titas assignment report - trains & civilisations

34
1 SCHOOL OF LIBERAL ARTS AND SCIENCES MPU, UCM, MPW & MPW REPLACEMENT MODULES TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) MPU 3123 TUGASAN BERKUMPULAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR/KAJIAN LAPANGAN STESEN KERETA API KUALA LUMPUR Diseliakan Oleh: MOHD IZWAN BIN AHMAD Disediakan Oleh: No. Nama No. Pelajar Program Tandatangan 1 Andrew Mah Koon Yan 0318798 TITAS 2 Wang Kai Chian 1001AH77314 TITAS 3 Pang Khai Shuen 0318423 TITAS 4 Pan Lek Vun 0323164 TITAS 5 Ng Seng He 0323037 TITAS

Upload: pang-shuen

Post on 24-Jul-2015

292 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: TITAS Assignment Report - Trains & Civilisations

1

SCHOOL OF LIBERAL ARTS AND SCIENCES

MPU, UCM, MPW & MPW REPLACEMENT MODULES

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

MPU 3123

TUGASAN BERKUMPULAN

LAWATAN SAMBIL BELAJAR/KAJIAN LAPANGAN

STESEN KERETA API KUALA LUMPUR

Diseliakan Oleh:

MOHD IZWAN BIN AHMAD

Disediakan Oleh:

No. Nama No. Pelajar Program Tandatangan

1 Andrew Mah Koon Yan 0318798 TITAS

2 Wang Kai Chian 1001AH77314 TITAS

3 Pang Khai Shuen 0318423 TITAS

4 Pan Lek Vun 0323164 TITAS

5 Ng Seng He 0323037 TITAS

Page 2: TITAS Assignment Report - Trains & Civilisations

2

PENGENALAN TUGASAN

Sistem keretapi di Malaysia telah wujud sejak zaman British. Pada asalnya, sistem ini

hanya digunakan untuk mengangkut bahan-bahan perdagangan seperti bijih timah. Ia

diperkenalkan oleh British untuk mengaut keuntungan di negara kita.

Antara jalan keretapi yang terawal di Semenanjung Malaysia adalah dari Taiping ke

Port Weld, Kuala Lumpur ke Kuala Klang, dan Seremban ke Port Dickson. Landasan-

landasan yang dibina selepas itu juga berteraskan kepentingan ekonomi.

Akhirnya, menjelang tahun 1941, satu sistem keretapi yang lengkap dibina di

Semenanjug Malaysia untuk membawa penumpang. Perkembangan sistem keretapi

telah membawa kepada pengenalan sistem perhubungan seperti telegraf, telefon, pos

dan radio.

Lokasi lawatan kami ialah Stesen Keretapi Kuala Lumpur. Ia terletak bertentangan

dengan ibu pejabat KTMB. Kedua-dua bangunan ini dibina serentak pada sekitar

tahun 1910 apabila sistem keretapi di Malaysia mula berkembang pesat.

Matlamat lawatan kami ke Stesen Keretapi Kuala Lumpur can KL Sentral adalah untuk

memahami perubahan sistem keretapi di Malaysia dalam dekad-dekad yang lalu,

serta mencari hubungan evolusi ini dengan perkembangan masyarakat di Malaysia.

Page 3: TITAS Assignment Report - Trains & Civilisations

3

OBJEKTIF TUGASAN KAJIAN

A. Memberikan kemahiran kepada pelajar dalam menjalankan kejian,

perancangan, koordinasim pelaksanaan dan penulisan kertas.

B. Membuka peluang kepada pelajar untuk menyaksikan kesan dari kepelbagaian

tamadun kepada

C. Memberikan kesedaran kepada pelajar supaya lebih menghargai tamadun.

Page 4: TITAS Assignment Report - Trains & Civilisations

4

ISI KANDUNGAN

ISI MUKA SURAT

Pengenalan Tugasan 2

Objektif Tugasan 3

Latar Belakang Lokasi 5 - 12

Laporan Lawatan 13 - 14

Diari Individu 15 - 33

Rumusan 34

Annexes

Page 5: TITAS Assignment Report - Trains & Civilisations

5

LATAR BELAKANG LOKASI

Stesen Kereta Api Kuala Lumpur

Bangunan Stesen Keretapi Kuala Lumpur disiapkan pada tahun 1910 dan merupakan

stesen ketiga di Kuala Lumpur can kedua di tapak yang sama. Stesen terawal yang

dibina dikenali sebagai ‘Kuala Lumpur’. Ia merupakan bangunan beratap yang

menghubungkan Kuala Lumpur ke Klang. Bangunan ini mengandungi tiga landasan,

ruang pejabat yang luas can bilik menanti, bangsal keretapi serta hotel. Hotel ini

mengandungi 30 bilik.

Antara peristiwa menarik yang berlaku di stesen ini ialah perhimpunan memulau dan

membantah Sir Edward Gent, Gabenor Malayan Union di Tanah Melayu pada tahun

1946. Pada tahun 1962, orang ramai berhimpun di stesen ini untuk menyambut

kepulangan Paduka Baginda Yang d-Pertuan Agong and Raja Permaisuri Agong

setelah berkunjung ke luar negeri selama enam minggu.

Ibu Pejabat KTMB dianggap sebagai komplimen kepada Bangunan Stesen Keretapi

Kuala Lumpur dan disiapkan sekitar. Bangunan ini pernah mengalami dua kali

kerosakan besar; Pertama adalah semasa Perang Dunia Kedua apabila ia musnah

terkena bom, kedua adalah pada November 1968, apabila bahagian yang sama di

tingkat dua musnah akibat kebakaran.

Page 6: TITAS Assignment Report - Trains & Civilisations

6

Stesen Sentral

Di antara 8 daripada 10 orang yang tinggal di Lembah Klang sudahpasti pernah naik

kereta api. Seluas 20 padang bola sepak, Stesen Sentral merupakan pusat

pengangkutan terkini yang didapati di Kuala Lumpur yang terbesar

daripada jenisnya di Asia Tenggara. Kini, Stesen Sentral dimiliki oleh Kerajaan

Malaysia sejak pembukaan pada April 2001. Stesen kereta api tersebut dibina

untuk menggantikan stesen keretapi Kuala Lumpur yang telah berkhidmat melebihi

satu abad.

Pelaburan sebanyak RM1.1 bilion ($348M) telah dikumpul

untuk membangunkan stesen tersebut. Pembinaan stesen kereta api baharu

berdasarkan teknik pembinaan dan pemindahan model. Sebagai balasan, kerajaan

Malaysia akan mengeluarkan hak pembangunan sebesar 72 ekar tanah

tersebut kepada konsortium untuk membina bangunan

perdagangan sekitar hab transit. Stesen Sentral ialah pusat kepada projek

pembangunan bandar.

Stesen Sentral telah dianugerahkan ‘Best Steel Roof Design’ and ‘Honorary

Mention for Excellence in Architecture’ oleh Persatuan Arkitek Malaysia pada 2002

dan 2003. Ia juga telah memenangi ‘FIABCI-Malaysia Award of Distinction 2002’

(Kategori Sektor Awam) dan peserta terakhir di ‘FIABCI Prix d’Excellence Awards’

pada 2003.

Terletak dalam Kuala Lumpur Sentral, tempat strategic dan 1.5km dari pusat

bandar, ia merupakan satu perdagangan antarabangsa dalam bandar dan bangunan

kediaman. Stesen Sentral adalah salah satu stesen yang mempunyai banyak jenis

kereta api. Ia mampu membawa masyarakat ke tempat yang telah disedia. Kereta api

kini telah dilaraskan dengan kemajuan teknologi yang menggunakan kuasa elektrik.

Selain daripada kereta api, pengangkutan seperti teksi dan bas juga boleh dijumpai di

Stesen Sentral.

Beberapa jenis pengangkutan rel yang sering digunakan oleh masyarakat

boleh dijumpa di Stesen Sentral sebab kebanyakan transit sering lalu stesen

Page 7: TITAS Assignment Report - Trains & Civilisations

7

tersebut. Antara yang paling terkenal adalah KTM komuter dan LRT (Transit Aliran

Ringan). Rel-rel tersebut meliputi kebanyakan tempat di Lembah Klang termasuklah

KLCC (Kuala Lumpur City Centre), KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala

Lumpur), KLIA 2, Putrajaya, Cyberjaya, dan juga tempat utama di Koridor Raya

Multimedia (MSC Malaysia). Komuter-komuter dalam bandar boleh memilih antara

KTM Komuter atau KTM Intercity keretapai dari stesen kerana kedua-dua

perkhidmatan tersebut mempunyai laluan yang tetap dengan kebanyakan bandar.

Jadi, warganegara bukan sahaja orang yang naik rel-rel di Stesen Sentral,

pelancong-pelancong juga sering boleh dinampak dengan beg galas besar.

Page 8: TITAS Assignment Report - Trains & Civilisations

8

Sejarah Ringkas KTMB

Sebelum bertukar nama kepada Keretapi Tanah Melayu pada tahun 1962, KTMB

dikenali sebagai Federated Malay States Railway dan Malayan Railway

Administration. Ia kini dikenali sebagai KTMB berikutan pengkoporatannya oleh

kerajaan Malaysia pada tahun 1992.

Hari ini, KTMB mengawal laluan jalan kereta api di Semenanjung Malaysia. Ia terdiri

daripada dua cawangan laluan iaitu laluan pantai barat dan laluan pantai timur.

Terdapat dua jenis perkhidmatan KTM; KTM Antarabandar mengendalikan

perkhidmatan antara bandar, dan kebanyakan perkhidmatan ini beroperasi di KL

Sentral. KTM Komuter dilancarkan pada tahun 1995 dan merupakan salah satu

kenderaan awam yang paling sering digunakan oleh masyarakat yang tinggal di

Kuala Lumpur. Pertukaran antara dua aliran boleh dibuat di KL Sentral.

Page 9: TITAS Assignment Report - Trains & Civilisations

9

JENIS-JENIS KOC

Gambar 1.0 Keretapi kategori Kelas 15 merupakan lokomotif disel yang pertama. Ia diperkenalkan pada tahun 1948 dan berjaya mengganti lokomotif stim. Gambar di atas diambil oleh Brian Raybould pada Mac 1983. Setakat ini, hanya 1 koc yang masih wujud dan sekarang ia terletak di Stesen Sungai Petani.

Gambar 1.1 Gambar di atas merupakan Keretapi Kelas 17, ia dibuat oleh Keisho Saiza Kaisha dari Jepun. Keretapi Kelas 17 diimport ke Malaysia pada tahun 1964.

Page 10: TITAS Assignment Report - Trains & Civilisations

10

Gambar 1.2

Jumlah 10 keretapi

yang dibeli dari

Brush Electrical,

England. Keretapi

Kelas 18

diperkenalkan pada

1979 tetapi ditarik

balik pada 2000-

an.

Gambar 1.3

Hitachi membina dan mengedarkan 10 “shunter” pada tahun 1983, Keretapi Kelas 19 masih digunakan pada masa kini dan boleh dilihati di KL Sentral.G

Page 11: TITAS Assignment Report - Trains & Civilisations

11

Gambar 1.4

Keterapi Kelas 23 dibina oleh Hitachi

di Jepun, ia diperkenalkan di

Malaysia pada tahun 1983 dan

masih digunakan pada hari ini. Enjin

yang digunakan merupakan.

Walaupun keretapi Kelas 23 masih

aktif, tetapi tidak banyak lagi yang

wujud di Malaysia.

Gambar 1.5

Keretapi Kelas 24 dibina oleh

Toshiba Electric Co, Japan. Ia

pertama diperkenalkan pada tahun

1987 dan masih aktif sehingga hari

ini. Keretapi Kelas 24 boleh

dinampak di mana-mana Stesen

KTMB. Kuasa kuda yang dijana

boleh mencapai 2400 dan

merupakan keretapi yang paling

pantas sebelum Kelas 29 tiba.

Selain itu, Lokomotif Kelas 24 boleh mencapai had kelajuan 120km/h.

Page 12: TITAS Assignment Report - Trains & Civilisations

12

Gambar 1.6

Lokomotif Kelas 26 digelar ‘Harimau Biru’.

Ia merupakan lokomotif yang paling

panjang sebelum Kelas 29 tiba.

‘Harimau Biru’ merupakan keretapi yang

sangat dipercayai kerana kuasa kudanya

yang kuat (3300) tetapi hanya digunakan

untuk fret dan kadang kala mengambil

penumpang.

Page 13: TITAS Assignment Report - Trains & Civilisations

13

LAPORAN LAWATAN

Tarikh: 24hb April 2015

Tepat pada jam 10 pagi, semua ahli kumpulan telah berkumpul di kawasan

kampus dan bersedia untuk bertolak ke destinasi. Salah seorang ahli kumpulan, Kai

Chian, memandu keretanya membawa kami ke sana. Keadaan lalu lintas di

Lebuhraya Persekutuan amat baik dan kami sampai di Stesen Sentral Kuala Lumpur

kira-kira pada pukul 11 pagi. Selepas mencari tempat letak kereta, kami berjalan kaki

ke stesen tersebut.

Setibanya di sana, kami mulai memerhati kawasan tersebut. Keadaan di KL

Sentral amat sibuk. Kami melihat ramai orang berjalan ke sana-sini. Seni bina

bangunan ini amat moden dan canggih. Terdapat banyak kedai-kedai komersial yang

menjual pelbagai jenis barangan seperti makanan dan pakaian. Selain itu, banyak

tanda-tanda jalan dijumpai di sana kerana tempat tersebut amat luas. Stesen ini

merupakan hub utama kepada hampir semua perkhidmatan keretapi di Kuala Lumpur.

Di penghujung bangunan ini, satu terowong menyambungkan bangunan baru

– Nuu Sentral ke KL Sentral. Nuu Sentral merupakan bangunan komersial baharu

yang dibina untuk menyempurnakan fungsi KL Sentral sebagai pod pengangkutan

yang lengkap perkhidmatannya. Di sini, kedai-kedainya bersifat moden dan beraras

tinggi. Ini amat ternyata kerana pelbagai barangan terjenama dijual di sini. Ini

menunjukkan kontras antara kompleks baru ini dangan KL Sentral yang dibina kira

kira 15 tahun lebih awal.

Kami mula merekod video untuk projek kami. Selepas siap merekod, kami

membeli tiket KTM untuk menuju ke Stesen Kereta Api Kuala Lumpur. Kereta api yang

kami naiki merupakan KTMB Kelas 92, iaitu kelas EMU yang terbaru di bawah

penguasaan KTMB. Kami mendapati bahawa kawasan dalam keretapi ini lebih luas

berbanding model-model yang lama.

Perjalanan kami ke sana memakan masa kira-kira 10 minit. Sesampainya di

stesen tersebut, kami terpegun melihat seni bina yang antik serta bersifat zaman

kolonisasi. Pada dinding bangunan ini terdapat unsur-unsur seni reka Islam yang

seolah-olah menjadi saksi kepada pembangunan budaya dan fizikal di Negara kita.

Seni reka seperti ini amat jarang dijumpai pada bangunan-bangunan yang dibina pada

Page 14: TITAS Assignment Report - Trains & Civilisations

14

zaman moden ini. Kami berasa bahawa stesen ini harus dipelihara bukan sahaja

kerana nilainya sebagai stesen keretapi yang bersejarah, tetapi juga kerana seni

binanya yang penuh dengan pengaruh ala-British dan Islam. Ia merupakan

pengabungan kesenian yang amat istimewa.

Apabila kami sedang sibuk merekod video, kami tersempak dengan satu

keretapi lama, iaitu model KTMB Kelas 25. Keretapi jenis ini tidak digunakan untuk

mengangkut barangan atau penumpang, sebaliknya is digunakan untuk menarik

komponen keretapi dari landasan keretapi utama ke landasan sisi atau sebaliknya.

Kumpulan yang pertama tiba di Malaysia pada tahun 1991 dan model ini masih

digunakan sehingga ke hari ini.

Kami terus berjalan-jalan di kawasan stesen tersebut. Di sebelah stesen

tersebut, kami terjumpa sebuah keretapi lama yang digunakan untuk pengangkutan

pos. Keretapi ini amat lama dan dipenuhi dengan debu-debu. Kami tidak menyangka

bahawa kereta api seperti ini akan disimpan di tempat tersebut. Di sebelahnya ada

juga 3 kontener yang dicat dalam tiga warna yang berbeza. Kebanyakan bangunan

tersebut telah dibengkalai dan ditinggalkan kosong. Hanya sebahagian kecil

diubahsuai untuk menjadi tempat menjual tiket.

Selepas itu, kami menuju ke Ibu Pejabat KTMB yang terletak di seberang jalan.

Bangunan ini juga mempunyai seni bina Islam dan unsur-unsur pembinaan British.

Kami masuk ke dalam bangunan tersebut tetapi tidak dibenarkan naik ke tingkat atas

kerana tempat tersebut merupaka pejabat pihak KTMB. Walau bagaimanapun, kami

dapat melihat pelbagai ornamen dan corak-corak di tangga dan juga di bumbung.

Pengaruh kesenian Islam dan British amat ketara di dalam bangunan ini. Bahan-

bahan binaan yang digunakan juga amat istimewa. Kami tidak melepaskan peluang

untuk mengambil beberapa gambar di sini.

Kami membuat keputusan untuk balik ke kampus untuk meneruskan projek

kami.

Page 15: TITAS Assignment Report - Trains & Civilisations

15

DAIRI INDIVIDU

Pelajar 1: Pang Khai Shuen

6hb April 2015

Hari ini, pensyarah kami iaitu En. Izwan mendedahkan maklumat berkaitan projek

TITAS yang pertama kepada kami. Pada awalnya saya berasa keliru tentang

matlamat projek ini, tetapi selepas mendengar penjelasan daripada En. Izwan saya

mulai memahami tugasan kami dalam kerja kursus tersebut.

Sejurus menerima tugasan, saya telah membentuk kumpulan bersama 4 pelajar

sekelas yang lain, iaitu Seng He, Lek Vun, Kai Chian dan Andrew. Kami diberitahu

bahawa pada hari Rabu ini, kami perlu menyerah dan membentangkan cadangan

tugasan kumpulan kami.

Kami sekumpulan membuat keputusan untuk berbincang dengan lebih dalam pada

hari esok.

Page 16: TITAS Assignment Report - Trains & Civilisations

16

7hb April 2015

Selepas waktu kelas, kami berkumpul di perpustakaan kampus untuk berbincang

tentang projek ini. Pelbagai cadangan telah diberikan, tetapi selepas pertimbangan

yang lama kami memutuskan untuk mengkaji tentang sejarah sistem keretapi di

Malaysia dan kesan-kesannya kepada perkembangan ekonomi dan masyarakat di

Malaysia. Cadangan tugasan telah siap ditulis dan dicetak.

8hb April 2015

Hari ini kami telah membuat pembentangan cadangan tugasan kami di kelas. Kami

bercadang untuk melawat ke Stesen Keretapi Kuala Lumpur untuk

menyempurnakan kerja kursus ini. En Izwan memberi pendapat bahawa kami boleh

melawat ke KL Sentral selepas itu untuk membuat perbandingan antara sistem kuno

dan sistem moden.

9hb April 2015

Selepas waktu kelas, saya membuat panggilan kepada pihak KTMB untuk memohon

kebenarakn untuk membuat temu ramah. Saya disuruh supaya menghantar e-mel

kepada salah satu pegawai di KTMB untuk memohon kebenaran tersebut. Bersama

e-mel tersebut disertakan perincian lawatan dan juga contoh-contoh soalan

temuramah.

13hb April 2015

Pemohonan kami ditolak oleh pihak KTMB kerana pegawainya bertugas di utara

pada masa yang diberikan. Sebagai kumpulan, kami membuat keputusan untuk

tidak menemuranah pihak KTMB dan sebaliknya membuat kajian sendiri.

Page 17: TITAS Assignment Report - Trains & Civilisations

17

24hb April 2015

Hari ini kami membuat lawatan ke Stesen Kereta Api Kuala Lumpur, Ibu Pejabat

KTMB dan juga KL Sentral. Pada jam 10:00 pagi, kami bertolak ke KL Sentral

dengan memandu kereta. Sesampainya di sana, kami memerhati keadaan di situ

dan membuat rakaman video.

Selepas itu, kami menggunakan perkhidmatan KTM ke Stesen Kereta Api Kuala

Lumpur. Di sana, kami terlihat beberapa kereta api yang lama serta bangunan

zaman British yang menunjukkan pengaruh seni bina koloni yang kuat. Kami juga

melawat ke Ibu Pejabat KTMB tetapi tidak dibenarkan masuk ke kawasan dalaman.

Ibu pejabat ini juga menunjukkan seni bina yang hampir sama dengan Stesen

Kereta Api Kuala Lumpur kerana ia dibina hampir selari dengan Stesen tersebut.

Kami pulang ke kampus selepas membuat rakaman secukupnya. Di kampus kami

juga membuat beberapa rakaman untuk menyempurnakan video kumpulan kami.

28hb April 2015

Selepas kelas, kami berkumpul di perpustakaan kampus untuk menjalankan projek

kami. Kai Chian merekodkan suara naratif manakala yang lain menulis diari dan

laporan.

2hb Mei 2015

Video kumpulan kami hamper siap diproses. Sekarang saya sedang mengumpul

diari persendirian daripada semua ahli kumpulan untuk digabungkan dengan laporan

yang disiapkan.

Page 18: TITAS Assignment Report - Trains & Civilisations

18

Refleksi:

Dalam menjayakan tugasan kajian ini, saya mendapati bahawa sistem kereta

api di Malaysia tidak terbentuk dalam masa yang singket. Sebaliknya, ia telah

memakan masa selama lebih seratus tahun bermula dari zaman penjajahan British.

Walaupun pada asalnya kereta api hanya bertujuan untuk mengangkut barangan

perdagangan, hari ini sistem keretapi telah menjadi teras kepada kehidupan

seharian warga kota. Sumbangan sistem ini kepada perkembangan fizikal negara

kita sememangnya harus dihargai.

Page 19: TITAS Assignment Report - Trains & Civilisations

19

Pelajar 2: Pan Lek Vun

Diari Individu (Pan Lek Vun)

6hb April 2015:

Pada hari ini, En. Izwan, pensyarah kami memberikan taklimat dan maklumat

tentang tugasan TITAS tersebut kepada kami. Selepas mendengar penjelasan En.

Izwan, saya telah membentuk kumpulan dengan 4 orang pelajar TITAS lain dalam

kelas saya, iaitu Khai Shuen, Andrew Mah, Seng He dan Kai Chian.

En. Izwan juga memberitahu kami bahawa kami perlu menyerahkan kertas

cadangan kumpulan masing-masing pada hari Rabu. Selepas perbincangan yang

ringkas, kumpulan kami bersetuju untuk membuat dan berbincang tentang kertas

cadangan pada hari esok.

7hb April 2015:

Selepas kelas kami berakhir, kumpulan kami pergi ke perpustakaan kampus untuk

berbincang tentang tugasan ini. Setiap ahli kumpulan telah memberikan cadangan

masing-masing dan selepas perbincangan antara kami, kami membuat keputusan

untuk membuat laporan kajian tentang topik sejarah sistem keretapi di Malaysia dan

kesan-kesannya kepada perkembangan ekonomi dan masyarakat di Malaysia.

Page 20: TITAS Assignment Report - Trains & Civilisations

20

Kami telah menaip dan mencetak cadangan tugasan kumpulan kami dengan

bantuan panduan cadangan tugasan yang diberikan oleh En. Izwan di laman web

universiti.

8hb April 2015:

Kumpulan kami telah membuat pembentangan cadangan tugasan kami di kelas

pada hari ini. Selepas pembentangan, kami menyerahkan kertas cadangan tugasan

kami kepada En. Izwan. Selepas perbincangan, kami bercadang untuk melawat ke

Stesen Keretapi Kuala Lumpur untuk membuat kajian tugasan tersebut.

Selepas mendengar keputusan perbincangan kami, En Izwan memberi pendapat

beliau bahawa kami boleh melawat ke KL Sentral selepas itu untuk membuat

perbandingan antara sistem kuno dengan sistem moden. Kumpulan kami bercadang

untuk mengambil cadangan En Izwan semasa menjalan kajian kami.

9hb April 2015:

Selepas waktu kelas, kami berkumpul di perpustakaan kampus untuk membuat

perbincangan. Ahli kumpulan saya, Khai Shuen telah membuat panggilan kepada

pihak KTMB untuk memohon kebenaran untuk membuat temu ramah. Dia telah

menghantar e-mel kepada satu pegawai di KTMB untuk memohon kebenaran pihak

tersebut. E-mel tersebut juga mengandungi perincian lawatan kumpulan kami dan

contoh soalan temu ramah yang dicadangkan.

Selepas itu, kami telah membuat kajian tentang topik kami dan pihak KTMB untuk

projek kami. Kami mencari tentang informasi, sejarah dan latar belakang dengan

menggunakan internet.

13hb April 2015:

Kumpulan kami diberitahu oleh Khai Shuen bahwa permohonan kami ditolak oleh

pihak KTMB kerana pegawainya sibuk bertugas di utara pada masa yang

dicadangkan oleh kami. Selepas berbincang, kami membuat keputusan untuk tidak

menemuramah pihak KTMB dan membuat kajian sendiri.

Page 21: TITAS Assignment Report - Trains & Civilisations

21

14hb April 2015:

Kami mempunyai perbincangan tentang kandungan laporan kumpulan kami. Ahli

kumpulan telah memberi cadangan masing-masing tentang isi kandungan laporan

dan cara menulisnya. Ahli kumpulan juga membuat kajian masing-masing tentang

topik berbeza yang berkaitan dengan laporan tuguasan kami.

Saya bertanggungjawab untuk mengkaji tentang topik tentang bagaimana kereta api

yang pertama datang ke Malaysia dan kegunaan keretapi tersebut.

21hb April 2015:

Kami telah mengadakan perbincangan pendek tentang kandungan laporan lawatan

berdasarkan kajian ahli masing-masing. Kami berbincang dengan menggunakan

Whatsapp dengan internet.

22hb April 2015:

Ahli kumpulan diberi tugasan masing-masing untuk menaip bahagian yang berbeza

yang terdapat dalam kandungan laporan kami. Saya mempunyai tugas untuk

menaip suatu bahagian tentang sistem kereta api semasa di Malaysia.

24hb April 2015:

Pada hari ini, kami berkumpul di kampus sebelum lawatan kami. Kami membincang

tentang struktur video kami semasa menunggu Kai Chian yang akan

menumpangkan kami dengan keretanya. Kami bercadang untuk melawat ke Stesen

Kereta Api Kuala Lumpur, Ibu Pejabat KTMB dan KL Sentral. Pada jam 10:00 pagi,

kami mula bertolak ke KL Sentral. Kami meneliti struktur bangunan dan suasana di

situ selepas kami tiba di destinasi kami. Kami juga merakamkan video kami di situ.

Selepas itu, kami menggunakan perkhidmatan KTM ke Stesen Kereta Api Kuala

Lumpur. Di situ, kami terjumpa beberapa kereta api yang lama dan tidak digunakan

lagi serta bangunan zaman British yang menunjukkan pengaruh seni bina koloni

dalam strukturnya. Nasib kami baik dan kami dapat terlihat suatu kereta api stim

yang lama tetapi masih dalam kegunaan.

Kami juga melawat ke Ibu Pejabat KTMB tetapi kami tidak mendapat kebenaran

untuk masuk ke kawasan dalaman kerana permohonan kami ditolak sebelum ini.

Kami terjumpa bahawa ibu pejabat tersebut juga menunjukkan seni bina yang

Page 22: TITAS Assignment Report - Trains & Civilisations

22

hampir bersama dengan Stesen Kereta Api Kuala Lumpur kerana dibina hampir

selari dengan stesen tersebut pada masa itu. Kami juga mengkajikan struktur

bangunan tersebut dan budaya yang ditunjukkan olehnya.

Selepas selesai merakamkan video dan mengambil gambar untuk laporan kami,

kami pulang ke KL Sentral melalui kereta api dan balik ke kampus melalui kereta.

Selepas kami tiba di kampus, kami juga merakamkan video di sekeliling kampus

untuk melengkapkan dan menyempurnakan video kumpulan kami.

28hb April 2015:

Kumpulan kami berkumpul di perpustakaan kampus selepas kelas pada hari ini

untuk menjalankan tugasan kami. Kami membantu Kai Chian untuk merekodkan

suara naratif untuk video berdasarkan isi kandungan video kami. Kami telah

menggunakan telefon bimbit saya untuk merekodkan suara tersebut.

Andrew Mah dan Khai Shuen bertanggungjawab untuk menyusun video tersebut

dengan naratif yang lengkap dan kemas. Kami juga menaip laporan and diari untuk

tugasan.

29hb April 2015:

Kami berkumpul lagi di perpustakaan pada hari ini untuk terus menaip laporan kami.

Kami juga menyusun laporan kami kepada suatu laporan yang lengkap. Ahli

kumpulan telah menaip diari individu masing-masing untuk diletakkan dalam

laporan.

30hb April 2015:

Andrew Mah menggunakan telefon bimbit saya lagi untuk merekodkan suara naratif

yang terakhir. Kami melengkapkan laporan, video dan diari individu masing-masing

supaya kami bersedia untuk menyerahkan laporan tersebut kepada pensyarah kami.

Saya juga menyerahkan diari individu saya pada hari ini kepada Khai Shuen supaya

dia boleh menyusun dan meletakkan diari saya dalam laporan kami.

Page 23: TITAS Assignment Report - Trains & Civilisations

23

Refleksi:

Dalam tugasan ini, saya telah belajar tentang sistem kereta api di Malaysia melalui

lawatan dan kajian. Lawatan ini ialah pengalaman yang menarik dan baru bagi saya

yang datang dari Sabah kerana Sabah tidak mempunyai sistem kereta api yang

lengkap dan moden seperti di semenanjung Malaysia. Saya juga dapat mengetahui

pengaruh British kepada pembangunan sistem kereta api di Malaysia serta

pengaruh budaya Islam dan Malaysia kepada perkembangan sistem kereta api dan

bangunan lama seperti Stesen Keretapi Kuala Lumpur. Sistem kereta api telah

membawa banyak kebaikan kepada rakyat dalam kehidupan mereka. Oleh itu, kita

harus menjaga dan mengembangkan sistem tersebut dengan baik.

Page 24: TITAS Assignment Report - Trains & Civilisations

24

Pelajar 3: Ng Seng He

6hb April 2015

Pensyarah kami, En. Izwan mengumumkan maklumat tentang projek TITAS yang

pertama kepada kami. Beliau menerangkan isi-isi yang berkaitan dengan jelas sekali

dan kami mulai memahami tugasan-tugasan yang diperlukan masing-masing.

Pertama sekali, kami diarah untuk membentuk kumpulan bersama dengan 4 pelajar

yang lain.

Saya membentuk kumpulan bersama dengan Khai Shuen, Andrew, Kai Chian dan

Lek Vun. Selepas pembentukan kumpulan, kami diarah untuk menyerahkan

cadangan tugasan yang ringkas kepada beliau. Kami mengambil keputusan untuk

bincang lebih lanjut pada hari esok.

7th April 2015

Kami berkumpul di perpustakaan setelah habis waktu kelas untuk berbincang tenang

cadangan tugasan kami. Kita semua pun memberi cadangan yang berkaitan, ada

yang bagus, ada yang sederhana. Selepas pertimbangan yang berat, kami pun

memutuskan untuk melawat KTMB yang terletak di Kuala Lumpur. Cadangan

tugasan juga siap dan dicetak masing-masing.

Page 25: TITAS Assignment Report - Trains & Civilisations

25

8hb April 2015

Setelah membuat keputusan untuk melawat Stesen Keretapi Kuala Lumpur untuk

melaksanakan tugasan masing-masing, En. Izwan memberitahu bahawa kami juga

boleh melawat ke KL Sentral untuk membuat tugasan yang lebih lanjut.

9hb April 2015

Selepas itu, Khai Shuen membuat panggilan telefon kepada pihak KTMB untuk

memohon kebenaran untuk melakukan temu ramah. Dia diberitahu untuk

menghantar emel kepada pihak berkenaan untuk mendapat pemohonan yang sah.

13hb April 2015

Malangnya, pemohonan kami ditolak pihak KTMB kerana pegawainya memberitahu

bahawa mereka tiada masa yang mencukupi untuk temu ramah. Mereka sedang

menyediakan lawatan dari pihak lain.

24hb April 2015

Hari inilah kami membuat lawatan ke Stesen Keretapi Kuala Lumpur, Ibu Pejabat

KTMB dan juga KL Sentral. Awal-awal lagi kita sudah bertolak ke KL Sentral. Ahli

kumpulan kami, Kai Chian yang memandu kami ke destinasi untuk menjalankan

tugas. Kami tiba KL Sentral pada pukul 11 pagi. Kami juga merakamkan video

dengan kamera DSLR Andrew.

Selepas itu, kami bertolak ke Stesen Keretapi Kuala Lumpur dengan perkhidmatan

KTM yang amat cekap sekali. Kami juga terlihat banyak unsur-unsur seni bina Islam

di Stesen Keretapi Kuala Lumpur, banyak juga kereta api yang lama serta bangunan

zaman British yang menunukkan pengaruh seni bina yang kuat. Setelah habis

membuat rakaman di Stesen Keretapi Kuala Lumpur, kami juga membuat lawatan

ke Ibu Pejabat KTMB yang terletak di seberang jalan, tetapi kami dilarang untuk

masuk ke kawasan dalaman kerana tempat itu merupakan pusat pentadbiran.

Setelah habis membuat rakaman masing-masing, kami pun pulang ke kampus untuk

membuat beberapa rakaman yang lebih untuk menyempurnakan video kumpulan

kami.

Page 26: TITAS Assignment Report - Trains & Civilisations

26

28hb April 2015

Kami berkumpul di perpustakaan sekali lagi selepas kelas untuk menjalankan projek

kami. Kai Chian merekodkan suara naratif, Khai Shuen pula membincang dengan

kami untuk menulis diari dan laporan yang terakhir. Andrew pula membuat sutingan

video yang amat cekap.

Refleksi

Setelah habis membuat projek, kita pun penuh dengan kelegaan dan juga amat

gembira kerana dapat peluang untuk melaksanakan tugasan TITAS yang penuh

dengan halangan dan cabaran. Saya ingin megucapkan terima kasih kepada En.

Izwan kerana dapat belajar tentang kerja berpasukan dan juga kenal lagi lebih ramai

kawan.

Page 27: TITAS Assignment Report - Trains & Civilisations

27

Pelajar 4: Andrew Mah Koon Yan

6hb April 2015

Hari ini merupakan hari En. Mohd Izwan Ahmad, pensyarah kami bagi subjek

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS), telah memberi kerja kursus kepada

kelas. En. Izwan dengan penuh semangat dan kegembiraan menerangkan kerja

kursus yang kita perlu melaksanakan.

Selepas kandungan-kandungan kerja kursus tersebut telah diterang, En. Izwan

memerlu kami untuk membentuk sekumpulan seramai 5 orang. Akhirnya, kumpulan

saya telah dibentuk yang mengandungi Khai Shuen, Kai-Chian, Seng He, dan Lek

Vun.

Dengan penuh kejutan, En. Izwan memberitahu kami bahawa kami perlu

menyerahkan cadangan kursus kami pada 8hb April kerana kami telah lewat

seminggu.

Beberapa perbincangan antara kumpulan kami telah dilakukan selepas kelas dan

kami setuju untuk membincang topik serta membuat laporan cadangan pada

keesokaan hari selepas kelas kami.

Page 28: TITAS Assignment Report - Trains & Civilisations

28

7hb April 2015

Selepas semua kelas pada waktu pagi, kami semua berkumpul di depan

Perpustakaan Taylor’s University untuk melaksanakan berbincangan kami.

Beberapa pilihan telah disebut oleh kumpulan saya tetapi akhirnya, kami semua

bersetuju dengan topik Sistem Keretapi di Malaysia dan kesan-kesan baik yang

dibawa olehnya.

Disertai oleh semua ahli kumpulan, laporan cadangan telah siap ditaip, dicetak, dan

sedia untuk serah kepada En. Izwan.

8hb April 2015

Hari ini, kami perlu membentangkan cadangan kami di depan kelas termasuklah En.

Izwan. Kami memeberitahu En. Izwan bahawa kami akan melawati Stesen Keretapi

Kuala Lumpur hari Rabu minggu depan. En. Izwan turut memberi cadangan untuk

melawati Stesen Sentral yang diletak di KL Sentral untuk membuat perbezaan

antara sistem lama dengan sistem baharu.

Keseluruhannya, En. Izwan setuju dengan topik kami.

9hb April 2015

Selepas kelas Khai Shuen, dia telah membuat panggilan kepada orang bertugasan

di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk memohon kebenaran untuk

membuat temuramah dengan mereka. Khai Shuen telah diminta oleh pihak KTMB

untuk menghantar e-mel kepada mereka yang mengandungi motif-motif temuramah

dan contoh-contoh soalan.

Page 29: TITAS Assignment Report - Trains & Civilisations

29

13hb April 2015

Kami mendapat balasan e-mel daripada KTMB dan kami dimaklumkan bahawa

pegawai-pegawai sangat sibuk minggu yang akan datang dan tidak boleh

melakukan temuramah. Kumpulan kami telah berbincang dan membuat keputusan

untuk menerusi dengan rancangan tanpa menemuramah dengan piahk KTMB.

Tarikh baharu yang kami akan melawati stesen-stesen adalah 24hb April 2015.

24hb April 2015

Kami telah berkumpul di Taylor’s University pada pukul 10:00 pagi untuk melawati

Stesen Sentral dan Stesen Keretapi Kuala Lumpur masing-masing. Sebelum

bertolak, kami berbincang tentang agenda hari ini. Kami betolak pada 10:30 pagi

dan sampai Stesen Sentral pada 11:15 pagi dengan kereta yang dipandu oleh Kai-

Chian.

Sebaik kami sampai ke sana, kami turut memerhati sekeliling dan merakam adegan

bagi pembuatan video. Kelaparan mula melanda kami, jadi kami berhenti untuk

mengisi kelaparan kami di ‘Teh Tarik Place’ yang berdekatan.

Selepas kami puas berjalan-jalan cari maklumat untuk laporan, kami terus

maggunakan KTM komuter yang boleh dijumpai di Stesen Sentral yang besar dan

menuju ke Stesen Keretapi Kuala Lumpur. Apabila sampai ke sana, kami teruja

dengan keunikan stesen tersebut dan turut dapat lihat beberapa kereta api lama

yang biasanya hanya boleh dijumpai dalam gambar-gambar.

Di depan stesen adalah ibu pejabat KTMB yang penuh dengan seni bina Islam

sekelilingnya. Tetapi, sesiapa pun tidak dibenar untuk masuk ke dalam bangunan

kecuali perkerja KTMB. Bangunan tersebut memang indah dan cantik.

Akhirnya, kami sudah dapat rakaman video yang mencukupi untuk membuat video

dan pulang ke Taylor’s University. Sebelum semua ahli pulang ke rumah masing,

saya juga merakam beberapa minit lakonan untuk video kami.

Selepas itu, kami turut pulang ke rumah masing-masing.

Page 30: TITAS Assignment Report - Trains & Civilisations

30

28hb April 2015

Kai-Chian setuju untuk membuat suara naratif untuk video tersebut. Dengan telefon

bimbit Lek Vun yang maju, kami Berjaya merakam suara naratif yang sempurna.

2hb Mei 2015

Video kami hampir siap kecuali muzik kerana pemilihan muzik amat penting dalam

pemprosessan video untuk membuat video tersebut menarik. Laporan yang juga

hampir siap oleh ahli kumpulan yang lain.

5hb Mei 2015

Video kami telah siap diproses dan semua ahli kumpulan paus dengan hasil video

tersebut.

Refleksi:

Dalam perjalanan ini, kami telah melawati banyak tempat yang bukan sebahagian

daripada akitviti harian kami. Kereta api lama di Malaysia semakin tidak wujud di

Kuala Lumpur yang sibuk. Seni bina unik yang boleh dinampak pada bangunan

KTMB dan Stesen Keretapi Kuala Lumpur. Stesen Sentral yang moden dan baharu.

Perkara yang telah saya sebut merupakan memori-memori yang amat saya

menghargai bukan sahaja dengan ahli kumpulan saya , tetapi persekitaran saya.

Tempat-tempat yand telah kami kunjungi merupakan tiang seri bagi sistem keretapi

di Malaysia dan sudah pastilah akan berubah menjadi sistem keretapi yang canggih

dan maju!

Page 31: TITAS Assignment Report - Trains & Civilisations

31

Pelajar 5: Wang Kai-Chian

6hb April 2015

Hari ini En. Mohd Izwan Ahmad, telah memberi kerja kursus kepada kelas. En.

Izwan dengan penuh semangat dan kegembiraan menerangkan kerja kursus yang

kita perlu melaksanakan.

En. Izwan suruh kami membentuk kumpulan kesedirian. Akhirnya, kumpulan saya

telah dibentuk yang mengandungi 5 ahli kumpulan Khai Shuen, Andrew, Seng He,

dan Lek Vun.

Dengan penuh kejutan, En. Izwan memberitahu kami bahawa kami perlu

menyerahkan cadangan kursus kami pada 8hb April. Beberapa perbincangan antara

kumpulan kami telah dilakukan selepas kelas dan kami setuju untuk membincang

topik serta membuat laporan cadangan pada keesokaan hari selepas kelas kami.

7hb April 2015

Selepas kelas pagi, kami berkumpul di perpustakaan untuk membincangkan projek

kami. Semua orang menyumbang untuk memberi pendapat mereka dan akhirnya

keputusan akhir dibuat. Kami mengambil keputusan untuk pergi dengan topik kereta

api kereta api di Malaysia.

Disertai oleh semua ahli kumpulan, laporan cadangan telah siap ditaip, dicetak, dan

sedia untuk serah kepada En. Izwan.

Page 32: TITAS Assignment Report - Trains & Civilisations

32

8hb April 2015

Hari ini, kami perlu membentangkan cadangan kami di depan kelas termasuklah En.

Izwan. Kami memeberitahu En. Izwan bahawa kami akan melawati Stesen Keretapi

Kuala Lumpur hari Rabu minggu depan. En. Izwan turut memberi cadangan untuk

melawati Stesen Sentral yang diletak di KL Sentral untuk membuat perbezaan

antara sistem lama dengan sistem baharu.

9hb April 2015

Selepas kelas Khai Shuen, dia telah membuat panggilan kepada orang bertugasan

di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk memohon kebenaran untuk

membuat temuramah dengan mereka. Khai Shuen telah diminta oleh pihak KTMB

untuk menghantar e-mel kepada mereka yang mengandungi motif-motif temuramah

dan contoh-contoh soalan.

13hb April 2015

Kami mendapat balasan e-mel daripada KTMB dan kami dimaklumkan bahawa

pegawai-pegawai sangat sibuk minggu yang akan datang dan tidak boleh

melakukan temuramah. Kumpulan kami telah berbincang dan membuat keputusan

untuk menerusi dengan rancangan tanpa menemuramah dengan piahk KTMB.

Tarikh baharu yang kami akan melawati stesen-stesen adalah 24hb April 2015.

24hb April 2015

Kami berkumpul di Taylor’s University pada pukul 10:00 untuk bincang dengan

agenda hari ini pagi untuk melawati Stesen Sentral dan Stesen Keretapi Kuala

Lumpur masing-masing. Kami betolak pada 10:30 pagi dan sampai Stesen Sentral

pada 11:15 pagi.

Selepas tiba ke lokasi dengan memulakan rakaman dan berikut plot skrip yang kita

ada rancangan. Kemudian kami pergi untuk makan tengah hari di 'Teh Tarik Place.

Kemudian kami duduk di komuter KTM untuk perjalanan ke Stesen Keretapi Kuala

Page 33: TITAS Assignment Report - Trains & Civilisations

33

Lumpur. Apabila tiba, kami merekodkan lebih lanjut mengenai tempat-tempat di

sana. Kami juga melihat banyak kereta api lama di sana.

Di depan stesen adalah ibu pejabat KTMB yang penuh dengan seni bina Islam

sekelilingnya. Tetapi, sesiapa pun tidak dibenar untuk masuk ke dalam bangunan

kecuali perkerja KTMB. Bangunan tersebut memang indah dan cantik.

Akhirnya, kami sudah dapat rakaman video yang mencukupi untuk membuat video

dan pulang ke Taylor’s University. Sebelum semua ahli pulang ke rumah masing,

saya juga merakam beberapa minit lakonan untuk video kami.

28hb April 2015

Saya setuju untuk membuat suara naratif untuk video tersebut. Dengan telefon

bimbit Lek Vun yang maju, kami Berjaya merakam suara naratif yang sempurna.

2hb Mei 2015

Video kami hampir siap kecuali muzik kerana pemilihan muzik amat penting dalam

pemprosessan video untuk membuat video tersebut menarik. Laporan yang juga

hampir siap oleh ahli kumpulan yang lain.

5hb Mei 2015

Video kami telah siap diproses dan semua ahli kumpulan paus dengan hasil video

tersebut.

Refleksi:

Saya belajar bahawa kerja berpasukan dan komunikasi adalah dua unsur yang

paling penting dalam kumpulan. Memahami antara satu sama dan had semua orang

dan memeluk titik kuat mereka akan membolehkan semua orang untuk membuka

kunci potensi maksimum mereka. Menjadi bertimbang rasa dan membantu antara

satu sama lain akan membolehkan satu pasukan untuk mencapai matlamat bersama

lebih cepat.

Page 34: TITAS Assignment Report - Trains & Civilisations

34

RUMUSAN

Kesimpulannya, menerusi lawatan sambil belajar ini, kami sekumpulan

mendapati bahawa sistem keretapi di Malaysia tidak terbentuk dalam masa yang

singkat. Ia memerlukan sumbangan tenaga, masa, dan kewangan yang amat besar.

Hakikatnya, sistem kereta api ini telah memakan masa selama lebih 100 tahun sejak

pembinaan jalan kereta api yang pertama sehinggalah ia berubah menjadi komponen

sistem pengangkutan yang tidak boleh dipisahkan daripada infrastruktur negara kita.

Sistem kereta api tidak hanya telah membawa kepada pembangunan ekonomi

dan fizikal, malah secara tidak langsung ia juga telah memelihara aspek budaya serta

sejarah. Tanpa pembangunan sistem kereta api, masyakat di Malaysia tidak mungkin

mencapai kemajuan seperti hari ini. Sistem ekonomi awal di Peninsula Malaysia

seperti pengangkutan bijih timah serta lada hitam sekadar bergantung kepada

beberapa jalan kereta api yang wujud pada masa itu.

Selepas kemerdekaan, sistem kereta api juga telah banyak mendorong

perkembangan ekonomi di Malaysia. Sebagai sebuah negara yang baru, sistem

kereta api yang kompleks ini tidak boleh dipandang remeh kerana ia merupakan satu-

satunya sistem pengangkutan yang boleh menyambungkan negeri-negeri di negara

kita.

Pada dekad modenisasi ini, negara kita mempunyai sistem keretapi yang cukup

kompleks untuk menampung kehidupan penduduk bndar yang sibuk. Tanpa sistem

ini, warganegara kota tidak akan dapat menyempurnakan tugasan-tugasan seharian

mereka dengan lancar.

Dengan sistem pengangkutan yang cekap ini, masyarakat Malaysia akan

mempunyai satu platform untuk menuju kearah negara maju dan seterusnya

mencapai Wawasan 2020.