tmk

17
HBEF2303 Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan 2015 1.0 PENGENALAN Dunia pendidikan kita telah berkembang seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang terkini. Perkembangan ini telah membantu dalam menyediakan banyak peluang pendidikan kepada masyarakat umumnya yang ingin melanjutkan pelajaran. Seiring dengan kemajuan ini, pengajaran dan pembelajaran ( P & P ) perlu bergerak selari dengan pendidikan semasa yang menggunakan teknologi maklumat ( ICT ) sebagai alat untuk memantapkan keberkesanan proses P&P. Guru dan murid secara amnya memerlukan pendedahan yang meluas agar tidak terpinggir daripada penggunaan ICT Semua pihak perlu saling bekerjasama dan menonjolkan peranan dalam bidang masing – masing demi memantapkan tahap penguasaan ICT dalam pendidikan. Menurut kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), definisi penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran adalah menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Ini jelas menunjukkan penggunaan ICT dalam pendidikan dapat menjadi anjakan paradigm dalam membentuk pelajar yang lebih cekap dan mampu menerima pengajaran dengan berkesan sekaligus membawa martabat pendidikan Negara ke aras yang lebih tinggi.. Di Malaysia, bagi meluaskan penggunaan internet, kerajaan telah melaksanakan Strategi Pelaksanaan Jalur Lebar Negara atau dikenali sebagai Pelan Jalur Lebar Negara (NBI). Ia 1

Upload: aishahbintialamudin

Post on 26-Sep-2015

22 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

teknologi maklumat dalam pendidikan

TRANSCRIPT

HBEF2303 Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan

HBEF2303 Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan2015

1.0 PENGENALANDunia pendidikan kita telah berkembang seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang terkini. Perkembangan ini telah membantu dalam menyediakan banyak peluang pendidikan kepada masyarakat umumnya yang ingin melanjutkan pelajaran. Seiring dengan kemajuan ini, pengajaran dan pembelajaran ( P & P ) perlu bergerak selari dengan pendidikan semasa yang menggunakan teknologi maklumat ( ICT ) sebagai alat untuk memantapkan keberkesanan proses P&P. Guru dan murid secara amnya memerlukan pendedahan yang meluas agar tidak terpinggir daripada penggunaan ICT Semua pihak perlu saling bekerjasama dan menonjolkan peranan dalam bidang masing masing demi memantapkan tahap penguasaan ICT dalam pendidikan.Menurut kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), definisi penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran adalah menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Ini jelas menunjukkan penggunaan ICT dalam pendidikan dapat menjadi anjakan paradigm dalam membentuk pelajar yang lebih cekap dan mampu menerima pengajaran dengan berkesan sekaligus membawa martabat pendidikan Negara ke aras yang lebih tinggi..Di Malaysia, bagi meluaskan penggunaan internet, kerajaan telah melaksanakan Strategi Pelaksanaan Jalur Lebar Negara atau dikenali sebagai Pelan Jalur Lebar Negara (NBI). Ia adalah strategi yang dapat mengembangkan penggunaan jalur lebar ke seluruh Negara. Pada tahun 2007, kerajaan Malaysia telah menetapkan sasaran jalur lebar dimana untuk mencapai 50 peratus kadar penembusan jalur lebar bagi setiap isi rumah pada penghujung tahun 2010. Pada tahun 2015, hampir semua pelajar di Semenanjung Malaysia telah mendapat akses kepada internet, dan menggunakan sepenuhnya kemudahan ini. Di setiap sekolah di Malaysia terdapat makmal komputer yang berfungsi sebagai platform bagi para pelajar belajar asas-asa komputer dan pengenalan kepada internet. Di dalam kelas pula, para pelajar sering didedahkan dengan penggunaan bahan-bahan teknologi maklumat dalam memperkayakan lagi ilmu dan pengetahuan dalam sesuatu mata pelajaran. Berdasarkan pemerhatian, para pelajar lebih aktif dengan bahan bantu mengajar yang sangat interaktif dan menghilangkan kebosanan ketika kelas berlangsung.

2.0 CADANGAN KAEDAH SISTEM PENYAMPAIAN KANDUNGAN MELALUI INTERNET DARI SUDUT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN KOMPUTER ( PPBK )Terdapat pelbagai kemudahan yang dapat kita peroleh dalam penggunaan internet yang pastinya berguna kepada para guru terutama sekali dalam mempraktikkan pengajaran dan pembelajaran berbantukan Komputer ( PPBK ). Kemudahan ini bukan sahaja member manfaat kepada guru-guru dalam menyediakan bahan pengajaran kepada murid, malahan para pelajar juga dapat memanfaatkan internet dalam kehidupan mereka terutama sekali bagi tujuan menimba ilmu pengetahuan. Di sekolah, guru-guru melakukan pelbagai aktiviti yang melibatkan PPBK bagi menarik minat pelajar mencintai sesuatu subjek atau matapelajaran. Terdapat beberapa jenis PPBK yang selalu digunakan oleh para guru. Ini termasuklah Latih tubi, tutorial, simulasi, permainan, penyelesaian masalah, dan juga ujian. Setiap jenis PPBK mempunyai kelebihan masing-masing dan sesuai digunakan dalam matapelajaran peringkat rendah, menengah, dan tinggi. Perkara asas yang perlu diketahui oleh para pelajar dalam penggunaan internet adalah cara menubuhkan akaun mel elektonik ( e-mel ) peribadi mereka. E-mel boleh direka secara percuma dengan menggunakan akaun Gmail, Yahoo, dan Hotmail. Setelah mengetahui cara menubuhkan akaun e-mel sendiri, para pelajar kemudian perlu didedahkan cara menghantar e-mel dan membuka e-mel yang diterima. Setelah mengetahui fungsi e-mel, mereka juga perlu didedahkan dengan pelbagai aplikasi internet yang melibatkan perkongsian ilmu seperti Scribd, SlideShare, dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga laman sosial yang memerlukan akaun e-mel seperti laman sosial facebook, twitter, atau instagram. Dalam mengaplikasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran , para guru juga boleh merancang pengajaran mereka dengan menerapkan proses pengajaran melalui e-mel. Melalui e-mel, pada kebiasaannya pengguna berkomunikasi dengan menggunakan teks sahaja. Di sini, guru boleh mendedahkan pelajar dengan forum atas talian di mana setiap pelajar dapat menyertai forum sebagai satu wadah untuk berkomunikasi antara satu sama lain secara maya. Sebagai contoh, dalam satu kelas, pelajar dikehendaki menyertai forum khas untuk kelas tersebut. Melalui forum ini, guru dapat menyediakan bahan bacaan tambahan, latihan dan sebagainya yang boleh dimuat turun oleh pelajar. Selain itu, para pelajar juga boleh mengajukan soalan kepada guru atau berbincang berkaitan mata pelajaran dengan rakan sekelas tanpa perlu bersua-muka. Ini dapat menjimatkan masa terutama sekiranya terdapat kemusykilan dalam menyelesaikan kerja kursus atau kerja sekolah yang dibekalkan semasa cuti sekolah. Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer, kebanyakan guru menggunakan aplikasi komputer yang melibatkan gabungan pelbagai unsur media. Gabungan ini dinamakan multimedia. Ia merupakan gabungan video, audio, animasi, teks dan grafik dalam satu-satu masa. Penggunaan multimedia dalam pengajaran bertujuan menarik perhatian pelajar dan menjadikan persembahan dan pengajaran di dalam kelas tidak membosankan. Menurut Shaifol (2004) penggunaan bahan multimedia dapat menjadikan persembahan menarik minat pengguna, memberi motivasi kepada pengguna dan mudah difahami oleh pengguna.Pengguna dalam konteks pendidikan adalah guru dan pelajar. Sebagai contoh, dalam kelas pra sekolah, alat bantu yang sering digunakan dalam kelas pengenalan huruf adalah kad imbas interaktif. Berbeza dengan kad imbas yang kebiasaannya dicetak di atas kad keras, kad imbas interaktif ini memaparkan imej bergerak dan bunyi-bunyian yang diselang-selikan dengan nyanyian kanak-kanak. Melalui penggunaan bahan seperti ini, para pelajar lebih mudah mengingati setiap huruf dan benda yang mewakili huruf-huruf tersebut berdasarkan gambar, dan bunyi yang dipaparkan. Terdapat banyak aplikasi kad imbas interaktif ini yang boleh didapati secara percuma melalui laman Youtube ataupun laman Nickelodeon.com. Laman-laman ini bukan sahaja percuma, malahan para pelajar dalam melayarinyai secara langsung dengan mudah dan menghiburkan.Dalam kita mengejar arus kemajuan dalam pendidikan, kemudahan internet amat penting bagi mengaplikasikan PPBK. Di Malaysia, Terdapat pelbagai bahan PPBK yang mudah didapati secara atas talian.Selain daripada kad imbas untuk pelajar pra sekolah, pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah juga tidak ketinggalan dalam memanfaatkan ilmu teknologi ini. Mereka boleh menggunakan aplikasi portal pendidikan dalam talian. Portal pendidikan adalah salah satu aplikasi pengajaran dan pembelajaran berasaskan web yang boleh di manfaatkan olehguru dan pelajar sebagai salah satu langkah untuk menambah kefahaman atau persediaan sebelum proses pengajaran. Teknologi portal yang digabungkan dengan sistem data dan maklumat lain dapat membentuk senjatayang berpotensi untuk menawarkan e-pembelajaran (E-learning) (Hartley, 2000). Contoh portal pendidikan yang sering mendapat perhatian di Malaysia adalah Portal Pendidikan Utusan. Dalam portal Utusan, elemen latih tubi diterapkan dalam setiap mata pelajaran. Latih tubi adalah suatu latihan yang berikan oleh sistem dalam portal untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran. Komputer akan memberikan soalan dan merakamkan semua jawapan yang betul atau salah. Seterusnya komputer dapat memberikan maklumbalas kepada pelajar. Ini akan membolehkan pelajar yang kurang berpengalaman dapat mengikuti perjalanan kursus mengikut tahapnya sendiri dan dapat memaparkan kemajuannya pada bila-bila masa sahaja. Latih tubi ini dapat meningkatkan kecekapan para pelajar dalam menjawab soalan berkaitan mata pelajaran yang diambil. Selain itu, ia juga dapat memudahkan tugas guru dalam memastikan setiap pelajar menghabiskan latih tubi mereka. Ini kerana segala aktiviti dilakukan sepenuhnya di dalam komputer. Guru sebagai pemantau bertindak sebagai fasilitator kepada pelajar yang memerlukan bantuan dalam penggunaan komputer.

Di Malaysia, selain daripada Portal Pendidikan, terdapat pelbagai alat bantu mengajar secara atas talian. Antaranya ialah perisian Zoom A. Perisian ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan serta banyak membantu dalam peningkatan kefahaman pelajar dalam pelajaran .Zoom A merupakan program pembelajaran secara interaktif melalui internet yang dirancangkan dan dikendalikan secara rapi, bersistematik, dan terkini untuk membantu para pelajar dalam pembelajaran. Pelbagai aktiviti boleh didapati melalui perisian Zoom A termasuklah latihan yang berbentuk permainan dan berorientasikan pelajaran. Apa yang menarik tentang permainan pendidikan ini ialah pelajar dapat mempelajari sesuatu konsep itu secara tidak langsung di mana terdapat unsur-unsur hiburan dan keseronokan dalam mereka menyelesaikan masalah. Secara umumnya, para pelajar sememangnya gemarkan permainan. Ini kerana, permainan dapat menghubungkan sel-sel otak pelajar dengan lebih aktif kerana, permainan merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan. Melalui PPBK, unsur permainan telah diterapkan dalam pelajaran dan pengajaran.. Permainan adalah merupakan jenis PPBK yang melibatkan aktiviti berbentuk pertandingan di mana pelajar akan membuat keputusan, mengikut arahan dan peraturan. Unsur-unsur hiburan dan keseronokan dimasukkan bersama-sama semasa pelajar mempelajari sesuatu kemahiran dalam PPBK. Ianya akan dapat memperkembangkan kemahiran mental, logik, pengetahuan dan penyelesaian masalah. pelajar-pelajar akan mempunyai motivasi yang tinggi untuk menjadi juara. Pada masa yang sama pelajar mempelajari kemahiran baru dalam sistem pembelajaran mereka. Pengaplikasian pengajaran komputer di sekolah membawa satu anjakan paradigma dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ibu bapa juga dapat menyemak hasil kerja dan ujian anak-anak yang berdaftar dengan Zoom A. Selain itu, proses pembelajaran juga bukan hanya berlaku di sekolah. Malahan ibu bapa juga dapat memantau aktiviti pelajaran anak-anak melalui Zoom A terutama ketika musim cuti sekolah. Ini dapat mengelakkan para pelajar daripada membuang masa melakukan aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak.

Selain itu Guru dan pelajar juga boleh menggunakan internet untuk mempertingkatkan kemahiran membaca dan menulis. Contohnya dengan melayari laman web seperti www.wikipedia.com. Bahan maklumat yang terdapat di internet banyak yang menarik dan sentiasa terkini. Setiap hari maklumat akan berubah, danjutaan maklumat yang terkini boleh didapati dengan mudah, cepat dan murah dariinternet. Pelajar boleh mencari maklumat mengenai apa sahaja yang berkaitan dengan pelajaran dengan menggunakan enjin carian seperti google.com. Para pelajar juga dapat menghubungi rakan taulan dari luar Negara dengan akses internet melalui laman sosial. Di dalam laman sosial kita dapat berkenalan dan berhubung dengan rakan-rakan dari luar Negara. Antara aplikasi internet yang dapat menghubungkan rangkaian sosial adalah facebook, twitter dan juga instagram. Aplikasi ini bukan sahaja dapat menghubungkan kita dengan kenalan dari Negara yang berbeza, malah dapat menjadi medan ilmu di mana kita dapat berkongsi ilmu dan pelajaran melalui perkongsian fail, nota, dan juga video ilmiah. Melalui internet, pelajaran bukan sahaja bertambah mudah, malah menyeronokkan. Guru juga boleh mencari maklumat dengan lebih cepat untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Selain dari maklumat, internet juga membekalkan grafik, gambar dan animasi yang menarik untuk proses pembelajaran. Selain itu, melalui PPBK, guru boleh menjadikan laman sosial sebagai platform untuk mengadakan kelas tutorial secara maya. Tutorial pada kebiasaannya disampaikan oleh guru ketika di dalam kelas. Tutorial secara maya ini melibatkan komputer sepenuhnya. Tutorial boleh dijalankan secara video dengan menggunakan Youtube atau Aplikasi komputer akan memperkenalkan bahan-bahan pembelajaran dan nota-nota yang di sampaikan secara berperingkat-peringkat. Setiap peringkat akan diikuti dengan soalan-soalan. Seterusnya komputer akan menyemak jawapan dan memberikan maklum balas. Ianya sesuai digunakan untuk memperkenalkan isi kandungan baru, mengulangkaji dan pemulihan kepada pelajar yang berpencapaian rendah atau pengayaan kepada pelajar yang berpencapaian tinggi. Ini kerana,setiap pelajar akan menggunakan komputer masing-masing dan dapat lebih fokus terhadap tutorial dan boleh mengulang semula tutorial berdasarkan keperluan mereka. Ini dapat membantu guru dalam menyampaikan pelajaran kepada murid.

Selain daripada kaedah di atas, para guru juga boleh menggunakan kaedah simulasi dalam menyampaikan kandungan melalui internet dari sudut PPBK. Simulasi adalah suatu situasi yang disediakan oleh komputer dengan memberikan gambaran sebenar terhadap sesuatu objek, proses atau peristiwa. Pelajar dapat berinteraksi secara aktif dengan komputer berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan, menyelesaikan masalah, isu, tugasan tertentu dan membuat keputusan yang tertentu. Ianya sesuai digunakan untuk pembelajaran proses dan konsep yang kompleks terutama dalam mata pelajaran seperti sains dan lain-lain yang memerlukan kajian atau modul atau modul yang mahal, merbahaya atau mengambil masa yang lama. Sebagai contoh, dalam mata pelajaran sains, setiap murid akan mengambil bahagian dalam melakukan eksperimen secara maya atau di dalam komputer. Murid mengambil bahagian dalam simulasi dengan cara memainkan peranan individu atau pihak yang terlibat mengikut peraturan atau prosedur yang ditentukan oleh guru. Contohnya, dalam satu simulasi berkaitan dengan eksperimen yang menggunakan bahan-bahan kimia yang merbahaya. Secara simulasi komputer, para pelajar akan menggunakan setiap alatan di dalam makmal dengan menggunakan komputer. Ini dilakukan seperti eksperimen yang sebenar, bezanya Cuma ia dikawal sepenuhnya oleh komputer berdasarkan keputusan yang dibuat oleh pelajar. Apa yang menarik,, para pelajar tidak terdedah kepada bahaya sekiranya melakukan kesilapan dalam eksperimen kerana ia hanya berlaku di dalam komputer. Namun, tindak balas komputer dalam mengendalikan eksperimen itu seolah-oleh ia adalah eksperimen sebenar. Pada amnya, simulasi akan berjaya jika melibatkan situasi kehidupan seharian. Simulasi juga digunakan bersama-sama dengan kaedah buku teks, perbincangan dan penyoalan. Antara laman web yang menyediakan kaedah simulasi ini ialah magicschoolbus melalui laman web http://www.scholastic.com/.

3.0 CADANGAN PERKAKASAN PERKAKASAN DAN BAJETNYA

Dalam kaedah sistem penyampaian kandungan melalui internet dari sudut Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Komputer ( PPBK ). Pihak sekolah perlu menyediakan beberapa perkakasan yang diperlukan oleh pelajar dan juga guru. Perkakasan ini lebih mudah jika ditempatkan dalam makmal komputer. Antara barang yang diperlukan adalah perkakasan komputer. Perkakasan komputer yang diperlukan oleh pelajar adalah perlu disediakan berdasarkan jumlah purata murid di dalam kelas . Secara purata, seramai 30 orang murid berada dalam sesebuah kelas. Sebuah komputer bernilai RM980. Bagi 30 buah komputer adalah sebanyak RM29400. Setiap pelajar dapat lebih fokus di dalam kelas dengan adanya komputer yang diperuntukkan untuk setiap orang pelajar. Selain itu, guru juga dapat menilai kemampuan penguasaan setiap pelajar tehadap penggunaan komputer. Ini amat penting dalam proses PPBK kerana, guru dan pelajar perlu saling bekerjasama dalam menjayakan PPBK. Sekiranya kemudahan komputer terpaksa dikongsi, ini akan menimbulkan ketidakselesaan kepada pelajar dan dikhuatiri aka nada pelajar yang tercicir dalam kelas PPBK.Bagi perkakasan yang diperlukan untuk pihak pengurusan atau guru adalah sebuah komputer guru. Sebanyak RM980 diperlukan untuk komputer guru dan sebanyak RM 3000 diperlukan untuk membeli sebuah pelayan atau server. Peralatan pencetak dan pengimbas dua dalam satu berharga RM900 diperlukan selain Projektor LCD yang berharga RM1200. Jumlah keseluruhannya ialah RM6080. Guru memerlukan komputer dan pelayan atau server bagi menyimpan maklumat pelajar dan juga semua data berkaitan PPBK. Ini amat penting bagi menjamin proses pembelajaran yang lancar dan berkesan. Server yang bagus juga akan melicinkan tugas guru mengajar. Ini kerana, setiap pelajar memerlukan capaian bahan belajar. Alat pencetak dan pengimbas penting untuk mencetak nota tambahan atau keputusan ujian atas talian para pelajar. Ini penting untuk rekod dan maklumat kepada ibu bapa. Selain peralatan tersebut, projector LCD juga amat diperlukan dalam PPBK. Ini kerana, guru akan sentiasa mengubah cara penyampaian ketika di dalam kelas. Kemungkinan ada guru yang akan menayangkan tayangan video atau sebagainya yang memerlukan Projektor LCD. Selain itu, bagi melengkapi perkakasan PPBK, kamera digital juga amat diperlukan. Kamera digital penting bagi merakam suasana di dalam kelas atau aktiviti para pelajar sebagai rekod aktiviti. Harga minimum bagi sebuah kamera digital adalah RM500. Anggaran harga bagi Modem, Switch/ Hub dan VSAT setiap satu dianggarkan berharga RM500. Modem, switch dan hub penting sebagai alat yang akan menghubungkan kesemua komputer dengan rangkaian internet. Rak peralatan juga penting bagi menempatkan peralatan wayar dan juga alat-alat lain. Harga bagi rak keselamatan berkunci adalah sebanyak RM600. Jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM2600.Bagi tujuan pendawaian dan pemasangan rangkaian, sebanyak 32 pendawaian elektrik yang berharga RM150 setiap satu diperlukan. Jumlah keseluruhan ialah RM4800. Jumlah Port yang perlu dipasang juga sebanyak 32 berharga RM150 setiap unit juga bernila RM4800. Untuk pemasangan kotak suis pula sebanyak RM400 diperlukan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan bagi pendawaian dan penyambungan rangkaian ini adalah sebanyak RM10000. Pendawaian dan pemasangan rangkaian yang sempurna amat diperlukan untuk memastikan tujuan utama PPBK yang berteraskan penggunaan internet tercapai dan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Senarai Keperluan Peralatan Komputer

BILPERALATANKUANTITIHARGA 1UNITJUMLAH

1Komputer Pelajar30RM980RM29400

2Komputer Guru1RM980RM980

3Pelayan (Server)1RM3000RM3000

4Pencetak + Pengimbas1RM900RM900

6Projektor LCD1RM1200RM1200

7Kamera Digital1RM500RM500

8Modem1RM500RM500

9Switch / Hub1RM500RM500

10VSAT1RM500RM500

11Rak Peralatan1RM600RM600

JUMLAHRM38080

Jadual 1 : Perkakasan KomputerSenarai Keperluan Pendawaian

BILPERALATANKUANTITIHARGA 1UNITJUMLAH

1Pendawaian Elektrik321504800

2Rangkaian Port321504800

3Kotak Suis1400400

JUMLAH10000

Jadual 2 : Perkakasan Pendawaian

Jadual 3 : Anggaran Perbelanjaan Keseluruhan

3.0 KESIMPULAN

Setiap guru merupakan aset penting dalam memastikan proses PPBK berjaya dan melahirkan pelajar yang celik komputer dan cemerlang dalam setiap mata pelajaran. Guru merupakan orang yang paling hampir dengan setiap pelajar dan mengetahui potensi setiap pelajarnya. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran, PBKK merupakan satu kaedah yang digunakan bagi mengoptimumkan pencapaian para pelajar.Penggunaan komputer dan internet merupakan cara yang paling berkesan untuk menarik minat para pelajar supaya tekun mendalami ilmu. Ini berikutan daripada pendedahan media massa seperti televisyen yang kerap kali mempromosikan penggunaan internet yang tiada batasan dan amat penting dalam hambatan teknologi arus perdana pada era teknologi maklumat ini. Institusi pendidikan Malaysia juga harus merebut peluang ini bagi memanfaatkan sepenuhnya penggunaan internet dalam perkembangan dunia pendidikan kita.Ia amat berpotensi untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran kita seiring dengan negara maju yang telah jauh kehadapan dalam penggunaan teknologi ini. Justeru itu, warga pendidik perlu dibantu bagi membolehkan mereka menggunakan teknologi ini dalam proses pengajaran supaya guru-guru dapat menyahut cabaran pada masa depan dengan lebih yakin. Institusi pendidikan sebagai wadah terpenting perlu mengalami perubahan lebih awal berbanding dengan institusi-institusi lain ke arah mencapai matlamat tersebut. Potensi dan kecanggihan teknologi perlu dimanfaatkan sepenuhnya.

4.0 RUJUKAN

Ismail, Z. (2002). Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications.Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan. (2011, November 21). Retrieved Mac 2, 2015, from Wife Cinta Abg Aku: http://wifecintabgaku.blogspot.com/2011/11/teknologi-maklumat-dalam-pendidikan.htmlWilkes, K. (2005, September). Whatis.com. Retrieved Mac 2, 2015, from http://whatis.techtarget.com/Zakaria, O., Sulaiman, S. B., Ahmad, H., & Abdullah, A. (2014). HBEF2303 Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan. Seri Kembangan: Meteor Doc. Sdn. Bhd. .Zoom A. (2015, Feb 28). Retrieved Mac 4, 2015, from http://www.zoom-a.com/

11

Sheet1ANGGARAN PERBELANJAANBilPerkaraRM1Keperluan komputer pelajar29400.00

2Keperluan Pengurus/Guru6080.00

3Keperluan Peralatan Komputer2600.00

4Pendawaian Elektrik & Networking10000.00

JUMLAH48080.00