latest report titas eddited
TRANSCRIPT
SKP 2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
INTERAKSI ANTARA TAMADUN BARAT DENGAN DUNIA ISLAM
KHAIRUL FARHANA BINTI RAMLI 148234
AMIRA AFIQAH BINTI MOHD BAZIR 146570
NUR WAHIDAH BINTI ZAHARIN 147215
NUR SYAHIRAH BINTI IBRAHIM 146621
NURFARHANA BINTI NASRUDDIN 148117
PROF.DR NURDENG DUERASEH
ISI KANDUNGANSEKAPUR SIREH
PENGHARGAAN
1.0 KAJIAN
1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN1.2 OBJEKTIF KAJIAN1.3 PENYATAAN MASALAH1.4 KEPENTINGAN KAJIAN
2.0 PENGENALAN
2.1 ISTILAH TAMADUN2.2 MEMAHAMI KONSEP DAN PERBEZAAN TAMADUN ISLAM DAN BARAT2.3 LATAR BELAKANG KRISTIAN BARAT SEBELUM KEMASUKAN ISLAM2.4 FAKTOR-FAKTOR PENDORONG INTERAKSI ANTARA TAMADUN2.5 SUMBANGAN DAN KESAN TAMADUN ISLAM TERHADAP TAMADUN BARAT2.6 CONTOH-CONTOH INTERAKSI TAMADUN BARAT DENGAN TAMADUN ISLAM
1.0 KAJIAN
1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN
1.2 OBJEKTIF KAJIAN
1.3 PENYATAAN MASALAH
1.4 KEPENTINGAN KAJIAN
1.1 Latar belakang kajian:
Kajian ini dijalankan bagi mengkaji interaksi antara tamadun islam dan tamadun barat.
Kajian ini juga dijalankan bagi mengkaji faktor-faktor berlakunya interaksi antar tamdun
islam dan tamadun barat. Kajian ini dibuat bagi membuktikan bahawasanya pendapat
barat yang menyatakan tamadun mereka merupakan asas bagi tamadun-tamadun lain
adalah tidak benar. Ini kerana tamadun islam juga banyak mempengaruhi tamadun
barat. Interaksi antara tamadun islam dan tamadun barat telah member banyak kesan
kepada kedua-dua tamadun dan yang paling penting telah memberi kesan yang
mendalam kepada generasi masa kini khususnya.
1.2 Objektif:
Objektif utama kajian ini adalah bagi mengetahui faktor-faktor wujudnya pertembungan
peradaban, khususnya antara Islam dengan Barat. Anatar tujuan lain kajian ini adalah
bagi mengenal pasti sejauh mana pertembungan peradaban Barat-Islam memberi kesan
terhadap tamadun Islam. Kajian ini juga dijalankan bagi menbuktikan bahawa
pandangan negatif tamadun barat yang menyatakan mereka merupakan asas kepada
semua tamadun adalah tidak benar.
1.3 Penyataan Masalah
Barat tidak akur bahawasanya Tamadun mereka(barat) hasil gabungan tamadun-
tamadun yang lain. Ini kerana mereka berpendapat bahawa tamadun mereka
merupakan pengasas kepada semua tamadun2 yang lain. Kajian ini dibuat bagi
membuktikan bahawasanya pendapat mereka adalah tidak benar. In kerana tamadun
islam juga banyak mempengaruhi tamadun barat. Interaksi antara tamadun islam dan
tamadun barat telah member banyak kesan kepada kedua-dua tamadun dan yang paling
penting telah memberi kesan yang mendalam kepada generasi masa kini khususnya.
Kajian ini juga dijalankan bagi mengkaji faktor-faktor berlakunya interaksi antar tamdun
islam dan tamadun barat.
1.4 Kepentingan:
2.0 PENGENALAN
2.1 ISTILAH TAMADUN
2.1.1 BAHASA ARAB
2.1.2 BAHASA INGGERIS
2.2 MEMAHAMI KONSEP DAN PERBEZAAN TAMADUN ISLAM DAN BARAT
2.3 LATAR BELAKANG KRISTIAN BARAT SEBELUM KEMASUKAN ISLAM
2.4 FAKTOR-FAKTOR PENDORONG INTERAKSI ANTARA TAMADUN
2.5 SUMBANGAN DAN KESAN TAMADUN ISLAM TERHADAP TAMADUN BARAT
2.5.1 PENCERAHAN KEMAJUAN INTELEKTUAL
2.5.2 KEMUNCULAN ORIENTALIS BARAT
2.5.3 MEDIUM KEPADA TAMADUN ROMAWI-YUNANI
2.5.4 RENAISANS DAN PENGEMBANGAN ILMU MODEN
2.6 CONTOH-CONTOH INTERAKSI TAMADUN BARAT DENGAN TAMADUN ISLAM
2.6.1 SAINS
2.6.2 FALFASAH
2.6.3 PERUBATAN
2.0 Pengenalan:
2.1 ISTILAH TAMADUN
Tamadun berasal daripada kata dasar Bahasa Arab, MA-DA-NA (مدن) yang bermaksud
sifat kehidupan yang berada pada tahap yang maju dalam pelbagai lapangan.
Pengertian tamadun dan tamadun Islam mempunyai perkaitan daripada aspek bahasa
dan istilah. Pengertian tamadun atau peradaban secara keseluruhannya dapat dilihat
melalui sudut bahasa Arab, sudut epistemology bahasa Inggeris dan Latin. Dari sudut
bahasa Arab, terdapat beberapa istilah yang dirujuk dalam konteks tamadun. Antara
istilah-istilah tersebut ialah madaniah, tamadun, dan hadarah. Ibn Khaldun, seorang
sarjana Islam yang unggul dalam bidang ilmu kemasyarakatan Islam dalam
karyanya Muqaddimah telah menggunakan istilah umran. Umran digunakan dalam
kajian tentang bandar-bandar atau ibu kota yang memiliki kawasan tanah yang didiami
dan penempatan, keadaan tinggal menetap, berkembang subur dan maju. Istilah
tamadun di tafsirkan dalam pelbagai bahasa. Bagi kajian ini, terdapat dua tafsiran
mengenai tamadun melalui bahasa Arab dan bahasa Inggeris.
2.1.1 Bahasa Arab
Terdapat empat empat istilah yang pernah digunakan untuk membincangkan tentang
konsep pembangunan, kemajuan dan pencapaian manusia. Empat istilah itu adalah
Hadarah, Madaniyyah, Umran dan Tamaddun. Istilah yang pertama iaitu Hadarah,
mengandungi dua pengertian iaitu pengertian objektif dan pengertian subjektif.
Pengertian objektif bermaksud suatu himpunan fenomena kemajuan dalam bidang
kesusasteraan, teknik, keilmuan dan undang-undang yang dipindahkan daripada satu
generasi ke satu generasi dalam sesebuah masyarakat manakala pengertian subjektif
pula bermaksud suatu peringkat perkembangan kehidupan yang tinggi, yang
berlawanan dengan kehidupan yang liar atau ganas,atau digambarkan sebagai
kehidupan yang dapat atau hampir dapat mencapai ideal atau bentuk kehidupan yang
tinggi yang hendak dicapai.
2.1.2 Bahasa Inggeris
Dalam bahasa inggeris, civilization ialah terjemahan yang paling meluas penggunaanya
bagi merujuk maksud tamadun. Semasa perkataan umran dibahaskan oleh ibn khaldun
pada abad ke14, perkataan civilization masih belum wujud lagi di dalam bahasa Inggeris.
Selain civilization, beberapa perkataan lain yang pernah digunakan tetapi tidak begitu
meluas ialah seperti culture, urbanization dan renaissance.
2.2 MEMAHAMI KONSEP DAN PERBEZAAN TAMADUN ISLAM DAN BARAT
Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas mentakrifkan tamadun Islam sebagai keadaan
kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan
kebudayaan yang luhur bagi masyarakatnya.
Di dalam bahasa inggeris pula perkataan yang sama pengertiannya dengan tamadun
ialah Civilization. Perkataan ini diambil dari bahasa latin dan perkataan mula digunakan
dan terjermah dalam buku-buku inggeris dalam kurun yang ke sembilan belas masihi.
Istilah ini secara umum dalam International Encyclopedia of Sosial science seperti yang
dijelaskan oleh Taylor seorang penyelidik British bahawa pengertian tamadun ialah
suatu himpunan fenomena abstrak yang mengandungi segala macam pengetahuan,
kepercayaan, kesenian, nilai-nilai moral, undang-undang dan tradisi sosial; serta segala
kemampuan dan kebolehan yang dihasilkan oleh manusia, sifatnya sebagai anggota
dalam masyarakat. (Daud, 1987).
M.A.J Beg (1980) telah mengemukakan satu teori tentang tamadun. Menurutnya di
dalam dunia ini hanya terdapat dua sahaja konsep tamadun iaitu konspe tamadun Islam
dan konsep tamadun barat. apabila sesebuah tamadun itu memenuhi ciri-ciri yang
digariskan oleh tamadun Islam ia dikatakan sebagai sebuah tamadun Islam, manakala
apabila tidak menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh Islam seperti sekular atau
materialistik, ia dikategorikan sebagai tamadun barat. ringkasnya semua bentuk
tamadun yang bersifat sekular dikatakan sebagai tamadun barat. Dari pelbagai
pandangan diatas dapatlah disimpulkan bahawa tamadun Islam ialah manifestasi
kemajuan dan pembangunan yang dibina oleh masyarakat Islam berlandaskan ciri-ciri
Islam. Penekanan dalam pembinaan tamadun Islam adalah merangkumi aspek spiritual,
material dan intelektual. Ringkasnya Islam merupakan sebuah tamadun yang bersifat
multidimensional. Sedangkan tamadun barat ialah kemajuan dan pembangunan yang
dibina ialah lebih menjurus untuk mendapatkan keuntungan dan pembangunan yang
bersifat kebendaan (material) sedangkan aspek spiritual dikesampingkan dan lebih
berasaskan kepada nilai-nilai kebendaan dan moral.
2.3 LATAR BELAKANG KRISTIAN BARAT SEBELUM KEMASUKAN ISLAM
Sivachandralingam (1997), menyatakan bahawa sejarah awal tamadun eropah iaitu
dimulai sejak zaman Greek (2000 SM-1200 SM) hingga zaman Rom (753 SM.-509 M).
Agama yang mendominasi kedua zaman ini sebelum masuknya pengaruh kristian adalah
menyembah berhala yang berasaskan kepada politheisme (menyembah banyak tuhan).
Malah pada zaman Rom kuno, setiap negara mempunyai agamanya sendiri dan
menyembah Tuhan atau hero yang menjadi penemu tradisional atau pelindung
empayar. Kaisar Agustus pada masa itu dianggap sebagai penyelamat dan Tuhan.
Dibawah pemerintahan maharaja Domition (81-96M) menyembah maharaja menjadi
agama yang direstui oleh negara. Empayar Rom mencapai zaman kegemilangannya di
zaman romana iaitu dari 27 SM sehingga 180 M. selepas berakhirnya era keamanan ini,
Rom telah melangkah ke zaman kemerosotan yang disebabkan oleh pelbagai faktor
sama ada kerana perluasan empayarnya yang melampaui batas dan kemampuan,
perubahan dalam sistem pentadbiran, kemerosotan ekonomi, serangan wabak penyakit,
serangan orang-orang gasar dan pengaruh agama kristian.
Edward Gibbon menyatakan bahawa sikap teologi ajaran kristian yang menyerah kepada
tuhan dalam saat kesusahan menjadi punca utama kemerosotan tamadun Rom. Gruman
(1961) juga menambahkan bahawa wujudnya kebebasan penduduk Rom dalam
menganut kepercayaan agama Pagan (menyembah berhala) yang tak boleh
diseimbangkan oleh empayar Rom menjadi punca kejatuhan empayar Rom sehingga
perkembangan agama kristian juga menamatkan amalan penyembahan terhadap
maharaja.
Dan puncaknya ialah pada masa agama kristen diterima oleh maha raja Constantine
(312-337 M) sebagai agama rasmi Rom, ia telah melahirkan skeptisisme yang
keterlaluan dan menyebabkan pemikiran masyarakat mula diselubungi oleh
kemusykilan. Agama kristian semakin melengkapkan kemerosotan dalam keseimbangan
agama dengan menamatkan toleransi dalam sistem kegerejaan kristiani.
Pada masa pemerintahan raja constantine ia memindahkan ibu kota dari rom ke
konstantinopel. Namun kerana pengganti-penggantinya mendapati amat sukar untuk
memerintah empayar yang begitu luas yang meliputi rom dan konstantinopel maka
empayar dibahagi kepada dua, satu berpusat di rom dan satu berpusat di
konstantinopel. Maharaja konstantinopel memerintah di timur dan maharaja rom
memerintah di barat. apabila maharaja rom terbunuh, hanya terdapat seorang
maharaja iaitu maharaja di konstantinopel yang menggelarkan dirinya sebagai roman
emperor walaupun dia hanya memerintah bahagian timur empayar rom. Empayar inilah
yang berkekalan dari 456M hingga 1453M.Empayar timur ini meliputi negeri-negeri
seperti di tenggara eropa, asia minor, syam yang meliputi syiria, palestin, mesir dan
pulau-pulau timur mediterranean.
Syam khususnya diduduki oleh bangsa arab dan bukan arab. Pengaruh agama kristian di
wilayah tersebut sangat kuat dan di wilayah-wilayah inilah yang banyak penduduknya
menganut agama krisitian yang mana sebelum datangnya Islam terletak dibawah kuasa
kerajaan Rom (Byzantine) yang menjadikan agama kristian sebagai agama rasmi negara
yang telah diakui sebagai agama rasmi di mesir pada tahun 381M (Mahayuddin, 2000).
1.3 FAKTOR-FAKTOR PENDORONG INTERAKSI ANTARA TAMADUN
Antara faktor-faktor yang mendorong interaksi antara tamadun Islam dan tamadun asia
ialah kepimpinan. Kepimpinan yang tersohor sepanjang zaman ialah kepimpinan Nabi
Muhammad SAW keatas umat Islam seluruh dunia. Kepimpinan Nabi Muhammad SAW
yang berhemat dan dedikasi membuktikan bahawa Tamadun Islam merupakan tamdun
yang serba lengkap dan saling melengkapi dengan tamadun lain.
Faktor keagamaan juga merupakan salah satu penyebab yang mendorong kearah
interaksi antara tamadun. Agama Islam yang lengkap dan saling melengkapi
memudahkan ia diterima masyarakat di seluruh dunia termasuk masyarakat daripada
tamadun lain termasuk masyarakat daripada tamadun Barat. Antara faktor lain yang
mendorong interaksi antara tamadun Islam dan tamadun barat ini ialah ilmu
pengetahuan.
Ilmu pengetahuan yang luas dan memdalam daripada kedua-dua tamadun
memungkinkan interaksi antara tamadun berjalan dengan lancar. Proses ilmuan ini juga
memberi kesan kepada pembangunan dan perkembangan tamadun. Tamadun Islam
banyak memyumbang kearah pengetahuan mengenai perubatan terutamanya daripada
tokoh Islam mereka yang terulung iaitu Ibnu Sina.
Faktor perdagangan juga merupakan faktor terawal yang mendorong berlakunya
interaksi antara tamadun. Penghijrahan masyarakat Barat ke Negara-negara Islam atas
dasar perdagangan membolehkan berlakunya interaksi antara tamadun Barat dan
tamadun Islam.
2.5 SUMBANGAN DAN KESAN TAMADUN ISLAM TERHADAP TAMADUN BARAT
2.5.1 PENCERAHAN KEMAJUAN INTELEKTUAL
Pada zaman nabi dan khulafa Ar-rasyidin tiga bidang ilmu penting yang tumbuh dan
berkembang iaitu: aqidah, syariah dan akhlak (tasawwuf). Ketiga dasar ilmu tersebut telah
mengasaskan pola kebebasan pengembangan kemajuan intelektual yang tidak hanya
berpengaruh terhadap perkembangan intelektual Muslim pada abad pertengahan zaman
keemasan Islam tapi juga telah menjadi dasar terhadap perkembangan ilmu selanjutnya dan
secara tidak langsung pola ini menjadi bentuk revolusi pemikiran terhadap sekatan paus dan
doktrin kristen dalam mengembangkan sains. Nasr (1984) menegaskan bahawa sains barat
berkembang berdasarkan ilmu sains yang dibina dan diketengahkan oleh ahli-ahli sains dalam
peradaban Islam. Sains dalam peradaban Islam telah berkembang dengan pesatnya dari 900 M
sehingga 1400 M dalam kebanyakan bidang. Pada bidang-bidang yang khusus pula seperti
perubatan dan logik, perkembangannya berterusan sehingga 1750 M. dan inilah yang banyak
memberikan sumbangan yang besar terhadap perkembangan sains barat.
2.5.2 KEMUNCULAN ORIENTALIS BARAT
Munculnya beberapa orientalis barat yang mempelajari Islam merupakan suatu pertanda
bahawa Islam pada hakikatnya bukan sahaja sebagai agama tapi juga sebagai suatu sistem yang
telah berhasil dalam masa yang cukup singkat dalam membangun suatu sistem sosial, politik,
pendidikan, dan budaya yang mesti dipelajari oleh barat. seorang daripada orientalis barat John
L. Esposito (1995) menyatakan keperluan untuk mempelajari Islam sebab Islam memberikan
dukungan ideologis yang kuat untuk terobosan yang luar biasa dalam organisasi sosial ini.
Dalam hal ini, penaklukan-penaklukan tersebut benar-benar merupakan gerakan Islam. Karena,
Islam adalah rangkaian kepercayaan agama yang diajarkan oleh Muhammad, dengan segi-segi
sosial dan politisnya yang menyulut keseluruhan proses integrasi penyebab utama keberhasilan
penaklukan terhadap dunia. Lebih lanjut Ismail Yakub (1970) menyatakan bahawa tujuan kaum
orientalis pada umumnya mempelajari Islam dan hal-hal yang bersifat ketimuran ialah
disebabkan oleh beberapa faktor:
Tujuan Pengacauan terhadap Islam
Tujuan kegamaan dan politk-
Tujuan ilmiah semata-mata demi ilmu pengetahuan.
2.5.3 MEDIUM KEPADA TAMADUN ROMAWI-YUNANI
Munculnya beberapa tokoh dalam kecemerlangan tamadun Islam abad pertengahan semakin
membuktikan bahawa Islam telah menjadi medium untuk lebih memperkenalkan tamadun
barat dengan tamadun romawi-yunani. Sebagaimana Murad W. Hofmann (2002), menyatakan
bahawa bukan bangsa-bangsa barat yang mewarisi peradaban yunani kuno, melainkan dunia
Islam. Mengingat ledakan ilmu pengetahuan dan teknologi yang terjadi di dunia Islam, tampak
jelaslah bahawa pertukaran budaya di abad pertengahan itu seperti jalan sehala.
Sesungguhnya, kaum Muslim bahkan tidak dapat menemukan apapun yang layak dipelajari dari
barat pada masa itu.
2.5.4 RENAISANS DAN PENGEMBANGAN ILMU MODEN
Renaisans adalah suatu gerakan intelektual yang berkembang di selatan Eropah, iaitu di Itali
dari abad ke-14 hingga abad ke-16 dan secara literal bermaksud sebagai kelahiran semula
(Rebirth). Ia diertikan sebagai kelahiran semula kerana masyarakat Eropah abad ke-14 ingin
kembali ke zaman kegemilangan Greek dan Rom.Keadaan ini disebabkan hampir 600 tahun
eropa barat melalui zaman gelap yang tidak menjanjikan kemajuan pesat dari segi politik,
ekonomi dan sosial.
Secara keseluruhan, renasissance mendukung beberapa ciri yang nyata, antaranya ia
menekankan keperluan mengkaji klasik Greek dan Room. Permusuhan terhadap ilmu semakin
lama semakin dirasa kurang disebabkan keperluan mereka kepada ilmu tersebut. Keraguan
orang-orang kristian barat tentang ilmu sains mula berubah apabila Gerbert dari Aurillac (946-
1003M) menjadi Pope Sylvester II (999-1003M). beliau telah menggunakan beberapa gereja di
spanyol untuk mendapat beberapa buah buku bahasa arab yang telah diterjemahkan ke latin.
Apabila meneliti buku-buku berbahasa arab ini, beliau mendapati bahawa isi kandungannya
sekurang-kurangnya tidak akan menidakkan adanya Tuhan. Bahkan beliau berpendapat bahawa
ilmu daripada buku-buku ini berguna untuk orang-orang kristian, seperti pengetahuan
mengenai astrolab dan abakus yang beliau perolehi selepas membaca buku-buku ini. Selain
daripada itu beliau sedar bahawa tidak seperti agama orang Greek, agama Kristian lebih
banyaknya dengan agama Islam. Disamping itu, jika meneliti buku-buku yang ditulis oleh
sarjana Islam ketika itu, biasanya bukanlah matlamat utama mereka menulis buku-buku sains
untuk menunjukkan kesalahan agama lain, tetapi unuk mencari kebenaran tentang alam
semesta dan betapa sains itu dapat mengukuhka iman penganutnya (Abdul Latif, 2000).
2.6 CONTOH-CONTOH INTERAKSI TAMADUN BARAT DENGAN TAMADUN ISLAM
2.6.1 SAINS
SUATU ketika dulu, imej Islam dipandang hebat oleh dunia Barat dan Timur. Rasulullah s.a.w.
membina asas tamadun dengan menjadikan Madinah sebagai model asas dan dikembangkan
oleh para sahabatnya, tabii tabiin, para ulama dan ilmuan yang terbilang sehingga
menjadikannya tamadun yang bertahan hampir 700 tahun.
Baitulhikmah dibangunkan dengan tradisi perpustakaan dan ilmu yang amat menakjubkan.
Zaman Abbasiyyah adalah zaman yang menampilkan keunggulan tradisi sains dan matematik
yang amat mengkagumkan. Andalusia menjadi tempat rujukan ilmu dan Barat terhutang ilmu
kepada tamadun Islam.
Orang-orang Barat melihat Islam di Andalusia sebagai agama tamadun. Darinya lahir ilmuan
terbilang dalam berbagai bidang. Karya-karya mereka diterjemahkan ke bahasa orang-orang
Barat iaitu bahasa Latin dan Ibrani dan ilmunya diambil untuk dijadikan sandaran dalam
membangun ilmu-ilmu falsafah, astronomi, sains, perubatan, geografi, matematik, muzik dan
sebagainya.
Hasil kejayaan saintis dan ilmuan Islam yang mencipta tamadun suatu ketika dahulu telah
dijadikan rujukan kepada bangsa Eropah untuk membangunkan kecemerlangannya dalam
pelbagai bidang sehingga masa kini.
Abu Musa Jabir Ibn Hayyan "The Father of Chemistery"
Ilmu kimia merupakan sumbangan penting yang telah diwariskan para ahli kimia Muslim di
abad keemasan bagi peradaban moden. Para ilmuwan dan sejarah Barat pun mengakui bahawa
dasar-dasar ilmu kimia moden diletakkan para ahli kimia Muslim. Tidak menghairankan,bila
dunia menabalkan ahli kimia Muslim bernama Jabir Ibnu Hayyan sebagai 'Bapa Kimia
Modern'."Para ahli kimia Muslim adalah pendiri ilmu kimia," cetus Ilmuwan berkebangsaan
Jerman di abad ke-18 M. Will Durant dalam The Story of Civilization IV: The Age of Faith, juga
mengakui bahawa para ahli kimia Muslim di zaman khalifah yang meletakkan asas ilmu kimia
moden.
Muhammad Ibn Zakariya ar-Razi
Ilmuwan Muslim lainnya yang berjasa melakukan revolusi dalam ilmu kimia adalah Al-Razi (lahir
866 M). Dalam karyanya berjudul, Secret of Secret, Al-Razi mampu membuat klasifikasi zat alam
yang sangat bermanfaat. Beliau membahagi zat yang ada di alam menjadi tiga, iaitu zat
keduniawian, tumbuhan, dan zat binatang. Soda serta oksida timah merupakan hasil
eksperimannya.Al-Razi pun tercatat mampu membangun dan mengembangkan eksperiman
kimia moden. Ia menggunakan lebih dari 20 peralatan makmal pada waktu itu. Beliau juga
menjelaskan eksperiman-eksperiman yang dilakukannya.
Antara ahli kimia Muslim yang lain adalah Al-Majriti (950 M-1007 M). Ilmuwan Muslim yang
berasal dari Madrid, Spanyol,beliau menulis buku kimia bertajuk, Rutbat Al-Hakim. Dalam kitab
itu, dia memaparkan rumus dan tata cara pemurnian logam mulia. Belian juga tercatat sebagai
ilmuwan pertama yang membuktikan prinsip-prinsip kekekalan masa --yang delapan abad
berikutnya dikembangkan oleh ahli kimia Barat bernama Lavoisier.
2.6.2 FALFASAH
Hanya dalam bidang falsafah para cendekiawan dilarang mengemukakan idea-idea bukan
ortodoks. Bagaimanapun, ahli sains Parsi, Ibnu Sina dan Ibnu Rushd memainkan peranan yang
utama dalam penyimpanan karya-karya Aristotle yang idea-ideanya menguasai pemikiran
bukan agama bagi dunia-dunia Kristian dan Muslim. Mereka juga menyerap idea-idea dari China
dan India, dan menambahkannya pada pengetahuan mereka yang luas yang diperoleh daripada
kajian-kajian sendiri. Tiga orang pemikir spekulatif, al-Kindi, al-Farabi, dan Ibnu Sina,
menggabungkan Aristotelianisme dan Neoplatonisme dengan idea-idea lain yang diperkenalkan
melalui Islam.
Di Sepanyol, kesusasteraan falsafah Arab diterjemahkan kepada bahasa Ibrani, Latin, dan
Ladino. Penterjemahan falsafah ini telah menyumbang kepada kemajuan falsafah Eropah
moden. Tokoh-tokoh utama dalam Zaman Keemasan termasuk:
Moses Maimonides, ahli falsafah Yahudi;
Ibnu Khaldun, ahli sosiologi serta sejarah;
Constantine si Orang Afrika, warganegara Carthage yang menterjemahkan teks-teks
perubatan Yunani;
Al-Khawarizmi yang mengumpul semak teknik-teknik matematik.
2.6.3 PERUBATAN
Perubatan Islam dikembangkan berdasarkan tradisi, terutamanya pengetahuan teori dan
amalan yang dikembangkan di Parsi, Yunani, dan Rom. Bagi cendekiawan-cendekiawan Islam,
Galen dan Hippocrates merupakan tokoh-tokoh cemerlang yang berwibawa, diikuti oleh
cendekiawan-cendekiawan Yunani di Iskandariah. Para cendekiawan Islam menterjemahkan
karya-karya Yunani kepada bahasa Arab dan kemudian menghasilkan pengetahuan perubatan
yang baru berdasarkan teks-teks tersebut. Untuk membolehkan tradisi Yunani lebih senang
difahami dan diajar, cendekiawan-cendekiawan Islam menyusun pengetahuan perubatan
Yunani-Rom yang luas dan kekadang tidak tekal dengan lebih sistematik melalui penulisan
ensiklopedia dan ringkasan.
Melalui terjemahan-terjemahan Arab inilah dunia Barat mendapat tahu tentang perubatan
Yunani, termasuk karya-karya Galen dan Hippocrates. Karya-karya menyeluruh seperti Daftar
Karya Perubatan yang ditulis oleh Ibnu Sina dan yang diterjemahkan kepada bahasa Latin dan
disebar dalam bentuk manuskrip dan bercetak ke seluruh Eropah mendapat pengaruh yang
sama, jika bukan lebih besar, di Eropah Barat. Pada abad ke-15 dan ke-16 sahaja, Daftar Karya
Perubatan telah diterbitkan melebihi 35 kali.
KESIMPULAN
Konklusinya,
RUJUKAN
Abdul Latif Samian dan Khairul Anwar Mastor. 2000. Perkembangan Sains dan Peradaban Mannusia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.Mahayuddin Hj. Yahaya. 2000.
Tamadun Islam. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.Murad W. Hofmann. 2002.
Menengok Kembali Islam Kita. Terj. Bandung: Pustaka HidayahIsmail Yakub. 1970.
Orientalisme dan Orientalisten. Surabaya: CV. FaizanJohn L. Esposito. 1995.
Ancaman Islam Mitos atau Realitas. Terj. Bandung: MizanHugh Goddard. 2000.
History of Christian-Muslim Relations. Edinburgh: Edinburgh University Press Ltd.Ferguson, W.K. 1948.
The Renaissance in Historical Thought, Houghton Mifflin Co., New York and Bruun, G. 1969. A Survey of European Civilization, Houghton Mifflin Co., New York.Sivachandralingam Subdara Raja. 1997.
Tamadun Eropah. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.Nasr, S.H. 1984.
Science and Civilization in Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.M.A.J. Beg. 1980.
Islamic and Western Concept of Civilization. Kuala Lumpur: Universiti Malaya Press.