tkrs skb syarat pertandingan kawat kaki 2007 (1).ppt

20
1 SYARAT PERTANDINGAN KAWAT SYARAT PERTANDINGAN KAWAT PERTANDINGAN KAWAT PERTANDINGAN KAWAT PASUKAN PAKAIAN SERAGAM PASUKAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2003 2003 KATEGORI KADET REMAJA SEKOLAH KATEGORI KADET REMAJA SEKOLAH

Upload: amanda-rhodes

Post on 09-Jul-2016

273 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: TKRS SKB Syarat Pertandingan Kawat Kaki 2007 (1).ppt

1

SYARAT PERTANDINGAN KAWATSYARAT PERTANDINGAN KAWAT

PERTANDINGAN KAWAT PERTANDINGAN KAWAT PASUKAN PAKAIAN SERAGAM PASUKAN PAKAIAN SERAGAM

SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2003MALAYSIA 2003

KATEGORI KADET REMAJA SEKOLAHKATEGORI KADET REMAJA SEKOLAH

Page 2: TKRS SKB Syarat Pertandingan Kawat Kaki 2007 (1).ppt

2

PENYERTAANPENYERTAAN Penyertaan adalah terbuka kepada pasukan-

pasukan Kadet Remaja Sekolah di sekolah-sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan

sahaja. Hanya dua pasukan sahaja akan mewakili

sesebuah negeri bagi pertandingan peringkat kebangsaan (satu pasukan bagi setiap kategori).a. Kategori lelakib. Kategori perempuan

Negeri yang menghantar kurang daripada 2 pasukan, pasukan tersebut akan hanya menyertai kategori yang berkenaan sahaja.

Platun-platun yang bertanding di peringkat negeri dan kebangsaan boleh dianggotai oleh pelajar-pelajar dari sebuah sekolah atau gabungan beberapa buah sekolah tetapi mereka hendaklah terdiri daripada pasukan kadet remaja sekolah. Sekiranya berlaku perlanggaran status peserta pasukan tersebut akan di batalkan

Page 3: TKRS SKB Syarat Pertandingan Kawat Kaki 2007 (1).ppt

3

PENDAFTARANPENDAFTARAN• Anggota pasukan dan ketua platun mestilah

terdiri daripada pelajar yang sedang menuntut.• Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan yang

didaftarkan hendaklah tidak kurang daripada 3131 orang dan tidak melebihi 3737 orang termasuk seorang ketua platun dan anggota simpanan.

• Semua anggota yang didaftarkan hanya hanya diterima daripada platun yang dianggotai oleh pelajar lelaki atau perempuan sahaja. ( Platun campuran lelaki dan ( Platun campuran lelaki dan perempuan tidak dibenarkan)perempuan tidak dibenarkan)

• Setiap peserta diminta membawa Kad Pengenalan / salinan sijil kelahiran yang disahkan ( Pengetua) untuk tujuan penyemakan.

Page 4: TKRS SKB Syarat Pertandingan Kawat Kaki 2007 (1).ppt

4

PAKAIANPAKAIANPakaian anggota pasukan dan ketua platun hendaklah pakaian rasmi Kadet Remaja Sekolah ( Pakaian No: 4 – pakaian kawat dan aksesori seperti yang disenaraikan sahaja ( pelapik beret, jambul, mafla (lelaki sahaja), lencana poket, kolar dot dan sarung tangan )

PADANG KAWATPADANG KAWAT Keluasan litar pertandingan kawat ialah 35 m X 25 m ( rujuk pelan)

Page 5: TKRS SKB Syarat Pertandingan Kawat Kaki 2007 (1).ppt

5

JANGKA MASA JANGKA MASA PERSEMBAHANPERSEMBAHAN Masa Persembahan sepenuhnya bagi sesebuah

pasukan ialah 15 minit. Pemberian markah diberi bila platun bergerak masuk ke padang kawat dan berdasarkan persembahan dalam tempoh yang ditetapkan sehingga semua anggota keluar dari padang kawat. Selepas 15 minit persembahan tidak dinilai dan markah tidak diberi.

Masa persembahan diambil kira bermula dari hukuman “ BUKA BARISAN ” sebelum melapor kepada ketua hakim. Persembahan terbahagi kepada 2 bahagian: Kawat Asas dan Kawat Formasi.

Persembahan hendaklah merangkumi kedua-dua bahagian tersebut dan didahului oleh kawat asas.

Isyarat akan dibunyikan:i) pada minit ke 12 ii) tamat masa

Page 6: TKRS SKB Syarat Pertandingan Kawat Kaki 2007 (1).ppt

6

PELAKSANAAN PERTANDINGANPELAKSANAAN PERTANDINGANPERGERAKAN KAWATo Semua pergerakan kawat asas mestilah mematuhi

kawat Kadet Remaja Sekolah yang telah ditetapkan.

BILANGAN ANGGOTAo Setiap pasukan hendaklah dianggotai oleh 31

anggota termasuk ketua platun ketika bertanding.o Jika ada anggota yang bertanding tidak dapat

meneruskan pertandingan, atas apa jua sebab sehingga menyebabkan bilangan anggota pasukan kurang daripada yang ditetapkan maka markah akan ditolak ( iaitu ditolak 5 markah bagi setiap anggota yang kurang).

o Tiada sebarang penggantian anggota ketika pertandingan kawat sedang berjalan. Penggantian hanya boleh dilakukan sebelum pertandingan kawat dijalankan untuk setiap pasukan.

Page 7: TKRS SKB Syarat Pertandingan Kawat Kaki 2007 (1).ppt

7

PEMERIKSAAN KEKEMASAN PAKAIAN

o Semua platun akan bersedia untuk pemeriksaan kekemasan pakaian sebelum masuk /giliran pertandingan dijalankan.( 15 minit sebelum giliran pasukan masuk ke padang kawat )

Page 8: TKRS SKB Syarat Pertandingan Kawat Kaki 2007 (1).ppt

8

KAWAT ASAS Platun dibawa masuk oleh ketua platun ke padang

kawat dalam 3 barisan berjalan, dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan (di tengah-tengah) ketua hakim. (120 - 128 langkah seminit) Kelajuan yang lebih atau kurang daripada yang ditetapkan akan ditolak 5 markah.

Menghadap ke hadapan ( Hukuman : Menghadap ke hadapan................kanan/kiri pusing. )

Buka barisan (Hukuman: Buka Barisan…….Gerak) Hukuman secara statik (Hukuman: Ke kanan

lurus……….pandang depan) Melapor - Ketua Platun melapor kepada Ketua Hakim.

Semasa Ketua Platun melapor, skuad akan berada dalam keadaan sedia dan buka barisan. ( ( Assalamualaikum/Selamat Pagi tuan, Pasukan Assalamualaikum/Selamat Pagi tuan, Pasukan Kadet Remaja L4 ............siapKadet Remaja L4 ............siap untuk diuji, tuanuntuk diuji, tuan))

Tutup barisan ( hukuman : Tutup barisan……….Gerak)

Page 9: TKRS SKB Syarat Pertandingan Kawat Kaki 2007 (1).ppt

9

Platun diwajib melakukan semuasemua pergerakan kawat statik daripada pergerakan berikut :i) Ke kanan lurus……….. Pandang depan.ii) Bergerak ke kanan / ke kiri; kanan/kiri.........pusing.iii) Bergerak ke kanan /ke kiri ; belakang…pusing.iv) Menghadap ke belakang ; belakang......pusing.v) Menghadap ke hadapan ; belakang......pusing.

Hukuman bergerak ke kiri diberi (Bergerak ke kiri.... Kiri pusing).

Page 10: TKRS SKB Syarat Pertandingan Kawat Kaki 2007 (1).ppt

10

Berjalan dalam masa cepat jalan (satu pusingan, semasa membelok hukuman kiri belok diberikan) Rujuk Lampiran Pelan Litar Pertandingan.

Semasa melalui para hakim dalam pusingan kedua tukar langkah perlahan. ( Hukuman: tukar langkah perlahan, perlahan jalan....) Pergerakan perlahan jalan bermula selepas semua anggota melepasi kon A .

Tukar langkah cepat jalan selepas semua anggota melepasi kon B. ( Hukuman: Tukar langkah cepat………… Cepat jalan).

Page 11: TKRS SKB Syarat Pertandingan Kawat Kaki 2007 (1).ppt

11

Semasa melintasi ketua hakim dalam pusingan ketiga, hukuman hormat ke kanan diberi, (Hukuman: Hormat, Hormat ke kanan….hormat).

Skuad akan berjalan sehingga ke penanda hijau ( Rujuk Lampiran Pelan Litar Pertandingan) belok ke kiri dan berhenti di hadapan ketua hakim (Hukuman: Skuad, skuad………henti ).

Ketua platun akan bersama skuad semasa mara mengadap. ( 11 langkah ) (Hukuman: Skuad akan mara mengadap, dari tengah, cepat……….jalan).

Tamat kawat bahagian asas.

Page 12: TKRS SKB Syarat Pertandingan Kawat Kaki 2007 (1).ppt

12

Catatan (1):Catatan (1): Semasa kawat asas, tidak ada suara dari anggota

platun, hanya hukuman ketua platun sahaja (contohnya anggota platun / skuad menyebut kiraan masa kanan / kiri semasa berjalan, adalah TIDAK DIBENARKAN).

Ketua Platun memberi arahan secara statik dan mengadap ke arah skuad semasa keseluruhan Kawat Asas. Semasa mara mengadap Ketua Platun akan masuk ke padang kawat dan akan mara mengadap bersama anggota platunnya.

TIDAK DIBENARKAN menggunakan sebarang alatan semasa membuat persembahan.

Isyarat tamat masa pertandingan akan diberi oleh penjaga masa.

Page 13: TKRS SKB Syarat Pertandingan Kawat Kaki 2007 (1).ppt

13

PERGERAKAN MEMBENTUK PERGERAKAN MEMBENTUK FORMASIFORMASI Sebaik sahaja tamat mara mengadap, platun akan mempersembahkan

pergerakan membentuk formasi mengikut kreativiti skuad/platun masing-masing.

TIDAK BOLEHTIDAK BOLEH memberi isyarat pergerakan atau bunyi seperti hentak kaki, up atau ‘pssss’ bagi mengendalikan platun tersebut kecuali isyarat permulaan ( hentak kaki ) formasi dari ketua platun sahaja.

Unsur suara dibenarkan kepada platun tetapi bukannya untuk tujuan memberi hukuman/arahan kawat formasi.

Ketua platun boleh masuk dalam persembahan formasi.

Setiap skuad / platun dikehendaki mempersembahkan 4 formasi yang berlainan. ( Pergerakan setiap Formasi hendaklah ditamatkan dengan 3 barisan menghadap ke hadapan )

Pergerakan selain daripada kawat ( contoh silat, tatu dll.) dibenarkan tetapi tidak melebihi 5 pergerakan.

Penalti akan diberikan untuk kesalahan-kesalahan berikut :i) Langgar konii) Keluar kawasan iii) Memberi isyarat dll.

Page 14: TKRS SKB Syarat Pertandingan Kawat Kaki 2007 (1).ppt

14

Melapor keluar

• Ketua Platun dikehendaki melapor sebelum keluar padang kawat.

( Bahasa hukuman : Assalamualaikum /Selamat Pagi/Petang tuan,mohon kebenaran meneruskan tugas lain……………tuan. )

Page 15: TKRS SKB Syarat Pertandingan Kawat Kaki 2007 (1).ppt

15

PENGHAKIMANPENGHAKIMAN

Hakim terdiri daripada wakil dari setiap negeri bagi kedua-dua kategori.

Untuk pengiraan markah keseluruhan, markah paling tinggi dan yang paling rendah tidak diambil kira.

Untuk Pertandingan Kawat kaki Pasukan Kadet Remaja Sekolah ( KRS) hakim terdiri daripada wakil Kadet Remaja Sekolah (KRS) sahaja.

Page 16: TKRS SKB Syarat Pertandingan Kawat Kaki 2007 (1).ppt

16

Sekiranya berlaku persamaan markah, di antara pasukan-pasukan, markah kawat dinamik akan menjadi penentu. Jika markahnya sama juga, markah kawat statik akan diambil kira, Sekiranya masih sama, markah formasi diambil kira.

Setiap satu item yang tidak berada pada kedudukannya (pakaian), ketika kawat dinamik atau formasi ditolak 1 markah untuk 1 item.

Keputusan hakim adalah muktamad

Page 17: TKRS SKB Syarat Pertandingan Kawat Kaki 2007 (1).ppt

17

PEMARKAHAN KETUA PEMARKAHAN KETUA PLATUNPLATUN

→ Pemarkahan ketua platun diadili oleh hakim dari hakim yang dilantik. (-Menggunakan borang pemarkahan Ketua Platun )

Page 18: TKRS SKB Syarat Pertandingan Kawat Kaki 2007 (1).ppt

18

PERINGKAT PERTANDINGANPERINGKAT PERTANDINGAN• Pertandingan akan dijalankan pada 4

peringkat iaitu :a. Peringkat Sekolahb. Peringkat Daerah / Zonc. Peringkat Negerid. Peringkat Kebangsaan.

Page 19: TKRS SKB Syarat Pertandingan Kawat Kaki 2007 (1).ppt

19

LampiranLampiran

Plan Litar Pertandingan Kawat KRS 2003Plan Litar Pertandingan Kawat KRS 2003

Borang Markah Platun

Borang Markah Ketua Platun

Page 20: TKRS SKB Syarat Pertandingan Kawat Kaki 2007 (1).ppt

20Disediakan oleh: w

mariffin