al-Biruni untuk mempelajari bahasa Sanskrit dan

bahasa lain di India.

Penguasaannya terhadap pelbagai ilmu pengetahuan dan bidang telah

menyebabkan beliau digelar sebagai "Ustaz fil Ulum" atau guru segala ilmu.

Penulisannya tentang sejarah Islam telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris

dengan judul "Chronology of Ancient Nation". Banyak lagi buku tulisan Al-Biruni

diterbitkan di Eropah dan tersimpan dengan baiknya di Museum Escorial, Sepanyol.

Dalam sepanjang hidupnya Al-Biruni telah menghasilkan lebih 150 buah buku termasuk

satu senarai kajian yang mengandungi 138 tajuk. Antara buku itu ialah Al-Jamahir fi al-

Jawahir yakni mengenai batu-batu permata; Al-Athar al-Baqiah berkaitan kesan-kesan

Page 13: Tokoh Dan Sumbangan

lama tinggalan sejarah dan Al-Saidalah fi al-Tibb, tentang ubat-ubatan. Karya ini

dikatakan karyanya yang terakhir sebelum meninggal dunia pada 1048M.

Al-Biruni bukan sahaja dapat menguasai bahasa Sanskrit dengan baik tetapi

juga bahasa-bahasa Ibrani dan Syria. Beliau yang memiliki ilmu pengetahuan yang luas

tentang falsafah Yunani menjadikannya seorang sarjana agung yang pernah dilahirkan

oleh dunia Islam. Al-Biruni berjaya membuktikan bahawa gandingan falsafah dan ilmu

pengetahuan telah membolehkan agama terus hidup subur dan berkembang serta

membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh umat.

Pemikiran falsafahnya tidak semata-mata bersandarkan kepada imaginasi dan

permainan logik tetapi berdasarkan kepada kajian yang dilakukannya secara empirikal.

Kepakarannya dalam ilmu Islam tidak boleh dipertikaikan kerana dalam umur yang

masih muda lagi beliau telah menghasilkan sebuah karya besar yang berjudul Kitabul

Asar al baqiya 'Anil Quran al Khaliya. Dalam masa yang sama, Al-Biruni juga

membuktikan bahawa golongan ahli falsafah bukan merupakan golongan yang sesat

dan hidup di awang-awangan. Sebaliknya mereka merupakan golongan ilmuwan yang

perlu diberi pengiktirafan.

Peranan dan kedudukan mereka amat besar dalam pembinaan tamadun Islam

serta peradaban manusia. Sesungguhnya kemunculan Al-Biruni sebagai tokoh ilmuwan

tersohor telah mengangkat martabat ahli falsafah daripada terus diberikan pelbagai

stigma dan label yang berbentuk negatif serta merubah peranan yang sepatutnya

dimainkan oleh ahli falsafah itu sendiri.

Page 14: Tokoh Dan Sumbangan

RUJUKAN

Sazelin Arif, Ahmad Ridzwan mohd Noor, Nooraini Sulaiman. (2007). Tamadun

Islam dan Tamadun Asia. Selangor : McGraw-Hill (Malaysia) Sdn.Bhd.

Raymond Dugoh. (2000). Tamadun Dunia. Selangor Darul Ehsan : Federal

Publications Sdn. Bhd.

Al-KHAWARIZMI: SUMBANGAN IDEA DAN PEMIKIRANNYA TERHADAP

TAMADUN DUNIA diperolehi pada (17 March 2012) daripada

http://nobatas.blogspot.com/2011/06/al-khawarizmi-sumbangan-idea-dan.html.

TOKOH-TOKOH SAINTIS ISLAM AL-KHAWARIZMI & SUMBANGAN diperolehi

pada (17 March 2012) daripada http://tokohislam2u.tripod.com/id3.html.